FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY SEMESTER MAY 2015 EBTQ3203 QUALITY MANAGEMENT MATRICULATION NO : IDENTITY CARD NO. : TELEPHONE NO. : E-MAIL : LEARNING CENTRE : SHAH ALAM
FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY
SEMESTER MAY 2015
EBTQ3203
QUALITY MANAGEMENT
MATRICULATION NO :
IDENTITY CARD NO. :
TELEPHONE NO. :
E-MAIL :
LEARNING CENTRE : SHAH ALAM
ISI KANDUNGAN M/S
1.0 Pengenalan ……………………………………………………… 2
1
1.0 Pengenalan
Kualiti bermaksud produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan atau
kepuasan yang melebihi jangkaan pelanggan. Kualiti adalah penting dalam usaha memastikan
setiap produk atau perkhidmatan memenuhi permintaan pengguna dalam semua aspek.
Pelan Kualiti Projek (PKP) pula boleh ditakrifkan sebagai suatu perancangan yang
dibangunkan pada peringkat awal projek untuk membantu mencapai hasilan yang berkualiti
terhadap projek yang dilaksanakan. Tujuan PKP adalah untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti
atau tugas-tugas yang harus dilakukan semasa proses penghasilan produk dan pada masa yang
sama memberi tumpuan terhadap pencapaian jangkaan kualiti yang diharapkan oleh
pelanggan. Aktiviti-aktiviti atau tugas-tugas yang dinyatakan dalam PKP merangkumi
standard kualiti yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi dalam menyampaikan produk
yang memenuhi kehendak pelanggan.
PKP juga digunakan untuk mengenal pasti piawaian kualiti yang berkaitan dengan projek
dalam memenuhi kehendak organisasi ataupun pelanggan. PKP haruslah merangkumi
sumber-sumber yang telah dikenal pasti, latihan yang diperlukan, pemeriksaan dan kehendak
ujian serta prosedur kualiti yang berkenaan dengan projek.
PKP perlu dibangunkankan sebelum kerja-kerja pemindahan atau pembinaan dijangka
bermula. Hasil daripada pelan pelaksanaan PKP itu akan dimasukkan dan didokumentasikan
dalam pelan kualiti. PKP merupakan pelan bertulis yang memperincikan bagaimana
pengurusan terhadap kualiti pada sesuatu projek dilakukan dan dalam masa yang sama perlu
menyiapkan projek tersebut dalam bajet dan masa yang telah ditetapkan. Kandungan yang
terdapat di dalam PKP akan disediakan dengan merujuk kepada sistem kualiti syarikat,
kontrak dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan projek yang dijalankan.
Untuk memastikan proses perlaksanaan projek berjalan dengan lancar maka pelan
pemeriksaan dan ujian yang sistematik haruslah digunakan. Di dalam pelan tersebut ianya
haruslah menyatakan tentang urutan pemeriksaan dan ujian yang terlibat dalam proses
pembinaan atau pemasangan dalam sesuatu projek. Bagi setiap pemeriksaan atau ujian yang
dijalankan pula, pihak individu yang bertanggungjawab atau yang mempunyai kuasa untuk
menjalankannya perlulah dinyatakan.
PKP biasanya akan disediakan oleh kontraktor utama dan diluluskan oleh perunding yang
telah dilantik. Pelan ujian dan pemeriksaan yang dibuat adalah mengikut Standard Piawaian
Antarbangsa /Malaysia atau mengikut spesifikasi dan kehendak pelanggan di mana ianya
boleh dinyatakan dalam bentuk bertulis dan diterima pakai. Kenyataan kaedah (method
2
statement) dan struktur pecahan kerja perlu disediakan oleh pihak kontraktor kerana mereka
lebih memahami skop kerja yang akan dijalankan dan perlu dikaji dan diteliti semula oleh
perunding yang dilantik bagi memastikan ianya memenuhi standard kualiti yang dikehendaki.
Adalah menjadi tanggungjawab Pengurus Projek kontraktor utama untuk menyiapkan dan
menyerahkan projek di bawah penyeliaan mereka tepat pada masa yang diperuntukkan,
mengikut bajet yang telah ditetapkan serta memastikan keselamatan semasa projek dijalankan.
Oleh itu pembangunan PKP menjadi salah satu agenda penting dalam memastikan kejayaan
projek. PKP akan dapat membantu seseorang pengurus projek mengurus, mengesan dan
menyiapkan projek yang dijalankan agar sentiasa berada pada tahap kualiti yang diperlukan.
