PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN(PISMP)SEMESTER 3 2014
PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUALITIPKE3101
NAMA PELAJARNO KAD PENGENALANNUR FATIN BT HUSSIN
930414-14-5500
KUMPULANREKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1
KOD MATAPELAJARANPKE 3101
SEMESTER3 PISMP
NAMA PENSYARAH EN. ROSLAN BIN KHALID
TARIKH SERAHAN10 MAC 2014
PROFIL PELAJARNAMANUR FATIN BINTI HUSSIN
NO KAD PENGENALAN930414-14-5500
KUMPULANREKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1
AMBILAN JANUARI 2013
SEMESTER 3 PISMP
TEMPAT LAHIR HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR
ALAMAT114 , JALAN BERJAYA 4, TAMAN BERJAYA , SG CHUA, 43000 ,
KAJANG SELANGOR
NO TELEFON013-6892449
ALAMAT [email protected]
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PROFIL DIRI2
PENGHARGAAN4
PENULISAN ESEI ILMIAH PERUBAHAN ASPEK FIZIKAL SEMASA AKIL
BALIGH
5
PENULISAN REFLEKSI13
BIBLIOGRAFI15
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah
kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Sekalung
penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
En.Roslan bin Khalid selaku pensyarah pembimbing yang banyak
membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara sepanjang proses
menyiapkan penulisan ilmiah ini. Dengan tunjuk ajar beliau dapatlah
saya memahami segala perkara yang perlu dilakukan.
Penghargaan khusus dirakamkan kepada ibu saya yang banyak
memberi sokongan moral sepanjang keberadaan saya di sini agar
sentiasa mempelajari dan melakukan segala kerja pembelajaran dengan
baik.Terima kasih atas segala bantuan seperti bantuan moral dan
sokongan untuk mendapatkan bahan dan segala keperluan yang sangat
membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan
terima kasih kepada rakan-rakan forum bersama saya iaitu Nik,
Saidatul dan Nabihah yang bersama-sama mencari bahan rujukan di
perpustakaan. Segala tunjuk ajar, bantuan dan usaha yang telah
dilimpahkan sangat membantu dalam pelaksanaan tugasan kali ini.
Dengan kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada semua pihak yang memberi pertolongan samada secara langsung
atau tidak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Pelbagai
ilmu dapat saya rungkai sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini,
begitulah dominannya peranan bakal pendidik di negara ini untuk
merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Akhir kata,
saya berharap tugasan saya ini betul-betul mengikut spesifikasi
pemarkahan yang betul dan mendapat markah yang cemerlang.
Perubahan Aspek Fizikal Semasa Akil Baligh
Akil baligh merupakan tempoh masa perubahan antara zaman
kanak-kanak beralih kepada zaman remaja. Semasa proses akil baligh,
anak lelaki dan anak perempuan akan mengalami satu pengalaman baru
yang melibatkan perubahan fizikal, mental, emosi dan sosial. Semua
perubahan ini secara tidak langsung akan mengubah rupa bentuk tubuh
badan, bagaimana cara kanak-kanak berfikir, mengendalikan perasaan
serta cara bergaul dan berkomunikasi dengan semua orang yang berada
di sekeliling mereka.
Manakala remaja membawa maksud di mana seseorang individu itu
telah mengalami kematangan sisitem saraf dan saiz otak yang
merupakan satu persediaan ke arah mencapai tahap seorang dewasa.
Dalam proses remaja, mereka sudah dapat membentuk satu set nilai
dan sistem etika yang akan dijadikan panduan bagi tingkah lakunya.
Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa
iaitu usia mereka berada dalam sekitar 1 hingga 19 tahun.
Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula
pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan.
Pada masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran,
bentuk badan mula berubah dan keinginan muncul dari dalam,
"Perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran, membuatkan mereka
tidak dapat mengawal". Mula berasa segan atau malu apabila
berhadapan dengan kehadiran orang yang berlainan jantina, mereka
mula merasai perasaan seksual. Dengan kata lain mereka mula
tertarik antara satu sama lain. Remaja juga mengalami perkembangan
kognitif. Mereka sudah mampu menghadapi konsep yang lebih abstrak
dan mula berminat dalam perkara-perkara yang melbatkan teori dalam
pelajaan sains dan moral.
Manakala Sigmund dan Anna Freud mengatakan bahawa awal remaja
adalah peringkat yang paling bermasalah disebabkan perubahan
dramatik psikologi yang berlaku pada masa ini. Dengan dorongan
seksual dan agresif, yang bukan semasa peringkat latensi, sifat
egoistik berlaku amat tinggi dan turut menganggu daya tahannya. Zon
genital pula khasnya didorong dengan tenaga seksual yang hebat, dan
remaja ini sekali lagi dilanda sebuah fantasi oedipal dan remaja
ini mungkin akan berasa susah atau tidak selesa apabila berada di
kalangan ibu bapanya.
