PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG) MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa Jan 2012 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG)
MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
BMM3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa Jan 2012
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM
Cetakan Jan 2012 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Nov 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan i
Falsafah Pendidikan Guru i
Kandungan ii
Kata Alu-aluan iii
Panduan Pelajar iv
Pengenalan v
Agihan Tajuk vi
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1. Pengertian dan Konsep
1.1 Sinopsis
1.2 Hasil Pembelajaran
1.3 Kerangka Konsep
1.4 Kandungan
Tajuk 2. Taksonomi dan Domain Krathwohl
2.1 Sinopsis
2.2 Hasil Pembelajaran
2.3 Kerangka Konsep
2.4 Kandungan
Tajuk 3. Jadual Spesifikasi Ujian 3.1 Sinopsis
3.2 Hasil Pembelajaran
3.3 Kerangka Konsep
3.4 Kandungan
1
8 14
KANDUNGAN MUKA SURAT
Tajuk 4. Pembinaan Ujian 4.1 Sinopsis
4.2 Hasil Pembelajaran
4.3 Kerangka Konsep
4.4 Kandungan
Tajuk 5. Jenis Penilaian Bahasa
5.1 Sinopsis
5.2 Hasil Pembelajaran
5.3 Kerangka Konsep
5.4 Kandungan
Tajuk 6. Kaedah Penilaian Bahasa 5.1 Sinopsis
5.2 Hasil Pembelajaran
5.3 Kerangka Konsep
5.4 Kandungan
Tajuk 7. Kaedah Penilaian Bahasa
7.1 Sinopsis
7.2 Hasil Pembelajaran
7.3 Kerangka Konsep
7.4 Kandungan
Tajuk 8. Kaedah Penilaian Bahasa
8.1 Sinopsis
8.2 Hasil Pembelajaran
8.3 Kerangka Konsep
8.4 Kandungan
20
28
33
40
46
Rujukan 50
Panel Penulis Modul 51
Panel Pemurni Modul 52
Ikon Modul 53
Struktur Pelaksanaan (Akan ditulis kemudian)
vi
PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:
PANDUAN PELAJAR
vii
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran
Agihan Jam pembelajaran
Mengikut Kredit Kursus
3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit
Tanpa
Amali
(3+0)
Ada
Amali
(2+1)
(1+2)
(0+3)
Tanpa
Amali
(2+0)
Ada
Amali
(1+1)
(0+2)
Tanpa
Amali
(1+0)
Ada
Amali
(0+1)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan /
tugasan terarah / amali
70
60
70
62
70
65
Menghadiri kelas interaksi
bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5
Latihan Amali* - 10 - 8 - 5
Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½
Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15
Ulangkaji 10 10 10 10 5 5
Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½
Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40
viii
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
v
Pengenalan
Kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103)
merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program
Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Dalam modul ini para pelajar
akan diperkenalkan dengan 8 tajuk daripada 12 tajuk seperti yang
terdapat dalam Pro Forma kursus. Tajuk 1 hingga 8 telah dimodulkan.
Bagi Tajuk 8 ( Penilaian Melalui Projek ) telah dimodulkan manakala
tajuk Penilaian Melalui Kertas Kerja akan dibincangkan semasa
interaksi bersemuka.
Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang
meliputi:-
Pengertian dn Konsep
Taksonomi dan Domain
Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )
Pembinaan Ujian
Jenis Penilaian Bahasa
Kaedah Penilaian Bahasa
Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan
aktiviti bagi setiap tajuk dan pada akhirnya pula para pelajar akan
melaksanakan 2 latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian
dalam proses pelengkap modul akses kendiri ini.
vi
AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
Bil.
Tajuk/Topik
Modul (jam)
Jum. Jam
1 Pengertian dan Konsep
Pentaksiran
Pengujian
Penilaian
Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
2 2
2 Taksonomi dan Domain
Taksonomi Bloom
Domain Krathwohl
2 2
3 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Definisi
Kepentingan
Langkah Pembinaan
2 2
4 Pembinaan Ujian
Soalan Objektif
Soalan Subjektif
2 2
5 Jenis Penilaian Bahasa
Ujian Formatif, Sumatif
Ujian Kefasihan, Kemajuan
Ujian Bakat, Pencapaian
2 2
6 Kaedah Penilaian Bahasa
Penilaian Melalui Portfolio
Penilaian Melalui Pemerhatian
2 2
vi
Bil.
