1.0 PENDAHULUAN Satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam sejarah tanah melayu dalam abad ke- 19 dan abd ke- 20 ialah semangat nasionalisme. Secara umumnya, nasionalisme memberi makna melahirkan perasaan cintakan tanah air oleh sebahagian besar rakyat di tanah melayu dan usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa. Dengan kata lain ,nasionalisme merujuk kepada hak negara itu dipulangkan kepada rakyatnya termasuk hak memerintah,menguruskan ekonomi dan bebas dari segala konkongan kuasa asing. Dalam hal ini,pemerintahan sendiri dimaksudkan sebagai pemerintahan anak watanya sendiri yang mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju dan polisi negara mereka sendiri. Semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu telah ada sejak campur tangan British pada tahun 1874. Dengan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENDAHULUAN
Satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam sejarah tanah melayu
dalam abad ke- 19 dan abd ke-20 ialah semangat nasionalisme. Secara
umumnya, nasionalisme memberi makna melahirkan perasaan cintakan
tanah air oleh sebahagian besar rakyat di tanah melayu dan usaha untuk
membentuk sebuah negara bangsa. Dengan kata lain ,nasionalisme merujuk
kepada hak negara itu dipulangkan kepada rakyatnya termasuk hak
memerintah,menguruskan ekonomi dan bebas dari segala konkongan kuasa
asing. Dalam hal ini,pemerintahan sendiri dimaksudkan sebagai
pemerintahan anak watanya sendiri yang mempunyai kuasa untuk
menentukan hala tuju dan polisi negara mereka sendiri. Semangat
nasionalisme dalam kalangan orang Melayu telah ada sejak campur tangan
British pada tahun 1874. Dengan adanya semangat nasionalisme, maka
penguasaan penjajahan ke atas negeri-negeri Melayu tidak berlaku secara
aman damai tetapi sebaliknya ditentang oleh masyarakat tempatan.
Penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuang tanah air seperti Dato
Maharaja Lela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman
Limbong,Mat Salleh, dan lain-lain lagi mencerminkan penentangan rakyat
tempatan terhadap kuasa asing di negara ini. Oleh itu, terdapat beberapa
faktor yang membangkit semangat nasionalisme dalam kalangan orang
Melayu. Faktor-faktor ini dapat dilihat melalui faktor dalaman dan faktor
luaran yang menampakkan kesungguhan dan keberani orang melayu untuk
bangun dari kesilapan dengan menentang setiap yang dilakukan oleh pihak
penjajah dan mencari cara untuk memendekakan negara pada masa itu.
2.0 FAKTOR-FAKTOR DALAMAN PERKEMBANGAN
NASIONALISME DI TANAH MELAYU
2.1 Faktor Agama
Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu
terutamanya yang tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan
keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka.Mereka mulai sedar bahawa
kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebab adanya masyarakat dari luar,
iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh yang demikian, orang
Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa perkembangan
ekonomi dan sosial ke atas masyarakat mereka supaya tidak lagi mundur
dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telah melahirkan kumpulan-kumpulan
kecil yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu untuk memperjuangkan
kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial.Kesedaran ini
melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk memperjuangkan
kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Antara ketiga-tiga
golongan ini, golongan yang berpendidikan Arab memainkan peranan
penting dalam gerakan Pemulihan Islam di kalangan masyarakat Melayu.
Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan pengajian Islam ke Universiti
Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yang mula-
mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan
ekonomi dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan ini
hampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan
terpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan ini
menerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dan
gerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan
awal abad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid
Jamaluddin al-Afghani. Di antara penuntut-penuntut Melayu yang membawa
pengaruh dari Timur Tengah ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin,
Syed SyeikhAhmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan Syeikh
Mohammad Salim al-Kalali. Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari
Mesir ke tanah air pada awal abad ke-20, mereka telah berkhidmat dalam
jabatan agama di negeri-negeri Melayu. Oleh sebab fahaman mereka
berkenaan ajaran agama Islam baru dan agak berlainan dengan fahaman
seperti kepercayaan bidaah dan khurafat yang sedia berakar umbi di negeri-
negeri Melayu, mereka mendapat tentangan daripada golongan ulama tua
yang kolok dan ortodoks. Golonga nortodoks ini memusuhi bukan setakat
fahaman baru dalam agama, tetapi juga memusuhi perjuangan nasionalisme
Melayu yang dibawa dan dirancang oleh revolusioner ini. Mengikut
revolusioner ini, Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan
sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan
pesat.
