DefinisiLandskap merupakan persekitaran yang dialami oleh setiap
individu. Ia membawa maksud yang luas merangkumi struktur geologi
tanah, flora dan fauna, corak aktiviti manusia seperti perladangan,
perhutanan, penempatan dan perindustrian. Ia juga merupakan
interaksi di antara sumber semula jadi dengan keperluan manusia
yang merangkumi usaha mengagumi keindahan dan nilai estetik, seni
bina serta keseluruhan ekologi dan sejarah sesuatu kawasan.(Jabatan
Landskap Negara,2005)Landskap ialah istilah daripada bahasa Belanda
yang bermaksud pemandangan desa. Walaupun begitu, istilah ini
biasanya merujuk pada keseluruhan rupa bumi sama ada di bandar atau
desa termasuk ciri-ciri semula jadi seperti tumbuhan-tumbuhan,
tasik, gunung-ganang dan struktur buatan manusia seperti bangunan,
jalan raya dan sebagainya.Arkitek Landskap merupakan satu profesion
yang terlibat secara langsung di dalam memberi perkhidmatan
professional dalam pembangunan Landskap bermula daripada peringkat
perancangan, reka bentuk, pelaksanaan dan pengurusan setiap projek
pembangunan. Kontraktor landskap pula ialah orang yang membuat
kerja-kerja pembinaan danpengurusan landskap.Kebiasaan pengertian
landskap dirujuk kepada 2 kategori iaitu landskap lembut dan
landskap kejur. Landskap lembut terdiri daripada unsur-unsur
tanaman sama ada pokok utama, pokok renek, pokok jenis memanjat,
pokok herba, atau jenis menutup bumi. Landskap kejur pula meliputi
unsur-unsur binaan seperti kerusi taman, tempat pejalan kaki,
tempat sampah, papan tanda, lampu, arca-arca, meja taman dan
sebagainya. Menurut Hubbard dan Kimball (1917), Senibina landskap
merupakan: Seni halus di mana fungsi utamanya adalah untuk mencipta
dan memelihara kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia
termasuk kawasan semulajadi negara. Menurut Garrett Eckbo (1950),
Seni bina landskap merupakan: sebahagian landskap yang dibentuk
oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai ruang untuk manusia
hidup (tidak termasuk pertanian dan perhutanan).
A. Jenis-Jenis Landskapa. Landskap KediamanLandskap kediaman
dibahagikan kepada dua iaitu Landskap kediaman luar bandar dan
Landskap kediaman bandar. Landskap-landskap ini dipengaruhi oleh
keadaan ekonomi dan budaya.1. Landskap kediaman luar
bandarMempunyai ruang yang luas, menekankan aspek pemeliharaan,
pemuliharaan, dan peningkatan suasana desa. Kebanyakan tumbuhan di
tanam dalam tanah.2. Landskap kediaman bandarMempunyai ruang yang
terhad, menekankan aspek ringkas dan selesa, selalunya landskap
dirancang dengan lebih teratur dan sistematik. Kebanyakan tanaman
ditanam di dalam pasu.
b. Landskap dipengaruhi oleh keadaan budaya 1. Masyarakat
MelayuMenanam tumbuhan herba dan perasa contoh serai, pandan,
halia, cekur, lengkuas, pokok kari, limau purut, kantan, senohong,
selom dan pegaga. Elemen buatan seperti pagar dan wakaf juga adalah
pengaruh dari budaya.Foto: Rumah Melayu
2. Masyarakat CinaMenanam tumbuhan berwarna merah dan kuning
contoh adenium, pinang merah, bonsai, limau dan kemunting. Elemen
buatan seperti pondok merah didirikan untuk upacara keagamaan,
tanglung merah dan air terjun buatan.
3. Masyarakat IndiaMenanam tumbuhan seperti melur, susun kelapa,
tebu, pisang, sireh dan pinang. Elemen buatan seperti periuk tanah
dan air terjun dan patung.
c. Landskap kawasan sekolahTumbuhan hiasan yang harmoni dan
mewujudkan suasana kondusif ditanam di kawasan sekolah. Elemen yang
dapat digunakan seperti bangku, meja, wakaf bagi mengurangkan
kebosanan dan menanam pelbagai warna dan bentuk pokok untuk memberi
suasana yang segar.Foto:
d. Landskap kawasan hospitalSuasana tenang diwujudkan dengan
menggunakan elemen air. Penerapan unsur-unsur terapeutik dan
pemilihan tumbuhan yang berwarna, tumbuhan hiasan yang tersusun dan
tumbuhan yang berbau harum bagi mencapai tujuan tersebut.Foto:
Hospital Sg. Buloh
e. Landskap kawasan masjid/gerejaLandskap ini mengutamakan
fungsi estetik dan nilai. Elemen landskap seperti wakaf digunakan.
