8/13/2019 rekacipta ayien
1/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
1
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN ................................................................................................................................................. 2
Nama projek ................................................................................................................................................... 4
PENGENALPASTIAN MASALAH ....................................................................................................................... 5
Menyatakan masalah yang hendak diselesaikan dengan jelas .................................................................. 5
Produk yang sedia ada di pasaran .................................................................................................................. 6
Pemilihan idea. ............................................................................................................................................... 8
Senarai bahan yang digunakan ....................................................................................................................... 9
Pengiraan Kos ............................................................................................................................................... 11
Kos Bahan Mentah ................................................................................................................................... 11
Kos upah ................................................................................................................................................... 13
Kos sampingan /overhead ........................................................................................................................ 13
Kos pengeluaran ....................................................................................................................................... 13
Amalan Keselamatan Semasa Di Dalam Bengkel Dan Membina Projek ....................................................... 14
penutup ........................................................................................................................................................ 20
Bibliografi ..................................................................................................................................................... 21
8/13/2019 rekacipta ayien
2/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
2
PENGENALAN
Kerajaan Malaysia telah meletakkan satu hala tuju ke arah pembangunan
dan kemajuan negara melalui wawasan 2020. Untuk mencapai matlamat
tersebut, negara memerlukan ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir
dalam pelbagai bidang terutama yang berteraskan perindustrian. Ia boleh
dicapai melalui sistem pendidikan negara yang berfungsi sebagai agen
perubahan masyarakat. Melalui sistem pendidikan, generasi baru digembleng,
dijana dan digerakkan agar menjadi tenaga mahir atau separuh mahir.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di Asia
Tenggara, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Dasar Pendidikan
Negara yang bersesuaian dengan Dasar Perindustrian Negara bagi memastikan
sistem pendidikan berganjak mengikut keperluan dan perubahan zaman. Oleh
itu, kurikulum pendidikan telah diubahsuai supaya mampu menyediakan rakyat
yang cenderung ke arah kemahiran dan vokasional melalui pengenalan mata
pelajaran Kemahiran Hidup (KH).
Di Malaysia, selain daripada sekolah menengah harian, sekolah
menengah sains, menengah teknik dan vokasional, Mata pelajaran Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah (KHSR) juga diperkenalkan di sekolah-sekolah rendah.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) bertujuan
membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan
berasaskan teknologi keusahawanan dan aspek pengurusan diri supaya mereka
dapat menjalankan kerja-buat-sendiri serta cenderung berusahaniaga dan
mereka cipta.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah yang berbentuk amali, penggunaan bengkel amatdiperlukan. Untuk melatih murid menggunakan alatan tangan untuk
menghasilkan projek- projek tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu
untuk pelajar melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih berkesan.
8/13/2019 rekacipta ayien
3/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
3
Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diamalkan dan
dipatuhi setiap kali menjalankan kerja amali. Organisasi bengkel dan pengurusan
kerja yang mudah boleh dilakukan secara bergilir-gilir di kalangan murid bagi
memberi mereka pengalaman tambahan serta menanamkan semangat
bekerjama, bertanggungjawab dan berdisiplin.
Semasa menjalankan kerja praktis, guru hendaklah memastikan tempat
kerja bebas daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Guru
hendaklah mengambil segala langkah keselamatan sepanjang masa pengajaran
dan pembelajaran. Perkara-perkara yang guru perlu beri perhatian ialah
menunjukkan teladan kerja yang selamat kepada murid. Guru perlu memastikan
peraturan keselamatan dipatuhi oleh semua pihak dan tanamkan rasa
tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang lain. Penjagaan alatan,
bahan, perkakas dan mesin hendaklah dilakukan berterusan supaya berkeadaan
baik dan selamat digunakan.
8/13/2019 rekacipta ayien
4/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
4
NAMA PROJEK
Bekas pensel dwicara
8/13/2019 rekacipta ayien
5/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
5
PENGENALPASTIAN MASALAH
MENYATAKAN MASALAH YANG HENDAK DISELESAIKAN DENGAN JELAS
Saya menghadapi masalah mengasingkan alat-alat tulis diatas meja saya
yang pelbagai contohnya seperti pen, pensel, pemadam, pengasah pensel, klip
kertas dan sebagainya. Diatas meja saya barang-barang tersebut bercampur-
campur dan ketika hendak digunakan ia agak sukar untuk dicari.
