Top Banner

of 47

program tranformasi ekonomi

Jun 03, 2018

Download

Documents

Mohd Sofian
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    1/47

    Tajuk: Program Transformasi Ekonomi(PTE)

    dilancarkan bagi merancakkan bagi

    pembangunan ekonomi negara.Huraikan

    teras-teras Bidang Ekonomi Utama Negara

    (NKEA) yang menyumbang kepada

    pertumbuhan ekonomi negara.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    2/47

    Apakah itu Program

    Transformasi Ekonomi(PTE)?

    Untuk melonjakkan ekonomi negara dan mengeluarkan negaradaripada kepompong negara berpendapatan sederhana, dasarekonomi negara perlu diubah.

    Perubahan ini cukup penting. Ketika banyak negara yang dulunyaberada sebaris dengan Malaysia sudah jauh melangkah ke hadapan,ekonomi negara masih kekal di tahap lama. Jika sesuatu tidakdilakukan, kesannya amat besar kepada negara dan rakyat, tempohmasa untuk kita mencapai matlamat Wawasan 2020 semakin hampir.

    Antara inisiatif yang diambil oleh kerajaan adalah memperkenalkanModel Ekonomi Baru (MBE) di mana ia diyakini mampu menjadipemangkin dalam membentuk hala tuju ekonomi negara. Antarainisiatif yang dirangka dalam MEB termasuklah Program TransformasiEkonomi (ETP) dan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    3/47

    Walaupun banyak pihak masih ragu-ragu dengan usaha kerajaanmemperkenalkan MEB dan ETP, rakyat perlu faham bahawatransformasi ekonomi adalah perlu dan tidak boleh dielakkanmemandangkan kos hidup dan perniagaan sedang meningkat.

    Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akan menikmatikualiti hidup yang lebih baik, peluang kerja yang banyak malahmajoriti daripada kita akan beroleh pekerjaan yang menawarkan gajisederhana dan tinggi.

    Kedudukan ekonomi yang kukuh juga akan membolehkan rakyatmenikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik danberkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih serta mempunyaipilihan luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi.

    Selain itu, ETP juga bakal menyediakan tapak asas yang kukuhbagi negara untuk menikmati pembangunan mampan agar generasi

    akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti.

    Sementara untuk dunia perniagaan pula, ETP akan menyediakanpeluang-peluang yang lebih mantap, persekitaran yang lebihkondusif serta pasaran pengguna tempatan dengan kuasa membeliyang lebih tinggi.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    4/47

    Manfaatnya

    Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akanmenikmati kualiti hidup yang lebih baik, peluang kerja yangbanyak malah majoriti daripada kita akan beroleh pekerjaanyang menawarkan gaji sederhana dan tinggi.

    Kedudukan ekonomi yang kukuh juga akan membolehkan

    rakyat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebihbaik dan berkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih sertamempunyai pilihan luas kepada produk dan perkhidmatanberkualiti tinggi.

    Selain itu, ETP juga bakal menyediakan tapak asas yang kukuh

    bagi negara untuk menikmati pembangunan mampan agargenerasi akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti.

    Sementara untuk dunia perniagaan pula, ETP akanmenyediakan peluang-peluang yang lebih mantap, persekitaranyang lebih kondusif serta pasaran pengguna tempatan dengan

    kuasa membeli yang lebih tinggi.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    5/47

    BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA

    (NKEA)

    Pengenalan

    NKEA ditakrifkan sebagai pemacu kegiatan ekonomi yangberpotensi memberi sumbangan secara langsung yang pentingkepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan nilai yang

    boleh diukur melalui indikator pendapatan negara kasar (PNK)dan peluang pekerjaan yang diwujudkan serta menarik bakatterbaik. Pendekatan pembangunan ekonomi NKEA jugaberbeza di mana pertumbuhan ekonomi akan diterajui sektorswasta dan disokong oleh pihak Kerajaan yang bertindaksebagai pemudah cara dan fasilitator.

