Top Banner
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU3073 PENGHARGAAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat rasul tercinta, Muhammad pembawa nur petunjuk jalan yang benar kepada kita. Pertama dan selamanya, setinggi-tinggi rasa syukur dirafa’kan kepada Allah, kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya, saya telah berjaya menyempurnakan tugasan Bimbingan dan Kaunseling ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi rasa syukur dan terima kasih ditujukan kepada kedua- dua ibu bapa saya yang tidak pernah putus-putus mendoakan kemudahan anakandanya dalam mengharungi segala liku perjalanan menuntut ilmu di IPG ini. Tidak lupa juga kepada Pn Latifah Binti A. Jamil selaku pensyarah subjek yang tidak pernah lokek dalam membantu dan membimbing demi memastikan kejayaan anak didiknya dalam arena pendidikan ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah jemu membantu dan menolong, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Tanpa kalian, saya tidak mampu untuk terus bersemangat dalam menyusun langkah hingga ke akhir garisan kelak. Moga destinasi akhir kita bakal menyaksikan segenggam ijazah digenggaman akan bersama-sama dicapai dengan jayanya tanpa ada yang tersungkur di pertengahan jalan. Akhir kata, segala intipati yang terdapat dalam tugasan ini akan saya manfaatkan sebaiknya agar ia mampu menjadi saham di akhirat kelak. Umum mengetahui, mana lagi tempat rujukan dan sandaran masyarakat jika 1
47

Esaimen Edu 3073

Sep 02, 2015

Download

Documents

shafirul

EDU
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAKEDU3073

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat rasul tercinta, Muhammad pembawa nur petunjuk jalan yang benar kepada kita. Pertama dan selamanya, setinggi-tinggi rasa syukur dirafakan kepada Allah, kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya, saya telah berjaya menyempurnakan tugasan Bimbingan dan Kaunseling ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi rasa syukur dan terima kasih ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang tidak pernah putus-putus mendoakan kemudahan anakandanya dalam mengharungi segala liku perjalanan menuntut ilmu di IPG ini. Tidak lupa juga kepada Pn Latifah Binti A. Jamil selaku pensyarah subjek yang tidak pernah lokek dalam membantu dan membimbing demi memastikan kejayaan anak didiknya dalam arena pendidikan ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah jemu membantu dan menolong, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Tanpa kalian, saya tidak mampu untuk terus bersemangat dalam menyusun langkah hingga ke akhir garisan kelak. Moga destinasi akhir kita bakal menyaksikan segenggam ijazah digenggaman akan bersama-sama dicapai dengan jayanya tanpa ada yang tersungkur di pertengahan jalan.

Akhir kata, segala intipati yang terdapat dalam tugasan ini akan saya manfaatkan sebaiknya agar ia mampu menjadi saham di akhirat kelak. Umum mengetahui, mana lagi tempat rujukan dan sandaran masyarakat jika bukan ke pundak warga pendidik. Justeru, moga segala apa yang dipelajari hari ini digunakan untuk mendidik anak bangsa hari esok.

Segala kekurangan dalam tugasan ini juga saya dahulukan dengan ucapan jutaan kemaafan. Harapan saya agar ia mampu memenuhi kehendak soalan seperti yang dituntut.

Wallahualam.

1.0 Pengenalan

Bimbingan, atauguidancedalam bahasa Inggeris, membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang.Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang berkenaan.

Pelajar yang memerlukan bimbingan merujuk kepada pelajar yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun social. Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar biasanya boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial. di dalam proses bimbingan, pelajar yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu.Manakala, kaunseling mengikut Shertzer dan Stone (1968), ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.

Menurut Arbuckle (1965), kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahannya,potensi dan keupayaannya.Patterson dan Eisenberg (1983) menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan klien pada akhirnya. Mengikut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.

Berdasarkan huraian di atas, kita boleh rumuskan bahawa konsep bimbingan adalah saling berkait dengan konsep kaunseling. Sebagaimana yang dihuraikan oleh G.S. Belkin dalam bukunyaPractical Counseling in the Schools, beliau menulis :

bimbingan merangkumi aspek-aspek orientasi, inventori, maklumat pendidikan dan kerjaya. Manakala, kaunseling merupakan penempatan dan perkhidmatan.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan sebahagian proses daripada perkhidmatan bimbingan. Di peringkat sekolah, kaunseling merupakan proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai kaunselor, dengan seorang pelajar (disebut sebagai klien) yang menghadapi masalah peribadi atau akademik, dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku pelajar itu ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bimbingan merangkumi segala aspek seperti orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar dan nasihat serta tindakan susulan.

2.0 Soalan 1 : Kenalpasti dan perihalkan masalah yang dihadapi oleh Hassan, seterusnya bincangkan satu teori kaunseling yang sesuai yang dapat membantu Hassan mencapai potensi dirinya.Hassan, seorang pelajar cemerlang yang baru berpindah ke sebuah sekolah elit di bandar. Hassan mendapat giliran untuk membentang tugasan sejarahnya. Hassan berasa gementar dan bimbang kerana ia beranggapan ' saya mesti mendapat markah tinggi dalam pembentangan ini kerana saya sentiasa mendapat markah tertinggi di sekolah sebelumnya'. Berdasarkan aspirasi sistem pendidikan secara menyeluruh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, jelaskan bagaimana anda sebagai seorang guru bimbing akan membantu Hassan mengatasi perasaan gementar dan bimbang yang timbul akibat pemikiran yang tidak rasional.

