HBEF 2503
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
TAJUK:
KEBERKESANAN LOMPAT KUADRAN DALAM MENINGKATKAN TAHAP KETANGKASAN
DI KALANGAN MURID TAHUN 5
SEMESTER
MEI 2014
Name & (Mayric Number): Apner Bin Siau
Contact / Phone Number: 019-841 9480
E-Mail: [email protected]
Tutor's Name: En.Shahrul Ikhwan Abdullah
Learning Centre: Sandakan
Date of Submission: 5 September 2014
NAMA PENYELIDIK:
APNER BIN SIAU
TAJUK:
KEBERKESANAN LOMPAT KUADRAN DALAM MENINGKATKAN TAHAP KETANGKASAN
DI KALANGAN MURID TAHUN 5
SEKOLAH:
SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT MARY TOWN(M),SANDAKAN
1.0PENDAHULUAN
1.1Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Semasa mula mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di
kalangan murid tahap 2,iaitu murid tahun 5,saya mendapati majoriti
murid mempunyai tahap ketangkasan yang rendah.Dalam sukatan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani tahun 5,ada beberapa aktiviti yang
memfokus kepada tahap ketangkasan murid.Dalam kemahiran permainan
badminton umpamanya,ramai murid yang menghadapi masalah untuk
bergerak dan menukar arah semasa memukul atau mengembalikan bulu
tangkis.Memang diakui,ada di kalangan murid yang baru
berjinak-jinak dengan permainan ini.Ini mungkin disebabkan batasan
berkaitan dengan tahap kemahiran mereka dalam permainan ini.Walau
bagaimanapun,aspek kemahiran boleh diasah apabila murid-murid ini
mempunyai tahap ketangkasan yang baik.Selain itu,sebagai guru
Pendidikan Jasmani,saya bukan sahaja memberi fokus kepada sukan
badminton.Saya juga memberi fokus utama dalam permainan popular
seperti permainan bola sepak.Dalam permainan bola sepak juga aspek
ketangkasan amatlah penting terutamanya apabila menyertai
pertandingan.Keupayaan mengelecek dan mengubah arah dalam kadar
yang pantas merupakan antara kunci utama dalam kemahiran permainan
ini.Para pemain perlu mampu bergerak pantas mencari ruang kosong
apabila melakukan serangan ke arah pintu gol lawan.Ini sama juga
situasinya semasa pasukan bertahan daripada serangan pasukan
lawan,iaitu kembali ke dalam posisi bertahan.Sekali lagi kebolehan
ini merujuk kepada tahap ketangkasan seseorang pemain itu.Situasi
ini berdasarkan pengalaman saya sebagai guru penasihat bola sepak
sekolah yang telah membawa murid menyertai pertandingan bola sepak
kategori umur bawah 12 tahun peringkat daerah Sandakan.Hasil
daripada pemerhatian yang saya lakukan ke atas pasukan bola
sepak,jelas menunjukkan mereka memerlukan perubahan dari aspek
ketangkasan.
Jikalau diteliti akan masalah berkaitan dengan tahap ketangkasan
murid,pengkaji merasakan bahawa pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani belum mencapai matlamatnya.Sebagai
guru,sepatutnya pengkaji dapat menerapkan unsur kecergasan dalam
diri murid.Pengkaji juga seharusnya dapat menerapkan sikap
mementingkan tahap kecergasan bukan sahaja semasa di sekolah,malah
semasa di manapun mereka berada.Dari aspek murid,pula pembelajaran
yang dilalui murid sepatutnya memberi kesan kepada keupayaan mereka
meningkatkan tahap ketangkasan
Pada semester Januari tahun 2013,satu tugasan yang diberikan ada
mengkehendaki saya melakukan kajian tentang kecergasan fizikal di
kalangan murid tahun 6.Tugasan tersebut memberi fokus kepada bateri
ujian Lompat Kuadran dalam menilai tahap ketangkasan murid.Melalui
tugasan itu saya mendapati ramai murid sama ada yang aktif dalam
sukan dan permainan ataupun tidak,menunjukkan tahap ketangkasan
yang kurang memuaskan.Dengan keadaan sebegini timbul rasa kegusaran
kerana sepatutnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini antara
lainnya dapat membantu murid meningkatkan tahap kecergasan fizikal
mereka.Sehubungan dengan itu,saya terpanggil untuk menjalankan
ujian untuk mengetahui di mana tahap ketangkasan murid-murid yang
saya ajar selama ini.Apabila memperolehi maklumat tentang tahap
kecergasan mereka nanti,saya percaya,saya akan mempunyai panduan
untuk membimbing mereka meningkatkan tahap ketangkasan
masing-masing.Oleh yang demikian,saya berpendapat bahawa ujian ini
amat sesuai dilakukan untuk mengkaji tahap ketangkasan murid secara
keseluruhan,kerana keputusannya mudah diperolehi melalui ujian yang
mudah dan ringkas.Sedar dengan batasan ini,maka saya mengambil
inisiatif membuat satu kajian yang memberi fokus kepada
meningkatkan tahap ketangkasan murid dengan memilih bateri ujian
Lompat Kuadran.Oleh kerana saya hanya memilih satu jenis bateri
ujian sahaja,maka saya telah membuat beberapa pengubahsuian dari
aspek prosedur dan kelengkapan peralatan.Dari aspek
prosedur,walaupun melakukan sedikit ubah suai namun saya masih
berpegang kepada prinsip bateri ujian Lompat Kuadran.Dari aspek
kelengkapan peralatan pula,saya menggunakan peralatan yang
bertujuan untuk menambah minat murid dalam melakukan ujian ini
selain menambah aras kesukarannya.
