Top Banner

of 20

PRiNSiP pengajaran bahasa

Apr 07, 2018

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    1/20

    PRiNSiP-PRiNSiP DaLaM PeNGaJaRaN BaHaSa

    1.0 PENDAHULUAN

    Tajuk perbincangan ini aalah mengenai prinsip-prinsip yang harus dipegang oleh seorang guru dalam

    pengajaran khasnya pengajaran bahasa. Guru bahasa perlu mempunyai prinsip mengenai bagaimana cara

    bahasa itu diajarkan atau dipelajari. Dengan berpegang pada prinsip itu maka ia boleh menghasilkan

    sesuatu bentuk pengajaran yang baik dan berkesan.

    Di samping itu juga guru itu boleh menentukan sejauh mana prinsip-prinsip itu boleh menyelesaikan

    masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip-prinsip

    terbentuk dari dua jenis teori yang bertentangan iaitu teori behaviorisme dan teori mentalisme. Sesuatu

    teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.

    Menurut Kamus Dewan (1984: 1056), prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu

    pemikiran, kajian, tindakan sesuatu teori. Jadi sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus

    dipegang dalam pengajaran.

    Berhubung dengan prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teori-teori

    pemerolehan bahasa yang pernah disebutkan sebelum ini yang mana akan dibincangkan dari beberapa

    sudut. Selain itu terdapat juga prinsip-prinsip umum supaya pengajaran guru itu lebih menunjukkan

    keberkesanan.

    2.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAH ALIRAN

    BEHAVIORISME

    Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan Bahasa dikuasai

    melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang

    dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini

    menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.

    Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli

    psikologi dan linguistic Aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang

    http://manshuberry.blogspot.com/2009/07/prinsip-prinsip-dalam-pengajaran-bahasa.htmlhttp://manshuberry.blogspot.com/2009/07/prinsip-prinsip-dalam-pengajaran-bahasa.htmlhttp://manshuberry.blogspot.com/2009/07/prinsip-prinsip-dalam-pengajaran-bahasa.html
  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    2/20

    diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli

    Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa metsilah didahulukan bahasa lisan.

    Ini kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam pengajaran

    dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid

    bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini

    hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai system bahasa dan struktur bahasa.

    Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Untuk

    membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu

    menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang

    lebih susah.

    Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu alat

    untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa

    pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan

    sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara

    memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.

    Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan latihan ulangan satu-satu

    gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan

    yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut dari berasa bosan.

    Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa.

    Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :

    Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.

    Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran ahasa di

    sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini

    menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan

    menguntungkan pelajar-pelajar itu.

    Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    3/20

    adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-

    dua unsure ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang

    berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi.

    Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama

    adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan

    pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru da murid dan keempat

    dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.

    Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

    pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu

    pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan.

    Pendekatan induktif menggunakan model: Contoh ???? Generalisasi

    3.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN

    MENTALISME

    Teori mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut golongan

    ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok

    mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan

    kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna

    diberikan penekanan.

    Dalam bidang linguistic aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip

    pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa prinsip

    pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhaap pemerolehan

    bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:

    Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa

    dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.

    Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan

    semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari

    bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    4/20

    menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-

    murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti.

    Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang

    sama dalam keadaan yang normal. Prinsp ini mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan

    kanak-kanak akan mempunyai cirri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru itu, guru hendaklah

    berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.

    Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa.

    Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi

    tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu.

    Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan

    kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam system bahasanya dengan baik.

    Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran

    dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-

    latihan tulisan yang diberi termasklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa

    ibunda atau sebaliknya.

    Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan

    secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

    Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna, penyampaian pelajaran itu

    dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus ata konsep-konsep tatabahasa dan

    kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar

    biasanya dilakukan secara formal. Pendekatan deduktif menggunakan model: Generalisasi ??? Contoh

    4.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN

    INTERAKSIONALISME

    Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia merupakan satu proses

    yang melibatkan mental dan linguistic. Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis

    mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan supaya

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    5/20

    guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada

    pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut:

    Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa. Dalam pengajaran

    dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa pertama dan kedua, penyampaian makna

    adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting

    ialah belajar untuk interaksi.

    Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan

    pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah

    Berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsure iaitu makna dan struktur bahasa.

    Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau

    aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-

    aktiviti yang bermakna maka murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar

    dan fasih.

    5.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN

    FUNGSIONALIS

    Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya malah

    mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Ini bermakna mereka

    menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi . Berikut diperturunkan beberapa prinsip

    pengajaran bahasa daripada pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis.

    Pertama, system tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang diutamakan. Sesuatu pengajaran

    itu haruslah memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip

    struktur bahasa yang dipelajari itu.

    Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan mendeskripsi sesuatu objek. Dalam

    hal ini, bahasa yang digunakan untuk mendeskripsi sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran

    yang baik.

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    6/20

    Kedua, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar-pelajar.

    Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah beberapa variasi dalam penggunaannya.

    Dan ketiga, bahasa, adalah alat untuk berhubung. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-

    murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka

    kuasai.

    6.0 PRINSIP-PRINSIP UMUM

    Prinsip pertama adalah bahasa yang digunakan mestilah bahasa standard yang diterima oleh masyarakat

    dan penutur jati. Bahasa yang baik, betul dan tepat hendaklah digunakan oleh guru-guru bahasa sewaktu

    menyampaikan pengajaran mereka. Ia juga boleh diterima oleh masyarakat dan penutur jati bahasa itu.

    Bahasa itu juga mestilah standard. Selain itu, perkataan dan ayat mestilah mempunyai urutan yang baik

    dan tidak janggal kepada pendengar atau penutur jati bahasa itu.

    Prinsip kedua adalah pengajaran bahasa haruslah berdasarkan pendekatan lisan. Pengajaran lisan

    penting dalam pengajaran bahasa kerana ia bersesuaian dengan proses semula jadi kanak-kanak.

