1. PENGENALANKemerdekaan Malaysia yang dikecapi detik ini tidak
semudah apa yang digambarkan. Bahkan fakta-fakta yang tercatat di
dokumen sejarah belum mampu memaparkan perit getir yang sebenar
liku-liku kearah proses kemerdekaan Tanah Melayu.Tunjang utama di
dalam kemerdekaan Tanah Melayu adalah berasaskan unsur-unsur
patriotisme rakyatnya yang juga menjadi teras kepada cabaran
nasionalisasi pembentukan negara Malaysia. Rakyatnya di sini
merujuk kepada penduduk Tanah Melayu pada ketika itu yang terdiri
daripada kaum Melayu, India dan Cina yang berbeza pegangan agama
bahkan fahaman patriotik yang berlainan. Nasionalisasi pula merujuk
kepada pemindahan kuasa milik oleh kerajaan. Dapat disimpulkan di
sini bahawa rakyat Tanah Melayu yang berbeza kaum sedikit sebanyak
menjadi faktor penyumbang kepada kesukaran dalam pembentukan negara
Malaysia.Menjadi satu kewajipan bagi semua rakyat Malaysia untuk
mengetahui Sejarah Malaysia moden dalam mengenal dan mengetahui
bagaimana negara kita dari dahulunya dikenal sebagai Tanah Melayu
yang hanya terdiri daripada negeri di semenanjung Tanah Melayu
berubah menjadi Malaysia yang penduduknya bertambah meliputi
kepualauan Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.Penulisan ini selanjutnya
akan mengupas selanjutnya mengenai konsep patriotisme dan
nasionalisme, cabaran dalam pembentukan negara Malaysia,
usaha-usaha yang dilakukan pelbagai pihak kearah pembentukan negara
Malaysia serta cadangan untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang
mempunyai nilai patriotik yang utuh terhadap negaranya.
2.KONSEP PATRIOTISME DAN NASIONALISME2.1PengenalanPatriotisme
merupakan satu ungkapan yang selalu kita dengar dan selalu
diwar-warkan terutama ketika bermulanya bulan kemerdekaan. Menurut
Kamus Dewan edisi keempat, patriotisme bermaksud perasaan cinta
yang kuat terhadap tanah air. Manakala perkataan patriot pula
merujuk kepada orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan
negaranya, sebagai pembela negara. Perkataan patriotik pula merujuk
kepada seseorang yang bersifat patriot. Patriotisme juga bermaksud
sikap positif dan menyokong tanah air. Tanah air pula berasal
daripada perkataanpatriadalam bahasa Latin danpatridadalam bahasa
Greek. Tanah air boleh dimaksudkan sebagai kawasan atau bandar
namun patriotisme lebih merujuk kepada negara dan negara
bangsa.Manakala nasionalisme pula menurut kamus dewan, perkataan
nasionalisme bermakna perasaan cintakan bangsa sendiri yang
mendalam, perasaan mencintai negara sendiri dan bangsa sendiri.
Umumnya terdapat dua takrifan yang berbeza terhadap maksud
nasionalisme. Pertama, wujudnya kesedaran sekumpulan manusia yang
mempunyai persamaan dari segi ras, agama, bahasa dan kebudayaan.
Sebagai contoh ialah nasionalisme Melayu yang berakar umbi pada abd
ke 16 dan sampai kemuncaknya pada tahun 1946 iaitu dengan
tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk
menentang Malayan Union. Manakala takrifan kedua ialah kesedaran
yang membawa kepada penyatuan di kalangan sekumpulan manusia yang
tinggal dalam satu batasan politik yang sama tetapi tidak
semestinya mempunyai persamaan dari segi ras, agama, bahasa dan
kebudayaan. Apa yang penting adalah rasa cinta dan kesetiaan yang
mendalam terhadap tanah air sehingga sanggup berkorban nyawa dalam
mempertahankan negara.
Rajah 1 Maksud Nasionalisme dan PatriotismeRajah 1 merupakan
maksud yang mudah kita fahami daripada perkataan patriotisme dan
nasionalisme. Hal ini kerana terdapat beberapa pendapat yang
berbeza tentang maksud sebenar perkataan tersebut.
2.2Konsep PatriotismePatriotisme dalam erti kata sebenar adalah
semangat atau perasaan cintakan atau sayangkan tanah air daripada
dicemari oleh musuh-musuh yang ingin menjajah, merosakan,
memusnahkan atau menghancurkan budaya dalam masyarakat dan negara.
Perasaan positif ini haruslah sebati dalam diri setiap individu
yang merasakan bahawa negara yang mereka diami itu haruslah
dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir. Semangat
patriotisme ini sememangnya tidak terhad kepada sesuatu aspek
sahaja tetapi merangkumi pelbagai aspek samada dari segi masyarakat
mahupun individu. Sebagai contoh patriotisme banyak bergantung
kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera, menyanyi
lagu kebangsaan, meletakkan pelekat patriotik pada kenderaan, atau
apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara di
peringkat umum. Elemen ini merupakan lanjutan daripada perasaan
cintakan tanah air ataupun motherland iaitu nasionalisme. Dengan
erti kata lainnya, elemen patriotisme hadir selepas wujudnya
perasaan nasionalisme. Secara umumnya, ia adalah satu elemen yang
sangat penting berkenaan kesedaran seseorang terhadap tanah airnya.
Hal ini kerana tanah air tidak dapat di jaga dan mudah untuk kuasa
luar masuk untuk mengambil kesempatan sekiranya elemen patriotisme
ini tiada di dalam setiap diri seseorang rakyat itu.Dalam keadaan
aman umpamanya, semangat patriotisme seharusnya menjadi pendorong
kepada setiap rakyat yang cintakan negaranya untuk bekerja dan
berusaha bersungguh-sungguh bagi membangun dan memajukan negara.
Perbezaan dari segi ideologi, kaum, parti dan budaya dalam sesebuah
negara berkenaan sepatutnya tidak dijadikan sebagai suatu halangan
dan jurang perbezaan kepada usaha untuk memakmurkan negara.
Semangat patriotisme penting kepada semua lapisan rakyat sesebuah
negara. Tidak kira apapun pekerjaan mahupun jawatan. Mereka
perlulah mempunyai semangat kecintaan dan kasih sayang yang menebal
ke atas negara mereka.Semangat patriotisme kini menjadi lebih
penting kepada negara Malaysia. Hal ini adalah kerana Malaysia
didiami oleh rakyat yang mempunyai perbezaan agama, bangsa dan
ideologi politik yang begitu ketara. Akibatnya jika rakyat negara
ini meletakkan semangat perkauman, kefahaman ideologi politik atau
parti sebagai lebih utama daripada negara tentulah pembangunan dan
kemajuan negara tidak akan dicapai dan lebih teruk lagi sekiranya
kuasa luar mengambil kesempatan terhadap Negara Malaysia. Oleh itu,
dalam situasi masyarakat yang sebegini, keperluan terhadap semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat adalah begitu penting.Semangat
patriotisme ini akan menghalang rakyat Malaysia daripada bersikap
prejudis ataupun iri hati terhadap mana-mana kaum, agama mahupun
ideologi parti yang berbeza dengan mereka. Dalam erti kata yang
lain, mereka akan meletakkan kepentingan negara yang paling utama
daripada kepentingan peribadi mahupun kaum masing-masing.
Berdasarkan penjelasan konsep patriotisme, dapat dinyatakan
bahawa patriotisme ialah perasaan kasih, cinta dan sayang negara,
bangsa dan agama tanpa perasaan prejudis terhadap semua bangsa
berbilang kaum sama ada dari segi perbezaan agama ataupun ideologi
yang berbeza. Nilai-nilai patriotisme seperti berbangga sebagai
rakyat Malaysia, semangat setia kepada negara, semangat kekitaan,
disiplin serta usaha berterusan untuk mencipta kemakmuran negara
perlu ditanam dalam jiwa generasi muda kerana merupakan pewaris
bangsa untuk memacu negara Malaysia ke arah kejayaan yang lebih
cemerlang. Negara Malaysia pasti akan lebih maju dan selamat
sekiranya setiap rakyat mempunyai elemen patriotism yang
tinggi.
2.3Konsep NasionalismeNasionalisme secara mudahnya bolehlah
dimaksudkan sebagai perasaan cinta kepada tanah air. Perasaan ini
boleh dilahirkan menerusi tindakan seperti penentangan terhadap
penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentimen kebangsaan. Ia
merupakan elemen penting yang dijadikan sebagai pemangkin kepada
pembentukan sesebuah negara bangsa. Untuk lebih jelas, patriotisme
merupakan sifat menyayangi tanah air, manakala nasionalisme pula
adalah semangat kebangsaan yang lebih luas merangkumi cintakan
negara dan aspek sosial dan ekonomi bangsa. Daripada definisi
patriotisme yang disenaraikan di atas jika dibandingkan dengan
nasionalisme, ia menjelaskan bahawa sikap patriotisme adalah satu
daripada komponen dalam nasionalisme. Tanpa patriotisme sifat
nasionalisme seseorang itu tidak lengkap. Dengan erti kata lain
bahawa patriotisme merupakan elemen lanjutan bagi nasionalisme.