    Dua belas NKEA menjadi teras ETP, dan salah satunya adalahNKEA Pertanian. Sektor pertanian memainkan peranan pentingdalam pembangunan ekonomi Malaysiamewujudkan peluangpekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandarserta menjamin keselamatan makanan negara. Selepasmengecualikan tanaman perindustrian seperti minyak sawit dan

    getah, sektor pertanian menyumbang RM20 bilion atau 4peratus daripada PNK Malaysia pada 2009.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    6/47

    Bidang Ekonomi Utama Negara

    (NKEA)

    Terdapat 12 bidang

    1. Minyak Gas &Tenaga

    2. Minyak Sawit

    3. Perkhidmatan Kewangan4. Pemborong&Peruncitan

    5. Pelancongan

    6. Perkhidmatan &Perniagaan

    7. Elektrikal &Elektronik

    8. Kandungan Komunikasi &Infrastruktur9. Penjagaan Kesihatan

    10. Pendidikan

    11. Pertanian

    12. Greater Kuala Lumpur / Klang Valley

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    7/47

    NKEA Pertanian

    NKEA Pertanian memberi tumpuan kepada sub-sektor yangmempunyai potensi pertumbuhan tinggi, iaitu akuakultur,pertanian rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan diproses premium. Iniakan membolehkan Malaysia menembusi pasaran global bernilaitinggi yang sedang membangun dengan pesat. Subsektor seperti

    padi dan ternakan haiwan turut dipilih kerana kepentingan merekasebagai sumber utama keterjaminan makanan negara.

    Matlamat NKEA Pertanian adalah untuk memberi sumbangankepada peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) berjumlahRM21.44 billion menjelang tahun 2020. Selain daripada itu,

    74,000 tambahan peluang pekerjaan juga diharap dapat dicapaidalam tempoh tersebut.

    Untuk mencapai objektif, sebanyak 16 Projek Permulaan (EPP)dan 11 peluang perniagaan telah dikenal pasti untukmemangkinkan penubuhan perniagaan yang dipacu olehpermintaan pasaran, berskala industri dan mempunyai ciri-ciripertanian bersepadu.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    8/47

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    9/47

    EPP 1 : Produk Herba Bernilai

    Tinggi

    Fokus diberikan di dalam memperkasakan kualiti produk danusaha pemasaran untuk menembusi pasaran eksport globaldalam produk nutraseutikal dan perubatan botanikal.

    Maklumat Projek :

    Pembangunan produk nutraseutikal dan ubat botanikberasaskan 5 herba dikenalpasti - Tongkat Ali, Kacip Fatimah,Misai Kucing, Hempedu Bumi, Dukung Anak

    Penubuhan Taman Penanaman Herba untuk penanamanbahan mentah secara komersial oleh ECERDC di Pasir Raja,

    Chegar Perah & Durian Mentangau. Lima (5) R&D Clusters of Excellence ditubuhkan untukmenyelaraskan R&D bagi setiap institusi dan universitipenyelidikan dalam kluster: Penemuan, Penanaman &Agronomi, Toksikologi/Pre-clinical, Pembuatan Produk &Teknologi Pemprosesan

    Penubuhan Majlis Pembangunan Herba

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    10/47

    : enge uaran arangBurung Walit

    Untuk membina status Malaysia sebagai pembekal yang

    diiktiraf dan menyelesaikan cabaran besar dalam industri,kerajaan menyasarkan untuk menguasai 40 peratus daripadapasaran global menjelang tahun 2020 melalui penambahanpengeluaran daripada 290 metrik tan kepada 870 metrik tandan peningkatan pemprosesan domestik dalam produkhiliran.

    Maklumat Projek :

    Menambah pengeluaran produk huluan dengan membina2,000 premis baru setiap tahun dan 6 Pusat Pengumpulan

    Menambahbaik pemantauan dan pelaksanaan skim GoodAnimal Husbandry Practice(GAHP), dan Good ManufacturingPractice(GMP) untuk premis burung walit dan kilangpemproses dengan memperkenalkan sistem pengesanan

    Menambah pembuatan produk hiliran dan pembersihansarang burung walit di dalam negara dengan menjalankan

    aktiviti penyelidikan untuk pemprosesan dan pembangunanproduk.

    EPP 3 Mi i E t t U t k R i

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    11/47

    EPP 3 : Mini Estet Untuk Rumpai

    Laut

    Kerajaan menyasar untuk mentransformasikan perusahaanrumpai laut kepada industri yang berhasil tinggi dan berskalakomersial dengan memanfaatkan pencapaian dari segi R&D daninfrastruktur hiliran yang kukuh. Inisiatif ladang mini untuk rumpailaut bertujuan untuk mempertingkatkan hasil daripada 1.5 metriktan kepada 5 metrik tan rumpai laut kering sehektar setiap tahun

    dengan keluasan kawasan pertanian sebanyak 28,000 hektar.Enam jenis rumpai laut akan diusahakan berdasarkan hasilcarrageenan mereka dan kadar pertumbuhan.Maklumat Projek :

    Menambah hasil dan jumlah pengeluaran rumpai laut ke 150,000MT pada tahun 2020 dengan penubuhan ladang kluster

    Penggunaaan kaedah pengeluaran baik secara konsep miniestet berasaskan teknologi dan penanaman intensif di darat .

