ISI KANDUNGAN BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT 1.1 Pendahuluan 4 1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 6 1.3 Refleksi nilai pendidikan 7 1.4 Refleksi sorotan literatur 9 BAB 2 FOKUS KAJIAN/SOALAN KAJIAN 2.1 Tinjauan dan analisis masalah 14 2.2 Objektif kajian 15 2.3 Soalan kajian 15 2.4 Kumpulan sasaran 16 BAB 3 KAEDAH KAJIAN/TINDAKAN YANG DICADANGKAN 3.1 Perancangan tindakan 17 3.2 Perancangan cara mngumpulkan data 22 3.3 Perancangan cara menganalisis data 27
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ISI KANDUNGAN
BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT
1.1 Pendahuluan 4
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 6
1.3 Refleksi nilai pendidikan 7
1.4 Refleksi sorotan literatur 9
BAB 2 FOKUS KAJIAN/SOALAN KAJIAN
2.1 Tinjauan dan analisis masalah 14
2.2 Objektif kajian 15
2.3 Soalan kajian 15
2.4 Kumpulan sasaran 16
BAB 3 KAEDAH KAJIAN/TINDAKAN YANG DICADANGKAN
3.1 Perancangan tindakan 17
3.2 Perancangan cara mngumpulkan data 22
3.3 Perancangan cara menganalisis data 27
3.4 Perancangan pelaksanaan kajian 27
3.4.1 Jadual pelaksanaan
3.4.2 Kos kajian
BAB 4 TINJAUAN LITERATUR 30
BAB 5 PENUTUP 43
SENARAI RUJUKAN 44
LAMPIRAN 49
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan negara mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang telah
berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Ia bersesuaian dengan tujuan utama pendidikan yang
berfungsi mengembangkan potensi individu agar mereka lebih progresif dan berkualiti.
Pendidikan juga merupakan agensi terpenting dalam pembinaan bangsa. Justeru, selaras dengan
pembangunan dan transformasi dalam pendidikan, pelbagai teori pembelajaran dan kaedah
pengajaran telah diperkenalkan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abdullah
Sani,1990).
Menurut Abdullah Sani (2003), secara kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas
kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan
melahirkan tenaga kerja mahir. Selepas itu, pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikan ke atas kurikulum lama, kesan daripada
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara – FPN
(1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikan, lalu Kurikulum Baru Sekolah
Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang
bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berasaskan kepada Falsafah
Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru
diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan
pada tahun 2011 hinggalah sekarang .
KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh,
pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup.
Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah berpandukan
Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.“KSSR digubal dalam
bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap
persekolahan” (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM -2011).
2
Kurikulum Standard sekolah rendah (KSSR) Bahasa Malaysia menitiberatkan empat
kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran
menulis, dan dua aspek tambahan iaitu aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Kemahiran
membaca merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua murid.
Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahun 1 (2010) menyatakan
kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda
dan kelancaran yang betul.
Pengajaran kemahiran membaca ini sangat penting bagi melahirkan murid yang mampu
menguasai kemahiran verbal dan literal. Hal ini disokong oleh Atan Long (1980) yang
mengatakan membaca sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-
lambang bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan melalui tulisan.
Pendapat ini juga selari dengan kenyataan Kamarudin Haji Husin dalam Perkaedahan Mengajar
Bahasa (1993) yang mengatakan bahawa membaca bukan hanya setakat bersifat mekanikal tetapi
lebih jauh daripada itu. Untuk memahami sesuatu maklumat, otak bertindak sebagai penggerak
utama untuk mengenal pasti lambang bunyi dan menterjemahkan supaya difahami.
Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semula jadi. Membaca tidak sama
pembentukannya seperti berjalan atau berlari . Menurut Syed Abu bakar Syed Akil ,(1994),
kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanak-
kanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermakna, kemahiran ini perlu dipupuk dengan
cara yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca merupakan kemahiran
peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran
membaca bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah
rendah dan juga menengah yang masih tidak boleh membaca dengan lancar dan baik.Kemahiran
ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai bermula dari prasekolah. Sekiranya mereka
masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca pada ketika ini, maka murid-murid ini
akan terus tercicir dan tidak dapat bersaing dengan murid-murid yang lain di dalam kelas biasa.
Para penyelidik juga berpendapat jika kemahiran literasi membaca tidak diperoleh dan
dikuasai dengan mahir, risiko untuk kanak-kanak gagal dalam sistem persekolahan akan
meningkat (Whitehurst & Lonigan,2001). Kegagalan membaca dengan baik menjadi bertambah
3
teruk akibat ketiadaan strategi pengajaran yang berkesan serta peluang untuk belajar dan ini
memberi kesan jangka panjang bagi murid.
Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca
dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan
dikemukakan. Oleh itu tindakan yang sesuai perlu diambil segera bagi mengatasi sebarang
masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Satu daripada langkah yang
perlu diambil adalah dengan menjalankan ujian-ujian yang tertentu bagi membolehkan guru
mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid-murid. Ujian diagnostik adalah salah satu
ujian yang boleh digunakan untuk menyaring murid-murid tersebut (Zulkifley Hamid, 2006).
Seterusnya kaedah bacaan secara didik hibur boleh digunakan untuk meningkatkan lagi
kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid LINUS Tahun 1 (Azizul Rahman Abd
Rahman-2009 ).
1.2 Refleksi pengalaman yang lalu
Saya adalah guru di sebuah sekolah di daerah Rawang, Selangor. Namun atas sebab-sebab
tertentu saya direhatkan daripada mengajar tugasan matapelajaran teras. Namun begitu, saya
tertarik menjalankan kajian tentang masalah murid LINUS Tahun 1 yang masih tidak dapat
mengeja dan membatangkan suku kata kvkv meskipun sesi persekolahan telah menginjak
pertengahan tahun..
Timbul persoalan di fikiran saya mengapa agaknya mereka tidak boleh menyebutkan
perkataan dengan sebutan yang betul mengikut suku kata kvkv. Hal ini menyebabkan kemahiran
membaca mereka amat lemah. Oleh itu, saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur
ketika diberi peluang dan ruang waktu dalam pengajaran dan pembelajaran saya bersama murid
LINUS Tahun 1. Hasil dapatannya, saya dapati mereka kurang berminat untuk membaca, tidak
boleh membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya, serta kurang
memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan amat suka bermain-main semasa pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas . Mereka juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran
mengeja suku kata yang diberikan. Mereka tidak dapat membatangkan suku kata dan mengecam
sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau
4
perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan semula suku kata yang
disebutkan. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka mereka akan terus tercicir .
Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka mengingat semula
suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku kata awalan sebanyak
sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua. Namun, mereka masih belum
menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan tersebut. Ini juga
membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk menguasai kemahiran dengan sempurna dan
akhirnya mereka gagal melengkapkan perkataan dengan baik. Justeru, saya perlu memperbaiki
kelemahan pada diri saya dengan memikirkan strategi dan membina bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid-murid saya .
1.3 Refleksi nilai pendidikan
Sistem pendidikan negara bersifat dinamik dan sering berubah mengikut peredaran masa.
Perubahan ini adalah untuk memantapkan lagi sistem yang sedia ada agar ia dapat memacu
pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan kualiti modal insan. Justeru, kita yang bakal
bertindak sebagai badan pelaksana pelan transformasi kerajaan ini perlu melengkapkan diri
dengan ilmu dan kemahiran agar ianya berjaya dilaksanakan dan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan .
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah
usaha untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memajukan diri, keluarga dan negara serta
menyumbang kepada keamanan dan keharmonian masyarakat dan negara. Individu yang
berkualiti yang dimaksudkan ialah modal insan yang ingin diwujudkan dalam masyarakat
Malaysia yang memenuhi keperluan negara untuk mencapai status sebagai negara maju
(Kementerian Pelajaran Malaysia:Pusat Perkembangan Kurikulum 2001) .
Zailan Moris (2007), menyatakan satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang
ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak
5
pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan
kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan
membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan
masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu
proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan
peluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh
memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada
Umum mengetahui, bidang pendidikan mengalami transformasi yang hebat dalam melahirkan
mutu pendidikan yang terbaik ke arah melahirkan lebih ramai pelajar yang berkualiti dari aspek
pengetahuan mahupun dari aspek rohani dan jasmani. Justeru, guru perlulah bijak menggunakan
pelbagai teknik dan strategi pengajaran seiring dengan perkembangan semasa dalam arus
pendidikan. Selaras dengan itu, pengkaji terpanggil untuk menghasilkan satu strategi bagi
meningkatkan kemahiran membaca terutamanya dalam aspek mengeja dan membatangkan suku
kata kvkv murid LINUS Tahun 1 iaitu menyelitkan unsur muzik iaitu didik hibur. Kajian ini
adalah untuk membuktikan bahawa strategi didik hibur dalam pendidikan dapat melahirkan
murid yang seimbang dari aspek-aspek yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).
Istilah didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan Kurikulum
Standard sekolah rendah (KSSR) pada tahun 2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan
(2010) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur
bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Pendidikan pada masa kini mementingkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi
seorang individu yang kreatif dan inovatif. Apabila murid melakukan aktiviti didik hibur iaitu
menyanyi, secara tidak langsung ia merupakan ekspresi emosi dan dapat membina keyakinan
murid.
. Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi
daya ingatan kerana di samping mengurangkan kebosanan, irama lagu dapat mempertingkatkan
minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini dipersetujui oleh Abdul Fatah Hassan(1994),
6
yang menyatakan bahawa, pada biasanya malumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan
menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin
menarik maklumat itu kepada seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin
mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan
jangka panjang.
Muzik juga merupakan terapi (Mok Soon Sang,2010). Gaya dan gerakan yang dimasukkan
dalam nyanyian akan dapat membantu murid dalam aspek jasmani. Melalui muzik dan nyanyian
juga dapat membantu murid dalam memperkembang kemahiran sosial mereka. Hal ini dapat
dilihat apabila mereka melibatkan diri bersama rakan-rakan ketika melakukan aktiviti didik hibur.
Dari aspek intelek pula murid harus mengingati lirik lagu atau perkataan yang mereka baca.
1.4 Refleksi sorotan Literatur
Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia menghadapi masalah
dalam membaca. Selain itu, 40% daripada kesemua kanak kanak yang berumur sembilan tahun di
Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan membaca (US Department of
Education, 1998). Seramai lapan hingga 12% kanak-kanak prasekolah dan 12% kanak-kanak
tahun satu menghadapi masalah penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran mendengar dan
membaca di Amerika Syarikat dan Kanada (Jamieson, 2007). Kelemahan dalam penguasaan
bahasa dan kemahiran membaca di peringkat prasekolah akan berterusan dari peringkat kanak-
kanak ke peringkat dewasa dan seterusnya (Catts et al., 2002; Leitão dan Fletcher; 2004; Lewis
dan Freebairn, 1992; Roth et al., 2002; Snowling et al., 2000; Law et al., 2000).
Sekumpulan penyelidik (August dan Shanahan, 2006) dari Amerika Syarikat telah
menjalankan penyelidikan literasi dalam kalangan pelajar minoriti di Negara tersebut. Mereka
mendapati bahawa kebolehan membaca dan menulis dengan baik adalah satu keperluan untuk
mencapai kejayaan dalam kesemua mata pelajaran di sekolah dan juga peluang untuk melanjutkan
pelajaran. Selain itu, ekonomi mereka juga dapat ditingkatkan selepas tamat persekolahan.
