PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH MODUL SAINS PENDIDIKAN RENDAH SCE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa Jun 2011 Edisi September 2014 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
MODUL SAINS PENDIDIKAN RENDAH
SCE3133
PENYELIDIKAN TINDAKAN I
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa Jun 2011
Edisi September 2014
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN
ii
Edisi September 2014 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Edisi September 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii
Cetakan Jun 2013 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
v
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran agar boleh
belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara
formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa
dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda
untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran dan masa
anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang telah dipelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa
yang telah dibaca. Latihan-latihan ini perlu dibincang dengan orang lain seperti rakan
anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Selain itu, soalan untuk interaksi atas talian juga disediakan untuk pelajar
berinteraksi dengan pensyarah secara tidak bersemuka yang diperlukan oleh pelajar
PPG yang menggunakan mod Jarak Jauh.
Modul ini adalah untuk keseluruhan tiga jam kredit bersamaan dengan 10 jam
interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Walau bagaimanapun, anda boleh
berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat
masalah berhubung dengan modul ini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan
kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
PANDUAN PELAJAR
vi
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.
8. Anda juga boleh berbincang atas talian untuk memantapkan kefahaman
anda.
9. Sekiranya terdapat masalah sehingga interaksi bersemuka dijalankan, anda dikehendaki berbincang semasa interaksi tersebut bersama rakan anda dengan dibantu oleh pensyarah.
vii
Pengenalan
Kursus Penyelidikan Tindakan 1 - XXX Pendidikan Rendah (Kaedah) (XXX3133) merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh.
Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang
meliputi:-
Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan
Jenis Penyelidikan dan Pengenalan kepada Pelbagai Jenis Reka
Bentuk Penyelidikan
Prosedur Penyelidikan Pendidikan
Penyelidikan Tindakan: Konsep dan Model
Penyelidikan Tindakan: Proses
Penyelidikan Tindakan: Rancangan dan cadangan
Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data
Penyelidikan Tindakan: Pertimbangan Semasa Mengumpul Data
Penyelidikan Tindakan: Analisis Data
Interpretasi Data Penyelidikan Tindakan
Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan
Penulisan Artikel Penyelidikan Tindakan
Cara-cara Menyebarkan Data Penyelidikan Tindakan
Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan
aktiviti bagi setiap tajuk dan pada akhirnya pula para pelajar akan
melaksanakan latihan dan aktiviti berdasar modul ini sebagai memenuhi
aspek penilaian dalam proses pelengkap modul akses kendiri ini.
Nama Kursus : Penyelidikan Tindakan 1 - Pendidikan Rendah (Kaedah) Kod : SCE3133 Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 interaksi yang merangkumi 13 tajuk/topik. Jadual di
bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi pembelajaran melalui modul.
INTERAKSI TAJUK / TOPIK KANDUNGAN
JUMLAH JAM MENGIKUT
PRO FORMA KURSUS
1 (2 jam)
1. Pengenalan kepada
Kaedah
Penyelidikan dalam
Pendidikan
Tujuan penyelidikan dalam pendidikan
Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan
Pendekatan penyelidikan dalam pendidikan - Pendekatan positivist
(kuantitatif)
- Pendekatan interpretatif (kualitatif)
Etika dalam penyelidikan dalam pendidikan
- Aspek-aspek penting dalam etika penyelidikan
- Kod etika
9
2. Jenis Penyelidikan
dan Pengenalan
kepada Pelbagai
Jenis Reka Bentuk
Penyelidikan
- Penyelidikan asas - Penyelidikan gunaan - Penyelidikan tindakan - Penyelidikan penilaian
dengan lengkap. Terdapat perbezaan antara menganalisis data dan ini bergantung
kepada sama ada penyelidikan yang dilakukan itu adalah penyelidikan kualitatif atau
kuantitatif. Data yang dikumpul juga boleh berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Oleh itu
jelaskan perinciannya.
6.3.9 Jadual Kerja
Jadual kerja perlu dirancang dan dibina untuk membolehkan penyelidikan dijalankan
mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan. Contoh jadual kerja adalah seperti berikut:
BIL AKTIVITI TARIKH
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Feb – Mac
2 Menulis proposal kajian April
3 Merancang tindakan April
4 Melaksanakan tindakan 1 2 – 31 Mei
5 Analisis tindakan 1 4 – 6 Jun
6 Analisis pencapaian murid dalam peperiksaan pertengahan
tahun
5 – 8 Julai
7 Melaksanakan tindakan 2 1 – 30 Ogos
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
63
8 Analisis tindakan 2
9 Analisis pencapaian murid dalam ujian setara 2 10 – 12 Oktober
10 Refleksi kajian 15 Oktober
11 Menulis laporan kajian
Jadual 1 Contoh jadual kerja
6.3.10 Perbelanjaan
Rangkakan cadangan perbelanjaan yang akan digunakan sepanjang penyelidikan dan
tindakan yang akan dilakukan. Berikut adalah contoh tentang jangkaan perbelanjaan.
BIL BAHAN KOS (RM)
1 Kertas A4 (5 rim) 50.00
2 Bahan cetakan riso 50.00
3 Dakwat setakan komputer 150.00
4 Lain-lain 50.00
JUMLAH RM300.00
Jadual 2 Contoh perbelanjaan
6.3.11 Sumber rujukan
Senarai sumber rujukan atau bibliografi perlu dibuat untuk menyatakan sumber-sumber
rujukan yang telah diambil untuk menyokong penyelidikan. Senarai ini membolehkan
pembaca membuat rujukan berkaitan perkara yang dituliskan menurut pandangan orang
lain atau penulis asal bahan rujukan. Ia juga merupakan satu cara menunjukkan bahawa
penyelidik bertanggungjawab dengan perkara yang dikemukakan di samping untuk
mengelakkan amalan palagiat. Sekiranya tinjauan literatur ditulis mengikut gaya dan
format APA, maka sumber rujukan juga perlulah ditulis mengikut format APA.
6.3.12. Reka bentuk ujian
Penyelidk perlu mengemukakan secara terperinci reka bentuk penyelidikan yang
digunakan itu merupakan rekabentuk kualitatif ( etnografi, fenomena, kajian kes) atau
kuantitatif (korelasi, expost-facto) atau eksperimental(eksperimen sebenar, kuasi
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
64
eksperimen atau pre eksperimen). Sekiranya penyelidik menggunakan penyelidikan
eksperimental , nyatakan juga bentuk rawatan yang akan digunakan.
Latihan
Apakah yang anda faham mengenai cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan
dan sejauh mana ia dapat membantu anda dalam mengatasi masalah penyelidikan tindakan
anda.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
63
TAJUK 7
PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA
7.1 Sinopsis
Tajuk ini disusun bagi membolehkan pelajar mengetahui kaedah-kaedah yang boleh digunakan bagi
mengumpulkan data dalam Kajian Tindakan. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kelemahan. Ia
digunakan mengikut kesesuaian berdasarkan fokus kajian yang dijalankan.
7.2 Hasil Pembelajaran
i. Menjelaskan kaedah-kaedah kajian tindakan
ii. Mengaplikasi Kajian Tindakan dalam bidang pendidikan.
7.3 Kerangka Konsep Tajuk 7
KAEDAH PENGUMPUL
AN DATA
PEMERHATIAN
DOKUMEN
TEMU BUAL
SENARAI SEMAK
RAKAMAN
LOG
NOTA LAPANGAN FOTO
PORTFOLIO
REKOD ANEKDOT
SLAID
JURNAL
DIARI
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
64
7.3.1 Kaedah Pengumpulan Data
Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan tindakan sperti yang terdapat di
dalam kerangka konsep.
7.3.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian adalah suatu kaedah penyelidikan yang penting. Kaedah itu memerlukan pengkaji
mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang luas untuk membuat
pemerhatian situasi yang sebenar.
Lazimnya, pemerhatian melibatkan bukan sahaja aktiviti meneliti situasi atau kejadian tetapi juga
aktiviti berfikir secara original dan kritikal. Ia memerlukan pengkaji yang mempunyai kecekapan
mengesani peristiwa yang signifikan. Maka, ia adalah satu aktiviti di mana kemahiran tinggi
pengkaji sangat diperlukan.
7.3.1.1.1 Kebaikan Menjalankan Pemerhatian
(a) Aspek-aspek sahsiah yang penting biasanya dapat ditentukan dengan lebih berkesan melalui
pemerhatian. Setiap tingkah laku seseorang secara langsung dibandingkan kajian melalui
soal selidik atau temu bual.
(b) Aspek-aspek fizikal sesebuah bangunan, seseorang pelajar, atau seseorang guru biasanya
dapat dikaji dengan membuat pemeriksaan, ukuran, taksiran, dan bandingan dengan satu-satu
piawai melalui pemerhatian langsung.
(c) Pemerhatian secara langsung diperlukan bagi mengkaji aktiviti-aktiviti fizikal seperti
permainan, sukan, dan kerja amali.
(d) Pemerhatian bilik darjah boleh digunakan oleh penyelidik untuk membuat analisis terhadap
keberkesanan sesuatu pengajaran dan cara memperbaikinya.