    R&D&C hiliran untuk menguatkan kemampuan memprosesrumpai laut kering kepada produk bernilai tinggi (carrageenan)dan juga menyelidik kegunaan lain untuk rumpai laut.

    EPP 4 P t k Ik D l

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    12/47

    EPP 4 : Penternakan Ikan Dalam

    Sangkar

    Menggalakkan penternakan sangkar berskala besar dan diterajui olehsyarikat penaung yang tertumpu kepada tiga spesies yang mempunyainilai eksport tinggi, iaitu kerapu, siakap dan tilapia. Penternakanbersepadu akan menggunakan teknologi sangkar terkini dalam bentukbesi yang disadur dan sangkar diperbuat daripada bahan polietilenaberkepadatan tinggi. Rebet pembangunan untuk infrastruktur asas akan

    disediakan untuk syarikat besar bagi mempercepatkan pelaksanaanprojek.Maklumat Projek :

    Tumpuan untuk pengeluaran ikan bagi spesis bernilai tinggi (siakap,kerapu, tilapia) untuk menghasilkan 28% dari jumlah pengeluaran padatahun 2020.

    Inisiatif pemangkin huluan: penubuhan pusat benih ikan berkualiti untukmengurangkan penggantungan kepada benih ikan import.

    Pendekatan mekanisme syarikat anchor akan digunakan untukmemastikan pengeluaran dijalankan dalam skala besar dan di integrasidari peringkat pembenihan sehingga pemprosesan.

    Lokasi ZIA (cth. Tasik Kenyir, Tasik Bakun, Tasik Temenggor) telahdikenal pasti untuk pelaksanaan.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    13/47

    EPP 5 : Integrasi Lembu Di

    Ladang Kelapa Sawit

    Syarikat penternakan lembu akan mengadakankontrak denganpengurusan ladang kelapa sawitkhususnya Syarikat BerkaitanKerajaan, untukmenyewa tanah mereka. Tumpuan adalah kepadaragutan rumput bergilir-gilir yang tersusun bagimemastikankeuntungan dan kemampanan. Kamimenyasar untuk meningkatkan

    jumlah lembudi ladang kelapa sawit sebanyak 300,000 ekormenjelang 2020.

    Maklumat Projek :

    Integrasi sebanyak 300,000 lembu di ladang kelapa sawit berskala

    besar, pada anggaran 3-4 hektar untuk satu lembu. Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Program Integrasi Lembu

    untuk memantau pelaksanaan projek.

    Penekanan kepada pemakanan rumput bergilir yang sistematik, patuhkepada GAHP, dan program pembiakan lembu yang selari denganprogram pemilik estet.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    14/47

    EPP 6 : Replikasi i-ZAQ

    IZAQ merupakan model akuakultur yang berdasarkan konsep rangkaianberskala industri, zon akuakultur di darat yang disokong oleh syarikat-syarikat penaung yang kukuh. Setiap satu IZAQ mempunyaiinfrastruktur bersepadu yang terdiri dari tempat penetasan, kawasanpembesaran, kilang pemprosesan dan kilang memproses makananternakan yang terletak di atas kawasan seluas 1,000 hektar.Maklumat Projek :

    Penubuhan Taman Akuakultur bersaiz 1,000 ha untuk pengeluaranudang berkualiti tinggi untuk pasaran premium dan eksport.

    Setiap IZAQ akan dioperasi oleh sebuah syarikat anchor. SMEs danpengusaha kecil akan menyertai projek ini melalui skim ladang kontrak.

    Model IZAQ terkini sedang dilaksanakan di Setiu oleh Blue Archipelago

    Sdn Bhd. Sasaran untuk mewujudkan 10 IZAQ hingga tahun 2020. Konsep ini juga boleh digunapakai untuk jenis ikan yang lain cth.Lobster, siakap

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    15/47

    EPP 7 : Pasaran Premium Buah

    Dan Sayur Segar

    Kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran yang berkualiti lebih tinggi dan lebih baik, yang mengikut standard keselamatanpemakanan, dengan itu membolehkan akses kepada pasaran premium di Timur Tengahdan Eropah. Pelbagai buah-buahan tropika premium seperti betik eksotika, nenas MD2,tembikai susu KR1, belimbing B10, nangka J32, pisang Cavendish dan tiga jenis sayur-sayuran tanah tinggi, iaitu tomato, kapsikum dan daun salad akan menjadi hasilanpertanian teras.

    Maklumat Projek :

    Pengeluaran 5 jenis buah-buahan tropika bernilai tinggi: tembikai susu, belimbing, betik,pisang dan nenas; dan 3 jenis sayur-sayuran tanah tinggi bernilai tinggi: lettuce, tomatodan capsicum.

