PRAKTIKAL 3 PEMULIHARAAN EX-SITU
TUGASAN 1 Di dalam satu kumpulan yang tidak lebih daripada tiga
orang pelajar, sediakan persembahan selama 10 minit di mana anda
menjelaskan bagaimana survival satu haiwan atau tumbuhan yang anda
perhatikan yang sedang dibantu oleh pemuliharaan ex situ.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Kuala Gandah
memberi fokus kepada pemuliharaan dan pemeliharaan gajah.
Pemuliharaan ex situ yang dijalankan di sini adalah bertujuan untuk
mengekang berlakunya kepupusan kepada spesis haiwan tersebut.
Peranan fungsi Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk
merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras program dan aktiviti
pembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi
dan komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ
memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi
bioteknologi, pengurusan genetik serta penyelidikan.
Peta Lokasi
1
Gambar 1 : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
Pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor
gajah denak dan liar. Kawasan ini dibina pada tahun 1989 dengan
suasana yang menyamai hbitat asal bagi spesis gajah (Gambar 2).
Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai
matlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai
mengenai ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia.
Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan
penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi
gajah. Dapat dilihat, melalui usaha konservasi ini, gajah-gajah
yang terbiar dan yang telah kehilangan habitat dapat dibantu dan
diselamatkan dari ancaman mangsa pemburuan dan kematian.
Gambar 2 2
Sejak 20 tahun yang lalu, sebanyak lebih daripada 450 ekor gajah
liar berjaya dipindahkan di mana proses pemindahan ini adalah
bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan.
Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk
daripada Thailand dan Myanmar. Pusat ini juga memelihara anakanak
gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak
gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup. Gajah Asia kini
dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran
yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia.
Melindungi gajah Asia secara langsungnya membantu melindungi ribuan
jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan habitat gajah
tersebut. Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon
yang menjadi sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan
untuk haiwan yang lebih kecil umpama jentolak semula jadi, serta
menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. Walau bagaimanapun
disebabkan oleh kekurangan habitat, gajah kini terpaksa mencari
makanan di kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi
kawasan perladangan dan penempatan manusia. Di sini, terdapat juga
gajah yang dilatih bagi menghiburkan para pelawat (Gambar 3). Di
sini, pelawat diberi peluang untuk merasai pengalaman memberi makan
(Gambar 4) dan menunggang gajah. Para pelawat juga digalakkan untuk
menonton dokumentari yang berkaitan dengan pemindahan gajah.
Gambar 3
Gambar 4
3
Melalui program pendidikan sebegini, adalah diharapkan kesedaran
untuk memelihara dan memulihara flora dan fauna dapat diterapkan
dengan lebih mendalam kepada masyarakat. Alam sekitar turut
memainkan peranan yang penting di
dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar
memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyegarkan. Di
samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak
akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya
alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi
menjamin keharmonian hidup. Justeru, semua lapisan masyarakat
haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam
sekitar supaya kehidupan kita. kebersihan alam sekitar dapat
ditingkatkan dalam
4
TUGASAN 2
Bincangkan secara individu di dalam bentuk laporan esei yang
mengandungi 300 patah perkataan mengenai isu dibawah. Masukkan
pernyataan yang kukuh mengenai tujuan praktikal dan sumber rujukan
di dalam teks dan senaraikannya di bahagian lampiran pada akhir
laporan dengan format yang betul. Apakah julat diversiti yang
hadir? Adakah mereka memberi tumpuan kepada sesetngah kumpulan dan
mengabaikan kumpulan yang lain? Jelaskan. Apakah yang dimaksudkan
dengan ex situ dan in situ? Apakah merit pemuliharaan ex situ?
Mengapakah sesetengah ahli ekologis berpendapat pemuliharaan in
situ adalah satu-satunya strategi konservasi yang wajar? Mengapakah
ramai pihak yang mengatakan bahawa tidak wajar untuk membawa
kembali spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian? Apakah
kesan tindakan tersebut?
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
merupakan pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga,
mengurus dan memelihara hidup liar dan taman negara di Semenanjung
Malaysia. Menurut laman web http://www.wildlife.gov.my/, Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara diberi kuasa untuk
menggeledah, menangkap dan menyiasat, pengeluar lesen-lesen
tertentu, kesalahan dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memberi
perlindungan terhadap hidupan liar di Malaysia. Peranan fungsi5
Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk merancang,
mengurus, mengendali dan menyelaras program dan aktiviti pembiakan
spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi dan
komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan
perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi,
pengurusan genetik serta penyelidikan. Pemuliharaan ini dijalankan
di beberapa tempat yang telah saya lawati seperti di Institut
Biodiversiti, Lanchang, Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah dan
juga Taman Rusa di Bukit Rengit.
Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah,
Pahang. Kuala Gandah menjadi tarikan kerana wujudnya Pusat
Pemuliharaan Gajah Negara. Di sini terdapat 12 ekor gajah termasuk
dua ekor gajah yang berumur 70 tahun. Pusat Perlindungan Gajah
Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk
mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan ini serta memberi
pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan. Menurut
jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar, atau
Elephus Maximus yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan
satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar yang
telah kehilangan habitat semulajadinya. Gajah-gajah yang ada di
sini telah diselamatkan dari tempattempat di Semenanjung Malaysia
di mana manusia dan gajah tidak boleh hidup dengan baik. Antara
yang menarik di Taman Rusa ialah semasa sesi memberi
makan rusa. Dunia Haiwan di taman ini juga menawarkan tarikan
lain seperti burung merak, burung unta dan sunbear. Merentasi
kawasan perlindungan Rusa, Taman Alam
6
pada laluan pejalan kaki pula terdapat pelbagai jenis herba dan
tumbuh-tumbuhan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan 40 lain-lain
herba yang boleh didapati di hutan hujan.
Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies
hidupan liar di luar habitat semula jadi mereka. Ia juga merupakan
pemuliharaan terhadaporganisma atau spesies flora dan fauna yang
diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya. Spesies yang
diancam kepupusan atau akan mengalami
kepupusan akan dilindungi dan dibiakkan semula di dalam kurungan
atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula
jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan
mempunyai habitat yang sesuai.
Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan
kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara flora dan fauna yang
semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi
secara berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di masa akan
datang. Ianya memberi pelbagai manfaat dan faedah dalam memastikan
sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program
pemeliharaan dan pemuliharaan ini. Pemuliharaan in-situ pula
merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada di
habitat asalnya. Pemuliharaan ini sedikit sukar dijalankan
disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi mereka
yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan serta
pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian
dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan
lancar seperti yang dirancangkan.
7
Namun, terdapat juga beberapa orang ahli ekologis yang
berpendapat bahawa hanya pemuliharaan in-situ adalah cara dan
langkah yang terbaik untuk mengekalkan kewujudan sesuatu spesis
berbanding dengan memulihara haiwan di luar hbitat asal mereka. Ini
adalah kerana zoo dan taman-taman pemuliharaan yang lain ialah
ekosistem tiruan manakala hutan adalah ekosistem semula jadi.
Perbezaan antara ekosistem semulajadi dan ekosistem tiruan ialah
ekosistem semulajadi boleh
diadaptasi oleh kebanyakakan spesis hidupan tetapi hanya
beberapa spesis sahaja yang mampu untuk hidup di dalam ekosistem
tiruan. Spesis yang tidak mampu beradaptasi akhirnya akan mati dan
pupus. Bagi sesetengah spesis yang telah pupus seperti Harimau
Tasmanian, kebanyakkan berpendapat adalah kurang wajar untuk
mewujudkan semula spesis tersebut. Ini kerana spesis tersebut
dikatakan memberi banyak gangguan kepada manusia dan akan memberi
kesan jika masih wujud. Berkemungkinan juga spesis tersebut telah
pupus disebabkan perubahan cuaca dan alam yang tidak sesuai lagi
bagi mereka.
8