Maka,daripada pengalaman yang dilalui,pengkaji ingin melakukan
perubahan dalam meningkatkan tahap ketangkasan melalui aktiviti
yang mudah dan menarik.Aktiviti menguji tahap ketangkasan ini nanti
akan diselitkan dengan aktiviti berunsur permainan agar murid
berasa seronok dan tidak bosan sepanjang proses pembelajaran
mereka.
1.2Refleksi Sorotan Literatur
Pada masa ini,belum ada definisi tepat tentang ketangkasan dalam
komuniti sains sukan. Istilah ini digunakan untuk pelbagai konteks
sukan, tetapi dengan percanggahan yang begitu besar, ini merumitkan
pemahaman kita tentang apa komponen yang perlu dilatih untuk
meningkatkan ketangkasan. Satu takrifan baru ketangkasan adalah
dicadangkan: "pergerakan seluruh badan yang pesat dengan perubahan
halaju atau arah sebagai tindak balas kepada rangsangan".
Ketangkasan mempunyai hubungan dengan kualiti fizikal yang mudah
dilatih seperti kekuatan, kuasa dan teknik, serta komponen kognitif
seperti teknik visual-pengimbasan, kelajuan pengimbasan-visual dan
jangkaan. Ujian ketangkasan secara amnya terhad kepada ujian
komponen fizikal seperti perubahan laju arahan, atau komponen
kognitif seperti jangkaan dan pengiktirafan corak. Ujian baru
ketangkasan yang menggabungkan langkah-langkah fizikal dan kognitif
adalah digalakkan(Sheppard&Young,2006).(cited)
Menurut Wee Eng Hoe(1996) di dalam Wong Ling
Syu(2004),kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua iaitu
kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal
berasaskan perlakuan motor.Ketangkasan terangkum dalam kecergasan
fizikal berasaskan perlakuan motor bersama-sama dengan
koordinasi,kuasa,imbangan,masa tindak balas dan kelajuan.Oleh
itu,bagi mencapai kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan
motor yang cemerlang,kesemua aspek kecergasan fizikal ini perlu
dikuasai dengan baik.(cited)
Tahap ketangkasan sesorang individu mampu memberi manfaat bukan
sahaja dalam aktiviti seperti sukan dan permainan.Dalam keadaan
kecemasan,ketangkasan juga dapat membantu individu mengurangkan
risiko kecederaan. Menurut Gambetta (2005),tahap kecergasan fizikal
yang tinggi seperti kekuatan, kuasa dan ketangkasan saling berkait
rapat antara satu sama yang lain.Ini membuktikan bahawa untuk
mencapai kekuatan dan kuasa,seseorang individu tersebut perlu
mempunyai tahap ketangkasan yang baik.Dengan lengkapnya elemen ini
maka kecergasan tahap tinggi dapat dicapai oeh individu
terbabit.
Tahap prestasi tahap ketangkasan subjek hanya menunjukkan
peningkatan yang sedikit. Ini kerana program latihan tidak tertumpu
kepada tahap ketangkasan semata-mata sebaliknya ianya merangkumi
semua aspek kecergasan. Jika program hanya tertumpu kepada latihan
ketangkasan, kemungkinan tahap ketangkasan akan menunjukkan
peningkatan yang lebih tinggi. Menurut Brown (2005), program
latihan yang khusus mampu meningkatkan aspek yang khusus dengan
lebih baik dan lebih memberangsangkan.Ini jelas menunjukkan bahawa
bagi mencapai tahap kecergasan fizikal yang khusus,penumpuan perlu
diberikan kepada latihan fizikal yang khusus.Jikalau program
latihan yang digunakan tidak memberi tumpuan yang khusus maka
peningkatan tahap ketangkasan tidak akan dapat dilihat dengan
ketara.Maka dengan itu,bagi membantu murid mencapai tahap
ketangkasan,hanya ujian khusus untuk meningkatkan tahap ketangkasan
sahaja akan dipilih.