7
Hasil kajian Ambigapathy (2002) menunjukkan 76.2% daripada golongan belia enggan
membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris manakala 61.4% daripada mereka tidak mengemari
bahan bacaan yang berbahasa Melayu.
Menurut statistik yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur (1996),
kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun mempunyai kebolehan membaca dalam Bahasa
Melayu (57%), bahasa Mandarin (11%), bahasa Inggeris (5%), bahasa Tamil (3%) dan bahasa
Jawi (3%). Jumlah kanak-kanak yang tidak tahu membaca di negara ini semakin membimbangkan
(Rahmalizah, 2009).
Selain itu, masalah kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran membaca di peringkat
sekolah rendah juga begitu serius. Pada tahun 2006, seramai 138,271 orang pelajar atau 35.52%
pelajar tahun satu di Semenanjung tidak tahu membaca dan jumlah ini tidak termasuk kawasan-
kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak (Rahmalizah, 2009). Banyak masalah yang akan
timbul akibat pelajar-pelajar yang tidak tahu membaca. Mereka akan ketinggalan dalam
pelajaran, keputusan peperiksaan menjadi lemah kerana tidak memahami soalan, tiada keyakinan
diri serta mudah berputus asa (Rahmalizah, 2009).
Pelajar-pelajar tersebut tidak menunjukkan sebarang minat untuk belajar, mempunyai daya
saing yang sangat rendah. Pelajar pelajar ini mempunyai potensi untuk belajar dan mendapat
manfaat dari sistem pendidikan tetapi potensi tersebut tidak dapat dikembangkan sekiranya pihak
sekolah tidak mengenal pasti masalah mereka dari awal lagi. Sebilangan besar kanak-kanak
memerlukan bantuan intensif untuk memperkembangkan kemahiran membaca di peringkat awal.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pemerolehan bahasa mesti dikenal pasti semasa
peringkat bayi ke peringkat prasekolah. Terdapatnya beberapa cara intervensi yang berkesan dapat
membantu kanak-kanak dalam menguasai kemahiran bahasa di peringkat awal agar masalah ini
tidak berlanjutan. Salah satu cara terutama ialah menerusi teknologi komputer (ICT).
Teknologi komputer (ICT) telah digunakan dalam bidang pendidikan selama beberapa
abad. 42 buah negeri di Amerika Syarikat menghendaki guru mengintegrasikan teknologi dalam
pengajaran mereka berdasarkan tinjauan pegawai teknologi peringkat negeri Amerika Syarikat
(Trotter, 1997). KPM telah berusaha untuk memastikan semua pelajar menguasai kemahiran
8
membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem
pendidikan akibat kemiskinan walaupun berada di kawasan luar bandar dan pedalaman melalui
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan
Bidang Keberhasilan Utama National (NKRA).
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula
kepada asas pendidikan yang memberi fokus kepada penguasaan 3M dan penekanan kepada
pendidikan pemulihan. Pada tahun 2010 pula, KPM juga telah melancarkan program LINUS
(Literacy and Numeracy Screening) yang merupakan satu program pemulihan yang direka bentuk
untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (BM) dan numerasi selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Melalui pengajaran pemulihan pada tahap
satu (tahun satu – tahun tiga) ini, keperluan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran
dikenal pasti dan mereka diberi bantuan pemulihan demi meningkatkan pencapaian akademik
mereka.
Program pemulihan adalah untuk mereka yang berada dalam tahun satu hingga tahun tiga
sahaja. Setelah naik ke tahun empat, pelajar tersebut tidak akan masuk ke kelas pemulihan lagi.
Justeru, mereka yang masih tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis akan ketinggalan
dalam kurikulum biasa dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.
