PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah
izin-Nya akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan Bimbingan dan
Kaunseling Kanak-kanak (EDU 3073) ini dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.
Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas
kepada pensyarah, Tuan Haji Kharil Bin Sulaiman kerana telah banyak
memberikan panduan, tunjuk ajar dan dorongan . Beliau juga tidak
pernah lokek dalam menyampaikan ilmu pengetahuan serta banyak
membantu saya dalam kerja kursus ini.
Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang
telah banyak membantu dan memberi semangat kepada kami dalam
menyiapkan tugasan ini. Tanpa pertolongan dan bantuan kalian sudah
pasti saya menghadapi kesulitan dan kesusahan dalam menyiapkan
tugasan ini .
Akhir kata , sekali lagi ucapan ribuan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses
menyiapkan tugasan kerja kursus Bimbingan dan Kaunseling
Kanak-kanak (EDU 3073).
Sekian, Terima kasih .
1.0 PENGENALAN
Dalam usaha ke arah mencapai status Negara maju, pelbagai
masalah sosial dialami oleh pelajar. Sering kali kita dapat lihat
daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan berita mengenai
pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti
vandalism, ponteng sekolah,pergaduhan, pembunuhan diri dan
sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini.
Para pelajar terdedah kepada berbagai-bagai pengaruh seperti media
massa, internet, rakan dan sebagainya.
Jadi dalam senario seperti ini, khidmat bimbingan dan kaunseling
seharusnya diadakan dan diwujudkan untuk membantu pelajar menangani
cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh mereka.Bimbingan dan
kaunseling memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian
seseorang. Kaunseling merupakan satu proses perhubungan atau
pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien yang
manghadapi masalah peribadi atau masalah akademik dengan tujuan
menolong dan membawa perubahan tingkah laku pelajar untuk
menyelesaikan masalah. Selain itu, sebagai seorang kaunselor yang
professional dia akan menolong dengan sistemataik berasaskan
prinsip psikologi. Dalam sesi kaunseling, ia akan dijalankan oleh
seorang kaunselor professional iaitu kaunselor yang berlesen dan
pernah menghadiri kursus bimbingan dan kaunseling.
Di samping itu kaunseling bukan bererti nasihat atau membuat
keputusan untuk kliennya. Malah kaunselor tidak memberi jawapan
secara langsung kepada semua persoalan klien. Ini adalah kerana
setiap pelajar di sekolahberasal dari latar belakang yang berlainan
dan mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang berbeza. Jadi
keistimewaan kaunseling adalah membantu dan membimbing pelajar atau
klien menyedaridan mencari kekuatan dan kelemahan diri mereka.
Melalui cara ini berharaplah pelajar dapat mengubah tingkah laku
mereka dan dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang
maksimum.
Menurut buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak siri
pendidikan guru telah menyenaraikan beberapa orang tokoh yang telah
mendefinisikan pengertian kaunseling mengikut pandangan dan
pendapat masing-masing. Antaranya, shertzer dan Stone (1974) telah
mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses interaksi yang
membolehkan individu itu memahami diri dan persekitaranya. Hal ini
akan membantunya membentuk matlamat dan nilai yang akan menjadi
asas kepada tingkah lakunya pada masa hadapan.
Bukan itu saja, Corey (1974) berpendapat kaunseling ialah di
mana klien diberi kesempatan untuk meneroka aspek diri yang
menimbulkan kesulitan baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan
keinsafan tentang dirinya seterusnya membantu seseorang membuat
keputusan yang lebih baik. Bagi McLeod, J. (2007) menjelaskan
kaunseling sebagai satu aktiviti di mana seseorang yang bermasalah
menjemput dan membenarkan seseorang individu lain membina hubungan
istimewa dengannya. Ini bertujuan untuk membolehkannya meluahkan
masalah, meneroka, mempelajari serta mencari penyelesaian dan
menikmati kehidupan yang bermakna.
Menurut pandangan saya pula, kaunseling mampu menjadi pengerak
untuk seseorang individu atau klien memahami kelemahan diri dan
masalah yang dihadapi. Maka kaunselor akan membantu mereka semasa
membuat keputusan supaya mereka akan menentukan matlamat sendiri
melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna atau membawa perubahan
tingkah laku. Ini dapat disokong oleh Arbucle (1965) yang juga
mengatakan bahawa kaunseling ialah proses membantu pelajar melihat
siapa sebenar dirinya, kesukaran yang dihadapi dan perubahna yang
boleh buat.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah pertolongan yang professional
yang bertujuan membantu individu memahami diri sendiri dan alam
sekelilingnya.