Enam konsep pengurusan kualiti yang perlu ada di dalam pengurusan kualiti projek iaitu
Dasar Kualiti, Objektif Kualiti, Jaminan Kualiti, Kawalan Kualiti, Audit Kualiti dan
Merancang Program Kualiti (Harold Kerzner, 2009).
2.0 Tinjauan Literatur Pelan Kualiti Projek
Juran (1988), melihat pelan kualiti sebagai sebahagian daripada trilogi kualiti dalam
perancangan kualiti, kawalan dan juga penambahbaikan. Menurut Juran di dalam pengurusan
pelan kualiti, elemen-elemen yang paling penting ialah mengenal pasti pelanggan, kehendak
dan keperluan mereka, mewujudkan matlamat kualiti yang optimum, mewujudkan kualiti
yang boleh diukur, proses perancangan yang mampu memenuhi matlamat kualiti walaupun
semasa proses operasi berlaku dan menghasilkan produk secara berterusan untuk
meningkatkan pasaran produk.
Beecroft (1999) menekankan bahawa kualiti adalah seperti kriteria-kriteria lain yang mana
ianya memerlukan perancangan yang strategik daripada pihak pengurusan tertinggi dalam
sesebuah organisasi di dalam perniagaan. Kebanyakkan usaha peningkatan kualiti hanya
tertumpu pada alat untuk meningkatkan kualiti dan kaedah yang digunakan untuk
memperbaiki proses-proses tertentu. Walau bagaimanapun usaha-usaha ini sering
mengabaikan kesannya terhadap keseluruhan perniagaan atau organisasi tersebut.
Menurut Lam (1997), kebanyakkan syarikat dan organisasi korporat melabur dalam
program-program untuk meningkatkan kualiti produk mereka. Namun begitu kajian
menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat merasakan bahawa program-program peningkatan
kualiti yang dijalankan tidak seperti yang mereka jangkakan dan ianya tidak membantu dalam
peningkatan kualiti produk syarikat mereka. Antara penyebab utama wujudnya jurang antara
jangkaan syarikat terhadap peningkatan kualiti dan hasil yang mereka perolehi adalah kerana
3
syarikat tidak mempunyai proses perancangan kualiti yang berkesan sebelum pelaksanaanya
(Juran dan Godfrey, 2000).Oleh itu, pelan perancangan kualiti dikenal pasti sebagai fasa yang
paling penting dalam proses pengurusan kualiti dan ianya memerlukan perhatian yang lebih.
Mohr-Jackson (1998), menyatakan bahawa orientasi kualiti dan orientasi pasaran adalah
saling melengkapi antara satu sama lain. Gabungan kedua-dua orientasi ini dapat
menyumbang ke arah penambahbaikan terhadap hasil pemasaran, pengeluaran dan
keuntungan perniagaan. Menurut beliau lagi, gabungan kedua-dua orientasi ini mampu
memberi faedah yang besar kepada sesebuah syarikat atau perniagaan dan perhatian yang
lebih perlu diberikan terhadap pengurusan kualiti. Penggunaan Pelan Pengurusan Kualiti
(QMP) amat penting untuk menjayakan pelaksanaan konsep pemasaran untuk sesebuah
syarikat atau organisasi.
Ketekunan dalam mencapai kepuasan pelanggan melalui kualiti menjadi salah satu sumber
kelebihan untuk bersaing dan juga sebagai penentu terhadap prestasi sesebuah perniagaan
untuk berjaya (Wayland & Cole 1997; Webster 1994). Deming (1982) menyarankan supaya
firma mengubah gaya pengurusan melalui tranformasi berasaskan kualiti yang mampu
membawa kelebihan untuk bersaing pada masa hadapan dan mampu menjamin kelestarian
organisasi. Dalam melaksanakan fungsi pemasaran, Gummesson (1998) menekanakan bahawa
pengurusan kualiti boleh didekati dari segi ‘luaran’ atau dari perspektif ‘dalaman’ sesebuah
organisasi. Pendekatan luaran yang diibaratkan sebagai pengurusan kualiti berpandukan
kepada pasaran ini adalah lanjutan kepada konsep ‘ketepatan guna’ (fitness for use) yang di
cadangkan oleh Juran (1992). Manakala pendekatan dalaman pula lebih menjurus kepada
teknologi yang digunakan, struktur organisasi, sistem, matlamat serta nilai-nilai dalaman
sesebuah syarikat atau organisasi.