    TKPM sedia ada akan digunapakai untuk pengeluaran tembikai susu, belimbing danbetik. TKPM dikenalpasti merangkumi Puncak Baring, Bukit Sapi, Sendayan, Lanchang,Inderapura, Kuala Lipis, dan lain-lain.

    Program intercropping untuk kelapa sawit dan pisang/nenas akan dilaksanakan olehFELDA.

    Program pemulihan, intensifikasi dan konsolidasi tanah untuk meningkatkanpengeluaran sayur-sayuran tanah tinggi di Cameron Highland dan Lojing I & II.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    16/47

    EPP 8 : Taman Pengeluaran

    Makanan Kerajaan akan membuat penyusunan semula dan penskalaan ke atas

    industri menerusi syarikat penaung domestik yang akan menubuhkanempat taman pemakanan bersepadu secara berperingkat. Sasaranadalah untuk menyiapkan kelompok pertama di penghujung tahun 2013,dua pada 2015 dan yang akhir pada 2018. Syarikat penaung akanbertanggungjawab untuk mendapatkan pensijilan produk (sepertipiawaian halal, keselamatan pemakanan, makanan organik dan semula

    jadi), pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran dan pengurusanpembekal. Syarikat-syarikat ini akan menubuhkan rangkaian pembekalbahan mentah, pembekal bahan-bahan dan pengilang produk akhirdalam taman pemakanan, sama ada menerusi penempatan semulaataupun pembangunan industri kesil dan sederhana (IKS) sedia ada.

    Maklumat Projek :

    Pembangunan Taman Pengeluaran Makanan berintegrasi berasaskanpendekatan model syarikat anchor untuk menyelaraskan SME danpengusaha kecil dengan tujuan pengeluaran berskala besar dalamsistem yang diakreditasi.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    17/47

    EPP 9 : Pengeluaran Beras

    Wangi Di Luar Kawasan Saliran Sejenis beras baharu (MRQ76) telah ditemui oleh MARDI, yang mempunyai 80

    peratus ciri-ciri serupa dengan beras wangi asing, dengan itu membolehkannyamengambil kesempatan pasaran beras mewah berbanding beras putih biasa.Tumpuan adalah kepada penanaman MRQ76 di kawasan tadah hujan,memanfaatkan ciri-ciri toleransi kemarau, yang akan membolehkan hasil meningkatdi kawasan tadah hujan. Kawasan tertentu akan dikenal pasti untuk menanam beras

    jenis ini, untuk memastikan tidak ada kontaminasi oleh jenis beras putih biasa,

    pengilang tertentu akan dilantik untuk mengelak kontaminasi dan mengekalkanidentiti jenama produk di pasaran pengguna. Identiti premium ini akan membolehkanpetani mendapatkan harga padi yang belum dikisar sebanyak 20 hingga 30 peratuslebih tinggi, dengan itu meningkatkan pendapatan mereka.Maklumat Projek :

    Penanaman beras wangi berskala komersial di luar kawasan saliran untukmeningkatkan purata hasil negara, menggantikan import beras wangi danmenembusi pasaran beras organik.

    Syarikat anchor dikenalpasti untuk pengeluaran beras Jasmine MRQ76, SimeDarby, akan meningkatkan pengeluaran dari ladang perintis di Gedung ke kawasanlain.

    Syarikat anchor dikenalpasti untuk pengeluaran beras Basmati MRQ74, InfocultureSdn Bhd, akan meluaskan pengeluaran dari ladang sawah di Langkawi keLanchang.

    MARDI akan membantu dari segi R&D untuk menghasilkan variety baru bagi beraswangi.

    EPP 10 P P di di

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    18/47

    EPP 10 : Penanaman Padi diMADA

    Kerajaan akan menggalakkan penanaman berskala komersial,memperbaiki kepadatan pengairan dan mempercepatkanpenggunaan teknologi baharu dengan matlamat untukmempertingkatkan hasil kepada 8 tan sehektar menjelang 2020.

    Maklumat Projek :

    Pembaikan pengurusan ladang dengan pengenalan skimpenggemeleengan tanah sebanyak 500 hektar untuk setiapladang dan pemberian insentif kepada petani tradisional untukmenyerah tanah.

    Mempercepatkan penggunaan teknologi dengan

    memperkenalkan varieti benih baru, teknologipengeluaran/pemprosesan, dan penggunaan mesin berskalabesar.

    Intensikasi penggunaan infrastruktur dengan meningkatkankepadatan saliran di kawasan berpotensi untuk meningkatkanhasil.

