Tugasan 3
Aktiviti 2
1.0 Pengenalan
Pengubahsuaian dalam strategi pengajaran dan penilaian serta
kurikulum yang disediakan pada masa ini terutamanya dalam Dunia
Sains dan Teknologi akan mengalakkan murid-murid sekolah rendah
mengembangkan kefahaman yang lebih baik terhadap konsep-konsep
sains. Pada tugasan ini, pengubahsuaian yang perlu dilakukan ialah
dari segi penggunaan bahan bantu mengajar. Kandungan bahan yang
digunakan untuk diubahsuai dengan mengambil kira jenis keupayaan
murid. Ianya perlulah menarik dan memenuhi keperluan pengajaran dan
pembelajaran khusus untuk memenuhi keperluan murid-murid di sekolah
rendah
2.0 Maksud pengubahsuaian dalam aspek pengajaran sains.
Pengubahsuaianperalatansainsialah bermuladengan suatu idea yang
lama dan dibentuk menjadi sesuatu idea yang baru.
Selain itu, pengubahsuaian juga disebabkan masalah untuk
menjimatkan kos atau untuk menghasilkan alatan yang membantu
pengajaran yang mempunyai topik dankonsep yang sukar untuk
diajar.
Pengubahsuaian perlu dijalankan dengan teratur selepas melakukan
beberapa kajian dan analisis yang teliti.
Tambahan lagi, dengan melakukan pengubahsuaian ini, hendaklah
dilakukan tanpa mengubah idea yang asal dan ianya juga perlu
melibatkan murid-murid untuk merasai suasana pembelajaran yang
bermakna.
3.0 Pemilihan topik daripada Kurikulum Sains Sekolah Rendah.
Tahun:
5
Tema :
Menyiasat Benda-benda Hidup
Bidang pembelajaran :
Unit 3 : Rantai Makanan dan Siratan Makanan
Objektif pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat
3.1 Memahami rantai makanan.
Hasil pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat
1) Mengenalpasti haiwan dan makanannya
2) Membina rantai makanan
Idea asal :
Guru hanya menggunakan powerpoint slides untuk membentangkan
kepada pelajar dan juga gambar-gambar haiwan semasa pembelajaran
dan pengajaran.
Masalah :
Guru menghadapi masalah untuk menghasilkan bahan bantu mengajar
yang menarik tentang topik rantai makanan ini. Kos yang agak tinggi
untuk membeli patung-patung haiwan di kedai.
Pengubahsuaian/ cara mengatasi :
Guru ingin menghasilkan sesuatu yang baru dan menarik untuk
diajar dan mengubahsuai idea asal iaitu menggunakan gambar-gambar
haiwan dengan menghasilkan satu persembahan 3D kepada pelajar.
Bahan bantu mengajar :
Persembahan 3D tentang topik rantai makanan.
4.0 Analisis manfaat kos
Kenalpasti kelebihan kos dengan membandingkan kos pembinaan dan
kos pembelian. Ini bermaksud, adakah kos pembinaan lebih murah
berbanding dengan harga kos pembelian. Adakah kos pembinaan
berbaloi berbanding harga kos pembelian.
Harga kos untuk pembinaan ubahsuai bahan bantu mengajar yang
dibina :
Bahan
Harga (rm)
Kertas keras
3.00
Batang Lidi
Sedia ada
Polisterin
9.00
Kertas warna
4.00
Pokok-pokok
18.00
Rama-rama
7.00
Mainan
15.00
Gam
Sedia ada
Double tape
Sedia ada
Jumlah
Rm 56.00
5.0Peralatan yang diperlukan
Pastikan peralatan yang diperlukan dalam pengubahsuaian
hendaklah sentiasa tersedia supaya pengubahsuaian berjalan lancar.