Secara nyata, nasionalisme ialah gerakan kesedaran yang menumpukan
perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa, dan negara untuk
mencapai kebebasan dan kesejahteraan serta memupuk keperibadian
sejati. Ini berpunca daripada tekanan dan pengaruh asing atau
penjajah sehingga anak negeri merasa lemah dan tertinggal dalam
lapangan ekonomi, sosial, politik, dan kebudayaan. Sebagai contoh
di Tanah Melayu, orang Melayu memainkan peranan penting dalam
memperjuangkan nasib bangsanya pada zaman penjajahan Inggeris.
Pengertian kebangsaan dihayati oleh orang-orang Melayu kerana ia
dikaitkan dengan perjuangan menegakkan maruah bangsa dan negara
dalam menentang penjajah.Ini dapat kita fahami kerana dengan
semangat cintakan tanah air yang sama, ia dapat member nilai
perkongsian yang tiada batas kepada semua pihak dalam sesebuah
negara. Ini kerana mereka semua berkongsi dan tinggal, mencari
rezeki dan hidup makmur di tanah air tersebut yang sama-sama mereka
diami. Justeru itu, nasionalisme adalah asas membina semangat
kekuatan, keyakinan diri, penyatuan, dan perpaduan nasional.
Kekuatan semanat nasionalisme yang digemleng menerusi tenaga,
keazaman tenaga, keazaman dan cita-cita serta usaha supaya maju
juga mengutamakan kepentingan kepentingan nasional daripada
kepentingan kaum masing-masing akan mejadi faktor kejayaan
pembentukan negara bangsa.
2.4Kesimpulan Natijahnya, semangat patriotisme dan nasionalisme
ini harus ditanam dengan mendalam dalam jiwa remaja kita. Semua
pihak hendaklah bekerjasama untuk memastikan usaha murni ini
berjaya dilaksanakan dengan mudah. Kejayaan menanam sikap positif
ini mampu menjadikan negara ini kebal daripada arus perubahan
politik dan sosial yang melanda seluruh dunia kini. Cuma, kita
harus sedar lebih awal kita melaksanakannya maka lebih baiklah buat
remaja kita sendiri.Tambahan pula, mata pelajaran Sejarah boleh
digunakan sebagai alat untuk menyemai sikap patriotik dalam minda
remaja kita. Subjek ini yang penuh dengan fakta dan kisah
perjuangan pejuang negara mampu dihayati oleh pelajar jika cara
penyampaiannya lebih berkesan dan praktikal. Pelajar yang memahami
dan menghargai subjek Sejarah sudah pasti akan mempunyai satu
pandangan positif tentang negaranya kerana menyedari betapa
besarnya pengorbanan yang sudah dilakukan oleh generasi sebelum
mereka untuk memastikan negara ini terus wujud di persada dunia.
Justeru, subjek Sejarah boleh dijadikan medium yang berkesan untuk
memastikan setiap remaja kita memiliki sikap patriotik yang
mendalam3.ISU-ISU DAN CABARAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
(1945-1969)3.1PengenalanPembentukan Malaysia pada 16 September 1963
merupakan satu permulaan untuk membentuk super federation atau
sebuah negara persekutuan yang lebih besar dan kukuh. Ia bukti
keupayaan dan kejayaan kepemimpinan negara membina sebuah negara
bangsa yang kuat dan bersatu padu. Idea pembentukan Malaysia
dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada 27 Mei 1961
dalam satu majlis jamuan makan tengah hari anjuran Persatuan
Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura. Gagasan Malaysia
berhasrat menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,
Brunei, Sabah dan Sarawak dalam satu unit politik yang dikenali
sebagai Persekutuan Malaysia.Cadangan untuk menggabungkan
wilayah-wilayah yang dikuasai oleh kerajaan British di Asia
Tenggara mula kedengaran pada penghujung abad ke-19 dengan harapan
agar gabungan tersebut menjadi sebuah tanah jajahan yang besar.
Bermula dari detik itu, terdapat beberapa lagi cadangan yang
muncul, tetapi tidak mendapat sambutan kerana idea ini didakwa
tidak memberikan sebarang kepentingan khususnya kepada pihak
British dan kurangnya tindakan susulan kerana dirasakan idea
penggabungan belum lagi sesuai diwujudkan pada masa itu. Usaha
penggabungan mula menunjukkan hasil semasa era Tunku Abdul Rahman
dengan pengumuman penubuhan Malaysia pada 27 Mei 1961 di Singapura.
Idea penubuhan ini sebenarnya didorong oleh beberapa faktor utama
seperti faktor politik, keselamatan, ekonomi dan sosial. Walaupun
usaha untuk pembentukan Malaysia dianggap membawa kesan positif,
namun terdapat juga isu-isu dan cabaran yang timbul sepanjang
proses pembentukannya.Isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam
pembentukan Malaysia juga bukan sahaja datang dari luaran malah
terdapat juga cabaran yang datang dari dalaman. Walaupun usaha
untuk melaksanakan dan menjayakannya telah menghadapai beberapa
cabaran besar yang merangkumi cabaran daripada beberapa pihak
dalaman seperti kebimbangan daripada parti politik di Tanah Melayu
dan juga para pemimpin di wilayah Borneo. Manakala cabaran dari
luar pula datangnya dari negara Brunei, Indinesia dan Filipina.
3.2CABARAN DALAMAN 3.2.1Penentangan Politik Tempatan Gagasan
Malaysia telah mendapat beberapa tentangan dari dalam negeri
khususnya daripada pemimpin masyarakat dan pemimpin parti politik
sama ada dari Tanah Melayu, Sabah dan juga Sarawak. Walaupun banyak
sokongan terhadap gagasan Malaysia diterima, namun terdapat juga
pihak yang menentang gagasan tersebut. Selain itu,
pemimpin-pemimpin Parti Islam Setanah Melayu (PAS) merupakan antara
pihak yang lantang menentang penubuhan Malaysia dengan alasan
bahawa orang-orang Melayu akan merasa rugi dengan penggabungan
tersebut dan mereka lebih berminat kepada konsep MAPHILINDO. Mereka
mengkritik soal penggabungan tersebut kerana Tunku tidak berunding
dengan pemimpin-pemimpin politik lain sebelum mengemukakan
rancangannya (Mohd. Noor, 1979). Menurut Mohd. Noor lagi, Parti
Buruh juga turut menentang cadangan tersebut dengan alasan Tanah
Melayu perlu bercantum dengan Singapura dahulu sebelum membawa
wilayah-wilayah di Borneo untuk bergabung.Rancangan penubuhan
Malaysia juga telah mendapat tentangan yang hebat daripada
masyarakat Borneo khususnya di Sabah dan Sarawak. Menurut daripada
Mazlan (1978), para pemimpin dan parti-parti politik terkejut
dengan cadangan tersebut dan pihak inilah yang dikatakan lantang
menentang gagasan penubuhan sekitar tahun 1961 dan 1962.
Penentangan ini merupakan satu lagi cabaran yang perlu dihadapi
oleh Tunku dan kerajaan Tanah Melayu bagi merealisasikan idea
penggabungan tersebut. Menurut daripada Mazlan lagi, penentangan
daripada pihak di Sabah dan Sarawak berpunca daripada kurangnya
pengalaman masyarakat di kedua-dua wilayah ini dalam arena politik,
kebanyakan juga penduduk yang masih buta huruf dan juga sikap para
pemimpin yang sudah biasa dengan corak pemerintahan Inggeris. Oleh
sebab itulah suara-suara penentangan kedengaran dari Sabah dan juga
Sarawak. Rancangan Tunku juga didakwa sebagai satu helah daripada
kerajaan Tanah Melayu untuk meluaskan kuasa dan menggantikan
penjajah Inggeris (Mohd. Noor, 1979). Dakwaan ini dirasakan sebagai
sebuah neokolonialisme dalam bentuk baru yang membawa kepada
kebimbangan masyarakat di kedua-dua wilayah ini.3.2.2Rusuhan Kaum
13 Mei 1969Apabila mempersoalkan isu perpaduan kaum, ianya bukanlah
suatu cabaran baru dalam pembentukan Malaysia, juga bukan cabaran
terhebat kepada Tunku dalam usaha mewujudkan kompromi antara kaum
bagi merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
akibat dasar pecah dan perintah sejak awal pemerintahan British
yang membawa kepada pengenalan identiti kaum berdasarkan fungsi
ekonomi, Melayu sebagai petani di kampung, Cina sebagai peniaga di
bandar dan India pula sebagai penoreh getah yang secara tidak
langsung telah menyekat kewujudan interaksi mahupun hubungan antara
kaum yang difikirkan relevan bagi mencapai tujuan memudahkan
British untuk memerintah, menumpukan perhatian kepada
pengeksploitasian hasil bumi serta mengelakkan penduduk Tanah
Melayu daripada bersatu dan bangkit menentang, ditambah lagi dengan
dasar anti-Cina semasa pendudukan Jepun menjadikan hubungan antara
kaum menjadi semakin kritikal.Menurut Tunku Abdul Rahman ,
perpaduan kaum menjadi cabaran hebat terhadap cetusan idea
pembentukan Malaysia yang turut melibatkan penyertaan Singapura
kerana telah menghidupkan kembali ketegangan antara kaum utama
tersebut sehingga mengakibatkan satu letupan gempa masyarakat dan
politik yang amat mengerikan pada 13 Mei 1969 walaupun dari segi
kedudukan geografi, Malaysia sama sekali tidak terletak dalam
lingkungan gempa bumi, namun terpaksa berhadapan dengan keadaan
darurat sekali lagi akibat peperangan yang wujud dalam kalangan
kaum sehingga memaksa Tunku menyerahkan ketokohannya kepada Tun
Abdul Razak.