3.0 Pembangunan dan Pelaksanaan Pelan Kualiti Projek (PQP)
Pelan kualiti yang baik haruslah mengenalpasti organisasi pelanggan secara dalaman dan
luaran, menyediakan proses reka bentuk yang menghasilkan semua ciri-ciri yang dikehendaki
oleh pelanggan, membawa masuk pembekal pada awal proses, membantu organisasi menjadi
organisasi yang reponsif terutamanya terhadap kehendak pelanggan yang berubah-ubah dan
menunjukkan proses perubahan tersebut berlaku serta memenuhi matlamat kualiti.
Pelan Kualiti Projek yang dirancang perlu mempunyai objektif untuk menyediakan akses
mudah terhadap kehendak kualiti dan ketersediaan prosedur dan standard kepada pihak
pengurusan projek. Untuk pemindahan beberapa barisan produk dari loji Amerika Syarikat ke
4
loji di Malaysia, pelan kualiti projek yang baik haruslah dibangunkan. Di bawah ini adalah
pelan pelaksanaan kualiti projek untuk pemindahan tersebut.
PELAN KUALITI PROJEK ( PKP )
Pelan Kualiti Projek MZ MICHELIN
No . Dokumen Projek AS/NZS ISO 9001:2008 –
PQP 0001
Semakan A
Tarikh Dikeluarkan 28 Mei 2014
Jumlah Mukasurat
Jawatan Nama Tandatanga
n
Tarikh
Disediakan oleh TBA
Diluluskan oleh Pengawai Kualiti
Projek
Alan Walter
Diluluskan oleh Pengurus Tapak
Projek
Aman Shah
Diluluskan oleh Pengurus Projek David Lambert
Authorised oleh Pengurus Kualiti David Stan
Pelanggan Syarikat MZ Michelin (US)
3.1 Objektif Umum
Tujuan Pelan Kualiti Projek ini bersama-sama dengan dokumen-dokumen rujukan
lain adalah untuk menerangkan tentang tanggungjawab dan prosedur yang perlu
diambil semasa menjalankan projek . PKP ini dibuat untuk memastikan data dan
maklumat yang dihasilkan dalam projek S/NZS ISO 9001:2008 boleh diterima ,
dipercayai , menepati tujuan projek dan ianya selaras dengan objektif dan deliverables
yang didokumenkan. . Pelan ini meringkaskan sistem pengurusan dalaman yang
5
mengawal serta mentadbir keputusan dan arahan yang berkaitan dengan jaminan
kualiti projek (Project Quality Assurance). PKP juga memberi visi kepada pihak
pengurusan dalam mengawal projek berkenaan untuk mencapai kualiti secara total,
perolehan bahan dan pelaksanaan kerja / aktiviti yang berkaitan. Penjaga dokumen ini
terdiri daripada Jabatan Jaminan Kualiti / Jabatan Kawalan Kualiti dalam MZ
Engineering. Pertanyaan mengenai tafsiran / pembinaan atau penggunaan dokumen ini
hendaklah dikemukakan kepada Pengurus Projek.
3.1 Maklumat Projek
Tapak kerja ini terletak di Kulim Hi Tech lebih kurang 35kms dari Sungai Petani,
Kedah. Tapak kerja ini berada di tengah-tengah kawasan perindustrian Kulim Hi
Tech.Kerja-kerja pembinaan yang dilakukan terdiri daripada elemen-elemen berikut.
i. Pusat Rekod bangunan - sistem rak perumahan struktur dua tingkat untuk
rekod dan pejabat bagi kakitangan pengurusan dan sokongan.
ii. Bekalan dan pemasangan sistem pembuatan tayar.
iii. Bekalan stacker mudah alih, troli dan langkah-langkah aluminium.
iv. Kawasan Penyelengaraan – fasiliti untuk peralatan dan perkhidmatan
Mekanikal dan Elektrikal.
v. Pembinaan Bangunan Utama
Nilai projek ini adalah RM 1.2 bilion dan tempoh pembinaan projek ini adalah selama
18 bulan dan tempoh penyelenggaraan adalah selama 12 bulan.
3.1.1 Butiran Pelanggan
Pejabat pelanggan MZ MICHELIN , 16 Giffnock Ave North Ryde, United
State.
Nama Wakil Pelanggan
David Lambert
Jawatan Pelanggan
Projek Manager
Alamat
16 Giffnock Ave North
Ryde, United State.