1.2 MATLAMAT SERTA KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING.
Peta minda 1a: Menunjukkan matlamat serta keperluan perkhidmatan
kaunseling.
Berdasarkan peta minda di atas terdapat beberapa matlamat serta
keperluan perkhidmatan kaunseling. Pertama, matlamat perkhidmatan
kaunseling adalah untuk mengajar klien untuk bertanggungjawab ke
atas dirinya. Melalui sesi kaunseling, klien diajar
bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Sifat 'lepas tangan' tidak
mendatangkan hasil yang baik. Klien yang bertanggungjawab ke atas
dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan
merancang perjalanan hidupnya. Seandainya timbul sebarang masalah,
klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya tidak akan menyalahkan
orang lain.Bukan itu saja, matlamat perkhidmatan kaunseling ini
juga adalah untuk memperbaiki imej diri yang negatif. Imej diri
yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita
atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat
perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor membimbing
klien membentuk imej yang positif. Di antara lain, klien belajar
memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang
negatif. Imej dari yang positif menandakan kestabilan personaliti.
Matlamat yang ketiga adalah untuk mengajar klien menyesuaikan diri
dengan keadaan. Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau
persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak
mahubelajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien
perlu sedar bahawa dia tidak bloeh mengharapkan orang lain atau
persekitaran berubah dahulu. Ada kalanya, orang lain atau
persekitaran tidak akan beruah. Maka apa yang penting di siniialah
klien belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sebagai usaha
mengurangkan ketegangan atau konflik. Matlamat keempat, membantu
klien menjadi lebih produktif. Kaunselor membimbing klien supaya
menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah
klien perlu berusaha sedaya upaya dia inginkan hasil yang
memuaskan. Dengan kata lain, klien tidak boleh berdiam sahaja
sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan.
Di samping itu juga, matlamat perkhidmatan kaunseling adalah
untuk mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan. Klien
sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan ini kerana tugas
dan proses membuat keputusan bukanlah sesuatu perkara yang
menyeronok atau menyenangkan. Banyak masalah timbul kerana klien
tidak memberi kata putus. Kaunselor membimbing klien melalui proses
membuat keputusan. Klien akan menimbang sendiri beberapa perkara
ang akan memudahkannya membuat keputusan. Keputusan yang matang
memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa,
tenaga, wang ringgit dan sebagainya (George & Cristiani, 1990).
Klien juga diajar bagaimana menggunakan sumber yang wujud dalam
persekitaran dalam membuat keputusan yang baik. Matlamat yang
terakhir pula adalah untuk membantu klien mengurus masalah yang
'belum selesai' dalam hidupnya. Memang benar tidak semua manusia
akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa
dahulu tidak diatasi. Namun, kemungkinan besar wujud keadaan di
mana kelemahan seperti kekeliruan, kerunsingan, kemarahan dan salah
faham lahir kerana sesuatu konflik (sama ada kecil atau bessar)
yang berlaku pada masa daulu perlu dilihat kembali, diatasi atau
dihadapi. Tugas kaunselor di sini ialah membimbing klien melalui
proses ini
1.3 KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang
sentiasa memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat
dalam masalah sosial seperti vandalism, ponteng
sekolah,pergaduhan,pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat
menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini.Dari situ, kita dapat
lihatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat diperlukan dan
memainkan peranan yang penting.
Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang
lebih memahami diri dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid
berasal dari latar belakang yang berbeza maka pemikiran mereka akan
berbeza oleh itu semasa manghadapi masalah mereka hanya melihat
dari satu sudutjadi sengan ada bantuan bimbingan dan kaunseling ia
akan menolong pelajar memahami , melihat dari pelbagai sudut dan
membentuk tingkah laku yang sesuai semasa menyelesaikan masalah
.
Selain itu, melalui bimbingan dan kaunselingkaunselor akan
memberikan khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar terlibat
dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak ber disiplin,
merokok, vandalisme dan tingkah laku sosial yang lain.Tujuan ini
adalah menolong individu memahami tentang dunia jenayah dan memberi
pandaun atau nasihat kepada merekasupaya mereka dapat menjauhkan
diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik.