7.3.1.1.2 Pemerhatian secara langsung (direct observation)
Pemerhatian boleh dilakukan tanpa atau dengan bantuan alatan teknikal seperti mencatatkan nota
tentang pergerakan guru dan pelajar ataupun merakamkan pemerhatian dengan menggunakan alat
instrumen seperti borang pemerhatian; alatan electronik seperti perakam video, kamera atau pita
rakaman audio. Bahan sokongan atau bantuan pemerhatian itu boleh digunakan sebagai sumber
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
65
yang berguna untuk menganalisis data selepas pemerhatian. aspek-aspek yang perlu sebelum
melakukan pemerhatian
7.3.1.1.3 Tumpuan pemerhatian
Beberapa persoalan perlu diambil perhatian sebelum melakukan pemerhatian. Antaranya ialah:
Siapakah yang akan membuat pemerhatian?
Siapa atau apa yang akan diperhatikan?
Di tempat-tempat manakah pemerhatian akan dilaksanakan? (elok adakan pemerhatian di
beberapa tempat dan situasi untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat)
Bilakah pemerhatian akan dijalankan? (elok adakan pemerhatian pada masa-masa yang
berlainan untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat)
Bagaimanakah pemerhatian itu akan dicatatkan atau dirakamkan?
Apakah prosedur yang patut diikut untuk memastikan pemerhatian itu boleh dipercayai
(reliable) dan ada keesahan (valid)?
Apakah teknik pemerhatian yang paling sesuai untuk keadaan bilik darjah yang dikaji?
(Eloklah data-data penting yang dikutip semasa pemerhatian mesti dicatat dengan serta
merta sekurang-kurangnya dalam bentuk nota)
7.3.1.1.4 Panduan Untuk Melaksanakan Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas.
Terangkan dengan tepat perkara-perkara berikut:
Apa yang dikatakan oleh guru atau pelajar?
Apa yang dilakukan oleh guru atau pelajar?
Apakah tugas-tugas yang diberikan kepada pelajar-pelajar dan muka surat buku teks yang
diguna?
Gunakan singkatan untuk perkataan yang sentiasa digunakan (contohnya: P untuk pelajar, G
untuk guru).
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
66
Dalam kaedah ini, selalunya pemerhati menggunakan diagram atau borang tertentu. Contohnya
pemerhati menyediakan borang tentang apa yang ingin diperhatikan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sama ada sikap pelajar, cara dan teknik guru mengajar atau sebagainya
dan borang ini akan ditanda oleh pemerhati itu sendiri semasa tempoh P & P itu berlangsung.
Selepas pemerhatian, semakan perlu dilakukan untuk membetulkan kesilapan yang dibuat atau
untuk membuat komen. Nota tambahan nota dipelukan bagi menyatakan perasaan akan sesuatu
peristiwa atau sesuatu idea baru. Bezakan catatan yang menggambarkan apa yang sebenarnya
berlaku dan tafsiran yang dibuat mengenai sesuatu situasi.
7.3.2 Dokumen
Dokumen adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu (Noeng,
2000; Nana, 2005; Sudarwan, 2005). Analisis dokumen digunakan untuk membantu penyelidik
mendapatkan data secara objektif melalui dokumen serta tidak memerlukan kehadiran informan dan juga
dapat memberikan data yang konsisten kerana segala data diperoleh secara tersurat dan dapat digunakan
untuk memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh daripada analisis soal selidik (Frankel,
2007). Penggunaan dokumen dalam penyelidikan adalah mendukung dan menambah bukti daripada
sumber-sumber lain.
Terdapat tiga penggunaan kaedah dokumen dalam penyelidikan:-
a) Membantu memeriksa data-data yang telah dikumpulkan
b) Dapat menambah rincian khas lainya guna mendukung maklumat daripada sumber-sumber lain,
jika bukti dokumen bertentangan dan bukanya mendukung, penyelidik mempunyai alasan untuk
mengkaji lebih jauh tentang kajian yang sedang dilaksanakan
c) Inferensi dapat dibuat dari dokumen-dokumen (Robert, 1996).
7.3.3 Temubual
Temubual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji meneroka dan
mendapatkan maklumat kajian secara mendalam.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
67
Seringkala dalam kajian, ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian,
dokumentasi ataupun catatan dairi seseorang. Pengkaji perlu berhubung melakukan hubungan "face-to-
face"
Dalam Kajian Tindakan, peserta-peserta yang penting ditemubual adalah
1. murid-murid sekolah,
2. guru-guru yang mengajar matapelajaran yang sama,
3. rakan sejawat yang sesekolah,
4. pihak pentabir sekolah (contohnya: guru besar, penolong kanan) dan
5. pemerhati yang turut serta dalam kajian.
Mereka perlu ditemubual untuk mengetahui perasaan dan pendapat serta sikap mereka terhadap kajian
dan tindakan yang diambil. Misalnya, apabila pengkaji ingin mengetahui perasaan pelajar-pelajar secara
mendalam atau meneroka idea mereka, maka adalah penting pengkaji itu berhubung dengan peserta untuk
tujuan soal jawab; berbual-bual ataupun berbincang.
7.3.3.1 Kebaikan Menjalankan Temu bual
a. Sesuai bagi responden yang tidak boleh membaca atau yang mempunyai kecerdasan yang
terhad.
b. Seseorang itu biasanya lebih suka bercakap daripada menulis.
c. Mudah bagi penyelidik menerangkan tujuan sesuatu soalan untuk mendapat jawapan yang
tepat daripada responden.
d. Keikhlasan seseorang responden memberi jawapan dapat dilihat daripada perbincangan
berdepan.
e. Responden tidak dapat membetulkan semula jawapan yang telah diberikan terdahulu jika
soalan yang berikutnya boleh mendorong responden mengubahsuai jawapan yang telah
diberikan.
7.3.3.2 Perancangan untuk Menemu Bual
a. Tentukan tujuan dan maklumat yang hendak diperolehi daripada responden.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
68
b. Sediakan rangka soalan dengan teratur dan komen-komen yang boleh meransang responden
mengeluarkan maklumat
c. Tentukan cara mencatat jawapan yang diberikan.
7.3.3.3 Perkara yang Dititikberatkan Semasa membuat Temubual
a. Mendapatkan kerjasama daripada kumpulan atau orang perseorangan yang ditemubual. Oleh
itu penyelidik perlu memupuk hubungan baik dengan responden. Ini memerlukan kemahiran
dan kesenian seseorang.
b. Mengemukakan soalan-soalan yang menarik dan yang boleh meransang responden member
komen dan penerangan
c. Alat yang digunakan merakam jawapan sepatutnya tidak mengalih perhatian responden.
7.3.3.4 Cara Mencatat Atau Merakam Jawapan Temu bual
a. Menggunakan alat rakaman yang boleh mengekalkan keaslian jawapan responden seperti
memperdengarkan nada suara seseorang samada beremosi atau tidak.
b. Catatan jawapan boleh dibuat secara serentak atau selepas temubual dilakukan. Kedua-dua
cara mempunyai kebaikan dan kelemahan. Cara pertama boleh member catatan yang
lengkap tetapi boleh mengganggu responder sementara cara kedua boleh
memberi kesan sebaliknya. Walau apa cara pun, penyelidik harus membuat berapa latihan.
c. Penemu bual mungkin tidak perlu mencatat jawapan-jawapan yang diberikan oleh
responden tetapi membuat penilaian terhadap pendapat mereka. Dalam hal ini, adalah baik
jika penilaian dibuat selepas temubual dijalankan atau seIepas mendengar semula rakaman
yang dibuat.
7.3.3.5 Jenis-jenis Teknik Temubual
Lazimnya, terdapat dua teknik temubual iaitu temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur.
i. Teknik Temubual Berstruktur
Temubual berstruktur adalah aktiviti perbualan dan soaljawab di mana bentuk dan kandungan
soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
69
sahaja. Misalnya, satu sin soalan yang bertujuan mendapatkan maklumat tentang cara guru
membetulkan kesilapan ejaan pelajar dibentuk atau gubah terlebih dahulu agar pengkaji dapat
menyoal peserta atau respondan secara sistematik.
Contohnya:
adakah anda membetulkan semua kesilapan ejan pelajar
adakah anda pernah mendenda pelajar yang membuat kesilapan ejaan ?
jika ada, apakah denda yang anda gunakan ?
siapakah pelajar yang selalu didenda ?
ii. Teknik Temubual Tidak Berstruktur
Temubual tidak berstruktur merupakan aktiviti perbualan dan soaljawab yang mementingkan
penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapatkan fakta-fakta tertentu. Soalan-soalan
terbuka (open-ended questions) dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperolehi dan peserta
atau respondan.
Contohnya:
adakah apa-apa yang anda hendak beritahu kepada kami
apakah perasaan anda pada masa itu ?
mengapa anda rasa begitu ?
apakah pandangan atau pendapat anda ?
Kelebihan teknik temubual tidak berstruktur ini adalah is memberi peluang pengkaji meneroka
secara mendalam dan memberi kesempatan kepada peserta mengambil masa berfikir, berbual-
bual dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri. Adakalanya, peserta boleh
meminta penjelasan dan pengkaji ataupun menyoal pengkaji.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
70
Temubual tidak berstruktur itu lazimnya diadakan dalam situasi yang tidak formal. Pada masa
temubual itu, pengkaji boleh juga melakukan pemerhatian tentang tingkahlaku peserta dan
memberi komen serta menyoal secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah
disediakan terlebih dahulu.