3.3CABARAN LUARAN3.3.1Keteganan Hubungan Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan SingapuraDi Singapura, Barisan Sosialis menentang.
Parti berhaluan kiri itu menganggapnya gagasan Malaysia sebagai
satu bentuk penjajahan baru. Untuk mendapatkan reaksi sebenar
rakyat Singapura maka satu referendum untuk mendengar pendapat umum
rakyat Singapura mengenai penubuhan Malaysia diadakan pada
1September 1962. Referendum itu mendapati bahawa majoriti rakyat
Singapura menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan Singapura untuk
membuat keputusan mengenai penggabungan Malaysia dan Singapura. Lee
Kuan Yew yang bersetuju dengan idea Tunku itu menggunakan ancaman
komunis sebagai alasan menggabungkan Singapura dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Beliau bimbang dengan pengaruh parti Barisan
Sosialis, iaitugerakan berhaluan kiri yang semakin berpengaruh di
Singapura ketika itu.Di kemuncak pembentukan Malaysia, cabaran
besar yang dihadapi dalam tempoh masa pembentukan Malaysia ialah
apabila berlakunya ketegangan antara kerajaan persekutuan dengan
kerajaan Singapura. Sejak Singapura menyertai gagasan Malaysia,
banyak perselisihan dan ketegangan berlaku antara kerajaan
Singapura dan kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur. Agenda
tersendiri serta pelbagai tuntutan Singapura menunjukkan bahawa
ketegangan tersebut seperti tidak ada penghujungnya malah ia
semakin rumit. Disebabkan perkara ini, Tunku telah membuat
keputusan secara persendirian dengan memisahkan Singapura dari
Malaysia. Beliau telah membuat keputusan tersebut semasa
mendapatkan rawatan di London. Keengganan Lee Kuan Yew bertolak
ansur terhadap kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Tunku
menyebabkan Tunku kecewa dengan sikap para pemimpin
Singapura.Setelah memikirkan secara mendalam terhadap situasi ini,
maka Tunku telah mengambil keputusan dengan memisahkan Singapura
dari Malaysia. Bagi Tunku, jika Singapura terus dikekalkan dalam
Malaysia, maka ketegangan akan terus berlaku. Maka atas dasar
melihat ke depan dan berfikir demi kestabilan politik, sosial dan
ekonomi, adalah menjadi kewajaran untuk memisahkan Singapura dari
Malaysia. Secara rasminya, pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah
dari Malaysia.
3.3.2Tentangan daripada Filipina dan IndonesiaFilipina dan
Indonesia adalah di antara negara yang kuat menentang gagasan
Malaysia. Presiden Macapagal membuat pengumuman menuntut hak
terhadap Sabah (1962) berdasarkan perjanjian Sultan Jamalul Alam
dengan Baron Overbeck pada 22 Jan 1878. Indonesia di bawah
kepimpinan Sukarno pula melihat gagasan Malaysia itu sebagai satu
bentuk neokolonisme. Parti Komunis Indonesia juga melihatnya dengan
kaca mata yang sama. Lebih agresif lagi Sukarno mengisytiharkan
Konfrontasi dengan slogan Ganyang Malaysia pada 20 Januari 1963.
Indonesia berhasrat menakluki Tanah Melayu.Mereka bertindak
menyerang kapal-kapal nelayan Tanah Melayu, melakukan pencerobohan
udara serta melancarkan serangan ketenteraan melalui Johor, Sarawak
dan Sabah. Indonesia turut menjalankan kempen memburukkan nama
negara di negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga. Namun, hasil
daripada semangat kental pemimpin dan perpaduan rakyat pelbagai
kaum berjaya menghalang hasrat Indonesia itu. Penentangan Indonesia
menjadi kendur setelah kepimpinan negara itu bertukar tangan.
Penentangan kuat kedua-dua negara terbabit telah mendorong
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar satu misi ke
Borneo pada 16 Ogos -5 September 1963 untuk meninjau dan melaporkan
pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan Malaysia.
Misi itu mendapati majoriti penduduk di Borneo menyokong gagasan
Malaysia.Akhirnya, setelah melalui cabaran getir pembentukan
Malaysia tetap menjadi kenyataan. Perjanjian Malaysia telah
ditandatangani pada 9 Julai 1963 di pejabat Perhubungan Komanwell
di Malborough House. Perjanjian itu diwakili oleh wakil Kerajaan
British iaitu Perdana Menteri, Harold Macmillan, Ducan Sandys dan
Lord Landsdowne. Wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula
diwakili oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, Tan Siew Sin,
Datuk V.T. Sambanthan. Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun.
Wakil Sabah ialah Datuk Mustapha bin Daruk Harun, Donald
A.Stephen,W.K.H. Jones, Khoo Siak Chiew, W.S.Holley dan G.D.
Sindang. Manakala, wakil Sarawak pula ialah P.E.H.Pike, Temenggung
Jugah, Datuk Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Datuk Abang
Haji Openg.
Gambar 1 Rundingan damai Gambar 1 merupakan salah satu usaha
untuk menyelesaikan pertelingkahan berkaitan Malaysia. Ia merupakan
satu siding kemucak diadakan di Manila pada akhir Julai 1963. Satu
persetujuan dikenali Manila Accord ditandatangani pada 31 Julai
1963 di mana Filipina dan Indonesia menyatakan untuk menyokong
gagasan Malaysia jika mendapat sokongan daripada penduduk-penduduk
di kedua-dua negeri tersebut dan sokongan ini disahkan oleh
PBB.
3.4Kesimpulan Gagasan Malaysia yang dicetuskan oleh Tunku
merupakan salah satu idea yang dilihat sukar untuk direalisasikan
pada ketika itu jika dilihat daripada situasi politik di rantau
Asia Tenggara yang masih bergelut dengan pengaruh penjajahan Barat
dan idealogi Komunis. Sejurus sahaja Tunku mengumumkan idea
pembentukan gagasan Malaysia, timbul beberapa reaksi daripada
banyak pihak termasuklah dari Tanah Melayu sendiri, Singapura,
wilayah-wilayah di Borneo serta negara-negara jiran khususnya
Filipina, Indonesia dan juga Brunei. Ada pihak yang menyatakan
sokongan langsung dan ada juga pihak yang menentang kerana idea
tersebut dianggap belum lagi relevan untuk berbuat demikian pada
masa itu. Terdapat berbagai-bagai andaian yang mengatakan bahawa
idea ini sebenarnya bukanlah dicetuskan oleh Tunku kerana sebelum
itu sudah wujud rancangan lain untuk membentuk satu penggabungan
atau kesatuan di rantau Nusantara yang meliputi Tanah Melayu,
Singapura, Indonesia, Filipina dan juga wilayah-wilayah di Borneo.
Tambahan pula, sebelum abad ke-20 lagi sudah timbul idea untuk
membentuk penggabungan di gugusan ini, namun akibat kurangnya
sambutan dan masa yang tidak sesuai, maka usaha tersebut terkubur
begitu sahaja.Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa gagasan
Malaysia secara jelas telah menerima banyak cabaran di awal
pembentukannya sehinggalah beberapa tahun selepas pengisytiharan
Malaysia secara rasmi. Kebanyakan daripada cabaran-cabaran tersebut
berjaya diatasi sama ada melalui kaedah diplomasi atau pun tindakan
ketenteraan. Tidak dinafikan bahawa Tunku Abdul Rahman telah
memainkan peranan penting dalam menghadapi segala cabaran demi
merialisasikan idea gagasan Malaysia. Peranan yang dimainkan oleh
Tunku, kerajaan Tanah Melayu, Singapura dan juga kerajaan British
akhirnya membuahkan hasil yang sangat diharapkan dan perkara yang
paling penting ialah keamanan yang dikecapai sehingga hari ini.