Di samping itu, melalui bimbingan dan kaunselingia akan membantu
pelajar melihat potensi sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan
menolong individu-individu memahami diri agar menyedari
kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini,
individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang
maksimum serta memperoleh kesejahteraan hidup. Jadi, kaunselor dan
guru bimbingan menggunakan data pshikologi dan sosiologi untuk
memahami setiap pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri .2.0
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING YANG BOLEH DI AMALKAN OLEH GURU DALAM
MEMBENTUK KEMENJADIAN MURID.
Seseorang kaunselor seharusnya mempunyai dan menguasai
kemahiran-kemahiran asas kaunseling dalam menjalankan sesi
bimbingan dan kaunseling supaya sesi kaunseling akan berjalan
dengan lancar. Kecekapanmenguasai kemahiran-kemahiran inisangat
berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam
ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Sebelum sesi kaunseling
dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien ataupun
murid untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor
juga harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna
untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat
kemudian nanti. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan
tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak
gangguan.
Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor
haruslahcubamenjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi.
Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang
kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien
dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan berasa
terancam dan menjadi defensif.
Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu diberi perhatian
adalah seperti berikut:
2.1 KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas
dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu
lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk
percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah
diperkatakan oleh klien,kaunselor perlu memberikan tumpuan dan
pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien
tersebut.
Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga
patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah
laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Gerak geri bukan
lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang
sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental dan
fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klienberada dalam keadaan
yang selesa ataupun sebaliknya.
Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses
kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan
adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat
beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang
diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa
lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada klien tanpa
berbelah bahagi, ini bererti kita menyediakandiri untuk
mendengar.
Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran
seperti dinyatakan di bawah:
Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengar dan
memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun
tingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, barulah
kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih
sempurna. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat menunjukkan
kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien.
2.2 KEMAHIRAN MEMBINA PERHUBUNGAN
Kemahiran membinaperhubungan merupakan langkah yang paling awal
dalam sesi kaunseling.Tujuannya adalah untuk membinaperhubungan
yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor
dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini termasuklah
memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan
memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina
suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan
kemesraan.
Namun, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan kemahiran
ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia menghadapi
konfrontasi, klien itu akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini
adalah kerana klien itu tidak faham bahawa konfrontasi yang dibuat
sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang, tetapi bertujuan
untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan kenyataan yang
diberikannya.
Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara perlu di
ambilkira, untuk maklumat yang lebih lanjut lihat peta minda di
bawah ini.
Peta minda 1d: Menunjukkan kemahiran membina perhubungan.2.3
KEMAHIRAN MEMBALAS
Membalas kata-kata merupakan suatu kelebihan kepada manusia.
Dengan membalas kata-kata, manusia dapat mewujudkan hubungan yang
baik antara satu dengan lain. Tujuan utama seseorang bertindak
balas ke atas kata-kata orang lain adalah untuk menggalakkan
penglibatan masing-masing di dalam perbualan itu. Secara umumnya
kemahiran membalas terdiri daripada sub kemahiran iaitu kemahiran
penstrukturan, dorongan minima dan kemahiran mendengar.
2.4 KEMAHIRAN PENSTRUKTURAN
Penstrukturan merupakan satu kemahiran yang sangat penting di
dalam sesuatu sesi kaunseling. Ini adalah kerana sekiranya
penstrukturan dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling
itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Proses
penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau
tidak formal.
Terdapat dua persoalan yang penting dalam penstrukturan, iaitu
perlukah penstrukturan itu dilakukan secara formal dan bilakah masa
yang sesuai untuk melakukannya. Oleh yang demikian, kaunselor perlu
pandai dalam melakukan penstrukturan.
Penstrukturan formal adalah perlu sekiranya klien merupakan
klien rujukan atau klien itu baru datang untuk sesi kaunseling buat
pertama kali. Penstrukturan formal tidak perlu sekiranya klien itu
pernah berjumpa dengan kaunselor sebelum ini ataupun sekiranya
klien itu ingin terus menceritakan masalahnya.
Dalam penstrukturan, kaunselor harus menerangkan
peranan/tanggungjawab kaunselor dan klien sebelum memulakan sesi
kaunseling. Biasanya, sesi kaunseling akan mengambil jangka masa
selama 30 minit hingga 45 minit. Segala perbincangan antara
kaunselor dengan klien adalah dirahsiakan.