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.

Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam.Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1.Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.2.Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.3.Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4.Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5.Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6.Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7.Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8.Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9.Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10.Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11.Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang turut disuarakan oleh peserta semasa Dialog Nasional dan setanding juga dengan keberhasilan yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain. Tindakan bagi merealisasikan lima aspirasi berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam mana-mana aspek berkenaan yang boleh menjejaskan atau menghalang kemajuan yang lainnya.

Akses:

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5)menjelang 2020.

Kualiti:

Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi system pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.

Ekuiti:

Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.

Perpaduan:

Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

Kecekapan:

Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.ASPIRASI MURID

Selain keberhasilan sistem, pihak berkepentingan juga jelas tentang tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu murid. Secara keseluruhan, pendidik, ibu bapa, murid, dan ahli masyarakat lain bersatu pendapat dalam visi pendidikan sebagai wadah pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Visi ini juga menjadi asas kepada semua usaha penambahbaikan sistem pendidikan sejak Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal pada 1988. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan (Ekshibit 8).

Pengetahuan:

Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.

Kemahiran Berfikir:

Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.Kemahiran Memimpin:

Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

Kemahiran Dwibahasa:

Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.

Etika dan Kerohanian:

Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

Identiti Nasional:

Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotic perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identity nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.

Melalui masalah yang dihadapi oleh Hassan ini, beliau sebenarnya mempunyai masalah emosi tidak rasional iaitu berasa gementar dan bimbang untuk melakukan pembentangan. Hal ini adalah berkemungkinan kerana beliau baru berpindah ke sekolah baru yang mana secara tidak langsung iklim atau suasana pembelajaran adalah berbeza dengan sekolah lama beliau. Disamping itu, Hassan adalah merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolah lamanya. Oleh itu, beliau berasa yang dia perlu bersaing dengan pelajar lain yang beliau belum tahu tahap pencapaian mereka untuk mengekalkan kecemerlangannya. Berdasarkan pemerhatian dari segenap aspek berkenaan masalah yang dihadapi oleh Hassan ini, saya berpendapat bahawa teori yang sesuai digunakan oleh guru bagi membantu Hassan mencapai potensi dirinya yang sepenuhnya ialah Teori Rasional Emosi Tingkah Laku (REBT).

Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahu 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (REBT). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori REBT dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif.

REBT juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional.

Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya. Sama seperti keadaan yang dialami oleh Hassan ini iaitu beliau mempunyai emosi yang tidak rasional. Hassan berasa gementar dan bimbang untuk melakukan pembentangan kerana takut tidak mendapat markah yang tinggi. Hal ini terjadi kerana Hassan terlalu memikirkan untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam pembentangan tersebut. Oleh itu dengan menggunakan teori ini, akan memungkinkan untuk Hassan wujudkan kembali kepercayaan yang baik dan rasional dan seterusnya mencapai potensi dirinya semula.

Cory (1996) berpendapat, gangguan emosi adalah disebabkan kepercayaan yang tidak rasional yang dipelajari dari orang-orang signifikan semasa kanak-kanak. Tambahan pula manusia menciptakan dogma tidak rasional serta kepercayaan karut. Selepas itu mansuia secara aktif memasukkan kepercayaan yang merosakkan diri melalui proses saranan kendiri dan ulangan kendiri. Oleh itu, ia adalah pemikiran tidak rasional yang diindokrinasikan dari awal hidup oleh diri sendiri yang membuatkan seseorang bersikap salah yang sentiasa berkembang dalam diri seseorang. REBT menekankan menyalahkan diri sendiri adalah pusat kepada gangguanan emosi. Pendekatan ini berasaskan kepada premis bahawa terdapat idea-idea yang tidak logik yang dipegang oleh individu yang menyebabkan individu merasa tidak selesa dengan kehidupannya dan menghalang ia berfungsi dengan baik sebagai seorang individu yang produktif

Ellis (1962) mengemukakan sebelas pemikiran yang tidak rasional yang sering dipunyai oleh manusia.

1-Individu merasa perlu untuk dikasihi atau sisayangi oleh setiap orangyang signifikan. Jika ini merupakan tuntutan kendiri yang utama maka ketika tidak terpenuhi individu merasa ia tidak perhatikan ibu bapa akhirnya mencari solusi dan perhatian orang lain.

2- Adalah perlu seseorang itu lengkap, cekap dan berjaya jika ia ingin merasa ia orang yang berguna dan dihargai. Ketika matlamat kejayaan yang diimpikan itu kandas, maka ia akan berakhir dengan parasaan rendah diri merasa hidup tiada erti.

3- Sesetengah orang adalah jahat, dan kejam dan orang begini patut disalah kan dan dihukum. Persaan menyalahkan orang lain terus-menerus adalah bentuk emosi yang tidak stabil, merasa tidak dihargai, mengangap orang lain tak pandai menghargi parasaannya. Persaan seperti ini menyebabkan individu jadi pendiam dan mengurung diri.