No. Telefon
089-346799070
No. Fax
089-356799071
3.2 Edaran Dokumen PQP
6
Pelan Kualiti Projek adalah dokumen kerja terkawal yang berkaitan dengan projek
yang dijalankan, menggambarkan permohonan praktikal Dasar Jaminan Kualiti dan
Objektif. Penjaga dokumen ini adalah Pengurus Jaminan Kualiti, tugas Pengurus
Jaminan Kualiti ialah untuk mengedarkandokumen ini kepada penerima dengan
mendapatkan tarikh dan tandatangan penerima sebagai dokumentasi edaran. Senarai
pengagihan dokumen pelan kualiti projek adalah seperti berikut.
3.2.1 Senarai Edaran Dokumen
No.
Salinan
Penerima Alamat
1 MZ Michelin (US) Pelanggan
2 David Lambert Pengurus Projek
3 Danial Lee Quality Control / Anssurance Engineer
4 Walter Clark Ketua Jurutera untuk Projek
5 Mariam Abd Jalil Rekod Dokumentasi
3.3 Semakan Semula PQP
Dari masa ke semasa pelan kualiti projek serta manual kualiti syarikat perlu
dikemaskinikan, ini dibuat supaya jika berlaku sebarang perubahan ianya perlu
dilakukan dan dinyatakan dalam manual kualiti projek. Setelah perubahan dalam
manual kualiti projek dibuat, pengurus jaminan kualiti hendaklah mengeluarkan
dokumen baru dengan memberi nombor semakan, tarikh dan mengantikannya dengan
dokumen baru sebelum membuat serahan untuk kelulusan dan edaran terkawal kepada
pelanggan serta pegawai-pegawai projek.
3.3.1 Status Semakan Dokumen
Semakan Keterangan Tarikh
A Isu Original
7
3.4 Carta Organisasi
3.5 Carta Aliran Kerja
8
Pengrus ProjekDavid Lambert
Kontraktor Site Supports
Jabatan Perancangan
(Planning Department)
Workshop Support
Kawalan Dokumen
(Document Control)
Pegawai Kualiti / Jurutera
Pegawai Keselamatan
Projek / Jurutera
Pengurus Industrial RelationsDavid Tan
EngineeringRichard Gary
Pengurus TapakAman Shah
3.6 Jadual dan Tempoh Perlaksanaan Projek
Bil Aktiviti Jawatan Pegawai Yang
Bertanggungjawab
Nama Pejabat TarikhJangka Laksana
PERANCANGAN1 Penerimaan & Pendaftaran
Projek 2 Sah Brif Projek HOPT
REKA BENTUK3 Memo Terima Set Pertama
Lukisan Tender 4 Penyerahan Lukisan Lengkap
Tender PEROLEHAN
5 Tarikh Iklan
6 Surat kepada Lembaga Tender
7 Makluman keputusan Lembaga Tender
8 Surat Setuju Terima
PEMBINAAN9 Perakuan Siap Kerja
SERAHAN10 Perakuan Siap Baiki Kecacatan
3.7 Skop Kerja
3.7.1 Pengurus Projek
Pengurus Projek Pembinaan ialah wakil kepada pihak pengurusan
MZ. Oleh itu, pengurus ini akan terlibat dalam semua aspek
pengurusan dan mempunyai pengetahuan dalam semua aspek kerja
yang dijalankan di dalam projek tersebut.
9
Pengurus Projek Pembinaan juga perlu memastikan kerja-kerja
dilakukan dalam keadaan harmoni bagi membolehkan projek yang
dijalankan dapat disiapkan mengikut bajet dan jadual yang telah
ditetapkan, mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh MZ, serta
mematuhi perjanjian kontrak dan kepuasan pelanggan terhadap
projek tersebut.
Bertanggungjawab ke atas semua penyelarasan dan pengurusan
projek.
3.7.2 Pengurus Tapak
Pengurus Tapak akan melaksanakan Pelan Kualiti dan
bertanggungjawab untuk memastikan proses ujian dan pemeriksaan
yang dijalankan melepasi tahap tersebut.
Memantau kualiti dan melaksanakan langkah-langkah pembetulan
dan mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan jika pembetulan
tersebut perlu dilakukan.
3.7.3 Jurutera Quality Assurance / Quality Control
a. Jaminan Kualiti ( QA)
Memastikan tahap piawaian sistem pengurusan kualiti di
peringkat jabatan diurus dan dilaksanakan selaras dengan
keperluan jabatan.
Memastikan tahap piawaian sistem pengurusan kualiti di peringkat
jabatan sentiasa dipatuhi dan dipertingkatkan mengikut keperluan
semasa.
Memastikan cara bekerja yang konsisten bagi meningkatkan
produktiviti kerana hanya sistem dan proses yang berkualiti sahaja
dapat menjamin penghasilan output yang berkualiti.