Penggunaan tumbuhan berbau harum juga dijadikan elemen
penting.Foto: Masjid Sultan Mizan
f. Landskap Kawasan RekreasiSuasana persekitaran yang selesa dan
segar diwujudkan. Banyak menggunakan tumbuhan berwarna hijau dan
menggunakan banyak pokok naungan. Penggunaan elemen siar kaki,
laluan refleksologi, pergola, pancutan air, kolam ikan hiasan dan
wakaf.Foto:
g. Landskap Kawasan BersejarahMewujudkan kembali hasil
peninggalan satu budaya. Tumbuhan dan binaan merujuk kepada elemen
yang berkaitan budaya. Antara contoh ialah mewujudkan landskap
hasil peninggalan budaya Portugis, Belanda dan British seperti di
Bukit Tinggi, Lembah Bujang, A Famosa dan Bukit larut. Foto:
h. Landskap Kawasan Perindustrian Tumbuhan yang ditanam khusus
untuk mengawal pencemaran udara, bunyi dan mengadang pemandangan
yang tidak menarik. Tumbuhan yang sesuai mempunyai tekstur yang
padat, permukaan daun yang berbulu dan air ini dapat membantu
menyerap habuk dan bunyi.i. Landskap Kawasan Taman TemaBanyak
menggunakan elemen air dan tumbuhan naungan. Tumbuhan yang ditanam
mempunyai nilai estetik seperti bonsai dan topiary.Foto:
j. Landskap Kawasan Laluan/ JalanTumbuhan yang ditanam berfungsi
menunjuk arah, menghalang cahaya, kenderaan/matahari, membahagi
kawasan dan menyerap habuk. Tumbuhan yang di pilih hendaklah yang
tahan lasak pada panas, kurang penyelenggaraan dan pokok yang kuat
serta tidak mudah tumbang. Foto:
B. Landskap Semula JadiAlam semula jadi merangkumi segala jirim
hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi.
Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang
tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semula jadi" ialah
"persekitaran terbina".Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan
terhadap istilah "alam semula jadi" kerana kebanyakan persekitaran
semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain,
baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini,
sedikit sebanyak pengaruh manusia di izin tanpa menyebabkan sesuatu
landskap dikecualikan daripada status "semula jadi". Biasanya,
maksud istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada
definisi yang ditentukan. Banyak persekitaran alam semula adalah
hasil daripada interaksi di antara alam semula jadi dan manusia.
Oleh sebab alasan ini, istilah "ekosistem" telah digunakan untuk
menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula jadi,
termasuk manusia. Berdasarkan ini, masalah persekitaran adalah
masalah manusia atau sosial. Ada sebilangan orang menganggap bahawa
pengasingan "persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini
merupakan pemahaman umum yang telah menjadi dasar
environmentalisme, yakni pergerakan politik, sosial dan falsafah
yang luas dan yang menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk
melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau
mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di
persekitaran ini. Sungguhpun tanah gersang semakin jarang, alam
liar (umpamanya, hutan yang tidak dikendali, padang rumput yang
tidak dikerjakan, binatang liar dan bunga liar) dapat ditemui di
banyak tempat yang dahulu dihuni manusia.Matlamat yang biasanya
dinyatakan oleh ahli kaji persekitaran termasuk:1. Pengurangan dan
pembersihan pencemaran buatan manusia dengan matlamat pencemaran
sifar pada masa hadapan;2. Pengurangan penggunaan bahan api yang
tidak boleh baharu dan pembangunan alternatif yang terdiri daripada
tumbuh-tumbuhan, bahan yang berkarbon rendah atau sumber tenaga
yang boleh baharu;3. Pemuliharaan dan penggunaan sumber berkurangan
yang boleh kekal, seperti air, tanah dan udara;4. Perlindungan
ekosistem perwakilan, unik ataupun asli;5. Pemeliharaan dan
pengembangan spesies terancam atau ekosistem dari kepupusan;6.