Stanley Hall (1904) pula berpendapat perkembanagan seseorang
individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan
faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman
remaja sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal
yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa
baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan
satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat. Hall
percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan
tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan
bermoral.
Perubahan fizikal seseorang berbeza antara setiap individu. Alam
remaja perlu diterokai oleh semua orang sebagai pengetahuan dan
pemahaman terhadap perubahan yang dialami oleh semua remaja sebelum
dan selepas akil baligh. Ini akan membawa perkembangan yang
memberangsangkan terhadap tingkah laku dan amalan remaja. Remaja
perlu mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku terhadap diri
mereka supaya dapat menjadikan mereka lebih yakin dan selesa dengan
diri mereka yang baru.
Perubahan fizikal lebih tertumpu kepada rupa bentuk tubuh badan
sama ada di dalam dan juga luar badan kanak-kanak tersebut apabila
mengalami fasa akil baligh yang mana ada yang dapat secara ketara
dan juga dialami tanpa disedari. Perkembangan dan pertumbuhan ini
berbeza antara kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Mengenali perkembangan dan perubahan fizikal kanak-kanak lelaki
adalah melalui beberapa fasa mengikut julat umur iaitu ketika
menjangkau usia 10-13 tahun kanak-kanak lelaki akan mengalami
ciri-ciri seperti badan bertambah gagah, suara menjadi garau atau
pecah suara, otot-otot membesar dan bertambah tegang terutama
dibahagian dada dan lengan serta bahu kian melebar. Tambahan lagi,
skrotum membesar dan kulit skrotum bertambah kasar dan bewarna
gelap sekaligus saiz zakar turut membesar.
Seterusnya ke usia 14-17 tahun, tubuh kanak-kanak lelaki akan
bertambah tinggi, bulu ari-ari tumbuh dan bertambah lebat. Skrotum
pula semakin membesar dan kulit zakar juga semakin membesar. Tidak
terkecuali jerawat mula tumbuh terutama di bahagian muka, belakang
badan dan turut tumbuh dibawah lengan. Pada fasa ini mereka akan
mengalami mimpi ghairah atau lebih dikenali sebagai mimpi basah
(wet dream) sehingga mengeluarkan air mani. Mimpi ghairah inilah
merupakan titik dimana akil baligh bermula.
Fasa 18-19 tahun pula memperlihatkan remaja lelaki bertambah
ketinggiannya. Bulu mula tumbuh dibawah lengan (ketiak) dan mungkin
dibahagian dada. Misai dan janggut juga tumbuh disekitar dagu.
Warna kulit skrotum bertambah gelap dan saiz zakar terus membesar.
Perpeluhan yang pesat turut berlaku sehingga mengeluarkan bau
badan.
Rajah 1.0 Pertumbuhan Fizikal Lelaki
Perkembangan dan perubahan fizikal akil baligh bagi kanak-kanak
perempuan turut berbeza mengikut peringkat umur. Semasa menjalani
alam gadis ini, terdapat dua ciri yang berbeza menampakkan
perubahan seseorang kanak-kanak perempuan itu iaitu ciri primer dan
ciri sekunder. Ciri primer ialah perubahan pada bahagian faraj
(vagina) dan ovari manakala ciri sekunder pula perubahan pada
payudara dan punggung seperti membesar dan melebar menunjukkan
ciri-ciri kewanitaan.
Pada peringkat usia 9-10 tahun perubahan bermula apabila puting
payudara mula ketara, Tulang punggung mula melebar malah lemak akan
mula tersimpan dibahagian punggung dan peha. Ssterusnya pada usia
10-11 tahun saiz puting payudara mula melebar dan bulu ari-ari akan
mula tumbuh sekitar kemaluan. Perkembangan dan pertumbuhan fizikal
terus berubah ketika menjangkau usia 11-13 tahun apabila bulatan
areolar payudara semakin membesar dan gelap serta jisim payudara
akan menjadi lebih berat dan padat. Organ reproduktif bertambah
matang dan nyata. Pada peringkat ini ciri-ciri kewanitaan semakin
menyerlah.
Kedatangan haid iaitu pengeluaran darah daripada faraj yang akan
dialami selama 3-6 hari bermula pada fasa umur 13-15 tahun. Pada
peringkat ini juga pertumbuhan bulu semakin lebat dicelah bawah
lengan dan bahagian ari-ari iaitu kawasan genitalia. Tambahan pula,
kehadiran jerawat di muka akan mula merunsingkan remaja perempuan.
Perubahan suara daripada keanakkan kepada suara yang lebih matang
merupakan antara perubahan yang paling ketara. Remaja perempuan
turut tidak terkecuali untuk mengalami perpeluhan dan masalah bau
badan berlebihan pada fasa ini.