Memastikan dokumen kualiti disedia, dikemaskini dan diselenggara
untuk membuktikan tindakan-tindakan yang dilaksanakan
sejajar dengan dasar-dasar dan fungsi jabatan berkenaan.
Menyelaras usaha-usaha kualiti yang dijalankan di samping menjadi
pegawai perhubungan dengan agensi-agensi lain.
10
b. Kawalan Kualiti (QC)
QC adalah singkatan standard bagi kawalan kualiti. Salah Satu
tugas QC adalah untuk mengukur sama ada produk yang sedia ada
memenuhi standard kualiti yang ditetapkan, merancang berapa
kerap persampelan akan dilakukan, menentukan standard yang
mana kualiti akan dinilai dan / atau menubuhkan bagaimana produk
dan proses akan ditambah baik untuk memenuhi standard kualiti.
Pemeriksa dan penguji QC akan mengukur produk yang sedia ada
mengikut piawaian yang ditetapkan. Mereka akan merekodkan
maklumat mengenai barangan yang tidak mematuhi spesifikasi.
Kakitangan QC mewujudkan Carta Kawalan Spesifikasi
berdasarkan sampel produk-produk yang diuji .
Jurutera Kualiti memantau Carta Kawalan Spesifikasi untuk melihat
trend dalam pengeluaran garis pengeluaran mengikut kualiti yang
diharapkan. Mereka kemudiannya akan membuat perancangan
tentang bagaimana untuk meningkatkan kualiti produk.
Mereka akan mengenal pasti sebab-sebab berlakunya masalah
produk dan kemudian bekerja untuk meningkatkan kualiti produk.
3.7.4 Jurutera Projek
Jurutera Projek hendaklah bertanggungjawab bagi menjamin dan
menjalankan pemantauan terhadap kerja-kerja di tapak pembinaan
dan memastikan ianya dilaksanakan dengan baik dan bahan-bahan
adalah mengikut lukisan, spesifikasi dan kontrak.
Memastikan prosedur yang diterima diluluskan dan digunakan
untuk tapak pembinaan dan pemindahan.
Memastikan kakitangan mencukupi dan mempunyai kelayakan dan
berpengalaman dalam bidang yang berkaitan untuk melaksanakan
tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan cara yang
memuaskan.
11
Memastikan kakitangan mengetahui dan memahami semua
prosedur yang berkaitan dan mempunyai akses ke atas dokumen
kawalan tersebut.
Melapor terus kepada pengurus projek.
3.7.5 Jurutera Perancangan (Planning Engineer)
Jurutera Perancangan akan bertanggungjawab untuk menyediakan
laporan harian, laporan mingguan & bulanan.
Jurutera Perancangan juga bertanggungjawab untuk menyediakan
bahan-bahan pembinaan dan pemindahan, tenaga kerja, sumber
peralatan yang diperlukan oleh projek.
Bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan makro dan
mikro untuk projek tersebut.
Bertanggungjawab untuk menghantar dan menyerahkan kelulusan
untuk bahan-bahan binaan yang akan digunakan.
Bertanggungjawab menyediakan jadual perolehan serta membantu
& menyelaras projek bersama dengan Jurutera Projek.
Beliau akan melapor terus Pengurus Projek.
3.7.6 Jurutera Keselamatan
Bertanggungjawab untuk menyediakan pelan keselamatan tapak
projek.
Menasihati dan memastikan prosedur keselamatan untuk pekerjaaan
mengikut keperluan HSE Pelanggan.
Melakukan pemeriksaan dan tinjauan keselamatan secara mingguan
bersama dengan Pengurus Projek, Jurutera Projek dan Pelanggan
untuk mengenal pasti / memperbaiki isu-isu keselamatan yang
berkaitan.
Memberikan taklimat kepada setiap pekerja di tapak projek
menyediakan latihan ringkas PPE & keselamatan umum serta HSE .
Setiap program yang dijalankan perlu direkodkan.
Menandakan kawasan "MEROKOK ZONE".
12
Bertanggungjawab untuk memastikan kawasan tapak projek
terhindar daripada kebakaran.
menyediakan Laporan Bulanan keselamatan, nisbah kejadian
kemalangan yang berlaku, dan perkara-perkara keselamatan yang
lain.
Menjalankan taklimatb atau ceramah berkenaan dengan
keselamatan di tempat kerja.
Menjalankan mesyuarat keselamatan bulanan dengan semua
kakitangan dan sub kontraktor di tapak.
Menyiasat dan melaporkan apa-apa kemalangan / risiko yang
melibatkan kejadian di tapak projek.