Penstrukturan yang mudah dan ringkas ini dapat membantu klien
memahami apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan
daripadanya. Segala perkara yang dibincangkan nanti akan
dirahsiakan oleh kaunselor. Ini akan menimbulkan rasa selamat dan
percaya kepada kaunselor dan klien akan menceritakan apa sahaja
yang mengganggu atau timbul dalam fikirannya.
2.5 KEMAHIRAN MENYOAL
Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam
sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara yang
paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan
akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien. Soalan-soalan
yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien
menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang
ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk
menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya
tanpa merasa dirinya terggugat.
Namun, kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak
ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk
menjawabnya dengan penuh rela. Selain itu, soalan boleh juga
digunakan untuk menggalakkan atau mengurangkan percakapan klien.
Dalam usaha kaunselor memahami lebih lanjut perkara yang ingin
dirundingkan oleh klien, menyoal adalah satu cara yang perlu
dilaksanakan.
Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat,
mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan
kepastian. Di dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang
dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka.
Kemahiran menyoal juga boleh menambahkan keupayaan kaunselor
untuk mengumpulmaklumatdengan lebih spesifik. Ia membantu kaunselor
memahami butir-butir klien dengan lebih mendalam bagi
membolehkannya membuat keputusan yang tepat berdasarkan
maklumatyang tepat itu. Terdapat dua jenis soalan yang boleh
digunakan oleh kaunselor iaitu soalan jenis terbuka dan
tertutup.
2.6 KEMAHIRAN PARAFRASA
Kemahiran memparafrasa ini ialah respons kaunselor setelah
mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor
ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan
padat maksudnya.Parafrasaialah respons kaunselor setelah mendengar
isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Matlamat utama ialah
memudahkan penerokaan ke atas klien.
Membuat parafrasa adalah penting untuk menunjukkan kaunselor
mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Parafrasa
sangat sesuai digunakan di peringkat awal hubungan kaunseling
kerana parafrasa merupakan pernyataan semula kenyataan dan mesej
yang dibawa oleh klien untuk mendapatkan kepastian.
Selain itu parasfrasa juga digunakan untuk membuat refleksi
kepada apa yang dikatakan oleh klien. Tujuan utama parafrasa
digunakan oleh kaunselor adalah untuk menunjukkan kepada klien
bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor. Ia juga
bagi memastikan yang kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien
serta memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang
dirasa dan dikatakannya.
Namun begitu, kaunselor perlu mahir dalam membuat parafrasa.
Kaunselor perlu memastikan bahawa maksud asal mesej klien itu tidak
berubah. Parafrasa juga boleh dilakukan oleh kaunselor untuk
membantu klien yang tiba-tiba sahaja terputus atau hilang mesej
asasnya. Ini adalah kerana klien mungkin akan terkeluar dari tajuk
perbincangan sekiranya parafrasa tidak dibuat. Tujuannya adalah
untuk mengingatkan klien bahawa beliau sepatutnya menyambung semula
topik perbincangan tadi.
3.0 CADANGAN PERUBAHAN MEMPERKAYASA SEMULA PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
Dalam usaha mencapai Negara maju banyak cabaran yang perlu
ditempuhi oleh seorang pendidik. Sejajar dengan falsafah pendidikan
yang menghasratkan pembangunan murid yang berkualiti dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelektual dan juga sosial. Di sini saya
selaku bakal pendidik, telah membuat pengkajian dan penganalisaan
mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Melalui pemerhatian
dan temu bual bersama rakan-rakan yang lain semasa pratikum saya
mendapati kebanyakkan sekolah kurang menerapkan kepentingan
perkhidmatan kaunseling. Sebagai guru kaunselor, guru bimbingan dan
guru-guru di sekolah perlu memiliki tahap profesionalisme yang
tinggi dalam melaksanakan tugas mereka. Peranan yang boleh
dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berdasarkan
pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya tugasnya
mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi
sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Kaunselor berperanan sebagai fasilitator kepada klien(murid)
dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati
martabat diri, nilai dan keupayaannya. Guru bimbingan dan
kaunseling atau kaunselor di sekolah hendaklah menjalankan tugasnya
dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan
profesion kaunseling. Terdapat tujuh bidang tugas kaunselor di
sekolah iaitu akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan
mental, keibubapaan, pembangunan diri, pendidikan pencegahan dadah
serta pengurusan dan pentadbiran.Melalui pengkajian dan
penganalisaan yang telah dibuat beberapa aspek yang perlu
difikirkan semula bagi menambahbaikan lagi perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling di sekolah agar perkhidmatan yang diberi mampu
memberi kesan yang mendalam seterusnya bimbingan tersebut mampu
melahirkan murid yang berwawasan tinggi dan mampu membuat atau
memilih tindakan yang betul sekiranya berlaku sesuatu permasalahan.