Contoh peralatan yang digunakan ialah:
Gambar Pemandangan
Warna air
Polisterin
Pokok
Kertas lukisan
Peralatan Kerja
Tumbuhan Plastik
u
Haiwan Mainan
Kertas hijau
6.0Kemahiran yang diperlukan
Guru perlu memastikan dirinya menguasai kemahiran asas yang
diperlukan seperti menggunting, melekat, menyusun, memilih dan
beberapa langkah asas yang lain.
Selain itu, guru perlulah berfikiran kreatif dalam menghasilkan
produk yang menarik perhatian pelajar.
Guru juga perlu mengetahui beberapa langkah yang diambil bagi
menyiapkan bahan bantu mengajar dengan sempurna.
7.0Proses pembinaan bahan bantu mengajar
Langkah 1 : Pengumpulan bahan
Membuat lakaran awal tentang bahan bantu mengajar yang akan
dibuat.
Mengumpul dan menyediakan bahan yang perlu digunakan semasa
proses penyiapan bahan.
Memastikan barang-barang dan segala peralatan yang akan
digunakan cukup.
***Proses penyediaan peralatan dilakukan untuk mengelakkan
berlakunya masalah ketiadaan alatan semasa menyiapkan bahan bantu
mengajar.
Langkah 2 : Penyediakan asas persembahan
Lipatkan kad bord menjadi dua bahagian untuk dijadikan seperti
bentuk 3D.
Kemudian, balut polisterin yang diukur mengikut saiz kelebaran
kad bord yang tersedia dengan kertas hijau untuk dijadikan pentas
persembahan rantai makanan.
Seterusnya, lekatkan kadbord hitam yang siap dibalut di atas kad
bord yang dilipat tadi.
Bahagian belakang pentas di tampal dengan gambar pemandangan
yang sesuai.
***Proses penyediaan pentas 3D untuk mengajar topic rantai
makanan dapat membantu menarik minat pelajar.
Langkah 3 : Penyediaan rantai makanan
Sediakan gambar-gambar haiwan yang berkaitan untuk diajar dalam
proses rantai makanan.
Dua rantai makanan yang disediakan di dalam persembahan 3D
tersebut.
Kemudian, sediakan nama-nama haiwan yang terlibat dalam proses
rantai makanan ini. Nama-nama tersebut didirikan dengan polisterin
secara mudah alih untuk aktiviti pengajaran.
Guru juga menyediakan pocket chart untuk membantu pelajar
melibatkan diri dalam menyusun nama-nama haiwan dengan betul.
Gambar-gambar haiwan yang digunakan dilekatkan dengan batang
aiskrim untuk dicucuk di polisterin yang disediakan bagi membantu
untuk dilihat sebagai persembahan 3D.
Gambar-gambar dan perkataan yang digunakan hendaklah jelas bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
*** Semua gambar yang digunakan dan didirikan adalah bertujuan
untuk membantu pelajar memahami topik yang diajar dan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.
Langkah 4 : Perhiasan rantai makanan
Tambahkan segala perhiasan yang dibeli seperti pokok hiasan,
bunga hiasan, dan rumput hiasan.
Kemudian, sediakan anak panah yang menunjukkan proses rantai
makanan yang diajar.
***Perhiasan adalah sangat membantu guru untuk menerangkan
keadaan sesuatu tempat bagi haiwan tersebut sebagai contoh ialah
habitat haiwan.
Langkah 5 : Persembahan pentas rantai makanan (3D)
Sediakan tajuk besar bagi menjelaskan bahan bantu mengajar yang
dibuat.
Siapkan segala bahan yang digunakan untuk dipersembahkan.
8.0Ujian lapangan
Selepas langkah dan proses pembinaan selesai, tindakan
seterusnya ialah percubaan bahan ataupun ujian lapangan. Ujian ini
dilakukan di atas beberapa orang rakan. Hasilnya, bahan yang
dihasilkan boleh digunakan dengan baik dan setiap daripada mereka
akan berpeluang menggunakannya. Jika ini dilakukan di dalam kelas,
pelajar dapat mengambil giliran untuk mencuba melakukan aktiviti
tersebut iaitu mengambil nama haiwan dan masukkan ke dalam pocket
chart yang dibuat. Ujian lapangan dilakukan bagi memastikan bahan
yang terhasil mempunyai masalah atau kerosakan.