7.3.3.6 Cara Merekod Temubual
Semasa mengadakan temubual adalah penting pengkaji mengambil tindakan merekod dialog atau
perbualan melalui cara-cara tertentu.
Pengkaji boleh menggunakan rakaman audio kalau pita rakaman itu tidak mengganggu aktiviti
atau situasi temubual.
Pengkaji boleh juga mengambil masa membuat catatan rengkas kata-kata atau jawapan peserta
dan jika perlu transkrip temubual boleh diperolehi kemudian sebagai bahan sokongan kajian
temubual yang lebih teliti. Rekod-rekod mengenai tarikh, situasi dan kandungan soalan dan
jawapan dalam temubual itu eloklah disimpan dalam diari pengkaji.
Boleh berlaku samada secara individu iaitu pemerhati dengan pelajar atau pun guru atau secara
berkumpulan iaitu terdiri daripada 3 atau 4 orang untuk memudahkan sesi temubual. Sebaiknya
rakaman perbualan dilakukan atau pun boleh hanya dicatat pada kertas.
7.3.4 Senarai Semak, Soal Selidik Dan Inventori
Senarai semak merupakan satu lagi contoh borang siasatan. Senarai semak mengandungi satu senarai
butiran untuk diperiksa oleh responden. Responden tidak perlu memberi pertimbangan. Mereka hanya
perlu memberi fakta sebenar. Senarai semak ialah satu rangkaian jawapan kepada soalan. Senarai semak
yang sesuai digunakan harus bersifat terbuka dan kurang berstruktur. Soal selidik pula adalah satu set
soalan yang diberikan kepada orang lain dan meminta mereka menjawabnya. Dalam soal selidik tersebut
terdapat beberapa soalan dan pilihan jawapan atau pertanyaan. Manakala inventori ialah senarai
pernyataan tentang situasi yang mungkin bersetuju atau tidak. Antara kategori yang terdapat di dalamnya
ialah seperti : sangat setuju - setuju - tidak yakin - tidak setuju - sangat tidak bersetuju.
7.3.4.1 Panduan membina senarai semak
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
71
a. Kaji beberapa senarai semak yang telah dirancang oleh penyelidik yang lepas dan tentukan
butiran yang diperlukan dalam kajian.
b. Susun butiran itu mengikut kategori yang dikelaskan berdasarkan struktur logikal atau
psikologikal. Butiran yang berkaitan dikelaskan bersama.
c. Empat cara menyusun butiran senarai semak ialah:
Menyenaraikan semua butiran yang terdapat dalam satu-satu. Misalnya:
Tandakan (^) di ruang kosong bagi aktiviti yang terdapat di sekolah tuan.sukan, kebun,
pementasan, muzik, perbahasan dan sebagainya.
Minta responden memberi jawapan ya/tidak. Misalnya: "Adakah sekolah anda mempunyai
Persatuan Pelajar? Ya! Tidak"
Minta responden memberi tanda (^) bagi kenyataan positif. Misalnya: "Sebahagian pelajar
wanita di sekolah ini beragama Islam .... ( )"
Bulatkan atau gariskan jawapan yang sesuai bagi kenyataan yang diberikan. Misalnya:
"Persatuan muzik mengadakan perjumpaan: setiap minggu, dua minggu sekali, setiap bulan,
tidak tentu masa".
(c) Butiran yang mempunyai ciri pengasingan (diskriminasi), misalnya: "Adakah sekolah anda
mempunyai perpustakaan?"
Diperbaiki menjadi:
"Adakah sekolah anda mempunyai perpustakaan yang mengandungi sekurang-kurangnya sebuah buku
bagi seorang pelajar?"
(d) Senarai semak mestilah lengkap dan komprehensif.
7.3.5 Rakaman Pita Video Dan Transkrip
Rakaman sangat berguna apabila memerlukan rakaman data yang spesifik iaitu seperti butir-butir
percakapan komunikasi antara pelajar dan guru semasa sesi pembelajaran.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
72
Penggambaran video untuk Kajian Tindakan memerlukan bantuan seorang rakan kajian (research partner)
untuk melaksanakan sesi penggambaran. Penggambaran video dapat mengesan data-data yang berupa
perlakuan guru, perlakuan pelajar atau fakta-fakta lain yang gagal dikesan oleh guru.
Rakaman Pita juga berguna untuk mengukur dan menilai kegiatan seseorang individu atau kumpulan
dalam sesuatu aktiviti.
Transkrip perbualan pelajar-pelajar merupakan petunjuk yang berkesan untuk menilai kefahaman pelajar-
pelajar mengenai pemahaman sesuatu konsep.
Cadangan Untuk Membuat Transkrip
Dengar segala rakaman untuk mendapatkan gambaran menyeluruh.
Dengar rakaman untuk kali kedua dan buat nota ringkas dan catatkan nombor pada kaunter
tape/pita supaya mudah membuat rujukan sernula.
Daripada nota ringkas, pilih bahagian yang penting kepada persoalan kajian dan membuat
transkrip yang lengkap.
7.3.6 Log
Log ialah catatan peristiwa atau aktiviti mengikut turutan kronologi yang dicatatkan seara ringkas dan
bersifat fakta.
7.3.7 Nota lapangan
Catatan yang dibuat semasa menjalankan temubual atau pemerhatian.
7.3.8 Foto
Rakaman gambar sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti untuk dilihat perbezaannya.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
73
7.3.9 Portfolio
Satu koleksi bahan-bahan termasuk contoh dan sampel kerja merangkumi skop program atau aktiviti.
7..3.10 Rekod Anekdot
Rekod anekdot adalah rekod tentang satu sahaja peristiwa. Ia juga merupakan satu catatan ringkas
tentang suatu kejadian atau tingkah laku yang penting sahaja . Ia menerangkan secara fakta di mana,
bagaimana, bila, apa, dan siapa secara objektif akan peristiwa/kejaidian yang berlaku. Antara maklumat
yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku,
ulasan,cadangan atau tindakan oleh guru.
Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menulis:
a) Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang.
b) Pelajar yang diperhatikan tidak perlu ditentukan.
c) Perkara tersebut penting dan signifikan dalam aspek perkembangan pelajar.
Contoh: perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan
sebagainya.
7.3.11 Slaid
Slaid yang menunjukkan perubahan yang telah berlaku dalam tempoh penyelidikan seperti perkembangan
pembelajaran.
7.3.12 Jurnal
Jurnal ialah catatan berkala dan berterusan mengikut persepsi seseorang berfokus kepada sesuatu isu
tertentu, maklumat yang dicatatkan bukan hanya perihal peristiwa penting tetapi juga merangkumi segala
pemerhatian, perasaan, reaksi, pandangan, interpretasi, hipotesis, hasil refleksi, analisis dan komen.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
74
7.3.13 Menulis Diari
Catatan diari adalah satu cara yang penting untuk mengutip data dalam Kajian Tindakan. Catatan
mengenai pemerhatian, perasaan, tindakan, hipotesis dan penyelesaian sesuatu situasi boleh dibuat. Kita
boleh menggunakan cara tersendiri untuk catatan diari.
Terdapat dua jenis catatan dairi: diari guru dan diari pelajar. Berikut adalah panduan untuk menulis diari:
1. Catatan Diari Guru
Catatan diari harus sentiasa dilakukan. Contohnya, selepas sesuatu pengajaran yang satu strategi
khas telah digunakan atau selepas bermesyuarat dengan kelas yang bermasalah.
Dalam amalan catatan diari, tinggalkan margin yang leas untuk merekodkan segala perubahan,
tambahan nota atau rujukan kepada bahagian lain di diari.
Setiap catatan diari mesti ada:Tarikh peristiwa berlaku dan tarikh catatan dibuat.
Maklumat tentang masa, lokasi, responden, fokus kajian dan lain-lain yang penting kepada kajian.
Catatan diari harus ada tajuk besar, tajuk kecil dan gariskan bahagian-bahagian penting untuk
menyenangkan silang rujukan.
Bahan-bahan penting seperti gambar, salinan dokumen, kerja pelajar dan lain-lain boleh dilekat
dalam diari untuk rujukan.
Dari semasa ke semasa analisis catatan diari harus dilakukan untuk mengetahui sama ada isu
kajian itu dapat dijawab melalui data yang dikutip dan apakah data yang masih perlu dikutip.
Analisis catatan yang dilakukan akan membantu dalam rancangan tindakan susulan
Perbincangan catatan diari dengan seorang rakan kajian akan membolehkan kita mendalami
situasi / isu yang dikaji.
2. Catatan Diari Pelajar
Catatan diari pelajar merupakan sumber yang menarik sebagai data atau makiumat.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
75
Catatan pelajar akan memberi pandangan yang berbeza daripada pandangan guru mengenai isu
yang sama.
Catatan diari pelajar juga membekalkan guru dengan maklum balas yang ikhlas untuk mengetahui
tentang suasana bilik darjah dan kemajuan pelajar-pelajar.
Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar akan menulis tentang guru-guru secara bebas sekiranya
mereka percaya pada guru itu.