Menurut Sheppard dan Young(2006) dalam
Brughelli,Cronin,Levit,at.al(2008), menggambarkan beberapa faktor
yang dianggap penting dalam menentukan keupayaan "COD"(Change of
direction) yang boleh diperhatikan termasuk kemahiran teknikal,
kelajuan dan kualiti otot kaki.Berdasarkan kenyataan ini,pengkaji
membuat kesimpulan awal bahawa bagi mencapai tahap ketangkasan yang
baik,maka responden perlu memahami dan menguasai aspek teknikal
lompat kuadran.Selain itu responden juga perlu mempunyai tahap
kelajuan dan kualiti otot kaki.Memandangkan responden didalam
lingkungan umur 11 tahun,maka usaha pengkaji ialah cuba untuk
menerapkan kelajuan dan pembinaan otot kaki melalui pelbagai
aktiviti yang berkaitan.
Norlaila Razali(2011),dalam kajian tentang keperluan pemain bola
jaring,menyatakan bahawa kecergasan berasaskan lakuan motor merujuk
kepada fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkannya
bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga,berdaya
kuasa,kekuatan,daya tahan,ketangkasan dan juga koordinasi dengan
lebih cekap.Melalui pernyataan ini,pengkaji berpendapat bahawa
komponen ketangkasan merupakan komponen yang perlu ada dalam setiap
sukan kerana tanpa komponen ini,tahap kecergasan dalam sukan tidak
akan dapat dicapai sepenuhnya.
2.0FOKUS KAJIAN
Sebelum melaksanakan ujian ini beberapa perkara telah saya
pertimbangkan mengenai bateri ujian yang dipilih.Antaranya
ialah;
i.Aspek Kebolehtadbiran Ujian.
Kajian ini mudah ditadbir dan diuruskan kerana ia tidak
memerlukan peralatan dan kemahiran pengkaji yang tinggi.Walaupun
kawasan sekolah adalah kecil,namun ia tetap boleh dilaksanakan
kerana ujian ini tidak memerlukan kawasan yang luas.Ujian ini nanti
akan dilakukan di kawasan teduh untuk mengelakkan murid tergangu
oleh keadaan panas terik.
ii.Kepentingan
Ujian ini,walaupun ringkas,namun ia mempunyai kepentingan untuk
memenuhi keperluan salah satu aspek kecergasan berdasarkan
perlakuan motor.Apabila tahap ketangkasan murid dapat
ditingkatkan,sekolah secara tidak langsung boleh mendapat manfaat
terutamanya dalam acara-acara sukan yang diceburi oleh murid
seperti Bola Sepak.
iii.Kebolehgunaan
Ujian Lompat kuadran ini nanti boleh diaplikasikan dalam
permainan ketangkasan seperti galah panjang dan Bola
Beracun.Permainan ini dapat diterapkan dalam stesen-stesen kecil
semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
iv.Kerjasama
Semasa membuat kajian ini juga,saya akan memohon kebenaran
daripada Guru Besar dan guru mata pelajaran yang saya gunakan waktu
mata pelajaran mereka.saya juga akan memaklumkan kepada Ketua
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tentang kepentingan ujian
ini pada masa akan datang.
v.Kesesuaian
Saya berpendapat,kajian ketangkasan menggunakan bateri ujian
Lompat Kuadran boleh menjadi perintis kepada ujian-ujian yang lebih
sukar pelaksanaannya.Kajian ini juga dapat menyediakan garis
panduan bagaimana membantu meningkatkan ketangkasan murid untuk
diaplikasikan dalam pelbagai jenis sukan dan permainan.
Dalam kajian ini,pengkaji telah memberi fokus kepada hanya satu
bateri ujian ketangkasan iaitu ujian Lompat Kuadran.Sepanjang
tempoh dua tahun lebih mengajar subjek Pendidikan Jasmani tahap
2,saya mendapati bahawa majoriti murid mempunyai tahap ketangkasan
yang rendah sama ada semasa pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Pendidikan Jasmani atau semasa mengikuti aktiviti sukan
dan permainan.Murid-murid ini memang amat berminat dengan aktiviti
fizikal yang dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran,namun
oleh kerana mereka tidak mempunyai ketangkasan yang baik,kadang
kala aktiviti tersebut menjadi membosankan kerana mereka tidak
dapat meningkatkan kemahiran akibat batasan ketangkasan
masing-masing.
Situasi sebegini sepatutnya tidak berlaku kepada murid-murid
sekolah rendah yang sedang membesar dengan pesat.Jika dilihat
kepada aktiviti murid-murid ini,mereka banyak menghabiskan masa
dengan bermain di sebelah petang.Jadi,akan menjadi tanda tanya
mengapa mereka tidak memiliki tahap ketangkasan yang baik?
