UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAKFAKULTI SAINS SOSIALSSF 3024 LATIHAN
INDUSTRILAPORAN AGENSI: IBU PEJABAT POLIS DAERAH BENTONG,
PAHANG
NAMA: SITI AISYAH BINTI SHAFIEENO MATRIK: 28201PENYELIA: SITI
RABIAH BINTI SIDEKPENYELARAS PROGRAM: EN.STANLEY BYE KADAM
KIAITARIKH: 24.OGOS.2014
Nama pelajar: SITI AISYAH BINTI SHAFIEENo. Matrik: 28201No. K/P:
901001-06-5614Program: KAJIAN POLITIK DAN PEMERINTAHAN (WA21)Tahun
Pengajian: 4No. Telefon: 012-8723648Nama dan Alamat: IBU PEJABAT
DAERAH POLIS DAERAH BENTONGOrganisasi JALAN ANUAR, POLIS DIRAJA
MALAYSIA 28700 BENTONG, PAHANGNama Penyelia: SITI RABIAH BINTI
SIDEKTempoh Latihan: 30.JUN. 2014 HINGGA 24.OGOS.2014
- Apakah struktur agensi tersebutPolis DiRaja Malaysia (PDRM)
mempunyai empat susun lapis struktur organisasi iaitu peringkat
pertama ialah pusat yang mana bertempat di Bukit Aman, ke dua
peringkat negeri yang di wakili oleh Kontinjen atau Briged di
setiap negeri di Malaysia, ketiga peringkat daerah yang diwakili
oleh Ibu Pejabat Polis Daerah dan Batalion bagi setiap negeri dan
peringkat adalah balai-balai yang ada di setiap daerah. Pelajar
memilih Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong sebagai tempat menjalankan
latihan industri.
Jadual 1: Carta Struktur Organisasi PDRM
Jadual 2: Carta Organisasi Ibu Pejabat Daerah Polis Daerah
Bentong
Di bawah Ibu Pejabat Polis daerah Bentong terdapat 7 Balai Polis
dan 9 Pondok Polis.Balai Polis Balai Polis Bentong Balai Polis
Bukit Tinggi Balai Polis Genting Highlands Balai Polis Karak Balai
Polis Lurah Bilut Balai Polis Manchis Balai Polis TelemongPondok
Polis Pondok Polis Kg. Perting Pondok Polis Genting Sempah Pondok
Polis Janda Baik Pondok Polis Kg. Sertik Pondok Polis Sg. Dua
Pondok Polis Mempaga Pondok Polis Chemomoi Pondok Polis Felda
Kemasul Pondok Polis Kg. Jawi-jawiVisi Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
ialah Agensi peneraju dalam menjadikan Malaysia negara selamat,
aman dan sejahtera.Manakala misi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pula
ialah Memberi perkhidmatan professional dan berkualiti dalam
melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi
masyarakat.
Dasar Utama Polis Diraja Malaysia mengikut Seksyen 3 (3) Akta
Polis 1967 menggariskan bahawa demi kedaulatan negara dan
kesejahteraan masyarakat dan kewibawaan pasukan, kewajipan asasi
anggota Polis Diraja Malaysia adalah: Memelihara Undang-Undang dan
Ketenteraman Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia Mencegah
dan Mengesan Penjenayah Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah; dan
Mengumpul Risikan Keselamatan.-Tujuan agensi ditubuhkanObjektif
utama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ialah: Mengurangkan kadar
jenayah ke tahap yang minimum ; Meningkatkan kecekapan serta
keberkesanan perkhidmatan pembangunan sumber manusia Meningkatkan
kadar penyelesaian kes dan pembanterasan jenayah terancang ;
Mengurangkan bekalan dan permintaan dadah ; Meningkatkan kecekapan
pengurusan kewangan serta keperluan logistik yang optima bagi
menentukan kejayaan PDRM; Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan,
ketenteraman awam dan keselamatan negara dan Mempertingkatkan
kecekapan dan keberkesanan perolehan dan analisis risikan
keselamatan bagi membanteras kegiatan yang mengancam keselamatan
negara dan/atau ketenteraman awam.
Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong mempunyai 7 jabatan yang
berasingan fungsi dan tugas. Jabatan-jabatan tersebut ialah:1.
Jabatan Pengurusan2. Cawangan Khas3. Jabatan Siasatan Jenayah4.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)5.
