Top Banner

of 18

Buku Skrap Dinghi

Oct 09, 2015

Download

Documents

Mika Hakimie
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

JENIS-JENIS LATIHAN PEMANDUAN DINGHI

Nama : 1. MOHD SOLEH BIN ABDUL HAMID

2. NIK MOHD FAES AFNI BIN CHE MOHD ZABAMata Pelajaran: PENDIDIKAN LUAR

Tajuk

: PENGENALAN DINGHINama Guru

: TN. SYED AHMAD EZAHAR BIN SYED

AMBONTarikh

: 12 MEI 2008

Pengenalan DinghiDinghi ialah sejenis pengangkutan air yang diperbuat dari polyster, getah dan gentian bebenang. Ia adalah sesuai digunakan semasa melakukan aktiviti-aktiviti air seperti, aktiviti menyelamat, aktiviti berkayak dan keyakinan di air (water confidence). Dinghi diperlukan apabila berlakunya sebarang kecemasan semasa melakukan aktiviti di air. Dinghi digerakkan dengan menggunakan pendayung dan enjin. Pendayung digunakan apabila berlakunya sebarang kerosakan atau kecemasan semasa mengendalikan dinghi. Enjin juga perlulah bersesuaian dengan dinghi yang digunakan. Untuk pengetahuan, pada awalnya dinghi ini digunakan oleh U.S Marine untuk latihan serangan dalam pasukan ketenteraan. Di samping itu juga, dinghy adalah mudah untuk dibawa ke merata tempat samada di darat atau di air.

Sejarah Dinghi

Menurut Guiness Book of Motorboating sejarah dinghi bermula pada 880 S.M apabila Assyrian King Ashurnasirpal II mengarahkan tenteranya menyeberangi sungai menggunakan lemak daripada kulit binatang yang mana boleh dikembangkan secara berterusan untuk memastikan ianya terapung di atas air. Pada zaman kuno China dahulu iaitu pada zaman pemerintahan Dinasti Sung dan Ming, kulit binatang yang boleh dikembangkan telah digunakan untuk menyeberangi sungai.Dinghi moden pertama telah dipatenkan di Perancis, Great Britain, Zodiac, dan RFD. Pada tahun 1919, Reginald Foster dari RFD telah mencipta dinghi moden dan mencubanya di Lake Wisely, England. Kemudian, beliau berusaha memajukan ciptaannya pada tahun 1930.

Dinghi pertama diiktiraf oleh French Navy iaitu model Zodiac yang telah dimajukan oleh industri ketenteraan dan awam. Pada tahun 1937, Pierre Desroutell mencipta dinghi berbentuk U yang mempunyai 2 boya yang bersambung dengan transom dan dipatenkan pada 10 Ogos 1943. Dinghi versi ini telah digunakan dalam aktiviti rekreasi dan juga sukan.Bahagian-Bahagian Dinghi

Bahagian-Bahagian Enjin

Bahagian luaran enjin

Bahagian dalam enjinPenyediaan Dinghi (Jenis Zodiac)

Dalam penyediaan Dinghi, kita hendaklah membuat pemeriksaan yang teliti ke atas dinghi sebelum digunakan. Ini kerana untuk tujuan keselamatan sebelum aktiviti di air dilakukan. Dalam penyediaan dinghi beberapa langkah perlu dilakukan sebelum dapat digunakan:

Langkah 11. Hamparkan dinghi dan masukkan sedikit udara

2. Susun papan lantai (Floor Board) mengikut susunan yang betul dan biarkan cantuman segmen D dan E terangkat sedikit.

A

B C D

ELangkah 2

1. Tekan di bahagian sambungan papan lantai segmen D dan E ke bawah dengan cermat dan berhati-hati. Ini adalah untuk mengukuhkan lagi kedudukan susunan papan lantai (Floor Board).

A

B C

D E

Langkah 31. Pemidang (stringer) dipasang pada kedua-dua sisi papan lantai dinghy.

2. Pastikan pemidang dipasang dengan betul.

3. Kemudian barulah angin dipam masuk dengan secukup-cukupnya.

Nota: Pastikan pemasangan pemidang dan papan lantai dilakukan dengan betul. Pemidang adalah penting untuk memastikan papan lantai berada dalam keadaan kukuh dan membolehkan dinghi meluncur dengan sempurna di permukaan air.

Penyimpanan Dinghi

Langkah 11. Buka papan lantai dan udara dikeluarkan daripada dinghy

2. Lipatkan kedua-dua bahagian kon ke dalam.

Langkah 21. Lipatkan bahagian transom ke tengah.