4- Adalah teruk dan malang apa bila sesuatu yang diharapkan terjadi tidak seperti yang diharapkan .Contoh seperti kes bunuh diri diatas.

5- Perasaan tidak bahagia. Perasaan ini muncul melalui persepsi yang negativ terhadap diri sendiri ketika ditinggal orang yang dicintai, kurangya kasih sayang ibu bapa. kerana perasaan tidak bahagia akhirnta salah mengambil tindakan, seperti mengkonsumsi dada, alkohol, makrempit, bunuh diri dan lainnya.

6- Jika sesuatu itu merbahaya dan merosakkan individu sepatutnya selalu mengambil berat dan memikirkannya. Umpamanya selalu memikirkan orang yang kita cintai telah pergi untuk selamanya. Ini merupakan idea yang tidak rasional.

7- Lebih senang lari dari kesulitan dan tanggung jawab dari pada menghadapinya.8- Kebergantungan terus menerus terhap orang lain selin individu sendiri termasuk ibu bapa, saudar, kawan dan lainnya. Ketika individu dalam kesorangan merasa tidak dapat berbuat apa-pun termasuk mengambil keputusan. Perkara seperti ini akan mendatangkan reaksi negetif terhadap penilaian kendiri.

9- Pengaruh pristiwa masa lalu. Mungkin sukar pengaruh masalalu tetapi ia tidaklah mustahil untuk mengubahkannya seperti pecandu alkohol. Masa lalu bukan satu alasan untuk merubah sikap.

10- Individu sangat megambil berat dan merasa susah hati dengan masalah orang lain.

11- Selalu ingin setiap masalah diselesaikan dengan sempurna. sedangkan tak setiap masalah boleh diselesikan dengan sempurna.

Sebelas pemikiran yang tidak rasional disebutkan itu merupakan punca yang menimbulkan masalah dikalangan remaja serta mengancam daya tahan dan semangat juang untuk terus bertahan hidup menjadi generasi sebagai mana yang diharapkan. Melalui sebelas pemikiran yang tidak rasional juga dapat dilihat bertepatan dengan apa yang dihadapi oleh Hassan yang mana beliau juga mempunyai pemikiran yang tidak rasional dalam dirinya.

Pandangan Teori Terhadap Manusia

George dan Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. REBT juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari.

Hal ini bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh Hassan yang mana beliau mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendapat markah yang tinggi dalam pembentangan sejarah sehingga menyebabkan beliau berfikir tidak rasional dengan merasa gementar, bimbang dan tertekan.

Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan mereka.Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Apabila sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya. Manusia juga sering mempercayai tahyul yang menyebabkan mereka membuat sesuatu keputusan yang tidak mengembirakan. Oleh itu kaunselor perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kepercayaan individu tersebut supaya menjadi rasional bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih bermakna.

3.0 Soalan B : Jelaskan dua teknik kaunseling yang sesuai untuk membantu Hassan menghadapi masalah yang dihadapinya.

Melalui Teori Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) yang telah dipilih, saya berpendapat bahawa terdapat beberapa teknik yang sesuai dijalankan keatas Hassan bagi membantunya meghadapi masalah yang dihadapi. Antaranya ialah :

Teknik Kognitif

1. Membina Hubungan.

Membina hubungan antara kaunselor dan klien dengan teknik mendengar secara empati dan membina iklim yang kondusif. Sebagai seorang pelajar baru di sekolah tersebut, Hassan mungkin merasa kurang selesa dan kekok untuk bertemu dengan guru tersebut. Tambahan pula pada kali pertama sesi perjumpaan. Oleh itu membina hubungan adalah perkara yang sangat penting dalam memastikan Hassan menceritakan masalah yang dihadapinya kepada guru tersebut. Guru perlu untuk memastikan Hassan merasa selesa ketika sesi sedang berlangsung seterusnya memudahkan untuk guru membantu Hassan dalam menyelesaikan masalahnya.

2. Membimbing klien supaya mendedahkan tingkah laku emotif dan behavioral di bawah sistem model ABCD.

A -Activating event

Adalah suatu peristiwa, fakta, sikap atau tingkah laku yang dialami seseorang.

( Peristiwa pencetus). Dalam kes yang terjadi pada Hassan, beliau berasa bimbang dan gementar untuk melakukan pembentangan subjek sejarah kerana takut tidak mendapat markah yang tinggi. Hal ini kerana beliau adalah merupakan seorang pelajar yang cemerlang ketika di sekolah lamanya. Oleh itu beliau merasa bimbang tidak dapat melakukan pembentangan tersebut dengan baik.

Contoh:

" Saya merasa bimbang dan gementar untuk melakukan pembentangan subjek sejarah"

B - BelieveMerupakan sistem kepercayaan yang dimiliki oleh seseorang individu. Terdapat dua cara penilaian terhadap peristiwa iaitu rasional dan tidak rasional. Tidak rasional ialah tingkah laku terganggu yang menyebabkan klien tidak dapat berfungsi mengikut norma masyarakat. Dalam masalah Hassan, beliau berpegang kepada kepercayaan bahawa beliau akan mendapat markah yang rendah untuk pembentangan sejarah di sekolah barunya.

