PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH MODUL BAHASA MELAYU BMM3083 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 (Semakan September 2014) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
86
Embed
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
MODUL BAHASA MELAYU
BMM3083
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 (Semakan September 2014)
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN
KEPUJIAN
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Edisi September 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii
Edisi September 2014 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan i
Falsafah Pendidikan Guru i
Kandungan ii
Kata Alu-aluan iii
Panduan Pelajar iv
Pengenalan v
Agihan Tajuk vi
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1. Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu
1.1 Sinopsis
1.2 Hasil Pembelajaran
1.3 Definisi
1.4 Perbezaan Fonetik dan Fonologi
1.5 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu
1.6 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu
1.7 Intonasi dalam Bahasa Melayu
Tajuk 2 & 3. Artikulasi dan Artikulator
2.1 Sinopsis
2.2 Hasil Pembelajaran
2.3 Definisi Artikulasi dan Artikulator
2.4 Alat-Alat Artikulasi
2.5 Alat-Alat Artikulasi Vokal
2.6 Diftong dan Konsonan
2.7 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan dalam Bahasa Melayu
2.8 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Tajuk 4. Huruf-Huruf Dalam Bahasa Melayu
4.1 Sinopsis
4.2 Hasil Pembelajaran
4.3 Definisi
4.4 Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong
4.5 Konsonan Asal, Pinjaman dan Gandingan
Tajuk 5. Simbol Fonetik dalam Bahasa Melayu
5.1 Sinopsis
5.2 Hasil Pembelajaran
5.3 Simbol Vokal Bahasa Melayu
5.4 Simbol Konsonan Bahasa Melayu
5.5 Simbol Diftong Bahasa Melayu
Tajuk 6, 7, 8. Fonem Segmental Dalam Bahasa Melayu
6.1 Sinopsis
6.2 Hasil Pembelajaran
6.3 Vokal
6.4 Diftong
6.5 Konsonan
Tajuk 9. Fonem Dalam Bahasa Melayu
9.1 Sinopsis
9.2 Hasil Pembelajaran
9.3 Fonem Vokal
9.4 Fonem Konsonan
Tajuk 10. Fonem Suprasegmental Bahasa Melayu
10.1 Sinopsis
10.2 Hasil Pembelajaran
10.3 Tekanan
10.4 Nada
10.5 Jeda
10.6 Panjang Pendek
Tajuk 11. Latihan Sebutan dan Penyukuan Sebutan
11.1 Sinopsis
11.2 Hasil Pembelajaran
11.3 Vokal
11.4 Bunyi Konsonan
11.5 Diftong
Tajuk 12. Latihan Transkripsi Sebutan dan Penyukuan
Sebutan
12.1 Sinopsis
12.2 Hasil Pembelajaran
12.3 Sebutan Bahasa Melayu Baku
12.4 Pola Keselarasan Vokal
12.5 Sebutan Huruf Vokal
12.6 Huruf Diftong
12.7 Penggunaan Huruf Konsonan
12.8 Transkripsi Fonetik
12.9 Transkripsi Fonemik
Tajuk 13. Sebutan Baku Kata Terbitan
13.1 Sinopsis
13.2 Hasil Pembelajaran
13.3 Sebutan Baku Bahasa Melayu
13.4 Kata Terbitan
13.5 Sebutan Baku Kata Terbitan Awalan
13.6 Sebutan Baku Kata Terbitan Akhiran
13.7 Sebutan Baku Kata Terbitan Apitan
Rujukan
Panel Penulis Modul
Panel Pemurni Modul
Ikon Modul
v
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
PANDUAN PELAJAR
vi
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
vii
Pengenalan
Kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (BMM 3083) merupakan
sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah
Rendah.
Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang
meliputi:-
Perbezaan Fonetik dan Fonologi
Artikulasi dan Artikulator
Huruf-Huruf Dalam Bahasa Melayu
Simbol Fonetik dalam Bahasa Melayu
Fonem Segmental Dalam Bahasa Melayu
Fonem Dalam Bahasa Melayu
Transkrip Sebutan dan Penyukuan Sebutan
Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan
aktiviti bagi setiap tajuk dan diakhirnya pula para pelajar akan melaksanakan
2 latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian dalam proses
pelengkap modul akses kendiri ini.