Sebagai guru Pendidikan Jasmani,saya tidak mahu dilabel gagal
dalam usaha meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid.Saya perlu
selain menambah minat murid dalam mata pelajaran ini,juga pada masa
yang sama membantu murid meningkatkan kecergasan dari aspek
ketangkasan.
Maka,saya memilih untuk melakukan perubahan yang bukan drastik
tetapi dengan harapan berupaya meningkatkan tahap ketangkasan di
kalangan murid agar mereka dalam jangka masa yang berterusan mampu
mencapai tahap kecergasan yang menyeluruh.
Saya juga berpendapat,jenis ujian ini adalah ringkas dan tidak
memakan masa yang lama.Tempat untuk melaksanakan ujian ini juga
tidak memerlukan kawasan yang luas.Ini sangat sesuai dengan
infrastruktur yang ada di sekolah tempat saya mengajar
sekarang.Selain itu,ujian ini juga telah dilakukan oleh
pengkaji-pengkaji lain,maka terdapat panduan dari segi prosedur dan
norma yang jelas.
Menurut Hopper(2002) dalam Gallahue (1996),perkembangan motor
dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak berlaku dengan pesat semasa
mereka dalam lingkungan umur 8 tahun hingga 12 tahun.Jadi
sewajarnya murid-murid ini mampu menyesuaikan kebolehan fizikal
mereka dengan ujian yang akan dilakukan kelak.
Sebagai guru Pendidikan Jasmani yang baru mengajar mata
pelajaran ini selama dua tahun setengah,saya amat berharap apa yang
akan saya lakukan ini nanti akan dapat menjadi panduan untuk
mengenalpasti murid yang rendah tahap ketangkasan dan seterusnya
mengadakan satu latihan khusus bagi mengurangkan masalah tersebut
dan seterusnya mengatasinya dalam jangka masa panjang.
Saya juga amat berharap ujian Lompat Kuadran ini nanti dapat
menentukan tahap ketangkasan murid.Melalui data yang diperolehi
nanti,saya akan cuba merawat masalah ini dengan membuat latih tubi
dengan berfokus kepada ujian yang sama.
3.0OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang ingin dicapai oleh penyelidik berdasarkan
masalah yang telah dikenalpasti ialah,
3.1Objektif Umun
3.1.1Meningkatkan tahap ketangkasan murid tahap 2
3.2.Objektif Khusus
3.2.1Membantu murid bergerak dari arah kiri ke kanan dan
sebaliknya dengan pantas.
3.2.2Membantu murid bergerak ke depan dan ke belakang dan
sebaliknya dengan pantas.
3.2.3Membantu murid bergerak secara zig-zag melalui kon dengan
pantas
4.0KUMPULAN SASARAN
Menurut Gay & Airasian(2003),populasi kajian merujuk kepada
kumpulan yang menjadi sasaran kepada pengkaji,iaitu kumpulan yang
menjadi hasil penyelidik untuk digeneralisasikan.Pendapat lain
menyatakan,persampelan berkaitan dengan proses memilih sebilangan
subjek daripada sesuatu populasi yang dijadikan responden
kajian(Chua Y.P,2004).Kumpulan sasaran yang dijadikan persampelan
amat penting kerana apabila sampel yang digunakan tidak sesuai
dengan skop kajian maka ia akan memberi kesan kepada kesahan dan
kebolehpercayaan kajian nanti.
Bagi memastikan pemilihan responden kajian yang dijangka memberi
hasil yang memuaskan,maka saya telah memilih kelas tahun 5
Iswara.Pemilihan kelas ini berdasarkan faktor kehadiran
murid-muridnya ke sekolah setiap hari yang sangat
memuaskan.Responden kajian yang menjadi sampel kajian saya ini
adalah jenis persampelan mudah atau conveniance sampling.Ini kerana
subjek kajian yang dipilih mudah untuk diperolehi oleh guru yang
membuat kajian.
Saya telah mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan untuk kelas ini bermula dari awal tahun lagi.Oleh yang
demikian, saya dapat melihat perkembangan mereka dalam aktiviti
fizikal yang dilakukan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.Murid kelas ini terdiri daripada 27 orang kesemuanya
dengan pecahan saiz tubuh badan atau bentuk tubuh
badan,berat,tinggi, bangsa,tahap kecergasan dan kedudukan sosial
yang pelbagai.Murid-murid ini juga terlibat dalam aktiviti sukan
dan permainan yang berbeza di sekolah.
Bagi melaksanakan kajian ini,bateri ujian yang digunakan akan
diuji di kawasan sekolah,iaitu di dewan terbuka
sekolah.Kemudian,latih tubi dengan menggunakan ujian yang sama akan
turut dilaksanakan di tempat yang sama sepanjang tempoh masa dalam
anggaran dari bulan September hingga awal November.
