8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
1/35
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
2/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Pada 1 Julai 2013, saya dan rakan guru pelatih, Syazana dan mentor, Cik
Shubashini telah membuat perbincangan tentang projek- projek yang boleh
dijalankan sebagai projek berkumpulan untuk internship kali ini. Hasil keputusan
perbincangan tersebut, kami telah berset uju untuk menjadikan Projek Keceriaan
Dewan Terbuka dan Pembudayaan PBS
sebagai projek internship kami di
sekolah ini. Projek ini juga merupakan 1 projek mega yang telah diarahkan oleh
pihak pentadbiran sekolah untuk dijayakan bersama-sama dengan guru-guru
pelatih opsyen Pemulihan.
2. Pada 2 Julai 2013, kami telah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Puan Hajjah Rozita bt. Abd. Majid untuk membincangkan mengenai
projek yang dirancang. Perbincangan ini meliputi nama-nama sudut, jenis dansaiz tulisan, warna cat, dan maklumat-maklumat yang akan dilekatkan pada
sudut.
3. Selepas itu, proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula
supaya kertas cadangan tersebut dapat dihantar kepada pihak pengurusan
sekolah dengan kadar yang segera. Setelah kertas cadangan disemak oleh Guru
Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan Hajjah Rozita bt. Abd. Majid, kertas
cadangan terus dihantar sebelum diluluskan oleh Guru Besar iaitu Tuan Haji
Mohamed Noor b. Ibrahim. Kemudian, saya bersama rakan-rakan guru pelatih
yang lain telah mengadakan satu mesyuarat bersama dengan penyelaras projek
dan AJK yang terlibat untuk pembahagian tugasan. Dalam mesyuarat ini juga,
kami telah bersetuju untuk membahagikan tugas secara adil dan saksama. Kami
guru-guru pelatih opsyen Pendidikan Jasmani telah diamanahkan untuk
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
3/35
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
4/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
9. Seterusnya, kami telah diarahkan untuk menambahkan maklumat pada tiang-
tiang yang kosong. Maklumat tersebut adalah berkaitan dengan I THINK iaitu
jenis-jenis pemikiran berasaskan peta minda.
10. Akhir sekali, kami telah menaikkan banting berkaitan dengan ASPRIRASI 1.7
pada tiang iaitu satu aspirasi yang ingin dicapai oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji
Mohamed Noor b. Ibrahim di dalam peperiksaan UPSR.
REFLEKSI :
1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
Kekuatan yang pertama adalah projek ini dapat mengindah dan
menceriakan kawasan dewan terbuka. Ini adalah kerana kawasan dewan
terbuka ini telah lama tidak dicat dan ditampal maklumat-maklumat yang terkini.
Kedudukan dewan terbuka ini adalah berhampiran dengan pejabat sekolah, jadi
secara tidak langsung akan menjadi tumpuan pengunjung luar. Justeru,
persekitaran tersebut perlulah dijaga dan ditambahbaik dari semasa ke semasa
dan menjadikannya lebih mesra pengunjung. Selain itu, projek ini boleh
meningkatkan rasa sayang kepada sekolah disamping memberi keseronokan
kepada murid untuk datang ke sekolah setiap hari.
Kekuatan yang kedua adalah dapat menambahkan ilmu pengetahuan
berkaitan dengan pentaksiran berasaskan sekolah dan mempraktikkannya dalam
kehidupan seharian. Maklumat-maklumat yang telah ditampal pada setiap tiang
boleh dijadikan panduan yang berguna kepada murid-murid, ibu bapa serta guru-
guru. Sebagai contoh, mungkin murid tahun 4, 5 dan 6 kurang memahami
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
5/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
berkaitan dengan pentaksiran berasaskan sekolah kerana murid-murid ini
menggunakan kurikulum KBSR. Namun, melalui tampalan maklumat-maklumat
berkaitan PBS pada tiang-tiang di dewan terbuka ini, murid-murid ini akan
mendapat pengetahuan baharu mengenai PBS dengan membacanya pada bila-
bila masa sahaja.