    MADA dan BERNAS akan bekerjasama untuk menubuhkan SPVbagi pelaksanaan inisiatif di MADA.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    19/47

    EPP 11 : Penanaman Padi Di

    Kawasan Jelapang

    Model yang akan diguna pakai di kawasan Muda, terutamanyaperuntukan insentif untuk menggalakkan penyumberluaran bagipengurusan tanah dan penubuhan perbadanan beras bersepadu,akan diaplikasi di jelapang KADA dan kawasan seperti Batang Lupardi Sarawak dan Kota Belud di Sabah. Di jelapang yang dikendalikanoleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), fokussemasa fasa awal adalah untuk memberi insentif bagimenggalakkan penyumberluaran bagi pengurusan tanah.Maklumat Projek :

    Model yang dilaksanakan di MADA akan dilaksanakan di KADA.

    Membangunkan 4,300 hektar di Batang Lupar dan 5,000 ha di Kota

    Belud dengan tumpuan di kawasan bertanah berpotensi tinggi danmemasukkan sistem pengurusan pengairan hingga aras tersier. danprogram mitigasi banjir

    Menubuhkan entiti yang dimiliki oleh koperasi peladang dankerajaan yang akan mengurus aktiviti penanaman padi dari huluanke hiliran.

    Membangunkan program R&D untuk varieti padi di Sarawak bagipeningkatan hasil, ketahanan kemarau & penyakit.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    20/47

    EPP 12 : Penambahan Ladang

    Fidlot Pengembangan kapasiti fidlot sebanyak 240,000 ekor di Malaysia

    melalui peningkatan dalam bilangan fidlot berskala kecil danpembangunan sebuah syarikat penaung untuk mengukuhkanhubungan antara ladang dan pengguna. Haiwan akan dibawa masukke negara ini dalam saiz yang optimum untuk memastikankebanyakan nilainya dicakupi di Malaysia berbanding hanyabertindak sebagai hab untuk haiwan yang sudah digemukkan.Maklumat Projek :

    Penubuhan 300 ladang satelit di bawah naungan syarikat anchoruntuk operasi ladang fidlot. Syarikat anchor yang telah dikenalpastiadalah National Feedlot Corporations.

    Syarikat anchor akan menguruskan operasi seluruh rantai nilai

    dengan memberi tumpuan kepada pemprosesan hiliran bersepadu. Operasi hiliran akan dimajukan dengan melaksanakan sistem

    pensijilan untuk rumah sembelih, penghantaran daging melaluirantaian sejuk, promosi pembezaan daging lembu dan daging kerbauserta formulasi produk berasaskan daging.

    Makanan ternakan dan pembiakan secara permanian beradas

    (artificial insemination)

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    21/47

    EPP 13 : Kluster Tenusu

    Pembangunan tiga kelompok ladang tenusu dengan 27,000ribu ekor lembu tenusu dan kemudahan pemprosesan hiliran,untuk meningkatkan kecukupan susu Malaysia daripada 2peratus kepada 5 peratus menjelang 2020. Memperkenalkankembali program susu sekolah untuk memperbaiki tanggapanpengguna terhadap industri tenusu tempatan sambil

    memastikan ada pembeli yang mantap.

    Maklumat Projek :

    Penubuhan kluster tenusu yang diketuai oleh syarikat anchoruntuk mengeluarkan susu dalam skala besar dan menguruskan

    operasi dari pengeluaran ke pemasaran. Menaiktaraf kemudahan pemprosesan susu sedia ada untuk

    memastikan kualiti susu dari ladang ke pasaran adalah terjaga.

    Syarikat anchor yang dikenalpasti adalah: Dutch Lady MilkIndustries, Evergreen Livestock, and Fonterra.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    22/47

    EPP 14 : Pembangunan Industri

    Benih Pada masa ini, tiada pusat penyelidikan pembenihan atau ternakan yang

    mantap untuk tanaman dan ternakan tropika. Oleh yang demikian,terdapat potensi untuk Malaysia menjadi negara pertama untukmenubuhkan pusat pembiakan serantau, yang dapat memanfaatkanpertumbuhan yang dijangka dalam sektor pertanian di Indonesia,Thailand dan Vietnam. Kerajaan akan menubuhkan Pusat untuk

    Penemuan dan Pengesahan Penanda (CDMV) bagi menerajuipenyelidikan biji benih dan stok pembiak baka. Dengan kerjasamasebuah pusat penyelidikan terkemuka dari Kanada, CMDV akan dibentukdan dibina untuk menyokong penyaringan bertruput tinggi untuk bahangenetik bagi mencari penanda molekular yang mempunyai ciri-ciri yangdikehendaki. Ini membolehkan penghasilan bahan penanaman atau stokpembiak baka yang diperakui mengandungi ciri-ciri yang diingini, lantas

    membolehkan Malaysia menjual produk ini untuk meningkatkan danmemperoleh nilai yang lebih tinggi.Maklumat Projek :

