APLIKASI KAEDAH LATIH TUBI BERASASKAN SUKU KATA DAN GAMBAR DALAM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KV+KV NURUL HASNYTA BINTI
HAMSANILaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKATAHUN
2012Pengesahan Penyelia
Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan
pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan
kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Pendidikan PrasekolahTandatangan
:
Nama Penyelia:Pn. Siti Miriam binti SayedTarikh
:
Halaman PengakuanSaya akui karya ini adalah hasil karya saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah
saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan
:....Nama
: Nurul Hasnyta binti HamsaniTarikh
: 31 Oktober 2012Halaman Dedikasi
Buat yang amat dirindui,
Allahyarham Hj. Razak bin Che LehAllahyarhamah Hjh. Che Hasnah
binti Che AhmadAllahyarham Abdul Rahman bin TalibAllahyarhamah
Zabidah binti HasanSemoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh
kalian.
Istimewa buat keluarga tercinta,Ayahnda En. Hamsani bin Abdul
Rahman dan
Bonda Pn. Roziah binti Hj. RazakYang telah memberikan semangat
dan dorongan,kata-katamu menjadi penguat semangat ku Buat saudara
yang dikasihi,
Nurul Haslaili binti HamsaniMohd Hasrul Syazwan bin Hamsani
Nurul Hasnyza binti Hamsani
Nurul Hasliana binti Hamsani
Nurul Fathihah binti HamsaniMohd Hasrul Nizam bin Hamsani
Nurul Hidayah binti Hamsani
Nurul Natasha binti Hamsani
Nurul Syazwani binti Hamsani
Juga kepada Mentor, Pn. Hjh Azizah binti Abd Samad dan semua
rakan seperjuangan PISMP Prasekolah Januari 2009 yang
disayangi.Terima kasih di atas sokongan kalian.PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada pensyarah
penyelia Kajian Tindakan iaitu Pn. Siti Miriam binti Sayed atas
bimbingan dan dorongan yang diberi kepada penyelidik sepanjang
tempoh Kajian Tindakan ini dijalankan. InsyaAllah, segala ilmu yang
telah dicurahkan oleh beliau akan digunakan pada masa hadapan.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah di
Jabatan Prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan
Melayu, Melaka terutamanya pensyarah yang mengajar mata pelajaran
Kajian Tindakan 1 iaitu Dr. Segahran a/l Appoo dan pensyarah yang
mengajar mata pelajaran Kajian Tindakan 2 iaitu Tn. Hj. Md Yusof
bin Othman yang sentiasa membimbing saya dan rakan-rakan unit PISMP
Prasekolah 1 yang lain sepanjang menyiapkan laporan kajian ini.
Apa yang dipersembahkan adalah usaha yang terbaik yang mampu
dilakukan. Akhir sekali, kepada rakan-rakan guru pelatih yang bakal
menjadi lilin pembakar generasi masa akan datang, saya doakan
semoga kalian akan terus maju mancapai cita-cita dan marilah
sama-sama kita membentuk diri kita agar menjadi seorang guru yang
berguna pada masa akan datang. Semoga Allah merahmati kita semua,
amin.
Sekian, wassalam dan salam hormat.
ABSTRAK
Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling asas dalam
kemahiran bahasa. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap
kanak-kanak bagi melancarkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P). Pada kebiasaannya ramai kanak-kanak prasekolah masih
lemah dalam kemahiran membaca. Hal inilah menjadi kelemahan dan
masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak, dan perlu diatasi
kerana kegagalan menguasai kemahiran ini akan mengganggu penguasaan
kemahiran lain sekaligus akan merencatkan perkembangan pembelajaran
mereka.
Oleh yang demikian, satu kajian melibatkan lapan orang responden
yang terdiri daripada kanak-kanak prasekolah yang mengalami masalah
tidak dapat membaca dengan lancar telah dijalankan bertujuan
meningkatkan kemahiran asas membaca suku kata terbuka KV+KV melalui
pendekatan kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan gambar.
Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting bagi memastikan
kognitif kanak-kanak dapat berkembang dengan baik dan seiring
dengan perkembangan fizikal mereka. Oleh hal yang demikian,
pengkaji melaksanakan kajian ini bagi memastikan tiada kanak-kanak
prasekolah yang tercicir dalam pelajaran disebabkan oleh kelemahan
mereka menguasai kemahiran membaca. Impak yang akan diterima oleh
kanak-kanak sekiranya masalah membaca ini tidak dapat dibantu
dengan baik seiring perkembangan mereka ialah, kanak-kanak akan
tercicir dalam pelajaran dan terpaksa ditempatkan ke program khas
seperti Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) dan
Pemulihan Khas apabila mereka berada di tahun satu kelak.
Relevannya kajian ini adalah bagi mengurangkan kadar keciciran
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakn
oleh guru. ABSTRACTReading Proficiency is the Most basic skills in
language proficiency. Proficiency reading should be mastered by
every child for Teaching and Learning Process smooth. Often, most
of the Preschool Children are still weak in reading proficiency.
This problem become get weaknesses to children and it is a major
problem. It need to be addressed because if they fail to master
this proficiency this will disrupt another Mastery skill at once
will inhibit their learning progress.
Due to this, a study involving eight respondents consisting of
Preschool Children who can not read well were developed to improved
the basic skills of reading open syllables KV+KV, approach through
drills based on syllable and pictures.
Early childhood education is very important to ensure that
childrens cognitive can grow well and consistent with their
physical development. Therefore, researchers conducting this study
to ensure that no more preschool children drop out in education due
to their inability to master the skill of reading. Impact to be
received by children if the problem can not assisted well pace of
their development, they will drop out of education and had to be
placed into a special programs such as Screening Program Literacy
and Numeracy (LINUS) and special rehabilitation when they are in
standard one later. The relevance of this study is to reduce the
dropout rate of students in teaching and learning process execute
by the teacher.
KANDUNGANMuka suratABSTRAK
iABSTRACT
iiPENGESAHAN PENYELIA
iiiPENGAKUAN
ivDEDIKASI
vPENGHARGAAN
viSENARAI LAMPIRAN
viiSENARAI JADUAL
viiiSENARAI RAJAH
ix 1.OPENDAHULUAN
1.1Pengenalan
1.2Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
1.3Refleksi Nilai Pendidikan
2.OFOKUS KAJIAN
2.1Isu Kajian
2.2Tinjauan Literatur berdasarkan isu Kajian 3.OOBJEKTIF
KAJIAN
4.0KUMPULAN SASARAN
5.0TINDAKAN YANG DIJALANKAN
6.0CARA PENGUMPUALAN DATA
7.0KEPUTUSAN KAJIAN
8.0RUMUSAN
9.0CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN-LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
Jadual
Muka Surat
1 Kumpulan Sasaran2 Pelaksanaan Intervensi dalam P&P3
Senarai Perkataan Yang Digunakan Dalam Intervensi
4 Analisis Data Pra
5 Analisis Data Pasca
6 Analisis Data Pra dan Pasca
SENARAI RAJAH
Rajah
Muka Surat
1 Kerangka Teori Kajian2 Gelung Kajian Tindakan Kemmis &
McTaggart (1988)3 Carta Alir Langkah Pelakasanaan Kajian Tindakan4
Graf Pemeningkatan Peratus Ujian Pra5 Graf Pemeningkatan Peratus
Ujian Pasca
6 Graf Perbandingan Data Pra dan PascaSENARAI CARTA
Carta
Muka Surat
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran
Muka Surat
1.0 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan
Membaca merupakan amalan yang mulia dan amat dituntut dalam
Islam. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Alaq ayat 3 hingga 5 yang
bermaksud; Bacalah dan Tuhanmulah byang paling pemurah, yang
mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada
manusia apa yang tidak diketahuinya. Wahyu Allah s.w.t yang
diturunkan kepada Rasulullah s.a.w adalah berkaitan dengan perintah
membaca. Dengan perantaraan membaca dan tulisan, Allah s.w.t
mengajar banyak pengetahuan kepada manusia. Dalam era globalisasi
sekarang, kita terpaksa mengakui bahawa membaca sudah menjadi satu
keperluan. Tanpa kemahiran membaca kita tidak akan mampu untuk
pergi lebih jauh dan maju dalam kehidupan. Jika kemahiran membaca
ini telah dapat dikuasai oleh kanak-kanak seawal usia tiga tahun
lagi, maka lebih banyaklah pengetahuan yang diperolehi. Pada
peringkat ini, kanak-kanak adalah individu yang paling besar
keinginannya untuk mempelajari, mengetahui, meneroka serta mencuba
sesuatu perkara baru. Pelbagai usaha perlu dilakukan sama ada oleh
guru , ibu bapa mahupun kanak-kanak itu sendiri untuk menguasai
kemahiran membaca. Menurut Cecil D Mercer (1989) seperti dinyatakan
dalam Maimunah Sabran (2012), untuk mencapai matlamat ini tidak
semudah seperti yang dibayangkan kerana proses pembelajaran membaca
itu sendiri adalah amat kompleks dan menimbulkan masalah dalam
pembelajaran membaca.Aspek membaca turut ditekankan dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (2011) iaitu melalui penguasaan
literasi awal 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) supaya
kanak-kanak dapat memperoleh ilmu pengetahuan secukupnya dan dapat
menguasai sepenuhnya kemahiran tersebut sebelum melangkah ke tahun
satu.Kegagalan murid menguasai bacaan ini pada peringkat yang telah
ditetapkan akan menyekat penguasaan kemahiran membaca perkataan
yang lebih mencabar. Keadaan ini menyebabkan masalah pembelajaran
membaca berterusan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh
yang demikian, timbul kesedaran dalam diri penyelidik untuk
memikirkan bentuk alternatif dengan menggunakan latih tubi
berasaskan suku kata dan gambar yang mampu meningkatkan kemahiran
membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah secara lebih
berkesan. Kajian ini akan berfokuskan kepada kemahiran membaca suku
kata KV+KV dan kumpulan yang terlibat sebagai subjek kajian adalah
daripada kalangan kanak-kanak prasekolah.
