ISI KANDUNGAN
PERKARAMUKA SURATPENGHARGAANiISI KANDUNGANii1.0 PENGENALAN 1.1EZ
Egg Separator 1.2PRODUK SEDIA ADA2.0 LATAR BELAKANG2.1 PENYATAAN
MASALAH2.2 PENGUMPULAN DATA 2.3HURAIAN DATA2.4 RUMUSAN DATA 3.0
MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROJEK3.1 MATLAMAT PROJEK3.2 OBJEKTIF
PROJEK
4.0 FUNGSI DAN KEGUNAAN PROJEK
5.0 DESKRIPSI PROJEK5.1 SENARAI BAHAN DAN KOMPONEN5.2 ANGGARAN
KOS PEMBINAAN PRODUK5.3JADUAL KERJA DAN CARTA ALIR KERJA6.0LAKARAN
DAN LUKISAN KERJA PROJEK7.0 PEMBUATAN DAN PENGUJIAN
PROTOTAIP8.0CADANGAN DAN PENGUBAHSUAIAN9.0 PEMASARAN
BIBLIOGRAFILAMPIRAN
1.0PENGENALAN1.1EZ Egg SeparatorEZ Egg Separator dibina dengan
menggunakan tema pembuatan kek dan roti dengan mensasarkan suri
rumah atau pengusaha kek dan roti secara kecil-kecilan di rumah.
Pembinaannya adalah hasil daripada inovasi produk sedia ada di
pasaran. Produk yang ada hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Cetusan idea pembinaan prototaip ini adalah hasil daripada
pengalaman sendiri dan temu bual yang dibuat secara rawak di
kalangan pelajar DPLI UTHM 2012. Hasil daripada pengumpulan data
tersebut, kami menjana idea untuk membangunkan produk yang boleh
memenuhi keperluan pengguna. Hasil daripada perbincangan tersebut,
kami membina prototaip yang menggunakan bahan plastik dan buluh
sebagai bahan utama.Prototaip ini menggunakan aplikasi sudut dan
geseran. Di mana, kami perlu menentukan tahap sudut kecondongan
landasan yang paling tepat bagi memastikan proses pengasingan telur
dapat berlaku dengan lebih efektif. Proses keseluruhan pembinaan
diterangkan dalam bab yang berikutnya.
Gambar 1.0 (a): Prototaip dari pandangan atas
Gambar 1.0 (b): Prototaip lengkap1.1CIPTAAN SEDIA ADAPada masa
kini, terdapat banyak produk pemisah telur yang telah berada di
pasaran. Di bawah adalah beberapa contoh produk yang sedia ada di
pasaran.
Gambar 2.0: Contoh alat pemisah kuning telur
2.0 LATAR BELAKANG2.1 PENYATAAN MASALAHDalam pembuatan kek dan
roti, telur merupakan antara bahan utama yang digunakan dan dalam
resepi tertentu hanya bahagian putih atau kuning telur sahaja
diperlukan. Contohnya, dalam pembuatan kek Lapis Sarawak. Kedua-dua
bahagian ini boleh dipisahkan tetapi adakalanya pengasingan yang
berlaku tidak sempurna, di mana telur putih masih lagi bercampur
dengan telur kuning.
2.2 PENGUMPULAN DATA Pengumpulan data dilakukan dengan
menggunakan dua kaedah, iaitu melalui pengalaman sendiri dan
temubual ringkas yang telah dijalankan ke atas 10 responden yang
dipilih secara rawak di kalangan pelajar perempuan DPLI UTHM.
Soalan yang ditanya seperti dilampiran A. PerkaraDapatan kajian
1) Memisahkan telur tanpa menggunakan alat pemisah
2) Memisahkan telur dengan menggunakan alat pemisah telur dan
berpuas hati dengan hasilnya
3) Memisahkan telur dengan menggunakan alat pemisah telur dan
tidak berpuas hati dengan hasilnya
40%
-
60%
Jadual 1.0: Dapatan daripada temubual yang dilakukan
2.3HURAIAN DATABerdasarkan hasil dapatan daripada temubual
ringkas yang dijalankan, 6 daripada 10 responden atau 60 peratus
daripada mereka menyatakan bahawa produk pemisah telur yang ada di
pasaran kurang efektif untuk memberi hasil yang sempurna dan tiada
responden yang berpuas hati dengan penggunaan alat pemisah telur
yang ada di pasaran sekarang. Manakala 40 peratus daripada mereka
pula memisahkan telur tanpa menggunakan alat pemisah kerana mereka
tidak tahu adanya produk tersebut dipasaran. Semua responden
mengharapkan ada produk pemisah telur yang lebih efektif di
pasaran.
2.4 RUMUSAN DATA Dapat dirumuskan bahawa perlu adanya satu
produk pemisah telur yang lebih efektif yang dapat memenuhi
kehendak pengguna.