Kekuatan yang ketiga adalah projek ini dapat melahirkan murid yang
mempunyai pemikiran aras tinggi. Keadaan ini dapat dicapai melalui tampalan
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan i THINK yang ditampal pada tiang di
hadapan dewan terbuka. Melalui maklumat tersebut, murid mendapat
pengetahuan baharu cara bagaimana untuk mencapai pemikiran aras tinggi
melalui penggunaan 8 jenis peta minda dan setiap peta minda tersebut
mempunyai proses pemikiran yang berbeza. Dewan terbuka ini menjadi tumpuanutama semua murid sekolah tersebut semasa datang sekolah dan waktu rehat.
Jadi, apabila selalu melihat dan membaca maklumat tersebut, murid akan lebih
mengingati kesemua peta-peta minda tersebut dan seterusnya dapat
mengaplikasikannya dalam pelajaran.
2) KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
Kelemahan pertama projek ini adalah projek ini memakan masa yang
lama untuk disiapkan. Ini adalah kerana projek ini memerlukan kami untuk
mengecat ke semua dinding dan tiang-tiang di dewan terbuka tersebut. Proses
mengecat ini memakan masa yang agak lama kerana kami perlu membuat
undercoat menggunakan cat putih terlebih dahulu bagi menutup warna asal pada
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
6/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
dinding dan tiang tersebut sebelum mengecat menggunakan warna yang telah
dipersetujui bersama pihak pentadbiran. Projek ini juga yang telah dilaksanakan
semasa bulan Ramadhan telah mengehadkan pergerakan kami sehingga
mengganggu perancangan awal projek ini.
Kelemahan yang kedua adalah berkaitan dengan kos. Kos yang
diperuntukan untuk projek ini mengehadkan kreativiti kami dari segi pemilihan
warna cat. Kebanyakan warna cat yang cantik agak mahal dan tidak mampu
dibeli berdasarkan kos yang telah diberikan. Selain itu, kami juga terpaksa
berjimat menggunakan kos yang diberikan supaya kos yang diberikan
mencukupi untuk membeli kesemua bahan-bahan yang diperlukan bagi
menghias dewan terbuka tersebut.
Kelemahan yang ketiga adalah penggunaan pelekat yang tidak kuat bagi
melekat huruf-huruf pada tiang. Penggunaan huruf-huruf yang telah dibuat
menggunakan polisterin berwarna telah menyukarkan kami untuk melekat huruf-
huruf tersebut. Kami telah menggunakan double sided tape bagi melekat huruf
tersebut, namun keesokan harinya kami telah melihat kebanyakan huruf-huruf
tersebut telah jatuh ke lantai. Ini adalah kerana lapisan cat berminyak yang telah
digunakan telah menghalang huruf tersebut daripada melekat.
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
7/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat :
Cadangan yang pertama adalah membuat pelan pelaksanaan projek. dan
mengikutinya. Pelan ini meliputi jadual pelaksanaan projek mengikut hari. Pelan
ini dibuat bertujuan untuk dijadikan garis masa dalam melaksanakan projek yang
telah dirancang. Jadi projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang
telah ditetapkan.
Cadangan yang kedua adalah menambahkan peruntukan kos.
Penambahan kos boleh meningkatkan kreativiti kami dari segi pemilihan warna
cat. Selain itu dengan wang yang diberikan juga kami boleh membuat hurufmenggunakan pelbagai jenis warna polisterin dan tidak terhad kepada polisterin
warna yang diberikan oleh pihak sekolah sahaja.
Cadangan yang ketiga adalah menggunakan gam polisterin bagi
menggantikan double sided tape untuk tujuan melekatkan huruf-huruf pada tiang.
Penggunaan gam ini dapat meningkatkan kelekatan huruf-huruf tersebut pada
dinding disamping huruf tersebut tahan lebih lama.
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
8/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya menyiapkan
projek mengikut masa yang telah ditetapkan. Melalui projek ini, diharapkan
semua warga sekolah termasuk guru dan murid akan mendapat ilmu
pengetahuan baharu berkaitan dengan PBS dan i THINK. Selain itu diharapkan
keadaan dewan terbuka yang semakin kondusif dan cantik dapat meningkatkan
rasa sayang murid kepada sekolah disamping memberi keseronokan untuk
datang ke sekolah. Akhir sekali, saya berharap semua guru dan warga sekolah
berpuas hati dengan hasil kerja saya dan rakan-rakan guru-guru pelatih yang
lain.
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
9/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
GALERI FOTO
Keadaan dewan terbuka sebelum dicat
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
10/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
Guru pelatih sedang melakukan aktiviti mengecat dinding
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
11/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
Keadaan dewan terbuka selepas dicat
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
12/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
Guru pelatih sedang menampal tulisan dan bahan maklumat
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
13/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
Label-label yang dibuat menggunakan polisterin berwarna
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
14/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : NORHIDAYU BT. ABD. RAZAK
PROGRAM : PISMP PENDIDIKAN JASMANI
(AMBILAN JANUARI 2010)
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA
NAMA PROJEK : PROGRAM SEIRING SEJALAN MURID TAHUN 6
TEMPOH PELAKSANAAN : 19 JULAI 2013 20 JULAI 2013
OBJEKTIF
:
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk :
1) Merapatkan hubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.
2) Memberikan pendedahan mengenai kemahiran keibubapaan dengan lebih
berkesan terutama di saat-saat akhir menghadapi peperiksaan.
3) Membentuk disiplin anak-anak dalam aspek pembelajaran.
4) Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan profesionalisme guru.
5) Mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi siswa guru dengan warga
sekolah.
6) Melengkapkan siswa guru dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan pengurusan, perancangan dan pelaksanaan program di sekolah.
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
15/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
STRATEGI PELAKSANAAN
1) Pada 2 Julai 2013, saya dan rakan guru pelatih, Syazana dan mentor, Cik
Shubashini telah membuat perbincangan tentang projek- projek yang boleh
dijalankan sebagai projek berkumpulan untuk internship kali ini. Hasil keputusan
perbincangan tersebut, kami telah bersetuju untuk menjadikan Program Ihya
Ramadhan sebagai projek internship kam i di sekolah ini.
2) Pada 2 Julai 2012, kami telah berjumpa dengan Ketua Panatia Pendidikan Islam
iaitu Puan Rosliza bt. Mohamad untuk mendapatkan maklumat daripada beliau
mengenai program yang dirancang oleh Persatuan Pendidikan Islam pada bulan
Ramadhan ini. Namun, nasib tidak menyebelahi kami apabila kebanyakan
program yang dirancang adalah selepas tamat program internship kami. Jadi
kami berdua telah sepakat untuk membuat program lain sebagai projek
internship.
3) Pada 3 Julai 2013, kami telah berjumpa dengan Puan Faizah bt. Ismail, guru
Bimbingan dan Kaunseling SK Bandar Putra. Kami telah berbincang mengenai
program yang beliau telah rancang dalam waktu terdekat ini. Hasil perbincangan
tersebut mendapati beliau ingin mengadakan Progra m Seiring Sejalan Murid
Tahun 6 dalam waktu terdekat ini. Jadi kami telah mengambil kesempatan
tersebut untuk menjalinkan kerjasama dengan unit bimbingan dan kaunseling
bagi merealisasikan Program Seiring Sejalan Murid Tahun 6 ini.4) Selepas itu, proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula
supaya ia dapat dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan
kadar segera. Setelah kertas cadangan disemak oleh mentor, Cik Shubashini,
kertas cadangan terus dihantar sebelum diluluskan oleh Guru Besar iaitu Tuan
Haji Mohamed Noor b. Ibrahim.
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
16/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
5) Kemudian, saya bersama rakan guru pelatih, Syazana telah mengadakan satu
perbincangan dengan Puan Faizah iaitu penyelaras program untuk membuat
perbincangan mengenai tentatif program dan penceramah. Dalam perbincangan
ini juga, Puan Faizah telah menyatakan bahawa program ini akan dijalankan
selama 2 hari. Hari pertama bagi murid-murid tahun 6 Arif, 6 Bijak, 6 Cerdik dan
6 Gemilang. Manakala hari kedua bagi murid-murid tahun 6 Pintar, 6 Mahir dan 6
Visi. Penceramah jemputan pula ialah Tuan Haji Mohd. Noor b. Esnin, guru
bimbingan dan kaunseling SMK Bandar Putra dan Encik Abdullah b. Yusoff,
Pegawai PPD Perhubungan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.
6) Pada 17 Julai 2013, kami telah mengadakan perbincangan sekali lagi bersama
Puan Faizah bagi membincangkan mengenai pembahagian tugas. Kami telah
diberi tugas untuk menjadi pengerusi majlis dan membuat brosur untuk
diedarkan kepada ibu bapa.7) Kemudian, pada 18 Julai 2013, kami telah menyiapkan brosur untuk
dihantar terlebih dahulu kepada Pembantu Am Sekolah, Encik Mohd. Karim b.