Berdasarkan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah latih tubi
untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca kanak-kanak kerana
teknik ini menekankan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Ianya sesuai
digunakan untuk pengajaran Tunjang Komunikasi (Bahasa Melayu) dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Teknik ini boleh
digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menggabungkan suku kata, menyebut perkataan, ayat-ayat atau
mengingat fakta penting.
Melalui teknik latih tubi ini pelajar akan mengalami proses
mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta
tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang
biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik
ini, perhatian akan diberikan kepada aspek kebolehan menggunakan
bahasa iaitu sebutan, tatabahasa, perbendaharaan kata, kefasihan
dan kefahaman.
Berdasarkan Teori Pelaziman Operan yang telah dikemukakan oleh
Edward L.Thorndike (1889), beliau ada menyatakan bahawa semakin
banyak latihan, semakin bertambah kukuh ikatan atau hubungan gerak
balas tertentu dengan rangsangan berkaitan. Hal ini terbukti dalam
kajiannya dimana beliau Berjaya membentuk tiga hokum pembelajaran
dan salah satunya adalah Hukum Latihan. Thorndike percaya bahawa
sekiranya kaedah latih tubi ini dijalankan, kesan terhadap sesuatu
pembelajaran dapat dilihat dalam jangka masa panjang, pendek dan
kaedah latihan berulang-ulang (latih tubi) ini dapat membantu dala
mengukuhkan kemahiran yang dipelajari oleh kanak-kanak.
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Sepanjang menjalani
Program Praktikum dan Internship di beberapa buah sekolah di
sekitar negeri Melaka dan Negeri Sembilan, pengkaji mendapati
bahawa masalah yang sama sering berlaku di kalangan kanak-kanak
prasekolah setiap kali aktiviti P&P berlaku iaitu merekatidak
dapat membaca dengan lancar. Berdasarkan pengalaman pengkaji
melaksanakan P&P bagi slot Bahasa Melayu di prasekolah,
pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa orang kanak-kanak
prasekolah yang masih belum dapat membaca dengan lancar sedangkan
rakan sebaya mereka yang lain sudah dapat menguasai kemahiran ini.
Berdasarkan Standard Pembelajaran dalam Tunjang Komunikasi Bahasa
Melayu (KSPK, 2011), pada semester kedua sepatutnya kanak-kanak
sudah menguasai kemahiran membaca dan membatangkan suku kata
terbuka untuk menjadikan perkataan (BM 3.5.3 Membatangkan dua suku
kata terbuka untuk menjadi perkataan). Akan tetapi, situasi di
prasekolah yang dikaji kanak-kanak masih lagi tidak dapat menguasai
kemahiran tersebut dan mereka juga sering menunjukkan sikap acuh
tidak acuh apabila mereka sukar untuk mengecam sesuatu huruf atau
perkataan KV+KV mudah contohnya bola, batu, buku dan sebagainya.
Hal ini terbukti apabila pengkaji melaksanakan aktiviti pra bacaan
terhadap 25 orang kanak-kanak prasekolah dan 8 orang daripada
mereka adalah lemah dalam membaca suku kata KV+KV (Rujuk Lampiran
1). Disebabkan oleh masalah kanak-kanak tidak dapat membunyikan dua
suku kata, ia telah menyukarkan mereka untuk membaca dan memahami
perkataan yang ditunjukkan oleh guru. Apabila guru memberikan
lembaran kerja, mereka juga tidak dapat menyiapkannya kerana tidak
faham bagaimana untuk melaksanakan tugasan tersebut. Pengkaji
mendapati, kanak-kanak yang tidak dapat membaca ini lazimnya akan
duduk dalam kelompok mereka, membuat bising dan mengganggu
rakan-rakan lain semasa dalam kelas, serta kurang berminat dalam
pembelajaran. Apabila guru meminta mereka menyiapkan lembaran
kerja, kanak-kanak ini akan meniru rakan-rakannya yang lain. Secara
umumnya, jika masalah membaca kanak-kanak ini tidak diatasi dengan
segera, kanak-kanak ini akan mengalami masalah apabila mereka
berada di Tahun 1 dan peringkat seterusnya.
Merujuk kepada tulisan Hassan Salleh yang bertajuk Di Manakah
Silap Guru yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak boleh membaca dan menulis.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan
bahawa lapan peratus daripada 6,667 pelatih PLKN didapati tidak
boleh membaca dan menulis. Hal ini menyedarkan kita bahawa masalah
kegagalan pelajar sekolah menguasai kemahiran asas literasi dan
numerasi masih lagi menghantui dunia pendidikan negara. Pelbagai
kaedah dan program khas telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah
ini. Dulu dikenali sebagai KIA 2M (Kelas Intervensi Awal Membaca
dan Menulis) dan terbaru ialah LINUS (program Saringan Literasi dan
Numerasi) yang dilancarkan pada tahun 2010, tetapi masalah ini
masih terus berlaku. Dari aspek psikologi perkembangan, manusia
normal, berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca menulis dan
mengira ini di peringkat kanak-kanak lagi, iaitu seawal usia 6
tahun.Setelah menamatkan pengajian di peringkat pra sekolah,
kanak-kanak sepatutnya boleh membaca dan menulis
perkataan-perkataan dan membuat ayat-ayat mudah dengan baik.
Melalui pemerhatian pengkaji, faktor yang menyebabkan kanak-kanak
tidak dapat membaca dengan baik adalah kerana mereka tidak dapat
menumpukan perhatian semasa proses P&P dan aras P&P terlalu
tinggi dan tidak selaras dengan kobolehan dan keupayaan mereka. Hal
ini menyebabkan objektif P&P sukar dicapai. Hasil daripada
temubual semasa, didapati bahawa mereka kurang keyakinan diri,
tidak berminat, bosan dan berasa bahawa mereka sering dipinggirkan.
Oleh hal yang demikian, pengkaji terpanggil untuk membantu
kanak-kanak ini untuk menguasai kemahiran membaca di peringkat yang
lebih awal. Guru perlu memainkan peranan penting untuk memberi
kesedaran kepada kanak-kanak seperti ini dengan cara mendekati
mereka supaya mereka dapat menanamkan minat untuk terus belajar,
rasa lebih dihargai dan berasa bertanggungjawab untuk memajukan
diri mereka dalam pelajaran. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
seperti kad suku kata dan gambar yang mengandungi perkataan dan
ayat-ayat mudah sebagai bahan rangsangan amat penting dan dapat
membantu kanak-kanak ini menguasai kemahiran yang dikaji.1.3
Refleksi Nilai Pendidikan Sebagai guru sekolah rendah, pengkaji
merasakan bahawa adalah satu tanggungjawab untuk memastikan semua
pelajar sekurang-kurangnya dapat menguasai kemahiran asas membaca
sebelum mereka meninggalkan prasekolah untuk meneruskan
pembelajaran ke peringkat seterusnya. Menurut Noriati (2010),
keperihatinan dan kepekaan guru terhadap isu-isu ini akan membantu
kanak-kanak menghadapi persekolahan dengan lebih yakin. Kajian ini
perlu dilaksanakan kerana kemahiran membaca ini merupakan antara
kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai sejak di peringkat
awal kanak-kanak lagi. Hal ini kerana melalui pembacaan, seorang
individu itu akan berupaya untuk memahami mesej yang ingin
disampaikan melalui tulisan. Proses membaca itu sebenarnya sudah
membawa kepada suatu pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa.
(John Everatt dalam Mastuti Isa, 2008). Selain itu, membaca juga
dikatakan sebagai kunci kepada komunikasi berdasarkan kepada
penjelasan oleh Staiger dan O. Anderson (1968) yang menyatakan
bahawa:"Membaca adalah kunci untuk komunikasi dan menyumbang kepada
penyelesaian masalah dunia kemiskinan dan permusuhan. Membaca
adalah kunci kepada pendidikan pekerjaan yang berterusan, dan juga
keseronokan".
Beberapa kajian juga mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak
yang didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran membaca tidak
mempunyai kecekapan memahami bahan yang dibaca secara langsung. Di
Malaysia, pencapaian pelajar dalam ujian kefahaman membaca didapati
masih belum memuaskan. Kelemahan ini kerap dikaitkan dengan
kelemahan pelajar dalam pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah (KBSR) mahupun sekolah menengah (KBSM). Laporan yang
dihasilkan oleh Awang Sariyan (1981) menjadi kejutan kepada semua
pihak iaitu sejumlah lima ribu pelajar Melayu gagal mendapat
kepujian dalam mata pelajaran kefahaman Bahasa Melayu.
Selain itu, satu kajian yang dibuat terhadap pelajar tingkatan
dua di sebuah sekolah menengah mendapati satu perempat atau 25 %
pelajar gagal dalam ujian kefahaman. Menurut Abd Rahim Talib (1998)
seperti dinyatakan dalam Rio Sumarni et.al (2012), Peratus ini
boleh dikatakan agak tinggi jika dibandingkan dengan peratus
pelajar yang mendapat cemerlang. Faktor penyumbang kegagalan
seumpamanya ini adalah disebabkan mereka tidak mengusai kemahiran
membaca dan faham apa yang dibaca .
Sehubungan itu, pengkaji melihat perlunya bagi guru mahupun
individu yang akan mengajar membaca ini untuk menggunakan satu
kaedah yang khusus bagi meningkatkan kebolehan murid untuk membaca
dengan lebih baik contohnya seperti kaedah yang digunakan oleh
pengkaji dalam kajian ini iaitu menggunakan teknik latih tubi bagi
menangani masalah murid yang tidak dapat membaca. Hal ini kerana,
antara faktor yang menyumbang kepada kelemahan murid dalam
pembelajaran yang meliputi kemahiran membaca ini adalah juga
disebabkan oleh faktor guru yang tidak cekap ataupun kelemahan
kurikulum, (Otto dan Smith, 1980, seperti dinyatakan dalam Azila,
2012). Di sini jelas menunjukkan bahawa perlunya sesuatu pendekatan
mahupun kaedah yang sesuai digunakan untuk membantu murid dalam
menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik.Kajian yang telah
dilaksanakan oleh pengkaji mengenai keberkesanan penggunaan kaedah
latih tubi dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV+KV ini
selari dengan kajian Nur Syazwina et.al (2012) yang bertajuk Kajian
Meningkatkan Kemahiran Asas Membaca Teks Arab Melalui Kemahiran
Membaca Al-Quran dan kaedah latih Tubi dan kajian Abdillah (2009)
yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Membaca ayat-Ayat Yang
Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku Kata Terbuka KV+KV+KV.
Oleh yang demikian, pengkaji lebih yakin untuk turut menggunakan
kaedah yang sama bagi membantu kanak-kanak prasekolah meningkatkan
kemahiran membaca suku kata KV+KV. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dilakukan di dalam kelas, didapati kebanyakan
kanak-kanak tidak pandai membaca, malah ada sesetengahnya tidak
pandai mengeja suku kata, terutamanya bentuk suku kata KV + KV.
Keadaan ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak
berjalan dengan lancar seperti yang dirancang disamping menimbulkan
rasa bosan bagi pelajar yang sudah pandai dan tahu membaca ayat
mudah. Menurut Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM
KBL (2009, ms.215-227,) jumlah murid yang ramai sehingga mencecah
25 orang dalam sekelas menyebabkan guru tidak dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada setiap murid. Murid-murid yang tidak
mendapat tumpuan inilah yang kadang-kadang keciciran di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kemudiannya
dihantar ke kelas LINUS atau Pemulihan Khas sekiranya masalah ini
masih lagi tidak dapat dibantu. Menurut Rosner (1990) seperti
dinyatakan dalam Ai Hong Chen et.al (2002), dalam perkembangan
fizikal dan mental sepanjang zaman prasekolah, kanak-kanak biasanya
mengalami kekeliruan huruf. Kekeliruan tersebut biasanya hilang
secara beransur-ansur bila melangkah ke alam persekolahan.
Pembelajaran di sekolah dibahagikan kepada dua peringkat utama
iaitu belajar untuk membaca dan membaca untuk belajar (Barnard et
al. 1996). Oleh hal yang demikian, adalah penting bagi seseorang
murid itu untuk mengenal dan menyebut huruf dengan betul supaya
dapat membantu perkembangan pembelajaran murid. 2.0 FOKUS
KAJIAN
2.1 Isu KajianMasalah tidak boleh membaca di kalangan
murid-murid sekolah rendah dan juga
menengah di Malaysia amat membimbang semua pihak terutamanya
para pendidik dan
juga ibu bapa. Menurut berita yang disiarkan oleh Berita Harian
(2009), Kementerian
Pelajaran telah mengenal pasti kira-kira 85,000 murid tahun satu
masih belum mampu
membaca dan menulis. Masalah ini masih berlarutan apabila
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Utusan Malaysia,
15 Februari 2010) telah membuat pendedahan 60 peratus pelajar tahap
satu di sekolah seluruh negara masih belum menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira (3M). Pendedahan ini bukan
sahaja mengejut seluruh rakyat Malaysia malah ahli-ahli akademik
juga. Mereka turut
berharap satu tindakan yang serius dan komprehensif perlu
diambil oleh kerajaan bagi
mengatasi masalah ini.
Kebanyakan guru dan ibu bapa mementingkan kanak-kanak menguasai
kemahiran membaca iaitu dapat mengenal abjab, membunyikan suku
kata, membaca perkataan dan ayat mudah. Aspek dalam kelancaran
membaca kurang diberi perhatian
kerana mereka beranggapan kanak-kanak akan lancar membaca
apabila kemahirankemahiran membaca telah dikuasai. Namun proses
untuk mencapai kelancaran ini akan memakan masa sekiranya kurang
diberi penekanan oleh guru. Terdapat kanak-kanak yang menguasai
kemahiran membaca tetapi tidak boleh membaca dengan lancar. Ada
kanak-kanak yang perlu mengeja untuk membaca perkataan dan ayat
mudah. Apabila ini berlaku, kanak-kanak kurang berminat untuk
membaca kerana kurang memahami apa yang dibaca oleh mereka.
Kefahaman merupakan matlamat yang penting dalam membaca dan apabila
salah satu komponen dalam kelancaran hilang, pembaca berkemungkinan
kurang memperolehi makna daripada teks (Rasinski, 2006).
