Tajuk 3Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral
Sipnosis
Tajuk ketiga membincangkan pelbagai pendekatan yang boleh
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral secara
lebih berkesan. Sebanyak tujuh pendekatan dijelaskan dalam tajuk
ini, para guru boleh mengaplikasikan pendekatan-pendekatan ini
ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu,
tiga lagi pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral diperkenalkan, iaitu Pendekatan Kepedulian ,
Pendekatan Berasaskan Kemahiran dan Pendekatan Domain.Hasil
Pembelajaran1. Memahami semua pendekatan Pendidikan Moral yang
diperkenalkan dalam tajuk ini.2. Menghubungkaitkan pendekatan
pengajaran Pendidikan Moral dengan perancangan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran harian.
3. Menggunakan pendekatan yang sesuai dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Moral.Kerangka Konsep Tajuk
Pendekatan-pendekatan Pendidikan Moral
3.0Pengenalan dan kepentingan Pendekatan Pendidikan
MoralPendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Moral
diperkenalkan sejak tahun 1960an. Pendekatan dalam Pendidikan Moral
digunakan oleh kebanyakan negara di seluruh negara. Walau
bagaimanapun pendekatan-pendekatan perlulah disesuaikan dengan
budaya masyarakat setempat. Konsep pendekatan bermaksud cara
mempelajari dan menilai sesuatu dengan lebih dekat. Pendekatan
memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi,
iaitu: 1. penaakulan/pemikiran moral, - kognitif 2. perasaan/emosi
moral dan - afektif 3. perlakuan/ tindakan moral. - psikomotor
Pendekatan dalam Pendidikan Moral merangkumi teori dan
prinsip-prinsip tentang bagaimana untuk membangunkan dan
mengukuhkan perkembangan Moral. Ia juga membantu kita untuk
memahami dan mempraktikkan Pendidikan Moral dengan lebih
berkesan.Penggunaan pendekatan yang sesuai dalam penyampaian ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan moral adalah penting, kerana
banyak perkara yang berkaitan dengan moral, khasnya tentang
nilai-nilai moral adalah agak subjektif, bagaimana pandangan
tentang sesuatu perkara moral yang dianggap sebagai positif dapat
juga diterima oleh orang lain sebagai positif bergantung kepada
pendekatan penyampaian maklumat kepada orang tersebut. Dalam
pendidikan moral, guru bukan hanya hendak menyampaikan ilmu
pengetahuan tentang moral, tetapi juga dapat mempengaruhi murid
supaya mereka dapat memahami, menghayati dan mengamalkan apa yang
mereka tahu tentang moral, supaya objektif pembelajaran Pendidikan
Moral tercapai, iaitu membentuk insan yang benar-benar bermoral
dari segi pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral
dalam insan yang dididik. Sehubungan itu, guru subjek Pendidikan
Moral perlu menguasai pelbagai pendekatan Pendidikan Moral supaya
setiap topik moral dapat disampaikan kepada murid dengan berjaya
dan berkesan.3.1
Analisis Pendekatan Pendidikan Moral3.1.1Pendekatan Pemupukan
Nilai
Pendekatan pemupukan nilai ialah satu proses menanam budi
pekerti yang baik dalam diri kanak-kanak. Pendekatan ini boleh
digunakan secara sedar dan tanpa sedar ketika menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pendekatan ini digunakan
secara meluas pada peringkat sekolah rendah. Tujuan utama
pendekatan ini adalah untuk menanam sesuatu nilai yang dianggap
baik dan patut diamalkan oleh para pelajar.
Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai
budaya masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin
kesinambungan budaya masyarakat tersebut. Set nilai inti dianggap
sebagai standard tingkah laku mural yang patut diamalkan dalam
kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya
dengan orang lain. Contoh-contoh aktiviti dalam pendekatan
pemupukan nilai ;
(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara
dan luar negeri.
(b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik
dan dendaan yang sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif.(c)
Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang
dialami oleh pelajar supaya mereka menerima dengan baik sesuatu
nilai yang dikehendaki. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang
kepada pelajar memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum
menerima and menghayati nilai tersebut yang berlandaskann kepada
prinsip moral. Walaupun pendekatan ini mudah digunakan,ialah lebih
cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan moral. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain
yang memberi peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara
aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.
3.1.2Pendekatan Bertimbang Rasa
Pendekatan bertimbang rasa menekankan pembelajaran tentang
perasaan atau emosi. Pendekatan ini dapat membantu murid berfikir
secara mendalam dan menimbulkan perasaan moral (emosi Moral)Menurut
Peter Mc Phail dan rakan-rakan, Pendidikan Moral perlu berfokus
kepada cara individu berhubung dengan orang lain seperti
bertimbangrasa kepada keperluan, perasaan dan kepentingan orang
lain. Kelakuan itu akan memberikan kepuasan kepada orang lain yang
bertindak dan menggalakkan mereka mengembangkan cara hidup yang
bertimbangrasa.Berikan tiga contoh perlakuan bertimbang rasa
Berikan tiga contoh perlakuan tidak bertimbang rasa
(1/2 jam)
3.1.3Pendekatan Rasional
Pendekatan Rasional menekankan kepada pemikiran yang rasional
dan kritis. Pendekatan ini melibatkan pelajar meneliti makna dan
fungsi nilai serta menganalisis sifat dan dimensi nilai masyarakat.
