PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan, limpah
dan kurniaNya dapat kami menyiapkan buku skrap ini walaupun banyak
kekangan yang dihadapi. Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima
kasih kepada Puan Maslinda binti Yahya guru Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan kerana memberi tunjuk ajar kepada kami untuk
menyiapkan buku skrap ini. Penghargaan juga diucapkan kepada pihak
sekolah yang telah memberi panduan yang memudahkan lagi pelaksanaan
kajian ini.
PENGENALANCerita rakyat adalah cerita masa lalu yang popular di
kalangan rakyat dan menjadi hiburan khususnya di kalangan
kanak-kanak. Cerita rakyat ini banyak mengandungi unsur-unsur
pengajaran dan meliputi banyak aspek yang mencakupi kekayaan budaya
dan sejarah yang dimiliki setiap bangsa.
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.PENGHARGAAN
32.PENGENALAN
5
2.1Isi Kandungan
6
2.2Objektif
73.PENDAHULUAN
3.1Definisi
9
3.2Jenis Cerita Rakyat
10
3.3Tujuan Cerita Rakyat Disampaikan
104.KANDUNGAN CERITA RAKYAT
4.1Cerita 1: Ahli Sihir Yang Angkuh
13
4.2Cerita 2:Sang Kancil Dengan Buaya 15 - 185.PENUTUP
5.1Refleksi
21 - 22
5.2Lampiran
23
5.3Rumusan
25
5.4Rujukan
25OBJEKTIF1.Menerangkan ciri-ciri cerita rakyat pelbagai
kaum.
2.Mencontohi pengajaran daripada cerita rakyat.
3.Berbangga dengan cerita rakyat warisan budaya Malaysia.
PENDAHULUAN
DEFINISI
Cerita rakyat adalah cerita yang dibuat dan diolah berdasarkan
kepada kehidupan masyarakat setempat. Biasanya cerita ini akan
disampaikan dan diceritakan dari mulut ke mulut. Cerita rakyat ini
biasanya akan disampaikan dan diceritakan oleh tukang cerita yang
digelar penglipur lara. Selain mahir bercerita, mereka ini juga
biasanya mahir dalam bermain alat muzik serta boleh menyanyi. Oleh
itu, sambil bercerita mereka biasanya akan menyanyi dan bermain
muzik.
Antara jenis cerita rakyat ialah cerita asal usul, cerita
jenaka, cerita binatang dan cerita kepahlawanan. Biasanya, ia
diselitkan dengan unsur nasihat, jenaka dan semangat patriotik
serta nilai-nilai murni untuk dijadikan tauladan dan sempadan dalam
kehidupan seharian.
Cerita rakyat ini adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan ia
terpulang kepada kaum tersebut untuk menggunakan masa yang sesuai
bagi menyampaikannya. Sebagai contoh, masyarakat Melayu pada masa
dahulu menggunakan masa terluang pada waktu malam untuk mendengar
cerita. Bagi kaum Bidayuh, cerita rakyat disampaikan pada waktu
petang atau waktu malam semasa mereka berkumpul selepas habis
bekerja di kebun atau di sawah.
Tujuan cerita rakyat ini disampaikan adalah untuk mendapat
hiburan setelah penat bekerja pada waktu siang. Selain itu, ia juga
untuk mendapatkan nasihat dan teladan yang berguna serta memberikan
pengajaran berguna kepada masyarakat yang mendengarnya.
JENIS CERITA RAKYAT
Cerita asal-usul
Cerita jenaka
Cerita binatang
Cerita kepahlawanan
TUJUAN CERITA RAKYAT
Tujuan cerita rakyat ini disampaikan adalah untuk mendapatkan
hiburan setelah penat bekerja bagi kebanyakan kaum. Di samping itu,
ia adalah untuk mendapatkan nasihat dan teladan yang berguna bagi
pendengar. Apapun, pengajaran yang benilai di dalam cerita rakyat
yang disampaikan ini akan dijadikan panduan dalam kehidupan
seharian.
Cerita 1 : Ahli Sihir Yang Angkuh
Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India. Pada suatu hari,
datang seorang ahli sihir yang termahsyur lalu mencabar penduduk di
situ.
Wahai penduduk kampung, siapakah yang berani mencabar saya?.
Thenaliraman tampil ke hadapan dan berkata, Wahai tukang sihir,
saya ingin mencabar anda. Saya akan melakukan sesuatu dengan tangan
tertutup tetapi tukang sihir boleh melakukannya dengan mata
terbuka.
Ha! ha! ha!, Senangnya permintaan anda.
Thenaliraman pun duduk bersila lalu menutup matanya. Selepas
itu, dia pun mengambil segenggam pasir lalu melemparkannya ke arah
matanya.
