No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550 RINGKASAN EKSEKUTIF; Penerangan ringkas berkaitan Perpaduan rakyat sebagai satu cabaran utama Kerajaan Malaysia dan Pendidikan di Malaysia yang dijadikan wahana untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum semenjak sebelum merdeka, sebagaimana dinyatakan dalam Penyata Razak 1956, dilakarkan dalam pendahuluan kertas ini. Diikuti dengan masalah perpaduan dan hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) dengan ciri-ciri sekolah perkasa. Selepas penjelasan definisi perpaduan, pendidikan dan memperkasakan, kertas ini mengariskan Sembilan Cabaran Wawasan 2020 dan menyentuh peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia menuju Wawasan 2020. Disusuli pula dengan Imbasan Perkembangan Pendidikan di Malaysia Seterusnya dihuraikan bagaimana Penyata Razak 1956 sebagai batu asas bagi perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan dapat mewujudkan penyatuan kaum. Huraian diteruskan dengan menghubungkaitkan bagaimana Dasar dan Rangka Kerja dapat mewujudkan perpaduan dan pembangunan Negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan berkaitan kurikulum, kokurikulum, peperiksan dan penggunaan bahasa pengantar 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
RINGKASAN EKSEKUTIF;
Penerangan ringkas berkaitan Perpaduan rakyat sebagai satu cabaran
utama Kerajaan Malaysia dan Pendidikan di Malaysia yang dijadikan wahana
untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum semenjak sebelum
merdeka, sebagaimana dinyatakan dalam Penyata Razak 1956, dilakarkan
dalam pendahuluan kertas ini. Diikuti dengan masalah perpaduan dan hasrat
penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) dengan ciri-ciri sekolah perkasa.
Selepas penjelasan definisi perpaduan, pendidikan dan
memperkasakan, kertas ini mengariskan Sembilan Cabaran Wawasan 2020
dan menyentuh peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa
Malaysia menuju Wawasan 2020. Disusuli pula dengan Imbasan
Perkembangan Pendidikan di Malaysia
Seterusnya dihuraikan bagaimana Penyata Razak 1956 sebagai batu
asas bagi perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan dapat mewujudkan
penyatuan kaum. Huraian diteruskan dengan menghubungkaitkan bagaimana
Dasar dan Rangka Kerja dapat mewujudkan perpaduan dan pembangunan
Negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan berkaitan kurikulum, kokurikulum,
peperiksan dan penggunaan bahasa pengantar yang sama. Kemudian
diteruskan dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dengan teras
pertama dan ketiga yang berfokuskan perpaduan dan memperkasakan
sekolah.
Rancangan Malaysia Kesembilan dengan empat agenda utamanya
yang berkaitan dengan Pendidikan dinyatakan dalam helaian seterusnya, dan
diikuti pula dengan Isu dan cabaran perpaduan kaum di peringkat pelajar.
1
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
Sebelum penutup kertas ini menjelaskan program-program yang
dijalankan di sekolah-sekolah sebagai strategi pelaksanaan dalam
mewujudkan perpaduan dan memperkasakan sekolah. Di antaranya ialah
Penubuhan Kelab Rukun Negara, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri,
Sekolah Penyayang, Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat, Pelaksanaan
RIMUP, Penyertaan Dalam Kokurikulum, Sambutan Bulan Patriotisme dan
Kemerdekaan, Lawatan Sambil Belajar, Pengurusan Disiplin, Hari Keluarga
dan Sukaneka, Acara Kebudayaan dan Kesenian, Perkhemahan Bina Insan,
Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina, Sistem Rumah, Aktiviti
Riadah Luar Sekolah dan Tabung Kebajikan.
Bahagian akhir kertas ini merumuskan bahawa, pelajar hari ini adalah
bakal pemimpin dan pembina negara pada masa akan datang. Mereka berasal
dari wilayah yang berlainan dan menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah
yang terdiri dari para guru, kakitangan sokongan yang berbilang kaum dan dari
daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Alam persekolahan
dan mungkin kehidupan di asrama merupakan medan terbaik untuk melatih
komuniti kecil masyarakat Malaysia membina keyakinan para pelajar dan
warga sekolah peri pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik,
kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya
memperkasakan sekolah.
2
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
SOALAN 2
Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi
keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara
kaum. Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam
Penyata Razak 1956 dan merupakan cabaran paling utama dalam usaha
negara mencapai matlamat Wawasan 2020.
Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik mentafsir hasrat tersebut
dalam mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan
sekolah.
Pengenalan
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh
Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk
mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa
Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan
boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum,
berasaskan persamaan hak dan keadilan”
Semenjak sebelum merdeka, Pendidikan telah dijadikan wahana untuk
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sebagaimana jelas dinyatakan
dalam Penyata Razak 1956 dan menjadi cabaran negara dalam usaha untuk
mencapai matlamat Wawasan 2020. Manakala hasrat penubuhan Sekolah
Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai
wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan
3
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara
satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada
kesejahteraan Negara.
SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah
menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana
bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan
utama masyarakat. Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai
prasarana kurang memuaskan, terutama di kawasan pedalaman. Selain itu,
terdapat anggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah
lebih rendah berbanding sekolah rendah aliran Cina. Masyarakat bukan
Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu bercirikan Islam
manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya.
Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui setiap pendidiknya untuk mewujudkan perpaduan antara
kaum dan memperkasakan sekolah dengan :
CIRI-CIRI SEKOLAH PERKASA
INFRASTRUKTUR LENGKAP DAN BERKUALITI
PEMIMPIN DAN GURU CEKAP, TERLATIH DAN BERKUALITI
IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH SIHAT
SEMUA PELAJAR MENGUASAI 3M
PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERASASKAN
PELANGGAN
4
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM YANG
BERKESAN
MENAWARKAN BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL
PENCAPAIAN AKADEMIK CEMERLANG
PENCAPAIAN SAHSIAH PELAJAR CEMERLANG
SISTEM SOKONGAN YANG KUAT DAN MENCUKUPI
BERASPIRASI NASIONAL
Definisi
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi
yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang
berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam
kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus
Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai
penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu
bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan
1994, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar.
Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan
atau mengukuhkan sesuatu.
5
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
Wawasan 2020
Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat
Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun
Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105).
Wawasan 2020 meletakkan matlamat menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai
sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benar maju, mampu
berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat
Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan
yang dianggap sebagai cabaran.
Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu
diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan
masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama.
SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020
Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu
Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang
Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang
Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh.
Pembentukan Masyarakat yang Toleran
Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju
Pembinaan Masyarakat Penyayang
Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial
Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makmur
6
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
Imbasan Perkembangan Pendidikan di Malaysia
Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar
utama
Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur
disiplin yang diingini
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur
disiplin.
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
7
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
Rang Undang Undang Pendidikan 1995
Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan
kebangsaan
Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem Pendidikan
kebangsaan
Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta
Bagaimana Penyata Razak Dapat Mewujudkan Penyatuan Kaum
Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi
perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan:
“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud
hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di
dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang
meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun
perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.”
(Penyata Razak, perenggan 12, 1956)
.Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing
dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran
8
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan
bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem
pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan
Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan
penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Walaupun
hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada
di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu
memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu
tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan
perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini
tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.
Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan
seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua
Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang
sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.
Bagaimana Dasar dan Rangka Kerja Dapat Mewujudkan Perpaduan dan
Pembangunan Negara.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat
dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat
penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang
bersatu padu. Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan
bahawa:
9
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara”
Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat
Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam
Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang
bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama
serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang
dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu
pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat
membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi
memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan
dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata
pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran
Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan
10
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku
yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.ega
ngamenanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada
16 Januari 2007 PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah
dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan enam teras
strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke
arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
TERAS STRATEGIK PIPP
Membina Negara Bangsa
Membangunkan Modal Insan
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Merapatkan Jurang Pendidikan
Memartabatkan Profesion Keguruan
Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Membina Negara Bangsa
Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi
tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju
menjelang tahun 2020. KPM berhasrat pembinaan Negara Bangsa melalui
pendidikan akan membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan
ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung
11
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini
akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin
pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta
menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan
menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama
masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan
kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik
dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru
terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan
mengikut keperluan.
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem
pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan
potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM
ialah
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan dan sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan
negara.
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara
Malaysia
12
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
Hasrat murni kerajaan itu dapat dicapai sepenuhnya melalui:
Penubuhan Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar
bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau
agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan
bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang
sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan
kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung
(link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran
yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum
untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.
Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan
Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-
bagai bangsa dan latar belakang
Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan
persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu
Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga
sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan
aktiviti-aktiviti lain di sekolah
Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan
13
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah
beroperasi dengan jayanya iaitu :
Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, (RMK9) 2006-2010
Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah rancangan lima tahun
pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi
Nasional (2006-2010) ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini
merupakan kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara
yang maju ekonominya; seimbang pembangunan sosialnya; memiliki warga
yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju
dan berpandangan jauh. Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan
Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan usaha menggarap kejayaan
lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara.
Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem
pendidikan, sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi
tumpuan oleh semua pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah
Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem
pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti mampu
bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang
pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar,
14
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang
golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Keempat,
mempertabatkan profesion keguruan.
Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingat
bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun
2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan
kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu
dengan masyarakat Bangsa Malaysia.
Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum
Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak
menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah
rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA
mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program
kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas
pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah
mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar.
Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya.
Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan
pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa
masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah
faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang
15
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup
disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan
bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.
Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa
hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan
rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di
dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah
negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar
perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan.
Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat
dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu
diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan
pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk
memperkasakan sekolah.
Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan
Memperkasakan Sekolah
Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan di
peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya
memperkasakan sekolah.
Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan
2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad
Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan
supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab
16
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan, pemahaman,
penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-
prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu
dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.
Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri -
Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah.
Semua warga sekolah bingkas bangun dengan sendirinya apabila
dimaklumkan oleh pengacara majlis dan menyanyikan lagu-lagu tersebut
dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan setia, cinta dan
bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh
rakyat Malaysia.
Sekolah Penyayang –
Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan
konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda
Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan
Ibubapa dan Guru. Program ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta
kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan
menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan
kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa
para pelajar.
Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat –
Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan masyarakat
setempat melalui program-program ilmiah seperti ceramah agama, solat hajat,
sambutan Maulidur Rasul, Ma’al Hijrah, gotong royong membersih tanah
perkuburan dan sebagainya. Sekolah juga memberi kerjasama kepada
17
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
penduduk dan masyarakat setempat apabila mereka memohon kerjasama dari
pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu.
Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) -
Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti
pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri
yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara
kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan
program yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain yang,
mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah
dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan
warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka
berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang
kepada perpaduan.
Penyertaan Dalam Kokurikulum –
Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan,
permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan
pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di
pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan
dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti
program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan
secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai
agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan
disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam
aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha
18
No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550
untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah
masyarakat yang berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu.
Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan –
Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena
memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan
peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit
Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah
dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan
PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan
Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah
seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik,
pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik
darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran,
melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik
kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan
oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan
pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan
semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka
dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan
bersatupadu dan kestabilan negara.
Lawatan Sambil Belajar –
Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke