PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR Pendidikan Seni visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu sekolah rendah merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan. Kursus ini meminta kami untuk menyiapkan satu Kerja Kursus Projek PSV 3107 mengenai perancangan Rancangan Pengajaran Harian. Dalam tugasan ini kami dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran harian yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang menarik dan merangkumi Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.Di samping menyediakan Rancangan Pengajaran Harian, kami juga dikehendaki untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan hasil aktiviti pendidikan seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung. Seperti yang dimaklumkan matlamat mata pelajaran seni visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 1 1.0 PENGENALAN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Pendidikan Seni visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah.
Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik
budaya kesenian. Sukatan Pelajaran pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu
sekolah rendah merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses
penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan.
Kursus ini meminta kami untuk menyiapkan satu Kerja Kursus Projek PSV 3107
mengenai perancangan Rancangan Pengajaran Harian. Dalam tugasan ini kami
dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran harian yang mengandungi aktiviti-
aktiviti yang menarik dan merangkumi Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah.Di samping menyediakan Rancangan Pengajaran Harian, kami juga
dikehendaki untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan hasil aktiviti pendidikan
seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung.
Seperti yang dimaklumkan matlamat mata pelajaran seni visual sekolah rendah
adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara selaras dengan hasrat Falsafah
pendidikan Kebangsaan.Justeru, di harapkan kerja Kursus Projek ini dapat memberi
input positif kepada kami semua.
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 1
1.0 PENGENALAN
PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tahun : 3 Azam
Tarikh : 5 Mac 2013
Masa : 8.45 – 9.45 Pagi (60 minit)
Bidang : Mengenal Kraf Tangan Tradisional
Tajuk : Tengkolok
Tema : Alat Perhiasan Diri
Aktiviti : Murid menghasilkan kraf tangan dengan menggunakan
surat khabar, media dan gabungan beberapa
teknik dalam menghasilkan kraf tangan berbentuk
tengkolok.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1. Menerangkan langkah-langkah membuat tengkolok berdasarkan aktiviti yang
dijalankan.
2. Menghasilkan tengkolok dengan menggunakan lipatan kertas surat khabar.
3. Murid berasa bangga dengan penghasilan tengkolok masing-masing.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat perhiasan tengkolok ketika
menghadiri majlis perkahwinan.
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 2
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Penerapan Nilai : a) Bekerjasama
b) Kebersihan
KBKK : Membanding beza
BBM : a) LCD
b) Komputer riba
c) Tengkolok kertas
d) Bahan-bahan seperti krayon, surat khabar,stapler
Butiran Kegiatan Guru Hasil Pembelajaran Strategi P&P / Catatan
Set Induksi (5 minit)
a)Guru menayangkan
video perkahwinan orang
Melayu.
b) Guru bersoal jawab dengan murid tentang tayangan video sebentar tadi.
Contoh soalan :Apakah jenis perhiasan
diri yang terdapat pada
pakaian pengantin?
Murid menonton video yang
ditayangkan.
Murid memberikan respon kepada
guru mengenai apa yang dilihat
melalui video yang ditayangkan.
Contoh jawapan :
Sampin, tengkolok,keris
BSPP :LCD, Video, Laptop
KBKK :Mengenalpasti
jenis- jenis
perhiasan pakaian
pengantin.
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 3
PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Aktiviti 1( 10 minit)
a)Guru memberi
penerangan kepada
murid tentang aktiviti
membuat tengkolok yang
akan dilakukan.
Aktiviti 2 ( 10 minit)
a)Guru menunjukkan
langkah-langkah
membuat tengkolok
kertas.
b)Guru mengagihkan
peralatan kepada murid-
murid
Aktiviti 3 (25 minit)
Guru meminta murid
untuk memulakan aktiviti
.
Guru memperingati murid
untuk menjaga
kebersihan kelas.
Murid mendengar arahan daripada
guru mengenai aktiviti membuat
tengkolok yang akan dijalankan.
Murid menyediakan bahan yang
diperlukan
Langkah-langkah.
TKP:Interpersonal
Intrapersonal
Verbal Linguistik
Tunjuk caraBSPP:Contoh tengkolok
kertas
Nilai :Kerjasama,
kebersihan,
kesungguhan,
kreativiti
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 4
PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Murid membuat tengkolok dengan
bantuan tayangan slide.
Murid dapat mengamalkan nilai-
nilai murni dalam aktiviti yang
dijalankan.
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 5
PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Sesi Apresiasi dan Refleksi(10 minit)
a) Guru membuat
pameran hasil karya
murid dihadapan kelas.
b)Guru memilih beberapa
orang murid untuk
berlakon di hadapan
kelas.
c)Guru memberikan
peneguhan positif
diatas kerjasama yang
diberikan oleh murid.
