_x0001_
NAMA KURSUS : GXEX1414 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIANAMA
PENSYARAH : PUAN FARIDAH BINTICHE HUSAINKUMPULAN : 15TAJUK :LAPORAN
LAWATAN ILMIAH KE MUZIUM SENI ASIA ( KEISTIMEWAAN MUZIUM SENI ASIA
) KETUA KUMPULAN : MANISAH BINTI BAHARUDIN (AEE140016)AHLI KUMPULAN
:1. NURAIDA BINTI ZAINAL (AEE140044)2. ROSSALIND SADAN
(AEL140017)3. NURUL NURIZZANI BINTI OTHMAN (AEL140016)4. CLERENCE
ANAK CLEMENT (AEE140008)5. SHARUL SYAFIE BIN ZARIMAN (AEK140033)6.
TING LI (AEB140015)7. HII YIN YANG (AEB140003)
1.0 LOKASI LAWATAN ILMIAH1.1 NAMA TEMPAT: MUZIUM SENI ASIA
UNIVERSITI MALAYA1.2 LOKASI: UNIVERSITI MALAYA 50603 KUALA
LUMPUR
2.0 LAWATAN DIJALANKAN PADA :2.1 TARIKH: 17 OKTOBER 2014 2.2
HARI: JUMAAT2.3 MASA: 10.00 PAGI 12.00 TENGAH HARI
3.0 OBJEKTIF KAJIAN3.1 Untuk mengenal pasti keistimewaan Muzium
Seni Asia.3.2 Untuk memperoleh maklumat tentang kaedah penjagaan
artifak dan monumen.3.3 Untuk mengetahui artifak yang terdapat di
Muzium Seni Asia.
4.0 PENGENALANAlhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T dan salam
sejahtera diucapkan kerana kami dapat menyiapkan laporan lawatan
ilmiah TITAS pada kali ini. Laporan lawatan ilmiah pada kali ini
dapat kami siapkan dengan sempurna walaupun perlu menyiapkan
tugasan yang lain pada waktu yang sama. Kami telah mengadakan
lawatan ilmiah pada kali ini di Muzium Seni Asia Universiti
MalayaNamun begitu, kami tetap berusaha menghasilkan laporan
lawatan ilmiah dengan sebaik mungkin dengan bantuan ahli kumpulan
yang sangat membantu. Kerjasama antara ahli kumpulan sangat
membantu kami menyiapkan laporan lawatan ilmiah pada waktu yang
telah ditetapkan. Disini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah kami iaitu Puan Faridah binti Husain kerana telah
banyak memberi bantuan serta tunjuk ajar kepada kami dalam
menghasilkan laporan lawatan ilmiah pada kali ini.Kami amat
berbangga kerana dapat menyiapkan laporan lawatan ilmiah pada waktu
yang ditetapkan. Akhir sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menghasilkan laporan lawatan ilmiah ini. Jutaan
terima kasih juga diucapkan kepada Encik Abdul Aziz bin Abdul
Rashid iaitu pemangku ketua Muzium Seni Asia kerana telah memberi
komitmen yang baik kepada kami.
4.1 LATAR BELAKANG MUZIUM SENI ASIA Muzium Seni Asia yang
dikendalikan oeh Universiti Malaya merupakan muzium dalam
universiti yang mempunyai lebih 6000 artifak yang kebanyakannya
datang dari tiga tamadun utama. Muzium ini telah dibuka secara
rasmi pada tahun 1980. Muzium ini menyimpan lebih 2000 kepingan
seramik yang dikumpul dari Malaysia, Thailand, Khmer, Vietnam,
China, Jepun, India dan Iran. Muzium ini merupakan bangunan tiga
tingkat yang terletak di antara Fakulti Undang-undang dan Fakulti
Ekonomi dan Pentadbiran.Item pertama pada rekod muzium ini ialah
gangsa kepala Buddha dari Chiengsen (1500-1550 M). Artifak ini
diberikan kepada muzium oleh Kun Krassri Nimanamhasmida pada tahun
1954. Sumbangan artifak ini menandakan permulaan muzium ini. Pada
masa itu, muzium ini berpangkalan di kampus university di
Singapura. Selepas itu, kampus Universiti Malaya telah ditubuhkan
pada tahun 1962 setelah Singapura keluar daripada Malaysia.
Barang-barang artifak juga diperoleh secara berperingkat-peringkat.
Barang-barang ini ditambah pada setiap tahun. Barang-barang ini
juga diperoleh daripada sumbangan individu dan sesetengah pihak.
Terdapat juga artifak yang diperolehi daripada pelajar luar negara
yang menghadiahi artifak dari negara asal mereka kepada muzium di
universiti ini. Hal ini demikian kerana mereka berpendapat perlu
menyumbang bagi menghargai sumbangan university kepada mereka dalam
member peluang menyambung pelajaran di sini. Muzium Seni Asia ini
dibuka setiap hari kecuali pada cuti umum dari pukul 9 pagi hingga
5 petang.