    Mengikut Awang Mohammad Amin (Kamarudin, 2001:56) mengatakan dalam proses penguasaan

    pertama, seorang anak memperoleh kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur adalah daripada

    orang-orang yang hamper dengan kehidupannya seperti ibu bapa dan kaum keluarga atau penjaganya.

    Perkara kedua penting ialah kerana lisan adalah lebih senang dikuasai daripada perkara-perkara lain

    yang dipelajari. Selain itu, kemahiran lisan adalah punca kepada segala kemahiran yang lain. Ini

    bermakna kemahiran mendengar dan bertuutur adalah asas kepada kemahiran menulis dan membaca.

    Prinsip ketiga adalah bahan-bahan pengajaran hendaklah dipilih, disusun, dikawal dan dipertingkatkan.

    (a) Pemilihan bahan-bahan pengajaran

    Pemilihan bahan-bahan pengajaran adalah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan iaitu yang

    sesuai untuk pengajaran bahasa. Pemilihan dipengaruhi oleh tujuan dan guna serta tingkat pencapaian

    pelajar-pelajar itu.

    (b) Penyusunan bahan-bahan pengajaran

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    7/20

    Bahan-bahan pengajaran harus disusun supaya perkembangannya maju iaitu secara beransur-ansur

    dengan tertib dari peringkat awal hingga peringkat akhir. Susunan bahan-bahan pengajaran dapat

    mengelakkan pengajaran berlaku secara kucar-kacir.

    (c) Kawalan bahan-bahan pengajaran

    Ini adalah bertujuan supaya bahan-bahan pelajaran bahasa dapat disampaikan secara berseimbangan. Ini

    bermakna guru harus dapat mengawal masa dan bahan-bahan yang hendak disampaikan sesuai dengan

    satu-satu waktu mengajar yang ditentukan.

    (d) Pemeringkatan bahan-bahan pengajaran

    Bahan-ahan pengajaran yang hendak disampaikan itu seharusnya dirancangkan terleih dahulu kerana

    dari segi belakang keluarga, pengalaman, kecenderungan dan kebolehan pelajar-pelajar adalah berbeza.

    Selain daripada pemilihan dan susunan yang dilakukan, bahan-bahan itu juga perlu diperingkat-

    peringkatkan mengikut kesesuaian.

    Prinsip keempat adalah penguasaan kemahiran bahasa haruslah mengikut susunan iaitu mendengar,

    bertutur, mambaca dan menulis. Mengikut prinsip ini, mendengar dan bertutur perlu diajar terlebih

    dahulu dan kemudian baharulah membaca dan menulis. Oleh itu sebutan guru itu hendaklah jelas dan

    terang yang mana ia menjadi contoh yang baik bagi murid-murid. Sebutan yang betul akan terbawa

    kepada bacaan yang mengikut cirri-ciri prosodinya dan seterusnya bahan bacaan ini akan dirakamkan ke

    dalam bentuk tulisan. Prinsip ini menekankan bahawa tiap-tiap satu kemahiran itu harus dilakukan

    mengikut susunan, iaitu satu kemahiran disusuli dengan kemahiran yang satu lagi.

    Prinsip kelima adalah aktiviti-aktiviti pengajaran-pengajaran yang menarik dan bermakna hendaklah

    diadakan. Aktiviti-aktiviti yang menarik dan bermakna adalah penting dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran sebagai menarik minat murid-murid untuk menumpukan separuh perhatian pengajaran

    guru itu. Jadi guru mestilah aktif dan Menggunakan alat-alat Bantu mengajar yang sesuai supaya murid-

    murid tidak berasa bosan. Manakala kesesuaian pemilihan bahan-bahan pengajaran, pengendalian yang

    terancang penggunaan kaedah dan teknik yang selaras, kesesuaian aktiviti serta interaksi guru dan murid

    yang baik akan mewujudkan satu suasana yang baik dan menarik.

    Prinsip keenam adalah mengadakan rancangan pelajaran yang kemas dan teratur. Kewajipan guru adalah

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    8/20

    menyusun rancangan pelajaran dengan baik untuk digunakan dalam jangka masa setahun. Rancangan

    pelajaran itu mesti disusun dengan teliti dan hati-hati.

    Prinsip ketujuh adalah mengadakan suasana belajar yang baik dan berkesan. Guru harus boleh

    mewujudkan satu suasana yang baik. Pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan licin dan

    hasilnya juga akan berkesan.

    Manakala prinsip kelapan merupakan penilaian pengajaran yang diberikan. Seseorang guru yang dedikasi

    dan cekap harus dapat menilai pekerjaannya sendiri supaya dia menyedari adakah pekerjaannya itu

    benar-benar mengikut dasar-dasar pengajaran yang baik. Jika sekiranya terdapat beberapa kekurangan

    dalam pengajarannya itu maka dia harus segera membetulkannya. Guru yang baik akan sentiasa berusaha

    mengatasi kekurangan-kekurangan sendiri dengan menyediakan kelengkapan-kelengkapan yang lebih

    bermutu.

    7.0 PENUTUP

    Sebagai kesmpulannya, terdapat empat prinsip pengajaran yang mengikut falsafah masing-masing.

    Pertama prinsip yang berfalsafahkan aliran Behaviorisme iaitu mengutamakan bahasa lisan dalam

    pengajaran. Manakala aliran Mentalisme menganggap pembelajaran bahasa adalah satu proses

    pemikiran. Aliran Interaksionalisme pula mempunyai prinsip yang mana penyampaian makna amat

    penting dalam sesuatu komunikasi bahasa dan seterusnya aliran Fungsionalisme menekankan system

    tatabahasa dan fungsi adalah dua perkara yang diutamakan.