Melihatkan keadaan itu, tukang sihir itu berasa terkejut. Dia
tahu dia tidak boleh melakukan seperti yang diminta. Tukang sihir
itu sedar akan keangkuhannya. Dia meminta maaf lalu terus
meninggalkan kampung itu.
AHLI SIHIR
GAMBARAN AHLI SIHIR YANG ANGKUH
PENGAJARAN DAN NILAI
Kita jangan menjadi angkuh.Kita hendaklah meminta maaf jika
melakukan kesilapan.
Cerita 2:Sang Kancil Dengan Buaya
Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang
paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam
hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka
menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang-
binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang
sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk
mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman
telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar
kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas,
menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan,
lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah
hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat
jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan
sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan
rasa dahaga Sang Kancil.
Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila
terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang
sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam
hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang
lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri
tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang
terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak
lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak
ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat
menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut"
fikir Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk
menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba
Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di
tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia
suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah
lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu
berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?"
buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka
mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik
sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan
kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira
untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar
lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu
berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak
sampaikan".
Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya
menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana
Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar
saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana
Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah
semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku
akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata
Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk
menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada
di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata
"Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman
supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan
memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi
"Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah
sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi
Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya
tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil
mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas
buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan
menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil
mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya
menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus
melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan
berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah
menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh
Nabi Sulaiman".
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan
malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan
tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan
datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini.
Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus
meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di
dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang
masak ranum itu.
SANG KANCIL
SI BUAYA
PENGAJARAN DAN NILAI
Seseorang itu walaupun mempunyai fikiran yang bijak, cerdik
tetapi janganlah berlagak sombong, lupa daratan, seperti pepatah
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua.
Borang Refleksi
Projek buku skrap
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan.
Nama : Adibah Binti Mansor
Tingkatan : 1 Zuhal
Tajuk:
1) Sang Kancil Dengan Buaya.2) Ahli Sihir Yang Angkuh.1. Apakah
faedah dan kesan yang diperolehi daripada cerita rakyat?
Faedah dan kesan yang diperolehi daripada cerita rakyat ialah
kita dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
bagi menjamin keamanan dan keharmonian sejagat. Orang yang kuat
sepatutnya membantu orang yang lemah.Selain itu, cerita rakyat
menyuruh kita berhati-hati dalam segala hal bagi mengelakkan kita
ditindas.2. Apakah cadangan untuk mengekalkan warisan cerita
rakyat?
Cadangan saya ialah mengadakan pertandingan bercerita di
kalangan pelajar sekolah, mengadakan pertandingan mewarna
watak-watak dalam cerita rakyat dan mengadakan pertandingan lakonan
cerita rakyat.
3. Bagaimanakah anda menunjukkan apresiasi cerita rakyat
pelbagai kaum?
Saya sering bercerita tentang cerita rakyat kepada adi-adik
saya. Selain itu, saya juga membeli dan mengumpul koleksi-koleksi
cerita rakyat dan meminjamkannya kepada rakan-rakan.
RUMUSAN
Secara umum, cerita rakyat ini bukan sahaja sekadar hiburan yang
didengar setelah penat bekerja seharian, namun ia juga memainkan
peranan penting bagi menjadi pengajaran dan iktibar dalam cerita
yang disampaikan. Apapun, kita harus mengekalkan cerita-cerita
rakyat ini sebagai warisan budaya kita yang amat berharga. Bak kata
pepatah, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
RUJUKANhttp://cerita-tauladan.blogspot.com/2011/03/sang-kancil-dengan-buaya.htmlhttp://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/2008/08/ahli-sihir-yang-angkuh.html
TEMA
WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
TAJUK
KOMPILASI CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA
Disediakan Oleh :
Rohani binti Majid
Mazshilawati binti Rafai
Adibah binti Mansor
Suhanida binti Che Sulaiman
Fatimah Zaharah binti Muda
Mazni binti Mohd Ramly
PENGHARGAAN
PENGENALAN
ISI KANDUNGAN
OBJEKTIF
PENDAHULUAN
DEFINISI
JENIS CERITA RAKYAT
TUJUAN CERITA RAKYAT DISAMPAIKAN
KANDUNGAN CERITA RAKYAT
CERITA 1 :
Ahli Sihir Yang Angkuh
AHLI SIHIR merupakan seseorang yang mempunyai kuasa luar biasa
dan biasanya digunakan untuk tujuan JAHAT
CERITA 2 :
Sang Kancil dengan Buaya
Kancil sebagai lambang dan kias rakyat supaya menggunakan otak,
kepintaran. Sang Kancil yang kecil dapat menewaskan binatang yang
besar seperti harimau, gajah dan buaya.
PENUTUP
REFLEKSI
LAMPIRAN
RUMUSAN
RUJUKAN
REFLEKSI
LAMPIRAN
RUMUSAN
PAGE 25