5.0TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1Perancangan Tindakan
Dalam bahagian ini,saya akan memperincikan tindakan yang saya
akan lakukan untuk melaksanakan kajian terhadap ketangkasan dengan
menggunakan bateri ujian Lompat Kuadran.Oleh itu saya memilih model
yang yang telah diketengahkan oleh Kurt Lewin(1984) dalam Rosinah
Edinin(2011).
Dalam model ini,saya cuba untuk memecahkannya kepada beberapa
kitaran berdasarkan model di atas semasa Pengajaran dan
Pembelajaran dan uga semasa menjalankan kajian ini.
5.1.1Perancangan
Dalam fasa perancangan ini,saya cuba memastikan agar perancangan
dilakukan dengan sistematik supaya ujian dapat dijalankan dengan
lancar.Saya bercadang untuk melakukan ujian rintis terlebih dahulu
dengan menyasarkan seramai 5 orang responden sahaja.Kemudian,saya
akan menjalankan ujian pra pada minggu hadapan selama dua hari
berturut-turut.Setiap sesi ujian pra nanti akan memakan masa selama
50 minit.Oleh kerana saya hanya mengajar kelas ini selama sejam
bagi satu sesi Pengajaran dan Pembelajaran,maka berdasarkan
pengalaman lalu semasa melakukan ujian ini,masa merupakan kekangan
utama lebih-lebih lagi untuk responden yang ramai.Oleh itu,masa
selama 50 minit untuk setiap satu sesi ujian pra ini nanti pasti
akan mencukupi untuk bilangan murid seramai 27 orang.Ujian pra ini
juga saya akan jadikan landasan bagi murid untuk memahirkan diri
dengan prosedur Lompat Kuadran supaya,mereka dapat melakukannya
bukan sahaja di sekolah malah di mana sahaja mereka berada untuk
meningkatkan tahap ketangkasan masing-masing.Selain itu,ujian pra
ini juga akan dapat menentukan di mana tahap ketangkasan responden
ini berada.Selepas itu,saya akan meneruskan dengan intervensi.Untuk
tujuan ini juga,saya akan meminta kebenaran secara rasmi daripada
pihak pengurusan sekolah dan memaklumkan secara lisan kepada guru
mata pelajaran lain yang terlibat untuk menggunakan masa mata
pelajaran lain selama 50 minit.
Sebelum melakukan ujian ini,saya membimbing murid melakukan
aktiviti regangan dan pemanasan badan yang memfokus kepada bahagian
kaki.Ujian pra ini nanti akan mengkehendaki setiap responden
melakukan dua kali percubaan dengan selang masa rehat selama 2
hingga 3 minit.Melalui ujian pra ini nanti,mana-mana murid yang
mencapai tahap baik dalam ketangkasan akan dikecualikan daripada
latih tubi meningkatkan tahap ketangkasan.Murid-murid ini nanti
akan membantu saya mentadbir latih tubi dan ujian seterusnya.
Bagi memastikan ujian psikomotor ini berjalan dengan lancar dan
dapat menghasilkan skor ujian yang sah,beberapa langkah telah
dikenalpasti.
Langkah pertama ialah membuat analisis tentang kualiti
kecergasan motor atau fizikal yang hendak diukur.Dalam konteks
ini,kecergasan yang hendak diukur ialah ketangkasan.
Langkah kedua ialah memilih jenis bateri ujian yang hendak
digunakan.Pemilihan bateri ujian ini haruslah mengambil kia
beberapa kriteria.Menurut Burton & Miller(1998) dalam Ahmad
Hashim(2004),antaranya ialah ia haruslah bersifat realistik dan
munasabah,mudah untuk dilakukan,ekonomik,tidak memakan masa yang
lama unuk ditadbir,mempunyai prosedur yang lengkap serta releven
dengan pelbagai jenis sukan dan permainan dan pertandingan.
Langkah ketiga ialah memperkenalkan prosedur ujian kepada murid
yang akan membantu guru.Dalam ujian ini nanti,penyelidik memerlukan
sekurang-kurangnya 3 orang pembantu,iaitu dua orang sebagai
pencatat lakuaan lompatan dan seorang pencatat masa.Dalam langkah
ini nanti,ujian Lompat Kuadran akan diuji dari satu fasa ke fasa
lain dan disemak sama ada ia menepati prosedur.
Langkah keempat ialah menentukan kebolehpercayaan ujian ini.Bagi
tujuan ini pengkaji akan melakukan kaedah uji dan ulang
uji.Responden yang dipilih dalam ujian rintis nanti adalah
sebahagian daripada populasi sebenar.Menurut Ahmad
Hashim(2004),sesuatu ujian yang baik mestilah mempunyai nilai
kebolehpercayaan antara .85 dan keatas.Walaubagaimanapun,nilai yang
tinggi ini tidak memberi kesan positif kepada penguji jikalau
pentadbiran ujiannya tidak cekap.