Nama Kursus : Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu Kod : BMM3083 Kandungan modul ini dibahagi kepada 15 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan
tajuk-tajuk untuk interaksi pembelajaran melalui modul.
INTERAKSI TAJUK / TOPIK KANDUNGAN
JUMLAH JAM MENGIKUT
PRO FORMA KURSUS
1
Tajuk 1: Fonetik dan Fonologi
Jenis-jenis fonetik Perbezaan Fonetik dan Fonologi. Pelaksanaan Sebutan Baku
Bahasa Melayu Intonasi dalam Bahasa Melayu Ejaan dan Sebutran
2
Tajuk 2 Artikulasi dan Artikulator
Definisi Artikulasi dan Artikulator Alat-Alat Artikulasi Alat-Alat Artikulasi Vokal Diftong dan Konsonan
Tajuk 3: : Artikulasi dan Artikulator
Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
Tajuk 4 Huruf-huruf dalam Bahasa Melayu
Definisi Huruf Vokal, Konsonan
dan Diftong Bahasa Melayu
Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu
Dalam Bahasa Melayu terdapat empat bunyi nasal. Bunyi nasal berlaku apabila alat
artikulasi dirapatkan kepada daerah artikulasi. Lelangit lembut diturunkan untuk
membuka rongga hidung. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga hidung dan
rongga mulut. Pita suara akan bergetar.
a. Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]
Udara dari paru-paru dipam ke pita suara. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka
rongga hidung. Udara terhalang pada bahagian dua bibir, kemudian keluar melalui
rongga hidung dan rongga mulut, maka terhasillah fonem [ m ]. Contoh perkataan [
mălu ], [ amăn ]. (rujuk Rajah 11.13)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
12
Rajah 11.13: Konsonan Sengauan [m]
b. Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]
Bunyi terhasil apabila udara terhalang pada bahagian hujung lidah dan gusi kemudian
keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Apabila udara tiba di rongga tekak,
lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah
konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]. Contoh perkataan ialah, [ năsiʔ], [ nănăs ].
(rujuk Rajah 11.14)
Rajah 11.14: Konsonan Sengauan [n]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
13
c. Konsonan sengauan lelangit keras [ ɲ ]
Bunyi konsonan ini dihasilkan apabila udara yang terhalang pada bahagian depan lidah
dan lelangit keras, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Bunyi
suara yang dihasilkan ialah fonem [ ɲ ]. Contoh perkataan ialah, [ ɲala ], [ baɲak ]. (rujuk
Rajah 11.15)
Rajah 11.15: Konsonan sengauan [ ɲ ]
d. Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ŋ ]
Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Udara terhalang pada bahagian belakang
lidah dan lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Pita
suara akan bergetar. Bunyi suara yang dihasilkan ialah [ ŋ ]. Contoh perkataan ialah, [
ŋaŋa ], [ mɛŋail ]. (rujuk Rajah 11.16)
Rajah 11.16: Konsonan sengauan [ ŋ ]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
14
11.4.4 Konsonan Geseran (Frikatif)
Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu melalui
rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan udara hanya
keluar melalui rongga mulut.
a. Geseran gigi-gusi tak bersuara [ s ]
Bunyi dihasilkan apabila udara yang keluar dari paru-paru bergeser pada sempitan lidah
dan gusi. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga
tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus
udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara maka terhasillah bunyi gusi
tak bersuara [ s ]. Contoh perkataan ialah, [ salah ], [ măsa ], [ bas ]. (rujuk Rajah 11.17)
Rajah 11.17: Konsonan Geseran [ s ]
b. Geseran glotis tak bersuara [ h ]
Bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang tanpa halangan.
Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang tekak. Bunyi
suara yang dihasilkan ialah [ h ], geseran glotis tak bersuara. Contoh perkataan ialah, [
hawa ], [ măha ] (rujuk Rajah 11.18)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
15
Rajah 11.18: Konsonan Geseran [ h ]
11.2.5 Konsonan Getaran (Tril)
Bunyi dihasilkan apabila udara dari paru-paru ditekan keluar melalui rongga mulut
hingga menggetarkan lidah pada bahagian gigi-gusi. Lelangit lembut dinaikkan untuk
menutup rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [ r ].