Dalam kajian ini kaedah bacaan berulang dipilih untuk melihat
kesan penggunaannya dalam meningkatkan kelancaran dan kefahaman
kanak-kanak prasekolah. Bacaan berulang merupakan pendekatan yang
dikenalpasti untuk
meningkatkan kelancaran kerana kaedah ini memberi peluang kepada
kanak-kanak
untuk berlatih membaca teks secara berulang-ulang sehingga
mencapai kelancaran.Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh
pengkaji terhadap kanak-kanak ini sewaktu P&P dijalankan,
pengkaji mendapati bahawa terdapat satu masalah yang ketara berlaku
semasa mereka membuat prabacaan. Pengumpulan maklumat dilakukan
dengan menggunakan senarai semak penguasaan bacaan awal murid
(Rujuk Lampiran 2). Berdasarkan masalah ini, pengkaji telah
melakukan beberapa tinjauan awal. Antaranya ialah menjalankan ujian
pra bacaan terhadap seramai 25 orang kanak-kanak prasekolah. Ujian
yang dijalankan meliputi membaca suku kata KV+KV berasaskan suku
kata dan gambar. Mereka tidak boleh membaca perkataan dan ayat-ayat
mudah yang mengandungi gabungan dua suku kata terbuka KV+KV seperti
bola, kaki, mata, satu, beca, buku, lori, roda, raga, titi dan
sebagainya. Mereka juga menghadapi masalah membaca secara mengeja
perkataan, lambat menyudahkan bacaan dan perkataan yang dikuasai
pula terbatas pada perkataan KV+KV dan V+KV seperti kami, saya, ini
dan itu. Oleh itu, pengkaji telah melakukan usaha untuk membantu
kanak-kanak yang lemah ini menguasai kemahiran membaca suku kata
ini. Kemahiran membaca amat penting bagi seorang murid. Sekiranya
kemahiran ini tidak dapat dikuasai, hal ini akan memberi kesan yang
besar kepada masa hadapan mereka. Kajian ini berfokuskan kepada
meningkatan penguasaan membaca murid yang mengandungi suku kata
KV+KV.Hasil daripada pemerhatian awal berdasarkan senarai semak
penguasaan bacaan murid, pengkaji mendapati 8 daripada 25 orang
kanak-kanak prasekolah lemah dalam membaca suku kata KV+KV dengan
betul dan lancar. Pada peringkat ini, murid sering keliru dalam
membunyikan suku kata yang melibatkan KV+KV. Keadaan ini
menunjukkan tahap penguasaan kemahiran membaca dan mengeja mereka
adalah sangat lemah. Keadaan ini akan mengakibatkan mereka tidak
tahu apa yang dibaca dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan
yang menyusul. Hal sedemikian akan mengakibatkan mereka berasa
bosan serta hilang fokus seterusnya membuat bising. Oleh hal yang
demikian, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan
kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah menerusi kaedah latih tubi
berasaskan kad suku kata KV + KV dan gambar.Selain itu juga,
pengkaji telah melakukan temubual dengan guru prasekolah kajian
untuk meneroka secara lebih mendalam lagi mengenai masalah yang
dihadapi oleh responden. Fokus utama temubual dijalankan adalah
untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tingkah laku dan
pencapaian penguasaan membaca responden. Bentuk temubual yang
dijalankan adalah dengan menggunakan temu bual tidak
berstruktur.
2.2 Tinjauan Literature berkaitan dengan isu KajianTeori
behavioris boleh dikaitkan dengan kaedah bacaan berulang kerana
dalam kaedah bacaan berulang ini teori yang dipelopori oleh mazhab
behavioris iaitu Teori Pelaziman Operan yang dimulakan oleh Edward
Thorndike (1874-1949) dan B.F Skinner (1904-1990) adalah
bersesuaian kerana ia menekankan kepada latihan yang berulang.
Thorndike yang terkenal dengan teorinya law of effect menekankan
jika tindak balas diikuti dengan keadaan yang memuaskan, maka
tindakan itu diulangi (Azizah, 2007). Kanak-kanak belajar selepas
mereka didedahkan secara berulang-ulang kepada sesuatu rangsangan
(Rohani,Nani dan Sharani, 2007). Dalam hal ini, membaca secara
berulang-ulang sesuatu teks atau bahan bacaan akan membantu pelajar
mengecam perkataan di samping mentaksirkan perkataan bercetak dan
dapat mengelakkan bacaan terhenti ketika mereka membaca setelah
melakukan bacaan tersebut secara berulang-ulang. Kelancaran
merupakan tindakbalas yang diperolehi kesan daripada latihan yang
berulang-ulang membaca perkataan atau teks. Sekiranya guru memberi
pengukuhan yang positif, pelajar akan terus membaca secara
berulang-ulang kerana mereka tahu kesan daripada bacaan
berulang-ulang akan menyebabkan mereka dapat mengecam perkataan
serta mengingati perkataan tersebut.
Rajah 1
Kerangka Teori KajianDalam sistem pendidikam di negara kita,
penguasaan kemahiran membaca merupakan satu aspek penguasaan yang
sangat penting dalam mempertingkatkan kemahiran bahasa, membolehkan
pembelajaran berlaku secara berkesan dan mempunyai hubungan dengan
pencapaian akademik seseorang pelajar. Penguasaan kemahiran membaca
yang baik membolehkan seseorang pelajar meluaskan pengetahuan,
berfikir secara rasional dan mematangkan pemikiran serta menghadapi
proses pengajaran dan pembelajaran secara lancar dan berkesan.
Menurut Fatimah Idris (1998), pelajar yang mempunyai kemahiran
membaca yang baik dapat membina kemahiran dan membentuk makna
daripada bahan bacaan, mengumpul maklumat penting yang berkaitan,
membuat tafsiran tepat, membuat inferensi sesuai, membuat rumusan
bernas, menilai keutamaan idea dan perkaitan, menghayati bahan dan
seterusnya membentuk daya berfikir di samping membantu mereka
menjadi pelajar yang cekap, matang serta berfikiran kritis dan
kreatif.
Konsep bacaan adalah sebagai satu proses aktif untuk mendapatkan
makna yang memerlukan pembaca membuat interpretasi terhadap bahan
bacaan. Menurut Marohaini Yusoff (1999) pula, bacaan melibatkan
pembaca mengintegrasikan pengetahuan latarnya dengan mesej yang
hendak disampaikan oleh penulis. Di sini peranan pengetahuan sedia
ada sangat penting untuk membolehkan mereka membina kemahiran
membaca. Pandangan ini bersesuaian dengan pendekatan terhadap
bacaan sebagai satu proses yang mementingkan strategi strategi
dalam mencapai pemahaman.
2.2.1 Membaca dan Faham Apa yang Dibaca
Membaca dengan faham apa yang dibaca merupakan satu pelengkap
yang penting bagi perlakuan membaca. Oleh itu, tanpa memahami apa
yang dibaca, sesuatu perlakuan membaca itu tidak lengkap dan tidak
boleh dikenali sebagai perlakuan membaca. Hal ini dapat diertikan
bahawa bacaan ialah memahamkan bacaan. Memahamkan bacaan ialah
keupayaan menubuhkan, mentafsir dan menilai sesuatu perkaitan
perkara atau apa-apa yang dibaca. Kefahaman merupakan satu proses
mendapatkan makna daripada komunikasi sama ada melalui lisan,
tulisan atau penggunaan lambang-lambang tertentu. Proses ini juga
merangkumi proses mental yang kompleks seperti mengecam perkataan,
memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea dengan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada , menyusun idea, menubuhkan
generalisasi dan juga menilai.
Kefahaman membaca adalah satu proses yang kompleks bagi
mendapatkan maklumat-maklumat daripada apa yang dibaca (Morsberg
dan Shima, 1969). Proses ini dilihat sebagai proses mental yang
melibatkan satu sistem pengolahan tingkah laku linguistik,
psikologi, dan pengamatan. Flesch (1955) menyatakan bacaan ialah
mendapatkan makna daripada huruf-huruf yang digabungkan dan
kanak-kanak dapat membaca sekiranya mereka diajarkan tentang
perlambangan setiap huruf. 2.2.2 Kemahiran Membaca
Kefahaman membaca terdiri daripada pelbagai kemahiran dan
berasingan serta perhatian terhadap pengajaran yang perlu
difokuskan terhadap kemahiran kefahaman ini. Bagi menguasai
kemahiran membaca, seseorang itu perlu menguasai kemahiran
kebolehan-kebolehan berikut:
a) Keupayaan kognitif memori, tumpuan dan keupayaan
visualisasi.
b) Kemampuan linguistik perbendaharaan kata, pengetahuan sedia
ada, strategi pengajaran dan pembelajaran, keupayaan memahami
bahasa pertuturan dan mentafsir perkataan.
c) Motivasi dan kaedah pengajaran2.2.3 Literatur Berkaitan
Beberapa orang pengkaji barat dan tempatan telah melakukan
pelbagai kajian tentang tahap-tahap bacaan dan faham sebagai
panduan untuk guru dan golongan pendidik. Soalan-soalan untuk
memahamkan murid-murid dapat dibahagikan kepada enam tahap seperti
berikut:a) Peringkat Pengetahuan:
Pelajar berupaya mengingat kembali atau mengenali maklumat.
b) Peringkat Pemahaman:
Pelajar dapat menukar kepada simbolik bahasa yang berlainan dan
hubungan wacana antara fakta dan generalisasi dan kemahiran yang
sesuai.
c) Peringkat Aplikasi:
Pelajar menyelesaikan masalah yang memerlukan mengenalpasti isu
dan memilih serta menggunakan generalisasi dan kemahiran yang
sesuai.
d) Peringkat Analisis:
Pelajar berupaya menyelesaikan masalah melalui pengetahuan
berhubung bahagian-bahagian cara-cara berfikir.
e) Peringkat Sintesis:
Pelajar berupaya menyelesaikan masalah yang memerlukan pemikiran
yang tulen dan kreatif yang melibatkan aktiviti yang mencerna
kesimpulan atau membuat keputusan.