9.0Penutup
Terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan pengubahsuaian yang
dilakukan. Walaupun dengan menggunakan powerpoint slides dan
gambar-gambar haiwan dapat menjimatkan masa, tetapi ianya tidak
dapat memberi pengajaran yang bermakna kepada pelajar. Pelajar
tidak berpeluang untuk mencuba aktiviti seperti yang dijalankan.
Selain itu, pengubahsuaian ini dilakukan bagi menjimatkan kos. Oleh
sebab itu, banyak bahan yang tersedia ada digunakan bagi
menghasilkan pengubahsuaian ini daripada membeli patung-patung
haiwan dengan harga yang mahal. Walaupun ianya sangat mengambil
masa, tetapi dengan menghasilkan pengubahsuaian rantai makanan ini
ianya boleh digunakan seberapa kali yang boleh kerana topic haiwan
banyak diajar di dalam sukatan pelajaran Malaysia. Pengubahsuaian
seterusnya boleh dijadikan sebagai siratan makanan. Ini membantu
bagi mengelakkan pembaziran. Ianya sangat berbaloi kerana banyak
unit yang boleh diajar dengan menggunakan bahan yang sama.
Refleksi
Sepanjang menyiapkan tugasan Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
(SCE 3112), banyak yang telah dipelajari terutamanya dari segi
pengurusan makmal. Sebagai seprang pelajar, banyak yang dipelajari
dan sebagai seorang bakal pengajar, banyak yang perlu dipelajari
bagi menambahkan ilmu sebagai seorang guru sains. Saya akui banyak
kelemahan yang ada berbanding kelebihan terutamanya dari segi
pengurusan makmal dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Oleh sebab
saya sedar akan kelemahan diri ini, saya mencari bimbingan dari
pada orang sekeliling saya terutamanya rakan-rakan sekelas. Menjadi
seorang guru sains sangat mencabar kerana banyak kemahiran yang
perlu dikuasai di dalam kelas. Pelbagai aspek perlu dititikberatkan
bagi memenuhi criteria sebagai seorang guru sains yang cemerlang.
Sebagai contoh, guru sains perlu ada kemahiran dalam kawalan kelas,
kemahiran manipulative alatan, kemahiran asas sains dan
sebagainya.
Banyak pengalaman baru yang dilalui. Sebagai seorang guru sains
sekolah rendah, banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan. Dalam
mengendalikan sebuah makmal, bahan-bahan yang berada di dalam
makmal, guru sains juga perlu memberi kawalan dan perhatian lebih
kepada pelajar. Ini kerana, mengajar sains bagi pelajar sekolah
rendah lagi mencabar berbanding sekolah menengah dan atasan.
Selain itu, sebagai guru sains sekolah rendah, saya hendaklah
berfikir secara kreatif dan kritis bagi mengeluarkan idea-idea yang
bernas dan menarik perhatian pelajar. Pelajar zaman sekarang perlu
didedahkan dengan pengajaran yang bermakna dan mereka berpeluang
merasai sendiri aktiviti yang dilakukan di dalam makmal. Mengajar
sains perlulah menarik kerana tidak semua pelajar minat akan
matapelajaran sains ini.
Banyak ilmu yang perlu ditingkatkan lagi bagi menjadi guru sains
yang cemerlang. Banyak prosedur yang perlu diketahui dalam
menguruskan makmal. Prosedur yang banyak perlu diketahui
terutamanya dari segi pengurusan makmal, peralatan di dalam makmal,
kemahiran mengendalikan specimen, kemahiran mengendalikan bahan,
menghasilkan bahan bantu mengajar dan sebagainya.