    Seseorang guru itu tidak patut berpegang sama ada pada prinsip-prinsip Behaviorisme atau prinsip-

    prinsip Mentalisme. Ini adalah kerana cara pembelajaran seseorang pelajar dengan pelajar yang lain

    adalah tidak sama. Kedua-duanya boleh saja digabungkan dalam pengajaran seseorang guru itu kerana

    seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini kedua-dua teori tersebut adalah saling melengkapi. Prinsip-

    prinsip dari golongan tersebut hanya sebagai jalan keluar bagi guru tersebut dalam menyelesaikan

    masalah-masalah yang dihadapi tidak kira dalam pengajarannya atau dalam pembelajaran pelajarnya.

    Dengan berbekalkan pengalaman yang sedia ada dari guru itu dan menerapkan prinsip-prinsip yang

    tersebut di atas maka pengajaran yang disampaikan akan lebih efisen dan akan lebih terjamin mutunya.

    Rujukan:

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    9/20

    Abd Aziz Abd Talib, (2000), Pedagogi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

    Sdn. Bhd.

    Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat, (1997), Pengajian Melayu I, Petaling Jaya :

    Longman Malaysia Sdn. Bhd.

    Kamarudin Hj. Husin, (1998), KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa, Selangor : Kumpulan

    Budiman Sdn. Bhd.

    ______________, (1998), Pedagogi Bahasa, Petaling Bahasa, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn.

    Bhd.

    _____________, (2001), Pedagogi Bahasa Perkaedahan, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    10/20

    pengajaran me,mem,men dlmpendekatan struktural

    Posted on September 21, 2008 olehqdetactive

    4

    Semenjak linguistik moden berkembang dari awal ke-20, semasa pengkajian bahasa mengutamakanbentuk-bentuk bahasa pertuturan daripada pemakaian yang betul dalam bahasa tulisan, maka tugas parapengkaji bahasa tertumpu secara khusus kepada kerja-kerja menghuraikan bahasa yakni tidak kepadamenentukan norma-norma pemakaian yang betul. Pengkajian yang dilakukan dengan cara ini tentunya

    berasaskan fahaman bahawa bahasa yang kita gunakan sebagai alat perhubungan itu sebenarnya berupabinaan bentuk-bentuk dengan susunan yang betul iaitu sebagaimana yang dituturkan oleh penutur-penutur asli bahasa yang tertentu. Susunan bentuk-bentuk (seperti perkataan) yang merupakan unsur

    binaan untuk bentuk-bentuk yang lebih besar (seperti ayat) melahirkan konsep apa yang dinamakanstruktur pengucapan. Oleh kerana asas sesuatu penghuraian itu berupa struktur dan pola -pola, makalinguistik yang bertugas menghuraikan bahasa itu dinamakan linguistik struktural. Perkembanganterbaru ini telah banyak mempengaruhi ahli-ahli penyelidik bahasa, lalu sekumpulan pengkaji yang

    berfahaman bahawa bahasa itu merupakan struktur pengucapan sentiasa mempertahankan penemuan-penemuan baru dengan dasar penghuraian yang meneliti pola-pola bahasa, turut mempengaruhi bidangpengajaran bahasa pada keseluruhannya. Pendekatan yang menggunakan asas-asas yang ditubuhkan olehlinguistik huraian itu lebih dikenali dengan namaPendekatan Struktural.

    Pendekatan ini seberapa yang boleh mengikat guru-guru bahasa dengan usaha-usaha bagi melaksanakan

    kaedah-kaedah pengajarannya dengan teori umum linguistik moden yng telah diasaskan oleh ahli-ahli bahasa

    struktural seperti Bloomfield, Pike, C.C. Fries, Zellig Herris dan Gleason yang merupakan pengikut bapa lingustik

    moden Ferdinand De Seaussure itu dan jika di Malaysia kaedah pendekatan ini digunakan oleh Nik Safiah Karim.

    Teori yang berusaha menghuraikan gejala struktur sesuatu bahasa selanjutnya mempengaruhi pengajaran dengan

    pendekatan strukturalnya, iaitu satu kewujudan pendekatan baru setelah begitu lama para guru bahasa

    berkecimpung pengan pendekatan tradisional yang mempunyai dasar yang tidak begitu konsisten.Sehubungan dengan makna yang digunakan dalam pengajaran bahasa menurut pendekatan tradisional,

    pendekatan struktural mempercayai bahawa makna struktural dalam bahasa haruslah dibezakan dengan makna

    leksikal atau makna kamus sesuatu bentuk seperti perkataan atau sebagainya. Menurut pandangan aliran

    struktural ini, bahasa mempunyai bahasa leksis yang dibawakan oleh perkataan, manakala makna tatabahasa (atau

    makna struktural) dibawakan oleh sistemnya. Makna perkataan secara terpisah seperti budak kucing

    melihatmembawa makna leksis yang tertentu seperti yang terhurai di dalam kamus, tetapi apabila perkataan-

    perkataan itu bergabung di dalam ayat budak melihat kucing atau kucing melihat budak strukturnyamenunjukkan satu makna tatabahasa yang lain pula iaitu Pelaku Perbuatan Tujuan atauPenderita.

    Susunan perkataan menentukan siapa dia pelaku dan siapa dia penderita. Oleh itu, makna linguistik

    secara keseluruhannya mengandungi kedua-duanya: makna leksis tiap-tiap perkataan dan makna strukturalnya.

    Dengan pengertian ini, pendekatan struktural terlibat secara langsung dengan sistem bahasa pada

    keseluruhan. Itulah sebabnya, pengajaran tatabahasa dengan menggunakan pendekatan struktural sebaik-baiknya

    http://qaryafikir.wordpress.com/author/qdetactive/http://qaryafikir.wordpress.com/author/qdetactive/http://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/21/pengajaran-mememmen-dlm-pendekatan-struktural/#commentshttp://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/21/pengajaran-mememmen-dlm-pendekatan-struktural/#commentshttp://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/21/pengajaran-mememmen-dlm-pendekatan-struktural/#commentshttp://qaryafikir.wordpress.com/author/qdetactive/
  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    11/20

    dilaksanakan dengan tujuan untuk mengajar cara-cara penggunaan perkataan-perkataan dalam ayat-ayat yang

    dibawakan oleh struktur tertentu dengan pola-pola yang tertentu pula.