f) Peringkat Penilaian:
Pelajar membuat pertimbangan baik atau buruk serta betul ataupun
salah berdasarkan ukuran yang ditetapkan. Bagi Zalizan Jelas
(1982), beliau telah membahagikan tahap-tahap kemahiran bacaan
kepada empat komponen asas iaitu:
a) Pada peringkat literal, pelajar-pelajar dikehendaki
mendapatkan makna perkataan-perkataan, ayat-ayat dan
perenggan-perenggan mengikut teks. Murid-murid juga dikehendaki
menceritakan semula kandungan teks yang telah dibaca.
b) Pada peringkat inferensi, murid-murid dikehendaki
menginterpretasi maksud pengarang, membuat kesimpulan, meramal
kesudahan, membuat ringkasan dan menganalisa rumusan pengarang.
c) Pada peringkat penilaian, murid-murid dikehendaki
membandingkan dan menginterpretasikan satu keadaan dengan satu
keadaan yang dijadikan kriteria.
d) Kemahiran mengaplikasi merujuk kepada kebolehan untuk
mengaplikasi. Azman Wan Chik (1986) pula menyarankan empat komponen
asas dalam memahami bacaan iaitu :
a) Peringkat pemahaman literal: Pemahaman literal merujuk kepada
proses
mengingat kembali perkara-perkara konkrit atau fakta yang
dinyatakan dalam teks. Pemerolehan maklumat dinyatakan secara
eksplisit.
b) Peringkat pemahaman inferens: Pemahaman ini membolehkan
pelajar membuat
kesimpulan ke atas teks yang dibaca. Pemahaman literal dan
pengetahuan sedia ada digabungkan bagi membuat inferens.
c) Peringkat pemahaman penilaian: Pemahaman ini menjurus kepada
keupayaan
pelajar membuat konsepsi dan pendirian ke atas teks.
d) Peringkat pemahaman aplikasi: Pemahaman ini merujuk kepada
kebolehan
pelajar mengaplikasikan atau menggunakan bahan yang dipelajari.
Walaupun terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan pengkaji
barat dan tempatan tentang tahap-tahap membaca, namun kesemua
pandangan tersebut menjurus ke arah kepentingan seseorang untuk
menguasai sesuatu bahan bacaan dan keupayaan menggunakan proses
berfikir. Pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu bacaan akan
membantu para kanak-kanak untuk menguasai isi kandungan teks. Hal
ini akan membolehkan mereka membuat penilaian terhadap bahan bacaan
tersebut dan seterusnya merasai kepuasan daripada pembacaannya.
2.2.4 Kajian Lepas
Laporan kajian Belize Development Trust (2000) menunjukkan
umumnya 92 % daripada murid-murid boleh membaca namun 50 % atau
lebih daripadanya kurang faham apa yang mereka baca. Keadaan ini
disahkan pula dengan laporan Snow Catherine E (2002) yang
menyatakan salah satu masalah yang kini dipandang serius dan
menjadi topik perbincangan di kalangan penyelidik di Amerika
Syarikat ialah pelajar sekolah rendah , menengah dan peringkat
tertinggi tidak mempunyai kemahiran atau kecenderungan membaca
dengan faham terhadap bahan yang mereka pelajari.
Berikutan itu, kajian terkini dalam pengajaran membaca
menunjukkan secara signifikan bahawa kemahiran membaca boleh
diperbaiki semasa pengajaran awal kanak-kanak. Didapati juga
pengajaran membaca dengan faham perlu diajar kepada kanak-kanak
bagi membekalkan mereka dengan pengetahuan asas membaca di samping
faham apa yang dibaca.
Hal ini diperkuatkan lagi dengan beberapa kajian yang mendapati
bahawa kebanyakan kanak-kanak yang didedahkan dengan pengajaran dan
pembelajaran membaca dengan faham pada tahun 3 persekolahan mereka,
tidak secara automatik mempunyai kecekapan memahami bahan yang
dibaca. Oleh itu, guru disarankan supaya mengajar membaca secara
eksplisit bermula daripada tahun satu persekolahan kanak-kanak
(semasa berumur 6 tahun). Walaupun pengajaran membaca dengan faham
merupakan pengajaran dasar bagi sekolah rendah selepas murid mahir
mengenal perkataan, namun faham membaca juga perlu didedahkan dalam
pengajaran awal membaca. Pengajaran bahasa lisan, perbendaharaan
kata dan kefahaman mendengar adalah elemen membaca dan faham yang
perlu bermula daripada pendidikan prasekolah.
Paris dan Jacobs (1984) telah mengkaji kesedaran membaca dan
kebolehan memahami teks dalam kalangan gred 3 dan 5. Mereka
menggunakan teknik temubual diikuti dengan soalan berbentuk
objektif dan latih tubi berasaskan gambar bagi mengukur kesedaran
bacaan kanak-kanak.
Kanak-kanak kemudian akan diajar beberapa minggu berdasarkan
latihan yang telah disediakan menggunakan strategi-strategi
tertentu. Skor pelajar dan ujian pra dan ujian pasca menunujukkan
terdapat hubungan antara kesedaran bacaan dengan prestasi
kefahaman. Dapatan kajian menunjukkan subjek kajian yang mempunyai
tahap kesedaran metakognitif tinggi mendapat skor ujian yang lebih
tinggi dalam kefahaman bacaan berbanding pelajar yang lemah.
Pengajaran strategi secara eksplisit atau langsung dapat
meningkatkan kesedaran bacaan dan penggunaan strategi pemahaman
secara signifikan.3.0 OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN3.1
Objektif kajian Kajian ini dilaksanakan oleh pengkaji berdasarkan
objektif tersebut :1) Penggunaan teknik latih tubi berasaskan suku
kata dan gambar dapat miningkatkan kebolehan kanak-kanak prasekolah
membaca suku kata terbuka KV+KV.3.2 Persoalan Kajian3.2.1 Adakah
penggunaan teknik latih tubi berasaskan suku kata dan gambar dapat
miningkatkan kebolehan kanak-kanak prasekolah membaca suku kata
terbuka KV+KV?4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan aspek-aspek asas kemahiran membaca dua
suku kata terbuka KV+KV seperti mana yang digariskan dalam KSPK
tunjang komunikasi BM 3.5.3 Membatangkan dua suku kata terbuka
untuk menjadi perkataan bagi kanak-kanak prasekolah yang masih
tidak dapat dapat membaca dan membunyikan dua suku kata ini
walaupun telah memasuki semester kedua persekolahan. Kajian ini
hanya melibatkan sebuah prasekolah di kawasan luar bandar. Sampel
yang dipilih ialah seramai 8 orang daripada 25 orang kanak-kanak
prasekolah iaitu terdiri daripada 4 lelaki dan 4 perempuan. Tahap
pencapaian mereka adalah sederhana dan ada diantaranya sangat
lemah. Dapatan kajian hanya berfokuskan kepada sekolah yang dipilih
sahaja dan tidak boleh digeneralisasikan kepada sekolah kebangsaan
yang lain. Pemilihan responden ini adalah berdasarkan pemerhatian
menggunakan senarai semak penguasaan bacaan murid dalam suku kata
terbuka KV+KV melalui aktiviti pra bacaan yang dilaksanakan.
Melalui pemerhatian tersebut, terdapat seorang kanak-kanak yang
agak lemah dalam penguasaan bacaan ini iaitu MSJ. Hal ini adalah
kerana responden merupakan seorang murid yang pendiam dan tidak
aktif melibatkan diri semasa di dalam kelas. Responden juga agak
pasif dan sering tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru.
Bagi responden MHN dan NAN pula, kedua-dua mereka mempunyai
penguasaan bacaan yang sederhana. Perbezaan antara kedua-dua
responden ialah, MHN berumur 6 tahun manakala NAN berumur 5 tahun.
