SCE 3110 PRAKTIKAL 1 AWAN DAN CUACA Teori : Udara mengandungi wap air. Apabila wap air ini meluap menjadi titisan air maka awan akan terbentuk. Udara panas mengandungi lebih banyak wap air, justeru, udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang mempunyai suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan awan akan terbentuk. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut semakin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air. Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut di atas seperti berikut: Awan peringkat rendah ( 0 hingga 2 kilometer ) 1. Stratokumulus 2. Stratus 3. Kumulus
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SCE 3110 PRAKTIKAL 1
AWAN DAN CUACA
Teori :
Udara mengandungi wap air. Apabila wap air ini meluap menjadi titisan air maka
awan akan terbentuk. Udara panas mengandungi lebih banyak wap air, justeru, udara
panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang
mempunyai suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan awan akan terbentuk.
Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut
semakin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air. Terdapat 10 genera awan.
Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut di atas seperti
berikut:
Awan peringkat rendah ( 0 hingga 2 kilometer )
1. Stratokumulus
2. Stratus
3. Kumulus
4. Kumulonimbus
Awan peringkat pertengahan ( 2 hingga 7 kilometer )
1. Altokumulus
2. Altrostratus
Awan peringkat tinggi ( 5 hingga 13 kilometer )
1. Sirus
2. Sirokumulus
3. Sirostratus
Tujuan :
Mengkaji jenis-jenis awan yang terbentuk di langit dan mengetahui tentang cuaca pada
hari tersebut.
Peralatan :
a) Kamera
Prosedur :
1. Maklumat berkaitan awan telah didapatkan melalui rujukan buku-buku text,
internet serta bahan rujukan yang lain.
2. Lokasi yang sesuai telah dipilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap jenis-
jenis awan yang terbentuk dalam tempoh beberapa hari.
3. Segala pemerhatian telah direkodkan termasuklah perubahan iklim yang berlaku
sama ada hujan , tidak hujan mahupun mendung.
4. Hasil pemerhatian dianalisis dan ditafsir berdasarkan gambar-gambar, jadual
dan carta bedasarkan rujukan sebagai sokongan.
5. Hasil kajian kumpulan kami dibentangkan di dalam kelas.
Pemerhatian :
Lokasi : Sekitar Kawasan IPG Kampus Tun Hussein Onn
Tarikh : 14 hingga 21 Januari 2013
Tempoh : 8 hari
Masa : 1.00 tengah hari
Hari Gambar Pemerhatian
14/1/13 • Nama awan
Cirrocumulus
• Ciri- ciri
– Awan tinggi.
– Bentuknya menyerupai awan
jenis stratocumulus.
– Jika dilihat dari permukaan, ia
kelihatan seperti bulatan-bulatan
yang lebih jika dibandingkan
dengan awan stratocumulus.
– Cuaca pada hari tersebut
adalah cerah.
15/1/13 • Nama awan
Stratocumulus
• Ciri- ciri
– Awan rendah.
– Awan kumulus yang berpecah
dan tidak tersusun.
– Cuaca pada hari tersebut
mendung.
16/1/13 • Nama awan
Cumulus
• Ciri- ciri
– Awan rendah.
– Bahagian-bahagian awan
yang kena pada sinaran.
matahari akan tampak lebih
putih kemilau.
– Cuaca pada hari tesebut
cerah.
17/1/13 • Nama awan
Cumulus
• Ciri- ciri
– Awan rendah.
– Bahagian-bahagian awan
yang kena pada sinaran
matahari akan tampak lebih
putih kemilau.
– Cuaca pada hari tesebut
cerah.
18/1/13 • Nama awan
Cumulonimbus
• Ciri- ciri
Awan rendah.
Bentuk awan ini tampak lebih
padat dan menjulang tinggi,
serta menyerupai gunung atau
menara.
Cuaca pada hari tersebut
mendung.
19/1/13 • Nama awan
Altostratus
• Ciri- ciri
Awan sederhana
Ketinggian : 2 - 5km
Ia menyerupai lembaran/lapisan
atau jalur-jalur berwarna keabu-
abuan dan berserabut serta
mampu menutup seluruh langit.
Cuaca pada hari tersebut
mendung.
20/1/13 • Nama awan
Cirrocumulus
• Ciri- ciri
– Awan tinggi
– Bentuknya menyerupai awan
jenis stratocumulus.
– Jika dilihat dari permukaan, ia
kelihatan seperti bulatan-bulatan
yang lebih jika dibandingkan
dengan awan stratocumulus.
– Cuaca pada hari tersebut adalah
cerah.
21/1/13 Nama Awan :
Cirrus
Ciri- ciri awan :
– Awan tinggi
– Cirrus kelihatan seperti
rerambut nipis
– Cuaca pada hari tersebut cerah.
Perbincangan :
1. Awan sangat penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan untuk:
Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku.
Contohnya awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan
pergolakan atmosfera.
Mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar infra-
merah bumi.
Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari khatulistiwa ke
kutub.
Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaran
hidrologi.
2. Berdasarkan penemuan ini, terdapat beberapa implikasi penemuan ini dalam
kehidupan seharian iaitu :
Ia dapat membantu dalam merancang sebuah aktiviti yang dijalankan di luar.
Contohnya karnival olahraga tahunan. Guru yang mempunyai ilmu tenang
awan ini boleh membuat ramalan tentang cuaca pada hari tersebut dengan
melihat jenis awan yang terbentuk.
Ia juga dapat membantu dalam membuat ramalan kejadian hujan. Contohnya
pembentukan awan kumulonimbus dan nimbostratus.
Kesimpulan :
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa jenis awan yang dapat
diperhatikan selama 8 hari iaitu awan jenis cirrus, cirrocumulus, altostratus,
cumulonimbus, cumulus dan stratocumulus. Awan-awan ini dapat menunjukkan dan
mempengaruhi cuaca pada hari tersebut seperti awan cirrus cuaca pada masa tersebut
adalah cerah manakala awan altostratus cuaca pada masa tersebut adalah mendung
menandakan hujan akan turun.
Rujukan :
Buku
Lutgens, F.K., Tarbuck, E.J. (2005). Foundations of Earth Science 4th Edition. New
Jersey: Pearson Prentice Hill.
Seed, M. A. (2007). Foundation of Astronomy 9th Edition. Belmont: Thomson.
Broadfoot, J. B. (2004). Weather and Climate. Brisbane: QUT.
Laman Sesawang
ISCCP. (2009). Cloud Climatogoly: The Role of Clouds in Climate. Diakses pada 27
Januari 2013 daripada http://curiosity.discovery.com/
Jabatan Meteorologi Malaysia. (2012). Awan. Diakses pada 27 Januari 2013 daripada
http://www.met.gov.my/
AccuWeather, Inc. (2013). Ramalan Cuaca. Diakses pada 27 Januari 2013 daripada