Saya bercadang untuk mereka cipta sebuah bekas untuk menyimpan alat-
alatan tersebut agar ia tidak bercampur-campur dan kelihatan lebih tersusun.
Selain itu dapat memberi kemudahan kepada saya apabila saya memerlukanya.
Alat tulis bersepah diatas meja
8/13/2019 rekacipta ayien
6/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
6
PRODUK YANG SEDIA ADA DI PASARAN
Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga produk sedia ada di pasaran
sesuai dengan tema yang dipilih.
8/13/2019 rekacipta ayien
7/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
7
KELEBIHAN KEKURANGAN
1. Projek stabil 1. Susah untuk di bina
2. Reka bentuk menarik 2. Kos yang tinggi
3. Kemasan yang kemas 3. Perlukan alatan yang banyak
4. Kebanyakan bekas pensel tiada
slot untuk benda-benda kecil.
Contohnya pin kertas dan jarum
peniti
5. Tiada ruang pembahagi pen dan
pensel
8/13/2019 rekacipta ayien
8/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
8
PEMILIHAN IDEA.
Lakaran ini dipilih kerana ia dapat membahagikan pen dan pensel dan
juga alatan tulis yang kecil. Malahan reka bentuknya lebih praktikal serta selamat
di gunakan dan mudah untuk dicapai.
[Type a quote from the document or the
summary of an interesting point. You can
position the text box anywhere in the
[Type a quote from the document or the
summary of an interesting point. You can
position the text box anywhere in the
8/13/2019 rekacipta ayien
9/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
9
SENARAI BAHAN YANG DIGUNAKAN
BAHAGIAN BAHAN SAIZ (mm) KUANTITI
A1, A2 Kayu beralur 10 x 70 x 200 2
B1, B2 Kayu beralur 10 x 45 x 80 2
C Kayu beralur 10 x 45 x 200 1
D Perspek bergambar 10 x 70 x 235 1
E1,E2,E3 Penggantung L 1 inci 3
F1,F2 Kayu beroti 10 x 10 x 90 2
G1,G2 Kayu beroti 10 x 20 x 90 2
H MDF bod bercorak 3 x 200 x 235 1
8/13/2019 rekacipta ayien
10/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
10
Glu PVA Kecil 1
Clear Spray Besar 1
Kertas las Halus 1
Semua dimensi dalam unit millimeter (mm)
8/13/2019 rekacipta ayien
11/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
11
PENGIRAAN KOS
KOS BAHAN MENTAH
Bil BAHAN KUANTITI KOSSEUNIT
(RM)
JUMLAH(RM)
1. Kayu beralur 2 0.80 1.60
2. Kayu beralur 2 1.00 2.00
3. Kayu beralur 1 1.00 1.00
4. Perspek bergambar 1 1.20 1.20
5. Penggantung L 3 0.80 2.40
6. Kayu beroti 2 0.70 1.40
7. Kayu beroti 2 0.70 1.40
8. MDF bod bercorak 1 1.30 1.30
8/13/2019 rekacipta ayien
12/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
12
Glu PVA 1 4.50 4.50
Clear Spray 1 10.00 5.00
Kertas las 1 1.00 1.00
JUMLAH KOS BAHAN MENTAH 22.80
8/13/2019 rekacipta ayien
13/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
13
KOS UPAH
Masa digunakan untuk menyiapkan 1 unit projek ialah 3 jam.
Kadar upah bagi 1 jam RM 6.00.
Kos Upah = Bilangan pekerja x jam bekerja x kadar jam
= 1 orang X 3 jam X RM 4.00
= RM 12.00
KOS SAMPINGAN /OVERHEAD
Kos sampingan ialah kos yang terlibat secara tidak langsung dalam proses
pengeluaran
Tenaga elektrik - RM 0.10
Air - RM 0.10
-----------------
Jumlah kos sampingan RM 0.20
-----------------
KOS PENGELUARAN
Kos pengeluaran = kos bahan + kos upah + kos sampingan
= RM 22.80 + RM 12.00 + RM 0.20
= RM 36.00
5.5 Kos seunit =
RM 36.00
8/13/2019 rekacipta ayien
14/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
14
AMALAN KESELAMATAN SEMASA DI DALAM BENGKEL DAN MEMBINA PROJEK
TAJUK : Projek Tempat letak Pensel
PERALATAN :
Pembaris keluli, sesiku L, pensel, gergaji puting, kikir parut, kertas pasir,
tukul warrington, paku panel, gam kayu, syelek, berus, skru, pemutar
skru.