4.2 KEISTIMEWAAN MUZIUM SENI ASIA4.2.1 Koleksi jarang diperolehi
yang terdapat di Muzium Seni Asia : Kendi ( kapal air yang luas )
yang berasal dari abad ke-11. Sawankhalok iaitu patung tembikar
pemburuan gajah di Thailand pada abad ke-14 hingga abad ke-15.
Mempunyai artifak unik yang diperoleh dari Thailand, Jepun, dan
Myanmar.4.2.2 Program yang dianjurkan oleh pihak muzium : Pameran
Batik yang berdasarkan artifak. Kelas-kelas melukis. Persembahan
wayang kulit dalam Bahasa Inggeris. Persembahan nasyid. Pameran
Seni Khat.
4.3 KAEDAH PENJAGAAN ARTIFAK DAN MONUMEN.Terdapat pelbagai
kaedah dan teknik untuk memelihara warisan sejarah ini. Antaranya
ialah : Konservasi ( conservation)Merupakan kaedah baik pulih dalam
usaha untuk memulihkan semula artifak kepada seni bina yang asal.
Bahan yang hampir sama dengan artifak asal akan digunakan bagi
menyempurnakan rupa artifak tersebut. Bahan kimia khusus akan
digunakan bagi tujuan pembersihan dan mengikut standard yang
ditetapkan. Preservasi ( preservation)Merupakan pengawasan dan
penjagaan sesebuah monumen serta tapak bersejarah. Ia bertujuan
bagi menjaga monumen agar tidak mengalami kerosakan dengan
menggunakan kaedah saintifik mengikut prosedur tertentu. Juga
merupakan ruangan yang dapat memanjangkan usia artifak iaitu pada
suhu 20-22 darjah Celsius sepanjang masa, kadar RH yang stabil,
40-60 % kelembapan dan penjagaan ruang cahaya yang minimum dan
pemeriksaan artifak secara berkala. Restorasi ( restoration)Kerja
membaik pulih dengan mengekalkan keaslian seni bina. Kerja membaik
pulih ini dilakukan bagi mengembalikan keaslian bentuk artifak. Ia
juga bagi mengekalkan keaslian artifak yang telah berkurun
lama.
4.4 ANTARA ARTIFAK YANG TERDAPAT DI MUZIUM SENI ASIA Porselin
Khmer Khmer adalah nama lama bagi Kemboja. Pengeluaran porselin
Khmer bermula pada abad ke-9 pada masa pemerintahan Raja Jayavarman
II pada 802 Masihi dan berakhir sekitar abad ke-14. Satu perkara
yang unik tentang porselin Khmer adalah reka bentuk haiwan pada
bagian-bagian artifak seperti pemegang, kaki, muncung atau seluruh
objek. Satu contoh yang baik adalah menjadikan bentuk paruh burung
atau batang gajah sebagai muncung untuk cerek. Hudo ( Topeng
Masyarakat Kenyah dan Kayan di Sarawak)Hudo ialah topeng yang
dihasilkan dan digunakan oleh sebahagian masyarakat di Sabah dan
Sarawak seperti Iban, Kenyah dan Kayan untuk tujuan kepercayaan
mahupun sebagai hiburan semata-mata. Mereka memakai topeng ini
semasa upacara menuai hasil pertanian, pesta dan menyambut tetamu
di rumah mereka. Topeng : Wajah PalsuSeni membuat topeng telah
wujud sejak zaman Paleolitik. Penemuan awal yang dilakukan di
tapak-tapak arkeologi 30 000 tahun lama di Teyjal dan Dordogne.
Lukisan gua di Loourdes, Perancis menunjukkan bahawa orang-orang
yang telah menjadi topeng muka menggambarkan binatang liar dan
berhantu. Dipercayai bahawa orang yang memakai topeng akan
diberikan kekuatan yang luar biasa.
Guanyin Dehua Porselin Dehuan berasal dari era Utara Song pada
abad ke-17 dan abad ke-18. Merupakan kualiti terbaik daripada
porselin yang dihasilkan di Dehua. Pengeluaran imej spiritual
seperti imej Guanyin bermula sekitar tempoh Caishen atau Dewa
Kekayaan sejak tahun 1610. Porselin Jepun ( Kakiemon )Kakiemon
porselin dihasilkan di kawasan Arita. Kakiemon daripada keluarga
Sakaida dianggap orang pertama menghasilkan porselin enamel
menggunakan teknik dan warna overglaze di Jepun. Warna khas untuk
barang Kakiemon ialah merah, biru, kuning dan hijau kebiruan.