(rujuk Rajah 11.19)
Rajah 11.19: Konsonan Getaran [ r ]
11.2.6 Konsonan Sisian (Lateral)
Udara dikeluarkan melalui rongga mulut terhalang dan keluar melalui kedua-dua belah
kiri dan kanan lidah. Hujung lidah dinaikkan ke bahagian gusi. Pita suara bergetar. Bunyi
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
16
yang dihasilkan ialah [ l ]. Contoh perkataan ialah, [ lari ], [ sila ], [ selamat ]. (rujuk Rajah
11.20)
Rajah 11.20: Konsonan Sisian [ l ]
11.2.7 Konsonan Separuh Vokal
Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah dan ruang udara di dalam
mulut sama kedudukannya seperti ketika menyebut bunyi vokal. Ujaran dilakukan
separuh jalan sahaja.
a. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]
Bibir dan belakang lidah seperti untuk membunyikan [ u ], kemudian berlaku geluncuran.
Bunyi yang dihasilkan ialah separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]. Contoh perkataan
ialah, [ wayaŋ], [ waŋ ]. (rujuk Rajah 11.21)
Rajah 11.21: Konsonan Separuh Vokal [ w ]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
17
b. Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [ y ]
Kedudukan lidah pada peringkat awal adalah seperti untuk membunyikan [i], kemudian
bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini ialah separuh vokal lelangit keras
bersuara [ y ]
11.5 Diftong
Diftong ialah bunyi yang terdapat geluncuran semasa menyebutnya. Diftong
dilambangkan oleh dua huruf vokal yang membentuk satu suku kata. Semasa bunyi
diftong dihasilkan, berlaku getaran pada pita suara. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga
bentuk diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Bunyi diftong dihasilkan apabil sebuah vokal
menggeluncur dan bergabung dengan sebuah vokal lain. Ini dapat dilihat dalam diftong
[ai].
Bunyi vokal dimulai dengan cara penghasilan vokal depan luas [a], kemudian berlaku
geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit [i]. Contoh perkataan ialah, [ rumpai ], [
sampai ], [salai]. Diftong [au] pula dihasilkan apabila vokal depan luas [a] menggeluncur
ke arah bunyi vokal belakang sempit [u] iaitu bibir berada dalam keadaan bundar dan
lidah berada di belakang. Contoh perkataan ialah, [ panau ], [ surau ], [ pulau ].
Pengujaran diftong [oi] dimulai dengan cara penghasilan vokal belakang separuh sempit
[o], kemudian berlaku geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit [i]. Bibir berkeadaan
leper dan lidah berada di hadapan dan bukaan mulut separuh sempit. Contoh perkataan
ialah, [ dodoi ], [ boikot ].
Aktiviti 1 i. Bagaimana bunyi diklasifikasikan sebagai vokal dan konsonan? ii. Dalam kumpulan, bincang dan buat deskripsi konsonan letupan dan letusan.
Nyatakan perbezaan kedua-dua konsonan ini. iii. Apakah fungsi getaran pita suara dalam menghasilkan bunyi konsonan.
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
18
Aktiviti 2 Setelah anda membaca dan memahami keterangan yang berkaitan dengan penghasilan bunyi
konsonan. Cuba lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan contoh perkataan yang
menunjukkan penyebarannya dengan menggunakan transkripsi fonetik.
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
19
12.1 Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami sebutan
perkataan bahasa Melayu yang betul (baku) berdasarkan lafaz ejaan setiap perkataan.
Sebutan baku ini merangkumi sebutan; Huruf vokal, Huruf diftong, Huruf konsonan,
Huruf gugus konsonan, Perkataan asing (Inggeris, Arab), Perkataan terbitan dan
perkataan yang sudah baku sebutan.
12.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. menyatakan konsep sebutan baku Bahasa Melayu;
ii. mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi vokal;
iii. mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi konsonan; dan
iv. mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi diftong.
12.3 Sebutan Bahasa Melayu Baku
Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap dalam semua aspek
yang merangkumi koda, status, penggunaan bahasa, ejaan, tatabahasa, istilah,
penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. Bahasa baku dikaitkan dengan golongan
berpendidikan tinggi dalam masyarakat. Bahasa tersebut digunakan dalam urusan rasmi
sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa persuratan. Bahasa baku mempunyai ciri-ciri
dan sistem tersendiri;
a. digunakan untuk tujuan rasmi;
b. tidak mempunyai penutur asli;
c. mematuhi peraturan tatabahasa sepenuhnya;
d. digunakan dalam konteks formal;
e. mempunyai pelbagai laras;
TAJUK 12 LATIHAN TRANSKRIPSI SEBUTAN DAN PENYUKUAN SEBUTAN
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
20
f. mengamalkan sistem panggilan formal;
g. bersifat fonemik iaitu sebutan mengikut ejaan;
h. mengalami perancangan yang sistematik;
i. tiada unsur-unsur kependekan atau kata-kata singkatan;
j. menggunakan bahasa yang tersusun; dan
j. menekankan ketepatan dan kejelasan makna.
