Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual Tahun 3 (KSSR)
Mata Pelajaran:Dunia Seni VisualTahun/Kelas: Tahun 3 TekunTarikh
: 24 Februari 2015Masa: 11.30 hingga 12.30 tengahari (1 jam)Bidang:
Membentuk dan Membuat BinaanAktiviti: TopengTajuk: Alam Sekitar -
Haiwan KesayanganMedia : Alat gunting , pen marker Bahan- kad
manila
Standard Kandungan :
1. Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada
pada topeng.2. Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam
penghasilan topeng.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber,
kajian, dan teknologi dalam penghasilan topeng.4. Apresiasi
terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,
sejarah seni dan budaya.
Standard Pembelajaran
3.1 Persepsi Estetik : Murid dapat mengenal,memahami,dan
menyatakan bahasa seni visual yang ada pada topeng.
3.1.1 Unsur Seni3.1.1.1 Bentuk konkrit3.1.1.2 Warna
sekunder3.1.1.2 Jalinan tampak dan sentuh 3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Imbangan simetri
3.2 Aplikasi Seni : Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa
seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam
penghasilan karya 3.2.1.1 Alat - gunting 3.2.1.2 Bahan pensel \
warna,kad manila, gam, benang tali atau gelang getah , contoh muka
haiwan yang telah siap.
3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam
pengasilan karya
3.3 Ekspresi Kreatif - Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik
dalam penghasilan karya.
3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2
Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3
Mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan
karya3.4 Apresiasi Seni - Murid dapat membuat apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
3.4.1 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara
lisan 3.4.2 Melakonkan watak topeng yang dihasilkan
Objektif: Pada akhir pelajaran ini murid akan dapat;i. membuat
binaan topeng berdasarkan tema haiwan kesayangan.ii.melakukan
aktiviti melakar, menggunting dan menampal hasil kerja mereka
dengan betul.iii.menghargai hasil kerja tangan mereka sendiri
Strategi Pengajaran & Pembelajaran :1) Pedagogi: Kecerdasan
pelbagai : Verbal Linguistik,Kecerdasan pelbagai : Muzik,
Simulasi2) Sumber P&P:Puzzle Kucing, Topeng Haiwan, Video Lagu
Bunyi Binatang, Laptop dan LCD
EMK : Keusahawanan, TMK, kreativiti dan inovatif, dan nilai
murni.
Teknik Penghasilan : Guntingan/Cantuman/Tampalan/GamPengetahuan
sedia ada : Mengetahui haiwan-haiwan yang menjadi haiwan peliharaan
di rumah.Nilai Murni: i. Sikap bekerjasama dan tolong-menolong. ii.
Sikap sayang kepada haiwan.
Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti Catatan
PERSEPSI ESTETIK (5 minit)
1.Guru meminta murid untuk mencari kad kad puzzle di sekeliling
kelas.2.Dengan kad kad puzzle yang dikumpul, murid diminta untuk
menyelesaikan puzzle di hadapan kelas.3. Murid meneka gambar yang
terbentuk pada puzzle tersebut.4. Guru mengaitkan gambar tersebut
dengan tajuk pempelajaran (haiwan kesayangan).5. Guru menunjukkan
beberapa contoh topeng yang berbentuk haiwan kepada murid dan
mengaitkatkanya dengan isi pelajaran iaitu topeng.
Puzzle Kucing
Topeng
BBM : Puzzle Kucing, Contoh topeng.
Nilai Murni : Sikap sayang kepada haiwan
APLIKASI SENI(25 minit)
1. Guru menjelaskan definisi, konsep, ciri-ciri dan juga
jenis-jenis topeng kepada murid dengan menggunakan slaid power
point.2. Guru memberi penerangan tentang langkah-langkah
penghasilkan topeng dan menyatakan bahan- bahan yang diperlukan.3.
Guru mengagihkan bahan-bahan kepada murid di samping menekankan
aspek kebersihan dan keselamatan semasa melakukan aktiviti.4. Guru
juga menjelaskan langkah penghasilan kepada murid.