    Menurut pandangan aliran struktural ini, bahasa mempunyai bahasa leksis yang dibawakan oleh perkataan,

    manakala makna tatabahasa (atau makna struktural) dibawakan oleh sistemnya.

    Pengertian alomorf , , dan .Sebelum meneliti hal-hal yang berkaitan secara langsung dengan pengajaran imbuhan bahasa Melayu,

    kita mestilah terlebih dahulu mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan imbuhan itu sendiri. Setelah

    mengetahui apa itu imbuhan, tarafnya dalam tatabahasa dan tingkahlakunya dalam hubungannya dengan bentuk

    perkataan, barulah difikirkan cara-cara mengajarnya di bilik darjah.

    Dalam ilmu bahasa (linguistik), istilah morfem terikat digunakan untuk maksud imbuhan dalam

    tatabahasa. Berdasarkan maksud morfem terikat itu, maka imbuhan merupakan satuan (unit) tatabahasa yang

    terkecil yang mempunyai makna. Cara untuk menguji kandungan makna yang ada pada imbuhan itu bukanlah

    dapat dilihat daripada segi yang terhurai dalam sesebuah kamus. ini kerana imbuhan merupakan satu satuan yang

    terkecil yang tidak boleh berdiri dengan bebas sebagai perkataan. Oleh sebab itu, makna bagi imbuhan tidak dapat

    dilihat dalam kamus tetapi haruslah dilihat berdasarkan penggunaannya pada perkataan tertentu yang hadir dalam

    ayat. Walaupun tidak dapat dilihat maknanya dalam bentuk huraian sebagai makna leksis (makna seperti yang

    terhurai dalam kamus), makna imbuhan lebih bersifat kenahuan. Maksudnya, makna imbuhan hanya dapat

    diketahui apabila ia terpakai melalui perkataan terbitannya dalam ayat.

    Makna imbuhan bermaksud makna tatabahasa yang dibawakan oleh imbuhan-imbuhan tertentu melalui

    perkataan-perkataan terbitannya dalam ayat-ayat. Dengan makna tatabahasa imbuhan-imbuhan dimaksudkan

    makna yang berbeza dalam kesatuan tatabahasa dengan makna yang termaksud pada kesatuan tatabahasa yang

    lain dalam ayat. Secara ringkasnya, makna imbuhan ialah makna yang terbawa oleh imbuhan yang sama pada

    bentuk perkataan yang lain dalam ayat. Imbuhan juga lebih dikenali sebagai suatu bentuk morfem.

    Pengwujudan morfem disebut alomorfatau varian morfem. Dalam erti kata yang lain alomorf itu tidak lain

    dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu

    alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf; misalnya, morfem awalan di- mempunyai satu alomorf,

    sedangkan me- mempunyai enam alomorf seperti me-, mem-, men-, meng-, meny-, dan menge-.

    Pada dasarnya, alomorf terbahagi kepada dua jenis iaitu alomorf lingkungan dan alomorf bebas. Alomorf

    lingkungan adalah alomorf yang didasarkan pada lingkungan-lingkungan tertentu, yakni lingkungan fonologi,

    lingkungan nahu atau lingkungan leksikal. Sifat alomorf lingkungan ialah saling mennyisihkan, yakni sesuatu

    alomorf lingkungan tidak dapat menggantikan yang lain.

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    12/20

    Alomorf , , termasuk dalam kumpulan alomorf lingkungan fonologi. Alomorf jenis

    ini merupakan alomorf yang wujudnya ditentukan oleh ciri bunyi atau ciri-ciri fonologi yang ada di sekitarnya.

    Misalnya: memutih, membaca, menjawab dan sebagainya.

    Secara amnya, di dalam Pendekatan Struktural, makna bagi imbuhan tidak dapat dilihat dalam kamus tetapi

    haruslah dilihat berdasarkan penggunaannya pada perkataan tertentu yang hadir dalam ayat.

    ,, dan dalam Pendekatan StrukturalCiri-ciri yang tersebut diatas dipengaruhi oleh bunyi atau fonem pertama pada kata dasar. Alomorf menggugurkan fonem sebelum l, r, m, ng, ny, w. Berbeza pula dengan alomorf kerana ia hadir sebelump,

    b, f, dan v. Namun begitup akan mengalami pengguguran dalam proses penambahan ini tetapi tidak bagikonsonan yang lain. Alomorfmen- pula hadir sebelum konsonant, d, c, s namun hanya menggugurkan kata yang

    bermula dengan fonem s dan ttetapi tidak kepada d, dan c.Contoh yang mudah ialah

    perkataan tulis dan dalam. Apabila ia mengalami proses penambahan imbuhan akan bertukar

    menjadi menulis dan mendalam.

    Akan tetapi terdapat juga

    kes-kes khas iaitu alomorf

    yang ditentukan oleh ciri-ciri

    nahu. Misalnya men-

    dalam mentertawakan, disini

    didapatitpada tertawakan

    tidak digugurkan

    sedangkan tpada

    perkataan menulis dig

    ugurkan kerana ter-

    adalah awalan, dan

    pengekalan takan mempertahankan kedudukan ter- sebagai awalan. Demikian juga

    halnyap dalam memperkatakan di manaper- adalah awalan.