Penubuhan rizab alam semula jadi dan biosfera di bawah pelbagai
jenis perlindungan; dan7. Pada paling umumnya, perlindungan
biodiversiti dan ekosistem yang diperlukan oleh semua manusia dan
hidupan yang lain di bumi ini.Baru-baru ini, terdapat rasa bimbang
yang sungguh mendalam tentang pertukaran iklim yang disebabkan oleh
pelepasan antroprogenik gas rumah tanaman, terutamanya karbon
dioksida, dan interaksi dengan penggunaan manusia dan alam semula
jadi. Usaha-usaha telah ditumpukan terhadap pengurangan gas rumah
tanaman yang menyebabkan pertukaran iklim (iaitu, melalui
"Konvensyen Pertukaran Iklim" dan "Protokol Kyoto") dan penciptaan
strategi penyesuaian bagi membantu spesies, ekosistem, manusia,
negara dan wilayah untuk menyesuaikan diri dengan
pertukaran-pertukaran iklim.Foto: Landskap semula jadi
C. Landskap ModenLandskap moden dipengaruhi oleh berbagai-bagai
faktor sehingga ke hari ini. Beberapa konsep telah dikenal pasti
pada awal kemunculan idea mengenai landskap. Dari Eropah, Asia dan
segenap negara Mediteranean mempunyai konsep landskap yang
tersendiri.
1. Konsep English nature/ romantic period (1715-1837)Konsep ini
menanamkan minat kepada nilai estetik tidak formal berbanding
formal. Prinsip-prinsip komposisi lukisan mula diamalkan dalam
landskap sebenar(picturesque). Penekanan kepada landskap semula
jadi dan ekologi mula dilakukan. Kerja pembinaan landskap
yangromantik dilakukan dalam konsep ini. Pada era ini terjadinya
penolakan kepada idea landskap geometri. Contoh pembinaan yang
menggunakan konsep ini ialah Taman Longleat, Chatsworth dan Kew
Garden.Taman Botani Diraja Kew Kebun Botani Diraja Kew biasanya
dirujuk sebagai Kebun Kew sahaja (Kew Gardens), berkeluasan 121
hektar dan terletak di Richmond dan Kew di barat daya London,
England. Pengarahnya adalah Profesor Stephen D. Hopper, yang
menggantikan Profesor Sir Peter Crane. Taman Botani Diraja Kew juga
ialah nama pertubuhan yang menjaga Taman Kew dan taman Wakehurst
Place di Sussex. Ia adalah sebuah institusi penyelidikan dan
pendidikan botani penting dengan 700 kakitangan dan pendapatan 56
juta untuk tahun berakhir 31 Mac 2008, dan juga sebagai suatu
tarikan pelawat yang menerima hampir 2 juta lawatan pada tahun
itu.Taman ini merupakan sebuah perbadanan awam NGO yang ditaja oleh
Jabatan Hal Ehwal Persekitaran, Makanan dan Luar Bandar. Kebun Kew
ditubuhkan pada 1759 dan telah meraikan ulang tahun ke-250nya pada
2009. Pengarah Taman Botani Diraja Kew bertanggungjawab terhadap
pengumpulan terbesar tumbuhan hidup di dunia. Pertubuhan ini
mempunyai lebih daripada 650 orang saintis dan kakitangan lain.
Koleksi hidup termasuk 30,000 jenis tumbuh-tumbuhan berlainan,
herbarium yang terbesar di dunia dan lebih daripada 7 juta spesimen
tumbuhan terawet. Perpustakaannya mengandungi lebih daripada
750,000 jilid, dan koleksi ilustrasi mengandungi lebih daripada
175,000 cetakan dan lukisan tumbuh-tumbuhan. Tapak Kew mengandungi
empat bangunan senarai Gred I dan 36 struktur senarai Gred II dalam
sebuah landskap penting secara antarabangsa.
Foto: Taman Botani Diraja Kew, UK
D. Prinsip dan Elemen Dalam LandskapAda beberapa prinsip yang
perlu dipatuhi untuk mereka bentuk landskap. Prinsip-prinsip
tersebut ialah keringkasan, kesatuan, keanekaan, penumpuan,
keseimbangan, irama, aturan dan sekala. Prinsip-prinsip ini telah
diterima umum sebagai asas yang perlu difikirkan sebelum mereka
bentuk sesuatu kawasan landskap.1. KeringkasanReka bentuk landskap
yang hendak dibina seharusnya ringkas, teratur, mudah difahami dan
mewujudkan susunan dan kesatuan. Kalau boleh menggunakan
unsur-unsur dan elemen-elemen terpenting sahaja seperti
tumbuh-tumbuhan, air, dan struktur binaan yang mudah dan ringkas
untuk mengelakkan kawasan dan suasana landskap yang kelam kabut.