    Pengenalan teknologi Marker-Assisted Selection untuk menghasilkanbaka yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan cth. hasil tinggi, tahanpenyakit

    Penubuhan Majlis Benih Negara (Jawatankuasa Benih Negara sebagaistruktur interim) untuk memantau pembangunan industri benih diMala sia untuk men uran kan en antun an ke ada baka im ort.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    23/47

    EPP 15 : Penyertaan Syarikat

    Multi-Nasional

    Kerajaan berusaha menarik pelabur yang berpotensi dalambioteknologi pertanian, memanfaatkan insentif bio-neksus sediaada dan memfokuskan pada bidang seperti nutrisi tanamandan/atau penggalak bio-hasil, bio-racun perosak dan perisaserta pewangi. Pelaburan boleh dijalankan sama ada melalui

    penggabungan dan pemerolehan, usaha sama ataumenubuhkan syarikat yang baharu

    Maklumat Projek :

    Menarik pelaburan asing dalam bidang Biotekologi Pertanian keMalaysia untuk menyumbang kepada pelbagai sektor yangakan menyumbang kepada industri dan membangunkansumber manusia yang berkemahiran tinggi

    Biotechcorp akan menjadi agensi pelaksana dan menyediakanpakej yang sesuai untuk membawa masuk pelaburan asing ke

    dalam negara

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    24/47

    EPP 16 : Pengambilalihan

    Syarikat Luar Negara/JV

    Memperoleh empat operasi lembu luar negara bagimemastikan bekalan tetap untuk pembiak lembu, haiwantenusu dan lembu untuk fidlot tempatan. Pelaburan juga akanmenjana keuntungan untuk Malaysia, memandangkan ladang

    luar negara boleh mengeksport ke pasaran global.

    Maklumat Projek :

    Memastikan sumber ternakan yang konsisten dan berpatutanuntuk pembiakan, program fidlot dan tenusu untuk 10 tahun

    akan datang. Skop projek telah diperluaskan untuk mengambil kira sektor

    pertanian lain yang berpotensi cth perniagaan ayam di luarnegara untuk membawa masuk keuntungan ke dalam negara

    Syarikat yang telah dikenalpasti termasuk SEDC Sarawak,

    Intan Farm, Felda Global Venture Holding dan NFC

    NKEA Pemborongan dan

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    25/47

    NKEA Pemborongan danperuncitan

    13 EPP tersebut ialah:

    EPP 1: Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) EPP 2: Pasar Komuniti dan Pasar Karavan (PAKAR)

    EPP 3: Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM)

    EPP 4 : Makan Bazaar

    EPP 5 : Pembangunan Kedai Format Besar EPP 6: Gedung 1Malaysia

    EPP 7: Gedung Maya

    EPP 8 : Pengambilalihan Jenama Asing

    EPP 9: Resort Sejahtera

    EPP 10: Bebas Cukai Malaysia EPP 11: Jualan Bersepadu 1Malaysia

    EPP 12: Big Box Boulevards (BBB)

    EPP 13 : Hub Runcit KLIA

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    26/47

    NKEA PENDIDIKAN

    Kerajaan sedang berusaha mempertingkatkan standard kualitidan mencipta penjenamaan Malaysia sebagai sebuah pusat

    pendidikan tinggi antarabangsa.

    Kerajaan menumpukan kpd peranan institusi swasta dlm

    menerajui inovasi dan memacu pembangunan dlm industri

    pendidikan tinggi. Kerajaan mengaggap sektor pendidikan swasta sebagai

    pemangkin untuk mentransformasi industri pendidikan.

    Pelaksanaan aspirasi NKEA pendidikan memerlukan lima

    peralihan penting,khususnya:

    a) Struktur industrib) Pengantarabangsaan pelajar

    c) Kaedah baru dlm cara bekerja

    d) Transformasi pengawalaseliaan

    e) Peralihan pembiayaan

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    27/47

    13EPP terbahagi kpd tiga tema

    Tema 1:Inisiatif penskalaan ke atas dengancepat

    -tujuan : untuk membangunkan rangkaian sekolah swastaberkualiti tinggi atau meningkatkan penglibatan sektorswasta dlm pasaran yg tidak bersepadu dan belummatang.