    Pendekatan Struktural ini memberi keutamaan kepada bentuk penggunaan bukan pemakaian ayattersebut. Contohnya:

    (K.K.Khas) (Kata Sendi Nama) (K.K. Aktif Transitif) (K.N. Am)

    Ali sedang memotong rumput

    alamorf Hadir sebelum pengguguran

    L, R, M, N, NG, NY -

    P, B, F, V P

    T, D, C, S T, S

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    13/20

    Ini bermakna Pendekatan Struktural ini melihat kepada konstituen atau hubungan di dalam sesuatu ayat. Menurut

    Leonard Bloomfield(1973), pendekatan ini lebih dikenali sebagai urutan taksonomi iaitu satu sistem yang

    berturutan, menekankan bentuk semantik dan menekankan penggunaan bentuk dari segi kejadian atau binaan.

    Setiap morfem mewujudkan bentuk yang berbeza. Sebagai contoh:Saya / pergi ke sekolah

    Predikat

    Dan melihat kepada konstituen atau hubungan di dalam sesuatu ayat. Contohnya:Ali membawa alat muzik tradisional

    Berdasarkan rajah pohon di atas, Bloomfield melihat struktural dari segi distribusi dalam

    penggunaan sintaksis dan melihat kepada bagaimana ayat itu dibentuk dan dibina. Seaussure pula

    menyatakan jika ingin mengajarkan pendekatan struktural ini harus lihat kepada persamaan atau perbezaan fungsi

    struktur tatabahasa dari segi gramatikal dan bukannya makna leksis atauun makna kamus. Contohnya:

    Subjek

    Kata Ganti Diri Pertama Kata

    Kerja

    K

    a

    t

    a

    S

    e

    n

    d

    i

    Kata

    Nam

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    14/20

    1.budak melihat kucing. (betul)

    2.kucing melihat budak. (salah)

    jika melihat kepada makna leksis atau makna kamus kedua-dua ayat adalah betul, namun begitu dalam

    Pendekatan Struktural ayat kedua dikatakan salah disebabkan dari segi logikal.

    Kesimpulan awal yang dapat dibuat disini ialah apa yang kita dapat lihat daripada keterangan diatas ialah

    alomorfme-, mem-,men- merupakan suatu gugusan awalan me- yang dipecahkan kepada beberapa alomorf iaitu

    me-, mem-, men-, meng-, meny-, dan menge-. Awalan me- ini pula merupakan imbuhan yang termasuk dalam

    suatu golongan kata iaitu kata kerja.

    Pendekatan struktural dalam pengajaran nahu bahasa melayu.

    Pengajaran aspek tertentu nahu seperti imbuhan, perkataan atau frasa perlu menggunakan bentuk dan

    maknanya sekali dalam ayat. Dalam para guru mengaplikasikan pendekatan struktural, mereka harus sedar

    bahawa bahasa mempunyai makna leksisnya yang tersendiri dibawa oleh perkataan, manakala makna tatabahasa

    (makna struktural) pula dibawa oleh sistemnya. Oleh itu, para guru yang peka harus menerapkan makna linguistik

    secara keseluruhannya dalam pengajaran tatabahasa yang mengandungi kedua-dua unsur atau elemen iaitu

    makna leksis pada tiap-tiap perkataan dan makna struktural.

    Makna sesuatu unsur tatabahasa perlu ditunjukkan melalui pembinaan ayat, kerana ia adalah asas atau

    tunjang bagi murid-murid memahami pembelajaran tatabahasa dengan berkesan. Ayat pula menjadi asas untuk

    penggunaan semua unsur tatabahasa yang lebih kecil daripadanya. Berdasarkan pendekatan ini, guru harus

    memperkenalkan pengertian penerbitan bagi sesuatu ayat.

    Guru juga harus mempunyai pengetahuan untuk menggunakan rajah pohon (seperti yang di tunjukkan

    sebelum ini) dalam membina sesuatu ayat berasaskan imbuhan me-, mem-, dan men-.Ini adalah kerana hala tuju

    pengajaran tatabahasa dengan pendekatan struktural akan lebih jelas ditunjukkan kepada pelajar semasa aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran dilakukan pelajar secara tidak langsung akan dapat membezakan atau memecahkan

    struktur ayat kepada subjek dan predikat. Mereka juga mampu untuk menentukan golongan kata yang pada setiap

    perkataan dalam sesuatu ayat. Ini akan menyumbang kepada tahap pemahaman yang lebih mendalam kepada

    para pelajar dalam mempelajari rumus tatabahasa.

    Kaedah Pengajaran

    Dalam menjalankan pengajaran di bilik darjah terdapat tiga kaedah pengajaran yang biasanya dijalankan

    oleh para guru iaitu kaedah deduktif, kaedah induktif, dan kaedah eklektik.Kaedah deduktif dan induktif ini tidak

    mempunyai banyak perbezaan. Sebagai jalan keluar, satu kaedah lain telah disarankan dengan menggabungkan

    unsur-unsur penting daripada kedua-dua kaedah iaitu kaedah deduktif dan kaedah induktif bagi menghasilkan

    suatu streategi kaedah pengajaran yang berkesan yang dikenali sebagai Kaedah Eklektik.

    Kaedah ini mencantumkan kedua-dua unsur yang baik dalam pendekatan deduktif dan induktif untuk

    menghasilkan satu strategi pengajaran. Guru bahasa boleh memulakan pengajarannya dengan memberi contoh-

    contoh berkenaan sesuatu unsur dan meminta contoh-contoh mengenai perkara yang sama daripada pelajar-

    pelajar. Selepas itu guru membimbing pelajar-pelajar untuk membuat pernyataan mengenai rumusan tatabahasa

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    15/20

    yang terlibat. Selepas itu, guru juga boleh meminta pelajar memulakan pengajarannya dengan memberi rumusan

    tatabahasa yang berkenaan. Kemudian pelajar diminta memberi penjelasan mengenai rumusan tersebut dengan

    contoh-contoh yang sesuai.