Abu Bakar bagi tujuan cetakan. Brosur tersebut akan diperbanyakkan dan
diedarkan kepada semua ibu bapa pada hari program tersebut berlangsung.
8) Pada 18 Julai 2013 juga, kami telah berjumpa dengan Puan Rasidah bt. Abu
Talib, pengacara majlis sekolah. Perjumpaan tersebut bertujuan untuk meminta
pertolongan beliau untuk menyemak teks pengacara majlis yang telah dibuat.
9) Pada pagi 19 Julai 2013 di mana pada hari program berlangsung, kami telah
membuat persiapan tempat dengan menyusun kerusi untuk kegunaan para ibu
bapa dan murid-murid. Kami juga menaikkan sepanduk Tahun 6 dengan bantuan
guru-guru lelaki.
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
17/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
REFLEKSI :
1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
Kekuatan yang pertama adalah program ini dapat memberikan input-input
mengenai kemahiran keibubapaan dengan lebih berkesan kepada ibu bapa
murid-murid Tahun 6 terutama di saat-saat akhir menghadapi peperiksaan.
Kemahiran ini meliputi kemahiran sebelum peperiksaan dan semasa
peperiksaan. Disamping itu, program ini juga memberi kesedaran kepada para
ibu bapa mengenai kepentingan peranan ibu bapa dalam membantu
meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Ibu bapa harus mempunyai
kesedaran bahawa tanggungjawab mendidik bukan hanya terletak di bahu
seorang guru sahaja sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama-sama
antara ibu bapa dan pihak sekolah. Guru hanya menjadi pemudah caramanakala penentu utama kejayaan anak-anak ialah ibu bapa.
Kekuatan yang kedua adalah pemilihan penceramah yang menarik.
Kedua-dua penceramah yang dipilih mempunyai gaya penyampaian yang
menarik. Kedua-dua penceramah menyelitkan unsur-unsur hiburan dalam
menyampaikan ceramah. Bahan bantu yang digunakan iaitu video juga menarik
minat ibu bapa untuk terus menumpukan perhatian kepada ceramah yang
diberikan. Penceramah juga menggunakan pendekatan dengan melibatkan ibubapa dan murid-murid dalam sesi ceramah beliau. Keadaan ini menyebabkan
para ibu bapa memahani dengan lebih jelas ceramah yang disampaikan.
Kekuatan yang ketiga adalah program ini dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan melalui pengalaman yang sebenar. Semasa menguruskan program
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
18/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
ini, saya dapat mempelajari banyak perkara yang berkaitan dengan pengurusan
sesebuah program sekolah yang meliputi kertas kerja, surat jemputan ibu bapa,
surat jemputan penceramah, sepanduk dan lain-lain. Selain itu, program ini
memberikan pengalaman berharga yang mungkin tidak akan dapat saya
lupakan. Ini adalah kerana program ini merupakan pengalaman pertama saya
menjadi pengerusi majlis. Ilmu berkaitan pengacaraan yang diberikan oleh
pengacara majlis sekolah, Puan Rasidah boleh dijadikan panduan yang berguna
apabila saya menjadi guru sebenar kelak.
2) KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
Kelemahan pertama program ini ialah masalah teknikal yang dihadapi
semasa ceramah. Masalah tersebut telah berlaku semasa permulaan ceramah
pada hari yang kedua di mana komputer riba penceramah tidak dapat
dihubungkan dengan projektor sekolah. Keadaan ini telah menyebabkan
penceramah terpaksa memberhentikan ceramah buat seketika untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung telah
mengganggu kelancaran majlis sehingga majlis telah tamat melebihi waktu yang
telah ditetapkan.
Kelemahan yang kedua ialah dari aspek pengurusan masa di manaprogram ini tidak dapat dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Antara
masalah-masalah yang dihadapi sehingga mengganggu kelancaran program
ialah masalah audio dan penceramah tiba lewat daripada waktu yang ditetapkan.
Jadi keadaan ini telah menyebabkan program tamat lewat 30 minit daripada
waktu yang dijangkakan.