Jabatan siasatan Jenayah Komersial6. Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik7. Jabatan Logistik
1. Jabatan PengurusanJabatan Pengurusan diketuai oleh seorang
Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh lima Timbalan
Pengarah iaitu Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Timbalan
Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Timbalan Pengarah Pengurusan
(Pekhidmatan/Perjawatan), Timbalan Pengarah Agama/Kuanseling dan
Timbalan Pengarah Integriti/Displin. Pengarah jabatan pengurusan di
IPD Bentong ialah Nik Azlan Bin Nik Ibrahim.FungsiLatihan:
Merangkumi pengendalian-pengendalian Kursus Asas, Kursus
Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian
Tinggi.Pentadiran: Merangkumi Pentadbiran Am (Urus setia,
Kebajikan, Istiadat dan PEKEP) dan Keselamatan/Sukan/Rekreasi (Kem
Komandan, Pancaragan, Muzium dan sukan.Perkhidmatan/Perjawatan:
Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan
pangkat, pertukaran, gaji / elaun dan persaraan.Agama/Kaunseling:
Merangkumi Pembangunan model insan dan kaunseling, kerjasama sengan
pelbagai pihak termasuk organisasi kerajaan serta mengadakan
latihan dan kursus.Integriti/Disiplin: Merangkumi pengawalan mutu
disiplin disemua peringkat anggota pasukan, menyelaras peraturan
pasukan, menyelaras peraturan tindakan tatatertib dan menentukan
hukuman tatatertib setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
2. Cawangan KhasCawangan Khas diketuai oleh seorang Pengarah
berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah
iaitu Timbalan Pengarah I dan II. Selaras dengan penugasan
kepolisan, fungsi utama Cawangan Khas adalah sebagai mana
diperuntukkan dibawah seksyen 3(3) dan seksyen 20(3) Akta Polis
1967Pegawai dan anggota Cawangan Khas juga mempunyai kuasa-kuasa
polis sepertimana termaktub dalam undang-undang negara
ini.ObjektifCawangan Khas bertanggungjawab mengumpul dan memproses
risikan keselamatan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman
awam serta mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia.Visi dan
MisiUntuk menjadi agensi perisikan moden, kompeten, dihormati,
berintegriti dan sebuah organisasi perisikan utama dalam
mengekalkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.
3. Jabatan Siasatan JenayahAkta Polis 1967, Seksyen 3(3)
menyebutkan bahawa antara tugas pasukan polis ialah mencegah,
mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah. Jabatan Siasatan
Jenayah dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan tugas-tugas
tersebut.Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh seorang Pengarah
yang berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh empat orang
Timbalan Pengarah dibawahnya, iaitu Timbalan Pengarah Siasatan
Jenayah (Risikan / Operasi), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah
(Siasatan / Perundangan), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah
(Jenayah Terancang), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Forensik /
Databank / DNA / Perancangan Strategi).Bahagian di bawah Jabatan
Siasatan Jenayah adalah:- Bahagian Urusetia Bahagian D1 (Kepolisan
Kawalan Dalaman) Bahagian D2 (Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia
& Singapura) Bahagian D3 (Naziran) Bahagian D4 (Risikan
Jenayah) Bahagian D5 (Pendakwaan / Undang-Undang) Bahagian D6
(Bantuan Teknik) Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi & Maksiat)
Bahagian D8 (Operasi Khas) Bahagian D9 (Siasatan Khas) Bahagian D10
(Forensik) Bahagian D11 (Siasatan Seksual / Kanak-Kanak) Bahagian
D12 (Interpol) Bahagian D13 (Data Bank / DNA) STAFOC
4. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
(KDNKA)Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
diketuai oleh seorang pengarah berpangkat Komisioner Polis dan
dibantu oleh empat timbalan pengarah iaitu Timbalan Pengarah
(Gerakan) JKDNKA (Deputi Komisioner), Timbalan Pengarah (PGA)
JKDNKA (Deputi Komisioner), Timbalan Pengarah (Kepolisan Am) JKDNKA
(Senior Asisten Komisioner) dan Timbalan Pengarah (PGK) JKDNKA
(Senior Asisten Komisioner)MisiMemelihara keselamatan dan
ketenteraman negaraVisiMemelihara undang-undang dan kedaulatan
negaraFungsi Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, mengekalkan
ketenteraman awam dan keselamatan negara; Meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan penguatkuasaan, mutu siasatan serta kelancaran
lalulintas; Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan bagi menjamin
keselamatan negara dan ketenteraman awam; Meningkatkan tahap
keselamatan daratan dan perairan negara; Meningkatkan keberkesanan
tindakan menumpas keganasan; Meningkatkan pengurusan keselamatan
dan ketenteraman awam.Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini:-
Pasukan Gerakan AM (PGA) Pasukan Gerakan Khas (PGK) Pasukan Gerakan
Marin (PGM) Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Pasukan Gerakan
Udara (PGU) Pasukan Trafik
5. Jabatan Siasatan Jenayah KomersilJabatan Siasatan Jenayah
Komersil diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis
dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah I
(Siasatan) dan Timbalan Pengarah II (Pentadbiran).Visi Menjadi
sebuah jabatan penyiasatan yang efisyen, berdaya saing dan proaktif
dari aspek membendung penularan semua bentuk jenayah komersil di
negara ini.MisiKomited dalam menjalankan siasatan secara
profesional untuk meningkatkan masyarakat dan terus kekal releven.