2.3 Faktor Kesedaran Orang Melayu Tentang Kemunduran Selepas Dijajah
Orang melayu menjadi penduduk pribumi tetapi masih tertinggal jauh
dalam bidang ekonomi dan sosial. Walaupun ekonomi Tanah Melayu yang
berasaskan getah dan bijih timah berkembang pesat, tetapi orang melayu
tersisih daripada kegiatan ekonomi komersial tersebut. Kegiatan ekonomi
kapitalis dikuasai oleh orang Cina dan pedagang-pedagang Eropah. Banyak
ladang getah dan lombong bijih timah dimiliki dan diusahakan oleh orang
Eropah. Manakala orang cina pula menguasai sektor ekonomi di kawasan
Bandar seperti menjadi peniaga. Keadaan ini mula disedari oleh peniaga-
peniaga keturunan arab yang tinggal di Negeri-Negeri Selat terutamanya
Singapura. Dalam bidang pendidikan pula, orang Melayu tertinggal jauh
kerana sistem pendidikan melayu tidak mempunyai nilai untuk
meningkatkan taraf dan kedudukan orang melayu dalam bidang ekonomi.
Orang melayu mula sedar bahawa mereka perlu mempertahankan hak
mereka di Tanah Air sendiri apabila orang cina yang lahir di Negeri-Negeri
Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mendesak supaya diberi hak
yang sama dengan Melayu daripada kerajaan British. Orang Melayu sedar
permintaan orang Cina tersebut akan menggugat kedudukan mereka sebagai
penduduk pribumi. Situasi ini telah menyemarakkan semangat nasionalisme
orang melayu untuk mempertahankan kedudukan mereka di Tanah Melayu.
Selain itu, rakyat juga menderita di negara sendiri akibat dijajah bangsa
asing. Kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam
kehidupans eharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong
orang-orang Melayu bangun dan mewujudkan organisasi anti-Jepun. Maka
wujudlah askar-askar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi
tulang belakang kepada askar Melayu setelah negara mencapai
kemerdekaan. Selain itu, pemimpin organisasi ini juga telah menjadi orang-
orang terpenting dalam menegakkan nasionalisme Melayu seperti Kapten
Hussin Onn. Penipuan dan tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik
mereka untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan
satu seksaan batin kepada pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan
Jepun. Dalam hal ini, ia semakin menebalkan rasa benci dan meningkatkan
kadar nasionalisme Melayu. Mereka akhirnya memberikan kerjasama
kepada organisasi-organisasi anti-Jepun dengan membekalkan maklumat
agar dapar mempertingkatkan keberkesanan penentangan mereka.
2.3 Faktor Dasar Penjajah Barat
Ketika penaklukan British ke atas Tanah Melayu, Pihak British telah
berpuas hati dengan kaedah pengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan
ekonomi mereka di tanah melayu. Pihak british kemudian telah memulakan
proses menginstitusikan berbagai bidang kerajaan yang merangkumi hampir
semua aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial.Usaha mencapai tujuan
ini paling pesat dilakukan di negeri-negeri melayu bersekutu. Akibat
daripada keadaan ini, institusi melayu tradisional dan elit melayu tradisional
mendapati diri mereka terpaksa mengambil peranan yang semakin kecil dan
hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Tambahan pula, pihak British telah
mula membawa masuk imigran cina dan india secara besar-besaran untuk
mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh
masyarakat melayu dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih buruk
menjelang tahun 1921, dimana daripada jumlah 1320000 orang penduduk
negeri-negeri melayu bersekutu, 511000 adalah orang melayu, 495000
orangcina dan 305000 orang india. Keadaan ini menyebabkan kaum
pendatang mula menguasai ekonomi di tanah melayu. Kaum melayu mulai
sedar yang mereka telah ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan
sosial di mana orang bukan melayu menjadi peserta yang kuat. Langkah-
langkah yang di ambil oleh pihak british ini telah menimbulkan rasa tidak
puas hati di kalangan orang melayu, kerana mereka sedar hak mereka
sebagai rakyat pribumi sedikit demi sedikit diambil alih oleh pihak
pendatang dan kaum penjajah.