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
19/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat :
Cadangan yang pertama adalah AJK teknikal sepatutnya membuat
persiapan awal dengan mencuba terlebih dahulu menyambungkan komputer
riba penceramah dengan projektor yang telah disediakan sebelum program
bermula. Keadaan ini dapat memastikan supaya projektor tersebut dapat
berfungsi dengan baik apabila disambungkan dengan komputer riba
penceramah. Jika projektor tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik, maka
masalah tersebut boleh diselesaikan dengan menggunakan komputer riba yang
telah disediakan. Jadi keadaan ini dapat melancarkan perjalanan program.
Cadangan yang kedua adalah program hendaklah dimulakan mengikutwaktu yang telah ditetapkan. AJK Pengelola sepatutnya memulakan majlis
terlebih dahulu tanpa perlu menunggu kehadiran penceramah. Selain itu, masa
yang diperuntukkan kepada penceramah perlulah lebih lama kerana terdapat
pelbagai perkara yang ingin disampaikan. Masa yang diperuntukkan terlalu
sedikit sehingga penceramah terpaksa mempercepatkan ceramah dan terdapat
beberapa perkara yang tidak dapat diterangkan secara lebih mendalam.
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
20/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana telah berjaya
melaksanakan program yang dirancang walaupun terdapat beberapa kelemahan
yang telah dikenalpasti. Melalui program ini diharapkan para ibu bapa mendapat
input-input yang berguna supaya dapat membantu kecemerlangan akademik
anak masing-masing. Selain itu saya saya berharap agar ilmu dan pengalaman
baru yang diterima semasa mengendalikan program ini dapat dijadikan panduan
apabila saya menjadi guru kelak. Akhir sekali, saya berharap agar program
seumpama ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Sesungguhnya apa
yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk itu datang dari
kelemahan diri kami sendiri
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
21/35
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
22/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
Pengacara majlis semasa program
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
23/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
Aksi-aksi menarik semasa program
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
24/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
Guru pelatih bergambar kenang-kenangan bersama penceramah
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
25/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : NORHIDAYU BT. ABD. RAZAK
PROGRAM : PISMP PENDIDIKAN JASMANI
(AMBILAN JANUARI 2010)
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA
NAMA PROJEK : KECERIAAN DAN KEMAS KINI STOR SUKAN
TEMPOH PELAKSANAAN : 18 JULAI 2013 23 JULAI 2013
OBJEKTIF :
Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk :
1) Meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan.
2) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam bidang keceriaan sebagai
sumbangan kepada sekolah.
3) Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan profesionalisme guru.
4) Menambahkan maklumat-maklumat berkaitan penjagaan alatan dan cara
penggunaan alatan di stor.
5) Mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi siswa guru dengan warga
sekolah.
6) Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik.
7) Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di stor sukan.
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
26/35
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
27/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
Shubashini, selaku mentor dan merangkap juga Ketua Panitia Pendidikan
Jasmani SK Bandar Putra, kertas cadangan tersebut terus dihantar sebelum
diluluskan oleh Guru Besar iaitu Tuan Haji Mohamed Noor b. Ibrahim.
7. Kemudian, saya bersama rakan guru pelatih, Syazana telah mengadakan
perbincangan mengenai aspek keceriaan yang boleh dilakukan ke atas stor
sukan tersebut. Hasil daripada perbincangan tersebut, kami berdua telah
bersetuju untuk mengecat semula kayu-kayu rak dan membuat label baru bagi
setiap alatan sukan. Selepas perbincangan tersebut, kami berdua telah berjumpa
dengan Cik Shubashini bagi mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada
beliau. Setelah kami memberi penerangan, beliau telah bersetuju dengan idea
yang kami kemukakan.
8. Pada 16 Julai 2013, kami telah memulakan tugas-tugas dengan mengecat pintu
stor sukan. Warna yang telah digunakan ialah warna hijau muda. Selain itu, kamitelah membuat label di pintu tersebut dengan menulis perkataan STOR
SUKAN.
9. Pada 17 Julai 2013, kami telah membuat label bagi setiap alatan sukan bagi
menggantikan label yang lama. Label ini bertujuan supaya memudahkan murid
dan guru untuk mengambil alatan sukan semasa kelas Pendidikan Jasmani.
Label tersebut telah di laminate supaya tahan lebih lama.