Menurut Garvin dan Mathiot (1998), bahasa baku membawa maksud pembakuan dalam
semua aspek bahasa; berusaha dan melakukan proses pengekodan, dan kutipan
informasi pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat serta yang
telah menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat itu. Pengekodan adalah satu
persetujuan tidak rasmi yang diambil tentang satu variasi daripada beberapa variasi yang
wujud dan variasi itu menjadi kelainan yang mewakili bahasa. Contohnya, variasi yang
dipilih sebagai variasi bahasa baku ini mempunyai kaitannya dengan faktor-faktor
sosiosejarah. Umpamanya variasi yang dituturkan oleh golongan terpelajar, maka variasi
itu dari segi penggunaannya diterima pakai oleh penutu-penutur yang lain.
Dalam penggunaan rasmi atau dalam situasi formal, bahasa Melayu perlu memperlihatkan
bentuk dan gaya yang betul, tepat, ringkas, mudah, dan santun. Seterusnya dikemukakan
panduan umum mengeja dan menyebut perkataan dan istilah bahasa Melayu dalam huruf
rumi. Beberapa panduan perlu dipatuhi bagi mengeja perkataan, istilah dan kata majmuk
dengan betul meliputi keselarasan huruf vokal, kekecualian huruf vokal, penggunaan
diftong, penggunaan huruf konsonan, perkataan pinjaman (istilah), imbuhan dan kata
sendi ‘di’ dan ‘ke’, partikel, ganti nama singkat dan penulisan kata majmuk.
12.4 Pola Keselarasan Vokal
Keselarasan vokal meliputi perkataan yang berbentuk dua suku kata. Bagi perkataan yang
mengandungi lebih dua suku kata, peraturan keselarasan huruf vokal ini hanya wajar bagi
dua suku kata yang terkahir. Terdapat lapan belas pola keselarasan huruf vokal dalam
bahasa Melayu yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan
ejaan. (rujuk Rajah 12.1)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
21
Rajah 12.1: Pola Keselarasan Vokal Bahasa Melayu
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
22
12.5 Sebutan Huruf Vokal
Terdapat enam huruf vokal dalam Bahasa Melayu. Vokal perlu disebut dengan betul
menurut nilai bunyi individu. Kedudukan vokal dalam perkataan boleh berada sama ada di
awal, di tengah atau di akhir.
a. Huruf a dilafazkan dengan bunyi [ a ] pada mana-mana kedudukannya.
Contoh:
pada [a + da]
berada [be + ra + da]
cabaran [ca + ba + ran]
warganegara [war + ga + ne + ga + ra]
b. Huruf e dilafazkan dengan bunyi [ e ]
Contoh:
elok [e + lok ]
leka [le + ka]
nenek [ne + nek]
c. Huruf e pepet dilafazkan dengan bunyi [ ə ]
Contoh:
emak [ə + măk]
segar [sə + gar]
kelam [kə + lam]
d. Huruf i dilafazkan dengan bunyi [ i ]
Contoh:
ini [i + ni]
putih [pu + tih]
intip [in + tip]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
23
e. Huruf o dilafazkan dengan bunyi [ o ]
Contoh:
oleh [o + leh]
bola [bo + la]
sorak [so + rak]
f. Huruf u perlu dilafazkan dengan bunyi [ u ]
Contoh:
ubi [u + bi]
ular [u + lar]
tunjuk [tun + juk]
putus [pu + tus]
12.6 Huruf Diftong
Diftong terbentuk apabila dua huruf vokal digunakan dalam pengejaan perkataan.
Contohnya, gabungan vokal ‘a’ dengan huruf ‘u’ dan gabungan vokal ‘o’ dengan huruf ‘i’
menjadi ‘au’ dan ‘oi’. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga huruf diftong iaitu ai, oi dan au.