    Antara kelebihan pendekatan eklektik ialah:

    i.Guru tidak terikat kepada satu kaedah pengajaran sahaja.

    ii.Guru bebas menggunakan daya kreativitinya sendiri dalam mengajar.

    iii.Latihan kefahaman misalnya, dapat dijalankan dengan diikuti oleh latihan bertutur , membaca dan menulis.

    iv.Pelajar berpeluang berfikir terus di dalam bahasa yang dipelajari dan menggunakannya secara aktif. Kemahiran

    pasif (mengenai rumusan tatabahasa) dan aktif (penggunaan bahasa) dapat dijalankan serentak

    didalam satu pelajaran.

    Untuk menjadikan kaedah yang digunakan berkesan guru perlu memilih dan menggunakan teknik-

    teknik yang bersesuaian agar isi pelajaran yang disampaikan difahami oleh murid tanpa halangan. Setiap kaedah

    yang dibincangkan memerlukan guru melaksanakan langkah-langkah yang tertentu bagi menyampaikan

    pengajarannya. Ciri-ciri khusus yang ada pada sesuatu prosedur pengajaran seperti langkah-langkah pengajaran

    yang dilaksanakan, cara penyampaian bahan dan bahan bantu mengajar digelar teknik pengajaran.

    Walau pun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu tetapi dalam

    sesuatu pengajaran bahasa, guru sering menggabungkan beberapa teknik pengajaran bagi menghasilkan satu

    strategi pengajaran bahasa yang berkesan. Antara teknik-teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam

    pengajaran tatabahasa ialah teknik simulasi, sumbangsaran, soal jawab, latih tubi, kuiz dan teknik permainan

    bahasa.

    Maka dalam tugasan ini saya telah memilih kaedah eklektik dalam proses pengajaran imbuhan me-, mem-,

    dan men-, di bilik darjah.

    Langkah-Langkah Pengajaran

    Langkah 1:

    Guru menerangkan fungsi imbuhan me-, mem-, dan men- melalui perkataan-perkataan yang terdiri

    daripada kata dasar yang mengandungi kata kerja sebagaimana yang telah dihuraikan pada bahagian yang

    terdahulu. Namun begitu, dalam sesi pengajaran guru mestilah menggunakan senarai ayat-ayat yang diberi atau

    ditulis di papan hitam sebagai asas titik-tolak. Ini kerana, senarai tersebut amat penting dijadikan bahan panduan

    yang penting semasa guru mengajar.

    Selepas selesai guru menerangkan fungsi imbuhan me-, mem-, dan men- melalui perkataan-perkataan terbitanya

    dalam ayat-ayat yang telah disenaraikan itu, para pelajar seharusnya boleh mengetahui dan memahami fungsi

    imbuhan me-, mem-, dan men- dalam menerbitkan kata yang baru setelah mengalami proses pengimbuhan pada

    golongan kata dasar iaitu kata kerja.

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    16/20

    Disinilah kaedah eklektik diaplikasikan sepenuhnya. Guru boleh memilih untuk menggunakan atau

    memberi contoh-contoh yang bersesuaian kepada pelajar terlebih dahulu agar mudah bagi para pelajar nampak

    dengan jelas hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, guru boleh menerangkan tentang rumus

    tatabahasa berpandukan pendekatan struktural untuk mengelakkan berlakunya kesilapan semasa mengajarkan

    imbuhan me-, mem-, dan men-.

    Teori pendekatan struktural hanya perlu diketahui oleh guru sahaja dan tidak perlu diajar kepada para

    pelajar secara mendalam. Guru hanya boleh memberi penerangan sahaja melalui contoh-contoh yang mudah serta

    bertepatan dengan pengajaran berasaskan pendekatan struktural.

    Langkah 2:

    Sebaik sahaja guru selesai menerangkan fungsi perkataan-perkataan terbitannya dalam tiap-tiap satu ayat

    yang diberi itu, guru sebaik-baiknya menerangkan pula makna tatabahasa yang dibawa oleh imbuhan me-, mem-

    , dan men- terhadap kata kerja dasar yang diimbuhkan dengannya itu. Contohnya dapat kita perhatikan dengan

    teliti di bawah:

    IMBUHAN KATA KERJA (KATA

    DASAR)

    KATA TERBITAN MAKNA CONTOH AYAT

    Me- putih memutih Menjadi putih Rambutnya

    sudahmemutih.

    Mem- panjang memanjang Menjadi panjang Perbualannya

    makin memanjang

    Men- kecut mengecut Menjadi kecut Belon

    makinmengecutsedikit

    demi sedikit

    Jadual: kehadiran imbuhan kepada kata dasar.

    Langkah 3:Bagi menguji kefahaman sama ada para pelajar telah memahami penggunaan perkataan-perkataan

    terbitan imbuhan me-, mem-, men-, dengan makna yang dibawa oleh perkataan-perkataan itu, maka latihan-

    latihan tertentu haruslah diberi sejurus selesainya proses pengajaran imbuhan tersebut dilakukan. Guru haruslah

    bijak menentukan waktu yang sesuai dalam memberikan latihan kepada para pelajar sama ada diberi pada akhir

    pembelajaran ataupun dalam pelajaran berikutnya. Oleh itu, sebagai seorang guru pengurusan masa adalah sangat

    penting dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknik yang guru-guru boleh

    gunakan semasa pengajaran imbuhan meng-, menge-, dan meny- berdasarkan pendekatan struktural. Antaranya:

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    17/20

    a) Teknik Simulasi

    Guru boleh menggunakan teknik simulasi dengan menggunakan pendekatan struktural untuk

    mengajarkan imbuhan me-, mem-, men- kepada murid-murid. Teknik ini diklasifikasikan sebagai satu situasi yang

    diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Pada kebiasaannya, teknik ini memerlukan murid-murid

    berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah,isu atau tugasan yang diberikan.