    Tema 2:Inisiatif penumpuan danpengkhususan

    Tema 3:Inisiatif menjana permintaantujuan : meningkatkan rasa kesanggupan individu untuk

    membayar bagi kursus berkualiti tinggi yg ditawarkandan untuk mengeksport pendidikan dgn membangunkanMalaysia sebagai pusat pendidikan serantau.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    28/47

    Tema 1:

    EPP1 : Penskalaan ke atas pusat penjagaan awal

    kanak- kanak dan pusat pendidikan awal

    EPP2 : Penambahbaikan penjagaan awal kanak2 dan

    latihan pendidikan

    EPP3 : Penskalaan ke atas sekolah antarabangsa

    EPP4 : Mengembangkan latihan guru swastaEPP5 : Pengskalaan ke atas penyediaan latihan

    kemahiran swasta

    EPP6 : Mengembangkan pengajian jarak jauh

    antarabangsa

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    29/47

    Tema 2 :

    EPP7 : Membangunkan kelompok disiplin pendidikan

    kewangan dan perniagaan Islam

    EPP8 : Membangunkan kelompok disiplin pendidikan

    sains kesihatan

    EPP9 : Membangunkan kelompok disiplin kejuruteraan

    lanjutan, sains dan inovasiEPP10: Membangunkan kelompok disiplin hospitaliti

    dan pelancongan

    EPP11: Melancarkan EduCity@Iskandar

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    30/47

    Tema 3 :

    EPP12 : Menyokong penjenamaan Malaysia sebagai

    sebuah pusat pendidikan antarabangsa

    EPP13 : Memperkenalkan kerjasama awam swasta

    dlm pendidikan asas

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    31/47

    NKEA Pelancongan

    Definisi:

    ~ Pelancongan merujuk kpd pelancongan libur dan

    pelancongan perniagaan dan ia merangkumi

    subsektor yg berikut:

    1. Penginapan

    2. Membeli-belah

    3. Produk pelancongan

    4. Makanan dan minuman5. Pengangkutan dlm negeri dan pengangkutan domestik

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    32/47

    12 EPP terbahagi kpd lima tema:

    Tema 1: Barangan mewah mampu milik

    Tema2 : Kembara Alam Semula Jadi

    Tema3 : Keseronokan Seisi Keluarga

    Tema4 : Acara,Hiburan,Spa dan Sukan

    Tema5 : Pelancongan Perniagaan

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    33/47

    Tema 1:

    EPP1 : Menempatkan Malaysia sebagai destinasi membeli

    belah bebas cukai bagi barangan pelancongan

    EPP2 : Menjadikan kawasan Kuala Lumpur City

    Centre(KLCC)-Bukit Bintang sebagai Presint Membeli

    belah yg meriah

    EPP3 : Membuka tiga ruang perniagaan prenium baharu

    di Malaysia

    Tema 2 :

    EPP4 : Memartabatkan msia sebagai hab biodiversitiglobal

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    34/47

    Tema3:

    EPP5 : Membangunkan resort bersepadu eko-semula jadi

    di Sabah

    EPP6 : Mewujudkan Straits Riviera

    Tema4 :

    EPP7: Menyasarkan lebih banyak acara antarabangsaEPP8 : Mewujudkan zon hiburan khas

    EPP9 : (a)Membangunkan kepakaran tempatan dan

    mengawal selia industri spa dgn lebih baik

    (b)Meluaskan tawaran pelancongan sukan di msiatanpa hanya terbatas pada penganjuran acara

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    35/47

    Tema5 :

    EPP10 : Memartabatkan msia sebagai destinasi

    Pelancongan perniagaan yg terutama projek merentas

    tema

    EPP11 : Meningkatkan kesalinghubungan dgn pasaran

    jarak sederhana yg penting

    EPP12 : Menambah baik kadar , jenis dan kualiti hotel

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    36/47

    21 projek baru di bawah tujuh Bidang

    Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang

    dijangka mampu melonjakkan Pendapatan

    Negara Kasar (GNI) sebanyak RM4.59

    bilion menjelang 2020.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    37/47

    NKEA Pertanian, katanya, ia melibatkan

    pelaburan bernilai RM456.69 juta dan RM367.58

    juta GNI serta mewujudkan 2,539 peluangpekerjaan bagi menambah baik jaringan

    keselamatan makanan negara.

    NKEA Perkhidmatan Perniagaan pulamenyaksikan pelaburan sebanyak RM2.4 bilion

    dan RM1.41 bilion GNI di samping mewujudkan

    10,909 peluang pekerjaan dalam bidang

    pembuatan dan pembaikan kapal, kejuruteraan

    reka cipta, pusat maklumat serta pusat

    perkhidmatan global.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    38/47

    NKEA Pemborongan dan Peruncitan pula

    melibatkan pelaburan berjumlah RM466.8

    juta yang menyumbang kepada RM1.1bilion nilai GNI dan mencipta 16,363

    peluang pekerjaan.