Huruf-huruf diftong ini biasanya diletakkan di awal, di tengah dan di akhir perkataan.
Kesemua bunyi perlu mengikut ejaan asal iaitu ai, oi, au. Contoh perkataan ialah;
amboi kaloi sepoi
bangau kalau lampau
aurat sungai salai
pulai balai halau
Aktiviti 1
iv. Bincangkan bagaimana pola keselarasan vokal menyumbang kepada kepentingan sebutan baku bahasa Melayu.
v. Dalam kumpulan, pilih satu petikan (satu/dua perenggan) daripada jurnal, majalah atau akhbar dan buat transkripsi vokal.
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
24
12.6.1 Panduan Sebutan Huruf Diftong
Diftong perlu dilafazkan dengan bunyi [ai], [oi], [au] pada kedudukan di awal, di tengah
atau di akhir perkataan.
1. Diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ai]
Contoh perkataan;
hairan [ hai + ran ]
pandai [ pan + dai ]
salai [ sa + lai ]
tupai [ tu + pai ]
ampai [ am + pai ]
laici [ lai + ci ]
aising [ ai + siŋ ]
2. Diftong oi dilafazkan dengan bunyi [oi]
Contoh perkataan;
sekoi [ se + koi ]
kaloi [ ka + loi ]
oidium [ oi + di + um ]
boikot [ boi + kot ]
3. Diftong au dilafazkan dengan bunyi [au]
Contoh perkataan;
automatik [ au + to + mă + tik ]
aurat [ au + rat ]
kacau [ ka + cau ]
kalau [ ka + lau ]
maujud [ mau + jud ]
taufan [ tau + fan ]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
25
12.7 Penggunaan Huruf Konsonan
Terdapat 26 huruf konsonan dalam bahasa Melayu iaitu b, [bi], c [si], d [di], f [ef], gh [gh],
h [hej/ejh], i [ee], j [je], k [ki], l [el], m [em], n [en], ng [ng], ny [ny], p [pi], q [kiu], r [ar], s
[es], sy [sy], t [ti], v [vi], w [dabliu], x [eks], y [wai], z [zek]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
26
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
27
12.8. Transkripsi Fonetik
Transkripsi fonetik merupakan satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan
menggunakan lambang-lambang fonetik. Lambang fonetik ditulis dalam kurungan [ ].
12.9 Transkripsi Fonemik
Transkripsi fonemik merupakan cara transkripsi yang menumpukan transkripsi dalam
bentuk tulisan. Matlamat akhir fonemik ialah untuk membentuk sistem ejaan berdasarkan
fonem-fonem yang ada dalam sesuatu bahasa, contohnya fonem /ŋ/ dieja sebagai ‘ng’,
fonem /x/ dieja sebagai ‘kh’ dan fonem /ŋ/ di eja sebagai ‘ng’.
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
28
Contoh perkataan yang menunjukkan penyebarannya menggunakan transkripsi fonetik.
Bil. Huruf Fonem Penyebaran (transkripsi fonetik)
Awal Tengah Akhir
1. b /b/ [bu ku] [ba ba] [a dab]
c /č/ [ča wan] [ba ča] [mač]
d /d/ [da ri] [da da] [kad]
f /f/ [fa seh] [a laf]
g /g/ [ga ri] [la ga] [bəg]
h /h/ [ha ri] [mă ha] [a rah]
j /j/ [jam] [ja ja] [caj]
k /k/ [ka ta] [ba ta] [ka tak]
kh /kh/ [xa mis] [ta rix]
l /l/ [la lu] [la laŋ] [a wal]
m /m/ [mă ri] [mă mă] [ka lam]
n /n/ [nă siʔ] [mă nă] [ta
măn]
ng /ŋ/ [ŋa ŋa] [ba ŋău] [si aŋ]
ny /ɲ/ [ɲă ɲi] [ba ɲăk]
p /p/ [pa su] [sə pit] [te tap]
q /q/ [qa ri] [wu quf] [bu raq]
r /r/ [ra sa] [ba ra] [se bar]
s /s/ [ si la] [sa sa] [mă las]
t /t/ [ta lam] [tə tap] [kə rat]
v /v/ [van] [re vo lu si]
w /w/ [wau] [a wal]
z /z/ [zoo] [ba zar]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
1
13.1 Sinopsis
Topik ini menghuraikan tentang aspek sebutan baku kata terbitan dengan lebih
mendalam. Perbincangan akan difokuskan kepada kata terbitan awalan, kata terbitan
akhiran dan kata terbitan apitan.