Kedua-dua responden ini menunjukkan sikap yang baik di dalam kelas
dan minat untuk terus belajar walaupun mereka tergolong dalam
kalangan yang tidak dapat membaca dengan baik. Bagi responden lain
pula iaitu MTR, MIH, NAS, NAL dan NAD masing-masing menunjukkan
penguasaan bacaan yang lebih kurang sama iaitu lemah dalam
menguasai kemahiran membaca.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada guru prasekolah
kajian, didapati bahawa rata-rata responden yang lemah dalam bacaan
ini menunjukkan sikap yang lebih kurang sama iaitu acuh tidak acuh
dalam P&P. Lazimnya mereka ini akan duduk dalam kelompok mereka
dan sering membuat bising dalam kelas dan mengganggu rakan yang
lain. Oleh hal yang demikianlah pengkaji terpanggil untuk
melaksanakan kajian ini bagi membantu menyelesaikan masalah
responden melalui kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan
gambar. Jadual 1 di sebelah menunjukkan maklumat mengenai
responden.BilNama RespondenUmurJantinaPencapaian Akademik
1MHN6LSederhana
2MTR6LLemah
3MSJ5LLemah
4MIH6LLemah
5NAN5PSederhana
6NAS6PLemah
7NAL6PLemah
8NAD6PLemah
Jadual 1: Kumpulan Sasaran
Merujuk kepada jadual di atas, pengkaji memilih 8 orang
responden yang mana 2 orang berumur 5 tahun dan 6 orang berumur 6
tahun. Responden ini masing-masing mempunyai kebolehan yang lemah
dan sederhana dalam membaca suku kata terbuka KV+KV. Kesemua
responden ini sudah mengenal huruf tetapi tidak dapat membaca
gabungan dua suku kata KV+KV yang ditentukan oleh guru walaupun
telah diajar beberapa kali. Melalui pemerhatian, responden ini akan
dinilai oleh guru dengan menggunakan pemerhatian melalui intervensi
latih tubi berasaskan suku kata dan gambar yang telah
disediakan.5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.1 Prosedur
TindakanPengkaji telah mengambil masa selama empat minggu untuk
menjalankan kajian tindakan ini. Carta alir di bawah menujukkan
proses yang telah digunakan oleh pengkaji sepanjang menjalankan
kajian ini.
Carta Alir 1: Proses menjalankan kajian tindakan
Berdasarkan carta alir di atas, tempoh masa empat minggu diambil
untuk menjalankan kajian. Sebelum melaksanakan ujian pra iaitu pada
minggu pertama kajian, pengkaji telah melakukan proses refleksi
dalam mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi
dalam sesi P&P. Pengkaji telah melaksanakan proses pengumpulan
data awal bagi mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh
responden. Proses ini telah dilakukan dalam bentuk pemerhatian dan
temubual. Berdasarkan data yang diperolehi, pengkaji dapat mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh responden iaitu responden lemah
dalam kemahiran membaca suku kata terbuka KV+KV, tidak fokus semasa
P&P dijalankan dan sering membuat bising dengan mengganggu
rakan lain semasa dalam kelas. Bagi mendapatkan maklumat tambahan,
pengkaji turut membuat beberapa sesi temubual bersama guru-guru
bagi melihat tahap pencapaian murid-murid dan apakah masalah yang
sering dihadapi (Rujuk Lampiran 3). Setelah menganalisis masalah
yang dihadapi oleh responden, pengkaji merancang satu tindakan
rawatan kepada masalah yang menjadi fokus utama. Untuk itu,
pengkaji menyediakan kerangka kajian iaitu objektif kajian,
membentuk soalan kajian, membuat rujukan literatur, menentukan
kumpulan sasaran kajian, instrumen kajian serta merancang tindakan.
Fokus utama kajian ialah untuk meningkatkan kemahiran murid membaca
suku kata terbuka KV+KV menggunakan kaedah latih tubi berasaskan
suku kata dan gambar. Alat kajian yang akan pengkaji gunakan adalah
Ujian Pra dan Ujian Pasca yang bertujuan menilai tahap kebolehan
murid membaca suku kata terbuka KV&KV berasaskan suku kata dan
gambar. Ujian Pra dan Ujian Pasca ini menggunakan soalan yang sama.
S elain itu, pengkaji juga menggunakan pemerhatian berstruktur
sebagai alat kajian bagi melihat minat responden sepanjang P&P
dijalankan. Kolaborasi bersama rakan telah dilakukan agar
pemerhatian yang akan dijalankan tersebut tidak mengganggu sesi
pembelajaran yang berlangsung.
Setelah mengenal pasti masalah responden, pengkaji mula
menjalankan ujian pra iaitu dengan menggunakan senarai semak
penguasaan bacaan (Rujuk Lampiran 4). Menerusi ujian pra ini juga,
pengkaji turut menggunakan senarai semak kesediaan membaca sebelum
meminta subjek untuk membuat bacaan terhadap 30 suku kata terbuka
KV+KV yang disediakan . (Rujuk Lampiran 5).
Intervensi dilaksanakan setelah pengkaji mendapat hasil ujian
pra yang telah dijalankan. Intervensi dilaksanakan sewaktu P&P
bagi slot Bahasa Melayu dijalankan di dalam kelas pada setiap hari.
Jadual di bawah menunjukkan tempoh masa yang diambil untuk
menjalankan intervensi.
MingguPerkara/Tindakan
Minggu 2
Pada setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi
responden perlu membaca kad suku kata bergambar yang disediakan.
Latih tubi berasaskan kad suku kata dan gambar dengan bimbingan
guru (guru sebut perkataan, murid eja). Melaksanakan aktiviti
penguasaan bacaan mengeja suku kata KVKV yang diperhatikan oleh
guru menggunakan senarai semak.
Minggu 3 Pada setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi
responden perlu membaca kad suku kata bergambar yang
disediakan.
Latih tubi membaca suku kata dilaksanakan oleh responden secara
berpasangan dengan rakan mereka. Melaksanakan aktiviti penguasaan
bacaan mengeja suku kata KV+KV yang diperhatikan oleh guru
menggunakan senarai semak.
Minggu 4 Pada setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi
responden perlu membaca kad suku kata bergambar yang
disediakan.
Latih tubi membaca suku kata oleh responden secara individu dan
dipantau oleh guru. Melaksanakan aktiviti penguasaan bacaan mengeja
suku kata KV+KV yang diperhatikan oleh guru menggunakan senarai
semak.
Jadual 2: Pelaksanaan intervensi dalam P&P
Merujuk kepada jadual 2 di sebelah, pengkaji memfokuskan
terhadap pengajaran mengeja dua suku kata KV+KV. Pemilihan suku
kata tersebut adalah melihat kepada kelemahan subjek untuk
membacanya dengan betul sebagaimana yang telah disebutkan sebelum
ini. Di dalam fasa intervensi ini, pengkaji menggunakan kaedah
latih tubi secara ansur maju dalam mengajar subjek untuk
membunyikan setiap suku kata dengan betul seterusnya mampu untuk
membaca perkataan dengan sebutan yang betul. Dalam memastikan
subjek kajian dapat membaca dengan betul, pengkaji meminta subjek
untuk mengulangi setiap suku kata KV+KV yang disebut sebanyak
sepuluh kali semasa proses P&P. Hal ini kerana, pengkaji
mendapati bahawa semakin kerap subjek mengulangi sebutan yang
dipelajari, semakin mudah bagi subjek untuk menyebut setiap suku
kata. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Teori Pelaziman iaitu
menekankan proses pengulangan dapat membantu subjek dalam proses
mengenal dan menyebut suku kata dengan betul. Jadual 3 di bawah
menunjukkan antara perkataan yang digunakan sewaktu proses
pengajaran di dalam fasa intervensi.
BILPERKATAANBILPERKATAANBILPERKATAAN
1bola8roda15hati
2kaki9raga16meja
3mata10titi17batu
4satu11dahi18tali
5beca12pipi19topi
6buku13jari20tepi
7lori14kaki21peti
Jadual 3: Senarai perkataan yang digunakan dalam intervensi6.0
CARA PENGUMPULAN DATA
Pengkaji menggunakan dua jenis instrumen bagi mengumpul data
kajian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca serta pemerhatian yang mana
kedua-duanya menggunakan senarai semak.
6.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca
Pengkaji menggunakan senarai semak penguasaan bacaan yang
diberikan kepada responden untuk Ujian Pra (Lampiran 4) dan Ujian
Pasca (Lampiran 5). Ujian yang diberikan mengandungi 30 perkataan
bagi suku kata terbuka KV+KV seperti yang dinyatakan dalam Jadual
3. Senarai semak tersebut telah dibahagikan kepada dua item untuk
menilai pencapaian keseluruhan responden dalam kemahiran membaca
suku kata terbuka KV+KV yang menekankan pembacaan menggunakan
kaedah latih tubi sama ada sebelum dan selepas mereka dibantu oleh
kaedah tersebut berasaskan suku kata dan gambar dengan pengawasan
guru. Dalam senarai semak tersebut, guru hanya menandakan ya atau
tidak sekiranya responden menyebut perkataan yang ditunjukkan.