7.4 KESIMPULAN:
Kejayaan sesuatu penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja bergantung kepada pelaksanaan yang telah
difikirkan dengan teliti, tetapi juga bergantung kepada penyelarasan dan pengawasan setiap aktiviti
dengan baik.
LATIHAN
1. Jelaskan bagaimanakah kajian tindakan dilakukan melalui kaedah pemerhatian.
2. Bincangkan apakah kekuatan kaedah pemerhatian
OLL
Hasilkan dalam bentuk grafik kekuatan dan kelemahan menggunakan kaedah mengumpul data melalui
catatan diari.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
76
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
77
TAJUK 8
PENYELIDIKAN TINDAKAN: PERTIMBANGAN SEMASA MENGUMPUL DATA
8.1 Sinopsis
Setelah kita mengenal pasti kaedah yang digunakan dalam mengumpul data, kita perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya dilakukan semasa mengumpul data tersebut.
8.2 Hasil Pembelajaran
i. Menjelaskan pertimbangan yang sewajarnya dilakukan semasa mengumpul data. ii. Menjelaskan tentang pensampelan, bias, kesahan dan kebolehpercayaan. iii. Menerangkan etika ketika mengumpul data.
8.3 Kerangka Konsep Tajuk 8
Rajah 1 :Lima Kerangka Konsep Tajuk 8.
Pertimbangan
Pengumpulan Data
Kesahan Bias Persampelan Kebolehpercayaan Etika
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
78
8.3.1 Populasi dan Persampelan
Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai: "Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan". Manakala sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan kita pilih serta perbelanjaan kajian.
Contohnya: Kita ingin memilih sampel daripada murid-murid tahun 1 di sebuah sekolah. Anda sebagai seorang guru, pertama sekali perlu menentukan populasi kajian, iaitu murid-murid Tahun 1. Selepas itu, anda perlu menentukan saiz sampel, misalnya, daripada 200 orang murid Tahun 1, anda memerlukan 30% daripadanya, iaitu 60 orang murid. Bagi Iangkah ketiga, anda perlu memilih 60 orang murid daripada 200 orang secara rawak. Anda boleh menggunakan salah satu daripada empat (4) kaedah yang dinyatakan sebelum ini. Kaedah-kaedah tersebut dihuraikan dalam bahagian berikut.
Rajah 2 : Jenis Pemilihan Sampel.
a. Rawak Mudah
Persampelan rawak mudah (PRM) adalah satu proses pemilihan sampel di mana semua individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Persampelan rawak mudah merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan sampel yang mewakili populasi. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa Iangkah tertentu, seperti berikut:
a. Kenalpasti populasi dan berikan definisinya (misalnya, murid-murid Tahun 1).
b. Tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka (misalnya, 250 orang).
c. Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi (misalnya, 000 hingga 249).
d. Tentukan saiz sampel (misalnya, 50 orang, iaitu 20% daripada populasi).
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
79
e. Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi yang bernombor sama dengan nombor daripada JNR ini sebagai sampel kajian, dan ulang cara ini sehingga mendapat 50 orang sampel.
b. Rawak Berstrata
Persampelan rawak berstrata (PRS) adalah satu proses pemilihan sampel di mana populasi kajian dibahagikan kepada beberapa strata/kumpulan kecil [misalnya, murid lelaki pandai (MLP), murid lelaki Iemah (MLL), murid perempuan pandai (MPP), perempuan Iemah (MPL)] dan semua individu dalam setiap strata mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kelebihan PRS berbanding PRM ialah penggunaan PRM Iebih meyakinkan kita untuk mendapat perwakilan daripada setiap strata populasi mengikut peratusan bilangan ahli-ahli dalam strata tersebut. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa Iangkah tertentu, seperti berikut:
(i) & (ii) sama seperti teknik PRM.
(iii) Bahagikan populasi kepada strata tertentu (misalnya, MLP, MLL, MPP, MPL).
(iv) Tentukan bilangan ahli populasi dalam setiap strata (misalnya, MLP 50 orang, MLL 70 orang, MPP 100 orang, MPL 30 orang).
(v) Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi dalam setiap strata (misalnya, MLP 00-49, MLL 00-69, MPP 00-99, MPL 00-29).
(vi) Tentukan saiz sampel bagi setiap strata (misalnya, 10 orang MLP, 14 orang MLL, 20 orang MPP, 6 orang MPL, iaitu 20% daripada populasi dalam setiap starata).
(vii) Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi daripada setiap strata sehingga mendapat saiz sampel yang dikehendaki.
c. Persampelan Sistematik
Persampelan sistematik (PS) adalah satu proses persampelan, di mana setiap ahli populasi diberi nombor berturutan, dan sampel dipilih dengan mengambil ahli populasi yang bernombor dengan selang tertentu; misalnya nombor 5, 10, 15, 20, sehingga saiz sampel yang dikehendaki diperoleh. Kelebihan PS berbanding PRM dan PRS ialah PS Iebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun kaedah ini tidak memberi peluang yang sama kepada setiap ahli populasi untuk dipilih. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa Iangkah tertentu, seperti berikut:
(i), (ii), (iii) & (iv) sama seperti teknik PRM.
(v) Untuk mendapatkan selang nombor, kita bahagikan saiz populasi dengan saiz sampel (misalnya, 250/50 = 5).
(vi) Untuk mendapatkan sampel, kita boleh memilih ahli-ahli nombor 4, 9, 14, 19, ..., 249; yang akhirnya kita akan dapat 50 orang murid sampel.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
80
d. Persampelan Kelompok
Persampelan kelompok (PK) adalah satu proses persampelan, di mana ahli-ahli populasi berada dalam kumpulan-kumpulan tertentu, dan pemilihan sampel dibuat dengan; pertama memilih beberapa kumpulan secara rawak dan kedua, mengambil semua ahli daripada kumpulan-kumpulan ini sebagai sampel kajian. Kelebihan PK berbanding PRM, PRS dan PS ialah ia Iebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun kaedah ini tidak memberi peluang yang sama kepada setiap ahli populasi untuk dipilih. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu, seperti berikut:
(i) Sama seperti PRM.
(ii) Tentukan bilangan ahli populasi dan ahli sampelnya (misalnya, 250 orang populasi, 50 orang sampel).
(iii) Tentukan bilangan kumpulan populasi ini dan berikan nombor kepada setiap satunya (misalnya, 10 kelas yang setiap satunya mengandungi 25 orang murid).
(iv) Tentukan bilangan kumpulan populasi yang perlu dipilih sebagai sampel dan pilih kumpulan-kumpulan ini dengan menggunakan nombor rawak (misalnya, kita perlukan dua kumpulan untuk mendapat 50 orang sampel).
(v) Ambil semua ahli daripada setiap kumpulan yang dipilih untuk dijadikan sampel kajian.
8.3.2 Kebolehpercayaan
Isu-isu yang berhubung dengan kepercayaan kajian ialah dari segi:
(1) Alat yang digunakan dalam kajian;
(2) Proses mengutip data; dan
(3) Kaedah analisis data.
Rumus yang dipakai adalah: kebolehpercayaan dan kesahan, keduanya berorientasikan proses.
Terdapat tiga (3) jenis kebolehpercayaan; iaitu kestabilan (stability), kesetaraan (equivalence) dan ketekalan dalaman (internal consistency), seperti yang ditunjukkan dalam Rajah ini.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
81
Rajah 3 : Jenis Kebolehpercayaan.
a. Kestabilan
Kebolehpercayaan kestabilan ialah ukuran ketekalan (consistency) mengikut peredaran masa bagi sampel yang sama. Ini bermakna alat/ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama dari masa ke masa bagi responden yang sama. Indeks kebolehpercayaan kestabilan ialah korelasi antara skor ujian kali pertama dengan skor ujian kali kedua.
Nilai kebolehpercayaan boleh membantu kita menentukan sejauh mana berasa yakin membuat ramalan markah yang akan diperoleh oleh pelajar pada satu masa yang akan datang. Nilai r bergantung juga pada jarak masa ujian itu diberikan
b. Kesetaraan
Kebolehpercayaan kesetaraan ialah ukuran kesetaraan antara skor bagi dua (2) ujian yang setara, iaitu ujian yang berbeza, tetapi mengukur kandungan yang sama.
Ini bermakna ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama sekiranya responden yang sama mengambil dua (2) ujian yang berbeza tetapi setara. Indeks kebolehpercayaan kesetaraan ialah korelasi antara skor ujian pertama dengan skor ujian kedua.
c. Ketekalan Dalaman
Kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah ukuran ketekalan antara skor separuh daripada ujian dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang sama.
Ini bermakna ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama bagi responden yang sama, sekiranya ujian tersebut dibahagikan kepada dua (2) bahagian.
Indeks kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah korelasi antara skor ujian bahagian pertama dengan skor ujian bahagian kedua.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
82
8.3.3 Kesahan
Terdapat 4 jenis kesahan iaitu:
Kesahan kandungan (content validity),
Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur kandungan bidang yang hendak diukur. Kesahan kandungan sesuatu ujian adalah penting dalam kajian disebabkan, sekiranya kesahan kandungan rendah maka markah ujian yang diperoleh tidak menunjukkan keupayaan sebenar responden bagi kandungan yang diukur. Kesahan kandungan boleh ditingkatkan dengan membandingkan item-item ujian dengan objektif dan kandungan bidang.