Landskap yang ringkas boleh meningkatkan daya tarikan jika
pengurusan dan penyenggaraan dijalankan dengan rapi.
Foto: Keringkasan
2. KeanekaanKeanekaan adalah penggunaan pelbagai jenis elemen
dalam sesuatu reka bentuk landskap. Banyak ciri digunakan
terutamanya tumbuhan yang berbagai saiz, bentuk, warna dan tekstur.
Ia dapat menimbulkan satu daya tarikan serta mengelakkan rasa jemu
atau bosan. Keanekaan dapat diterjemahkan melalui penggunaan
kepelbagaian elemen seperti warna, bentuk, tekstur, perubahan
haluan, pergerakan, bunyi dan juga kualiti cahaya.Apabila
menggunakan prinsip keanekaan, sekurang-kurangnya tiga unsur reka
bentuk perlu dikaitkan pada satu gabungan iaitu:a. campuran tiga
warnab. campuran 3 teksturc. campuran 3 ukuran
Foto: Keanekaan
3. KeseimbanganIa bermaksud pembahagian yang sama bagi
ruang-ruang luar. Ia juga melibatkan keseimbangan dari segi saiz
ruang, tinggi pokok dan juga bentuk tumbuhan. Keseimbangan adalah
untuk mewujudkan kestabilan sama ada secara formal atau tidak
secara formal. Keseimbangan formal bersifat geometri, simetri, dan
ditentukan melalui pengulangan elemen-elemen yang sama di kiri dan
kanan. Keseimbangan tidak formal lebih dinamik dan lebih bersifat
natural. Keseimbangan adalah popular dari segi visual untuk
mendapatkan pemandangan yang menarik. Gubahan dan susunan tanaman
dalam landskap boleh dibahagikan kepada dua cara iaitu:i. Susunan
seimbangMemberi persepsi yang formal lantaran tanaman dan elemen
landskap diatur sama bentuk, sama bilangan, sama warna, sama ukuran
dan sama tekstur sama ada di bahagian kiri atau kanan kawasan.
Selalunya didapati di taman formal seperti di negara Perancis dan
negara Islam.Foto:
ii. Susunan tidak seimbangMemberikan persepsi yang selesa,
nyaman dan ketenangan.Keseimbangan terbahagi kepada 2 jenis
iaitu:a. Keseimbangan antara kedua-dua bahagian garisan
(kiri-kanan)Diatur secara formal dengan kedua-dua bahagian garisan
mempunyai aturan yang sebentuk atau ukuran yang kontras antara kiri
dan kanan.b. Keseimbangan perspektifMeliputi keseimbangan bahagian
depan, tengah dan belakang. Susunan tanaman dalam keseimbangan ini
selalunya melibatkan penanaman pokok jenis hiasan di bahagian
belakang, jenis renek di bahagian tengah dan jenis penutup bumi di
bahagian hadapan. Tanaman boleh dipilih berdasarkan tekstur dan
warna (menggunakan tanaman yang bertekstur kasar, sederhana dan
halus untuk menampakkan kawasan atau ruang yang luas dan
sebaliknya. Pemilihan warna pula, bahagian belakang haruslah
berwarna lebih cerah dari kawasan tengah atau hadapan.Foto:
4. Skala/ ukuranSkala adalah pertalian dan perbandingan saiz di
antara sesuatu elemen dengan elemen yang lain dan perbandingan saiz
dengan manusia dan persekitarannya. Manusia terutamanya adalah
pengguna kawasan landskap yang utama dijadikan sebagai rujukan dan
perbandingan. Penggunaan elemen-elemen yang besar dalam ruang yang
sempit akan menampakkan kawasan menjadi lebih kecil daripada
sebenarnya. Sementara penggunaan elemen-elemen yang kecil dalam
ruang yang luas akan menampakkan kawasan menjadi lebih besar
daripada saiz sebenarnya. Pokok naungan jenis besar / pokok renek
jenis rendah tidak sesuai ditanam berhampiran dengan rumah. Warna
juga dapat memberi ukuran kepada ruang. Contohnya ruang yang
ditanam dengan pokok jenis daun akan kelihatan sempit berbanding
dengan ruang yang ditanam dengan tanaman yang berwarna cerah. Dalam
landskap, ukuran bermaksud dimensi sesuatu ruang atau saiz sesuatu
elemen/objek. Ukuran boleh dikira dalam bentuk mutlak.