Contoh:

B1 - Penilaian tidak rasional

" Saya berasa gementar dan bimbang untuk melakukan pembantangan. Saya takut gagal untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam pembentangan tersebut. "

B2 - Penilaian rasional

"Saya tidak perlu gementar dan bimbang untuk melakukan pembentangan kerana saya yakin akan kebolehan yang ada pada saya.."

C - ConsequencesMerupakan emosi yang dirasai hasil daripada penilaian B akan peristiwa di A. Emosi ini merupakan perkara yang mengganggu kefungsian klien. Emosi yang dirasai oleh Hassan ialah gementar dan bimbang untuk malakukan pembentangan subjek sejarah. Perasaan tersebut telah mengganggu Hassan untuk melakukan kerja seperti biasa.

Contoh:

Penilaian B1 : Anda akan berasa sedih dan putus asa.

Penilaian B2 : Anda akan cuba mengatasi perasaan gementar, dan cuba tumpukan perhatian kepada pembentangan tersebut.

D - DisputingMerupakan kaedah-kaedah dan strategi saintifik yang digunakan untuk berhujah, mencabar dan membetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional dalam diri klien. (Usaha untuk mengatasi penilaian tidak rasional). Dalam masalah Hassan ini, guru bimbingan perlu untuk membetulkan kepercayaan Hassan yang merasa gementar untuk melakukan pembentangan sebaliknya Hassan perlu untuk percaya dan yakin akan kebolehan yang ada dalam dirinya kerana ia telah terbukti bahawa dia merupakan seorang pelajar yang cemerlang sewaktu di sekolah lamanya dulu.

Contoh:

Guru bimbingan dan kaunseling akan membantu anda untuk melawan penilaian yang tidak rasional.

3. Menyingkirkan Kepercayaan Tidak Rasional

Kaunselor bertindak secara aktif untuk menyingkirkan kepercayaan tidak rasional dan mengajar klien bagaimana melakukan. Selain itu, guru juga perlu membimbing klien meneroka keterangan mesti, harus, atau sepatutnya sehingga klien tidak lagi berpegang kepada kepercayaan tersebut. Guru juga perlu mengarahkan klien membuktikan mengapa klien harus berasa teruk jika sesuatu yang dilakukannya tidak berjaya. Persoalan tidak rasional klien perlu dicabar dan digantikan dengan pemikiran baru yang lebih rasional. Konfrontasi yang baik mampu menyerang pemikiran tidak rasional klien dan membuat klien menyedari keadaan tersebut. Sama seperti kes yang terjadi pada Hassan, guru perlu menyingkirkan emosi tidak rasional Hassan dan membimbing Hassan agar tidak perlu rasa bimbang dan gementar untuk melakukan pembentangan tersebut sebaliknya Hassan harus yakin kepada kebolehan diri sendiri.

4. Membuat Tugasan Kognitif

Klien melakukan tugasan kognitif yang membina terhadap permasalahan dan isu kepercayaan tidak rasional klien. Tugasan kognitif ini adalah satu cara untuk membantu klien melihar penyataan 'mesti' dan 'harus' yang dipegangnya dan kemudiannya mengubah pernyataan tersebut menjadi lebih positif, serta disusuli dengan tugasan praktikal yang perlu dilakukan oleh klien. Sebagai contoh Hassan mempunyai pemikiran yang tidak rasional , dia sering meletakkan sifat negatif itu ke dalam situasi kehidupannya. Guru memberikan tugan lain kepada Hassan untuk cuba melakukan tindakan tertentu dalam situasi nyata bagi mengukuhkan sifat positif Hassan.

5. Changing One's Langguage

Penggunaan bahasa yang tepat merupakansalah satu penyebab berlakunya perubahan proses pemikiran, termasuklah pemikiran tidak rasional. Dalam hal Hassan, dia boleh mengubah penggunaan bahasa yang sesuai kepada bahasa yang lebih positif yang dapat membina motivasi dalam dirinya seperti 'mesti' dan 'harus'. Contohnya Hassan perlu berkata 'Aku mesti berani untuk melakukan pembentangan sejarah'.

Teknik Emotif

1. Rational Emotive Imagery

Merupakan satu bentuk latihan mental teknik yang direkabentuk untuk membina corak emosi yang baru(Ellis,2001). Sebagai contoh dalam kes Hassan, dia membayangkan sendiri berfikir, merasakan dan berkelakuan sama seperti dengan cara yang dia inginkan dalam dunia realiti. Oleh itu dia mungkin mendapat kembali motivasi seterusnya dapat membuang perasaan tidak rasional.Eliis (2001a, 2008) menegaskan bahawa sekiranya individu mempraktis teknik ini beberapa kali seminggu untuk beberapa minggu, individu boleh mencapai satu tahap yang membantu untuk tidak merasa kecewa terhadap situasi negatif yang difikirkan. Oleh itu, melalui teknik ini, klien boleh membuat imiginasi terhadap sesuatu yang mungkin berlaku terhadap dirinya sekiranya dia mengambil tindakan tertentu, seperti tindakan semasa berfikiran tidak rasional.