10. Seterusnya pada 18 Julai 2013, kami telah memulakan proses mengecat rak
alatan sukan. Sebelum proses mengecat, kami telah mengeluarkan kesemua
alatan sukan di dalam stor tersebut bagi memudahkan proses mengecat. Proses
mengecat rak ini memakan masa selama 3 hari untuk disiapkan.
11. Pada 23 Julai 2013, kami telah melekatkan label-label alatan sukan pada setiap
rak. Selepas itu, proses meletakkan semula alatan sukan mengikut label telah
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
28/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
dilakukan. Kami juga telah mengasingkan alatan-alatan sukan yang rosak bagi
tujuan hapus kira.
REFLEKSI :
1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
Kekuatan yang pertama adalah projek ini dapat memberi keselesaan dan
kemudahan kepada semua guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Ini
adalah kerana sebelum ini, stor sukan ini berada dalam keadaan yang
berselerak dan alatan tidak disusun mengikut label yang telah dibuat. Selain itu,
banyak juga alatan yang telah rosak tetapi masih diletakkan di atas rak. Jadi
semasa menjalankan projek ini, kesemua masalah tersebut telah diatasi dan
kesemua alatan telah disusun dengan baik dan kemas. Keadaan ini dapat
memudahkan guru Pendidikan Jasmani semasa ingin mengambil alatan untuk
digunakan.
Kekuatan yang kedua adalah berkaitan dengan rak alatan sukan. Rak
alatan sukan yang dicat akan lebih cantik dan tahan lebih lama. Sebelum ini, rak
tersebut tidak dicat dan keadaan ini telah membuatkan rak tersebut seolah-olah
nampak seperti rak yang lama. Namun begitu, selepas dicat rak tersebutkelihatan seperti rak yang baru dibeli. Selain itu, label yang baru bagi setiap
alatan telah dibuat. Label-label ini akan memudahkan semua guru untuk
mengambil dan menyimpan alatan disamping alatan tersebut dapat diletakkan di
tempat yang betul.
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
29/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
Kekuatan yang ketiga adalah projek ini dapat mewujudkan suasana yang
kondusif di dalam stor sukan. Suasana kondusif dapat diwujudkan di dalam stor
ini setelah kesemua peralatan telah disusun dengan kemas. Apabila suasana
stor sukan menjadi kondusif maka pengaliran udara akan menjadi lebih lancar.
Jadi keadaan ini akan membuatkan semua warga sekolah berasa selesa untuk
masuk ke dalam stor sukan.
2) KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
Kelemahan pertama projek ini adalah berkaitan dengan cat yang
digunakan untuk mengecat rak alatan sukan. Cat yang digunakan adalah cat
jenis minyak. Cat jenis ini amat susah untuk dikendalikan. Ini adalah kerana cat
ini harus dibersihkan menggunakan thinner berbanding cat biasa yang hanyamenggunakan air. Berus yang digunakan untuk cat ini juga harus dibuang
selepas selesai sesi mengecat kerana berus ini tidak boleh disimpan atau
digunakan lagi selepas ini.
Kelemahan yang kedua adalah berkaitan dengan kekurangan tenaga
kerja untuk melakukan tugas mengangkat alatan yang berat. Rak alatan dan
barang-barang yang berat sukar dialihkan kerana tenaga kerja yang ada tidak
mencukupi iaitu hanya melibatkan 2 orang perempuan sahaja. Jadi masalah ini
telah melambatkan perancangan projek.
Kelemahan yang ketiga adalah berkaitan dengan masa. Mengikut
perancangan projek, masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan projek ini
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
30/35
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
31/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya menyiapkan
projek kemas kini stor sukan ini walaupun menghadapi beberapa masalah.
Namun atas semangat iltizam yang tinggi, projek ini telah berjaya disiapkan.
Melalui projek ini, diharapkan semua warga sekolah termasuk guru dan murid
berasa selesa semasa menggunakan stor sukan ini. Akhir sekali, saya berharap
semua guru dan warga sekolah berpuas hati dengan hasil kerja saya dan rakan
guru pelatih.
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
32/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
GALERI FOTO
Keadaan stor sukan sebelum dikemas
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
33/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
Stor yang berselerak sebelum dikemas
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
34/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
Aktiviti mengecat rak alatan sukan
8/14/2019 PROJEK INTERNSHIP (Repaired).docx
35/35
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.
Keadaan di stor selepas di kemas kini