Memastikan kotak pertolongan cemas dan perkhidmatan ambulans
boleh didapati dengan mudah pada setiap masa.
Melaporkan secara langsung kepada Pengurus Projek.
3.7.7 Document Controller
Bertanggungjawab ke atas semua surat-menyurat yang masuk dan
keluar, pengedaran matriks dalaman dan memfailkan pelan kualiti.
Bertanggungjawab untuk mengedarkan dan menyimpan edaran
dokumen kawalan.
Bertanggungjawab untuk mendapatkan dokumen dan lukisan
binaan dari tapak dan mengedarkannya untuk kerja-kerja
pembinaan sahaja.
Bertanggungjawab untuk menyimpan semua dokumen kontrak.
Bertanggungjawab untuk menyimpan semua dokumen yang awal
sehingga akhir dan menyerahkannya kepada pelanggan.
Bertanggungjawab untuk mengekalkan daftar dokumen itu
mengikut format yang diluluskan.
Mewujudkan sistem pemfailan mengikut senarai yang diluluskan
oleh Pengurus Projek dan disahkan oleh Jaminan Kualiti. Dokumen
ini boleh dipinda mengikut keperluan semasa.
Melapor kepada Jurutera Projek.
13
3.7.8 Kordinator Projek
Penyelaras projek bertanggungjawab untuk menyelaras dan
mengawal kawasan-kawasan kerja tertentu dengan bajet yang
diberikan, mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mengikut
piawaian kualiti kontrak.
Penyelaras projek akan mengkaji semula dan memeriksa ‘shop
drawings’ untuk memastikan projek tersebut mengikut peraturan
yang terkandung dalam dokumen kontrak.
3.7.9 Foreman
Menjalankan operasi setiap hari mengikut arahan yang diterima
daripada jurutera tapak.
Mmengatur semua alat dan bahan-bahan daripada stok / kedai
sebelum kerja-kerja pembinaan dan pemindahan dijalankan.
Menyelaras dan mengawal bahan yang akan digunakan di dalam
projek.
Membantu jurutera tapak projek dalam operasi fizikal.
3.8 Method Statement dan I.T.P.
Semua Method Statement hendaklah mempunyai rujukan dan diterbitkan
sebagai dokumen kawalan yang dikawal oleh pengawal dokumen . Pihak
yang mempunyai kuasa untuk membuat semakan dokumen ini adalah
jurutera QA / QC . Method Statement hendaklah dikemukakan kepada
pelanggan untuk kelulusan sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan
yang diperlukan.
Method Statement hendaklah disediakan oleh Jurutera Projek dengan
kerjasama jurutera tapak, mandur dan mendapat pengesahan dari jabatan
QA / QC.
Urutan method statement itu hendaklah mempunyai tajuk termasuk sejarah
semakan yang dilakukan, Indeks, Keselamatan, Rujukan, Bahan, Kaedah,
Peralatan dan juga lampiran jika ada.
14
Pemeriksaan dan Pelan Ujian hendaklah disediakan dan diserahkan kepada
pelanggan dalam format yang dilampirkan. Penjaga dokumen ini adalah
QA / QC Engineer.
Reka bentuk ITP yang dibuat adalah untuk memenuhi pelbagai keperluan
pemeriksaan dan pengujian.
Semua kenyataan kaedah dan Pelan Ujian Pemeriksaan hendaklah
dikemukakan mengikut keperluan aktiviti secara berasingan.
3.9 Pemantauan dan Pemeriksaan
Semua pemantauan, pemeriksaan dan ujian akan dijalankan seperti yang
terdapat di dalam method statement, pemeriksaan dan pelan ujian .
Semua pemeriksaan hendaklah dijalankan oleh QC Engineer, (huraian kerja
dan tanggungjawab seperti yang terdapat dalam Manual Kualiti). Semua
pemeriksaan / ujian dari pihak ketiga hendaklah dijalankan mengikut
spesifikasi untuk mendaptakan kelulusan yang diperlukan.
Pemeriksaan dan pelan ujian yang dijalankan untuk Kilang dan
Pemindahan Teknologi Produk Tayar Michelin ke Kulim Hi Tech, telah
dibangunkan dengan melihat maklumat yang terdapat dalam perjanjian
projek, serta berdasarkan kepada pengalaman kakitangan MZ dan juga
maklumat yang diperolehi daripada perunding yang dilantik.