Foto:
5. Turutan/ Ulangan Penggunaan elemen terutamanya
tumbuh-tumbuhan adalah berulang-ulang. Ulangan selalunya dalam
bentuk linear (memanjang) atau barisan. Prinsip turutan akan
memberikan pemandangan yang bersambungan dan berterusan dalam
sesuatu kawasan. Prinsip ini biasanya digunakan bagi membahagikan
kawasan, menunjukkan sempadan kawasan atau menunjuk arah bagi
laluan-laluan tertentu seperti di tepi jalan. Turutan daripada satu
gubahan dan susunan tanaman kepada satu gubahan dan susunan tanaman
yang lain mengikut perubahan bentuk, warna, tekstur, ukuran dan
jarak tanaman. Penanaman pokok dengan jarak yang berbeza boleh
memberi pandangan yang harmoni, terutamanya apabila turutan jarak
dari sebatang pokok ke jarak gabungan pokok-pokok. Susunan mengikut
turutan jarak ini boleh memberi tumpuan atau daya tarikan dalam
landskap.Foto:
6. PenumpuanPenumpuan bermaksud reka bentuk taman mini yang
dibuat menjadi tumpuan dan menarik perhatian. Elemen tertentu
dijadikan daya tarikan. Penumpuan biasanya dibuat pada
tempat-tempat yang strategik, unik dan paling menarik. Elemen
penumpuan dapat diwujudkan dengan menggunakan warna tumbuhan yang
menarik, tekstur yang kasar, bentuk yang unik atau garisan yang
bertemu di satu tempat.Foto:
E. Pemilihan Konsep untuk Kawasan Kediaman dan Perancangan
PengenalanSuasana hijau semula jadi, pemandangan yang mencuri
perhatian di laman pasti memberikan persepsi tersendiri kepada
keluarga dan tetamu bertandang. Berlatarkan tumbuhan segar yang
menjalar berbunga bagai pelengkap pagar dan menjadi simbol
menyambut kehadiran keluarga serta tetamu. Reka letak dan
perancangan teliti tumbesaran setiap tanaman itu membuatkan visual
pemandangan tetap mengilhamkan ketenangan sepanjang masa. Suasana
redup dan nyaman lebih terasa di laman kediaman teres tiga tingkat
itu kerana pepohon yang ditanam berfungsi mendinginkan suasana.
Susunan menarik pasu yang ditanam pelbagai jenis tanaman dan
digantung pada sudut khas di laman menggambarkan latar landskap
tersendiri .Kehadiran kerusi santai benar-benar memberi peluang
keindahan landskap dihayati sepenuhnya saban waktu. Laman indah itu
menjadi antara lokasi paling sesuai merehatkan minda dan mencari
ketenangan sepanjang masa. Bukan sekadar pada laman keindahan
semula jadi diterjemahkan kerana sebaik melangkah ke ruang dalaman,
suasana hijau turut mengambil tempat terutama di ruang tamu. Konsep
hijau tetap menjadi pilihan utama baik untuk laman mahupun ruang
kediaman. Kehijauan itu sendiri memberikan ketenangan dan
keselesaan berpanjangan tanpa mengira waktu selain menyejukkan
suasana. Dalam menghias ruang tamu, pemilihan pepohon hijau
menjalar sebagai latar kemasan dinding sekali gus membuatkan
suasana di ruang berkenaan sejuk mendamaikan. Kehijauan dan
kesegaran pepohon menjalar ini membawa keunikan tersendiri setiap
kali berehat di satu-satu ruang itu sambil mata disajikan dengan
pemandangan semula jadi. Walaupun kebanyakan pokok dalam rumah
tidak memerlukan cahaya matahari, binaan ruang yang membenarkan
cahaya masuk turut dilakukan supaya tumbesarannya tidak
terganggu.Sentuhan kreatif turut diketengahkan kerana semua pepohon
hijau menjalar dalam ruang kediaman itu ditanam dalam pasu kraf
menarik. Tanaman juga memerlukan perhatian seperti diri kita kerana
setiap perkembangan amat penting selain memupuk rasa cinta terhadap
kehijauan alam. Paling penting beri tumpuan kepada rutin siraman,
pembajaan dan penukaran tanah dalam pasu harus dilakukan
sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.
Kesempurnaan LandskapSebagaimana yang telah dikatakan, landskap
dan kediaman perlu menyokong antara satu sama lain. Untuk mencapai
keharmonian tersebut, anda perlu menimbang pilihan-pilihan yang ada
bagi mendapatkan landskap yang benar-benar hebat dan praktikal.