13.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. Menghuraikan dengan jelas definisi bahasa baku;
ii. mengenal pasti sebutan baku kata terbitan dengan lebih mendalam;
iii. menghuraikan aspek sebutan baku kata terbitan awalan, akhiran dan apitan.
13.3 Sebutan Baku Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap daripada semua
aspek; daripada segi kodanya, statusnya, penggunaan bahasanya, betul ejaannya, betul
tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya dan
betul sebutannya. Bahasa baku ialah bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan
negara, dalam urusan rasmi kerajaan dan juga dalam semua konteks rasmi. Dalam
menyampaikan ucapan, ceramah, pidato, khutbah dan pelbagai urusan rasmi.
Pembakuan bahasa Melayu dilakukan untuk memperlengkap dan memantapkan semua
aspek bahasa supaya bahasa Melayu menjadi bahasa yang lengkap dan mantap dalam
sistem sebutan, sistem ejaan, sistem tatabahasa, perbendaharaan kata umum, istilah,
laras dan gaya bahasa serta aturan penggunaan bahasa yang sopan. Bahasa sebagai
satu sistem perlu dibina dan dikembangkan agar menjadi bahasa yang sempurna.
Bahasa akan kehilangan sistemnya jika dibiarkan berkembang dengan sendirinya.
Tanpa sistem, bahasa menjadi sukar untuk dipelajari dan dikenali, apatah lagi jika
TAJUK 13 SEBUTAN BAKU KATA TERBITAN
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
2
bahasa tersebut mempunyai peranan yang besar dalam sebuah negara. Pembinaan
dan pengembangan bahasa Melayu ditumpukan kepada pembakuan agar tercapai
penggunaan bahasa yang jelas, tepat dan berkesan dalam berkomunikasi.
13.4 Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau
menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan. (rujuk Rajah 13.1)
Nik Safiah Karim (1996) memberikan definisi kata terbitan sebagai bentuk perkataan
yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini menghasilkan bentuk perkataan yang
disebut kata terbitan.
Rajah 13.1: Bentuk-bentuk Imbuhan
13.5 Sebutan Baku Kata Terbitan Awalan
Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif
terbitan seperti yang disenaraikan berikut:
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
3
i. awalan kata nama
ii. awalan kata kerja
iii. awalan kata adjektif
Contohnya:
i. Awalan kata nama
pe- (pelari, penyapu, pemakan)
pem- (pembawa, pembuka, pembantu)
pen- (pendatang, pendua, pendamai)
peng- (penggali, pengubal, pengguna)
penge- (pengebom, pengetin, pengelap)
pel- (pelajar)
per- (perasap, pertapa)
pe- (petani, pesakit, pelawat)
ke- (ketua,kelepek)
ii. Awalan kata kerja
me- (melawan, merasa, melawat)
mem- (membawa, membilang)
men- (mendaki, mendakwa)
meng- (menggali, menggiling)
menge- (mengecat, mengekod)
memper- (memperisteri, mempersuami, memperdalam)
ber- (berlari, berjalan)
be- (berasa, berupa)
bel- (belajar, belunjur)
ter- (terjebak, terjatuh)
di- (diatur, ditimbang)
diper- (dipersuami, diperoleh)
iii. Awalan kata adjektif
ter- (tercantik, terbesar)
te- (terendah, teringan)
se- (secantik, serendah)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
4
13.6 Sebutan Baku Kata Terbitan Akhiran
Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja
terbitan sahaja seperti berikut;
i. akhiran kata nama
ii. akhiran kata kerja
i. Akhiran kata nama
Terdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu –an yang boleh bergabung dengan
kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.