Fasa terakhir iaitu di usia 15-18 tahun, remaja akan mencapai
ketinggian yang maksimum. Penambahan berat badan dan ukuran
dibahagian punggung pula semakin melebar. Pada peringkat ini
kesemua perubahan ciri seksual sekunder menghampiri saiz wanita
dewasa.
Rajah 2.0 Pertumbuhan Fizikal Perempuan
Selain peringkat-peringkat pertumbuhan fizikal, organ
reproduktif dan kitaran haid remaja perempuan merupakan perubahan
fizikal utama seseorang perempuan untuk akil baligh dan bergelar
gadis remaja. Semenjak lahir seseorang bayi perempuan mempunyai
4000,000 ovum (sel telur). Bagaimanapun hanya kira-kira 350 hingga
400 ovum sahaja akan matang dan boleh disenyawakan sepanjang hayat
seorang wanita. Haid pula menunjukkan organ reproduktif seseorang
itu telah mula berfungsi.
Kebiasaannya hari pertama kedatangan haid pusingan haid berlaku
antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama
3 hingga 6 hari. Tempoh adalah berbeza di antara seorang gadis ke
seorang yang lain.Pada masa yang sama, ovum menjadi matang di dalam
ovari. Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang baru mula
terbentuk di dalam uterus.
Ketika pertengahan kitaran haid, ovum dibebaskan dari ovari.
Ovum akan bergerak menuju ke uterus melalui saluran fallopian.
Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperrna, ovum akan hancur
dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterus
akan dikeluarkan sebagai haid.
Terdapat beberapa tanda-tanda awal bagi mengenalpasti kedatangan
haid atau bermulanya haid iaitu kira-kira 2 tahun selepas payudara
berkembang. Selain itu, haid mula dating tidak lama selepas
pertumbuhan bulu ari-ari dan selepas keputihan dikesan. Berasa
sakit atau kekejangan bawah perut, sakit pinggang dan sakit di
bahagian dalam paha turut tanda-tanda haid bakal tiba. Rasa malas
dan letih merupakan kesan paling awal didapati ketika haid hendak
bermula ekoran perubahan hormon terhadap tubuh seseorang.
Gangguan emosi seperti rasa sedih, cepat marah atau kekok turut
dikenalpasti sebagai tanda awal bermulanya haid selain daripada
payu dara terasa sakit,bengkak atau tembam. Tambahan pula sakit
kepala, jerawat dan cirit-birit merupakan simptom-simptom yang
dialami oleh segelintir wanita bergantung kepada genetik,
persekitaran serta berbeza-beza mengikut sistem imunisasi tubuh
badan seseorang itu sendiri.
Walaubagaimanapun, faktor-faktor seperti amalan pemakanan,
genetik, sosialbudaya dan persekitaran juga boleh mempengaruhi
perkembangan dan pertumbuhan fizikal seseorang remaja lelaki dan
perempuan. Jadi, adalah penting untuk menjaga pengambilan pemakanan
dengan mengambil makanan yang berzat mengikut piramid makanan.
Secara konklusinya perubahan fizikal remaja lelaki dan perempuan
semasa akil baligh dapat ditafsirkan melalui pengurusan grafik
dibawah :
Rajah 3.0 Perubahan utama semasa akil baligh lelaki
Rajah 4.0 Perubahan utama semasa akil baligh lelaki
Secara keseluruhannya remaja harus mementingkan asas penjagaan
kesihatan secara menyeluruh bagi memastikan pertumbuhan fizikal
mereka dapat berkembang dengan baik agar menjadikan kehidupan
mereka lebih bermakna daripada segala aspek dan dapat melibatkan
diri secara aktif dalam semua aktiviti yang mereka sertai
terutamanya dalam bidang akademik, kerja luar dan kokurikulum.
Dalam menjaga kesihatan diri, remaja harus menitikberatkan
kebersihan diri dalam penjagaan kesihatan tubuh badan dengan
memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit dan memberi
keyakinan kepada pergaulan mereka dengan orang sekeliling.
Peringkat remaja penuh keindahan, cabaran dan masalah. Oleh itu
remaja harus bijak dalam mengatur perjalanan hidup mereka dengan
memilih amalan gaya hidup sihat yang berkualiti dalam menjamin
keselesaan, kelancaran, keaktifan, keceriaan, kecergasan dan
kecerdasan kehidupan mereka. Amalan gaya hidup sihat yakni amalan
penjagaan pemakanan, rehat dan rekreasi bukan sahaja dapat menjamin
pertumbungan fizikal yang baik malah dapat memastikan pengurusan
mental, pengurusan emosi dan pengurusan sosial berkembang baik
dalam proses akil baligh.