Penyusunan tanaman sangat penting dalam seni landskap. Gabungan
landskap lembut dan landskap kejur menyempurnakan laman. Ada
beberapa aspek dalam pembinaan landskap secara D-I-Y seperti bajet,
kemahiran, iklim, persekitaran, cita rasa peribadi dan
sumber-sumber yang ada. KonsepPastikan konsep landskap yang ingin
terapkan sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman anda. Ada banyak
konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran mahupun
budaya kita. Misalnya konsep Bali, Tropika, Melayu, Oriental, Jepun
dan sebagainya.
Pastikan konsep landskap pilihan itu selari dengan reka bentuk
rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan
serta pandangan yang harmoni. Jika gugusan pokok atau bunga-bungaan
ditanam, pastikan ia disusun mengikut lapisan ketinggian mereka.
Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang,
sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian hadapan.
Ia bukan sahaja bagi membolehkan kesemua tanaman dapat dilihat,
bahkan jika tanaman mengeluarkan bunga, susunan yang menarik dapat
diwujudkan.Terdapat landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian
landskap basah selalunya mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan
landskap. Ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata, malah bunyi
percikan air mampu mencipta suatu suasana yang nyaman dan
menenangkan. Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk
kolam. Bagaimanapun lebih menarik jika ia dilengkapi pancuran atau
terjunan air yang ringkas sudah memadai. Bahan-bahan yang telah
siap dijual boleh digunakan atau membina sendiri sesuatu
berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang dimiliki. Semua bahan
atau keperluan membina landskap basah boleh di peroleh dengan mudah
di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai akuarium.
Pastikan landskap yang direka dan dibina itu tahan serta mudah
diselenggarakan. Misalnya, pilih pokok-pokok yang bukan dari jenis
cepat mati atau terlalu manja untuk dijaga. Begitu juga pastikan
binaan hardscape anda tahan lasak untuk menangani beban penggunaan
dan faktor cuaca. Kalau boleh penyelenggaraan landskap biarlah
lebih bermaksud mengawal atau mencorakkan pertumbuhan dan bukan
kerana terpaksa membaiki bermacam-macam kerosakan atau menggantikan
pokok mati. Landskap Lembut terdiri daripada unsur seperti tumbuhan
dan air. Manakala landskap keras/kejur melibatkan penggunaan elemen
buatan dan keras seperti batu, kayu, simen, besi dan fibre glass.
F. Prinsip Reka Bentuk Taman1. SaizSaiz merupakan prinsip yang
diutamakan dalam reka bentuk taman. Merupakan faktor yang paling
penting sebelum mereka bentuk taman.
2. Tekstur Elemen tekstur dapat memberikan kepelbagaian kepada
taman.
3. Kesan bunyi (sound effects)Taman dilengkapi set kolam air
pancut, gantungan buluh atau berbagai-bagai-bagai lagi instrumen.
Contohnya air pancut yang menitis dapat menghasilkan bunyi yang
semula jadi.
4. StrukturStruktur bermaksud binaan oleh manusia. Contohnya
seperti laluan pejalan kaki, pokok, batu dan dinding.
5. Aplikasi warnaAplikasi warna ialah kombinasi warna yang baik
akan menghasilkan sebuah taman yang mempunyai nilai estetika.
6. Cahaya (lightning)Pencahayaan boleh diperoleh secara semula
jadi atau buatan sendiri.
G. PerancanganKawasan di sekitar rumah merupakan ruang yang
berharga yang boleh menambah ruang kehidupan kita dan mendapat
keseronokan daripadanya. Taman mempunyai lantai, dinding, perabot,
perkakasan, pencahayaan dan tema yang berbeza. Taman juga mempunyai
siling yang mungkin dalam bentuk kanopi pokok dan pergola. Berikut
adalah perkara-perkara yang perlu difikirkan dan patut dibuat untuk
menjadikan taman yang dibina itu menjadi sebuah taman yang
ideal.Taman seperti rumah boleh dianggap sebagai tempat tinggal.
Taman yang ideal bukan sahaja cantik tetapi memenuhi keperluan
penggunanya. Taman adalah sebuah kawasan yang harmoni. Bagi
sesetengah orang lain pula taman sebagai tempat yang tenang untuk
berehat, selain tempat/ruang untuk melayan tetamu serta untuk
memasak dan menikmati makanan. Bagi kanak-kanak pula taman
merupakan tempat untuk bermain. Mereka bentuk taman yang dapat
memenuhi gaya hidup seseorang dan kelihatan bergaya sambil
memuaskan hati merupakan satu cabaran dan satu keseronokan. Oleh
kerana itu, semasa merancang untuk mereka bentuk dan membina taman,
faktor-faktor berikut penting untuk diteliti dan diguna pakai:1.