Murid dapat membuat ulasan
ringkas tentang hasil kerja yang
dipamerkan.
Murid berlakon sambil diiringi lagu
‘Selamat Pengantin Baru’.
Murid bertepuk tangan .
Apresiasi seni TKP : verbal –
linguistik
Penerapan nilai-Nilai murni
-Kesungguhan
-kerjasama
-kreativiti
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 6
PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Pengajaran dan pembelajaran adalah berkait rapat antara satu sama lain. Justeru, di
sinilah pentingnya kaedah, strategi dan teknik-teknik pengajaran di dalam kelas. Guru
merupakan watak utama untuk membimbing pelajar mengikuti pembelajaran di dalam
kelas. Ini semua hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat
melaksanakan peranan mereka untuk mengikuti kaedah pengajaran ini dengan sebaik
mungkin dan mengaplikasikanya di dalam kelas terutamanya untuk membangunkan
sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi. Oleh yang
demikian, berdasarkan tugasan ini, dapat disimpulkan bahawa penyediaan Rancangan
Pengajaran Harian adalah perkara yang perlu dititik beratkan supaya dapat
menyediakan Rancangan Pengajaran yang berkesan serta dapat menjalankan sesi
pengajaran dengan lancar dan teratur. Oleh yang demikian, bagi mencapai sesi
pengajaran yang baik, guru seharusnya menguasai segala strategi, kaedah dan teknik-
teknik dalam pengajaran. Untuk itu, secara tidak langsung penyampaian yang dilakukan
juga turut berkesan jika strategi pengajaran yang digunakan adalah bersesuaian
dengan apa yang ingin diajar dan seterusnya sudah tentu dapat memenuhi objektif
yang ingin dicapai. Namun demikian, perlu diingat bahawa aktiviti pengajaran juga
haruslah bersesuaian dengan pelajar dan mengikut aras yang bersesuaian bermula dari
aras rendah, sederhana dan tinggi. Selain itu, bahan bantu mengajar bagi subjek Seni
Visual ini juga amatlah penting supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan secara berkesan dan dapat menarik perhatian murid untuk penglibatan secara
menyeluruh. Kesimpulannya, kami dapati, perancangan yang baik serta
pengintegrasian yang menarik amatlah membantu melicinkan sesi pengajaran dan
pembelajaran di samping perkara lain, kerana sudah tentu murid lebih berkeyakinan
dan seronok untuk belajar.
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 7
3.0 RUMUSAN
PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Syukur ke Hadrat Ilahi kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Sepanjang melakukan tugasan
ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan saya mengenai Rancangan Pengajaran
Harian dan pengajaran dan pembelajaran berlansung di dalam kelas. Oleh itu, saya
dapat mengenalpasti bagaimana sesuatu pengajaran dan pembelajaran berlaku
berdasarkan pengetahuan dan pengunaan RPH yang berkesan di dalam kelas.
Setelah mendapat tugasan ini, kami telah membahagikan ahli-ahli kumpulan
bersama rakan-rakan sekelas lain. Saya berkumpulan bersama Fitri Norlida Bt Ibrahim.
Selepas mendapat tugasan ini, kami terus membahagikan tugasan masing-masing
dengan adil dan saksama. Kemudian,kami mencari bahan-bahan rujukan di
perpustakaan, internet dan buku-buku ilmiah.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah melalui pelbagai masalah,
namun saya tetap menanamkan sikap rajin berusaha bagi menyiapkan tugasan ini. Di
samping itu, dengan melaksanakan kerja kursus ini, saya telah mengkaji, memahami
dan sedikit sebanyak dapat mengukuhkan pengetahuan berkenaan matapelajaran ini
lebih-lebih lagi berkenaan penulisan Rancangan Pengajaran. Justeru, tugasan ini telah
memberikan input dan pengalaman yang baik untuk saya dan rakan saya.
Berdasarkan tugasan ini, kami dikehendaki untuk menjalankan pengajaran di
dalam kelas berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan oleh
kami.Dengan adanya ilmu serta penerangan yang jelas oleh pensyarah bimbingan iaitu
Encik Sukri, Alhamdulillah kami dapat membina Rancangan Pengajaran Harian dengan
baik.Walaupun mendapat kekangan kefahaman semasa melakukan RPH ini kerana
RPH Pendidikan Seni tidak sama seperti RPH major pengajian Melayu,tetapi setelah
perbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan, kami dapat menghasilkan RPH
yang baik dan berjaya menjadikan ia sebagai satu amali pengajaran dan pembelajaran