3.0MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROJEK3.1 MATLAMAT Matlamat utama
projek ini adalah untuk menghasilkan satu produk yang boleh
membantu dan memudahkan surirumah tangga serta pengusaha-pengusaha
kek dan roti secara kecil-kecilan dalam mengasingkan putih dan
kuning telur.
3.2 OBJEKTIF Antara objektif projek adalah:- Memudahkan suri
rumah tangga serta pengusaha-pengusaha kek dan roti secara
kecil-kecilan dalam mengasingkan putih dan kuning telur.
Menjimatkan masa
4.0 FUNGSI DAN KEGUNAAN PROJEKProjek ini digunakan untuk
mengasingkan putih dan kuning telur. Kumpulan sasaran kami adalah
suri rumahtangga serta pembuat kek dan roti secara kecil-kecilan di
rumah.
Walaupun fungsi penghasilan projek ini adalah sama dengan produk
sedia ada, namun reka bentuk projek kami ada banyak keistimewaan
dan kelebihan. Antaranya adalah:-
Senang digunakan Mudah disimpan Tidak menggunakan tenaga
elektrik atau bateri Harga berpatutan Mesra pengguna (tidak perlu
menggunakan bekas berasingan untuk mengumpulkan hasil
pengasingan).
5.0 DESKRIPSI PROJEK5.1 SENARAI BAHAN DAN KOMPONENJadual 2.0
menunjukkan senarai bahan dan komponen yang digunakan untuk membina
prototaip.
BILBAHANKUANTITI
1.
Bekas plastik saiz 34 x 13 cm1
2.
Bekas plastik saiz 21 x 10.5 cm1
3.
Bekas plastik saiz 11.5 x 11.5 cm1
4.
Penyedut minuman42
5.
Pembaris2
6
Bilah buluh (pencucuk satay)42
7
Pemegang landasan2
8
Gam1
Jadual 2.0: Bahan dan Komponen
5.2 ANGGARAN KOS PEMBINAAN PRODUKJadual 3.0 menunjukkan anggaran
kos bagi pembinaan prototaip.BILBAHANKUANTITIHARGA SEUNIT
(RM)JUMLAH (RM)
1.Bekas plastik saiz 34 x 13 cm15.005.00
2.
Bekas plastik saiz 21 x 10.5 cm11.001.00
3.
Bekas plastik saiz 11.5 x 11.5 cm10.300.30
4.
Penyedut minuman420.020.84
5.Pembaris20.501.00
6.
Bilah buluh (penyucuk satay)420.041.68
7.Pemegang Landasan20.501.00
8.Gam11.001.00
Jumlah
11.82
Jadual 3.0: Anggaran kos pembinaan5.3 JADUAL KERJA DAN CARTA
ALIR KERJA
Jadual 4.0 menunjukkan jadual kerja sepanjang menjalankan projek
ini
BILAKTIVITIMINGGU
12345678910
1Pemilihan tajuk projek
2Penyediaan proposal
3Menyediakan komponen/bahan mentah
4Menguji bahan
5Membina model
6Menguji model
7Kemasan
8Menilai model
9Pembaikan
11Festival rekacipta
Jadual 4.0: Jadual kerja
TIDAKMULAPERBINCANGAN PENSYARAH DAN PELAJARSUSUN ATUR
KERJAPENYEDIAAN BAHAN / KOMPONENMENGUJI BAHANPEMBAIKKAN
PROTOTAIPMENILAI PROTOTAIP YAMAMBINA PROTOTAIP
YAKEMASANTIDAKMENGUJI PROTOTAIPRajah 2.0 di bawah menunjukkan carta
alir kerja yang telah kami lakukan sepanjang pembinaan prototaip
ini.
Gambarajah 1.0: Carta alir kerja6.0LAKARAN DAN LUKISAN KERJA
PROJEK7.0 PEMBUATAN DAN PENGUJIAN PROTOTAIP7.1LANGKAH-LANGKAH
PEMBUATAN PROTOTAIP7.1.1PEMILIHAN BAHAN Kami telah memilih buluh
dan plastik acuan (bekas plastik empat segi pelbagai saiz, straw,
pembaris,pemegang landasan) sebagai bahan utama yang paling sesuai
untuk pembinaan prototaip produk ciptaan kami. Kewajaran memilih
plastik acuan kerana plastik acuan adalah bahan yang mempunyai
keteguhan dan mudah untuk diuruskan. Manakala buluh pula adalah
senang untuk dikendalikan dan dibentuk mengikut kesesuaian projek.
Selain itu, kos kedua-dua bahan yang digunakan ini adalah murah dan
senang didapati.7.1.2PEMASANGANSetiap bahan yang digunakan dipasang
mengikut spesifikasi seperti yang ditetapkan dalam lukisan kerja.