Persekitaran setempat Reka bentuk dan pembinaan taman hendaklah
mengambil kira dengan persekitaran setempat seperti jenis tumbuhan,
iklim, jenis tanah, dan lain-lain.2. Penyesuaian dengan cuaca -
Cuaca mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan taman. Cuaca yang
ekstrim mempengaruhi ketahanan tumbuh-tumbuhan dan struktur binaan
taman.3. Personaliti dan gaya hidup - Sesuaikan reka bentuk taman
dengan personaliti dan gaya hidup penggunanya.4. Mengubahsuai taman
mengikut keperluan - Bina taman yang dapat diubahsuai pada
masa-masa tertentu tanpa menjejaskan ruang dan kawasan sedia ada.5.
Menilai Lokasi/Kawasan Taman-Dapatkan semua maklumat mengenai taman
tersebut. Ini termasuklah memastikan ukuran taman, dan mencari
sebanyak mungkin maklumat mengenai ciri-ciri fizikal taman
tersebut. Gunakanlah kertas, pensel, pita pengukur, dan kajian
dengan merekodkan segala pemerhatian, dan melukis secara kasar
gambaran taman yang dikehendaki. Maklumat-maklumat ini merupakan
asas kepada reka bentuk taman yang menarik.6. Pemandangan yang
menarik - Taman yang dibentuk mestilah mempunyai pemandangan yang
cantik dari pelbagai sudut. Mungkin berlatar belakangkan padang
rumput, bukit- bukau, tasik dan lain-lain.7. Aspek dan kesan Reka
bentuk taman semestinya memberi kesan yang mendalam kepada
penggunanya sama ada melalui penglihatan, pendengaran, atau
perasaan.8. Sebagai teduhan - Lebih menarik dan lebih berkesan jika
rekabentuk taman mempunyai tempat-tempat berteduh melalui binaan
pergola, gazebo atau silara tumbuhan taman.9. Jenis tanah dan
penanaman - Perhatikan dan cari maklumat mengenai jenis tanah di
kawasan landskap. Ini akan membantu untuk membuat pemilihan jenis
tumbuh-tumbuhan taman yang sesuai dan dapat hidup subur.10.Dari
pemerhatian kepada perancangan berskala - Perhatikan ruang dan
kawasan taman secara keseluruhan lalu buat perancangan rekabentuk
taman dengan skala yang tertentu dan sesuai. Manusia dan haiwan
dijadikan bahan rujukan.
H. Elemen dalam Mereka Bentuk Taman Yang MenarikReka bentuk
taman yang baik merupakan sesuatu yang ringkas dan memenuhi
keperluan sama ada untuk gaya formal, tak formal atau gabungan
kedua-duanya. Reka bentuk seharusnya memenuhi keperluan anda,
mencerminkan personaliti anda, dan berada dalam keadaan harmoni
dengan persekitaran. Sesuatu reka bentuk yang berjaya boleh
diperolehi melalui pemerhatian, peraturan-peraturan mudah untuk
memanipulasi ruang dan memberikan warna, paten dan tekstur.
1. Gaya taman - Sebaik-baiknya sebuah taman mempunyai gaya, tema
dan konsep yang nyata sebagaimana yang dikehendaki oleh
pengguna.
2. Bekerja dengan ruang - Taman seharusnya mempunyai ruang yang
mencukupi untuk penggunanya bergerak sama ada berjalan, duduk,
melompat, bekerja, dan lain-lain.
3. Kesan corak - Corak reka bentuk taman mungkin pelbagai yang
dapat memberi gambaran kepelbagaian jenis tumbuhan, cara susunan
tumbuhan, dan susun atur perabot taman.
4. Penggunaan warna - Gunakanlah warna yang berbagai tetapi
tersusun untuk meningkatkan seri taman terutamanya kepada warna
tumbuh-tumbuhan.
5. Eksploitasi tekstur - Jika boleh eksploitasi tekstur
tumbuh-tumbuhan dan struktur binaan dari segi besar kecil, susunan
tinggi rendah, dan panjang pendek agar taman itu seolah-olah semula
jadi.