4.USAHA-USAHA YANG TELAH DIJALANKAN OLEH PELBAGAI PIHAK KE ARAH
PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA (1945-1969)4.1PengenalanPerjuangan
kemerdekaan di negara ini mula berkembang secara menyuluruh setelah
tamatnya pendudukan jepun di tanah melayu. Faktor kebangkitan
nasionalisme Melayu adalah penyebabnya. Gagagsan Malayan Union
tajaan Inggeris telah menyemarakkan perjuangan rakyat menentang
pentadbiran Inggeris dengan begitu kuat sekali. Akibatnya beberapa
buah parti politik kebangsaan timbul di tanah melayu seperti UMNO,
MIC dan MCA. Kemudian parti-parti tersebut menubuhkan gabungan
Perikatan yang meberikan kesan kestabilan politik di tanah Melayu
sehingga terbentuknya Barisan Nasional hingga kehari ini. Tunku
Abdul Rahman telah mengemukakan idea penubuhan Malaysia yang telah
mendapat dokongan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei pada
petingkat awalnya. Kerajaan British bersetuju dengan formula
penyatuan politik nasional anjuran Tunku Abdul rahman putra itu.
Pelbagai jawatankuasa telah ditubuhkan seperti Suruhanjaya Cobbold
dan lain-lain lagi dalam usaha untuk memperteguhkan idea
pembentukan Malaysia. Singapura akhirnya berpisah dengan
Persekutuan Malaysia dan diikuti dengan Brunei kerana faktor-faktor
politik dan ekonomi.4.2Antara usaha yang dijalankan ke arah
pembentukan Malaysia4.2.1Penubuhan Malayan UnionSetelah kembalinya
penjajah Inggeris ke Tanah Melayu selepas penjajah Jepun berundur,
Inggeris mmeperkenalkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali
dengan Malayan Union (Kesatuan Malaya). Rancangan ini telah
diluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Pada 12
Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil
Kerajaan Inggeris untuk mendapatkan tanda tangan dari Raja-Raja
Melayu. Malayan Union telah diluluskan pada bulan Januari 1946.
Tujuan Inggeris memperkenalkan Malayan Union ialah Untuk
menyatupadukan wilayah dan meningkatkan kecekapan pentadbiran.
Inggeris tidak bersedia menanggung perbelanjaan pentadbiran yang
besar untuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. British menyimpan rasa dendam
terhadap orang-orang Melayu kerana sebelum ini orang-orang Melayu
telah bekerjasama dengan Jepun.oleh itu, Malayan Union ditubuhkan
untuk mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu.Melalui malayan
union ini juga,British dapat mewujudkan pemerintahan sendiri oleh
masyarakat tempatan tetapi mengikut ciri politik British dan
sebagai langkah penyatuan politik dalam kalangan rakyat Tanah
Melayu yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India dengan
matlamat untuk membentuk sebuah masyarakat yang kuat.Namun begitu
penubuhan Malayan Union telah mendapat tentangan hebat daripada
orang-orang Melayu kerana raja-raja melayu kehilangan kedaulatan
apabila kuasa raja hanya berkaitan agama dan adat istiadat
sahaja.Selain itu,majoriti orang-orang Melayu akan berkurangan
apabila dasar keterbukaan pemberian kerakyatan kepada warga asing
dilakukan oleh British melalui jus soli.Malayan Union juga digubal
tanpa mendapat pandangan daripada orang-orang Melayu. Ia dirancang
di London secara tergesa-gesa. Sultan-Sultan hanya diberi masa
sehari untuk membaca syarat-syarat dan menandatanganinya tanpa
berbincang dengan pembesar-pembesar negeri.Tindakan Harold Mac
Michel mendapatkan tanda tangan Raja-raja Melayu secara paksaan dan
dilakukan dengan keras juga telah membangkitkan penentangan orang
melayu terhadap penubuhan Malayan union ini.
4.2.2Pertubuhan parti politikImplikasi daripada penentangan
terhadap malayan union, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato Onn Jafar. Beliau
memegang jawatan itu sehingga tahun 1951.Matlamat utama penubuhan
parti adalah untuk menentang gagasan Malayan Union dan
menyatupadukan orang-orang Melayu serta mempertahankan kedudukan
hak istimewa orang-orang Melayu.Anggota-anggota UMNO berpegang
kepada slogan Hidup Melayu. Perkara ini disuarakan sendiri oleh
Dato Onn Jaafar semasa perhimpunan Agong UMNO, pada bulan
September, 1947.Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai sebuah
parti politik. Perlembagaan UMNO telah dilulusakn pada 29 Mei 1946
yang memuatkan tujuan, penubuhan bahagian dan cawangannya. Sebanyak
39 bahagian telah ditubuhkan sehingga tahun 1951 dengan keahlian
seramai 100375 orang. Perikatan Pemuda UMNO dan Pergerakan Wanita
UMNO ditubuhkan sebagai sayap-sayap UMNO pada tahun 1947.UMNO telah
muncul sebagai sebuah parti yang terkuat mewakIli orang-orang
Melayu di negara ini.Kongres India Malaya (MIC) pula telah
ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. Presidennya yang pertama bernama Tun
V.T.Sambanthan.Antara tujuan utama penubuhan MIC adalah untuk
memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum
India di Tanah Melayu; memperjuangkan politik bersama bagi seluruh
Tanah Melayu. Pada bulan April 1955, MIC telah masuk ke dalam
gabungan UMNO dan MCA. Ahlinya sehingga tahun 1955 aialah seramai
20,000 orang.Pertubuhan Cina Malaysia (MCA) telah ditubuhkan pada
27 Februari 1949. Idea penubuhan MCA telah digagaskan oleh Leong
Yew Koh. Presiden pertama MCA ialah Tun Chen Lok.Tujuan utama MCA
adalah untuk melindungi hak dan kepentingan orang Cina serta
memelihara keharmonian kaum dalam sebuah negara yang bersatu.Pada
peringkata permulaan MCA bertindak sebagai sebuah badan kebajikan.
Pada tahun 1952, MCA telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik
secara rasmi.Pada tahun 1950 keahlian MCA telah meningkat seramai
188, 000. Pada tahun 1952, MCA dan UMNO telah membentuk gabungan
yang bernama PERIKATAN.
4.2.3Ancaman KomunisDarurat adalah satu istilah yang digunakan
oleh kerajaan British untuk memulihkan keadaan huru hara di Tanah
Melayu antara tahun 1948 sehingga tahun 1960. Hura hara ini telah
dimulakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba mengambil kuasa
politik di Tanah Melayu secara kekerasan. Semasa darurat, PKM cuba
melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan membunuh para peladang dan
pelombong. Selain itu, anggota PKM juga telah membunuh anggota
Polis dan tentera serta orang ramai yang mereka anggap menentang
perjuangan mereka.Darurat telah mengakibatkan penderitaan hidup
rakyat Tanah Melayu ramai yang telah terkorban.Antara
langkah-langkah yang diambil oleh British untuk menangani ancaman
komunis melalui darurat ini adalah mengharamkan parti politik yagn
bersifat radikal, menangkap dan memberikan hukuman bunuh kepada
sesiapa yang bersubahat dengan komunis.Pada masa darurat kira-kira
40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askarMelayutelah dikerah
untuk menghapuskananasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan
peralatan kelengkapan perang, sepertimeriam,kapal terbang, dankapal
laut. Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Perintah
Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh
komunis.Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British
boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan
Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir
komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua
negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan
Putih.Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home
Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai
pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja
dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.Kad Pengenalan
diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak
ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua
penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja
mereka berumur 12 tahun sahaja.Sir Harold Briggs juga melancarkan
rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis.
Rancangannya adalah termasuk penempatan semula orang Cina. Ini
adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina,
dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa
pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari
orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih
senang. "Kampung baru" telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di
bahagian kawasan baru yang dipilih adalah dibuat untuk menempatkan
orang Cina.Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun
tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis
kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara
berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secaragerila.Terdapat
juga kumpulan yang membantu dan memberi sokongan kepadaParti
Komunis MalayaiaituMin Yuen.
4.2.4Perundingan KemerdekaanUsaha-usaha awal untuk meggabungkan
parti-parti berbilang kaum bermula apabila UMNO dan MCA membentuk
pakatan untuk menghadapi pilihan raya. Pada tahun yang sama Tunku
Abdul Rahman dan Tun Cheng Lock telah membentuk parti PERIKATAN
diperingkat nasional. Pada tahun 1955 MIC pula menyertai parti
PERIKATAN. Justeru, parti PERIKATAN telah menjadi parti berbilang
kaum yang pertama dan terbesar di Tanah Melayu.Pada tahun 1956,
Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk
berunding dengan kerajaan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan tanah
melayu. Rombongan tersebut dianggotai oleh empat orang wakil parti
PERIKATAN, empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil
kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.Hasil daripada rundingan tersebut
Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Tarikh
rasmi kemerdekaan tanah melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan
tersebut di Padang Bandar Hilir Melaka apabila beliau dan
rombongannya kembali dari London ke tanah air.