    NKEA Penjagaan Kesihatan menyaksikanpelaburan RM107.14 juta dengan

    RM238.06 juta GNI dan menyediakan

    3,735 peluang pekerjaan dalam tempohlapan tahun akan datang.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    39/47

    NKEA Pendidikan, kata Perdana Menteri,

    ia melibatkan pelaburan RM535.58 juta

    dan menyumbang RM146.39 juta dalamGNI serta mewujudkan 660 peluang

    pekerjaan dalam tempoh itu.

    NKEA Elektrikal dan Elektronik pula

    menyaksikan pelaburan RM4 bilion dan

    1,000 peluang pekerjaan dengan 400

    daripadanya merupakan pekerjaan

    berkemahiran tinggi.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    40/47

    NKEA Greater KL pula melibatkan

    pelaburan RM12.5 bilion termasuk

    pembinaan Bandar Antarabangsa Sepangdengan RM1.34 bilion GNI dan

    menyediakan 4,712 peluang pekerjaan.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    41/47

    NKEA MINYAK SAWIT

    PENGENALAN Bidang Ekonomi Utama NegaraMinyak Sawit atau lebih dikenali sebagai NKEAsawit adalah strategi jangka panjang kerajaanuntuk memancu ekonomi Malaysia ke arah

    negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    Industri Minyak Sawit adalah komoditi keluarantempatan telah dikenal pasti dan diyakini

    sebagai satu bidang ekonomi utama Negara(NKEA) yang perlu ditransformasikanmerangkumi keseluruhan rantaian nilai dariaktiviti perladangan sehingga kepada produksiap.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    42/47

    lapan projek permulaan (EPP) di mana lima (5)di peringkat huluan dan tiga (3) di peringkathiliran.

    EPP mensasar peningkatan sumbangan industrisawit kepada PNK sebanyak RM125.3 biliondaripada RM52.7 bilion (2009) kepada RM178

    bilion menjelang 2020.

    EPP telah disasar menjana RM47.1 bilionPendapatan Negara kasar. Ini membabitkan

    pelaksanaan lapan (8) EPP di mana lima (5) diperingkat huluan yang akan menjana PNKRM33.1 bilion manakala tiga di peringkat hiliranyang menjana PNK RM14 bilion.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    43/47

    EPP yang berorientasikan penyelesaian masalahsemasa mampu:

    a) Meningkatkan pendapatan pekebun kecilpersendirian kelapa sawit sebanyak 47 peratus ;

    b) Meningkatkan produktiviti tenaga buruh tempatan

    dengan penggunaan mekanisasi ladangseterusnya mengurangkan 15-20 peratuspenggantungan kepada buruh asing; dan

    c) Menguasai permintaan minyak sawit global yangsemakin meningkat.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    44/47

    Di peringkat huluan EPP digubal dengan matlamatpeningkatan produktiviti dan kemampanan sektorhuluan industri sawit seperti :

    EPP 1 - Mempercepatkan penanaman semulakelapa sawit

    EPP 2 - Mempertingkatkan hasil buah tandan sawit(BTS)

    EPP 3 - Mempertingkatkan produktiviti pekerja

    EPP 4 - Meningkatkan kadar perahan minyak sawit

    EPP 5 - Membangunkan bio-gas dikilang kelapasawit.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    45/47

    Di peringkat hiliran industri sawit, EPP digubal

    dengan bermatlamatkan perkembangan dan

    kemampanan sektor hiliran sawit seperti :

    EPP 6 - Membangunkan derivative oleo

    EPP 7 - Mengkomersialkan bio-bahan api generasi

    kedua

    EPP 8 - Mempercepatkan pertumbuhan sektor

    hiliran berasaskan makanan.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    46/47

    Secara keseluruhan Projek Transformasi Ekonomi

    Industri sawit mensasarkan peningkatan kepada PNK

    sebanyak RM125.3 bilion di mana lapan EPP akan

    menjana PNK sebanyak RM47.1 bilion, peluangperniagaan baru sebanyak RM74.6 bilion dan kesan

    penggandaan ekonomi (economic multiplier) sebanyak

    RM3.6 bilion. Di samping sasaran peningkatan dalam

    PNK, pelaksanaan projek permulaan akanmewujudkan sejumlah 122,400 peluang pekerjaan.

  • 8/12/2019 program tranformasi ekonomi

    47/47

    TAMAT