    Dalam konteks ini, guru akan membahagikan murid-murid pada beberapa kumpulan kecil. Seterusnya,

    guru akan memberikan satu petikan pendek. Kemudian guru akan memastikan murid-murid mengenal pasti dan

    mencari perkataan yang menggunakan imbuhan me-, mem-, men-. Guru akan meminta murid-murid membina

    ayat berdasarkan perkataan tersebut selepas murid-murid dapat mengenal pasti perkataan-perkataan tersebut.

    Melalui teknik ini, murid-murid dapat berbincang dan membina ayat mengikut perkataan yang telah dikenal pasti

    tadi. Setelah itu, guru akan mengarahkan wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan

    mereka.Dalam situasi ini, guru dapat menggabungjalinkan teknik perbincangan dalam teknik simulasi. Oleh hal

    yang demikian, guru dapat mengetahui kelemahan murid-murid dalam menggunakan imbuhan me-, mem-, men-

    semasa proses pembinaan ayat. Menerusi teknik ini, pelbagai kemahiran dapat diserapkan dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran terutamanya kemahiran lisan, membaca dan menulis serta kemahiran berfikir.

    b) Teknik Sumbangsaran

    Teknik lain yang boleh digunakan dalam pengajaran tatabahasa ini ialah teknik sumbangsaran. Teknik ini

    juga dikenali sebagai percambahan fikiran yang merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan antara guru

    dengan murid-murid dalam menyumbangkan pendapat mahupun idea. Melalui teknik ini, guru boleh

    menggunakan kad yang tertulis imbuhan me-, mem-, men- dan kata kerja seperti kata tulis misalnya dalam salah

    satu kad yang dibuat oleh guru. Kemudian guru meminta murid-murid untuk membina ayat berdasarkan perkataan

    yang tertulis pada kad tersebut di papan hitam. Dalam situasi ini, guru dapat mengenal pasti kesilapan murid-

    murid dalam menggunakan imbuhan me-, mem-, men- ketika membina ayat.

    Teknik sumbangsaran mengandungi beberapa tujuan iaitu topik perbincangan haruslah bersesuaian

    dengan kebolehan dan minat murid-murid. Guru juga perlu menggunakan garis panduan yang ringkas dan jelas.

    Semua idea dan cadangan yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap murid

    diberi peluang untuk mengemukakan cadangan dan menyumbang seberapa banyak idea dalam membina ayat-ayat

    yang menggunakan imbuhan me-, mem-, men-. Namun begitu, guru harus memastikan peruntukan masa untuk

    sesi sumbangsaran adalah berpatutan dan mencukupi. Cadangan dan idea yang diberikan tidak boleh dikritik tetapi

    guru boleh membetulkan kesilapan murid-murid dalam pembinaan ayat yang menggunakan imbuhan me-, mem-,

    men- .

    c) Teknik Soal Jawab

    Malahan, teknik soal jawab juga boleh digunakan dalam proses pengajaran tatabahasa. Teknik ini

    merupakan teknik paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini

    bukanlah mudah untuk dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan

    murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang

    berkaitan dengan isi pelajaran dan murid-murid dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya.

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    18/20

    Sebelum itu, guru perlu menerangkan tentang isi pelajaran terlebih dahulu sebelum mengemukakan

    soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran. Sebagai contohnya, guru perlu menerangkan isi pelajaran

    seperti penggunaan imbuhan me-, mem-, men- dengan kata dasar sebagai kata kerja dengan lebih terperinci

    supaya murid-murid dapat memahami segala yang diterangkan oleh guru. Setelah itu, barulah guru

    mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran tersebut kepada murid-murid. Setelah itu, guru

    dapat mengetahui sama ada proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berkesan atau tidak dalam situasi bilik

    darjah itu. Tambahan pula, guru dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada masa akan datang.

    Tujuan teknik tersebut adalah untuk mengesan pengetahuan berbahasa dalam kalangan murid-murid,

    menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kreatif serta untuk mendorong murid-murid

    menyusun dan menghuraikan bahan-bahan yang diajar oleh guru. Lantaran itu, guru haruslah menyediakan soalan

    yang terancang dan bermutu sesuai dengan tahap kognitif para pelajar agar dapat membantu menajamkan

    pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.

    d) Teknik Latih Tubi

    Malahan, teknik latih tubi juga boleh diguna pakai dalam pengajaran tatabahasa. Teknik ini sering

    digunakan dalam kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektrik, fonetik dan audio-

    lingual. Latih tubi merupakan proses latihan struktur bahasa yang bertujuan untuk membentuk kelaziman yang

    betul bagi menggunakan struktur-struktur bahasa yang dianggap menjadi masalah kepada murid-murid. Teknik ini

    juga boleh digunakan untuk mencapai suatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau

    mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan

    memikirkan maksud-maksud perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan tersebut.

    Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu

    pertama ialah sebutan. Guru meminta murid-murid menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul

    termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Aspek yang kedua ialah tatabahasa. Penggunaan

    bahasa yang tepat sangat dititikberatkan mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. Aspek yang

    ketiga ialah perbendaharaan kata. Guru berhara murid-murid dapat memperluas perbendaharaan kata dengan

    menggunakan imbuhan me-, mem-, men- yang sesuai mengikut konteks dalam situasi tertentu. Keempat ialah

    kefasihan. Guru dikehendaki meminta murid-murid menggunakan perkataan dengan cara spontan tanpa

    memikirkan maksud perkataan tersebut. Aspek yang kelima ialah kefahaman. Guru akan memberikan murid-murid

    latihan supaya mereka dapat memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Latihan yang diberikan oleh

    guru merangkumi prospek penggunaan imbuhan dalam me-, mem-, men- dalam ayat.

    e) Teknik Kloz

    Guru boleh menggunakan teknik kloz iaitu salah satu latihan yang berbentuk mengisi tempat kosong.