Langkah kelima ialah menyemak semula semua prosedur
ujian,arahan,kaedah pentadbiran dan skor setiap item
Langkah keenam ialah melaksanakan ujian sebenar,mengumpul data
dan membuat analisis untuk penilaian.Skor mentah yang diperolehi
akan ditukarkan kepada skor piawai.
5.1.2Tindakan
Oleh kerana saya hanya memfokus kepada penggunaan bateri ujian
Lompat Kuadran dalam kajian ini,maka saya akan menyediakan
peralatan yang akan saya ubahsuai supaya ia bersifat mudah alih dan
mesra pengguna selain mudah untuk dipasang dan ditanggalkan.Semua
bahan yang diperlukan dalam menghasilkan peralatan akan saya
lampirkan dalam bahagian kos kajian.Oleh kerana sebelum ini saya
sudah pernah melakukan ujian ini,maka saya akan memperuntukan masa
selama 20 minit untuk membuat tayangan slaid gambar Lompat
Kuadran.Saya kemudiannya akan melakukan demonstrasi dan selepas itu
meminta murid melakukannya bergilir-gilir bagi membiasakan diri
dengan ujian ini.Ini amat penting kerana,kekurangan kemahiran dalam
ujian ini boleh menjejaskan keputusan yang saya perolehi nanti.
5.1.3Pemerhatian
Sebelum melakukan ujian pra nanti,saya akan menyediakan semua
peralatan lengkap yang akan digunakan sepanjang ujian dan latih
tubi meningkatkan ketangkasan menggunakan ujian Lompat Kuadran
ini.Saya juga akan memberi taklimat kepada setiap murid tentang
tujuan ujian ini dan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan.Ini merupakan aspek yang sangat kritikal kerana saya
ingin memperolehi keputusan yang betul-betul mempunya kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.
Semasa murid mencuba ujian ini nanti,saya akan merakam
pergerakan mereka agar sebarang kesilapan boleh di lihat oleh murid
sendiri dengan jelas,dan mereka akan berusaha membetulkannya nanti
sebelum ujian sebenar diadakan.
5.1.4Refleksi
Apabila selepas ketiga-tiga tindakan di atas telah saya lakukan
nanti,saya akan cuba mencari apakah kelemahan dalam pelaksanaan
ujian,sama ada dari aspek kemahiran pentadbiran
ujian,kelengkapan,peralatan,masa dan kesungguhan responden.Saya
juga berpandukan kepada Cissik(2004),yang mengatakan bahawa jangka
masa yang paling sesuai meningkatkan kecergasan ialah selama empat
hingga lapan minggu.Tempoh masa September hingga Awal November
hanya sebagai cadangan bagi mengelakkan sebarang kekangan yang
dijangka berlaku terutamanya cuti menjelang peperiksaan UPSR,ujian
bulanan pada September dan cuti pertengahan semester pada
September.
5.2Perancangan Cara Mengumpul Data
5.2.1Perancangan Mengumpul Data
Kajian tindakan memerlukan beberapa cara bagi mengumpul data
atau maklumat.Jenis data yang dikumpulkan dalam sesuatu kajian
biasanya dalam bentuk kuantatif dan kualitatif(Othman
Lebar,2011).Dalam kajian ini,saya akan pertama sekali melakukan
ujian rintis.Ujian ini pada pendapat saya amat penting kerana ia
akan menguji kesesuaian instrumen yang diguna pakai nanti.Selain
itu ia juga berguna untuk mengukur sejauh mana keberkesanan ujian
yang dijalankan agar dapat digunakan pada kajian masa akan
datang.
Bagi melaksanakan ujian rintis ini nanti,saya akan memilih
secara rawak 20 orang murid dari kelas tahun 5.Ujian rintis ini
nanti sama dengan ujian sebenar,iaitu saya akan melakukan ujian pra
diikuti oleh ujian pasca.Jikalau ujian ini memang berkesan dalam
menguji ketangkasan dan sekaligus meningkatkan ketangkasan,kesemua
responden yang dipilih akan melalui ujian sebenar,iaitu ujian pra
dan kemudian ujian pasca.
Dalam ujian pra dan ujian pasca nanti,kaedah kuantatif yang
digunakan adalah berdasarkan data numerik yang akan dikumpul
daripada kesemua 27 orang responden dengan menggunakan pengukuran
objektif dan analisis statistik data numerik.Ini sesuai seperti apa
yang dikatakan oleh Ary,Jacobs dan Razavieh(2002).Menurut sabitha
Marican(2005),kaedah kuantatif perlu digunakan sekiranya kajian
memerlukan penjelasan yang jitu dalam bentuk numerik.Kajian
berbentuk kuantatif ini sering berkait dengan pengiraan yang
meliputi nombor dan formula tertentu.Hasil kajian nanti boleh
ditunjukkan dalam bentuk jadual dan perkiraan statistik.Oleh kerana
kaedah kuantatif ini melibatkan nombor dan pengiraan,pembolehubah
yang terlibat dalam kajian ini akan dioperasikan sebelum
diukur.Dalam kaedah kuantatif juga,kesahan dan kebolehpercayaan
diutamakan.