2.Humor

REBT berpendapat bahawa gangguan emosi sering diakibatkan oleh memikirkan sesuatu kesalahan diri dengan terlalu serius. Wolfe (2007) mengatakan bahawa REBT mempunyai satu aspek menarik di mana ia menggalakkan klien dalam membangunkan unsur humor dan membantu dalam meletakkan diri ke dalam perspektif tersebut. Unsur humor secara jelasnya dapat memberi kesan yang baik terhadap perubahan kognitif dan emosi. Kaunselor perlu bijak dalam menggunakan teknik humor dengan berjenaka secara halus untuk memperolokkan kepercayaan tidak rasional klien.

3.Role Playing

Melibatkan tindakan emosi dan tingkahlaku klien. Klien perlu menunjukkan atau memainkan keadaan di mana klien mempunyai keadaan kebimbangan, tekanan ataupun kemurungan. Kemudian, kaunselor mengambil bahagian dengan memainkan peranan klien ataupun reverse role- play sehinggalah klien menyedari dan dapat menerangkan semula bagaimana pemikiran tidak rasional itu berlaku. Teknik role-play boleh juga digunakan dengan klien supaya menjadi lebih asertif apabila dia mendapati dirinya sukar bertindakbalas dengan keadaan yang dibimbanginya. Role-play memberi peluang kepada individu ini untuk mencuba mengeluarkan satu tingkahlaku baru dalam situasi yang lebih selamat sebelum digunakan di luar atau di tempat-tempat yang signifikan dengan klien. Oleh itu dalam kes Hassan ini guru bolehlah memainkan peranan sebagai Hassan untuk menyedarkan Hassan dan dapat menerangkan semulabagaimana perasaan gementar itu boleh berlaku.4.Shame-Attacking

Hassan mungkin merasa gementar dan bimbang kerana perasaan malu sebab dia merupakan pelajar baru di sekolah tersebut. Oleh itu guru boleh menjalankan kaedah ini untuk menghilangkan rasa malu yang mungkin menjadi penyebab kepada masalah Hassan ini.

5.Force and Vigor

Ellis mencadangkan teknik ini sebagai satu usaha untuk membantu klien daripada proses intelektual kepada kefahaman emosi. Teknik ini digunakan supaya Hassan boleh berdialog dengan diri sendiri dan meluahkan segala kepercayaan tidak rasional, kemudiannya menyangkal keprcayaan tersebut secara tegas.

4.0 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Sebagai seorang kaunselor, seseorang itu bukan sahaja perlu mendengar permasalahan klien dan mengutarakan pandangan, cadangan dan kaedah penyelesaian semata-mata tetapi turut perlu cuba meletakkan dirinya dalam situasi yang dihadapi oleh klien. Sepertimana kes yang berlaku pada diri Amira, maka kaunselor tersebut perlu menyelami diri dan situasi Amira supaya dapat memahami masalah tersebut dengan lebih mudah dan mendalam. Sifat empati perlu dimasukkan ke dalam diri kaunselor sebaik sahaja rangka masalah dibentuk. Apabila seseorang kaunselor berjaya mendalami dan mengetahui punca sebenar masalah Amira, maka mudahlah untuk kaunselor tersebut merungkai masalah yang dihadapi hingga ke penyelesaian terakhir. Malah kaunselor juga perlu memastikan sifat empati dan penerimaan tanpa syarat berjaya dalam sesi kaunseling yang dijalankan.Apabila kaunselor menggunakan teknik kaunseling Pemusatan Klien Carl Rogers, maka kaunselor perlu mempercayai bahawa setiap individu termasuk Amira mempunyai potensi semula jadi di dalam dirinya. Menjadi tugas kaunselor untuk memastikan klien tidak mudah merasakan diri mereka tidak bagus tetapi sebaliknya mereka perlulah sentiasa membuatkan klien mengetahui bahawa setiap individu mempunyai potensi yang tidak boleh dijangka. Kaunselor juga perlu bijak bertindak agar klien sentiasa mempercayai akan kebolehan dirinya dan tidak boleh mudah berputus asa. Pengalaman dan peristiwa yang dihadapi oleh Amira berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, pengalaman tersebut dapat membantu Amira dalam menghadapi masalah yang mungkin wujud pada masa akan datang. Selain itu, Amira perlu dilihat sebagai manusia atau individu yang positif kerana setiap manusia dilahirkan sebagai insan yang mulia. Tindakan individu sebenarnya didorong oleh segala pencapaian kesempurnaan kendiri.Terdapat tiga faktor penentu yang membolehkan perkembangan positif individu.

Rajah 2: Faktor perkembangan positif individu

Kaunselor yang mempunyai keikhlasan hati, pemikiran yang mantap dan mempunyai personaliti yang baik dalam membantu Amira sebenarnya secara tidak langsung akan dapat mewujudkan hubungan positif antara diri kaunselor dengan klien iaitu Amira. Hubungan yang positif antara kaunselor dan Amira membolehkan Amira meluahkan masalah dihadapi tanpa berasa ada sekatan atau halangan untuk diluahkan. Kaunselor juga perlu memperlihatkan sifat sebenar seorang kaunselor yang bagus semasa berada di hadapan klien iaitu Amira supaya kejelekitan dapat diwujudkan serta dipupuk sejak permulaan sesi kaunseling lagi.