2.4 Faktor Bahasa Dan Kesusteraan Telah Membangkitkan Semangat
Nasionalisme
faktor bahasa dan kesusasteraan iaitu tulisan Jawi telah diperkenalkan
sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu. Pengaruh Arab turut wujud hasil dari
peranan golongan agama dan bagi menggantikan penggunaaan tulisan rumi
yang diperkenalkan penjajah. Ini sebenarnya membayangkan kelunturan
budaya Melayu dalam negara sendiri. Antara lain ialah kewujudan
sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu dan MPSI. Dalam
pada itu. bahasa Melayu sebenarnya semakin hilang peranan kerana sistem
pendidikan Inggeris dan Jepun yang telah diperkenalkan. Ini dapat dilihat
hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu. Bahasa Melayu hanya
digunakan dalam Sekolah Melayu.Jika dapat kita perhatikan, perbahasan
dalam sebuah bidang menggunakan Bahasa Inggeris. Perkara ini pernah
dibantah oleh Raja Chulan bahawa Bahasa Melayu akan terjejas kerana
dalam semua bahasa akan menggunakan bahasa inggeris termasuklah bahasa
dalam undang-undang. Semua ini telah menyedarkan orang Melayu akan
terabai bangsa dan bahasa Melayu. Oleh itu,orang Melayu melahirkan
ketidakpuasan dalam setiap karya sastera yang dicipta. Secara tidak
langsung,dapat memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam
meletakkan taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa
Rasmi negara selepas merdeka. Dalam puisi Omar Mustaffa yang tersiar
dalam Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu
supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa
lain. Selain itu, terdapat juga puisi lain seperti Sedarlah oleh Mahmud
Ahmadi, Semenanjung oleh Harun Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan
oleh Melati Pahang (1937)yang menggesa orang Melayu mencari ilmu dan
Serunai Pujangga oleh Anum(1940) yang menggesa orang Melayu bersikap
berani dan sanggup berkorban. Selain puisi, novel juga dikarangkan untuk
membangkitkan semangat kebangsaan. Antaranya ialah Hikayat Faridah
Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi(1925) yang mencadangkan wanita perlu
diberi pendidikan, Melor KualaLumpur oleh Harun Aminurashid (1930),
Putera Gunung Tahan oleh Haji Muhammad yang mengecam British melalui
kisah lucu dengan tujuan memupuk semangat cinta akan negara, hidup maju
dan bebas daripada penjajahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji
Muhammad (1941) menyeru orang Melayu berjuang mencapai kemajuan.
Cerpen merupakan cerita pendek yang mempunyai masihat. Kebanyakan
cerpen menyeru rakyat bekerja untuk kemajuan dan kemerdekaan negara.
Di antara cerpen yang terkenal ialah Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim
Kajai yang menyeru orang Melayu supaya rajin bekerja; Anak Dibuat
Demal, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada
Diminta yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; Rumah Besar Tiang Sebatang
oleh Ishak Haji Mahmud yang menyeru orang Melayu menbenci dan
menentang penjajahan British. Melalui cerpen yang disiarkan,para pembaca
akan mengetahui dasar perjuangan yang hendak disampaikan. Antara
kejayaan orang Melayu dalam bidang sastera pasa masa itu ialah melahirkan
para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66. Penubuhan persatuan yang
memperjuangkan bahasa seperti PASPAM (berjuang bagi menjadikan dan
memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum penjajahan )turut
diwujudkan. Antara kejayaan lain adalah penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka yang berperanan sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayu
dan alat penyatuan bangsa. Ini dapat menyumbang ke arah pembentukan
bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa Melayu. Dengan itu, Melayu
tidak lagi berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar,
Bugis dan lain-lain lagi.