Kesahan hubungan kriteria (criterion-related validity),
Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk, iaitu kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity). Kesahan serentak ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil serentak. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur perkara yang sama, dikatakan lebih mudah dan lebih cepat digunakan berbanding dengan ujian sedia. Kesahan serentak boleh dikira dengan mencari korelasi antara dua skor ujian-ujian ini. Kesahan ramalan pula ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil kemudian. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur pencapaian Matematik, dikatakan dapat meramal keputusan SPM Matematik. kesahan ramalan boleh dikira dengan mencari korelasi antara skor ujian dan gred M.
Kesahan konstruk (construct validity)
Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi tertentu. Contohnya, alat yang dibina untuk mengukur konstruk "rajin" sepatutnya dapat mengukur konstruk ini dengan baik. Kesahan konstruk boleh ditingkatkan dengan memahami maksud konstruk tertentu (misalnya, maksud "rajin") dan mengetahui ciri-ciri orang yang mempunyai konstruk ini (misalnya, ciri-ciri orang yang "rajin").
Kesahan muka (face validity).
Kesahan muka bukanlah kesahan seperti yang dijelaskan, tetapi lebih kepada suatu alat/ujian "nampak pada permukaannya" dapat mengukur apa yang hendak diukur. Contohnya, bagi alat yang mengukur konstruk "rajin", kita sepatutnya nampak item-itemnya berkait dengan ciri-ciri orang yang "rajin". Kesahan muka akan memberi keyakinan kepada responden terhadap item-item yang hendak dijawab, bagaimanapun, kesahan muka mempunyai kelemahan tertentu, disebabkan responden boleh meneka jawapan yang "positif" kepada konstruk yang hendak diukur.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
83
8.3.4 Etika
Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin penyelidik perlu diberi perhatian 3 perkara berkaitan etika penyelidikan :
1) Hubungan antara masyarakat dan sains.
a. Perlukah penyelidik membuat penyelidikan yang dianggap penting untuk masyarakat (sekolah) pada sesuatu masa yang ditetapkan?
b. Perlukah pihak kerajaan atau pentadbir sekolah memberi pembiayaan untuk membolehkan penyelidikan dibuat ?
c. Perlukah penyelidik menafikan perhatian masyarakat?
2) Isu-isu professional
a. Isu etika yang dimaksudkan ialah aktiviti penipuan seperti mengubah hasil dapatan. b. Penerbitan berulang, iaitu menerbitkan data dan dapatan kajian lebih daripada satu
jurnal atau tempat , perlu dihindarkan. c. Penerbitan sebahagian iaitu penerbitan beberapa artikel daripada data yang diperolehi
dalam satu penyelidikan.
3) Layanan kepada peserta penyelidikan.
a. Peserta penyelidikan tidak seharusnya diancam secara fizikal atau psikologi semasa menjalankan kajian.
b. Peserta perlu dilayan dengan baik serta dimaklumkan tentang penyelidikan yang hendak dijalankan.
8.3.5 Bias
Bias berlaku apabila kelalaian individu yang mengendalikan penyelidikan tindakan dengan secara tidak sedar di dalam kumpulan kawalan telah mempengaruhi dapatan kajian. Bias ini boleh diatasi apabila pelaksana penyelidikan tindakan tidak menyedari kumpulan peserta sama ada kawalan atau kajian tindakan.
8.4 Kesimpulan
Kesimpulannya semasa membuat pertimbangan dalam pengumpulan data, lima aspek yang perlu diberi penekanan iaitu ; persampelan, kebolehpercayaan, kesahan, etika dan bias.
Aktiviti 7 – OLL
Berikan contoh bias yang berlaku semasa mengumpul data dalam penyelidikan tindakan.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
84
TAJUK 9
PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA
9.1 Sinopsis
Data yang dikutip perlu dimasukkan ke dalam fail data komputer dan disemak supaya apa yang dimasukkan adalah betul, sebelum analisis data dibuat. Data kualitatif dan data kuantitatif perlu dianalisis secara yang berbeza . Kajian kualitatif pula memerlukan kaedah penghuraian data yang berbeza, iaitu tidak menggunakan nombor untuk mewakilkan idea-idea, tetapi menulis huraian naratif yang panjang, yang kemudiannya disimpul dan dikelaskan mengikut variabel tertentu.
9.2 Hasil Pembelajaran
i. Menjelaskan pertimbangan yang sewajarnya dilakukan semasa mengumpul data ii. Menjelaskan tentang pensempelan, bias, kesahan dan kebolehpercayaan iii. Menerangkan etika ketika mengumpul data.
9.3 Kerangka Konsep Tajuk 9
Analisis Data
Kuantitatif
kualitatif
Kandungan
Kategori
Mengkod
Menyusun
Mengenalpasti
Menentukan kajian
susulan
Deskriptif
Frekuensi
Peratusan
Min
Mod
Median
Sisihan piawai
korelasi
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
85
9.3.1 Data Kualitatif
Pengkaji kualitatif menganalisis data dengan menggunakan Iangkah-Iangkah berikut:
i. Menyedia dan menyusun data untuk dianalisis. ii. Menghurai dan membina tema daripada data. iii. Melaporkan dapatan kajian. iv. Menafsirkan (interpreting) dapatan kajian. v. Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian.
Creswell (2002: 258) meringkaskan tatacara am penganalisisan data kualitatif seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5. Mengikut tatacara ini, selepas pengkaji mengutip data, dia perlu menyediakan data untuk diananlisis dengan menulis semula (transcribing) nota lapangan (field notes) dalam bahasa biasa, iaitu "membersihkan" nota lapangan supaya ia mudah difahami. Langkah kedua ialah membaca semua data ini untuk mendapatkan gambaran umum daripadanya. Seterusnya, data yang banyak ini perlu diberikan kod tertentu supaya ia mudah dirujuk semasa membuat analisis atau menulis taporan. Kod ini diberi dengan mencari bahagian-bahagian (segments) dalam teks dan memberikan kod tertentu kepadanya.
Analisis melibatkan proses menyusun data. Anda perlu menyusun data asal yang dikutip dalam bentuk, kategori dan unit deskriptif asas. Tanpa mengambil kira kaedah yang anda gunakan untuk mengutip data, lima (5) langkah berikut perlu diikuti dalam penganalisisan data:
(i) Tahap pra-analisis; a. Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan. b. Semua nota dilabelkan menurut jenis. Semua nota disusun menurut urutan
tertentu. c. Data direkod seperti yang dikehendaki. d. Sediakan dua fotokopi semua nota termasuk yang asal. e. Mengkod dan mengkod semula respons terbuka dan data yang
didokumenkan. f. Data komputer dimasukkan dalam sesuatu folder. g. Mula mengambil nota tema dan bentuk yang wujud. h. Pastikan data mudah diakses
(ii) Tahap kemasan data; a. Pada tahap kemasan data (data reduction), b. data ditranskripsikan dalam "word processing“ atau dalam format analisis
tekstual menggunakan komputer. c. Data yang telah ditranskripsikan dipermudahkan dan bersifat terfokus.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
86
(iii) Tahap pamiran data ; a. Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan. b. Data yang dipamer perlu menjelaskan analisis atau tindakan tambahan yang
perlu dibuat.
(iv) Tahap verifikasi data; a. Triangulasi data digunakan untuk verifikasi pelbagai tindakan analitik yang
diambil untuk mencapai kesimpulan. b. Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan
tepat. c. Proses dokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan dengan tepat.
(v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi). a. Penyemakan dan interpretasi dapatan b. Interpretasi melibatkna memberi makna dan signifikan kepada analisis. c. Ia melibatkan penerangan dan penetapan bentuk diskriptif dan penentuan
hubungan sesam bentuk. d. Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan interpretasi dan
disiminasi
(vi) Interpretasi a. Interpretasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda b. Interpretasi berdasarkan teori c. Interpretasi berdasarkan maklumat d. Interpretasi tertakluk kepada prinsip etika yang ketat
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
87
9.3.2 Analisis Data Kuantitatif
Biasanya alat kajian kuantitatif akan menghasilkan data yang besar saiznya. Sebagai pengkaji, anda bertanggungjawab untuk mengolah data itu kepada format yang sesuai dengan kaedah analisis data dan boleh ditafsir kemudiannya. Berikut adalah dua proses dalam menganaliss data: (a) Memproses data dari borang soal selidik (b) Memproses data dari inventori Anda perlu mengolah data kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai. Berikut adalah Iangkah-Iangkah dalam analisis data:
i. Fasa pra-analisis segala penjelasan tentang variabel kajian hendaklah dibaca dan difahami, dikemaskini, dan disempurnakan. Anda mesti yakin yang pemboleh ubah penting/utama dilabel dengan betul mengikut jenis atau kategori. Mereka hendaklah disusun tertib mengikut keperluan teori analisis.
Seperti yang dinyatakan dalam topik lepas, data dikutip dan dikemaskan melalui prosidur berikut:
(a) Surat memohon kebenaran membuat kajian hendaklah dihantar kepada pentadbir sekolah berserta dengan surat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran.
(b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua, satu temu janji hendak dibuat dengan guru kelas untuk membincang jadual waktu bagi anda melakukan kajian. Maklumat latar belakang kelas juga perlu diketahui sebelum memulakan kajian.
(c) Apabila sampel telah dikenal pasti, borang soal-selidik/inventori diedarkan dan meminta mereka yang berkenaan mengisikannya.
(d) Sebelum analisis dibuat, data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian, misalnya, peratus pelajar mengikut jantina, tahap sosioekonomi ibu baps, jumlah gaji dan lokasi sekolah.
(e) Data daripada alat kajian, seperti soal-selidik/inventori, perlu diubah kepada skor variabel-variabel kajian. Ini biasanya dibuat dengan menggunakan pengiraan, seperti mengira jumlah atau min item-item tertentu untuk mengira skor bagi variabel "sikap". Jika nilai skor diperoleh secara manual, maka semakan ketepatan harus dilakukan.
(f) Selepas semua maklumat tentang latar belakang subjek kajian dan semua skor variabel kajian diperoleh, pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis kajian.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
88
ii. Fasa pengurangan saiz data
Selalunya, penyelidik cuba menerangkan sesuatu taburan data dengan hanya menggunakan beberapa sukatan penting seperti berikut:
(i) Sukatan kecenderungan memusat: Min, mod, median, kuartil, desil dan persentil, dan lain-lain.
(ii) Sukatan serakan: Julat, julat antara kuartil, sisihan piawai, varians, pekali variasi, dan lain-lain.
iii. Fasa paparan data iv. Fasa pengesahan data v. Fasa dapatan
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
89
Rajah : Analisis Data Kajian Kuantitatif
Rajah : Reka bentuk Kajian Kuantitatif
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
90
Aktiviti 7 – OLL
Senaraikan bahan dan sumber rujukan rujukan yang anda gunakan untuk mengkaji
tentang analisis data.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
91
TAJUK 10
INTERPRETASI DATA PENYELIDIKAN TINDAKAN
10.1 Sinopsis
Dalam bab ini kita akan mempelajari bagaimana menghurai semua data yang telah dikumpul
dalam sesuatu kajian.
10.2 Hasil Pembelajaran
1. Mengintegrasi pelbagai sumber data.
2. Menghubungkaitkan data dengan literatur.
3. Membuat rumusan data.
10.3 Mengintegrasi pelbagai sumber data
Sumber data yang diperoleh daripada pengalaman sebenar semasa pemerhatian, temu bual
dan juga analisis dokumen yang dihasilkan murid perlu diintegrasikan supaya kesemua data
boleh diterjemahkan menjadi dapatan yang bermakna. Perkara yang dititikberatkan melalui
kajian tindakan ialah perkongsian maklumat dan pengalaman penyelidik yang terlibat untuk
menambahbaik serta meningkatkan program. Amalan refleksi menjadi asas kepada dapatan
dan laporan kajian tindakan. Oleh itu, semasa mengintegrasi data melalui pengalaman serta
perasaan penyelidik, penjelasan yang tepat dan terperinci mengikut pandangan personal
penyelidik diperlukan. Di samping itu, penyelidik juga perlu mengemukakan sebab-sebab
penyelidik berpandangan demikian. Seterusnya, penyelidik perlu membuat penambahbaikan
untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) atau program
yang dijalankan.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
92
10.4 Menghubungkaitkan Data dengan Literatur
Maklumat merupakan hasil daripada pemprosesan data. Ini bermakna, data hanya akan
menjadi maklumat yang boleh digunakan untuk membuat keputusan setelah data-data tersebut
diproses. Data tersebut akan menjadi lebih bermakna sekiranya disokong oleh dapatan kajian
melalui bacaan literatur daripada penyelidik lain. Kadang kala dapatan penyelidik bercanggah
dengan dapatan literatur kajian penyelidik lain. Hal ini menyebabkan dapatan kajian tidak selari
dengan pembacaan kajian lepas. Oleh itu, justifikasi kepada data penyelidikan yang baharu
perlu diperkukuhkan kerana mungkin perkara ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti
setting responden yang berbeza. Sokongan asas teori ke atas dapatan kajian sangat
diperlukan.
10.5 Membuat rumusan data.
10.5.1 Menyusun data.
Sekiranya data diperoleh adalah sedikit, penyusunan data boleh dibuat secara manual tetapi
sekiranya jumlahnya besar maka penggunaan perisian komputer diperlukan untuk menyusun
dan membuat analisis data. Bagi data bukan numerical, pengekodan dan pengkategorian perlu
dibuat untuk memudahkan urusan. Data yang banyak adalah baik tetapi kadangkala boleh
menyukarkan kefahaman sekiranya dibentangkan dalam satu kelompok data yang besar. Oleh
itu, rumusan data perlu dibuat setelah laporan dan pembentangan dilaksanakan bagi
mengelakkan kesukaran untuk memahami data yang dipersembahkan. Kebaikan membuat
rumusan bukan sekadar mengurangkan jumlah data yang perlu difahami tetapi meningkatkan
keupayaan mambuat intepretasi data.
10.5.2 Merumus data.
Sebelum membuat rumusan, data perlu dibersihkan dengan membuat pembetulan bagi data
kualitatif yang tidak jelas atau tidak tepat yang mungkin mengganggu proses membuat
keputusan. Contohnya, terdapat responden lelaki yang menjawab soalan yang hanya ditujukan
kepada responden perempuan sahaja atau terdapat dua jawapan bagi soalan berkategori
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
93
jawapan atau jawapan di luar kategori (murid membuat jawapan sendiri kerana tidak suka
kepada pilihan yang disediakan atau jawapan “Lain-lain” sedangkan semasa menyatakannya
didapati jawapan tersebut termasuk ke dalam salah satu kategori yang disediakan.
Seterusnya dibuat senarai yang tepat dan dibuat perbandingan sebelum memasukkan
data ke dalam carta. Penjadualan dan pelbagai bentuk graf persembahan (garis,palang atau
pai) boleh digunakan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan dengan lebih jelas. Graf perlu
dilengkapkan dengan data peratusan untuk menjadikannya lebih bermakna.
Data dalam jadual atau dalam bentuk graf adalah mudah difahami tetapi tidak menjelaskan
keseluruhan cerita. Oleh itu, rumusan dara juga melibatkan interpretasi naratif dibuat mengenai
data yang dapat dilihat.
Rumusan
Dalam bab ini kita telah mempelajari bagaimana menghurai semua data yang telah dikumpul
dalam sesuatu kajian. Selain itu, kita juga telah mempelajari tentang bagaimana mengintegrasi
data dengan pengalaman personal, dan menghubungkaitkan data dengan literature, serta
bagaimana membuat rumusan data.
Latihan
Nyatakan kepentingan pengintegrasian data kepada kajian tindakan.
OLL
Buat satu jadual yang menunjukkan hubungan antara dapatan kajian dan literatur. Hantar
kepada pensyarah anda melalui OLL atau email.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
94
TAJUK 11
PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
11.1 Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami cara menulis laporan
penyelidikan tindakan. Pelajar akan dipandu untuk memahami format dan kandungan penulisan
laporan tersebut. Tajuk ini merangkumi konteks kajian, tinjauan literatur, aspek amalan
penambahbaikan, pelan tindakan dan pelaksanaannya, pengumpulan data, analisis dan huraian
data, refleksi dan implikasi, pelan bagi tindakan susulan dan sumber rujukan yang mengikut
format yang ditetapkan.
11.2 Hasil Pembelajaran
i. Memperoleh kemahiran menulis laporan dan artikel penyelidikan tindakan.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
95
Penulisan laporan penyelidikan
tindakan
11.3 Kerangka Konsep Tajuk 11
11.4 Pengenalan Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan
Penulisan laporan penyelidikan tindakan mengambil kira beberapa aspek dan bahagian yang
penting untuk memastikan hasil laporan mengikut standard yang telah diiktiraf oleh semua.
Penulisan tersebut perlu merangkumi perkara-perkara yang dinyatakan dalam kerangka konsep
di atas. Huraian penulisan dijelaskan secara ringkas dibawah ini.
11.4.1 Konteks/Latar Belakang Kajian
Dalam kajian tindakan, penyelidik hendaklah menjelaskan konteks atau latar belakang kajian
sama ada kajian dibuat dalam konteks bilik darjah, sekolah, amalan pedagogi atau dalam
konteks-konteks lain yang lebih luas.
• Tinjauan literatur
• Fokus/ aspek amalan bagi penambahbaikan
• Pelan tindakan
• Pelaksanaan pelan tindakan
• Pengumpulan data
• Analisis dan huraian data
• Refleksi dan implikasi
• Pelan bagi tindakan susulan
• Sumber rujukan: American Psychological Association
(APA)
• Konteks/ latar belakang kajian
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
96
11.4.2 Tinjauan Literatur
Tinjauan literatur menggunakan sumber-sumber yang boleh didapati seperti perpustakaan,
teks, jurnal, laporan tesis dan penyelidikan, akhbar dan lain-lain lagi. Penulisan tinjauan
literature hendaklah mengikut gaya dan format American Psychology Association (APA) atau
format tertentu yang telah ditetapkan.