4.2.5Suruhanjaya ReidSuruhanjaya Reid telah ditubuhkan dengan
senarai keanggotaannya iaitu Lord Reid dari England sebagai
Pengerusinya, dikuti dengan Sir Ivor Jennings (England); Sir
William Mc Kell (Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid
(Pakistan).Suruhanjaya Reid telah mengadakan mesyuarat sebanyak 118
kali (antara June dan Oktober 1956) dan telah menghantar sebanyak
131 memorandum dari pelbagai kalangan rakyat termasuklah satu dari
raja-raja Melayu.Suruhanjaya reid juga telah menghantara draf
Perlembagaan dalam bulan Februrai 1957 yang kemudiannya telah
diteliti semula oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri dari: 4
wakil-wakil Raja-Raja Melayu, 4 wakil parti Perikatan, Pesuruhjaya,
Ketua Setiausaha dan Peguam Negara.Laporan dari Jawatankuasa
tersebut telah menyebabkan Perlebagaan Perseketuan Tanah Melayu
telah di terima oleh Majlis Perundangan persekutuan pada 15 Ogos
1957.
4.2.6Penubuhan Jawatankuasa Perpaduan Dan Perundingan
(MSCC)Jawatankuasa Perpaduan dan Perundingan (MSCC) telah
ditubuhkan pada bulan Julai 1961 ekoran dari Persidangan Persatuan
Parlimen Serantau. Keanggotaan Jawatankuasa ini terdiri daripada
negeri-negeri Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Brunei telah
menghantar 5 orang wakil. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan
oleh Donald Stephens. Terma rujukan Jawatankuasa ini adalah untuk
mendapatkan pandangan-pandangan dari negeri-negeri yang berpotensi
tentang cadangan Malaysia untuk menubuhkan Malaysia,Menyebarkan
penerangan tentang gagasan Malaysia dan Inisiatif dan galakan untuk
bertukar-tukar pandangan tentang gagasan Malaysia. MSSC juga
menggalakkan beberapa aktiviti yang dapat membantu pembentukan
Persekutuan Malaysia.
4.2.7Rombongan ke LondonDengan tercapainya persefahaman antara
Singapura dan Perseketuan Tanah Melayu, Kerajaan British telah
mengundang Tunku Abdul Rahman untuk membincang dengan lebih
mendalam serta menyediakan jalan perundingan denga negara-negara
Borneo. Rumusan dalam perbincangan di London itu jelas menunjukkan
bahawa gagasan Malaysia telah mulai mendapat dokongan dari
negeri-negeri Borneo. Walaubagaimanapun, pendapat rakyat hendaklah
diambil kira. Mesyuarat tersebut juga bersetuju bahawa
pandangan-pandangan Sultan Brunei adalah mustahak dan mesti diambil
kira.
4.2.8Suruhanjaya CobboldPada Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold
yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold telah ditubuhkan bagi
mendapatkan respon dari rakyat Borneo Utara dan Sabah.
Keanggotaanya terdiri dari lima orang pegawai dengan tiga
pegawai-pegawai British dan dua orang pegawai Malaysia.Fungsi utama
Jawatankuasa Cobbold adalah untuk mendapatkan referendum rakyat di
Borneo Utara dan Sarawak tentang idea pemebentukan negara Malaysia.
Jawatankusa Cobbold telah mencadangkan perkara-perkara seperti
perlembagaan baru negara hendaklah berasaskan perlembagaan Tanah
Melayu ada,penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara
dan penguatkuasaan kuasa imigresen oleh Kerajaan Perseketuan adalah
bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri.Selain itu,kebebasan
agama dijamin dan tidak menjadikan satu-satu agama sebagai agama
rasmi di negeri-negeri tersebut
4.2.9Jawatankuasa Antara Kerajaan Selepas Jawatankuasa Cobbold
melaksanakan tugasnya, maka satu Jawatankusa Antara Kerajaan yang
diketuai oleh Lord Landsdowne telah ditubuhkan. Tun Abdul Razak
Hussain sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British
dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura menjadi
anggota-anggotanya. Jawatankuasa ini telah menubuhkan satu
perlemabagaan, khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan
Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti
politik di Sabah dan Sarawak. Tugas penting Jawatankuasa ini ialah
membentuk satu perlembagaan berdasarkan Perlembagaan Perseketuan
Tanah Melayu 1957, Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia. Perkara utama dalam perlembagaan
ini ialah agama Islam, bahasa Melayu, kawalan imigresen, pendidikan
dan perwakilan bagi Sabah, Sarawak dan Brunei.4.2.10Rentetan
rusuhan kaum 13 Mei 1969 Tragedi 13 Mei 1969 telah menjadi
peristiwa yang amat penting dalam sejarah Tanah Melayu dan
peristiwa inimemberi pengajaran kepada semua penduduk terutamanya
para pemimpin politik dan rakyatMalaysia tentang kepentingan
perpaduan antara kaum dalam sesebuah negara. Hal yang demikian
kerana tragedi 13 Mei berpunca daripada masalah perpaduan yang amat
ketara antara kau. Tragedi ini telah menyebabkan kematian dan
kerosakan harta benda yangpaling teruk di Malaysia. Sehubungan
dengan itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi terutamanya masalah yang
berkaitan dengan hubungan antara kaum.Pada 17 Mei 1969 sebuah
majlis telah ditubuhkan dibawah kuasa Timbalan Perdana Menteri,
Y.A.B Tun Abdul Razak bin DatoHussien iaitu Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) untuk mengambil alih tugas parlimen .Beliau dibantu oleh
anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin
politik, pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis
dan tentera. MAGERAN menjalankan beberapa fungsi utama iaitu
bertanggungjawab mengembalikan keamanan dan undang-undang negara,
menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan
suasana keharmonian dan kepercayaan sesebuah kaum kepada kaum lain.
Dibawah MAGERAN juga telah ditubuhkan sebuah pejabat Urusetia Hal
Ehwal Awam yang diketuai oleh seorang pegawai Perkhidmatan Awam
Kanan untuk menjalankan tugasan daripada Ketua Pegawai Kerja.
KetuaHal Ehwal Awam bertanggungjawab mengeluarkan arahan berkenaan
pembentukan dan penelitian semua dasar dan objektif kerajaan
tentang hal-hal yang berkaitan dengan hal ehwal awam serta
penyelarasan agensi kerajaan lain agar dasar tersebut dipatuhi.Di
samping itu, Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dirangka dengan dua
objektifyang menjadi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan
rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.Dasar
Ekonomi dirujuk sebagai tapak, panduan, falsafah, peraturan dan
cara mencapai matlamat dasar yang merujuk kepada usaha untuk
mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan yang mundur kepada
maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan
kebendaan). Jurang kemiskinan antara golongan kaya dengan golongan
miskin terlalu besar bezanya terutama daripada aspek ekonomi dimana
golongan kaya memonopoli hampir separuh sektor ekonomi menyebabkan
penduduk miskin tidak dapat melibatkan diri dalam sektor ini.
Program pembangunan ekonomi diwujudkan bagi mencapai perpaduan
ekonomi yang seimbang dalam sektor ekonomi agar setiap golongan
masyarakat dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.Selain itu,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk hasil daripada gagasan Kongres
Kebudayaan Kebangsaan 1971 untuk menjadi panduan dalam membentuk,
mewujudkan dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia
antarabangsa.Terdapat beberapa objektif Dasar Kebudayaaan
Kebangsaan ini iaitu mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
yang wujud daripada kebudayaan kebangsaan serta memperkaya dan
mempertingkat kualiti kehidupan manusia dan kerohanian yang
seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.Rukun negara pula telah
diisytiharkan pada 31 ogos 1970 dengan tujuan untuk menyatukan
fikiran,pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira
perbezaan-perbezaan yang berdasarkan asal keturunan ,bahasa,agama
dan budaya berdasarkan Lima Prinsip rukun Negara.Perkara ini
penting kerana ia dijangka akan dapat menimbulkan semangat dan
kesedaran yang tinggi dalam kalangan semua lapisan masyarakat untuk
bersatu padu dengan hasrat membentuk sebuah masyarakat dan negara
Malaysia yang demokratik,adil,saksama,liberal dan progresif.Akhir
sekali wawasan 2020 telah digubal oleh idea Dr.Mahathir
Mohamad.Wawasan 2020 mempunyai sembilan cabaran yang perlu dihadapi
oleh rakyat di negara ini. Dr. Mahathir telah mengemukakan gagasan
beliau tentang arah pembangunan masa depan negara Malaysia
menjelang tahun 2020.Tahun 2020 Malaysia akan menjadi sebuah negara
yang benar-benar maju.4.3KesimpulanTuntasnya, banyak usaha yang
telah dilakukan oleh kerajaan. Demin menjamin kejayaan usaha-usaha
tersebut sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia
untuk menyokong segala dasar-dasar tersebut.5.GARIS MASA PERISTIWA
PEMBENTUKAN MALAYSIA (1945-1969)
Rajah 2 Garis Masa Pembentukan Malaysia
Rajah 3 Cara Penentangan British Terhadap Komunis
6.PEMUPUKAN NILAI PATRIOTIK DI KALANGAN RAKYAT
MALAYSIA6.1Pengenalan Sedarsawarsa ini, nilai patriotik sering kali
dipandang enteng di mata masyarakat. Hakikatnya, nilai patriotik
mempunyai peranan yang tersendiri di mana dengan adanya penerapan
nilai patriotik di kalangan rakyat Malaysia ianya dapat mewujudkan
semangat patriotisme yang kental. Semangat
patriotisme[footnoteRef:1] merupakan suatu alat senjata mental yang
cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk
penjajahan baru atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun.
Sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun
sesuatu peradaban atau tamadun manusia. Setiap warganegara Malaysia
sewajarnya perlu ada sifat cinta akan tanah air. [1: Menurut Kamus
Dewan Bahasa edisi keempat patriotisme membawa maksud perasaan
cinta yang kuat terhadap tanah air.]
Patriotik itu wujud dala pelbagai rupa bentuk manakala
patriotisme boleh meliputi pelbagai aktiviti. Patriotisme merupakan
sesuatu yang abstrakdan ia tidak dapat diukur secara metrik tetapi
semangat patriotisme ini dapat dilihat melalui tindakan, tingkah
laku, perbuatan atau perlakuan seseorang itu. Jika seseorang itu
patriotik, segala tindakan dan amalan yang dilakukannya mesti
menepati ciri-ciri patriotisme. Malangnya ungkapan patriotisme
hanya kita dengar dan diwar-warkan apabila menjelang sambutan hari
kemerdekaan. Dapat dilihat juga nilai-nilai patriotik kian pudar di
kalangan rakyat Malaysia dari hari ke hari. Oleh itu, satu langkah
yang berkesan perlu digerakkan dengan segera dalam menangani
fenomena kelunturan nilai patriotik di kalangan rakyat Malaysia
terutama sekali golongan para remaja.
6.2Cara-cara memupuk nilai patriotik yang unggul di kalangan
rakyat MalaysiaSebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyedari bahawa
patriotisme penting dalam ketahanan nasional bagi menghalang
sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam atau luar negara.
Kerajaan perlu menjadikan patiotisme sebagai agenda negara kerana
patriotisme adalah tunjang kepada perpaduan nasional dan pembinaan
bangsa bermaruah. Justeru, beberapa aspek perlu diberikan penekanan
yang sewajarnya. Pertamanya melalui pendidikan. Pendidikan tidak
semestinya tertumpu kepada buku-buku teks dan rujukan semata-mata.
Kerajaan sudahpun mengambil langkah mewujudkan mata pelajaran
sejarah di sekolah rendah yang bermula pada tahun 2014 untuk murid
yang berada di darjah 4. Ianya merupakan suatu tindakan yang wajar
dan patut dilakukan. Namun untuk memperkukuhkan lagi nilai
patriotik di dalam diri seorang pelajar, kerajaan perlu merangka
satu pendidikan kenegaraan yang lebih efektif iaitu mengenai
penghormatan terhadap nyanyian lagu Negaraku dan bendera Malaysia
Jalur Gemilang. Dalam erti kata lain pembelajaran luar bilik darjah
perlu dilaksanakan dengan lebh mendalam terutama dari aspek
kenegaraan. Oleh itu, para guru perlu mengaitkan setiap apa yang
diajar kepada murid dengan aspek-aspek kenegaraan. Ini kerana saya
sendiri melihat tahap penghormataan masyarakat terhadap dua aspek
ini berada di tahap yang sangat rendah. Baru-baru ini, Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) ada mengadakan satu
aktiviti iaitu Minggu kokurikulum dan Hari Terbuka Institut
Pendidikan Guru Sultan Mizan. Hasil pengamatan saya sewaktu
nyanyian lagu Negaraku yang dimainkan di pentas terbuka sewaktu
Festival Muzikal Ria, ramai pengunjung yang mengambil tingkah endah
tak endah ketika nyanyian lagu Negaraku dimainkan. Kedua menerusi
mata pelajaran sastera. Mata pelajaran sastera wajib dipelajari
bagi semua individu dari peringkat sekolah rendah sehingga sekolah
menengah dan seterusnya di peringkat institut pengajian tinggi. Ini
kerana di dalam karya agung sastera terkandungnya segala macam
warisan nilai-nilai budaya yang merangkumi segala asperk di dalam
kehidupan. Antaranya ialah hal ehwal kehidupan bangsa, nilai
ketatanegaraan atau politik, ekonomi, sosial, seni, falsafah, dan
agama. Satu langkah yang efektif perlu dijalankan untuk menarik
minat para pelajar untuk endalami ilmu sastera. Ini kerana mata
pelajaran sastera ini terkenal dengan jolokan mata pelajara untuk
pelajar yang kurang cerdik atauppun dalam bahasa yang kasar adalah
untuk pelajar yang bodoh. Pelajar hari ini berlumba-lumba untuk
mendapatkan keputusan yang tinggi dalam peperiksaan semata-mata
untuk melayakkan diri mereka untuk mengambil kelas aliran sains di
peringkat menengah atas. Satu hal yang tidak diketahui umum bahawa
sastera adalah waadah bangsa yang terpentingg kerana di dalamnya
segala buah fikiran Melayu tentang tatasusunan masyarakat yang nul,
wira dan nilai dijadikan teladan, hubungan sesame manusia malah
pedoman kehidupan buat pembaca. Di dalamnya itu tercakup
karya-karya agama, adat istiadat, hukum, sejarah, salasilah,
perbuatan dan sebagainya (Muhammad Haji Salleh, 2000). Jelas di
sini bahawa dengan mewajibkan mata pelajaran sastera diambil oleh
semua pelajar ianya dapat menerapkan nilai-nilai patriotik di dalam
diri pelajar yang seterusnya akan mewujudkan rakyat Maaysia yang
mempunyai nilai patriotic yang unggul terhadap negaranya.Ketiga
melalui Kongres Patriotisme Remaja. Kongres Patriotisme Remaja
sudah menemui jalan sepi selama beberapa tahun oleh itu pihak
kerajaan perlu mengimarahka semula kongres ini agar ianya diadakan
setiap tahun. Dengan adanya kongres ini ianya dapat menerapkan
nilai patriotik mahupun kemahiran insaniah di dalam diri seorang
remaja sebagai bekalan di masa hadapan di dalam urusan pentadbiran
negara. Di samping itu, program kemasyarakatan dan kendiri harus
diperbanyakkan bagi menerapkan nilai-nilai murni pada perngkat yang
lebih muda. Program seperti ini hendaklah dimulakan di sekolah
kepada murid-murid seawal 10 tahun sehinggalah ke peringkat sekolah
menengah. Kerajaan tidak perlu menunggu sehingga pelajar-pelajar
ini tamat persekolahan dan memasuki Progra Latihan Khidmat Negara
(PLKN). PLKN seharusnya hanya menjadi medium kesinambungan dari
program-program hasil dari kongres patriotisme remaja yang
dilaksanakan terlebih awal di peringkat umur yang lebih rendah.
Selain itu, kerajaan juga perlu menimbangkan semula agar segera
menubuhkan Majlis Patriotisme Negara seperti apa yang diusulkan di
dalam Kongres Patriotisme Remaja yang diadakan pada 18-19 Ogos
2007. Tindakan ini perlu dalam mewujudkan rakyat Malaysia yang
mempunyai nilai patriotik yang unggul.Keempat melalui kegiatan
sukan, seni dan budaya. Pembangunan sukan khususnya sukan popular
seperti bola sepak, badminton, hoki, olahraga dan sebagainya perlu
mencapai taraf dunia kerana sukan berupaya menjana patriotisme dan
menyatukan rakyat dengan cara yang cukup mudah dan berkesan.
Pencapaian tinggi atlet dan pasukan kebangsaan di peringkat Asia
dan dunia sangat penting untuk memulih kembali imej dan rasa bangga
diri rakyat Malaysia terhadap negara. Begitu juga dengan seni dan
budaya perlu diketengahkan ke peringkat antarabangsa bagi
melahirkan semangat cintakan budaya Malaysia dan seterusnya
membendung budaya asing yang tidak sesuai dengan budaya
tempatan.Manakala bagi bidang seni, penyanyi tersohor Malaysia
Shila Amzah telah melebarkan sayap ke China sejurus memenangi
pertandingan Asian Wave pada tahun 2012. Ini juga merupakan satu
contoh di mana bidang seni dapat meningkatkan nilai patriotic di
dalam diri setiap individu. Ini kerana apabila individu tersebut
mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, sudah pasti
mereka akan menunjukkan dan mempamerkan jati diri mereka sebagai
seorang yang memegang gelaran warganegara Malaysia. Oleh itu, para
remaja perlu melibatkan diri dengan aktif di dalam bidang-bidang
seperti ini kerana ianya juga dapat memupuk nilai patriotik yang
seterusnya mewujudkan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai
patriotik yang unggul.Akhir sekali melalui media massa, sama ada
bercetak atau elektronik perlu digerakkan lebih aktif bagi
membangkit dan memekarkan semangat patriotisme. Ini boleh dilakukan
dengan menerbitkan komik, cerpen dan filem yang berbentuk
patriotik. Filem-filem seperti Sarjan Hassan, Bukit Kepong dan
Leftenen Adnan perlu diperbanyakkan. Oleh itu, suatu usaha yang
berkesan perlu digerakkan untuk menggesa para pengarah tersohor
negara untuk menghasilkan filem-filem yang kaya dengan nilai-nilai
patriotic yang dapat menjadi contoh ikutan para remaja. Media
elektonik pula perlu selalu menyiarkan lagu-lagu patriotik,
menerbitkan dokumentari tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan
meyebar-luaskan semangat patriotisme dalam rancangan yang
diterbitkan. Apa yang menjadi kebimbangan di sini ialah lagu-lagu
patriotik hanya dilaungkan di corong-corong radio pada Hari
Kemerdekaan dan Hari Malaysia sahaja. Seharusnya lagu-lagu berunsur
patriotik ini dimainkan setiap hari agar ianya sudah menjadi sebati
di dalam diri setiap individu yang memegang gelaran warganegara
Malaysia.