2.5 Faktor Sistem Pendidikan
Faktor sistem pendidikan yang telah sedia ada pada masa itu telah
membangkitkan lagi semangat nasionalisme di kalangan intelektual melalui
sekolah-sekolah pondok, madrasah, sekolah-sekolah melayu dan sekolah
inggeris yang disediakan bagi orang melayu. Sekolah-sekolah melayu telah
mula dibuka dikawasan-kawasan barat dan selatan tanah melayu sejak tahun
1880-an lagi. Pada dasarnya, tujuan british bukanlah untuk melahirkan
golongan cerdik pandai dikalangan orang melayu. Mereka hanya ingin
melihat anak-anak orang melayu menjadi lebih pandai sedikit daripada
ibubapa mereka. Yang belajar di sekolah Inggeris pula ialah anak-anak
golongan bangsawan yang ingin dijadikan oleh orang British sebagai
pegawai dan pentadbir bawahan sahaja. Oleh kerana penyediaan sekolah-
sekolah melayu oleh orang inggeris ini bukan satu yang ikhlas, maka tidak
terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai. Maka surat khabar
melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran, umpamanya seperti 'jawi
peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan taman pengetahuan. R. J.Wilkonson
selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati bahawa surat
khabar melayu bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbng
terhadap kemajuan intelek dan material orang melayu. Pendedahan kepada
dunia luar melalui surat khabar, telah membuka mata orang
melayu,terutamanya generesai muda terhadap isu-isu yang mempengaruhi
orang melayu. Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di
sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah mendapat sambutan hebat
penduduk tempatan. Melalui sistem pendidikan ini, mereka dapat
mempertahankan nilai-nilai ke islaman semasa kemasukan kuasa british dan
kemasukan kaum imigran. Namun demikian sekolah-sekolah seumpama ini
kurang memainkan peranan untuk menanan semangat kebangsaan pada
tahap-tahap awal. Walaubagaimanapun, menjelang tahun 1900, bila islam
memasuki era reformasi, maka barulah sekolah-sekolah pondok dan
madrasah telah membuka minda kaum melayu terhadap masalah-masalah
politik yang dihadapi oleh mereka ditanah melayu. Sukatan dan dasar yang
tidak selaras membangkitkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap
layanan Inggeris. Kesimpulannya,perkembangan pendidikan, terutamanya
pendidikan melayu telah memainkan peranan penting dalam kesedaran
kebangsaan dan nasionalisme di kalangan orang melayu.
2.6 faktor kemunculan golongan intelektual atau cerdik pandai di kalangan
orang melayu
Golongan intelektual dan cerdik pandai ini telah memberi idea-idea dan
falsafah politik demokrasi, liberalisme, sistem parlimen, perlembagaan
dannasionalisme. Sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga
memberikan peluang orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan.
Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan
peluang yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik,
tetapi hanya dalam bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun
sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains
dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang
Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun
untuk menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia
sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan
untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme .Antara golongan
terpelajar seperti Raja Chulan, Eunos Abdullah dan Dato Onn Jaafar. Dato
Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan
UMNO bagi menentang Malayan Union. Beliau berjuang melalui akhbar
Warta Malaya dan Lembaga Melayu dengan membuat kritikan serta
mengadakan rapat umum. Ibrahim Yaakub pula adalah pejuang MPSI yang
telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi mencetuskan
ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu
terutama dalam bidang pendidikan. Ahmad Boestaman adalah pejuang
KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak
menerima sambutan. Beliau memperjuangkan ketuanan Melayu dan
perkembangan sosio ekonomi serta politik Melayu.Selain itu Dr. Buhanudin
Al-Helmi juga antara golongan intelektual dan merupakan pemimpin
PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari kemerdekaan bagi
Tanah Melayu. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka
dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu telah didirikan di Teluk Intan
(Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Muar (Johor). Sekolah agama
yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di Melaka
ialah Madrasah al-Hadi dan Pulau Pinang ialah Madrasah al-Mashor. Sistem
persekolahan di sekolah itu mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di
Barat. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini akan sedar akan
kelemahan mereka dalam agama Islam dan mereka didorong untuk berusaha
bersungguh-sungguh lagi supaya tidak keluar dari ajaran Islam yang
sebenar.Raja Chulan (Raja Dihilir) merupakan ahli Majlis Pusat dan beliau
perjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Beliau
jugamengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu. Di samping itu,
MaktabMelayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
juga bertanggungjawab dalam membangkitkan semangat nasionalisme di
kalangan penduduk. Guru-guru dari MPSI telah menyedari masalah yang
dihadapi oleh orang Melayu. Mereka berazam untuk mengatasi masalah ini
dan memperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan membela
bangsa dan negara mereka. Graduan MPSI menubuhkan Persatuan Sastera
Melayu pada tahun 1923 bagi menggalakkan pertumbuhan sastera dan
membangkitkan semangat nasionalisme.