Power Point
Bahan yang diagihkan:Kad manila,gunting,gam dan gelang
getah.
Proses PenghasilanTeknik Penghasilan:Lakaran
Bahan:kadManila , Gunting
Teknik Penghasilan: gunting
EKSPRESI KREATIF (Perkembangan 15 minit)
1. Murid mula melakar gambar muka haiwan di atas kad manila
mengikut idea masing-masing sambil dibimbing.2. Murid menggunting
lakaran mereka masing-masing.3. Guru menunjukkan cara menebuk
lubang bahagian mata dan membentuk sepasang mata haiwan yang mereka
buat.4. Murid diminta menebuk pada bahagian telinga topeng haiwan
yang telah mereka buat.5. Guru membimbing murid memasukkan getah
pada lubang telinga topeng untuk membolehkan dilekatkan pada
bahagian telinga murid.6. Guru membimbing murid membuat kemasan
secara kreatif pada topeng muka haiwan 7. Murid diminta untuk
mewarna bentuk muka haiwan yang telah dilukis dengan padanan warna
yang sesuai.8. Guru menunjukan cara menampal dan gamkan topeng
dengan kertas warna agar lebih cantik dan menarik . 9. Guru
membantu murid yang kurang mahir untuk menampal.
Cara membuat lakaran:1. Lakaran yang dibuat pada kertas manila
kad hendaklah mengikut saiz muka murid.2. Melukis bentuk muka
haiwan pada kad manila seperti lakaran mata, hidung, mulut, telinga
dan lain-lain.
Cara menggunting:3. Semasa menggunting, pastikan mengikut
garisan lakaran yang telah dibuat.4. Untuk bahagian mata dan
telinga, tebukkan sedikit dan kemudian gunting seperti langkah yang
pertama tadi.
Cara Menampal/ Mencantum/ Menggam:5. Sebelum menampal kertas
warna, topeng itu telah diwarnakan mengikut warna yang sesuai. 6.
Kertas warna juga telah digunting terlebih dahulu mengikut
kreativiti masing-masing untuk ditampal pada permukaan topeng.7.
Semasa aktiviti ini dijalankan boleh mengunakan teknik kolaj untuk
menampal, mencantum dan mengam.
Teknik Penghasilan:Tampalan/Cantuman/GamKolaj
Kaedah:Tunjukcara
APRESIASI SENI (10 minit)
1. Guru meminta semua murid memakai topeng masing-masing.2.
Beberapa orang murid diminta ke hadapan kelas dengan memakai
topeng. 3. Murid menceritakan topeng yang dihasilkan kepada rakan
sekelas. Guru membuat penilaian hasil karya murid . 4. Guru juga
meminta murid berbunyi dan mengayakan pergerakan seperti haiwan
yang dilukis pada topeng.
1. Aktiviti memakai topeng dan membunyikan bunyi haiwan
tersebut.
2. Membuat penilaian berdasarkan bahasa seni visual, kekemasan,
kekreatifan dan kebersihan
3. Contoh Bunyi Itik Kuek..kuek.. Pergerakan itik Berjalan
sambil menggerakkan kedua- dua belah tangan seperti kepak itik.
Nilai :Sayang pada binatang.
Kaedah:SimulasiKecerdasan pelbagai:Verbal Linguistik
Penutup (5 minit)1. Guru merumuskan isi pelajaran yang telah
diajar dan memberi ganjaran kepada murid yang lebih aktif.2. Guru
menayangkan slaid lagu Bunyi Binatang.3. Murid dan guru menyanyi
bersama sambil mengayakan pergerakan binatang tersebut.4. Guru dan
murid membersihkan kelas selepas selesai menyanyi.Menyanyikan lagu
Bunyi Binatang
Nilai:Kebersihan
Kecerdasan pelbagai:Muzik
Refleksi
:________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Lampiran APuzzle
Lampiran B
Contoh Topeng
Lampiran C
Tayangan Slaid
Lampiran D
Lagu Bunyi bunyi Binatang