6.3Kesimpulan
Sebagai intihanya, banyak cara yang boleh diambil oleh pihak
kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai
patriotik yang ungul dapat diwujudkan. Semangat patriotisme sangat
penting dipupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia yang khususnya
mempunyai masyarakat majmuk. Anak jati Malaysia perlulah berjuang
menegakkan keadilan melalui kemerdekaan dan seterusnya menjadikan
Malaysia sebuah negara yang berdaulat. Patriotisme sememangnya
tidak dapat dipisahkan dari kewujudan sesebuah negara. Namun
kelangsungan semangat patriotisme di kalangan rakyat khasnya
generasi muda tidak akan datang dengan sendirinya. Semangat
patriotisme semestinya perlu terus dipupuk sama ada secara formal
mahupun sebaliknya di kalangan masyarakat sesebuah negara khasnya
negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.
7.RUMUSANUnsur patriotisme merupakan kunci kejayaan yang membawa
kepada kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia pada hari
ini. Tanpa adanya unsur ini sudah pastinya kita masih hidup di
bawah cengkaman penjajah. Perbezaan kaum sedikit sebanyak
menimbulkan kesukaran di jalan menuju kemerdekaan pada mulanya,
namun dengan adanya unsur patriotisme iaitu perasaan cinta terhadap
tanah air membuatkan rakyat yang terdiri daripada kaum yang berbeza
bangkit bersama bersatu padu dalam menentang penjanah.Disamping
itu, banyak usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak
dalam menuju pembentukan Malaysia. Oleh itu, kita sebagai rakyat
Malaysia yang berintelek perlu menghargai segala sumbangan para
tokoh yang telah membawa kepada pembentukan Malaysia ini. Kita
hendaklah menjaga dan mengekalkan keharmonian yang sedia ada
daripada perbalahan mahupun pencerobohan daripada anasir-anasir
luar.Jelas disini tidak ada jalan mudah untuk menuju suatu kejayaan
dan kesenangan. Ianya memerukan pengorbanan dan persefahaman dari
semua pihak. Banyak usaha yang telah diambil oleh pelbagai pihak
dalam pembentukan negara Malaysia. Negara Malaysia dibentuk dengan
membawa harapan yang satu iaitu untuk mewujudkan suatu bangsa yang
berdaulat iaitu bangsa Malaysia. Tuntasnya, agenda patriotisme
perlu disemarakkan di kalangan rakyat Malaysia dan bukan hanya
bermusim. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, maka
tanggungjawab mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua
rakyat. Semangat patriotisme perlu dihayati kerana ia adalah teras
kepada pertahanan negara. Oleh itu, kita perlu suburkan kembali
jiwa patriotik yang sebenarnya. Dengan nikmat kemerdekaan yang
dikecapi kini, kita perlu bergerak maju dan pada masa yang sama
menghapuskan saki-baki penjajah yang masih lagi bersarang dalam
jiwa masyarakat. Semoga negara dan bangsa Malaysia akan terus maju
dengan semangat patriotisme sejati.
REFLEKSIMOHD HAFIZ BIN YATIN Alhamdulillah, atas izin dan rahmat
daripada-Nya dapat saya sempurnakan dan sudahkan tugasan ini tepat
pada waktunya. Sebelum meneruskan coretan ke intipati refleksi,
terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik
Wan Ahmad Abd Hakim Bin Wan Dagang selaku pensyarah subjek Sejarah
Malaysia Moden, rakan-rakan seperjuangan serta kedua orang tua
saya. Sesungguhnya, setiap kerja kursus yang diberikan sudah tentu
memberikan satu impak yang mendalam terhadap diri setiap individu
yang terlibat termasuklah saya sendiri. Berdasarkan kesemua input
yang telah dipelajari sepanjang melaksanakan kerja kursus, saya
berpendapat setiap satu daripadanya adalah amat berguna sekali bagi
tujuan masa kini dan masa hadapan. Apa yang saya perolehi hasil
daripada tugasan ini ialah kemerdekaan Tanah Melayu merupakan suatu
titik tolak yang membawa kepada pembentukan negara Malaysia.
Terdapat banyak usaha yang dilakukan demi mendapatkan kemerdekaan
Tanah Melayu. Sudah semestinya usaha-usaha tersebut dilakukan oleh
para tokoh yang banyak memberi sumbangan di dalam kemerdekaan Tanah
Melayu. Tanpa buah fikiran tokoh-tokoh tersebut kita sudah pastinya
akan berada di dalam keadaan yang sangat daif di mana
berkemungkinan kita masih berada di bawah penguasaan penjajah
sehingga hari ini. Selepas jalan menuju kemerdekaan Tanah Melayu,
muncul pula satu idea untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia
dimana ianya terdiri daripada negeri-negeri di semenanjung Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak. Di jalan membentuk negara Malaysia
banyak peristiwa pahit yang berlaku. Contohnya perebutan hak
kawasan Sabah dan Sarawak yang kononnya merupakan hak milik
kerajaan Indonesia dan Filipina. Namun, hasil pemikiran cerdik para
pemimpin terdahulu berjaya menyelesaikan masalah tersebut di meja
bulat. Sebagai iktibar, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah
mengekalkan keharmonian negara yang telah dicapai melalui perpaduan
kaum. Ini kerana jatuh bangunnya sesebuah negara tersebut terletak
pada rakyatnya. Jika rakyat sesebuah negara hidup di dalam keadaan
kucar-kacir maka akan datang beribu-ribu ancaman sama ada dari
kuasa luar mahupun di dalam negara sendiri. Oleh itu, sudah menjadi
tanggungjawab semua rakyat malaysia untuk berganding bahu, bagai
aur dengan tebing untuk mengekalkan keharmonian negara.
Apa yang telah dikecapi hari ini sesungguhnya bukan mudah. Oleh
itu, kita sebagai generasi bijak pandai yang dikelilingi kemudahan
dan teknologi serba lengkap perlulah berfikir secara kritis untuk
sentiasa membaiki kelemahan yang sedia ada dengan menambah
kelebihan yang kita ada. Dalam pada itu, kemerdekaan negara perlu
kita kekalkan kerana kita sedia maklum jalan menuju kemerdekaan
penuh ranjau dan liku. Sebagai warganegara yang cintakan tanah air
kita perlu mencontohi sikap juang para pejuang iaitu sanggup
berkorban demi negara sehingga ke titisan darah yang
terakhir.Konklusinya, tugasa kerja kursus kali ini banyak
menimbulkan kesedaran kepada saya di dalam memegang gelaran sebagai
warganegara Malaysia. Seharusnya kita sebagai warganegara yang
berjiwa waja perlu mengambil tahu segala selok belok sejarah negara
kita. Hal ini kerana dengan adanya pengetahuan inilah kita dapat
menentukan hala tuju negara kita sama ada ia terus teguh berdiri di
kaki sendiri mahupun jatuh di tangan penjajah sekali lagi. Di
samping itu, pihak kerajaan perlu lebih cakna mengenai pemasalahan
ini agar lebih menitikberatkan mengenai nilai patriotik di dalam
diri rakyat Malaysia. Nilai patriotik itu perlu dipupuk dari bangku
sekolah lagi demi menjamin kelangsungannya. Secara keseluruhannya,
kerja kursus ini telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat
kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik
yang perlu menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam isu-isu
semasa dunia.Selepas ini, segala maklumat yang diperolehi pasti
akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin untuk
masa-masa yang mendatang. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu untuk
tugasan ini.