Sebelum murid-murid memasuki bengkel dan memulakan kerja-
kerja amali, maka di peringkat awal, guru akan menerangkan
peraturan keselamatan kepada murid-murid. Peraturan keselamatan
dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa-ke semasa. Ini adalah
kerana murid akan mula bekerja dengan pelbagai bahan dan peralatan
yang berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Sewaktu murid
melakukan kerja-kerja amali, maka perlukan guru berwaspada bagi
menggelakkan satu kejadian yang tidak diinginan berlaku.
8/13/2019 rekacipta ayien
15/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
15
Keselamatan Semasa Membuat Projek
1. Keselamatan adalah merupakan sesuatu yang paling penting di dalammelakukan sesuatu kerja-kerja amali.
2. Semasa menjalankan kerja, murid-murid hendaklah mematuhi langkah-
langkah keselamatan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan
ataupun kecederaan semasa membuat projek.
3. Semasa menjalankan kerja juga janganlah kita bersikap cuai atau tidak
bekerjasama kerana buruk padahnya nanti.
Keselamatan Dir i Sendir i
1. Keselamatan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat berbahaya,
maka kita perlulah memakai alat perlindugan mata.
2. Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja, iaitu lengan baju yang
panjang mesti digulung hingga ke atas siku.
3. Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah semasa bekerja di
dalam bengkel.
4. Gunakan pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung
tangan apabila bekerja dengan bahan kimia.
5. Elakkan berambut panjang, jika berambut panjang maka mestilah diikat
atau disepit supaya tidak menganggu sewaktu bekerja.
6. Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam
seperti jam, rantai emas, loket, cincin dan lain-lain lagi.
8/13/2019 rekacipta ayien
16/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
16
Langkah Pertama: Menanda dan Mengu kur
Mengukur dan menanda papan dan plywood. Aktiviti ini dilakukan
dengan menggunakan pensel penanda, pembaris keluli dan sesiku L.
Semasa melakukan langkah ini, murid perlu memilih peralatan yang betuldan menggunakannya dengan cara yang betul supaya tidak merosakkan
dan mencacatkan papan. Murid juga perlu diingatkan supaya memegang
sesiku L dan pembaris keluli dengan berhati-hati dan tidak berada dalam
kedudukan yang boleh mencederakan murid-murid.
Langkah Kedua: Memotong
Selepas proses penandaan dan pengukuran dijalankan, papan dan
plywood perlu dipotong menggunakan gergaji puting mengikut saiz yang
ditetapkan. Semasa menggunakan gergaji puting, penahan tepi yang
8/13/2019 rekacipta ayien
17/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
17
diperbuat daripada kayu atau ragum meja diperlukan bagi memberi
kekuatan pegangan semasa melakukan kerja pemotongan. Potong papan
dan plywood pada saiz yang diperlukan. Langkah keselamatan perlu
dititikberatkan semasa memotong. Pada awal proses pemotongan, beri
tekanan ringan pada awal terbentuknya alur supaya gergaji tidak meleset
dan melukai tangan. Jangan menggunakan daun gergaji yang sudah
tumpul dan tidak tajam. Pegang gergaji dengan cara yang betul dan
jangan menghalakan mata gergaji kepada murid lain di mana ia boleh
mendatangkan kecederaan.
Langkah Ketiga: Mengiki r
Kikir parut digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu.
Proses mengikir ini juga perlu untuk membuang lebihan-lebihan papan
yang mungkin boleh mencederakan murid yang memegangnya. Semasa
mengikir, pastikan murid menggunakan penahan tepi atau ragum meja
bagi menguatkan pegangan semasa melakukan kerja mengikir. Pastikan
murid memegang kikir dengan betul supaya tangan tidak tercedera.
Langkah Keempat: Melicin
Proses seterusnya ialah melicin dengan menggunakan kertas
pasir. Gosok permukaan kayu dengan menggunakan kertas las yang
dibalut pada bongkah kayu. Naikkan urat kayu dengan membasahkan
permukaannya dengan menggunakan perca kain yang basah. Gosok
kayu mengikut arah urat kayu. Bersihkan permukaan kayu dengan berus
atau kain. Semasa aktiviti ini, pastikan muka murid tidak terlalu rapat
dengan papan kerana ditakuti murid akan menyedut habuk dan masuk ke
dalam mata murid.