Melalui kaedah kuantatif ini nanti,ujian Lompat Kuadran yang
dijalankan akan direkodkan menggunakan borang skor yang mudah dan
ringkas.Ini bertujuan memudahkan murid yang melepasi tahap
ketangkasan tertentu untuk membantu penyelidik melakukan perekodan
data ujian.Borang yang digunakan akan disertakan dalam bahagian
lampiran.
5.3Perancangan Cara Menganalisis Data
Dalam kajian ini nanti,pengkaji akan menjalankan ujian Lompat
Kuadran.Semasa proses pelaksanaan kajian ini,ujian pra dan ujian
pasca yang dijalankan akan direkodkan datanya mengikut setiap
responden.Sampel dan populasi kajian terdiri daripada murid tahun 5
pada tahun ini.
Bagi memudahkan pengiraan data yang agak banyak daripada kesemua
27 responden,pengkaji akan menggunakan SPSS(Statistical Package for
Social Science) versi 19.SPSS merupakan perisian statistik
berasaskan windows.Perisian ini amat berguna kepada pengkaji untuk
menganalisis kemasukan data yang besar,tanpa perlu membuat
pengiraan secara manual,atau membina formula seperti dalam
excel.Dengan menggunakan SPSS,data yang dimasukkan boleh dianalisis
dan menukar kepada bentuk jadual atau graf.
Bagi ujian pra nanti,pengkaji akan memperolehi data yang
menunjukkan sejauh mana tahap ketangkasan murid tahun 5.Seterusnya
latih tubi akan dilakukan untuk meningkatkan tahap ketangkasan
melalui latih tubi berbentuk permainan ketingting yang
diubahsuai.Selepas melalui tempoh latih tubi,satu ujian pasca akan
dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas tahap ketangkasan murid
yang terkini.
Dalam kajian yang dilakukan nanti,pengkaji akan meminta setiap
responden melakukan dua kali cubaan.Daripada dua percubaan ini
nanti,min atau purata lakuan lompatan akan dikira.Min ini perlu
dikira bagi menentukan kecenderungan memusat dalam sesuatu
pencerapan.
Dalam aktiviti kecergasan fizikal berasaskan perlakuan
motor,kaedah uji dan ulang uji akan memberikan dua data,iaitu set
data pertama untuk ujian pertama dan set data kedua untuk ujian
kedua.Pengkaji beranggapan bahawa pada ujian pertama
nanti,pengetahuan responden tentang ujian masih kurang.Manakala
pada ujian kedua,selain pengetahuan,tahap ketangkasan responden
juga dijangka bertambah baik.Oleh yang demikian,pengkaji
menjangkakan set data yang diperolehi tidak sama.
Kedua-dua set data ini nanti boleh dikorelasikan untuk
mendapatkan nilai kebolehpercayaan.Oleh itu,pengkaji akan
menggunakan SPSS untuk mengira pekali korelasi Pearson.Menurut
Safrit dan Wood(1995),dan Miller(1998),dalam Ahmad
Hashim(2004),mencadangkan nilai pekali korelasi atau pekali
kebolehpercayaan antara .80 hingga 1.00 adalah tinggi,.60 hingga.79
adalah sederhana tinggi,.40 hingga .59 sederhana, .20 hingga .39
rendah dan .00 hingga .19 menunjukkan tiada perkaitan.
Pengkaji juga akan menggunakan graf bar untuk menunjukkan data
yang diperolehi oleh setiap responden dalam setiap percubaan yang
dilakukan.Selain itu pengkaji akan menggunakan graf garis untuk
menunjukkan perbezaan pencapaian responden dalam ujian pra dan
ujian pasca.Selain itu,pengkaji turut merekodkan data responden
seperti tinggi dan berat badan kerana pembolehubah ini nanti boleh
digunakan dalam kajian hadapan.