Penerimaan tanpa syarat membolehkan batasan yang wujud secara langsung atau sebaliknya dapat dihilangkan dan menyebabkan Amira berasa selesa dengan kaunselor. Segala luahan perlu diterima dan didengar dengan teliti oleh kaunselor yang terlibat.Melalui situasi ini, keyakinan Amira juga akanbertambah terutamanya apabila melihat kaunselor begitu mengambil berat akan masalah yang dihadapi. Kaunselor juga tidak sepatutnyaberasa ragu-ragu sebaliknya perlu yakin dengan sebarang cadangan penyelesaian masalah yang dikemukakan kepada Amira. Setiap manusia adalah berbeza dan unik serta sentiasa menghadapi pelbagai masalah yang pelbagai. Oleh itu, kaunselor perlu benar-benar memahami masalah yang berlaku dan dapat memberikan atau mengutarakan jalan penyelesaian yang terbaik buat diri klien supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang wujud.

PETA MINDA KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Rajah 1 menunjukkan kemahiran-kemahiran asas kaunseling.

Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif.

Kemahiran membina hubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. . Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan dengan klien. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan cara cara duduk dalam kaunseling. Kemahiran ini penting untuk membawa untuk membina kepercayaan antara klien dan kaunselor. Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Antara aspek yang ditekankan ialah Pembentukan suasana yang kondusif. Pembentukan suasana yang kondusif merujuk kepada keselesaan bagi klien dan kaunselor. Keselesaan ini merujuk kepada suasana yang bebas dari gangguan seperti bau, bising, dan kedudukan perabut, susun ataur kerusi, dan pandangan yang tidak menghalang klien dari melihat kaunselor.Bagi pembentukan suasana yang teraputik pula, setelah suasana yang kondusif dipenuhi, suasana yang aman dan tenang tanpa ganguan akan wujud dengan sendirinya, suasana aman dan tenang ini membolehkan perbincangan, penghayatan perasaan dan pembentukkan idea tanpa rasa terancam, suasana ini adalah suasana yang teraputik. Jarak atau ruang untuk komunikasi merujuk kepada kedudukan klien dan kaunselor, jarak tidaklah harus jauh dan terlalu dekat, jarak yang ideal ialah 1-1.5 meter, pada jarak ini segala bentuk komunikasi dapat diperhatikan oleh kedua-dua pihak, dengan itu proses interpretasi dapat dilakukan dengan jayanya. Penerimaan tanpa syarat merujuk kepada penerimaan tanpa syarat oleh kaunselor terhadap klien. Personaliti dan bahasa tubuh kaunselor. Kaunselor haruslah menampilkan imej yang kemas bagi mencipta keyakinan klien, bahasa badan kaunselor juga amat penting bagi membina interpretasi yang baik dimata klien. Contoh dialog adalah seperti dibawah :

Kemahiran Mendengar dengan aktif merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Selain dari tutur kata, bahasa tubuh klien semasa bercakap juga patut diperhatikan sama. Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Mesej yang tersirat ini sebenarnya membantu kita untuk memahami dengan lebih jelas tentang apa yang disampaikan secara lisan. Kamal Abd. Manaf. (1996) merumuskan bahawa tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kepada kefahaman, maka komunikasi tidak wujud. Perkara ini dipersetujui oleh Reik (1948) yang pernah menegaskan tentang kepentingan mendengar yang dimaksudkan di atas di mana beliau menyatakan mendengar dengan telinga ketiga. Contoh kemahiran mendengar secara aktif adalah seperti berikut:

Dorongan minima adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor bagi menggalakkan klien meluahkan isi hati mereka. Ia membolehkan klien rasa bahawa kaunselor sedang mendengar dan menumpukan perhatian terhadapnya apa yang diceritakan oleh klien. Contoh dorongan minima seperti menganggukkan kepala, senyuman, wajah yang tenang atau menggunakan separa bahasa seperti Mmm! Mmm!, Hmm! Hmm!. Contoh kemahiran dorongan minima adalah seperti berikut:

Kemahiran pendedahan Kendiri digunakan oleh kaunselor apabila beliau berhajat agar klien berkongsi sesuatu maklumat dengannya. Maklumat yang didedahkan hendaklah bersesuaian dan berfungsi. Maklumat yang boleh menyebabkan klien berasa rendah diri atau kurang cekap hendaklah dielakkan. Pendedahan kendiri disini merujuk kepada mendedahkan perihal peribadi kepada orang lain, dalam erti kata lain menceritakan kisah peribadi bagi tujuan untuk difahami dan dibantu atau hanya satu bentuk perkongsian. Pendedahan kendiri boleh juga melibatkan kaunselor menceritakan kisah kaunselor dari segi pengalaman yang pernah dilaluinya.