11.4.3 Fokus/Aspek Amalan bagi Penambahbaikan
Fokus kajian hendaklah ditulis dengan jelas berdasarkan tumpuan masalah. Dalam menulis
focus kajian, sampel dan pemilihan sampel perlu dinyatakan. Contohnya:
Kajian ini berfokus kepada murid yang amat lemah dalam bacaan tulisan jawi walaupun
perkataan suku kata terbuka-terbuka.
11.4.4 Pelan Tindakan
Penyelidik hendaklah menjelaskan tentang proses penyelidikan yang telah dijalankan. Proses
ini melibatkan strategi yang dilaksanakan mengikut masalah yang dikaji. Contohnya
menjelaskan cara pelaksanaan kajian terhadap murid yang tidak dapat membezakan alif lam
qamariah dan alif lam syamsiah dalam bacaan al-Quran.
11.4.5 Pelaksanaan Pelan Tindakan
Penyelidik perlu menjelaskan kesemua langkah-langkah tindakan yang telah diambil berkaitan
persoalan yang dikaji, termasuk langkah-langkah awal seperti refleksi awal dan mendapatkan
tinjauan literatur mengikut tarikh-tarikh pelaksanaannya. Masukkan juga langkah-langkah
pelaksanaan tentang tindakan semasa seperti pentadbiran instrumen kajian, pengumpulan dan
analisis data, menjalankan tinjauan serta tindakan rawatan atau campurtangan yang dilakukan
ke atas sampel untuk melaksanakan tindakan. Jelaskan kaedah dan jenis data yang
dikumpulkan (Akhiar dan Shamsina, 2012).
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
97
11.4.6 Pengumpulan Data
Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci strategi dan teknik yang digunakan untuk
mengumpul data. Contohnya, pemerhatian, temu bual, senarai semak, soal selidik atau
eksperimen. Kesesuaian strategi dan teknik bergantung kepada tujuan, situasi dan kemahiran
penyelidik. Sebaiknya tiga teknik pengumpulan data digunakan untuk tujuan triangulasi (Akhiar
dan Shamsina, 2012).
11.4.7 Analisis dan Huraian Data
Dalam bahagian ini, bentangkan tentang penemuan baru yang utama dan diikuti dengan
penemuan-penemuan yang lain. Jelaskan sama ada hipotesis telah dipenuhi atau dapatan tidak
menyokong hipotesis. Nyatakan bagaimana data yang diperolehi akan dianalisis dan dibuat
interpretasi. Adakah perisian SPSS atau Nvivo digunakan? Penganalisisan data bergantung
kepada penyelidikan sama ada kualitatif atau kuantitatif. Semua perkara yang dinyatakan
tersebut perlu dijelaskan secara terperinci (Akhiar dan Shamsina, 2012).
11.4.8 Refleksi dan Implikasi
Di dalam ruangan ini, nyatakan secara terperinci bagaimana refleksi dibuat untuk memperbaiki
amalan sendiri atau untuk meningkatkan profesionalisme. Nyatakan juga langkah-langkah
seterusnya yang akan diambil sekiranya lanjutan kajian perlu dibuat atau sesuatu perubahan
perlu dilakukan (Akhiar dan Shamsina, 2012).
11.4.9 Pelan bagi Tindakan Susulan
Penyelidik perlu menyatakan dengan jelas pelan tindakan susulan yang boleh dilaksanakan
oleh diri sendiri atau penyelidik-penyelidik lain. Pelan bagi tindakan susulan adalah berdasarkan
dapatan yang diperolehi atau perkara-perkara yang masih perlu dibuat penambahbaikan atau
yang masih belum dikaji tetapi mempunyai hubungkait dengan kajian semasa.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
98
11.4.10 Sumber Rujukan: American Psychological Association (APA)
Setiap rujukan yang digunakan hendaklah ditulis mengikut format APA. Sesetengah kajian
menggunakan format rujukan tertentu yang telah ditetapkan.
11.4.11 Rumusan
Secara keseluruhannya terdapat 10 bahagian yang perlu diberi perhatian untuk menjamin kualiti
laporan kajian. Para pelajar perlu mendedahkan diri dengan melaksanakan kajian dan membuat
penulisan mengikut standard yang telah ditetapkan.
Aktiviti 11 – Perbincangan
Nyatakan strategi yang boleh digunakan dalam pengumpulan data kajian tindakan.
Dapatkan beberapa naskah buku dan tuliskan kandungan yang dirujuk yang menunjukkan
cara anda mencatat sumber rujukan.
OLL 11- Slaid
Secara individu, anda dikehendaki menghantar fail dalam bentuk slaid kepada pensyarah
anda tentang elemen-elemen yang perlu ada dalam penulisan kajian tindakan.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
99
TAJUK 12
PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN
12.1 Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami cara menulis artikel
penyelidikan tindakan. Dalam tajuk ini, pelajar akan dipandu untuk memahami format dan
kandungan penulisan artikel penyelidikan tindakan yang meliputi abstrak, konteks, fokus kajian,
pelan tindakan, pelaksanaan pelan tindakan, kaedah pengumpulan data, analisis dan huraian
data, refleksi dan implikasi, tindakan susulan dan sumber rujukan. Penulisan artikel
penyelidikan tindakan akan mendedahkan pelajar kepada penulisan hasil penyelidikan
berbentuk artikel yang akan diterbitkan atau dicetak. Ianya merupakan intisari penting daripada
hasil penyelidikan sepenuhnya.
12.2 Hasil Pembelajaran
i. Memperoleh kemahiran menulis laporan dan artikel penyelidikan tindakan.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
100
Penulisan Artikel Penyelidikan
Tindakan
12.2 Kerangka Konsep Jadual Tajuk 12
12.4 Pengenalan Penulisan Artikel Penyelidikan Tindakan
Penulisan artikel penyelidikan tindakan perlulah mengikut format yang telah ditentukan serta
mengikut susunan kandungan yang telah ditetapkan. Perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian dalam penulisan tersebut dibincangkan di bawah ini.
12.4.1 Abstrak
Tuliskan secara ringkas rumusan fakta utama penyelidikan yang dibuat. Abstrak perlu
mengandungi topic kajian, persoalan kajian, peserta, kaedah, keputusan, analisis data dan
kesimpulan. Implikasi kajian boleh juga dimasukkan dan kajian masa depan yang boleh
dikaitkan dengan dapatan. Abstrak ditulis dalam satu perenggan dengan jarak dua baris.
Abstrak yang ditulis adalah dalam anggaran antara 150 hingga 250 patah perkataan. Penulis
juga dikehendaki memasukkan kata kunci yang perlu ditaipkan di bahagian ini dengan
• Konteks
• Fokus Kajian
• Pelan tindakan
• Pelaksanaan pelan tindakan
• Kaedah Pengumpulan data
• Analisis dan huraian data
• Refleksi dan implikasi
• Tindakan susulan
• Sumber rujukan • Abstrak
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
101
menggunakan huruf italik. Abstrak diletakkan sebelum bab pertama laporan (Akhiar dan
Shamsina, 2012).
12.4.2 Konteks
Dalam penulisan artikel kajian tindakan, penyelidik hendaklah menulis konteks atau latar
belakang kajian yang dibuat sama ada di bilik darjah, sekolah, atau dalam konteks-konteks lain
yang lebih luas. Ianya juga melibatkan amalan pedagogi atau amalan-malan pendidikan yang
lain yang perlu dinyatakan.
12.4.3 Fokus Kajian
Nyatakan fokus kajian berdasarkan tumpuan masalah yang dikaji. Sampel dan cara pemilihan
sampel perlu dinyatakan juga di dalam fokus kajian. Contoh focus kajian adalah seperti berikut:
Kajian ini berfokus kepada murid yang kurang memberi tumpuan semasa aktiviti hafazan
dilaksanakan.
12.4.4 Pelan Tindakan
Penyelidik hendaklah menjelaskan tentang proses penyelidikan yang telah dijalankan.
Penjelasan boleh dibuat dalam bentuk jadual yang menunjukkan peringkat pelaksanaan yang
beserta dengan tarikh dan masa yang dipilih.
12.4.5 Pelaksanaan Pelan Tindakan
Penyelidik perlu menjelaskan kesemua langkah-langkah tindakan berkaitan persoalan yang
dikaji. Langkah-langkah tersebut termasuklah langkah-langkah awal seperti refleksi awal
berdasarkan pengalaman lalu dan tinjauan literatur. Tarikh- tarikh pelaksanaan refleksi dan
mendapatkan literatur perlu dinyatakan. Masukkan juga langkah-langkah pelaksanaan tentang
tindakan semasa seperti pentadbiran instrumen kajian, pengumpulan dan analisis data,
menjalankan tinjauan serta tindakan rawatan atau campurtangan yang dilakukan ke atas
sampel untuk melaksanakan tindakan. Cara kutipan data dan jenis data juga perlu dijelaskan.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
102
12.4.6 Kaedah Pengumpulan Data
Penyelidik perlu menjelaskan bagaimana data dikumpul dengan menyatakan juga alat ukur
yang digunakan. Alat ukur yang biasa digunakan dalam kajian tindakan adalah ujian, tinjauan
pemerhatian, temu bual, senarai semak atau eksperimen. Strategi dan teknik yang digunakan
mengikut kesesuaian tujuan, situasi dan kemahiran penyelidik. Untuk mendapatkan kesahan
yang tinggi, triangulasi boleh dilaksanakan dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga
teknik pengumpulan data.