5.0 AKTIVITI YANG DILAKUKAN 5.1.1 TAKLIMAT RINGKASTaklimat
ringkas telah diberikan kepada kesemua ahli kumpulan sebelum sesi
lawatan ke dalam muzium seni asia dijalankan. Taklimat telah
diberikan oleh Encik Aziz yang merupakan salah seorang pegawai
bertugas di muzium tersebut. Taklimat adalah berkisarkan tentang
kedudukan pameran didalam muzium dan pameran-pameran terkini yang
terdapat di dalam muzium.5.1.2 LAWATAN DISEKITAR MUZIUMKesemua ahli
kumpulan telah menjalankan lawatan disekitar kawasan pameran di
dalam muzium seni asia. Sesi lawatan ini turut diisi dengan
pencarian maklumat dan menangkap foto sebagai bukti lawatan telah
dijalankan. 5.1.3 TAKLIMAT Selepas sesi lawatan selesai, Encik aziz
selaku wakil pegawai muzium seni asia telah menjalankan sesi
taklimat ringkas mengenai sejarah, latar belakang dan keistimewaan
muzium seni asia, taklimat ini telah dijalankan di aras dua muzium
dan telah melibatkan keseluruhan ahli kumpulan. Banyak maklumat
telah berjaya diperoleh oleh ahli kumpulan sepanjang sesi taklimat
ini dijalankan.5.1.4 SESI SOAL JAWAB Selepas sesi taklimat
dijalankan, ia telah diteruskan dengan sesi soal jawab. Ahli-ahli
kumpulan telah mengutarakan beberapa persoalan mengenai muzium seni
asia kepada Encik Aziz dan beliau telah memberikan jawapan yang
bernas sekaligus menjawab segala kemusykilan kami.
6.0 REFLEKSIKeberhasilan tugasan kami adalah datangnya daripada
usaha dan kegigihan yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan kami yang
lain. Ahli kumpulan kami telah menunjukkan kerjasama yang sangat
bagus walaupun kali pertama bergandingan, walaupun kerja kursus ini
memerlukan ahli seramai 10 orang. Kami juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada pensyarah Puan Faridah binti Hussain kerana
telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan sepanjang menyiapkan
tugasan ini.Setelah berbincang dengan ahli kumpulan kami dengan
sebulat suara untuk memilih tema sosiobudaya dalam lawatan ilmiah
yang bertajuk Keistimewaan Muzium Seni Asia. Kami sepakat memilih
tema ini kerana tema ini dapat memberikan kami pembelajaran untuk
mengenali sosiobudaya bangsa lain. Sepanjang menjalankan lawatan
ilmiah ini, kami telah dapat mengesan kekuatan diri daam menyiapkan
tugasan ini. Antara kekuatan yang kami kenalpasti ialah kerjasama
antara ahli kumpulan dimana kami saling memahami komitmen
masing-masig dari segi mencari masa untuk menyiapkan tugasan ini
bersama-sama. Bukan itu sahaja, kami juga dapat mengetahui artifak
yang telah berkurun lamanya serta fungsi barang yang digunakan pada
masa itu. Lawatan ilmiah ini sedikit sebanyak member kami ilmu
tambahan untuk mempelajari artifak yang digunakan pada masa dahulu
dan ukirannya yang begitu unik sehingga terhasilnya seni sesuatu
artifak itu.Secara tuntasnya, kami amat berharap lawatan ilmiah
yang telah kami jalankan ini mencapai matlamat dan bertepatan
dengan kriteria-kriteria yang dikehendaki. Diharap pensyarah dapat
menegur sekiranya terdapat kesalahan dalam lawatan ilmiah ini agar
kami dapat memperbaiki kelemahan diri dan melakukan yang lebih
baik.
7.0 KESIMPULANSebagai kesimpulan,aktiviti lawatan Muzium Seni
Asia pada 17 Oktober 2014 memberi banyak pengetahuan kepada kami
dan rakan-rakan tentang artifak dan koleksi-koleksi yang terdapat
disana. Artifak yang dipamerkan begitu menarik dan unik serta
mempunyai rekaan yang begitu mengagumkan.Koleksi barang yang
terdapat disana adalah diperolehi secara pembelian dan terdapat
juga yang diberi oleh pelajar luar negara. Sebanyak 7 ribu artifak
yang terdapat di Muzium tersebut. Disamping itu, dipamerkan juga
Boneka Arnab Packing, Rantai-rantai Manik, Toping Muka Palsu dan
Penambat Mimpi serta beberapa alatan muzik seperti gong, bonang,
gambang dan gendang. Dalam pada itu, Encik Aziz juga menerangkan
beberapa perkara penting yang berkaitan seperti aktiviti yang
mereka anjurkan untuk menarik perhatian orang agar melibatkan diri
dalam aktiviti tersebut. Oleh itu, barang-barang tersebut adalah
amat penting agar generasi yang seterusnya agar dapat mengenali
artifak tersebut dan memastikan ia terus terpelihara.
8.0 LAMPIRAN Ahli Kumpulan Bersama Encik Aziz Topeng
HudoPorselin Jepun ( Kakiemon)
10