Langkah-langkah pemasangan:(i) Bilah buluh (penyucuk satay) dan
straw di potong mengikut saiz yang telah ditetapkan (10.5 cm dan
8.5 cm)(ii) Kemudiannya, bilah buluh tersebut dimasukkan ke dalam
ruang berongga straw dan dilekatkan ke atas permukaan pembaris
dengan menggunakan gam.(iii) Selepas pemasangan siap dilakukan,
pengujian kekuatan pemasangan dijalankan untuk memastikan bilah
buluh tersebut melekat dengan sempurna.(iv) Kemudiannya, pemegang
landasan dilekatkan dengan menggunakan gam mengikut sudut
kecondongan yang telah diuji keberkesanannya. Selepas itu,
pengujian kekuatan pelekatan dilakukan bagi memastikan pemegang
tersebut melekat dengan sempurna.(v) Selepas landasan siap dibina,
proses kemasan dilakukan dengan melekatkan pelekat kalis air di
kedua-dua bahagian tepi landasan bagi memperkemaskan lagi landasan
yang dibina.
7.1.3PENGUJIAN PROTOTAIPPrototaip yang siap dibina diuji untuk
memastikan sudut kecondongan yang sesuai bagi memastikan telur
dapat bergerak dengan lancar dan bahagian telur dapat dipisahkan
dengan sempurna. Kami melakukan 12 pengujian. Hasil daripada
pengujian seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.Bilangan
ujianSudut kecondonganBerjayaTidak Berjaya
145X
240X
335X
430X
525X
620X
710X
810X
920X
1020X
1120X
1220X
Jadual 5.0: Bilangan ujian yang dilakukan.
7.1.4PENILAIAN PROTOTAIPBerdasarkan pengujian yang dijalankan,
dapat dibuat penilaian pada sudut kecondongan 25 hingga 45,
pengasingan bahagian telur tidak berlaku sepenuhnya kerana
pergerakan telur sangat laju. Pada sudut 10 bahagian telur dapat
diasingkan, tetapi kuning telur bergerak amat perlahan sebelum
jatuh ke dalam bekas pengumpulan. Pada sudut 20, pergerakan dan
pengasingan bahagian telur berlaku pada tahap yang paling berkesan.
Jadi, kami memutuskan, sudut kecondongan 20 adalah yang paling
sesuai diaplikasikan pada prototaip yang dibina.
8.0CADANGAN DAN PENGUBAHSUAIANPrototaip yang kami bina ini boleh
mewakili saiz sebenar produk. Walaubagaimanapun, beberapa
penambahbaikkan masih boleh dilakukan antaranya:i) menggunakan rod
kaca atau rod aluminium sebagai asas landasan.ii) Saiz bekas boleh
dikecilkan bagi memudahkan lagi penyimpanan.
9.0 PEMASARANKami yakin projek yang kami bangunkan ini mempunyai
potensi yang besar untuk dipasarkan kerana projek ini mempunyai
banyak kelebihan dan keistimewaannya. Selain daripada mudah
digunakan, harganya juga amat berpatutan. Mengikut perkiraan kami,
produk ini boleh dijual dengan harga kurang daripada RM15.00 kerana
kos pembuatannya adalah kurang daripada RM 12.00. Sekiranya
penghasilan produk dalam kuantiti yang besar, kos bahan pembuatan
masih boleh dikurangkan lagi.
Memandangkan produk sedia ada di pasaran kurang efektif, kami
yakin produk kami ini akan menjadi pilihan utama kumpulan sasaran
kami.Jadi, untuk memastikan produk ini boleh dipasarkan, beberapa
strategi boleh digunakan, antaranya adalah:- Membuat promosi secara
besar-besaran memandangkan masih ramai yang tidak mengetahui
tentang keberadaan produk sepertinya di pasaran. Mempelbagaikan
kaedah promosi seperti menggunakan laman web sosial, iklan surat
khabar, iklan radio, flyers dan lain-lain lagi.
BIBLIOGRAFI1)Pusat Perkembangan Kurikulum (1996). Buku Sumber
Pelajar Reka Cipta.Tingkatan 4 dan 5. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
LAMPIRAN ASenarai soalan temu bual yang dijalankan bagi
mengumpul data berkaitan produk yang ingin dibangunkan.
1. Adakah anda pernah membuat kek atau roti?2. Adakah anda
menggunakan telur untuk membuat kek atau roti ?3. Bagaimanakah anda
mengasingkan bahagian putih dan kuning telur?4. Adakah anda tahu
mana-mana alat pengasing telur berada di pasaran?5. Adakah alat
tersebut berfungsi dengan efektif? Jika tidak, mengapa?6. Adakah
anda rasa perlu adanya penambahbaikan bagi produk sedi ada?7.
Apakah cadangan anda?