8/13/2019 rekacipta ayien
18/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
18
Langkah Kelima: Mencantum projek dengan gam kayu
Langkah seterusnya mencantum bahagian projek papan dan
plywood. Sapukan kawasan percantuman dengan gam kayu. Cantumkan
bahagian-bahagian projek dengan teliti. Pastikan murid memakai sarung
tangan ketika menyapu gam dan tidak memghidu bau gam kerana ditakuti
akan memudaratkan kesihatan murid.
Langkah Keenam: Mencantum d engan paku
Peralatan yang digunakan dalam langkah ini ialah tukul warington
dan paku panel. Langkah ini dijalankan bertujuan untuk menguatkan lagi
8/13/2019 rekacipta ayien
19/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
19
bahagian yang dicantum menggunakan gam kayu. Pastikan murid
menggunakan tukul warington dengan betul. Semasa murid mengetuk
paku, pastikan tiada murid lain hampir dengannya kerana dikhuatiri ada
paku yang tertanggal melantun ke muka murid yang lain atau tukul
warington terlepas daripada genggaman dan melantun ke murid yang lain.
Langkah Ketujuh: Kekemasan
Langkah yang terakhir ialah kekemasan projek. Proses ini memerlukan
syelek dan berus. Kerja menyapu syelek digalakkan dibuat pada waktu tengahari
cuaca panas bagi mengelakkan bahagian yang disapu syelek menjadi putih.
Murid perlu diingatkan supaya memakai sarung tangan ketika menyapu syelek
dan tidak menghidu bau syelek kerana berbahaya kepada kesihatan.
8/13/2019 rekacipta ayien
20/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
20
PENUTUP
Langkah-langkah Keselamatan adalah satu aspek penting yang perlu
dititikberatkan oleh semua pihak, sama ada di sekolah, di pejabat walhal di
rumah sekali pun. Langkah keselamatan yang dibincangkan di sini adalah
merangkumi segala aspek keselamatan yang melibatkan penggunaan bengkel di
sekolah-sekolah.
Keselamatan adalah suatu perkara yang sering dipandang ringan oleh
semua orang, lantas langkah-langkah berjaga-jaga langsung tidak dipedulikan.
Kita akan mengambil langkah-langkah keselamatan setelah mengalami
sebarang kemalangan atau kecederaan. Seperti kata orang tua-tua , dah
terantuk baru terngadah. Seharusnyalah kata-kata ini tidak digunapakai lagi di
waktu sekarang kerana di zaman ini kita sentiasa terdedah kepada berbagai
jenis bahaya yang ada di sekeliling. Hanya, jika kita tidak berhati-hati nasib tidak
menyebelahi kita, kerana malang itu tidak berbau.
Langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diamalkan oleh semua
orang melibatkan 3 aspek iaitu menjaga keselamatan diri sendiri, orang lain dan
alatan mesin, mengetahui cara-cara pertolongan cemas dan mengetahui cara
menggunakan alat pemadam api.
Semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan langkah-
langkah keselamatan diamalkan di sekolah-sekolah. Kecuaian, sikap buruk dan
kejahilan merupakan punca utama kemalangan. Gunakan peralatan yang
berkeadaan baik dengan kaedah atau cara yang betul untuk mengelakkan
berlakunya kecederaan atau kemalangan. Pakaian yang sesuai, disiplin diri dan
mematuhi peraturan merupakan perkara penting dalam mencegah kemalangan.
“UTAMAKAN KESELAMATAN”.
8/13/2019 rekacipta ayien
21/21
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL BBR 31102
21
BIBLIOGRAFI
1. c. Ray Asfahl , (1995) , Industrial Safety And Health Management, Prentice
Hall, Inc. , New Jersey.
2. Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, (2003) ,
Keselamatan Bengkel SPE 1032 / SPK 2032, UTM.
3. Jawatankuasa Keselamatan Bengkel Sekolah, Kementrian Pelajaran
Malaysia, (1977), Panduan Keselamatan Bengkel Sekolah, DBP, Kuala Lumpur.
4. James Co Van, (1995) , Safety Engineering, John Wiley And Sona. Inc.,
Kanada.
5. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Darul Khusus , Buku
Panduan Khusus Keselamatan Kebakaran Asas, Negeri Sembilan.