2.7 faktor perkembangan media massa turut memberi peranan kepada
semangat nasionalisme
Idea nasionalisme lahir melalui surat khabar, majalah, novel dan rencana.
Surat khabar digunakan sebagai medan untuk menyedarkan masyarakat
melayu terhadap keadaan mereka di tanah air mereka sendiri. Satu daripada
bahan bacaan terawal ialah 'pengetahuan bahasa', hasil karya raja Ali Haji
yang disusun pada tahun 1858. Karya ini membicarakan budaya melayu
yang kian berubah akibat pengaruh british dan imigran cina. Disamping itu
karya ini juga memperlihatkan pentingnya bahasa melayu dalam budaya
masyarakat melayu seagai alat menyatukan kaum melayu melalui satu
identiti bahasa. Sebagai contoh, pada23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah
diterbitkan di Singapura, Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda
yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi,Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh
Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha. Seruannya
diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-
Ikhwan dan Pengasoh.Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu
telah diterbitkan. Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang
yang terkemuka pula ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak
Sako. Akhbar ini menjadi lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu.
Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan
Utusan Melayu turut menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain akhbar
yang disebut di atas,terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis
(1935), Fajar Sarawak dansebagainya. Selain itu, kemunculan alat pencetak
telah mencetuskan kesedaran kebangsaan melalui penertbitan akbar, majalah
& novel. Dalammasa yang sama, muncul golongan wartawan yang komited
dan sedar akan nasib bangsanya. Golongan wartawan telah membangkitkan
isu-isu kemunduran masyarakat Melayu dalam semua aspek seperti
sosial,pendidikan, ekonomi dan politik.
2.8 Faktor Sistem Perhubungan Di Tanah Melayu
Sistem perhubungan yang telah dimajukan oleh pihak British adalah demi
kepentingan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun ianya telah membantu
menyelesaikan halangan geografi di kalangan masyarakat melayu.
Umpamanya,pada tahun 1910, terdapat lebih daripada 2400km jalan raya
terturap. Sistem perhubungan ini dapat membantu merentasi sikap
kekampungan, kedaerahan dan kenegerian. Masyarakat melayu tidak kira
dari daerah atau negeri yang berlainan dapat berhubung di antara satu sama
lain. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menyatupadukan penduduk
melayu, yang seterusny amewujudkan identiti kebangsaan. Idea dan
pemikiran pemimpin-pemimpin melayu yang berjiwa kebangsaan tersebar
dengan pantas kepada masyarakat di kawasan perkampungan, melalui sistem
perhubungan jalan raya dan jalan keretapi.
3.3 FAKTOR-FAKTOR LUARAN PERKEMBANGAN NASIONALISME
DI TANAH MELAYU
3.1 Gerakan pemulihan di mesir
GerakanPemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Konsep
pan-islamisme telah mula diutarakan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani,
seorang pemudareformis islam timur tengah yang radikal dan revolusioner
pada akhir abad ke19. Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-
Afghani sendiri dan Syeikh Muhammad Abduh. Syeikh Muhammad Abduh
dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 dan mendapat ijazah dari Universiti al-
Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun 1899 hingga beliau meninggal
dunia pada tahun 1905. Syeikh Muhammad Abduh telah menyesuaikan
prinsip-prinsip Islam menurut kehendak zaman moden, tetapi tidak terkeluar
dari prinsip dan semangat agama Islam yang sejati. Ajaran beliau adalah
berdasarkan kepada ajaran Allah dan Rasul seperti yang tercatit di dalam al-
Quran dan al-Hadis. Yang disesuaikan ialah perkara-perkara dan hal-hal
takwim serta pentafsiran Islam mengenai sesuatu pendapat atau hukum di
dalam al-Quran. Ajaran dan pandangan beliau dianggap baru, prgresif dan
revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya. Matlamat-matlamat
Gerakan Pemulihan Islam ialah memperjuangkan konsep Pan-Islamisme,
iaitu penyatuan umat Islam di seluruh dunia. Selain itu,gerakan ini turut
bermatlamat untuk membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot
dan ortodoks yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang sebenar. Antara
lain ialah memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung
dalam al-Quran dan Hadith. Turut bermatlamat untuk mencapai kemajuan
dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadith dan yang
terakhir ialah membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat.