Fungsi Fungsi utama JSJK adalah , menangkap, menjalankan
penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan
kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber
dan lain-lain lagi samada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang
perseorangan mahupun secara bersindiket.Objektif Menangani semua
bentuk jenayah komersil dan peka terhadap perubahan persekitaran
yang boleh mewujudkan bentuk jenayah komersil yang baru.
Mempercepatkan siasatan dan menghasilkan kualiti siasatan yang
bermutu untuk tujuan mendakwa pesalah di mahkamah dan juga
dikenakan tindakan di bawah undang-undang pencegahan. Mengumpul
seberapa banyak data mengenai kesalahan jenayah komersil masa kini.
Data dikaji dengan teliti dari segi trend, modus operandi dan
bentuk (syndicate or non-syndicate) bagi kesalahan yang berkaitan
setelah data diproses, ianya di bentuk menjadi satu maklumat yang
boleh membantu dalam penyempurnaan siasatan. Menjamin ketelusan
penyiasatan di samping menggunakan semua kepakaran sumber manusia
yang khusus secara optimum.Bahagian di bawah Jabatan ini adalah:-
Siasatan Forensik Accounting. Siasatan Kewangan. Siasatan Koperat.
Siasatan Lain-lain Pemalsuan. Siasatan Jenayah Siber &
Multimedia. Operasi/Bantuan Teknik. Pentadbiran/Kerjasama
Antarabangsa. Penyelidikan/Risikan. Naziran. Perundangan. Bahagian
Urus Setia
6. Jabatan Siasatan Jenayah NarkotikJabatan Siasatan Jenayah
Narkotik PDRM ditubuhkan bagi membenteras gejala pengedaran dan
penyalahgunaan dadah. Jabatan ini telah disusun semula pada 2
Januari 1996, diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner
Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan
Pengarah (Penguatkuasaan / Pencegahan / Kepolisan Am) dan Timbalan
Pengarah (Perlucuthakan Harta / Perundangan / Tahanan ). Matlamat
utama Jabatan Narkotik ialah untuk mencapai perkhidmatan yang cekap
dan cemerlang dalam menangani masalah dadah negara.MisiMemerangi
dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan
undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan
bekalan dadah berbahaya.Fungsi Menguatkuasakan undang-undang
penyalahgunaan dan pengedaran dadah Mengumpul, mengkaji, menaksir
dan menyebar maklumat berkaitan dadah Menyiasat kegiatan
pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah
Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan
untuk memproses dadah Melaksanakan program pencegahan berkaitan
penyalahgunaan dadah Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa
dadah luar dan dalam negara Menyimpan rekod dan statistik berkaitan
dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah Mengawasi
kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan
kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah Menyediakan
latihan kepada pegawai / anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
samada di dalam dan luar negara Menghadiri mesyuarat, seminar
berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar
negaraCawangan-cawangan di bawah jabatan ini ialah: Siasatan Khas
Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa Pentadbiran Tahanan
Perlucuthakan Harta Soalsiasat Pakar/Bantuan Teknik
Rekod/Perangkaan Pendaftaran Logistik Petugas Lapangan Terbang
7. Jabatan LogistikJabatan Logistik diketuai oleh seorang
Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh tiga Timbalan
Pengarah iaitu Timbalan Pengarah I (Pengangkutan /Teknologi
Maklumat / Komunikasi / Pembangunan / Penyelenggaraan) Jabatan
Logistik, Timbalan Pengarah II (Kewangan / Pengurusan Aset /
Kepolisan Am) Jabatan Logistik dan Timbalan Pengarah III (Perolehan
/ Pusat Bekalan Polis / Persenjataan) Jabatan Logistik.MisiMenjamin
bantuan logistik yang berkualiti dan cemerlang secara
berterusan.Fungsi Mengendalikan belanjawan, mengurus dan
pembangunan PDRM Merancang, mengurus, mengendali dan menyenggara
semua aspek komunikasi, teknologi maklumat, pengangkutan dan
persenjataan Mengurus projek dan menyenggara bangunan serta
