PRAKTIKAL 1 Nama: Mohamad Azwan bin Azahari Tarikh: 8 Februari 2012 Topik : Keperluan Asas Tumbuhan Objektif: Mengenalpasti keperluan asas tumbuhan; cahaya matahari, air dan udara Hipotesis: Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk hidup Pendahuluan: Sebagaimana benda hidup yang lain, tumbuhan juga mempunyai keperluan asas untuk hidup. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari,
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PRAKTIKAL 1
Nama:
Mohamad Azwan bin Azahari
Tarikh:
8 Februari 2012
Topik :
Keperluan Asas Tumbuhan
Objektif:
Mengenalpasti keperluan asas tumbuhan; cahaya matahari, air dan udara
Hipotesis:
Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk hidup
Pendahuluan:
Sebagaimana benda hidup yang lain, tumbuhan juga mempunyai keperluan asas untuk hidup. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk hidup. Setiap satu daripada keperluan asas ini mempunyai fungsi yang tertentu bagi membantu tumbuhan untuk terus hidup.
Cahaya matahari misalnya, diperlukan oleh tumbuhan dalam proses fotosintesis bagi membuat makanannya sendiri. Proses fotosintesis ini akan membebaskan gas oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan untuk bernafas. Untuk bernafas, semua
hidupan memerlukan udara untuk terus hidup. Gas oksigen diperlukan oleh semua hidupan untuk bernafas dan membebaskan gas karbon dioksida. Air pula diperlukan supaya tumbuhan sentiasa segar. Jika tidak, tumbuhan akan menjadi layu dan akhirnya mati.
(A) Matahari sebagai keperluan asas tumbuhan
Bahan:
1. Pokok sakat.
2. Kertas hitam yang tebal
3. Klip kertas
Prosedur:
1. Pokok sakat yang ingin dijadikan spesimen dipilih.
2. Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai dan diletakkan pada
kedua-dua permukaan daun sakat, kemudian kertas tersebut diklip dengan klip
kertas untuk beberapa hari.
3. Setelah beberapa hari, kertas tersebut dialihkan dan sebarang perubahan pada
daun tersebut diperhatikan
Gambar:
(B) Air ialah keperluan asas tumbuhan
Bahan / radas :
Kacang hijau, air, kapas, piring petri
Prosedur:
1. Kapas dimasukkan ke dalam dua piring petri
2. Kapas di dalam piring petri pertama dibasahkan dengan air manakala kapas dalam
piring petri yang kedua pula dibiarkan kering
3. Kacang diletakkan ke atas kapas dalam kedua-dua piring petri
4. Piring petri diletakkan di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari untuk
beberapa hari
5. Sebarang perubahan pada kacang tersebut diperhati dan direkodkan
Kemahiran manipulatif:
Segala radas dibasuh dan disimpan serrta bahan-bahan yang digunakan dibuang
selepas selesai eksperimen
Gambar:
(C ) Udara ialah keperluan asas tumbuhan
Bahan / radas :
Kacang hijau, air, cawan plastik, kapas
Prosedur:
1. Beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastik yang telah
dimasukkan kapas basah.
2. Manakala sebuah cawan plastik yang lain dipenuhkan dengan separuh penuh air
dan beberapa biji kacang hijau diletakkan ke dalamnya.
3. Kedua-dua cawan tersebut dibiarkan beberapa hari.
4. Sebarang perubahan yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas
beberapa hari diperhartikan dan direkod.
Kemahiran manipulatif:
Radas dibersihkan dan disimpan manakala kacang hijau dibuang setelah selesai
eksperimen
Gambar:
Keputusan:
Eksperimen (A)
Gambar Keterangan
Tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadap
daun pokok sakat. Daun masih lagi hijau dan tidak
berubah warna langsung.
Eksperimen (B)
Piring petri 1 Piring petri 2
Kacang hijau bercambah dan tumbuh Kacang hijau tidak bercambah langsung
Eksperimen (C)
Cawan 1 Cawan 2
Kacang hijau bercambah dan tumbuh Kacang hijau hanya bercambah namun
tidak tumbuh
Perbincangan:
Bagi eksperimen A, keputusan yang sepatutnya tidak dapat diperolehi disebabkan oleh ketebalan daun yang terlalu tebal. Ini menyebabkan tiada sebarang perubahan warna yang berlaku. Bagi eksperimen B pula, hanya kacang hijau yang ditaburkan di atas kapas basah di dalam piring petri 1 sahaja yang bercambah dan tumbuh, manakala tiada perubahan yang berlaku pada kacang hijau yang yang ditaburkan di atas kapas kering dalam piring petri 2. Ini menunjukkan bahawa biji benih memerlukan air untuk bercambah dan tumbuh. Manakala untuk eksperimen C, kacang hijau di dalam kedua-dua cawan plastik telah bercambah namun hanya kacang hijau di dalam cawan plastik 1 yang terdedah dengan udara sahaja yang tumbuh dengan baik, manakala kacang hijau yang direndam di dalam air di dalam cawan 2 terbantut dan pertumbuhannya terhenti Ini menunjukkan tumbuhan memerlukan udara untuk hidup.
Dengan ini, dapat dibuktikan bahawa tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk hidup. Cahaya matahari diperlukan dalam proses fotosintesis bagi membuat makanan sendiri bagi tumbuh-tumbuhan. Tanpa cahaya matahari, tumbuhan tidak dapat menjalani proses fotosintesis seterusnya membuat makanan sendiri. Manakala air dan udara pula diperlukan oleh tumbuhan untuk terus hidup, sebagaimana hidupan yang lain seperti manusia dan haiwan. Tanpa air dan udara yang mencukupi, tumbuh-tumbuhan tidak dapat hidup dan menersukan proses kehidupan dengan baik.
Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Cahaya matahari, air dan udara adalah keperluan asas bagi tumbuhan untuk hidup.
Rujukan:
1. Lum How Kee (2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson
2. Mader, Sylvia S (2007). Biology (9th eds.). New York : Mc Graw Hill
3. Muniswaran S, & T.Y. Jiang (2010). Score A in PMR(2010)-Science. Johor Bahru :
Pelangi Publishing
4. PMR Bilingual Science Form 1. (2007). Selangor : Arah Pendidikan Sdn Bhd
5. Megan Koehn (2008). Basic Needs of Plants. Dicapai pada 15 Februari 2012 di