12.4.7 Analisis dan Huraian Data
Dalam bahagian ini, bentangkan tentang penemuan baru atau keputusan penyelidikan yang
utama yang diperolehi pada lingkaran terakhir. Menurut model kajian tindakan McKernan, setiap
kajian tindakan mesti melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran (Noraini, 2010). Kemudian
diikuti dengan pembentangan penemuan-penemuan yang lain. Jelaskan juga sama ada
hipotesis telah dipenuhi atau dapatan tidak menyokong hipotesis. Sebaiknya penyelidik perlu
berusaha sehingga masalah atau isu dalam fokus kajian dapat diselesaikan. Oleh yang
demikian kajian berkemungkinan mengambil masa yang lama dan melibatkan sehingga
berpuluh-puluh lingkaran. Menurut Akhiar dan Shamsina (2012) penyelidik hendaklah
menyatakan bagaimana data yang diperolehi akan dianalisis dan dibuat interpretasi. Adakah
perisian SPSS atau Nvivo digunakan? Penganalisisan data bergantung kepada penyelidikan
sama ada kualitatif atau kuantitatif.
12.4.8 Refleksi dan Implikasi
Kesan yang berlaku dalam sesuatu penyelidikan walaupun positif masih boleh ditingkatkan lagi.
Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang dapat membantu penyelidik mengenal pasti
kelemahan dalam ujian diagnostik yang tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam
kalangan pelajar (Noraini, 2010).
Buat refleksi bagi setiap langkah tindakan yang dijalankan. Ada kemungkinan kajian
memerlukan lanjutan kajian sekiranya timbul masalah yang baru atau memerlukan kajian yang
lebih terperinci melibatkan pembolehubah baru dan sebagainya. Nyatakan juga implikasi kajian
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
103
ke atas amalan sendiri, institusi serta pendidikan secara keseluruhan (Akhiar dan Shamsina,
2012).
12.4.9 Tindakan Susulan
Berdasarkan refleksi dan implikasi di atas, penyelidik perlu menulis idea untuk mengatasi
masalah retention kefahaman pula, dan ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan
penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk tindakan seterusnya (Noraini, 2010). Penyelidik
perlu menyatakan dengan jelas pelan tindakan susulan yang boleh dilaksanakan oleh diri
sendiri atau penyelidik-penyelidik lain. Pelan bagi tindakan susulan adalah berdasarkan
dapatan yang diperolehi atau perkara-perkara yang masih perlu dibuat penambahbaikan atau
yang masih belum dikaji tetapi mempunyai hubungkait dengan kajian semasa tersebut.
12.4.10 Sumber Rujukan
Sumber-sumber rujukan adalah sama sebagaimana dalam penyelidikan-penyelidikan lain
seperti jurnal, buku, majalah, internet dan lain-lain lagi. Setiap rujukan yang menggunakan
bahan bercetak sama ada buku atau elektronik hendaklah dimasukkan di dalam senarai
rujukan. Setiap rujukan yang digunakan hendaklah ditulis mengikut format APA.
12.4.11 Rumusan
Untuk menghasilkan artikel yang baik dan menarik dibaca, pelajar bukan sahaja mengikut
format yang telah dinyataka di atas, malah bahasa dan olahan perlu menarik dan tersusun.
Aktiviti 12 – Perbincangan
Dalam kumpulan, bincangkan bagaimana anda akan menganalisis dan menghurai data
kajian yang akan dilaksanakan.
OLL 12 – Words
Secara individu, anda dikehendaki menghantar fail dalam bentuk words kepada
pensyarah anda tentang bagaimana menulis refleksi dan implikasi dalam kajian tindakan.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
104
TAJUK 13
CARA-CARA MENYEBARKAN DATA PENYELIDIKAN TINDAKAN
13.1 Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami cara-cara
menyebarkan data penyelidikan tindakan. Pelajar akan dipandu untuk memahami cara-cara
penyebaran melalui seminar, penerbitan dan rangkaian.
13.2 Hasil Pembelajaran
1. Memperoleh kemahiran menulis laporan dan artikel penyelidikan tindakan.
2. Menerangkan cara-cara menyebarkan data dapatan penyelidikan tindakan.
13.2 Kerangka Konsep Tajuk 13
Menyebarkan Data Penyelidikan Tindakan
Seminar Penerbitan Rangkaian
13.4 Pengenalan Cara-cara Menyebarkan Data Penyelidikan Tindakan
Cara-cara menyebarkan data penyelidikan tindakan boleh dilaksanakan melalui beberapa
kaedah. Kaedah tersebut dinyatakan di bawah ini.
13.4.1 Seminar
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
105
Seminar pendidikan merupakan aktiviti pendidikan yang sering diadakan di Malaysia. Melalui
seminar dan perbengkelan, kertas kerja serta hasil penyelidikan akan dibentangkan untuk
dikongsikan kepada peserta. Kertas kerja serta hasil penyelidikan akan dibahaskan dan
seterusnya diedarkan untuk tatapan peserta (Akhiar dan Shamsina, 2012).
.
13.4.2 Penerbitan
Terdapat banyak penerbitan yang memuatkan hasil kajian pendidikan dan kajian tindakan untuk
dikongsikan kepada penyelidik atau guru-guru lain sama ada terbitan dalam atau luar negara.
Penyelidik boleh menerbitkan dapatan penyelidikannya di dalam jurnal-jurnal berkenaan. Antara
institusi yang aktif menerbitkan hasil penyelidikan pendidikan adalah universiti tempatan, Institut
Pendidikan Guru dan Jabatan Pendidikan negeri-negeri (Akhiar dan Shamsina, 2012).
13.4.3 Rangkaian
Rangkaian Kajian Tindakan merupakan alat yang telah direka bentuk untuk para guru dalam
lapangan kerjaya mereka dan juga untuk para pelajar agar dapat berkongsi penyelidikan yang
telah dibuat dan memberikan pandangan tentang penemuan-penemuan yang telah diperolehi
oleh para penyelidik lain. Laman ini menyediakan template online yang akan diisi oleh
penyelidik. Maklumat yang telah diberikan akan membolehkan pihak pengendali (web master)
untuk mendokumentasikan pelbagai aspek daripada penyelidikan yang telah dibuat (Akhiar dan
Shamsina, 2012).
13.4.4 Rumusan
Penyebaran data penyelidikan penting bagi menghebahkan dapatan supaya ianya dapat
dikongsi dan dikritik oleh pembaca dan penyelidik lain. Perkongsian sedemikian mampu
menghasilkan satu idea baru yang boleh dijadikan panduan untuk kajian seterusnya selain data
tersebut dapat digunakan untuk panduan operasi atau amalan.
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
106
Aktiviti 12 – Perbincangan
Dalam kumpulan, bincangkan bagaimana anda akan menganalisis dan menghurai data
kajian yang akan dilaksanakan.
OLL 12 – Oline
Secara individu, anda dikehendaki menulis secara online kepada pensyarah anda tentang
bagaimana penyebaran data dapat dilaksanakan secara berkesan.
107
BIBLIOGRAFI Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2012). Pengantar penyelidikan tindakan dalam penyelidikan pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan.Kuala Lumpur: McGraw-Hill. Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Selangor: Universiti Pendidikan Sultan Idris. ______ . (2007). Publication manual of the American Psychological Association. USA: American Psychological Association. Sabitha Marican. (2009). Penyelidikan Sains Sosial: Pendekatan Pragmatik. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
108
PANEL PENGGUBALAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG)
(XXX PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
MOHD RAZIMI BIN HUSIN Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Ipoh Hulu Kinta Perak (September 2007 hingga kini) E-mel: [email protected]
Kelulusan:
Sarjana Pendidikan, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Ijazah Sarjana Muda, Universiti Islam
Antarabangsa.
Dip.Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa.
Pengalaman:
Guru Pendidikan Islam (10 tahun) Pensyarah di IPG (sejak 2007 hingga kini)
PUAN HJH SITI JUARIAH BT. TARMUJI Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Ipoh Hulu Kinta Perak (Mei 2006 hingga kini) E-mel: [email protected]
Kelulusan:
Ijazah Sarjana Pendidikan Islam UKM Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti al-Azhar Mesir. Kursus Sijil Perguruan Lepas Ijazah (Pendidikan Islam dan Bahasa Arab)
Pengalaman:
Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab (SM)
(16+ tahun)
Pensyarah di IPG (7 tahun)
EN. ZAKARIA BIN NASIRUDIN
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Ipoh Hulu Kinta Perak (Mei 2007 hingga kini)
Kelulusan:
Ijazah Sarjana Pendidikan Islam UKM Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam UM. Kursus Sijil Perguruan Lepas Ijazah (Pendidikan Islam dan Bahasa Arab) Pengalaman:
Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab (SM)
(16+ tahun)
Pensyarah di IPG (6 tahun)
109
NAMA KELAYAKAN
EN. MOHAMAD YUSRI BIN BAKIR
Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Ipoh Hulu Kinta Perak (Disember 2007 hingga kini)