Dalam pendekatan rasional sesuatu nilai dianalisis bukan sahaja
yang berkaitan dengan sesuatu tindakan atau pertimbangan tertentu
tetapi juga yang berkaitan dengan nilai-nilai lain.Berikut adalah
garis panduan menggunakan pendekataan rasional:
1. Kenalpasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan
hubungannya dengan nilai lain.
2. Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai yang
diterima oleh masyarakat.
3. Menimbangkan implikasi yang mungkin timbul
4. Membuat keputusan dengan mengutamakan nilai.
5. Memupuk penglibatan diri.
Cuba memikirkan pernahkah anda melaksanakan pendekatan ini dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Jika pernah, topik
apa? Bagaimanakah anda menggunakan pendekatan ini?
3.1.4Pendekatan Tindakan Sosial
Pendekatan yang diperkenalkan oleh Fred Newman. Pendekatan ini
berkaitan dengan peranan warganegara dalam setiap institusi sosial.
Fokus utama ialah kepada kebolehan sivik dan kecekapan bersosial.
Tujuannya ialah untuk memastikan setiap warganegara boleh berfungsi
dalam masyarakat. Melalui pendekatan ini, rasa prihatin dan
bertanggungjawab terhadap sesuatu isu menjadi lebih mudah untuk
diutarakan kerana murid akan merasakan dirinya berada dalam situasi
tersebut.Pendekatan tindakan sosial bermatlamat ;
(a) membolehkan murid berinteraksi dengan orang lain
(b) Menggalakkan murid menyiasat suasana sosial yang baru
Pelaksanaan dalam kelas:
(a)Penyiasatan terbuka mengembangkan interaksi murid dan guru;
meningkatkan peluang murid berinteraksi dengan murid lain dan juga
orang dewasa. Murid juga menyiasat interaksi sosial dalam suasana
baru serta menyelesaikan masalah sosial yang
dihadapi.(b)Penyiasatan terbimbing oleh guru menyiasat aktiviti
atau situasi sosial yang baru, meransang interaksi dengan orang
yang belum dikenali dan dalam situasi yang baru untuk menyesuaikan
diri serta menyelesaikan masalah.
Antara teknik P&P yang sesuai digunakan dalam Pendekatan
Tindakan Sosial adalah seperti projek, khidmat sosial, lawatan,
kajian tindakan dan aktiviti yang melibatkan pembelajaran
berasaskan pengalaman dan interaksi sosial dengan orang lain.
Bagaimanakah interaksi sosial ini dalam aktiviti-aktiviti tersebut
dapat menjadikan P&P Pendidikan Moral lebih berkesan?(1
jam)
3.1.5Pendekatan Moral KognitifPendekatan perkembangan moral
kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif yang
telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti
Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini membantu pelajar
membina kebolehan menaakuldi peringkat yang lebih tinggi.
Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang
pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada
peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak
yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan
moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.
Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang
pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada
peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak
yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan
moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.
Bincangkan bagaimana nilai-nilai moral boleh diterapkan melalui
persatuan kokurikulum badan beruniform.
3.1.6Pendekatan Penjelasan Nilai
Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan
kenal pasti tentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain
sertai berkomunikasi secara terbuka nilainya kepada orang lain.
Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan
kesedaran emosi diri dan orang lain dalam pembentukan sesuatu set
nilai peribadinya.
Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga
proses menjelaskan nilai kendiri seseorang individu seperti yang
berikut:
I Proses memilih:
(i) memilih secara bebas
(ii) dari pelbagai pilihan yang sedia ada
(iii) menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan
II Proses menghargai: (iv) mengharagi setiap keputusan yang
telah diambil
(v) menyatakan secara terbuka
III Proses bertindak: (vi) bertindak ke atas keputusan yang
telah diambil
(vii) sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara
berterusan dalam kehidupannya.
Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru berperanan
sebagai seorang fasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima
segala keputusan yang telah diambil oleh pelajar tanpa memihak
kepada mana-mana pelajar. Masalah akan timbul sekiranya keputusan
pelajar bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Untuk
mengatasi masalah ini, guru perlu peka dan menggambungkan
pendekatan ini dengan pendekatan lain (seperti analisis nilai)
supaya lebih membimbing pelajar membuat keputusan yang lebih
menepati aspirasi masyarakat dan negara.
3.1.7Pendekatan Analisis Nilai
Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran
pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu
nilai seperti isu berkaitan dengan polisi awam (seperti keselamatan
negara, dadah), hak individu dan alam sekitar.Pendekatan ini
memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang releven
sebelum membuat sesuatu keputusan.
Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang
berikut:(a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai
(b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai
(c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan
tentatif
(d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza,
meletakan diri ke dalam situasi sebenar atau berdasarkan kepada
prinsip moral yang sejagat.Pendekatan ini akan melibatkan pelajar
secara aktif dalam proses menganalisis nilai secara objektif yang
berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana pendekatan ini
menekankan kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan
aspek emosi/afektif dalam proses analisis nilai, maka guru
disarankan agar juga menggunakan pendekatan lain dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan moral.
Jelaskan satu situasi salah laku yang dianalisis secara logik
melalui pendekatan analisis nilai.
Senaraikan alasan anda sebab analisis nilai sesuai digunakan.(1
jam)
3.2.Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral baru.
3.2.1Pendekatan Kepedulian (Caring Approach Nodding)
Pendekatan penyayang atau caring dalam pendidikan moral
berasaskan kepada kritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada
konsep saling pergantungan dan prihatin dalam sesuatu perhubungan
dan pertalian dengan orang lain. Pendekatan penyayang ini bertujuan
untuk mengekal dan mengekuhkan amalan penyayang di dalam diri
sendiri dan sesiapa sahaja seorang individu itu mempunyai
perhubungan. Ini bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang
individu adalah sesuatu dalaman. Cara melaksanakan pendekatan
penyayang ialah melalui empat aspek yang berikut: (a) Modeling -
tumpuan harus diberika kepada perkembangan pelajar sebagai seorang
yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for).
Melalui teladan, maka konsep penyayang dapat ditunjukkan dalam
tingkah laku yang mereka boleh memerhati dan mengikuti.
(b)Dialog - diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang
dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis
perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang
(carer) dan perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang
(cared for).(c) Amali - mengadakan amali dalam menjalankan usaha
penyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkan dalam
khidmat sosial atau komuniti.
(d)Pengesahan - mengesah dan menggalakkan the best in others
dalam perhubungan antara individu.
Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang
mengekalkan
prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregiving bukan
caretaking. Oleh kerana pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip
penyayang (care), maka guru disarankan supaya menggabungkan
pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilan dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidian moral.
3.2.2Pendekatan Berasaskan Kemahiran (Skill Based Approach-
Narvaez)
Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada proses
sensitivity beretika, pertimbangan beretika, motivasi beretika dan
tindakan beretika.Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru
harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan
membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka.
Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur)
bukan keputusan (kandungan)Penaakulan/pertimbangan.
Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek
kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya
aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan yang
setara.
Cara melaksanakan pendekatan ini ialah seperti yang berikut:
(a) Simulasi (b) Perbincangan (c) Sesi refleksi (d)
permainan
3.2.3Pendekatan Domain (Domain Approach Nucci)Pendekatan Domain
(Larry Nucci 2001 ) Perbezaan interaksi social iaitu isu peribadi
berbeza dengan isuinterpersonal. Kanak-kanak mengganggap sekolah
sebagai penghalang pelakuan mereka yang boleh dilakukan di rumah.
sekolah perlu membuat beberapa peraturan bagi mengawal perilaku
pelajar dalam menjalankan misi pendidikan. Terdapat 5 praktis
pendidikan untuk guru-gurua. Pendidikan Moral berfokuskan kepada
isu-isu keadilan, kesamaan dan keperluan manusia.b. Program
Pendidikan Moral diintergrasikan dlm kurikulumc. Perbincangan moral
membantu perkembangan moral semasa pelajar menggunakan corak
perbincangan transaktif.d. Struktur misi kooperatif membantu
perkembangan moral dan akademike. Guru-guru perlu memberi perhatian
terhadap kesan buruk perlakuan tidak bermoral daripada peraturan
yang dilanggar atau harapan social yang tidak dipenuhi.
Pendekatan Domain yang dikemukakan oleh Larry Nucci and Elsa K.
Weber merupakan satu pendekatan P&P nilai-nilai sosial dalam
Pendidikan moral, biasanya, ia memerlukan guru mewujudkan satu
suasana moral dalam bilik darjah, murid berbincang dalam kumpulan
tentang sesuatu isu yang kontrovesial, biasanya berkaitan dengan
disiplin murid, isu social dan kemudian meninjau isu dalam pelbagai
domain, sama ada secara konvensional, atau secara moraliti. Melalui
sesi soal jawab dalam perbincangan, guru dapat melihat pelbagai
respons dalam kalangan murid tentang sesuatu isu; murid juga dapat
membandingkan isu-isu yang dilihat secara konvensional dan secara
moraliti. Pendekatan ini membenar murid menilai sesuaru perkara
atau isu yang berkaitan dengan nilai-nilai moral & sosial
dengan lebih objektif. Cuba dapatkan maklumat-maklumat lanjutan
yang berkaitan dengan Pendekatan Domain dalam Pendidikan Moral dari
internet.
Tuliskan nota ringkas berkaitan Pendekatan Domain dan kaedah
P&P yang boleh diguna dalam pendekatan ini.(1 jam)
3.3Aplikasi Pendekatan Pendidikan Moral dalam P&P
Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam satu
sesi pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru perlu menguasai
pelbagai pendekatan dan berinovatif, berkreatif serta berkebolehan
dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam P&P Pendidikan
Moral di sekolah. Pendekatan yang sesuai akan memudahkan lagi guru
Pendidikan Moral menyampaikan ilmu pengetahuan moral, khasnya
penghayatan nilai-nilai murni dengan lebih eksplisit dan berkesan.
Percubaan dengan pendekatan P&P yang baru membenarkan guru
menguasai teknik pengajaran yang lebih mencabar, sekiranya didapati
pendekatan yang dicuba adalah tidak sesuai, guru boleh bersikap
proaktif dengan mengubahsuaikan teknik-teknik dalam kaedah
penyampaian ilmu moral secara inovatif dan kreatif. Dengan
percubaan demi percubaan, guru dapat menguasai semua pendekatan
dengan lebih mahir dan lancar.Setelah meneliti
pendekatan-pendekatan dalam Pendidikan Moral, pilih satu topik
Pendidikan Moral KBSR atau KSSR dari Tahun 1 hingga Tahun 6,
jelaskan pendekatan yang sesuai digunakan untuk P&P topik
tersebut. Kemukakan langkah-langkah dalam kaedah yang digunakan
dalam aplikasi pendekatan tersebut.
Tajuk 4Strategi dan Kaedah dalam Pengajaran Pembelajaran
Pendidikan Moral
Sipnosis
Tajuk empat ini memberi tumpuan kepada pelbagai kaedah dan
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
Kaedah-kaedah yang akan dibincangkan adalah Kaedah Main Peranan
atau Simulasi, Kaedah Bermain dan Bercerita, Kaedah Nyanyian dan
Lakonan, Kaedah Perbincangan, Kaedah Lawatan, Kaedah Projek, Kaedah
Tunjuk Cara, Kaedah Pameran, dan Kaedah Penyelesaian Masalah.Hasil
Pembelajaran
1.Mengaplikasi pelbagai kaedah pengajaran dan bahan pengajaran
dalam sesi
pengajaran mikro dan makro.
2.Mempraktikkan pelbagai kaedah pengajaran untuk melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran
Kerangka Konsep Tajuk
4.0.Strategi dan Kaedah dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Moral
Strategi ialah susunan pendekatan dan kaedah atau
langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan sesuatu perancangan
dalam pengajaran untuk mencapai objektif. Pemilihan dan pelaksanaan
strategi yang betul dan sesuai akan melancarkan proses pembelajaran
dan mencapai objektif dengan berkesan.Strategi pengajaran yang
sesuai akan menarik minat pelajar terhadap pembelajaran.
4.0.1Strategi Pengajaran
Secara Umum terdapat 3 strategi utama dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
a.STRATEGI PEMUSATAN GURU
Dalam strategi ini, guru memainkan peranan utama dalam menguasai
aktiviti pembelajaran. Strategi ini sesuai untuk pelajar-pelajar
Tahun 1 dan 2. Pelajar ini masih belum mempunyai pengetahuan yang
luas dan memerlukan banyak bimbingan. Guru harus menjelaskan konsep
dan isi pelajaran kepada pelajar.
b.STRATEGI BERPUSATKAN PELAJAR
Strategi berpusatkan murid melibatkan murid secara aktif dalam
pembelajaran.Murid-murid dan guru perlu sama-sama memainkan peranan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sifat-sifat yang
bersosial yang positif juga boleh diterapkan dalam aktiviti
berkumpulan seperti tolong-menolong, hormat-menghormati, dan
bekerjasama dalam kumpulan dan bertimbang rasa.
c.PENGAJARAN BERPUSATKAN BAHAN
Strategi ini menekankan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar
seperti gambar, atau carta, model, slaid dan televisyen. Penggunaan
bahan boleh menarik tumpuan murid-murid terhadap pengajaran dan
membantu murid memahami pelajaran dengan cepat dan mudah.
4.0.2Kaedah Pengajaran
Kaedah adalah satu perancangan aktiviti untuk melaksanakan
pengajaran dengan teratur dan sistematik. Kaedah perlu dibuat dalam
bentuk langkah-langkah yang sesuai dan tersusun untuk mencapai
objektif pembelajaran. Guru perlu memilih kaedah yang sesuai dan
boleh memenuhi objektif dan keperluan pembelajaran pelajar.
4.1Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral
4.1.1Kaedah Main Peranan / Simulasi
Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid
mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah.
Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai
situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan,
diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan
lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa
tanggungjawab, antaranya: memilih satu masalah atau isu yang
melibatkan minat atau pandangan yang berlawanan.
memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam
simulasi.
mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau
isu berkenaan.
menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi.
Langkah-langkah ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid,
peranan yang dimainkan, serta peraturan yang mempengaruhi tindakan
murid tersebut.
Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan
peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau
prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi
berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah
dilanda banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan
pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi akan
berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga
digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan
penyoalan.
Guru mewujudkan satu situasi yang menunjukkan seorang murid
ditangkap kerana melakukan vandalism. Guru cuba menyoal sebab-sebab
dia kerap merosakkan harta benda sekolah. Seorang murid diminta
memainkan peranan sebagai individu yang selalu merosakkan harta
awam manakala murid yang sering merosakkan harta sekolah berperanan
sebagai guru. Dengan cara itu murid berkenaan akan sedar dan
menilai kembali sikap negatifnya.Apabila guru melaksanakan Kaedah
Main Peranan/Simulasi tersebut, apakah langkah-langkah yang perlu
diambil dan teknik-teknik P&P yang boleh diamalkan oleh guru?(1
jam)
4.1.2Kaedah Bermain dan Bercerita
4.1.2aKaedah Bermain
Permainan merupakan satu aktiviti yang paling diminatidan sesuai
untuk perkembangan kanak-kanak.Guru-guru boleh mengadakan
perbincangan selepas aktiviti bermain. Kaedah ini juga memberi
peluang kepada murid membina kemahiran jasmani, keyakinan diri dan
merangsang sifat kepimpinan. Aktiviti bermain juga memupuk
kemahiran social berinteraksi secara positif dengan guru dan rakan
sebaya.
Kaedah bermain dapat meransang interaksi sosial dan emosi. Ia
juga menambah keyakinan dan mengurangkan rasa bosan. Bermain juga
bertindak sebagai satu alat pemulihan, pengukuhan dan
pengayaan.Permainan juga dapat memperkembangkan kekuatan fizikal,
koordinasi dan ketangkasan. Selain itu, permainan juga dapat
membentuk perkembangan tumpuan seseorang murid serta minat untuk
menjelajahi dan mencipta idea.
Contohnya:
Memilih bola bernombor dalam baling. Kemudian menjawab soalan
mudah mengikut nombor bola tersebut. Murid yang berjaya menjawab 2
soalan dengan betul diberi sebatang pensil.
Dalam pendidikan moral, guru boleh melakukan permainan yang
lebih kurang sama seperti contoh di atas. Hanya soalan sahaja yang
berlainan. Selain itu main pasir, air dan bongkah secara
berkumpulan dapat mendidik kanak-kanak bersabar, bersungguh-sungguh
dan bekerjasama dalam kumpulan.
4.1.2bKaedah BerceritaBercerita merupakan suatu teknik yang
boleh menarik minat para pelajar. Biasanya murid-murid akan lebih
cepat menumpukan perhatian terhadap penceritaan guru. Bercerita
menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Pelbagai cerita berunsur moral boleh didapati dengan mudah daripada
akhbar, majalah, internet dan lisan. Bercerita boleh merangsang
minda dan menimbulkan minat murid jika guru melaksanakannya secara
berkesan. Banyak pengajaran dan nilai moral dapat dicungkil
daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral.
Kaedah bercerita sangat sesuai dijalankan untuk menyampaikan
sesuatu mesej. Cerita yang baik harus mempunyai permulaan,
perkembangan dan penutup. Seterusnya mengandungi nilai-nilai
pengajaran yang baik dan harus dicontohi. Antara perkara yang harus
ditekankan dalam kaedah bercerita adalah cerita harus sesuai dengan
tahap kanak-kanak, ia mesti menarik, boleh berbantukan gambar atau
klip video yang menunjukkan sesuatu kisah. Biasanya kanak-kanak
dapat mengambil iktibar daripada kisah yang disampaikan oleh guru.
Suara guru juga hendaklah menarik, ada nada dan cukup jelas, agar
murid dapat memberi sepenuh perhatian kepada cerita.Dalam P&P
Pendidikan Moral, kaedah bercerita merupakan kaedah yang paling
popular digunakan dalam bilik darjah dalam kebanyakan pendekatan
P&P yang dilaksanakan oleh guru. Guru boleh menceritakan
nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita itu seperti cerita
pengembala kambing yang berdusta. Akibat daripada perbuatan
dustanya, semua orang tidak mempercayai bahawa harimau telah
menyerang kambing-kambingnya. Kadang-kadang guru boleh meminta
murid bercerita kisah-kisah benar yang pernah mereka dengar atau
pernah mereka sendiri mengalami. Dalam apa keadaan dan suasana
selepas sesuatu cerita disampaikan, nilai-nilai moral pada akhir
aktiviti bercerita ini perlu dibincang dan dihayati oleh murid.
Selain daripada teknik-teknik yang dihuraikan dalam penjelasan
kaedah bercerita di atas, berikan lima faktor yang perlu
diambilkira dalam pelaksanaan kaedah bercerita.
4.1.3Kaedah Nyanyian dan Lakonan4.1.3aKaedah Nyanyian
Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran
yang amat digemari kanak-kanak pelbagai peringkat umur terutamanya
murid sekolah rendah. Teknik nyanyian menghiburkan murid dan dapat
mengurangkan ketegangan. Kaedah nyanyian boleh digunakan sebagai
set induksi, dalam penyampaian sesuatu isi pembelajaran dan untuk
melengkapkan aktiviti penutup.
Contoh Lagu:
Bangun pagi
Gosok gigi
Pergi mandi
Pakai bajuMakan roti
Minum kopi
Suka hati
Setiap pagiAnda boleh sambil rehat sambil berfikir:
Letakkan anda dalam keadaan seperti kanak-kanak Tahun Satu, cuba
nyanyikan lagu ini dengan irama lagu seperti yang dinyanyikan oleh
kanak-kanak, apakah perasaan anda?
Fikirkan teknik yang boleh menyeronokkan lagi murid-murid anda
dan bagaimanakah teknik ini dapat meyampaikan unsur-unsur pemikiran
moral, perasaan moral dan tingkah laku moral dengan lebih berkesan
dalam kalangan murid.
4.1.3bKaedah Lakonan
Kaedah Lakonan merupakan satu teknik yang memerlukan seseorang
itu memainkan peranan semasa melakonkan sesuatu cerita atau
peristiwa sama ada secara spontan atau membaca skrip yang
disediakan. Lakonan dapat menghidupkan pengajaran Pendidikan Moral
dan merupakan satu kuasa menarik yang mengekalkan minat pelajar
terhadap sesuatu subjek.
Terdapat empat jenis lakonan:
i. Lakonan Spontan (lakonan tanpa skrip)
ii. Lakonan berskrip ( baca dan lakon)
iii. Lakonan mimos (menggunakan mimic muka dan lakon tanpa
suara)
iv. Lakonan menggunakan pelbagai boneka.
Lakonan tanpa skrip memerlukan penglibatan murid secara sukarela
untuk membawa sesuatu watak. Murid harus memahami jalan cerita,
watak dan nilai-nilai yang ada dalam cerita itu. Kemudian kaitkan
nilai-nilai yang ada dalam kehidupan seharian.
Manakala lakonan berskrip pula, memerlukan murid membaca dan
memahami skrip serta watak dan ajalan cerita. Murid boleh dipilih
berdasarkaan watak. Perbincangan tentang nilai-nilai moral dalam
lakonan tadi harus diadakan dan ringkasan perlu dihasilkan.
Dalam pendidikan moral pula aktiviti yang dapat dijalankan
adalah:
Melakonkan suatu situasi menggunakan bahasa yang sopan dan
bertatasusila dalam interaksi.
Melakonkan cerita Si Tenggang untuk memberi keinsafan kepada
anak derhaka.
Lakonan dapat menarik minat dan meningkatkan penglibatan murid.
Murid juga akan menjadi aktif. Pengajaran dan pembelajaran adalah
menarik dan menyeronokkan dan menggalakkan interaksi di kalangan
murid-murid.Guru yang kreatif mampu menggunakan teknik lakonan
dalam aktiviti P&P Pendidikan Moral. Huraikan kekuatan dan
kelemahan kaedah lakonan. Bagaimanakah anda dapat mengatasi
kelemahan yang mungkin timbul dalam perlaksanaan kaedah
lakonan.
4.1.4Kaedah Perbincangan
Perbincangan merupakan satu kaedah pengajaran dalam pendidikan
Moral. Perbincangan adalah satu bentuk diskusi antara ahli kumpulan
dalam bentuk kumpulan kecil ataupun besar. Kaedah perbincangan
dapat menimbulkan minat pelajar dalam sesuatu perkara yang menjadi
isu dan membolehkan pelajar mengeluarkan pendapat masing-masing.
Banyak tajuk boleh dijalankan secara perbincangan di dalam
kelas.Contoh-contoh tajuk perbincangan:1. Menabung amalan
mulia.
2. Makanan seimbang asas kesihatan diri.
3. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
i. Sesi Buzz
Sesi Buzz ialah perbincangan dalam kumpulan kecil yang terdiri
daripada 4-6 orang.
Cara pelaksanaan
1. Ketua mewajibkan setiap peserta mengemukakan idea
2. Peserta mencatatkan idea-idea dan membuat rumusan
3. Perbincangan am antara peserta kumpulan
4. Idea-idea yang dipersetujui bersama akan disampaikan kepada
guru untuk penilaian.
ii. Sumbang Saran
Sumbang saran merupakan satu bentuk perbincangan yang
membolehkan satu kumpulan mengeluarkan sebanyak mungkin idea secara
spontan dan berkelompok. Setiap peserta digalakkan untuk memberi
idea yang difikirkan relevan. Setiap idea perlu diterima untuk
dikaji sama ada sesuai dengan tajuk perbincangan.
Contoh tajuk perbincangan:
Keselamatan murid adalah tanggungjawab murid sendiri.4.1.5Kaedah
Lawatan
Kaedah lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang boleh memberikan kesempatan kepada murid untuk memerhati dan
membuat pertimbangan mengenai sesuatu perkara atau keadaan perkara
secara langsung di luar bilik darjah. Lawatan juga dapat
menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Dengan
itu, nilai moral yang dihendaki dapat disampaikan dengan berkesan.
Tempat yang boleh dilawati dalam kaedah ini adalah seperti di
kawasan sekolah seperti taman bunga dansebagainya.
Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai 3 fasa
iaitu sebelum, semasa dan selepas lawatan. Lawatan itu hendaklah
mempunyai objektif yang perlu dicapai. Sebelum lawatan, guru
meninjau dan memilih tempat yang sesuai dengan nilai moral yang
hendak di tekankan, kemudian guru menyediakan panduan mengenai
perkara yang perlu di beri perhatian. Penerangkan perkara-perkara
yang perlu diberi perhatian perlu ditekankan kepada murid. Kemudian
guru mendapatkan kebenaran ibu bapa murid.Semasa lawatan guru
memberi taklimat kepada murid. Guru hendaklah sentiasa memandu dan
mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan, guru bersama
murid-murid membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan
nilai-nilai yang mereka perolehi. Guru menerapkan nilai-nilai
tambahan dengan apa yang dilihat.Lawatan dapat menyediakan
pengalaman secara langsung kepada murid, ia juga merupakan variasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran juga lebih
berkesan kerana menggunakan pelbagai deria.Bagi pendidikan Moral,
guru boleh membawa murid ke kawasan Cameron Highland iaitu melawat
ladang teh dan strawberi. Pasti mereka teruja dengan nikmat
pemberian Tuhan. Murid boleh dibekalkan kertas rekod pemerhatian
dan boleh mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam buku skrap.
Selain itu mereka boleh melawat pusat orang kurang upaya untuk
menyedarkan diri supaya bersyukur dan berusaha ke arah kejayaan.
Jika orang kurang upaya dapat berjaya, murid-murid juga boleh
berjaya. Murid juga boleh dibawa melawat pusat pembuangan sampah.
Andaikan mereka hidup dalam keadaan kotor sebegitu, adakah mereka
sanggup. Akibat rasa tidak selesa dan busuk dengan keadaan itu,
maka mereka harus menjaga kebersihan diri dan alam sekitar.Bincang
dan lengkapkan tugasan di bawah:1. Berikan 5 kebaikan menggunakan
kaedah lawatan dalam Pendidikan Moral.2. Lengkapkan carta grafik di
bawah.
4.1.6Kaedah Projek
Tujuan kaedah projek adalah untuk melibatkan murid dengan
idea-idea konseptual dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang
tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Objektif
utama kaedah ini adalah untuk pemerolehan pengetahuan yang baru
oleh murid atau penggunaan pengetahuan sedia ada kepada
situasi-situasi kehidupan seharian, penyelesaian masalah atau
penghasilan produk. Dalam kaedah ini, guru berperanan untuk
menentukan tajuk yang sesuai kepada murid. Bagi murid pendidikan
khas, guru perlulah membantu sepenuhnya. Guru seharusnya berperanan
sebagai rakan pembimbing, memastikan setiap murid mempunyai peranan
dan tugasan dalam melaksanakan projek, memberikan kebebasan dan
kepercayaan kepada murid untuk melaksanakan sesuatu projek mengikut
kemampuan murid dengan pemantauan guru, bertindak sebagai motivator
dengan sentiasa memberi dorongan kepada murid untuk mengekalkan
minat mereka serta memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.
Untuk melancarkan perjalanan sesuatu projek yang dirancangkan,
guru perlulah menyediakan alatan yang mudah dikendalikan, ringan
dan tidak terlalu membahayakan murid supaya mudah dan selamat
digunakan. Sebelum projek dilaksanakan, guru sepatutnya terlebih
dahulu menerangkan setiap tugasan itu, cara penggunaan alatan,
tujuan projek dan sebagainya dengan berulang-ulang agar pelajar
faham.
Jelaskan secara ringkas bagaimanakah guru dapat melaksanakan
projek Pendidikan Moral berikut dan pada masa yang sama
menyampaikan kepada murid nilai-nilai moral yang terkandung dalam
aktiviti tersebut.
1. Projek menyiapkan buku skrap Isu moral
2. Projek membersihkan Masjid
3. Projek mengumpul sejuta tanda tangan(1 jam)
4.1.7Kaedah Tunjuk Cara
Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di
sekolah. Kaedah ini dipilih terutamanya sebagai satu cara untuk
membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka
semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan
sebagainya. Kaedah tunjuk cara yang berjaya mengandungi
langkah-langkah yang memberi murid peluang menunjukkan bahawa
mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk
cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang murid
membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat,
proses atau prinsip tertentu. Langkah-langkah untuk menjayakan
kaedah ini adalah seperti berikut:
Kaedah tunjuk cara apabila dirancang dan dilaksanakan boleh
memberi kefahaman kepada murid. Pada bahagian awal tunjuk cara,
guru boleh mengambil sedikit masa untuk mengingatkan murid tentang
objektif yang diberi penekanan. Disebabkan guru menjadi pusat
perhatian dalam kaedah tunjuk cara ini, adalah mudah baginya untuk
membantu murid mengingat kembali maklumat yang telah dipelajari
sebelumnya yang berkaitan dengan tugas pembelajaran baru.
Kumpulkan cara-cara menghormati orang lain mengikut bangsa,
keturunan dan adat.
Gunakan kaedah tunjuk cara untuk memperkenalakan cara-cara
menghormati bangsa lain.
4.1.8Kaedah PameranKaedah pameran adalah satu kaedah yang
menghargai sumbangan pelajar serta memberi motivasi kepada para
pelajar supaya terus berusaha. Kaedah ini mendorong pelajar untuk
memiliki daya kreativiti dan kepimpinan diri. Dalam kaedah pameran,
pelajar akan diminta untuk mempamerkan hasil mereka supaya mereka
dapat mengembangkan kebolehan serta cara pengurusan pameran
tertentu. Guru mengalakkan pelajar menguruskan satu pameran di
dalam kelas dan kemudian pada peringkat sekolah.