Namun begitu semuanya bermula dengan perkhidmatan kaunseling yang
diberikan.Perkara pertama yang perlu dititik beratkan adalah dari
segi perancangan perlaksanaan bimbingan kaunseling tersebut
haruslah teratur dan bersistematik. Perancangan yang sistematik
membawa peratusan yang amat tinggi dalam mencapai keberjayaan
sesuatu proses bimbingan dan kaunseling tersebut. Saya juga
berpendapat proses kaunseling ini tidak semestinya bersifat serius
tetapi boleh dipelbagaikan secara permainan mahupun didik hibur
yang lebih menyeronokkan. Bidang Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling menghendaki kaunselor mengadakan sesi dengan pelajar.
Mengikut pengkajian saya terdapat beberapa corak perkhidmatan yang
boleh digunakan oleh seseorang kaunselor. Corak perkhidmatan ini
perlu bersesuaian dengan sesuatu permasalahan. Bagi pendapat saya,
kaunselor boleh mempelbagaikan corak perkhidmatan bimbingan
kaunseling ini agar murid yang berjumpa dengan kaunselor tidak
bosan dengan teknik biasa atau selalu yang digunakan. Kadang kala
kes disiplin mahupun salah laku murid-murid disusuli dengan
berjumpa dengan kaunselor. Namun begitu, kadang kala murid tersebut
masih melakukan kesilapan yang sama seolah-olah terapi yang
diberikan tidak berkesan. Jadi saya merasakan seseorang kaunselor
perlu memahami dan mendalami isi perasaan dan permasalahan murid
tersebut, gunakan kuasa kasih sayang sebagaimana yang di anjurkan
oleh Rasulullah saw.
Jadual 3a: menunjukkan corak perkhidmatan yang boleh digunakan
oleh kaunselor Antara corak perkhidmatan yang diberikan ialah Sesi
Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan
klien sahaja. Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan
individu serta membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunseling individu lebih kepada
perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan. Oleh itu sebagai
kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya untuk menjaga rahsia
berkaitan cerita atau permasalahan klien yang diperbincangkan.
Dalam hal ini kadang-kadang terdapat pelajar yang datang bertemu
kaunselor hanyalah untuk mendapatkan bimbingan terutama ingin
mengetahui cara belajar yang berkesan.Dalam hal ini ,kaunselor
perlu menjalankan sesi bimbingan iaitu memberi tunjuk ajar secara
terus kepada pelajar.
Bagi Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang
melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau
hampir sama. Semasa sesi berlangsung kaunselor boleh memilih sama
ada bertindak sebagai fasilitator iaitu membimbing kumpulan
terbabit untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai di penghujung
sesi tersebut atau sebagai ahli dalam kumpulan tersebut.Semasa
permulaan sesi kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan yang
perlu dijaga oleh setiap ahli kelompok. Sesi Bimbingan Kelompok
iaitu beberapa orang pelajar yang datang bertemu kaunselor hanya
untuk mendapatkan sedikit bimbingan dan pandangan bagaimana cara
untuk mereka mengulangkaji sebagai contohnya sekumpulan peajar yang
ingin meminta pandangan dan berbincang tentang bagaimana mereka
hendak memulakan belajar dalam kumpulan.Konsultasi pula melibatkan
kaunselor dengan pihak luar.Ini berlaku apabila kaunselor mendapati
ia kurang berkemahiran dalam sesuatu bidang yang diutarakan oleh
klien.Maka,ia perlu mendapatkan nasihat pakar atau kaunselor lain
atau pun merujuk kes berkenaan terus kepada pihak lain yang
dipercayai mempunyai kepakaran dan dipercayai boleh membantu klien
tersebut. Merujuk klien yang mempunyai kemurungan yang serius
merupakan suatu bentuk konsultansi yang boleh dilakukan oleh
kaunselor.Sesi bimbingan dan Kaunseling juga tidak seharusnya
dihadkan kepada pelajar sahaja kerana ia meliputi keseluruhan
sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang diterima bukan
sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga sekolah
termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada
ibu bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang
permasalahan yang timbul adakah ia berpunca daripada pelajar
sendiri atau pun dari punca yang lain. Sekiranya ada guru atau
kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat kaunsleing maka
kaunselor perlau menerima dan berusaha membantu menyelesaikan
masalah klien tersebut. Ini amat penting kerana permasalahan yang
wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak
akan mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah
sekolah.
Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan
pelajar menjadi mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka
akan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar terhadap
guru yang seterusnya akan mewujudkan kekecohan dalam sistem
persekolahan tersebut. Maka atas dasar inilah ,maka kaunselor harus
berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk
memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu.
Perubahan bagi merekayasa semula perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang seterusnya adalah mengenai peranan kaunselor dalam
memotivasikan pelajar untuk kerus belajar dan berjaya dalam
pelajaran. Tetapi hal ini sukar dilakukan tanpa ada kerjasama
guru-guru sekolah. Tugas ini memang amat mencabar. Oleh itu
kaunselor amat memerlukan kerjasama dari rakan guru yang lain.
Kursus-kursus kesedaran diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran
rasa kebertanggungjawapan pelajar terhadap kejayaan mereka
sendiri.Sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar
maka mereka akan didedahkan dengan beberapa ujian personaliti yang
bertujuan untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri
sendiri.Kemahiran lain yang diajar kepada pelajar adalah mengurus
diri,membina matlamat diri,mengenal pasti sumber belajar dan
kemahiran belajar sokongan.
Kemahiran belajar seperti kemahiran membaca, membuat rujukan,
pengurusan masa, mencatat nota, memberikan konsentrasi, mendengar,
mengingat, mengulang kaji, kumpulan belajar, dan teknik menjawab
soalan peperiksaan serta peluang untuk menyambung pelajaran ataupun
latihan.
Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid
dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara
pendedahan melalui pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh
murid .Beberapa pertandingan yang diadakan di peringkat
sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan kerjaya turut
diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan
kerjaya pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah
Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster
kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor maka para pelajar akan
berusaha untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan mereka.
4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, sebagai guru kaunselor, guru bimbingan dan
guru-guru perlu memiliki tahap profesionalisme yang tinggi dalam
melaksanakan tugas mereka. Oleh itu, peningkatan ilmu pengetahuan
dalam profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-guru amat
penting. Peningkatan profesionalisme keguruan dapat dilakukan dalam
tiga kaedah, yakni peningkatan Kendiri, penyertaan Kursus
peningkatan Profesionalisme keguruan dan kerjasama profesional.
Sebagai guru yang berprofesionalisme, kita sentiasa harus
mengetahui kemahiran-kemahiran asas seperti kaunseling dan
bimbingan. Ini adalah kerana melalui kaunseling ialah bantuan yang
diberi kepada murid-murid biasa yang sedang dalam perkembangan dan
pertumbuhan mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan
kerohanian.
6.0 BIBLIOGRAFI
Amla, Zuria & Salleh. 2003. Kaunseling Sekolah. Siri
Penerbitan Fakulti Pendidikan UKM. Bangi.
Amaluddin bin Ab. Rahman & Norlina Omar. 2008. Kaunseling
Remaja: Tip dan Panduan Ke Arah Satu Keluarga Satu Kaunselor. Kuala
Lumpur: Utusan Publication dan Distributor Sdn Bhd.
Asmah Bee Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di
kalangan kaum remaja. Widya, 23 Julai.
Chiam Heng Keng. 1977. Problem of urban adolescent : Peninsular
Malaysia. Journal of Sosiology and Antropology. Kuala Lumpur :
Universiti Malaya.
Ee Ah Meng ( 2003 ).Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd.
Fatanah Mohamad. 1988. Kajian terhadap masalah peribadi pelajar
sekolah menengah berasrama penuh dan tidak berasrama penuh di
Pengkalan Chepa, Kelantan. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak diterbitkan)
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1996. Sukatan Pelajaran Sekolah
Menengah: Bimbingan dan Kaunseling.
Sallahuddin Abd. Wahab. (1991). Sikap pelajar-pelajar sekolah
menengah terhadap kaunselor , peranan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling serta kesediaan mereka untuk menemui kaunselor. Tesis
Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zulkifli Yusuf,( 1990 ).Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
7.0 LAMPIRAN
15 | Page