Pemeriksaan terhadap bahan yang digunakan dan kemajuan yang dicapai
dalam pembinaan projek adalah menjadi tanggungjawab Penyelia MZ dan
Pemeriksa Khas. Tugas mereka adalah untuk memastikan bahawa kerja-
kerja pembinaan dan pemindahan yang dijalankan mematuhi polisi dan
undang-undang berdasarkan kepada dokumen kontrak serta mereka perlu
memastikan bahawa projek tersebut bersedia untuk dijalankan ujian dan
pemeriksaan oleh agensi ujian bebas.
3.9.1 Jadual
Semua pemeriksaan tapak hendaklah dijalankan dengan
memberikan jadual 1 hari lebih awal. Permintaan pemeriksaan itu
hendaklah disertakan bersama-sama dengan jadual dan hendaklah
ditandatangani oleh QC jurutera dan wakil pelanggan.
15
Sebelum memanggil wakil pelanggan, Jurutera QC kami akan
memastikan bahawa kerja-kerja yang dilaksanakan adalah mengikut
prosedur yang diluluskan dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Jurutera QC hendaklah menandatangani senarai semakan kan dan
memeriksa lampiran yang disertakan. Apabila semuanya telah di
periksa dan disemak, barulah ianya diserahkan kepada wakil
pelanngan untuk diperiksa. Jika pihak wakil pelanggan memberikan
kelulusan maka barulah kerja-kerja pembinaan akan dijalankan.
.
3.9.2 REKOD KUALITI
Semua rekod kualiti hendaklah dikemukakan kepada pelanggan
dalam masa 24 jam selepas selesai kerja-kerja yang ditetapkan dan
selepas mendapat kelulusan daripada pelanggan, dokumen itu
dikemukakan untuk didokumentasikan oleh kawalan dokumen
ataupun QC Engineer untuk difailkan.
3.9.3 Pemeriksaan Lapangan
Untuk pemeriksaan lapangan MZ akan mengunakan 3 kaedah pemeriksaan;
Mesyuarat penyelarasan pra- kerja
Satu mesyuarat pra-kerja dalaman diadakan sebelum memulakan
kerja untuk satu-satu projek. Pengurus Projek yang dilantik,
Penguasa, Jurutera Projek, Pengarah Keselamatan dan kakitangan
Kawalan Kualiti akan menghadiri mesyuarat ini. Tujuan mesyuarat
ini adalah untuk memastikan tidak ada salah faham mengenai
kualiti serta, keperluan teknikal bagi kerja kontrak.
Pemeriksaan Susulan
Pasukan Kawalan Kualiti MZ akan terus memantau kerja secara
berterusan sehingga kerja itu selesai. Ini adalah untuk memastikan
pematuhan kerja secara berterusan dan piawaian mutu kerja yang
dinyatakan semasa mesyuarat pra-kerja dan pemeriksaan awal
projek.
16
Pemeriksaan Siap ( completion inspection)
Apabila projek yang dijalankan telah siap, Pengurus Kawalan
Kualiti MZ akan memeriksa perkara-perkara berikut:
o Ujian Rekod dan Laporan Kawalan Kualiti
o Laporan harian dan Mesyuarat Keselamatan Mingguan
Minit
o Senarai Pemeriksaan
o Operasi dan Manual Penyelenggaraan
Matlamat Program Kawalan Kualiti adalah untuk memudahkan dan
memantau mutu kerja yang berkualiti dan mematuhi semua
piawaian dan spesifikasi kontrak.
3.10 Manual Operasi dan Penyelengaraan.
Semua prosedur untuk kawalan, pememeriksaan, operasi dan dokumen
penyelenggaraan hendaklah dikemukakan kepada pelanggan. Kursus dan latihan yang
diperlukan untuk menyelengaraan projek hendaklah diberikan kepada kakitangan
operasi pelanggan yang dicalonkan mengikut peruntukkan yang terdapat di dalam
kontrak.
3.11 Program Untuk Audit
Program untuk audit adalah seperti dibawah;
Peringkat Audit Tempat, Tarikh & Masa Jabatan
Audit PertamaTapak Projek Kulim Hi Tech, minggu pertama bulan Julai 2014 . 2 hari
Purchase, Document control, Quality Control, site inspection & Engineering
17
Audit KeduaTapak Projek Kulim Hi Tech, minggu pertama bulan Dec 2014 . 2 hari
Purchase, Document control, Quality Control, site inspection, Engineering, suppliers / vendors
Audit KetigaTapak Projek Kulim Hi Tech, minggu pertama bulan April 2015 . 2 hari
Document Control, Purchase, Site Inspection, Quality Control, Suppliers / Vendors & sub contractors & Engineering.