hartanah Menguruskan perolehan dan pembekalan kelengkapan am /
teknikal PDRM Mengurus aset PDRMBahagian di bawah jabatan ini
ialah:- Bahagian Pengangkutan Bahagian Teknologi Maklumat Bahagian
Komunikasi Bahagian Bekalan Polis Bahagian Perolehan Bahagian
Kewangan Bahagian Persenjataan Bahagian Pembangunan /
Penyelenggaraan Bahagian Kepolisan Am Bahagian Pengurusan Aset
-Sumber KewanganSumber kewangan yang di perolehi oleh Ibu
Pejabat Polis Bentong ialah hasil daripada bayaran kompoun dan
saman yang di kenakan kepada pesalah. IPD Bentong tidak mempunyai
bahagian yang menguruskan kewangan kerana, kewangan di urus dan
kawal oleh Ibu Pejabat Kontinjen Pahang. Segala kutipan wang akan
di hantar ke IPK untuk di audit. Satu unit kecil di wujudkan
sebagai pusat pengumpulan wang iaitu di bahagian pengurusan IPD
Bentong yang mana mewakili semua balai polis yang berada di bawah
daerah Bentong. Segala aliran masuk dan keluar wang adalah dalam
skala yang kecil. Secara keimpulan, sumber kewangan IPD Bentong
adalah diperolehi daripada saman dan kompoun yang di bayar. Segala
urusan berkaitan dengan kewangan dalam skala yang besar akan di
ajukan kepada IPK Pahang untuk di proses atau di semak. IPD Bentong
tidak menggunakan sumber luar.
-Hubungan dengan agensi luarIPD Bentong mengunakan jaringan
kerjasama (networking) dengan lain-lain agensi kerajaan dan bukan
kerajaan, masyarakat tempatan (community policing) dan Pasukan
Polis serantau dan antarabangsa dalam membendung dan mengatasi
ancaman serta masalah jenayah melalui kerjasama dua hala dan
penglibatan dalam seminar-seminar berkaitan dengan perkembangan
dalam bidang ilmu kepolisan.Dalam melaksanakan amanah serta
tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh
kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan
Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini
memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan
kesejahteraan negara.
-Suasana kerjaSuasana kerja di IPD Bentong adalah sangat selesa
dan memenuhi kehendak pihak universiti dalam memberi peluang kepada
pelajar untuk merasa pengalaman dan peluang dalam alam pekerjaan
yang bakal di aplikasikan kelak selepas bergraduat. Organisasi juga
menggunakan sistem berteknologi tinggi dalam setiap kerja, ini
memudahkan kakitangan termasuk pelajar dalam menyiapkan tugasan
yang di berikan.Selain suasana tempat kerja yang selesa, rakan
sepejabat juga peramah dan sedia memberi tunjuk ajar apabila
pelajar memerlukan pertolongan. Setiap jabatan yang di tempatkan
memberikan pendedahan dan pengalaman baru kepada pelajar serta ilmu
yang berguna untuk digunakan apabila pelajar memasuki alam
pekerjaan. Setiap jabatan yang ditempatkan mempunyai fungsi dan
tugas yang berbeza. Oleh itu, pelajar mempeoleh banyak ilmu dan
kaedah yang digunakan oleh setiap jabatan. Secara kesimpulan,
suasana kerja di IPD Bentong adalah sangat selesa, memuaskan dan
telah memberikan gambaran kepada pelajar mengenai alam pekerjaan
yang sebenar.
-PengubahsuaianPada pandangan pelajar, tiada sebarang
pengubahsuaian yang perlu di lakukan berdasarkan pemerhatian.
Sistem yang di gunakan adalah lebih efektif dan menggunakan
teknologi yang memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja yang
dilakukan. Oleh itu, organisasi perlu mengekalkan prestasi dan mutu
kerja mereka supaya boleh meningkatkan lagi tahap kecekapan dan
ketelusan kerja yang dijalankan.KESIMPULANSecara kesimpulan,
latihan industri yang dijalankan selama lapan minggu di Ibu Pejabat
Daerah Polis Daerah Bentong telah memenuhi syarat yang di kehendaki
oleh pihak universiti. Pelajar telah mendapat pengalaman serta ilmu
baru mengenai alam pekerjaan yang bakal di tempuh sejurus selepas
bergraduat. Segala ilmu yang diperolehi akan di manfaatkan dan
digunakan dengan sebaiknya pada masa hadapan. Segala tunjuk ajar
dan perhatian yang diberikan oleh kakitangan serta anggota IPD
Polis daerah Bentong sangat berguna dan akan dipraktikkan oleh
pelajar semasa berada dalam alam pekerjaan.