Contohnya;
-an (pakaian, jahitan, saluran)
ii. Akhiran kata kerja
-kan (buatkan, besarkan)
-i (turuti, berkati, dekati)
13.7 Sebutan Baku Kata Terbitan Apitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan
seperti yang disenaraikan berikut;
i. Apitan kata nama
pe-...-an (pelaksanaan, perasaan)
pem-...-an (pembuatan, pembinaan)
pen-...-an (pendapatan, pendawaian)
peng-...-an (penggunaan, pengguguran)
penge-...-an (pengehadan, pengesahan)
pe-...-an (perasaan, pekarangan)
per-...-an (pertanian, pertandingan)
pel-...-an (pelajaran)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
5
ke-...-an) (kelainan, kematian)
ii. Apitan kata kerja
me-...-kan (memainkan, melagukan)
men-...-kan (mendermakan, mentakrifkan)
mem-...-kan (membaharukan, membaikkan)
meng-...-kan (menggunakan, mengadakan)
menge-...-kan (mengecamkan)
ber-...-kan (berbantalkan, beralaskan)
ber-...-an (berlanjutan, bermaafan)
di-...-kan (digunakan, dipanjangkan)
me-...-i (melalui, meragui)
men-...-i (mencurigai, mendendami)
mem-...-i (membaharui, mempercayai)
meng-...-i (menganggotai, menggauli)
di-...-i (didekati, dimuliai)
diper-...-kan (diperingatkan, diperdengarkan)
diper-...-i (diperingati)
memper-...-kan (memperdengarkan, memperdagangkan)
memper-...-i (memperingati)
ke-...-an (kehujanan, kepanasan)
iii. Apitan kata adjektif
ke-...-an (kecinaan, kemelayuan)
Aktiviti
1. Berikan definisi Sebutan Baku dan Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu.
2. Perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau dari segi fonologi;
i. vokal suku kata akhir terbuka
ii. vokal suku kata tertutup
iii. konsonan Melayu
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
6
BIBLIORGRAFI
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS
Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Mohd. Isa Abd. Razak, 2009. “Bahasa Pinjaman Memperkaya Bahasa Melayu” dlm.
Dewan Bahasa. 53(7):20–23.
Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin, (2000). Asas Fonetik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka
Radiah Yussoff dan Nor „Aini Ismail. 2005. Linguistik Pengenalan. Selangor: Prentice Hall
Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya: Agensi
Penerbitan Nusantara.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Teoh Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Yunus Maris, 1980. The Malay Sound System. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
PANEL PENULISAN MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU)
NAMA KELAYAKAN
Dr MARIDAH BT. ALIAS Pensyarah Cemerlang Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar Seremban
Kelayakan PhD. (Bahasa dan Sastera), UPM Master Sastera, UPM Bacelor Pendidikan (PBMP), UPM Sijil Perguruan Khas (Pengajian Melayu) Sijil Perguruan (Pengajian Melayu) Pengalaman Guru Bahasa Melayu : 15 tahun Pensyarah Bahasa Melayu: 8 tahun
Dr. FARIDAH BT NAZIR Ketua Unit Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar Seremban
Kelayakan PhD (Bahasa Melayu), UKM Master Sastera (Bahasa Melayu) Ijazah Sarjana Muda Sastera Diploma Pendidikan (Bahasa Melayu) Pengalaman Guru Bahasa Melayu: 7 tahun Pensyarah Bahasa Melayu: 8 tahun
52
PANEL PENILAI MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG)
(BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
ENCIK SARDI BIN AHMAD Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Ensteks, Nilai Negeri Sembilan e-mel : [email protected]
Kelulusan:
Master Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
Bachelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa
Malaysia sebagai Bahasa Pertama)
Sijil Perguruan (Pengajian Melayu dan Ilmu
Alam)
Pengalaman:
Guru Bahasa Melayu (24 tahun) Pensyarah di IPG (sejak 2004 hingga kini)
PUAN TUAN ZAINAB BINTI WI Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai Kuala Lumpur e-mel: [email protected]
Kelulusan: Ijazah Sarjana Pengajian Melayu (Kesusasteraan Melayu) Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa Melayu) Sijil Perguruan Khas (Kesusasteraan dalam Pendidikan Bahasa Melayu) Sijil Perguruan Asas (Bahasa Melayu dan Sejarah) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (SM) (21 tahun) Pensyarah di IPG (6 tahun)
PN. MASTURA BINTI MOHAMED
BERAWI
Pensyarah, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan e-mel : [email protected]
Kelulusan:
Master Bahasa Melayu
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
(Linguistik dan Komunikasi)
Sijil Perguruan Asas (Bahasa Melayu) Pengalaman:
Guru Bahasa Melayu (15 tahun) Pensyarah di IPG (sejak 2007 hingga kini)