I. Asas Mereka Kerangka TamanKerangka taman bukan sahaja
melibatkan ukur keliling dan pembahagian dalaman tetapi juga
menentukan cara kita bergerak dalam ruang tersebut dan bagaimana
kita menyusun atur setiap ruang. Kawasan ini mestilah praktikal dan
ada nilai-nilai estetika. Taman sepatutnya mempunyai ruang yang
besar/bersesuaian, pemandangan yang indah, udara yang segar, cahaya
matahari dan suasana yang selesa. Bahan-bahan yang sesuai dipilih
untuk taman supaya kelihatan cantik, bergaya dan praktikal dan
tujuan taman dibina.
1. Dinding - Boleh jadi tumbuh-tumbuhan pagaran atau tumbuhan
renek yang disusun rapat dan dipangkas pucuknya.2. Pintu masuk -
Pintu masuk atau gerbang dibina ke kawasan taman yang menarik dan
bergaya daripada bahan-bahan seperti kayu, batu, tumbuh-tumbuhan
dan lain-lain.3. Siling - Siling taman mungkin dalam bentuk
silara/kanopi tumbuh-tumbuhan naungan, pergola dan tumbuhan
memanjat di atas para.4. Lantai - Taman yang menarik mempunyai
lantai seperti rumput turf, siar kaki dan batu-batu kecil5. Aras -
Aras tanah yang tinggi rendah lebih menarik jika dibandingkan aras
yang mendatar. Bina dan bentuk busut-busut atau bukit-bukit mini
untuk menambah nilai taman.6. Bentuk dan fungsi - Kerangka taman
yang hendak dibina mestilah mempunyai fungsi yang dikehendaki oleh
pengguna. Taman direka bentuk setelah perbincangan dilakukan antara
tuan punya, pereka bentuk, dan kontraktor.
J. Hiasan dan Susun Atur TamanHiasan dan susun atur taman
seharusnya seperti di dalam rumah. Perhiasannya mungkin daripada
struktur-struktur yang menarik, gazebo, pancutan air, ataupun pasu
terra-cotta. Pencahayaan boleh menambahkan kecantikan taman pada
waktu malam.
1. Prinsip-prinsip menghias - Prinsip-prinsip menghias
diaplikasikan untuk pembinaan taman.2. Menanam - Tumbuh-tumbuhan
taman hendaklah diatur/disusun dan ditanam mengikut prosedur
penanaman yang betul supaya ia tumbuh dengan sempurna.3. Perabot
taman - Pemilihan perabot taman disesuaikan dengan konsep taman
yang dikehendaki oleh tuan punya atau pengguna taman dan juga
keluasan taman.4. Ciri-ciri khas/istimewa - Buat dan bina ciri-ciri
khas taman atau titik tumpu supaya taman lebih kelihatan menyerlah,
istimewa, dan berkesan di hati bagi sama ada pengguna lama atau
pengguna baru. Ia mungkin air pancut, replika, binaan, kolam dan
lain-lain.
K. Penjagaan Tanaman di Laman Rumah1. Tentukan jenis pokok dan
tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan jenisnya serta
kesesuaian tanah.
2. Penyiraman - Tentukan waktu sesuai untuk penyiraman iaitu
seelok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang
hingga 7 malam untuk penyiraman kedua. Elakkan sama sekali
penyiraman pada waktu tengah hari.
3. Pemangkasan - Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau
tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan,
membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga
serta buah.
4. Pembajaan - Penting untuk tumbesaran pokok dan ramai
menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh
dengan lebih subur. Ada pelbagai jenis dan jenama yang terdapat di
pasaran. Secara umumnya, kadar baja dan masa pembajaan adalah lebih
kritikal dari jenis baja yang akan digunakan.
KesimpulanLandskap amat penting dalam kehidupan seharian.
Manusia dan alam saling berhubung untuk hidup di alam ini. Hubungan
ini diterjemahkan dalam landskap yang dibina. Kesemua elemen yang
diterapkan dalam pembinaan sesebuah landskap merupakan cara manusia
membina hubungan dengan alam sekitar. Seni Landskap memungkinkan
olahan pemikiran manusia yang diterjemahkan pada alam sekitar.
LampiranFoto: Contoh- contoh Landskap
RujukanLaman Web:1. http://dtashatdijah.blogspot.com/2.
http://www.google.com.my/search?sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=landskap+lembah+bujang3.
http://fnkeyboard.blogspot.com/2011/04/apa-itu-landskap.html4.
http://www.kpkt.gov.my/jln/main.php?Content=articles&ArticleID=4&IID=
Buku:1. Dasar Landskap Negara 20052. Pembinaan Landskap, Puan
Siti Norain binti Megat,DBP1