Penilaian akan dibuat berdasarkan peratus jumlah sebutan yang mampu
disebut oleh setiap responden. Ujian pra telah dilaksanakan sebelum
intervensi menggunakan kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan
gambar dilaksanakan kepada responden bertujuan untuk mendapatkan
gambaran awal mengenai tahap kebolehan responden membaca suku kata
terbuka KV+KV yang ditunjukkan.Bagi mengetahui peningkatan
kemahiran responden membaca suku kata tersebut, pengkaji telah
melaksanakan Ujian Pasca setelah responden selesai menjalani tempoh
intervensi selama etiga minggu. Seterusnya pengkaji membuat
analisis terhadap data kedua-dua ujian untuk melihat perubahan atau
peningkatan peratus penguasaan murid membaca suku kata terbuka
KV+KV sebelum dan selepas responden menjalani proses P&P
menggunakan kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan gambar.6.2
Pemerhatian menggunakan senarai semak
Pemerhatian dilakukan sebanyak empat kali bagi mengenal pasti
tingkah laku responden sepanjang proses P&P dilaksanakan. Dua
sesi pemerhatian dilakukan semasa pengkaji menjalankan pengajaran
tanpa menggunakan kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan
gambar. Manakala, dua sesi pemerhatian lagi dilakukan semasa proses
P&P menggunakan kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan
gambar dijalankan. Fokus utama pemerhatian ini dijalankan adalah
untuk melihat perubahan tingkah laku responden yang menunjukkan
mereka berminat untuk meneruskan pembelajaran. Minat responden
diperhatikan dan direkod agar pengkaji dapat membuat perbandingan
minat responden mengikuti pembelajaran terhadap kemahiran membaca
suku kata KV+KV menggunakan kaedah latih tubi berasaskan suku kata
dan gambar.
Bentuk pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian secara
berstruktur dengan menggunakan borang pemerhatian (Lampiran 6).
Pengkaji akan merekod pemerhatian berdasarkan kriteria-kriteria
yang telah ditetapkan di dalam borang pemerhatian yang telah
dibina. Terdapat tiga aspek utama yang diperhatikan merangkumi
minat atau penglibatan, tingkah laku pasif, dan masalah disiplin.
Ketiga-tiga aspek tersebut dipecahkan kepada dua bahagian lagi yang
kesemuanya berkait rapat dengan tingkah laku yang dapat menunjukkan
dengan jelas minat responden semasa mengikuti P&P.
Kesimpulannya, segala data yang diperolehi daripada setiap alat
kajian dianalisis dan diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih
ringkas seperti jadual dan graf supaya ianya dapat dilihat dengan
jelas. Setelah melakukan analisis, pengkaji dapat membuat penilaian
terhadap kajian yang dilakukan sama ada kaedah latih tubi
berasaskan suku kata dan gambar ini menampakkan hasil yang
memberansangkan ataupun tidak melalui peningkatan pencapaian
responden.
Seterusnya, hasil daripada data-data yang dikumpul bermula
daripada ujian pra telah dikumpul dan dianalisis sebagaimana
berikut:6.1 Analisis data pra
Ujian Pra: Menyebut 30 perkataan dalam senarai semak
BilSubjek Kajian (murid)Data Pra Peratus (%)
1MHN10/3033.3%
2MTR7/3023.3%
3MSJ3/3010%
4MIH7/2023.3%
5NAN10/3033.3%
6NAS9/3030%
7NAL7/3023.3%
8NAD8/3026.7%
Jadual 4: Analisis data pra
Rajah 4: Graf pemeringkatan peratus ujian praJadual 4 dan Rajah
2 di atas menunjukkan hasil analisis data pra yang diperoleh
sewaktu pengkaji menjalankan ujian pra kepada 8 orang subjek kajian
sewaktu berada di prasekolah. Pengkaji akan meminta setiap subjek
untuk membaca dan menyebut setiap perkataan yang ditunjukkan dan
pengkaji akan menanda sama ada perkataan yang disebut adalah benar
atau salah. Pengkaji akan lebih memfokuskan kepada cara bacaan yang
betul bagi setiap subjek.
Merujuk kepada Jadual 4, didapati bahawa subjek NAS mencatat
pertus paling rendah iaitu sebanyak 23.3% manakala subjek MHN dan
NAN mencatat peratusan yang paling tinggi iaitu 53.3%. Apabila
dilihat kepada analisis data pra tersebut, pengkaji melihat bahawa
data yang diperoleh ini mungkin disebabkan oleh tahap dan kemahiran
subjek masing-masing di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dijalankan, subjek
MHN dan NAN merupakan murid yang berada dalam kumpulan sederhana
manakala subjek NAD merupakan murid yang berada di dalam kumpulan
lemah. Oleh yang demikian, faktor tersebut menyumbang kepada
keupayaan subjek untuk membaca dengan betul.
Dalam analisis data kali ini, pengkaji telah mendapati bahawa
kesemua subjek mempunyai masalah dalam menyebut suku kata KV+KV
dengan sebutan yang betul. Mereka boleh menyebut dan mengenal suku
kata yang ditunjukkan, namun tidak dapat menyebut gabungan dua suku
kata dengan betul.
6.2 Analisis data pasca
Ujian Pasca : Menyebut 30 perkataan dalam senarai semak
BilSubjek (murid)Data PascaPeratus
1MHN27/3090%
2MTR24/3080%
3MSJ16/3053.3%
4MIH23/2076.7%
5NAN28/3093.3%
6NAS24/3080%
7NAL26/3086.7%
8NAD25/3083.3%
Jadual 5: Analisis data pasca
Rajah 5: Graf pemeringkatan peratus ujian pascaBerdasarkan
Jadual 5 dan Rajah 3 di atas, didapati bahawa terdapat peningkatan
yang berlaku terhadap kebolehan kesemua subjek untuk menyebut suku
kata KV+KV dengan betul. Subjek NAN dilihat mencatat peratusan
tertinggi dengan peratusan sebanyak 93.3% manakala subjek MSJ
mencatat peratusan paling rendah iaitu dengan peratusan sebanyak
53.3%.
6.3 Analisis Perbandingan Data Pra dan Pasca
Bagi melihat hasil dengan lebih jelas lagi, jadual 7 di bawah
menunjukkan perbandingan hasil analisis bagi data pra data dan data
pasca.
BilSubjek (murid)Peratusan Data PraPeratusan Data PascaPeratus
Peningkatan
1MHN53.3 %90%36.7%
2MTR46.7%80%33.3%
3MSJ26.7%53.3%26.6%
4MIH46.7%76.7%30%
5NAN53.3%93.3%40%
6NAS30%80%50%
7NAL33.3%86.7%53.4%
8NAD36.7%83.3%46.6%
Jadual 6: Perbandingan data pra dan pasca
Rajah 6: Graf perbandingan data pra dan pasca
Melalui Jadual 7 dan Rajah43 di atas, pengkaji mendapati bahawa
terdapat peningkatan peratusan yang dicatatkan oleh kesemua subjek
selepas ujian pasca dijalankan. Subjek NAL yang mencatat keputusan
paling tinggi mendapat peningkatan sebanyak 63.4% manakala subjek
MSJ yang mencatat keputusan paling rendah juga turut mendapat
peningkatan iaitu sebanyak 26.6%.
Oleh yang demikian, melalui hasil analisis yang telah dilakukan,
pengkaji telah dapat membuat beberapa interpretasi terhadap kajian
tindakan yang dilakukan kali ini. Hasil analisis yang telah
ditunjukkan ini telah dapat mencapai objektif yang ditetapkan
sebelum ini. Melalui hasil tersebut, didapati kaedah latih tubi
dapat membantu murid untuk menyebut suku kata KV+KV dengan sebutan
yang betul. Teknik latih tubi yang digunakan juga dapat membantu
murid dalam mengingati serta mengenal cara membunyikan setiap suku
kata dengan betul. Seterusnya, apabila murid telah dapat
menyebutnya, murid akhirnya akan mampu untuk membaca perkataan dan
ayat yang bermakna melalui cantuman suku kata KV+KV dengan sebutan
yang betul.7.0 KEPUTUSAN KAJIAN
Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan ini, maka
pengkaji melihat bahawa beberapa persoalan kajian yang diutarakan
sebelum ini telah dapat dijawab menerusi hasil analisis yang telah
dijalankan. Pengkaji mendapati bahawa kaedah latih tubi ini dapat
membantu menningkatkan lagi kemahiran subjek dalam menyebut suku
kata KV+KV seterusnya membaca ayat mudah dengan sebutan yang betul.