Audit AkhirTapak Projek Kulim Hi Tech, minggu pertama bulan Ogos 2015 . 3 hari
Semua Kawasan.
3.12 Pemeriksaan Akhir (Penyerahan Projek)
Seperti yang dinyatakan di dalam ITP, pemeriksaan akhir yang spesifik akan
dikendalikan oleh MZ semasa penyerahan projek tersebut.
Pemeriksaan akhir yang dijalankan hendaklah mengikut SOP “ B06.01
Inspection and Testing” sebelum penyerahan dan penerimaan projek.
Pemeriksaan ke atas pemasangan lengkap alatan di tapak projek hendaklah
mngikut SOP yang sama.
Laporan akhir projek hendaklah disediakan selepas perundingan dijalankan
bersama dengan pelanggan. Kandungan laporan akhir tersebut akhir hendaklah
mempunyai komponen-komponen berikut.
i. Method Statement
ii. Pelan Pemeriksaan dan Ujian
iii. Laporan Pemeriksaan tapak
iv. Laporan Ujian Lapangan
v. Dokumentasi As built
vi. Notis Pelepasan Lapangan
vii. Laporan ketidakpatuhan / Arahan Tapak Projek
viii. Laporan Tindakan Pembetulan
ix. Pengumpulan dan penyerahan senarai Punch
x. Dokumen Kekal Penting ( permanent essential document)
18
xi. Sijil Siap
xii. Masalah yang dihadapi dan penyelesaian
xiii. Antara pengajaran yang diperoleh. (leeson Learnt)
Semua dokumen hendaklah diserahkan bersama-sama dalam soft copy.
4.0 Kesimpulan
Pengurusan Kualiti melibatkan aktiviti yang diperlukan untuk mengoptimum polisi kualiti
dan proses projek itu. Pengurusan Kualiti menggunakan piawaian dan proses untuk mencapai
kepuasan pelanggan menerusi perancangan kualiti, kawalan kualiti, kualiti assurance dan
penambahbaikan di sepanjang kitar hayat projek secara berterusan.
Kebanyakan kesilapan pengurus dalam mentadbir, mengurus dan membuat pemilihan
adalah apabila mereka lebih suka mengambil jalan mudah dan tidak mahu memahami serta
membuat perancangan yang teliti untuk melancarkan pengurusan projek mereka. Akibat
daripada itu mereka gagal untuk menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan syarikat mereka.
Mengurus bukan hanya berkisar kepada projek itu secara fizikal tetapi juga melibatkan
pengurusan masa, gangguan yang tidak diundang seperti panggilan mesyuarat oleh pihak
pengurusan atasan secara ad-hoc dan masalah kelewatan menerima bekalan. Oleh itu, jika
pihak pengurusan dapat membahagikan tugas-tugas kepada para pekerja dengan lebih awal
maka masa untuk menyiapkan projek akan menjadi lebih cepat dan ianya dapat disiapkan
pada masa yang di tetapkan dan masalah lebihan perbelanjaan untuk projek tidak akan
berlaku.
Semasa pelaksanaan projek , terdapat beberapa peringkat serahan projek dibuat. Semua
serahan ini perlu mematuhi standard tertentu kualiti (piawaian industri) serta keperluan
pelanggan tertentu.
Oleh itu, setiap serahan projek ini perlu disahkan sebelum ianya di serahkan kepada
pelanggan. Untuk itu, perlu ada satu fungsi jaminan kualiti, yang berlangsung dari awal
hingga akhir projek. Proses atau aktiviti yang menghasilkan serahan juga perlu mematuhi
garis panduan kualiti tertentu juga.Sebagai prinsip, jika proses dan aktiviti yang menghasilkan
serahan tidak mematuhi standard kualiti mereka sendiri (standard kualiti proses), maka ada
kebarangkalian yang tinggi bahawa serahan tidak memenuhi standard kualiti pelanggan.
Bagi menangani semua keperluan kualiti, standard dan mekanisme jaminan kualiti dalam
projek, dokumen yang dikenali sebagai 'pelan kualiti projek’ yang dibangunkan oleh pasukan
19
projek. Pelan ini bertindak sebagai bible kualiti bagi projek itu dan semua pihak yang
berkepentingan dalam projek ini perlu mematuhi pelan kualiti projek.
Pelan kualiti projek adalah salah satu dokumen wajib untuk semua jenis projek. Selagi
projek yang mempunyai objektif dan hasil yang jelas, perlu ada pelan kualiti projek untuk
mengukur proses penghantaran dan kualiti.
20