Pemakanan sihat tingkatkan prestasi kognitif Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH [email protected] RAKYAT Malaysia boleh dikategorikan sebagai amat bertuah kerana mudah untuk mendapat makanan. Walaupun itulah yang dilihat secara kasar, hakikatnya senario itu tidak berlaku dalam kalangan kanakkanak khususnya dalam aspek pemakanan sihat dan seimbang. Pengetahuan tentang kandungan nutrisi makanan mempengaruhi perkembangan kesihatan manusia. Banyak kes yang teijadi melibatkan kanakkanak yang mengalami obesiti atau kekurangan zat makanan kerana tidak mendapat didikan tentang pemakanan sihat. Oleh itu, didikan awal tentang pemakanan sihat mulai peringkat kanakkanak amatpenting. Ini kerana panduan amalan pemakanan sihat dari awal dapat memastikan pembesaran kanak kanak yang teratur. Dalam hal ini, nutrisi mempu nyai impak yang langsung terhadap kesejahteraan kanakkanak yang meliputi aspek fizikal dan mental. Menurut Profesor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Svmway, Dr. Alvin Ng Lai Oon, data yang diperoleh melalui Kaji Selidik Nutrisi di Asia Tenggara (Seanuts) menunjukkan kanak kanak di Malaysia yang mengalami kekurangan nutrisi (tubuh yang kurus, kurang berat badan dan ketinggian terbantut) dan mereka yang mengalami masalah berlebihan nutrisi (berat badan berlebihan, obes dan terlalu obes) mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat skor bawahpuratalQ, "Kanakkanak belajar secara aktif. Sejak lahir, mereka mengumpul, mengasiilgkan, dan memproses maklumat sekelilingnya, dan menggunakan maklumat itu untuk melihat, memahami serta mempelajari tentang dunia mereka. Maknanya, kanakkanak belajar dan memperoleh kepintaran semasa mental mereka sedang berkembang," . katanya pada bengkel Smart Steps Dutch Lady Malaysia khusus untuk tahaptahap kebijaksanaan si manja di Auditorium, Connexion @ Nexus, Bangsar South Kuala Lumpur barubaru ini. Tambah beliau, untuk mengenal pasti kanak kanak membesar secara normal atau sihat, ibu bapa dan penjaga perlu melihat akan perkembangan atau keupayaan yang dicapai oleh kanakkanak pada peringkat umur yang berbeza. Pencapaian kognitif Dr. Alvin menjelaskan, tidak seperti pencapaian fizikal, perkembangan kanakkanak seperti kali pertama mula beijalan atau berlari, pencapaian kognitif atau kemajuan mental tidak begitu jelas. Keupayaan untuk menemui permainan di bawah kain dan memadankan bentuk dan wama mungkin merupakan langkah fizikal tetapi mereka memerlukan proses mental dan kebijaksanaan untuk membolehkan mereka mencapainya. Ditanya tentang khasiat nutrisi boleh membantu menyokong perkembangan mental kanak kanak, Dr. Alvin memberi contoh dengan membayangkan otak anak anda seperti jalan di lebuh raya. "Nutrisi penting yang anda berikan merupakan bahan binaati yang memastikan permukaan jalan raya itu licin tanpa lubang. Kereta dan kenderaan lain merupakan maklumat yang diterima otak, dan mereka perlu bergerak menuju dan menghubungi bahagian bahagian lain dalam otak. Oleh itu, aktivitiaktiviti yang anda lakukan untuk memberi rangsangan kepada otaknya, seperti bermain dan berinteraksi, merupakan papan tanda dan isyarat yang diberikan kepada kenderaan di lebuh raya," katanya. Sementara itu, Ketua Program Sains Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Penyelidik Utama Seanuts Malaysia, Profesor Dr. Poh Bee Koon berkata, pemakanan merupakan faktor penting yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan yang berterusan mengikut peringkat umur kanak kanak. "Kekurangan makanan yang sihat boleh mengakibatkan pertumbuhan fizikal terbantut, perkembangan otak yang perlahan serta mengurangkan sistemimunisasi badan. Kajian prestasi kognitif Seanuts menunjukkan kesan pemakanan terhadap pembangunan mental dan kepintaran kanakkanak," jelas Dr. Bee Koon. Tambah beliau, khasiat yang berbeza diperlukan pada pelbagai peringkat perkembangan untuk otak sihat dan aktif. Contohnya, magnesium memainkan peranan dalam proses pembelajaran dan daya ingatan serta penting untuk tenaga bagi otak. Ini dapat membantu kanakkanak berusia empat tahun ke atas yang sedang belajar cara untuk mengadaptasikan ilmu yang dipelajari melalui proses kreatif. "Selain daripada menyokong perkembangan tulang dan melancarkan fungsi otot, Vitamin D sebenamya melindungi mata dan daya penglihatan kanakkanak, iaitu deria penting untuk sifat ingin tahunya," jelas Dr. Bee Koon. Sementara itu, Pakar Perunding Pediatrik, Dr. Yong Junina berkata, pelbagai aspek perkembangan kanakkanak dan pencapaian penting mereka membolehkan ibu bapa mengawasi tumbesaran dan perkembangan anak mereka secara keseluruhan. "Pakar pediatrik biasanya menganggarkan keupayaan kanak kanak melalui pemerhatian dan keterangan ibu bapa tentang pencapaian anak mereka," katanya. Latihan kognitif SpeedSmart Bengkel ini dianjurkan untuk ibu bapa dengan kanakkanak yang berusia antara satu hingga enam tahun dan memberi peluang kepada ibu bapa untuk memahami perkembangan mental si manja mereka dan mengenal pasti tahap tahap yang menandakan perkembangan anak. Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara status pemakanan dan prestasi kognitif dalam kalangan kanakkanak. Oleh itu, pakarpakar dalam bidang psikologi, pemakanan dan pediatrik menasihati ibu bapa Headline Pemakanan sihat tingkatkan prestasi kognitif MediaTitle Mingguan Malaysia Date 03 May 2015 Color Full Color Section Kesihatan Circulation 366,469 Page No 27 Readership 1,099,407 Language Malay ArticleSize 844 cm² Journalist [email protected] AdValue RM 18,907 Frequency Daily PR Value RM 56,721