PENULISAN REFLEKSI
Tugasan kerja kursus Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti ini
merupakan satu tugasan baru kepada saya pada semester ini oleh
Jabatan Gerko kerana ini adalah kali pertama saya membuat tugasan
untuk subjek minor kedua pilihan saya. Pendidikan Kesihatan dan
Seksualiti merupakan subjek elektif saya pada semester tiga PISMP
ini. Pendidikan Kesihatan ini amat menarik dan saya sering ingin
melanjutkan pelajaran dalam bidang ini kerana ilmu kesihatan sangat
berkait rapat dengan diri kita sendiri. Saya berharap dapat
megimplementasikan ilmu pengetahuan saya sepanjang membuat kerja
kursus ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya kemudian
hari.. Saya juga sangat selesa belajar dan diberi tunjuk ajar oleh
En. Roslan bin Khalid selaku pensyarah pembimbing subjek ini yang
banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini.
Saya menerima tugasan PKE3101 yang terdiri daripada tugasan
mengurus, mengelola dan melaksanakan sebuah forum. Saya dan rakan
sekumpulan telah membahagikan tugasan ini mengikut spesifikasi yang
telah diberi sebagai rujukan kepada tugasan ini. Spesifikasi yang
telah diberikan banyak membantu saya, serta memudahkan saya untuk
memahami tugasan ini secara lebih terperinci. Tujuan pembahagian
tugasan adalah untuk memberi saya peluang untuk mencari aspek-aspek
kehendak soalan dengan lebih tersusun lebih-lebih lagi berkaitan
perubahan fizikal, emosi dan psikologi semasa akil baligh
seseorang. Pada pandangan saya tugasan ini adalah cabaran dan
tanggungjawab yang perlu saya pikul bagi pembukaan semester ketiga
PISMP kali ini.
Saya telah membuat perancangan secara interaksi bersama-sama
rakan di dalam kelas mahupun dilaman-laman sosial terlebih dahulu
mengenai aspek yang dan banyak membuat rujukan daripada
sumber-sumber internet dan bahan-bahan bacaan sendiri serta
daripada sumbang saran rakan-rakan. Setelah berbincang, kami
mengambil keputusan dengan melantik Saidatul sebagai moderator
forum, Nik sebagai guru sekolah rendah, Nabihah sebagai wakil dari
ibu bapa serta saya sendiri Fatin sebagai doktor perubatan yang
bakal mengupas bahagian perubahan fizikal khususnya. Alhamdulillah,
kami telah melaksanakan forum tersebut dan mendapat respon yang
baik daripada pensyarah serta rakan-rakan.Menyentuh mengenai
kekangan masa, cabaran ini dihadapi oleh saya sendiri dan juga
rakan-rakan sekelas yang lain. Hal ini disebabkan beberapa faktor
seperti berlangsungnya minggu sukan Kejohanan Olahraha Tahunan
(KOT), jadual harian yang padat sebagai seorang seorang pelajar di
Ipg dan acara-acara KOT yang dijalankan. Selain melaksanakan
tugasan ini semata-mata, saya juga menerima impaknya juga. Saya
banyak memperoleh ilmu pengetahuan mengenai perubahan fizikal
lelaki dan perempuan secara khusus dan lebih terperinci malah
mengukuhkan lagi kesemua faktor dan dapatan-dapatan maklumat
apabila saya sendiri pernah melalui fasa-fasa dan perubahan akil
baligh tersebut. Melalui pengalaman peribadi saya dapat memahami
dan merumuskan ilmu yang diperolehi dengan tugasan ini lebih
mudah.
Alhamdulillah, saya juga berharap dengan selesainya tugasan ini
dapat memberi kepuasan terutamanya kepada diri saya dan pensyarah.
Tugasan ini memberikan saya satu dimensi baru melalui ilmu yang
telah diperolehi dengan menjadikan saya celik ilmu pengetahuan
dunia terhadap kesihatan. Saya juga berharap dapat memperbaiki
segala kekurangan saya seperti sahsiah serta mutu kerja pada masa
kini untuk kebaikan pada masa akan datang. Semoga semua pekara yang
baik dapat saya amalkan dan mengaplikasikannya untuk pekara-pekara
yang positif serta berkongsi dengan pihak-pihak lain. Sekian.
BIBLIOGRAFI
Buku
Pn.Fairus Bt Mohd Long, (2014) Perkembangan Awal Remaja
S.K.Kamunting,34600 Kamunting Perak.
Jafar Mahmud, (2004) Development Psychology. New Delhi. A P H
PublishingCorporation.
Jas Laile Suzana Jaafar, (2000) Psikologi Kanak-Kanak dan
Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
Internet
Hamden Bakar, (2012) Pengenalan Alam
Remajahttp://hamdenbakar.blogspot.com/2012/12/pengenalan-alamremaja-perlu-diterokai.html
Shukreyah Zawawi, (2014) Psikologi
Perkembanganhttp://shukreyahz.blogspot.com/
14 | Page