Keadaan ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah dan seterusnya. Dengan erti
kata yang lain, pelajar tersebut akan naik ke peringkat sekolah menengah tanpa menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi di sekolah rendah. Tanpa bantuan, mereka akan merasa rendah diri,
malu dan motivasi belajar akan menjadi rendah. Pelbagai masalah akan wujud di sekolah rendah
dan berterusan sehingga ke sekolah menengah jika perkara ini tidak ditangani segera (Shamsudin
Mohamad, Jamil Ahmad dan Siti Rahayah Ariffin, 2010).
Untuk mengelakkan pembaziran dalam pendidikan, penerokaan yang lebih awal terhadap
bentuk pendidikan pemulihan yang berkesan amat diperlukan untuk membantu pelajar yang
lemah meningkatkan potensi diri mereka supaya mampu menjadi warganegara yang berguna pada
masa hadapan. Data bilangan pelajar pemulihan khas di sekolah yang ‘dipulihkan’ selepas
9
mengikuti program intervensi 3M menunjukkan bahawa program ini masih belum berjaya
memulihkan semua pelajar yang mengikutinya. Daripada 53,544 orang pelajar sekolah rendah
yang mengikuti program intervensi 3M, hanya 28,801 pelajar atau 53.8% telah Berjaya dipulihkan
dan dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM, 2001). Data terkini menunjukkan bahawa
seramai 105,255 (23%) daripada jumlah 463,990 orang pelajar belum menguasai kemahiran
membaca pada bulan Julai, 2008 (BPPDP,KPM, 2008).
Dunia sekarang telah masuk ke era digital ekoran daripada perkembangan sains dan
teknologi yang pesat. Teknologi baru telah mencapai ke setiap pelusok dunia dan kuat
mempengaruhi kehidupan manusia. Dalam bidang pendidikan, kewujudan perkakasan dan
perisian yang mendadak telah meningkatkan hasil P&P, misalnya program Fun Language
Learning with Multimedia (Tantri Agustiningsih, 2007). Istilah yang paling sesuai untuk
menggambarkan kemajuan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan hari ini ialah “teknologi
maklumat merentasi kurikulum” (Norjihan Abdul Ghani et al., 2005).mJusteru, masalah
penguasaan kemahiran membaca diharap dapat diselesaikan melalui pengintegrasian teknologi
khususnya komputer dalam proses P&P.
Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer dalam bahasa
Inggeris iaitu Computer Aided Instruction (CAI), Computer Based Instruction/Education,
i. Santai – Mendengar lagu dan membaca senikata lagu yang digemari. ii. Kelakar-mengubah
suai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri. iii. Seronok dan gembira- banyak aktiviti
nyanyian dan gerak badan.
iv. Semangat mencuba- usaha kanak-kanak untuk menghasilkan cerita ringkas
daripada tema atau perkataan dalam seni kata lagu berkenaan.
v. Tidak takut dan kurang stress-guru turut menyanyi bersama-sama kanak-kanak.
5.0 PENUTUP
Kajian Literatur membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji. Kajian-
kajian yang dilakukan oleh mereka dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan atau pun
penyebab kurangnya minat membaca. Ini secara tidak langsung dapat dijadikan panduan untuk
menanam minat membaca dalam kalangan murid LINUS Tahun 1. Faktor-faktor yang
dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji melalui kajian mereka dapat dijadikan panduan untuk
memahami aliran minat membaca murid seterusnya dapat membimbing murid untuk meneruskan
40
minat membaca. Semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan
murid LINUS Tahun 1 bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana terdapat banyak isu
dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh
menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu
mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah ini.
BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Talib.(1989). Pengajaran dan Penguiian Bahasa: Perspektif Untuk Perguruan.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Abdullah Sani. (1990). Pendidikan di Malaysia .Kuala Lumpur:Longman.
Abdullah Sani Yahaya.(2003). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Siri Buku Pendidikan Khusus Keperluan Para Pendidik. Pahang :PTS Publications Sdn. Bhd.
41
Abdul Rasid Jamian .(2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 1 (1). pp. 1-12. ISSN ISSN: 2180-4842
Abdul Fatah Hassan .(1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaaran:Keseluruhan Otak
dan Daya Berfikir.Kuala Lumpur: Utusan Publicators and Distributors Sdn. Bhd.
Atan Long (1980).Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Azizul Rahman Abd Rahman.(2009). Didik Hibur Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Malaysia . Dewan Siswa
Allen, D. (2007). Improving Language Acquisition Skills for English Language Learners With Music Instruction. An Action Research Project. Shawnee Mission Board of Education.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008). Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan
Kurikulum Bahasa Malaysia 2011.Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Baharom, N. (2002). Kamus Dewan: Edisi Ketiga. Kula Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Borich, G.D.&Tombari, M. L. (1997).Educational Psychology: A Contemporary Approach.
New York: Longman. Butzlaff, R. (2002). Can music be used to teach reading? Journal of Aesthetic Education,
Dewey, J. (1966a). John Dewey Selected Educational Writings. Edited by Garforth, F.A. London. Heinemann Educational Books Ltd.
Droscher, E. (2006). The Benefits of Music Education To Children. http://creativekidonline.com/library/HowMusicEducationBenefitsChildren.pdf . Harison Bt Othman.(2005).Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan
Menggunakan Kaedah Kad Bacaan.Perlis: Institut Perguruan Perlis. Bahagian Pembangunan Kurikulum.(2011).Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa
Malaysia Tahun 1 (2010).Putrajaya :Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kamarudin Haji Husin.(1993).Perkaedahan Mengajar Bahasa.Selangor:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan . (2010).Dewan Bahasa dan pustaka:Kuala Lumpur.
Noraini Ahmad.(1993).Mengekalkan Daya Ingatan.Kuala Lumpur:Berita Publishing.
Kamus Dewan . (2010).Dewan Bahasa dan pustaka:Kuala Lumpur.
Yahya Othman.(2003).Mengajar Membaca Teori Dan Aplikasi. Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca.Pahang:PTS Publications & Distributors.
Lamb, Susannah, J. & Gregory, Andrew, H. (1993). The Relationship between Music And Reading in Beginning Readers. Educational Psychology, 13(1), 19-26.
Shamsudin Othman, Wan Nolidza Mohd Zain. 2004. Bahasa Melayu Kelas Peralihan (Buku
Teks Kementerian Pelajaran Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sofiah Hamid (1983). Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di Peringkat Sekolah
Rendah . Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distrubutors Syed Abu bakar Syed Akil .(1994).Panduan Mengajarkan Kemahiran Membaca.Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Whitehurst, G.J. & Lonigan,C. (2001). Emergent Literacy:Development From Prereaders To Readers .New York :Guilford.
Zulkifley Hamid .(2006). Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Selangor: PTS Pendidikan Profesiona
LAMPIRAN 1
Pemerhatian daripada tinjauan awal menggunakan kad bacaan.
BIL KEMAHIRAN BAHASA
(MEMBACA)
JUMLAH MURID PERATUS CATATAN
1. Lancar
2. Kurang lancar
43
3. Tidak lancar
JUMLAH
LAMPIRAN 2
Suku kata KVKV yang digunakan dalam kajian ini:
Suku kata KVKV
buku
sudu
mata
44
bahu
gula
lada
muka
LAMPIRAN 3
Borang pemerhatian
Responden :
Sukukata Menguasai Tidak menguasai
45
bu
ku
su
du
ma
ta
gu
la
mu
ka
da
ba
hu
LAMPIRAN 3
Borang temu bual dengan guru.
Responden:
BIL KEMAHIRAN MEMBACA MENGUASAI
SUDAH BELUM
46
1. Penguasaan kemahiran membaca suku kata KV
2. Penguasaan membina perkataan daripada suku kata terbuka KV + KV
3. Penguasaan membaca perkataan daripada suku kata terbuka KV+KV