Tajuk/Topik
Modul (jam)
Jum. Jam
7 Kaedah Penilaian Bahasa
Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
Penilaian Melalui Soal Jawab
2 2
8 Kaedah Penilaian Bahasa
Penilaian Melalui Projek
Penilaian Melalui Kertas Kerja
1 2
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
1
1.1 Sinopsis
Topik ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian dan
pentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik,
para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa
soalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet,
perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah anda
boleh juga dilakukan.
Tahukah anda, penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata
dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses
pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar.
Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan
untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar
TAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEP
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2
1.2 Hasil pembelajaran
1.2.1. Konsep pentaksiran
1.2.2. Konsep pengujian
1.2.3. Konsep penilaian
1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
1.3 Kerangka Konsep
1.4 Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-
hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti
pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula
melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula
Pengertian dan
Konsep
Pentaksiran Pengujian PenilaianPerkaitan antara
Pentaksiran, Pengujian dan
Penilaian
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
3
melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran
ialah:-
i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor
1.5 Pengujian
Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara
yang sistematik.
Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas
sesuatu pengajaran
Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan
untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-
test.
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada
secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang
dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau
tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu
kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman
membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu
diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian
menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian
perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya,
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
4
jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan
bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini
tidak menggalakkan.
1.6 Penilaian
Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv)
menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and
providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu
proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia
adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan
membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat
tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan
keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data
kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau
selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu
pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
5
Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah
Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:
mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang
sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar
mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang
telah disampaikan.
membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-
teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di
sekolah.
menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat
lemah dalam pencapaian mereka.
membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta
kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka
sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan
membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka
dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula
memperbaikinya.
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
6
1.7 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Rajah 1.
Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai
perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk
P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.
PENILAIAN
PENGUJIANPENTAKSIRAN
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
7
Arahan:
Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan, semester dan akhir
tahun. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sila jawab soalan-soalan dibawah;
a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran, dan penilaian dilakukan. b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsep- konsep pengujian, penilaian, dan pengukuran ini dalam bentuk grafik. c. Sejauh manakah kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun yang dibina menepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan?
1.8 Aktiviti
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
8
2.1 Sinopsis
Sebagaimana yang anda tahu,Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang
dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh
Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl. Dalam
hal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah, kawasan)
dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. Dalam
panduan pembelajaran ini, dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti yang
berkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk memudahkan
pemahaman anda. Selamat berjaya !
2.2 Hasil Pembelajaran
2.2.1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian. 2.2.2. Menjelaskan taksonomi Bloom, taksonomi Solo, dan domain Krathwohl. 2.2.3. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu; 2.2.4. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan
sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu.
TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
9
2.3 Kerangka Konsep
2.4 Taksonomi Bloom
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:
1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang
menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan
keterampilan berfikir.
2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang
menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan
cara penyesuaian diri.
3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku
yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan,
berenang, dan mengoperasi mesin.
Taksonomi dan
Domain
Taksonomi Bloom
Domain Krathwohl
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
10
Domain Kognitif
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri
dari dua tahap iaitu:
i. Pengetahuan
ii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual
Pengetahuan (Knowledge)
Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi,
fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.
Pemahaman (Comprehension)
Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan,
jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.
Aplikasi (Application)
Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan
gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam
persekitaran sebenar.
Analisis (Analysis)
Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang
diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam
bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu
mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario
yang rumit.
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
11
Sintesis (Synthesis)
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau
pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali
data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk
penyelesaian yang diharapkan..
Penilaian (Evaluation)
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian,
gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang
sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.
Domain Psikomotor
1. Persepsi
2. Persediaan (Set)
3. Respons Terpimpin
4. Mekanisme (Mechanism)
5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)
6. Penyesuaian (Adaptation)
7. Penciptaan (Origination)
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
12
2.5 Domain David Krathwohl
Domain Afektif
Penerimaan (Receiving/Attending)
Tanggapan (Responding)
Penghargaan (Valuing)
Pengorganisasian (Organization)
Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value
Complex)
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
13
Arahan:
Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom dan
Domain Krathwolh. Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang
diberikan.
1. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun
di sekolah anda dari segi:
a. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom.
b. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom.
c. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalam
soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun untuk
setiap kelas di sekolah anda.
Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:-
5.2 Hasil Pembelajaran 5.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa. 5.2.2 Menganalisis dan membanding-beza jenis penilaian. 5.2.3 Menerangkan dan menganalisis ujian kefasihan, kemajuan dan ujian bakat, pencapaian. 5.3 Kerangka Konsep
TAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
29
5.4 Ujian Formatif dan Sumatif
5.5 Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop
pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan
utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses
pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan
pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam
bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
5.6 Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada
akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam
kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian
Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran
dan aspek bahasa.
Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian
kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara
ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka
masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
30
5.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif
Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif
1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan.
Fungsi
1. Pensijilan atau
penggredan
2. Sepanjang pengajaran
Masa
2. Pada akhir
unit/kursus
3. Kognitif, psikomotor dan afektif
Penekanan
3.Kognitif
4. Terhad kepada tugasan
Sifat
4. Beraneka jenis
5. Berubah-ubah
Kesukaran
5. Senang – sukar
6. Dibentuk khas
Alat
6. Peperiksaan akhir
tahun
7. Rujukan kriteria
Jenis ujian
7.Rujukan norma
5.8 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan
Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
31
Ujian Bakat
Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.
Ujian Pencapaian Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.
Ujian Kefasihan
Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.
NOTA TAMBAHAN
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
32
Arahan 1. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. 2. Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik. Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu kemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.
AKTIVITI
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
33
6.1 Sinopsis
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan
cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara
penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple
ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi
penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar
kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.
6.2 Hasil Pembelajaran
6.2.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio.
6.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui
pemerhatian.
6.2.3. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui
pemerhatian penilaian melalui portfolio.
TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
34
Kaedah Penilaian Bahasa
Penilaian Melalui Portfolio
Penilaian Melalui Pemerhatian
6.3 Kerangka Konsep
6.4 Penilaian Melalui Porfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan
merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui
bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks
pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti
pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang
menyeluruh.
Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan,
pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara
kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran
secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal
hingga ke akhir.
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
35
6.4.1 Tujuan Portfolio
Tujuan portfolio ialah untuk :
Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan
yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka
secara sistematik.
Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat
peribadi.
6.4.2 Kegunaan Portfolio
menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam
penyempurnaan gred.
menilai secara sumatif pembelajaran.
menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar
6.4.3 Ciri-ciri Portfolio
(a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat,
halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
(b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah
konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika
melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
36
(c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan,
komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu
tugasan pembelajaran.
(d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan
membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
(e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan
pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara
aktif.
6.4.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina. Portfolio Kerja Harian Portfolio Hasil Terbaik Portfolio Dokumen
6.4.5 Bagaimana Menilai Portfolio?
Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan
berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-
kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi
gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.
Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang
mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
37
Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil
pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran
seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi
matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya
membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja. 6.4.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio
Sesebuah portfolio mengandungi:
Senarai semak yang disediakan oleh guru
Nota-nota yang disediakan oleh guru
Catatan jurnal
Buku log
Refleksi kendiri murid
Gambar dan foto
6.4.7 Kebaikan Penilaian Portfolio
Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman
kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.
6.5 Penilaian Melalui Pemerhatian.
Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek
kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
38
6.5.1 Jenis Pemerhatian
Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.
6.5.2 Strategi Pemerhatian
Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal
berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod
anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan
dan persekitaran.
Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang
dijalankan.
6.5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.
Antaranya ialah:
Kualiti Pemerhatian
Bentuk Perancangan Jenis-jenis Pemerhatian
6.5.4 Fungsi Pemerhatian
Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses
pembelajaran.
Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan
sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti
projek.
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
39
6.6 Rumusan.
Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan
tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini
biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai,
pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan,
dan sikap bias serta prasangka penilai.
1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. 2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda berdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan kaedah penilaian tersebut.
AKTIVITI
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
40
7.1 Sinopsis
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan
cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara
penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple
ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi
penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar
kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.
7.2 Hasil Pembelajaran
7.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrak
pembelajaran.
7.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui soal jawab.
TAJUK 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
41
Kaedah Penilaian Bahasa
Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
Penilaian Melalui Soal Jawab
7.3 Kerangka Konsep
7.4 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
7.4.1 Cara Pelaksanaan
Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk
keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan
proses pelaksanaan tugasan.
Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai
Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak
yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan)
berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini
biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan
kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat
kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh
guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
42
Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar
berdasarkan kriteria yang ditentukan.
Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau
penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.
7.4.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang
berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :
a. pelajar mengenal pasti dan merekod,
b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular
digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa
Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara
berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-
konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan,
penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.
7.5.1 Cara Pelaksanaan
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas
yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan
pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan
penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk
menguasai teknik menyoal.
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
45
1. Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayu
kelas KBSR, anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soal
jawab, sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahaman
murid tentang grafik. Sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dan
keberkesanan kaedah tersebut.
2. Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.
Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara pelaksanaannya.
AKTIVITI
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
46
Kaedah Penilaian Bahasa
Penilaian Melalui Projek
Penilaian Melalui Kertas Kerja
8.1 Sinopsis
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan
cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara
penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple
ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi
penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar
kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Modul ini membincangkan tajuk
penilaian melalui projek sahaja. Tajuk penilaian melalui kertas kerja akan
disampaikan ketika interaksi bersemuka.
8.2 Hasil Pembelajaran 8.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek 8.2.2 Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek 8.3 Kerangka Konsep
TAJUK 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
47
8.4 Penilaian Melalui Projek
Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?
Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:
Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan
inovasi.
Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang
terdapat di luar bilik darjah.
Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh
masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,
projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara
individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka
masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.
Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau
membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,
1989).
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
48
8.5 Ciri-ciri Penilaian Projek
Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
Jangka masa yang panjang
Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan
yang benar.
Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan
projek atau dalam kumpulan.
Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran
merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan
bersama orang lain.
Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
8.6 Jenis-jenis penilaian Projek
Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan
atau bertulis.
Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan
menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.
8.7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.
Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
49
Arahan:
1. Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas, kemudian sila
lengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai.
2. Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membaca
dalam kalangan murid-murid di sekolah anda. Murid-murid secara
berkumpulan akan menghasilkan pelbagai bahan dan produk, anda
dikehendaki menyediakan senarai semak yang lengkap untuk menilai
keberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan oleh murid.
Tahniah !
Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah dengan jayanya. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untuk
membolehkan anda menguasai modul ini.
Arahan:-
Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda.
Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada
Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan
Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Azman Wan Chik (1987), Isu-Isu dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Wan Chik (1994), Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anuar Amat dan Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam Penilaian Pendidikan Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa.
Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentaksir, Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan. Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti.
Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2008), Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk
KPLI. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman. Raminah Hj. Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia:
Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tan Hui Leng (1996). Penilaian dalam Proses Pendidikan : Asas Pendidikan 3,
Shah Alam: Fajar Bakti.
PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
PN.HASNAH BT AWANG Pensyarah IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.
Kelulusan: M.Ed. ( Bahasa Melayu ) UPSI B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa Pertama) UPM Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPIP Pengalaman: Pensyarah Bahasa Melayu Guru Bahasa Melayu
EN. NORDIN BIN SHAARI Pensyarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Kelulusan: M.Ed. (Psikologi Pendidikan) USM Sarjana Muda Pengajian Melayu ( Bahasa Melayu / Sosio-Budaya Melayu) UM Pengalaman: Pensyarah Bahasa Melayu Guru Bahasa Melayu
51
PANEL PEMURNIAN PANDUAN PEMBELAJARAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
PN.HASNAH BT AWANG Pensyarah IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.
Kelulusan: M.Ed. ( Bahasa Melayu ) UPSI B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa Pertama) UPM Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPIP Pengalaman: Pensyarah Bahasa Melayu Guru Bahasa Melayu
HJ. NIK HARUN AMINARRASHED BIN NIK MAHMOOD Pensyarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Kelulusan: M.Ed. (Pentadbiran Pendidikan) UPM B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa Pertama) UPM Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPKB Pengalaman: Pensyarah Bahasa Melayu Guru Bahasa Melayu