Latih tubi yang dijalankan berulang kali juga dilihat mampu
membantu murid untuk mengingati perkataan yang telah dipelajari dan
boleh menyebutnya dengan betul. Pengkaji juga melihat keberkesanan
kaedah latih tubi ini lebih kurang sama dengan pencapaian kajian
yang telah dijalankan oleh Fuziati (2012) bagi Meningkatkan
Penguasaan Membaca Murid Tahun Satu (LINUS) Menggunakan Kaedah
Gabungan Bunyi Kata Dengan Teknik Latih Tubi dan kajian Nur
Syazwina .(2012). Selain itu, pengkaji juga dapat melihat perubahan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh subjek sewaktu mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran. Mereka berasa lebih dihargai kerana
guru dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajjaran mereka dan
memastikan subjek dapat menunjukkan peningkatan dalam masalah
membaca yang dialami oleh mereka. Hal ini sedikit sebanyak dapat
meningkatkan keyakinan diri subjek dan secara tidak langsung
mewujudkan suasana persaingan yang sihat di kalangan mereka untuk
terus maju dan menguasai kemahiran membaca. Oleh yang demikian,
pengkaji melihat bahawa subjek mampu mengikuti sesi pembelajaran
dengan berkesan jika mereka menyukai aktiviti yang dilakukan dan
boleh menerimanya dengan baik.8.0 RUMUSAN
Pengkaji mendapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam
kemahiran membaca kini telah menunjukkan perubahan yang begitu
ketara, hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca bukan sekadar
perkataan KVKV tetapi ayat mudah yang bermakna kepada diri mereka.
Ini membuktikan bahawa semua murid tersebut mempunyai potensi untuk
berjaya sekiranya diberi tumpuan dan bimbingan yang mencukupi dalam
usaha meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan mereka.9.0 CADANGAN
KAJIAN SETERUSNYA
Pengkaji menyarankan bahawa kanak-kanak bukan hanya memerlukan
satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat
menarik perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu
strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali maklumat yang
diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau
bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu
pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai
kemahiran tersebut. Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan telah dapat bantu meningkatkan penguasaan murid membaca
ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan suku kata KV+KV dan
kesemua aktiviti yang dijalankan telah membantu menjayakan kajian
tindakan yang dijalankan ke atas murid-murid prasekolah ini, saya
bercadang meneruskan program ini disamping berkongsi idea bersama
guru Tahun 1 (LINUS) bagi mengurangkan kadar keciciran kanak-kanak
dalam kemahiran membaca. Seterusnya saya akan menjalankan aktiviti
seperti ini untuk kemahiran yang lain pula iaitu kemahiran membaca
ayat atau petikam mudah.Saya juga berpendapat aktiviti-aktiviti
yang dijalankan juga boleh diterapkan kepada guru-guru transisi dan
prasekolah. Semoga hasil kajian saya dapat dimanfaatkan dan
menjadikan proses p&p lebih menarik dan berkesan.9.0
RUJUKANAwang Sariyan. (1981). Cabaran Besar Kepada Pelajar-Pelajar
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Azila Alias dan
Mazlina Che Mustafa. (2010). Perbandingan Tiga Pendekatan
Pengajaran Awal Membaca Bahasa Melayu Di Kalangan Kanak-Kanak
Tabika. Diperolehi Ogos 25, 2012 dari
http://www.mymla.org/files/icmm2010_papers/ICMM2010_p63.pdfAbdillah
bin Nurdin Asis. (2009). Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-Ayat
Yang
Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku Kata Terbuka KV+KV+KV.
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009,
ms.72-78.Ai Hong Chen dan Noor Suriani Mohamad. (2002). Kekeliruan
Mengecam Huruf B-D- P-Q Di Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal
Kesihatan Masyarakat Isu Khas.Azman, Wan Chik. (1982). Uiian bahasa
Malaysia: Panduandanteknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.Bachetal. (1996). Bach, J.R., Fuller, C.,
Gupta, A., Hampapur, A., Horowitz, B., Jam, R., & Shu, C.F.
1996.The virage image search engine: An open framework for image
management. Pages 76-87 of:Proceedings of SPIE Storage and
Retrieval for Still Image and Video Databases IV.BHonline. (2012).
Program Khas Pelatih PLKN Yang Tidak Tahu Membaca, Tuli dan Kira.
Diperolehi Julai23 dari
yangtidaktahubaca tulisdankira/Article/"
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProgramkhaspelatihPLKN
yangtidaktahubaca tulisdankira/Article/
Fatimah Idris. 1998. Hubungan Kesedaran Metakognisi dengan
Pemahaman Teks Bacaan Teks Ekspositori di Kalangan Pelajar
Tingkatan Dua. Disertasi Sarjana Pendidikan, Universiti
Malaya.Hampir 60% murid belum menguasai kemahiran asas (2010,
Februari 14). Utusan Malaysia Online. Diperolehi Februari 15,2010
daripada http://www.utusan.com.my/ Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang. (2012). Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan
Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2012 Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah). Sarawak:
Instutut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.John Everatt. (2008).
Membaca dan Disleksia: Proses Penglihatan dan Perhatian. Kuala
Lumpuir: Institut Terjemahan Negara Malaysia.Kementerian Pendidikan
Malaysia (2000). Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (Edisi
Percubaan). Pusat Perkembangan Kurikulum.Kerajaan sasar 85 peratus
ikuti prasekolah pada 2012 (2009, September 12). Berita Harian
Online. Diperolehi Januari 24,2010 daripada
http://www.bharian.com.my/69000 Children Barely Read Or Write.
(23 September 2006). News Strait Times.Maimunah Sabran. (2011).
Meningkatkan Kemahiran Membina Dan Menulis Ayat Mudah Bagi Murid
Tahun 4 Menggunakan Modul Latih Tubi Maju Minda. Diperolehi Ogos
28, 2012 dari
http://maismoon.blogspot.com/?zx=e19464f945e23128Marohaini
Yusoff (1999) Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala
Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.Membaca dan Pelbagai
Aspeknya. (n.d). Diperolehi Ogos 26, 2012 dari
jenis_8558.html"
http://tarjo2009.blogspot.com/2009/03/hakekat-membaca-proses-membaca-
jenis_8558.html
Morsberg, L. &Shima, F. (1969). Comprehension of connected
discourse. Engelwood Cliffs: Southwest National Laboratory.Noriati
A. Rashid. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesionalisme
Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Rio Sumarni et.al (2012).
Reka Bentuk Keberkesanan Perisian Multimedia Membaca-
Faham Berasaskan Gambar Visual Bagi Kanak-Kanak Prasekolah.
Diperolehi Ogos 25, 2012 dari
167/18-language-communication-and-early-literature-dev/99-reka-bentuk-dan-
keberkesanan-perisian-multimedia-membaca-faham-berasaskan-gambaran-visual-
bagi-kanak/"
http://ncdrc.upsi.edu.my/index.php/en/--jounals-articles-a-papers-ncdrc-e-journals
167/18-language-communication-and-early-literature-dev/99-reka-bentuk-dan-
keberkesanan-perisian-multimedia-membaca-faham-berasaskan-gambaran-visual-
bagi-kanak/ Tafsir Al-Quran ResmUthmani. (2007). Kuala Lumpur:
Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd. Zalizan, Mohd. J elas. (1987).
Teori-teori yang berhubung dengan menguji kefahaman
membaca. Azman, Wan Chik. (Ed.). Isuisu dalam pengukuran
danpenilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan
Pustaka
Teori Pelaziman Operan
(Teori Pembelajaran Cuba Jaya Thorndike)
Hukum Kesediaan:
1. Kesediaan Kognitif
2. Kesediaan Afektif
Hukum Latihan:
Latihan membaca secara berulang-ulang melalui aktiviti:
a. Bacaan kuat
b. Bacaan berirama
c. Bacaan bergilir-gilir
d. Bacaan berpasangan
Hukum Kesan:
Hasilnya ialah peningkatan dari segi:
1. Kelancaran
2. Kefahaman
_1408241827.xlsChart1
90MHNMHN
76.7MTRMTR
53.3MSJMSJ
63.3MIHMIH
93.3NANNAN
70NASNAS
Peratus Ujian Pasca %
p
Column1
Sheet1
Peratus Ujian Pasca %pColumn1
MHN90
MTR76.7
MSJ53.3
MIH63.3
NAN93.3
NAS70
NAL66.7
NAD66.7
_1408241785.xlsChart1
53.390
46.780
26.753.3
46.776.7
53.393.3
3080
33.386.7
36.783.3
pra
pasca
Bilangan Murid
Peratus bilangan sebutan yang betul
Graf Perbandingan Data Pra dan Pasca
Sheet1
prapasca
MHN53.390
MTR46.780
MSJ26.753.3
MIH46.776.7
NAN53.393.3
NAS3080
NAL33.386.7
NAD36.783.3
To resize chart data range, drag lower right corner of
range.