Pada masa itu juga, ramai orang melayu yang telah pergi keluar negeri,
terutamanya ke timur tengah untuk mempelajari agama islam. Tidak kurang
juga yang pergi menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformisme di timur
tengah itu telah mempengaruhi kedua-dua kumpulan tersebut. Mereka mula
menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayu berlandaskan agama
islam. Konsep Gerakan Pemulihan Islam ini telah memberi ilham kepada
pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk
berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari
Mesir pulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan Islah-Islam.
Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti
agama islam. Tokoh-tokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi,
Syeikh TahirJalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass
bin Mohammad Taha. Mereka menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau
pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum
Melayu menerusi maja lahal-Imam.
3.2 Gerakan Di Turki
Gerakan di Turki yang dapat dibahagikan kepada tiga gerakan iaitu
Gerakan Pan-Islam, Gerakan Khilafat dan Gerakan Turki Muda. Bagi
Gerakan Pan-Islam, ianya adalah satu gerakan untuk menyatukan umat
Islam di dunia di bawah Empayar Turki atau Empayar Uthmaniyah. Gerakan
Pan-Islam mahu menentang penjajahan Barat dan menghapuskan
kepercayaan kuno yang bertentangan dengan ajaran Islam. Empayar Turki
ditubuhkan oleh Usman pada tahun 1300. Ulama Syeikh Haji Wan Ahmad
dari Pattani ingin menyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang
Siam dan menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal.
Pahang mendapatkan bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British
tetapi gagal. Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-
Islam di Johor tetapi gagal. Semasa Perang Dunia Pertama, Turki dan
Jerman berpakat menentang kuasa Berikat .Umat Islam di Tanah Melayu
sangat menghormati Empayar Turki dan segala perkembangan di Turki
mempengaruhi mereka. Turki mengisytiharkan peperangan jihad terhadap
kuasa Berikat (Amerika Syarikat, Britain dan Perancis). British cuba
menyekat berita dari luar tetapi gagal. Masih ada berita yang sampai ke
Tanah Melayu melalui surat khabar dan surat peribadi pejuang-pejuang Pan-
Islam. Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail Mansur danNur
Alam Syah mempengaruhi dasar India yang beragama Islam melancarkan
dahagi. Askar-askar India diberikan keyakinan bahawa pakatan Jerman-
Turkiakan menang dalam Perang Dunia Pertama. Pada bulan Februari, askar
India melancarkan dahagi di Singapura, tetapi dapat dihapuskan oleh askar
British. Askar-askar India berjaya membunuh lebih 40 orang British dan
hampir berjaya menakluki Singapura. Bagi gerakan Khilafat pula, pakatan di
antara Jerman-Turki tewas dalam Perang Dunia Pertama. British cuba
menguasai Turki. Orang Islam di India membentuk Gerakan Khilafat untuk
mengekalkan kuasa Turki dan sistem Khilafat. Gerakan Khilafat yang
ditubuhkan di Singapura dikawal rapi oleh British. Yang terakhir sekali ialah
Gerakan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Attaturk yang
bergerak untuk memodenkan Turki. GolongaTurki Muda menyebarkan
semangat kebangsaan di Turki. Turki diisytiharkan sebagai Republik pada
tahun 1923 dan sistem Khilafat dimansuhkan. Abdul Kadir Adabi mengecam
gerakan Turki Muda kerana memasuhkan sistem Khilafat. Golongan Turki
Muda dikatakan tidak mementingkan agama dan undang-undang Islam
dalam perkembangannya. Abdul Kadir Adabi atau Abdul Kadir bin Ahmad
adalah seorang penulis dari Kelantan. Akhbar Pengasoh, al-Ikhwan dan
Saudara turut menyiarkan tentangan terhadap Turki Muda. Namun demikian,
terdapat pandangan yang baik mengenai Turki Muda, iaitu mereka
membangkitkan semangat kebangsaan di Turki, ekonomi Turki dikuasai
semula oleh orang Turki dan bukan oleh orang Yahudi dan KerajaanTurki
memberikan peluang yang luas kepada rakyat untuk menguasai bidang
ekonomi. Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang kepada golongan
Kaum Muda di Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. Kaum
Muda di Tanah Melayu telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda
(KMM)pada tahun 1938 untuk bergiat dalam politik.
3.3 faktor pengaruh dari indonesia membangkitkan semangat nasionalime di
tanah melayu
Gerakan kemerdekaan rakyat Indonesia menentang pemerintahan
Belanda telah memberi semangat kepada golongan melayu yang inginkan
pembebasan daripada penjajahan British. Beberapa parti politik telah
ditubuhkan di Indonesia, Antaranya ialah Sarekat Islam,Sarekat Dagang
Islam diasaskan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama
Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912.
Sarekat Islamialah parti politik yang pertama di Indonesia. Pemimpin
Sarekat Islam yang terkenal ialah Omar Said Tjokroaminoto dan Agus
Salim. Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di
Indonesia supaya menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di
Johor ditubuhkan oleh Haji Ibrahim bin Sidin dari Singapura. Cawangan
Sarekat Islam di Johor tidak mendapat sambutan yang memuaskan.
Penentangan terhadap British di Terengganu (1928) dimulakan oleh
Syarikatul Islam yang diketuai oleh Sayid Muhammad dari Johor.
Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di Beserah hingga ke Kemaman. Sayid
Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan Sarekat Islam di
Terengganu. Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke Tanah Melayu pada 1920-
an melalui ceramah dan kelas agama oleh guru-guru agama dari Sumatera.
Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh SyedSyeikh
al-Hadi menceritakan perjuangan Sarekat Islam. Syed Syeikh al-Hadi
mengambil Mohammad Yunus bin Abdul Hamid menjadi pengarang
diakhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat Islam dan penerbit
akhbar. Sinaran Zaman di Sumatera. Parti politik yang kedua pula ialah Parti
Komunis Indonesia (PKI). PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan
Darsono pada tahun 1920. Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI
kerana ajaran komunis yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli
PKI termasuk Tan Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis di
Singapura tetapi tidak berhasil. Tan Malaka berpendapat bahawa orang
Melayu sukar dipengaruhi kerana mereka berfahaman konservatif. Sutan
Jenin dari Sumatera dapat mengembangkan pengaruh Komunis di Tanah
Melayu pada tahun 1930-an. Yang terakhir sekali ialah Parti Nasional
Indonesia (PNI). PNI diasaskan oleh Sukarno dan Sartono pada tahun 1927.
Pemuda-pemuda Indonesia memperjuangkan kebebasan mereka melalui
tulisan, pergerakan sosial dan kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh
perjuangan PNI yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan
penjajah. Dasar tidak bekerjasama ini telah diamalkan oleh pejuang
nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma Gandhi. PNI mengamalkan
ideology yang menganjurkan revolusi untuk menggulingkan kerajaan
Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar melalui majalah dan akhbar dapat
membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. Mereka
berjuang untuk memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orangMelayu.
Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu untuk
melepaskan diri daripada kuasa penjajah.
3.4 faktor luaran Gerakan Kesedaran Kebangsaan India
Gerakan kesedaran kebangsaan di india telah dipimpin oleh Mahatma
Gandhi dan tujuan gerakan ini adalah untuk membebaskan India daripada
penjajahan British. Penduduk di Tanah Melayu juga turut mempunyai
keinginan yang sama iaitu ingin membebaskan diri daripada penjajahan
Brirish. Dengan itu, gerakan ini telah memberi semangat serta kesedaran
kepada penduduk Tanah Melayu untuk terus bangun dari penindasan yang
berleluasa di Negara sendiri.
3.5 Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina
Gerakan kesedaran kebangsaan di filipina telah dipimpin oleh Jose Rizal
iaitu memperjuangan rakyat Filipina dengan menentang penjajahan
Sepanyol. Beliau telah menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang
Filipina dan menuntut Sepanyol memberi layanan adil kepada rakyat.
Melalui gerakan ini juga telah memberi kesedaran kepada penduduk di
Tanah Melayu untuk bangkit dari terus dikuasai oleh kuasa asing
terutamannya kuasa barat.
3.6 faktor pengaruh dari pihak jepun
Sejak tahun 1868,Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat.
Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan
negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya.
Jepun berjaya meniru teknologi Barat, sekaligus membuktikan rakyat Asia
bijak. Perkara ini telah mewujudkan ilham dan keazaman dalam jiwa rakyat
Asia. Antara kemenangan Jepun terbesar ialah apabila dapat mengalahkan
Eropah. Kesan daripada kemenangan ini, orang Asia dan Melayu mulai
sedar akan kepentingan pelajaran, teknologi dan perpaduan. Faktor-faktor
inilah yang menjadikan rakyat kuat menentang penjajah. Dalam masa yang
sama, ianya juga memberikesan kepada pemikiran tokoh-tokoh awal Tanah
Melayu. Dalam peperangan yang berlaku di antara Rusia dengan Jepun
(1904-1905) menyaksikan Jepun telah memperolehi kemenangan. Kejayaan
ini telah memberi ilham dan kesedaran kepada orang Asia termasuk orang
melayu bahawa barat tidaklah sekuat seperti yang digeruni oleh mereka.
Perang tersebut telah membuktikan bahawa, sesebuah negara tidak mengira
saiznya, boleh menjadi kuat seperti Jepun melalui kemajuan teknologi dan
pendidikan. Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama Abdullah Abdul
Rahman telah menghasilkan karya berjudul 'Matahari Memancar' (The
Rising Sun) yang menceritakan sejarah Jepun. Karya ini telah dialih
bahasakan oleh beliau daripada karya Mustafa Kamal dari Turki yang
asalnya daripada bahasa arab.Menurut Za'ba, karya ini telah berjaya
merangsang pembaca serta menimbulkan perasaan bangga dan harapan
untuk membawa pembaharuan di timur dan ini termasuklah kepada pembaca
melayu. Masyarakat melayu mula percaya bahawa dengan adanya teknologi
dan pendidikan, mereka juga boleh menghalau keluar orang British dari
Tanah Melayu. Hakikat ini telah disedari oleh golongan terpelajar di Tanah
Melayu. Di antara mereka ialah Syed Sheikhal-Hadi yang mula
menggalakkan orang melayu memajukan diri mereka dalam aspek ekonomi
dan sosial, melalui ajaran Islam. Perkembangan di Jepun mengalahkan kuasa
Rusia telah membawa kesedaran dan keyakinan bahawa orang melayu juga
boleh mempertahankan kepentingan mereka daripada terus di tindas oleh
pihak British. Selain itu, turut timbulnya Gerakan Kesedaran Kebangsaan
China. Pada tahun 1911 berlaku Revolusi China yang dipimpin oleh Dr. Sun
Yat Sen. Beliau telah berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan
menubuhkan sebuah negara republik China. Keadaan ini membangkitkan
kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British.
4.0 KESIMPULAN
faktor-faktor dalaman mempunyai peranan yangtersendiri dalam
membangkitkan semangat nasionalisme penduduk TanahMelayu. Contohnya
ialah agama, sistem pendidikan, kesedaran tentang kemunduran orang
melayu, bahasa dan kesusasteraan serta perkembangan media massa, Jadi
faktor-faktor inilah antara yang banyak membantu ke arah proses
kemerdekaan rakyat. Selain itu, peranan pengaruh luar merupakan faktor
penting kebangkitan nasionalisme Melayu. Akibatnya, timbul persatuan
Melayu pada tahap-tahap berlainan. Kemudiannya, Kongres Melayu Se
Malaya diadakan pada 9 Ogos 1939 bertujuan memupuk perpaduan di
kalangan orang Melayu. Antara lain ialah usaha persatuan-persatuan Melayu