Langkah 31. Kemudian, lipatkan bahagian bow bertemu dengan bahagian transom ke tengah.

Langkah 4 1. Seterusnya lipat kedua-dua bahagian menjadi seperti satu bongkah dan diikat kemas.

Jenis-Jenis Latihan Pemanduan Dinghi1. Latihan Zig-Zag

Pemanduan mengikut pelampung tanda yang disusun sebaris dengan laluan kita.

Memandu dengan kelajuan yang minima untuk memastikan dinghi di dalam kawalan pemandu.

Sentiasa memastikan supaya tidak terlalu dekat dengan pelampung tanda.

2. Latihan Angka Lapan Dua pelampung tanda diletakkan pada jarak tertentu dalam laluan pemanduan.

Pandu dengan membuat dua bulatan (angka lapan) mengelilingi pelampung tanda yang telah diletakkan.

Kurangkan kelajuan ketika membuat bulatan bagi mengelakkan dinghi terbalik.

3. Latihan Bulatan Memandu dengan membuat bulatan besar mengikut arah jam.

Selepas itu memandu mengikut arah lawan jam.

Kemudian lakukan dalam bulatan yang lebih kecil mengikut arah pusingan jam dan lawan jam.

4. Latihan Menyelamat Penumpang diturunkan di tengah lautan seorang demi seorang pada jarak 10-15 meter antara satu sama lain.

Kemudian penumpang dipungut semula dengan mendayung ke arah mangsa.

Enjin perlu dimatikan ketika memungut penumpang.

5. Latihan Melawan Ombak Kenalpasti dahulu arah ombak sebelum memulakan latihan.

Apabila melintang ombak, anda perlu melintangkan sedikit dinghi.

Balas semula kemudi ke arah asal selepas melepasi ombak.

Ulangi tindakan ini setiap kali menempuh ombak.

Jika menentang ombak secara bertepatan dan laju, ia akan menyebabkan pemandu dan penumpang berasa tidak selesa.

Berhati-hati ketika merentasi ombak kerana dinghi akan mudah rosak terutama di bahagian transom.

6. Latihan Mendarat Kelajuan dinghi hendaklah diperlahankan apabila hendak mendarat.

Belok sehingga bahagian bow menghadap ke laut.

Tukarkan gear kepada gear undur (jika air dalam).

Jika air cetek, matikan enjin, angkat atau dongakkan enjin dan kayuh dengan pendayung.

Langkah Keselamatan Dalam Pengendalian Dinghi

Langkah-langkah keselamatan dalam pengendalian Dinghi amat diperlukan kerana kecemasan mungkin berlaku pada bila-bila masa sahaja.

1) Pastikan semua alatan keselamatan dibawa bersama seperti berikut:

Alat baik-pulih dan alat ganti

Lampu suluh

Alat pemadam api

Peti kecemasan yang lengkap

Tali penyelamat

Jaket Keselamatan

Pendayung dan sauh

2) Tumpukan perhatian kepada cuaca, gelombang dan angin.

3) Pemasangan enjin pada transom perlu kukuh. Ikatkan enjin pada transom

4) Pastikan gear berkeadaan neutral apabila hendak dihidupkan

5) Perlahankan enjin sebelum menukarkan gear

6) Matikan enjin semasa hendak mendarat.

7) Jangan pandu laju di kawasan orang berenang atau berkayak.

8) Jangan benarkan mangsa atau penumpang menaiki dari bahagian stern/transom ketika enjin masih hidup.

Undang-Undang Laut1. Pertembungan Secara Berdepan

Apabila berlaku pertembungan secara berdepan dengan dinghi, bot atau lain-lainnya, pemanduan hendaklah berat ke sebelah kanan.

2. Pertembungan Secara Melintang

Apabila berlaku pertembungan secara melintang, bot atau dinghy yang berada sebelah kanan hendaklah memperlahankan kelajuan, atau menukarkan arah, atau memberhenti pergerakan. Ini boleh mengelakkan berlakunya perlanggaran.

3. Situasi Mengambil Alih

Sesebuah dinghi yang ingin mengambil alih kedudukan dinghi yang lain mestilah mengubah haluan sama ada ke kiri atau ke kanan dinghi di hadapannya.4. Look Out Reporting

Pemandu dinghi mestilah mengekalkan pemerhatian yang baik dari segi pandangan dan pendengaran dalam usaha mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini contohnya seperti perlanggaran dengan bot-bot kecil yang lain.

Four points on each bow

1

42

34

11.25

3

2

1

Three points forward of each beam

Three points aft of each beam

1

2

3

4

3 4

21Four points on each quarter