Rancang satu aktiviti pameran bertajuk masalah sosial di
Malaysia. Guru memastikan penglibatan para pelajar dalam menjayakan
pameran ini. Sediakan satu laporan pameran untuk disampaikan dalam
kelas.
4.1.9Kaedah Penyelesaian Masalah
Kaedah ini digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah
harian. Kaedah Penyelesaian Masalah juga merupakan satu cara
pengajaran yang berdasarkan kaedah penyelesaian yang saintifik.
Garis panduan Teknik Penyelesaian masalah
1. Mengenal pasti masalah
2. Mencari maklumat
3. Membuat hipotesis.
4. Menguji hipotesis
5. Menilai dan membuat rumusan
Guru menghadapi pelbagai karenah murid di dalam kelas. Setiap
masalah perlu ada penyelesaian yang berkesan. Kes pelajar merokok,
kes buli, vandalisme dan lain-lain masalah sosial perlukan
penyelesaian. Guru yang bijak akan menyelesaikan masalah dengan
caranya tersendiri.
Bagaimana anda akan menyelesaikan masalah disiplin atau masalah
moral disekolah anda.
Kesimpulan
Guru boleh melaksanakan pelbagai kaedah pengajaran untuk
mewujudkan satu suasana pembelajaran yang berkesan. Guru harus
berusaha untuk memperkenalkan beberapa banyak yang kaedah yang
boleh dilaksanakan. Dalam satu waktu P&P, guru boleh mengguna
satu kaedah atau kombinasi dua atau tiga kaedah untuk melaksanakan
pelbagai aktiviti secara inovatif dan kreatif, asal objektif
pembelajaran tercapai dan murid dapat manfaat maksimum daripada
pengajaran guru.Pendekatan Pendidikan Moral
Pengenalan dan kepentingan Pendekatan Pendidikan Moral
Analisis Pendekatan Pendidikan Moral
Aplikasi Pendekatan Pendidikan Moral dalam P&P
Pendekatan Kepedulian (Caring Approach Nodding)
Pendekatan Domain (Domain Approach Nucci
Pendekatan Pemupukan Nilai
(Value Cultivation Approach)
Pendekatan Analisis Nilai
(Value Analysis Approach)
Pendekatan Tindakan Sosial
(Social Action Approach)
Pendekatan Pendidikan Moral
(Moral Education Approach)
Pendekatan Moral Kognitif
(Cognitive Moral Approach)
Penjelasan Nilai
(Value Clarification Approach)
Pendekatan Rasional
(Rational Approach)
Pendekatan Bertimbang Rasa
(Considerate Approach)
Pendekatan Berasaskan Kemahiran (Skill Based Approach-
Narvaez)
EMBED Unknown
EMBED Unknown
Peringkat-peringkat Perkembangan Moral
Peringkat 1- Orientasi dendaan dan kepatuhan
Peringkat 2 - Orientasi ganjaran Peribadi
Peringkat 3 - Orientasi harmoni antara peribadi
Kaedah Tunjuk Cara
Kaedah Penyelesaian Masalah
Kaedah /
Strategi Penyelesaian Konflik
Kaedah Projek
Kaedah Nyanyian dan Lakonan
Strategi dan Kaedah dalam P & P Pendidikan Moral
Kaedah Perbincangan
Kaedah Lawatan
Kaedah Bermain dan Bercerita
Kaedah Main Peranan /
Simulasi
Kaedah Pameran
STRATEGI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
STRATEGI PEMUSATAN GURU
STRATEGI BERPUSATKAN PELAJAR
PENGAJARAN BERPUSATKAN BAHAN
EMBED Unknown
EMBED Unknown
Garis Panduan Menjalankan Lawatan
Sebelum Lawatan
_______________
_______________
_______________
Semasa Lawatan
_______________
_______________
_______________
Selepas Lawatan
_______________
_______________
_______________
Langkah 1
Tunjukkan kepada murid langkah-langkah yang mesti dikuti oleh
mereka untuk melakukan tugas yang diberi. Murid juga perlu
dimaklumkan tentang sifat tugas itu.
Langkah 2
Berikan tindak balas kepada soalan murid tentang tunjuk cara
yang telah dibuat. Guru juga perlu bertanyakan soalan kepada murid
untuk memastikan mereka benar-benar faham akan arahan yang
diberikan.
Langkah 3
Tinjau semula langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid.
Murid mesti jelas dengan langkah-langkah aktiviti. Adalah baik jika
guru menulis setiap arahan untuk memastikan tiada arahan yang
tertinggal semasa aktiviti berlangsung.
Langkah 4
Secara rawak, guru perlu memilih beberapa orang murid untuk
membacakan turutan langkah-langkah betul yang telah dilakukan oleh
mereka.
Langkah 5
Beri peluang murid mempraktikkan apa yang telah dipelajari oleh
mereka.
EMBED Unknown
PAGE 28