    Teknik ini sekurang-kurangnya mampu meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid dalam mengisi tempat

    kosong dengan menggunakan perkatan yang berimbuhan me-, mem-, dan men-. Ia juga merupakan suatu cara

    yang mudah untuk dipraktikan oleh pelajar tidak kira sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    ataupun di rumah sebagai suatu pengukuhan untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar.

    f) Teknik Kuiz

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    19/20

    Seterusnya, guru juga boleh menggunakan teknik kuiz dalam pengajaran tatabahasa. Mengikut catatan

    sejarah, teknik ini diperkenalkan pada tahun 1940, di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti

    kuiz ini bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah

    Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu ketika itu. Walau bagaimanapun, teknik ini boleh diguna pakai atau

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam pengajaran tatabahasa. Tujuan teknik ini ialah

    supaya guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan kefahaman murid-murid mengenai topik-topik

    tertentu. Murid-murid juga boleh mengulangkaji sambil bergembira tanpa rasa sebarang tekanan semasa aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran berjalan. Secara tidak langsung, pelajar dapat melupakan permasalahan mereka

    dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Lantaran itu, murid-murid dapat belajar teknik berfikir

    yang baru dan boleh diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.

    Teknik ini juga dapat membantu murid-murid memahami sistem bahasa Melayu terutama dari segi

    bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa

    melalui teknik ini iaitu ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Hal ini

    bermakna, kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Teknik ini

    juga merangkumi aktiviti pertandingan yang dilakukan dalam bilik darjah. Misalnya, guru menggunakanpendekatan pertandingan seperti peraduan teka silang kata. Guru perlu bijak menyesuaikan teknik tersebut selaras

    dengan objektif pengajaran tatabahasa terutamanya dalam pengajaran imbuhan me-, mem-, men- . Setiap klu

    yang diberikan mesti menggambarkan jawapan yang merangkumi perkataan berimbuhan sama ada me-, mem-,

    men- . Justeru, guru perlu membahagikan murid-murid kepada dua atau tiga kumpulan besar untuk melaksanakan

    teknik tersebut agar mencapai objektif pengajaran.

    g) Teknik Permainan Bahasa

    Di samping itu, teknik permainan bahasa juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran tatabahasa. Teknik ini

    sering digunakan dalam kaedah komunikatif kerana aktiviti ini dianggap amat penting dalam membentuk

    kecekapan berinteraksi ataupun kecekapan berkomunikasi seseorang murid. Menerusi teknik ini, murid-muriddapat mempelajari bahasa selari dengan proses pembelajaran bahasa secara semulajadi. Walau bagaimanapun,

    untuk memastikan kejayaan teknik ini murid-murid perlu kreatif dalam penggunaan bahasa kerana mereka perlu

    menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan apabila bercakap atau menulis supaya maksud yang hendak

    disampaikan boleh difahami. Penglibatan dalam permainan tersebut akan memberi peluang kepada murid-murid

    untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

    Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid-murid.

    Antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran tersebut dapat melatih murid-

    murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa serta mengembangkan kebolehan mereka menerusi kemahiran

    tersebut. Hala tuju pengajaran ini dapat diinterpretasikan dengan jelas melalui objektif tersirat dalam permainan

    bahasa tersebut iaitu dapat merangsang interaksi verbal, menambah kefasihan dan keyakinan diri dalam kalangan

    murid-murid. Malahan, guru dapat menyediakan konteks pembelajaran dalam situasi yang berbeza untuk menarik

    minat murid-murid terhadap sesuatu topik yang ingin diajarkan. Teknik ini juga bertindak sebagai alat yang dapat

    mengikis rasa bosan dan sebagai alat pemulihan, pengukuhan serta penggayaan dalam pengajaran tatabahasa

    khususnya.

  • 8/3/2019 PRiNSiP pengajaran bahasa

    20/20

    Antara contoh teknik permainan bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran tatabahasa ialah

    lakonan. Melalui konteks ini, guru perlu menyediakan beberapa patah kata berimbuhan me-, mem-, atau men-

    yang ditulis di atas kertas yang berasingan. Kemudian, kertas tersebut digulungkan dan diisi dalam sebuah kotak.

    Setelah itu, guru meminta seorang murid untuk mencabut undian lalu melakonkan perbuatan yang tertulis dalam

    kertas tersebut tanpa mengungkapkan perkataan itu. Sementara itu, murid-murid yang lain boleh meneka aksi

    yang dilakonkan oleh murid tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung dapat melatih atau menyesuaikan murid-

    murid dengan penggunaan imbuhan me-, mem-, dan men-.

    Kesimpulan

    Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah apa yang kita dapat lihat daripada keterangan diatas ialah

    alomorfme-, mem-,men- merupakan suatu gugusan awalan me- yang dipecahkan kepada beberapa alomorf iaitu

    me-, mem-, men-, meng-, meny-, dan menge-. Awalan me- ini pula merupakan imbuhan yang termasuk dalam

    suatu golongan kata iaitu kata kerja.

    Jika dibuat perbedaan antara Pendekatan Struktural dengan Pendekatan yang lain, Pendekatan Struktural

    lebih kepada analisis struktur fonologi, morfologi dan sintaksis. Berbanding dengan Pendekatan Tradisional yang

    lebih kepada dasar makna dan huraian yang lebih bersifat subjektif untuk menentukan hukum-hukum tatabahasa.

    Secara realitinya, teknik-teknik yang dikemukakan di atas secara tidak langsung dapat menyediakan

    persekitaran baru dalam sistem pendidikan di negara kita yang lebih menarik dan efektif. Namun begitu, setiap

    teknik yang digunakan perlulah seiring dengan objektif pengajaran agar ia mencapai objektif secara maksimum

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Like

    Be the first to like this post.

    http://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/21/pengajaran-mememmen-dlm-pendekatan-struktural/?like=1&_wpnonce=4bf7f26e87http://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/21/pengajaran-mememmen-dlm-pendekatan-struktural/?like=1&_wpnonce=4bf7f26e87