ASYRAAF BIN YUSUF
Alhamdulillah berkat usaha yang gigih serta bantuan pensyarah
pembimbing akhirnya tugasan tercapai. Saya berdebar-debar apabila
mendapat tugasan ini dan tertanya-tanya adakah saya mampu
membuatnya dengan baik kerana tidak mempunyai pengalaman sebelum
ini. Setelah banyak meneroka dan mencuba saya berasa seronok
membuatnya lebih bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan
ini.Saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat dan bahan
untuk tugasan ini. Sesungguhnya maklumat yang saya dapat dalam
internet adalah lebih banyak berbanding buku ilmiah. Jadi betullah
apa yang diperkatakan orang selama ini bahawa maklumat kini berada
dihujung jari sahaja. Namun demikian, saya mempunyai masalah dalam
melayari internet kerana kelajuan internet dalam institut ini
adalah lambat. Oleh kerana itu, saya mengambil masa yang lama untuk
membuka sesuatu laman sesawang tertentu. Jadi saya mengambil
langkah untuk berjaga ditengah malam untuk mengakses internet lebih
cepat. Dengan itu, masalah saya sudah selesai. Melalui kerja kursus
ini, saya telah mendapat pengetahuan tentang membina sebuah negara
yang sempurna bukanlah tugas mudah apatah lagi bagi sebuah negara
seperti Malaysia. Dengan kepelbagaian kaum serta etnik dari latar
sejarah, bahasa dan budaya yang berbeza serta diperkukuhkan pula
oleh sentimen warisan berbeza menyumbang kepada munculnya persoalan
dan masalah yang kompleks. Ibarat sebuah resepi masakan, negara
bangsa bukanlah sekadar pelengkap rasa tetapi merupakan bahan utama
bagi menghasilkan satu masakan yang bukan sekadar enak dan lazat
malah menyihatkan. Di sebalik kesukaran dan pelbagai alasan yang
memungkinkan kegagalan mencapainya ia sebenarnya sesuatu yang
sangat penting untuk kita amati. Melalui pengalaman sejarah yang
disalurkan secara sistematik khususnya melalui sektor pendidikan
impian untuk membentuk negara yang selama ini berteraskan kepada
bangsa idaman mungkin akan menjadi kenyataan.
Selain itu, saya juga dapat memahami peristiwa penubuhan
Malaysia memberi pengajaran kepada bakal pemimpin pada masa akan
datang agar tidak mementingkan diri dalam segala hal, tetapi
sebaliknya kepentingan semua pihak perlu diambil kira. Ini dapat
dilihat pemimpin Tanah Melayu tidak mementingkan diri, sebaliknya
kekayaan hasil bumi perlu dikongsi bersama dengan negara-negara
jiran yang lain dan pada masa yang sama untuk menolong
negara-negara yang miskin. Seseorang pemimpin juga perlu ada
pendirian dan mempunyai sikap menghormati pendapat orang lain.
Tidak perlu ada paksaan dan segala tentangan harus ditangani dengan
profesional. Mengumpul pendapat dan pandangan daripada orang lain
sebelum sesuatu projek dijalankan adalah langkah yang patut
dipuji.Akhir sekali, cadangan saya, sebagai cikgu sejarah. Saya
perlu mengetahui asal-usul sejarah Malaysia atau secara ringkasnya
asas sejarah kerana ilmu inilah yang bakal saya turunkan apabila
tamat pengajian di IPG ini. Secara tidak langsung, ketika
bertungkus-lumus dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya juga telah
mendapat ilmu yang bermanfaat terutamanya ilmu sejarah itu sendiri
yang bakal saya turunkan ilmu kepada anak murid saya pada masa akan
datang.
CHRYILMIX TANIS
Bersyukur kepada ilahi kerana dengan izin-Nya saya bersama-sama
rakan seperjuangan saya Mohd Hafiz Bin Yatin dan Asyraaf Bin Yusuf
dapat juga menyiapkan kerja kursus yang bertajuk Sejarah Malaysia
moden. Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada pensyarah
subjek ini iaitu Wan Ahmad Abdul Hakim Bin Wan Dagang serta
rakan-rakan yang telah membantu kami dalam menyiapkan kerja kursus
ini. Tidak lupa juga kepada kedua dua ibu bapa kami yang telah
membantu kami dalam aspek perbelanjaan. Secara holistiknya, saya
telah banyak mendapat ilmu dalam membuat kerja kursus ini yang mana
sebelumnya saya kurang mengetahui tentang isi kandungan kursus
ini.Kerja kursus ini secara langsung telah mengajar saya bagaimana
untuk bekerja secara berkumpulan dan terbukti bekerja secara
kumpulan adalah mudah berbanding secara individu. Melalui tajuk
pertama dalam kerja kursus ini, sedikit sebanyak telah memberikan
fahaman saya kepada konsep patriotisme dan nasionalisme iaitu.
Secara ringkasnya, nasionalisme bermaksud gerakan kesedaran yang
menumpukan perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa, dan
negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan manakala
patriotisme ialah perasaan kesetiaan kepada negara. Sebagai seorang
bakal guru, saya faham bahawa kedua-dua nilai ini perlulah
diterapkan dalam diri supaya dapat menjadi role model kepada anak
murid pada masa nanti.Di samping itu,setelah menghayati perjuangan
pejuang Malaysia dalam pembentukan Malaysia,saya sedikit sebanyak
telah sedar bahawa kehidupan yang aman damai yang dapat saya
rasakan pada masa kini merupakan hasil daripada titik peluh
perjuangan tokoh-tokoh Malaysia seperti Tunku Abdul Rahman.Namun
apa yang saya perhatikan pada zaman ini berbeza dengan zaman
sebelum pembentukan Malaysia di mana kekuatan semangat patriotik
dalam diri rakyat begitu membuak-buak sehingga sanggup berkorban
masa dan tenaga dalam membentuk negara Malaysia.Oleh,yang demikian
kami telah membuat kajian dalam memberikan cadangan untuk
mewujudkan serta mengukuhkan nilai patriotik dalam diri rakyat
Malaysia.Sebagai contoh,menerapkan hubungan antara kaum yang kuat
supaya melahirkan generasi yang bersatu padu dalam memperjuangkan
kesejahteraan Malaysia melalui program seperti PLKN dan
sebagainya.Melalui cadangan yang kami cadangkan dalam menerapkan
nilai patriotik dalam diri rakyat Malaysia, kami dapat
memperluaskan lagi idea saya sebagai seorang bakal guru yang
sentiasa mencari idea atau cara yang sesuai dalam menyelesaikan
sesuatu tugas seperti menerapkan nilai patriotik dalam diri
murid-murid di sekolah.Melalui rujukan yang saya buat sama ada
melalui buku ataupun laman sesawang, saya dapat mempertingkatkan
lagi kemahiran saya dalam mencari maklumat dan mentafsir
maklumat.Kekuatan yang saya ada melalui penyiapan kerja kursus ini,
saya telah merujuk pelbagai bahan seperti buku-buku ilmiah, buku
teks, serta melalui internet. Kepelbagain rujukan ini membuatkan
kerja kursus saya ini mempunyai maklumat secara holistik yang saya
dan rakan seperjuangan saya gabungkan melalui pelbagai
rujukan.Selain itu, kerjasama dan komitmen yang di berikan oleh
setiap ahli kumpulan telah membuatkan kerja kursus ini siap dengan
jayanya.Kelemahan yang saya sedar melalui penyiapan kerja kursus
ini pula adalah cabaran mentafsir maklumat di mana saya dapati
maklumat yang dinyatakan dalam pelbagai rujukan adalah
bercanggah.Sebagai contoh, maklumat yang dinyatakan oleh sumber A
adalah bercanggah dengan maklumat yang dinyatakan oleh sumber B
walaupun garis tajuk adalah sama.Selain itu perancangan saya dalam
penyiapan kerja kursus ini lemah dari segi penguasaan masa di mana
saya terpaksa kelam kabut melengkapkan kerja kursus ini pada
saat-saat akhir.Sebagai cadangan saya melalui kerja kursus ini,
secara holistiknya sebagai seorang yang bakal guru, saya haruslah
mengkaji pelbagai ilmu ataupun mempelajari banyak pengalaman
khususnya dalam bidang sejarah ini yang merupakan tanggungjawab
seorang guru sejarah dalam menerapkan semangat patriotik dan
nasionalisme dalam kalangan murid-murid.
RUJUKAN
Abd Rahim Abd. Rashid. (2001). Perubahan paradigm nilai kea rah
transformasi sosial dan pembentukan Malaysia baru. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Abdul Ghani Abu.
(2008). Patriotisme dan aspirasi remaja, dlm. Dewan Siswa. Ogos
hlm. 10-11. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdul Latif Abu
Bakar. (1998). Patriotisme dan nasionalisme: Satu pandangan dan
renungan, dlm. Jurnal IKSEP (Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme Malaysia), Jilid 1. Hlm. 83-84.Ismail Said. (2010).
Perkembangan sejarah negara. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.Kohn, H. (1994). The ideas of nationalism.Toronto: Ideal
Book.Malaysia independence and onward: 1957 - present. (n.d.).
Dimuat turun pada 05 Mac 2015 daripada
http://www.geographia.com/malaysia/history05.htmMuhamad Ali Embi
(2009). Patriotisme dan kepercayaan rakyat di Malaysia. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Pembentukan
Malaysia lalui cabaran getir. (n.d.). Dimuat turun pada 17 Mac 2015
daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/524-kolumnis-akhbar/14011-pembentukan-malaysia-lalui-cabaran-getir.htmlZarina
Othman. (2006). Penubuhan Malaysia. Bangi: Pusat Pengajian Sejarah,
Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian,
Universiti, Kebangsaan Malaysia.