:

Kemahiran menyoal terbahagi kepada dua iaitu penyoalan terbuka dan tertutup. Dalam peringkat penerokaan, soalan terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan yang khusus. Manakala, soalan tertutup hanya digunakan pada situasi yang sesuai tetapi harus dielakkan supaya klien aktif meluahkan masalahnya. Namun begitu, ada kalanya pertanyaan atau pun soalan langsung tidak mendapat sebarang jawapan. Oleh yang demikian, soalan yang hendak ditanyakan biarlah sesuai, mudah difahami dan menyenangkan klien menjawab dengan rela. Soalan tertutup merujuk kepada menghadkan jawapan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja, dan jawapan ini memberikan jawapan yang khusus. Soalan tertutup bertujuan untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta. Mankala soalan terbuka pula bertujuan untuk menjemput perbincangan, penjelasan, dan huraian yang panjang lebar, ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka juga penting dalam menggalakkan penerokaan serta memberikan ruang kepada klien meluahkan perasaan mengikut arah yang dipilihnya sendiri tanpa dikhususkan oleh kaunselor. Contoh kemahiran penyoalan adalah seperti dialog di bawah:

Konfrontasi merupakan satu kemahiran asas kaunseling yang berupa kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku tanpa lisan mereka. Konfrontasi digunakan oleh kaunselor bagi mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien. Teknik ini perlu digunakan dalam situasi yang sesuai supaya tidak menyebabkan klien berdiam diri. Kemahiran ini hanya dilaksanakan selepas terbentuknya hubungan yang baik antar klien dengan kaunselor. Kaunselor perlu menggunakan nada suara yang lembut, yang mengambil unsur-unsur mengambil berat supaya mesej yang disampaikan tidak disalahtafsirkan. Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan. Konfrontasi menimbulkan suatu risiko tetapi jika berjaya akan dapat mempercepatkan proses kaunseling. Sekiranya perhubungan di antara kaunselor dengan klien belum mesra atau kukuh, konfrotasi hendaklah dielakkan. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan.Tujuan konfrontasi mengikut Abdul Rashid Mohamad (2000) adalah untuk membenarkan klien menerokai mekanisme bela diri yang menghindari pemahaman dan tindakannya, membantu klien mengenalpasti satu kontrakdisi, rasionalisasi, helah atau salah interpretasi, membantu klien menerokai bahagian-bahagian perasaan, pengalaman dan tingkah laku yang klien sendiri merasa berat untuk menghadapinya, menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri klien dan supaya tingkahlaku klien rnenjadi lebih bersepadu.

Kemahiran Empati bermaksud memahami orang lain melalui kendiri dalaman orang yang dijadikan sebagai asas bagi memahaminya dan untuk berkomunikasi dengannya, menurut Aziz Salleh. (2002). Sebagai kaunselor, kemahiran berempati amat penting untuk menunjukkan bahawa kaunselor betul-betul memahami masalah klien. Dalam hal Hassan guru perlu untuk memahami Hassan tentang apa sebenar yang dihadapinya. Contoh kemahiran empati antara klien dan kaunselor ialah :

Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang kaunselor. Kaunselor hendaklah menggunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami oleh klien.. lni adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang sama. Di samping itu juga, kaunselor hendaklah mengelakkan penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit kerana mengelakkan klien daripada keliru dan tidak faham apa yang telah dikatakan oleh kaunselor. Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan , kontak mata seperti kaunselor boleh mengangguk kepalanya dan duduk mencodong ke hadapan sedikit sebagai tanda menunjukkan minat dan lain-lain gerak balas. Selain itu Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk mengalakkan klien terus bercakap atau mengekalkan kesenyapan untuk beberapa ketika. Kesenyapan ini memberikan peluang kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan yang sewajarnya diambil seterusnya. Selain itu, ia juga memberikan peluangkepada klien untuk berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya. Kemahiran meminta penjelasan merupakan kemahiran yang perlu ada kepada kaunselor dalam menjalankan sesi. Ia adalah keadaan apabila klien memberikan kefahaman yang jelas tentang apa yang telah dibincangkan. Contohnya :

Kemahiran membuat interpretasi ialah apabila kaunselor menjelaskan makna apa yang telah dibincangkan dan apa isu tersirat yang klient tidak nampak semasa berbincang. Ia merupakan suatu proses aktif dimana kaunselor menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut kefahaman kaunselor dari perspektif yang baru, kemahiran ini bererti memberi penghuraian kepada klien supaya klien dapat melihat perkara dari sudut perspektif yang berbeza.

Kemahiran merumus adalah satu proses untuk merangkum beberapa idea yang telah dibincang dan perasaan-perasaan yang diluahkan oleh klien. Merumus boleh difahami sebagai pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan dengan parafrasa. Kemahiran merumus ini bertujuan untuk menyedarkan klien serta mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. Sesuatu rumusan boleh dilakukan di permulaan, di tengah atau pun di akhir sesi kaunseling. Rumusan yang dibuat pada hujung sesi kaunseling, biasanya merupakan rumusan keseluruhan bagi sesuatu sesi kaunseling contohnya: Secara dasarnya, untuk menjadikan seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.

REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya yang telah memberi saya kekuatan dan nikmat masa lapang dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya amat bersyukur kerja kursus ini tiba pada masa yang sesuai iaitu pada awal semester. Pada masa inilah kita mempunyai sedikit masa yang lapang untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun begitu masih terdapat sedikit kekangan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat kerana pada masa yang sama saya sedang menjalankan praktikum. Oleh itu saya perlu untuk membahagikan masa dengan sebaiknya untuk membuat tugasan ini.Dalam kerja kursus ini, fokus tugasan adalah dalam aspek kajian kes yang memerlukan saya untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh seorang pelajar yang bernama Hassan. Pada mula saya mendapat soalan tugasan ini, saya terus membacanya dan saya mendapati soalanyang diberikan sangat sukar. Oleh itu saya mula berasa takut dan bimbang samada saya mampu untuk menyelesaikan tugasan ini mengikut kehendak jawapan atau tidak. Alhamdulillah berkat usaha saya dan rakan - rakan berbincang untuk mencari solusi kepada masalah yang dihadapi oleh Hassan ini, saya dapat siapkan tugasan ini dengan jayanya.Melalui tugasan ini berbagai ilmu yang sangat berguna kepada saya dan rakan lain terutamanya tentang bimbingan dan kaunseling. Saya juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu teori yang digunakan digunakan dalam sesi kaunseling. Selain itu melalui tugasan ini juga saya dapat mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi oleh murid dan cara untuk menyelesaikannya. InsyaAllah segala ilmu yang saya peroleh ini boleh saya aplikasikan apabila berkhidmat sebagai guru kelak.Melalui tugasan ini juga, saya telah mempelajari cara untuk membahagikan masa dengan betul kerana semasa menyiapkan tugasan ini, saya juga sedang menjalankan praktikum yang sudah pasti mempunyai banyak kerja dan komitmen yang perlu diselesaikan. Oleh itu saya perlu mengagihkan masa dengan sebaiknya supaya semua kerja dapat diselesaikan tanpa sebarang kelewatan.

Akhir kata, saya sekali lagi bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya kesempatan untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga berharap tugasan ini dapatlah memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan oleh pensyarah. RUJUKAN1. Amir Awang (1987).Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti SainsMalaysia.2. Zainal Abidin Ahmad (2009)Bimbingan dan Kaunseling, Meteor Doc : KualaLumpur.3. Sapora Sipon & Ruhaya Hussin.Teori Kaunseling & Psikoterapi Edisi 4. Penerbit USIM4. Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak. Lee Keok Cheong , EA Ah Meng, Suppiah Nachiappan & Taqqudin Abd Mukti. Oxford Fajar.5. Ee Ah Meng ( 2003 ).Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

6. http://mazitakaunselor.blogspot.com/2010/02/teori-rasional-emotif-behavioral-terapi.html7. http://vanronnbiaro.blogspot.com/2010/02/rasional-emotif-terapi.html8. http://sudutpsikologi.blogspot.com/2010/08/teori-rasional-emotif-terapi.htmlKaunselor: Kamu apa khabar hari ini?Hassan: BaikKaunselor: Terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunselingHassan: Sama-sama

Kaunselor : Sebentar tadi kamu ada memberitahu bahawa kamu berasa gementar untuk melakukan pembentangan sejarah, betul?

Hassan : Betul. Saya ada cakap begitu tadi.

Hassan :Saya berasa bahawa saya tidak dapat melakukan pembentangan dengan baik .

Kaunselor : hmmm. (sambil mengangguk kepala)

Hassan : Cikgu, saya berasa gementar dan bimbang untuk melakukan pembentangan sejarah kerana takut tidak mendapat markah yang tinggi.

Kaunselor : Tidak mengapa. Cikgu dulu pun pernah menghadapi situasi seperti kamu.

Kaunselor : Adakah kamu sering merasa gementar untuk melakukan pembentangan sebelum ini di sekolah lama kamu?

Hassan: Tentunya tidak. saya selalunya berkeyakinan tinggi untuk melakukan pembentangan.

Kaunselor : Boleh jelaskan dengan cikgu, kenapa kamu rasa gementar dan bimbang untuk melakukan pembentangan pada kali ini?

Hassan : Adakah betul cikgu, saya akan mendapat markah rendah untuk pembentangan sejarah nanti? mereka menganggap saya betul-betul tidak layak dan tidak berguna?

Kaunselor : Awak telah menyatakan beberapa kali bahawa awak boleh buat dengan baik dalam pembentangan tersebut, tetapi mengapa kerapkali awak bertanya tentang mendapat markah yang rendah?

Hassan : Saya berasa amat gementar dan bimbang untuk melakukan pembentangan sejarah kerana takut mendapat markah yang rendah.

Kaunselor: Cikgu faham perasaan Hassan.

Kaunselor : tadi kamu kata kamu betul-betul ingin mendapat markah yang tinggi dalam pembentangan tersebut?

.Hassan : Betul. Saya perlu untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam pembentangan tersebut .

Hassan : tekanan hidup yang saya alami ini hanya tuhan yang tahu

Kaunselor : Saya faham apa yang kamu rasa. Tekanan yang kamu hadapi bukan sahaja disebabkan masalah tersebut. Tetapi juga masalah yang lain.

Kaunselor: sebelum saya menutup sesi bagi permasalahan kamu ini maka, saya akan merumuskan apa yang telah kita lalui sepanjang sesi berlangsung.

1