5.4Perancangan Pelaksanaan Kajian
(a) Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil
Aktiviti
Tarikh Pelaksanaan
01
Membuat tinjauan awal tentang Pengajaran dan PJK murid tahun
5
23 Jun 2014
02
Mengenalpasti masalah kajian berdasarkan situasi Pengajaran dan
Pembelajaran PJK tahun 5
26 Jun 2014
03
Mengumpul data awal berkenaan masalah yang dikaji
10 Julai 2014
04
Berbincang dengan penyelia tentang tajuk kajian
13 Julai 2014
05
Membuat rujukan dari pelbagai sumber tentang kesesuaian masalah
yang akan dikaji
14-17 Julai 2014
06
Mula menulis kertas cadangan
20 Julai 2014
07
Mencari sumber sorotan literatur berkaitan tajuk yang
dipilih
20 Julai 2014
08
Membina instrumen kajian
29 Julai 2014
09
Mendapatkan maklumat tentang penggunaan SPSS
2 Ogos 2014
10
Menghantar draf proposal kajian kepada penyelia
27 Ogos 2014
11
Membuat penambahbaikan proposal kajian tindakan
29 Ogos 2014
12
Memohon kepada pentadbir sekolah untuk melaksanakan kajian
semasa Pengajaran dan Pembelajaran dan memohon perlantikan guru
4 September 2014
13
Menghantar Proposal Kajian Tindakan yang telah ditambahbaik
kepada Penyelia
5 September 2014
(b)Kos Kajian
Bil
Jenis Bahan
Kuantiti
Harga
(RM)
Jumlah
(RM)
01
Hand Tally Counter
2 unit
14.00
28.00
02
Paip PVC
12 meter
2.00
24.00
03
Sambungan Siku 90 sama
4 unit
1.00
4.00
04
Sambungan TEE sama
4 unit
1.00
4.00
05
Gelang Getah
1 plastik
4.00
4.00
06
Laminating film
7 keping
0.70
4.90
07
Kad manila
4 keping
1.20
4.80
JUMLAH(RM)
73.70
6.0BIBLIOGRAFI
Ahmad Hashim. (2004).Pengukuran Kecergasan Motor(p. 83).Tanjung
Malim,Perak: Quantum Books
Brown, l. (2005). Training for Speed, Agility and Quickness,
(2nd ed.) Champaign, IL : Human Kinetics
Brughelli, M., Cronin, J., Levin, G., & Chaouachi, A.
(2008). Understanding change of direction ability in sport.Sports
Medicine,38(12), 1045-1063.
Cissik,J.(2004).Sport Speed and Agility
Training.Monterey,CA:Coaches Choice Publications.
Gambeta,H.(2005).Fitness Exercise in Sport.London.Harcourt Brace
Jovanovich,Inc.
Hopper, T. (2002). Teaching games for understanding: The
importance of student emphasis over content emphasis.Journal of
Physical Education, Recreation & Dance,73(7), 44-48.
Razali, N. (2011).Pencapaian tahap ketangkasan pemain bola
jaring pelbagai posisi melalui latihan ketangkasan di daerah Kinta
Utara(Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan
Idris).
Sheppard, J. M., & Young, W. B. (2006). Agility literature
review: classifications, training and testing.Journal of sports
sciences,24(9), 919-932.
Wee,Eng Hoe.(1996).Gerak kerja kokurikulum(sukan).Shah
Alam:Penerbitan Fajar Bakti
LAMPIRAN
KAD SKOR UJIAN LOMPATAN
NAMA
PENCATAT:..................................................................
NAMA
PESERTA:..................................................................
JANTINA:Lelaki
PERCUBAAN: 1/2
JUMLAH KESALAHAN LOMPATAN ( Y )
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
*Tandakan ( / ) pada nombor mengikut jumlah kesalahan
lompatan
JUMLAH LAKUAN Y:...........
TANDATANGAN
PENCATAT:...........................................................
TANDATANGAN
PESERTA:...........................................................
NAMA
GURU:...........................................................
TANDATANGAN
GURU:..........................................................
KAD SKOR UJIAN LOMPATAN
NAMA
PENCATAT:..................................................................
NAMA
PESERTA:..................................................................
JANTINA:Lelaki
PERCUBAAN:1/2
JUMLAH LAKUAN LOMPATAN ( X )
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
*Tandakan ( / ) pada nombor mengikut jumlah lakuan lompatan
JUMLAH LAKUAN X:...........
TANDATANGAN
PENCATAT:...........................................................
TANDATANGAN
PESERTA:...........................................................
NAMA
GURU:...........................................................
TANDATANGAN
GURU:..........................................................
Borang Analisis Ujian Lompat Kuadran
Responden
Jantina
Tinggi
( cm )
Berat
( kg )
Jumlah
Lakuan Lompatan
( X )
Jumlah Kesalahan
Lompatan
( Y )
Skor Sebenar
Ujian lompat Kuadran
[ X - Y ]
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Borang Skor
Bil
Responden
Skor
Tahap
Klasifikasi Skor
Lelaki
Tahap
Perempuan
31 lompatan
Cemerlang
33 lompatan
23 - 30
Amat baik
27 - 32
13 - 22
Baik
14 - 26
7 - 12
Sederhana
8 - 13
0 - 6
Lemah
0 - 7
_1470416725.bin