1.0PENGENALAN Pengajaran boleh didefinisikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Umumnya, pengajaran merupakan suatu yang diognostik dan prekriptif. Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudah cara pembinaan ilmu, menetukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi yang optimum. Pengajaran akan berlaku sekiranya seseorang guru dapat melaksanakan semua tindakan tersebut. Menurut Ormrod (1995), dalam psikologi pendidikan, pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran iaitu kognitif, emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan. Umumnya, pembelajaran merupakan satu proses memberi fokus kepada persekitaran semasa belajar. Teori pembelajaran merujuk kepada cara manusia dan haiwan belajar. Teori pembelajaran menjelaskan cara manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah. Namun, teori pembelajaran bukannya penyelesai masalah tetapi lebih kepada pilihan-pilihan penyelesaian masalah. Secara tuntas, pengajaran hanya bermakna apabila wujudnya pembelajaran. Pengajaran mempunyai erti perkataan pencapaian atau tugasan. Pembelajaran pula merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran mempengaruhi setiap perubahan tingkah laku manusia. | MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 1
25
Embed
murid dan alam belajar teori konstruktivisme dan humanisme
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENGENALAN
Pengajaran boleh didefinisikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar
dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.
Umumnya, pengajaran merupakan suatu yang diognostik dan prekriptif. Pengajaran
merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudah cara
pembinaan ilmu, menetukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seorang
pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi yang optimum.
Pengajaran akan berlaku sekiranya seseorang guru dapat melaksanakan semua
tindakan tersebut.
Menurut Ormrod (1995), dalam psikologi pendidikan, pembelajaran merupakan satu
proses yang melibatkan pemikiran iaitu kognitif, emosi, pengaruh persekitaran dan
pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai
dan pandangan. Umumnya, pembelajaran merupakan satu proses memberi fokus
kepada persekitaran semasa belajar. Teori pembelajaran merujuk kepada cara manusia
dan haiwan belajar. Teori pembelajaran menjelaskan cara manusia belajar dan
memberi cadangan cara menyelesaikan masalah. Namun, teori pembelajaran
bukannya penyelesai masalah tetapi lebih kepada pilihan-pilihan penyelesaian
masalah.
Secara tuntas, pengajaran hanya bermakna apabila wujudnya pembelajaran.
Pengajaran mempunyai erti perkataan pencapaian atau tugasan. Pembelajaran pula
merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran
mempengaruhi setiap perubahan tingkah laku manusia.
| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 1
2.0 TEORI PEMBELAJARAN
Ciri pembelajaran mempunyai beberapa peringkat yang diperolehi secara
sistematik bermula dengan penerimaan ransangan melalui organ deria diikuti oleh
pembentukan konsep dalam fikiran dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku.
Pembelajaran merupakan pembentukan perubahan tingkah laku dari satu tahap
yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi yang mana perubahan tingkah laku
selepas aktiviti pembelajaran yang stabil dan kekal. Ini bermaksud perubahan yang
berlaku selepas aktiviti pembelajaran tidak berubah, dalam keadaan yang stabil
dan berterusan. Perubahan tingkah laku ini hendaklah dibentuk daripada proses
pemikiran dan penanggapan. Ia bukan terhasil daripada proses pertumbuhan fizikal
namun daripada proses kognitif. Hasil pembelajaran yang diperoleh daripada
pengalaman atau latihan. Pembelajaran juga berlaku pada diri sendiri dengan
usaha sendiri mengikut motif atau motivasi yang tertentu. Tanpa motif atau
motivasi yang sesuai proses pembelajaran akan terhenti.
Berdasarkan kepada ciri-ciri pembelajaran yang digunakan di atas, maka adalah
penting kita memahami teori-teori pembelajaran. Teori pembelajaran berusaha
untuk menjelaskan cara manusia belajar dan memberikan cadangan cara
menyelesaikan masalah. Teori pembelajaran bukannya penyelesai masalah tetapi
sebenarnya menjuruskan kita kepada pilihan-pilihan penyelesaian masalah. Teori
pembelajaran boleh dirumuskan sebagai merujuk kepada prinsip-prinsip dan
hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli psikologi
pendidikan. Pendidik dapat memahami tentang cara pelajar belajar dan dapat
menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dan teknik yang digunakan.
Mengikut teori pembelajaran Behaviorisme ialah tingkah laku pelajar boleh
diperhatikan, dikawal dan diramal. Tokoh mazhab behavioris menekankan bahawa
perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses
pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Ini bermakna
apabila murid diberi ransangan oleh guru seperti pujian terhadap sesuatu yang
| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 2
mereka lakukan di dalam bilik darjah mereka akan menghasilkan bertindak balas
seperti berusaha untuk menjadi yang lebih baik maka perubahan tingkah laku telah
terjadi. Pengukuhan yang berterusan di dalam bilik darjah seperti memberi latihan
dan aktiviti yang berterusan di dalam bilik darjah.
Seterusnya, menurut teori pembelajaran kognitif, pembelajaran ialah satu proses
dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara
langsung daripada tingkah laku manusia yang mana pembelajaran hanya boleh
berlaku berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan
untuk mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela
mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.
Pembelajaran melibatkan pembentukan hubungan proses mental yang mungkin
tidak dapat diperhatikan. Pengetahuan murid akan di susun menjadi lebih
sistematik apabila mereka membuat perbandingan dan mengingtegrasikan
maklumat baru dan maklumat lama yang mereka pelajari.
Menurut teori pembelajaran sosial prinsipnya melibatkan tiga unsur yang
utama iaitu individu (proses), persekitaran dan tingkah laku. Individu dirujuk
sebagai keadaan motivasi intrinsiknya, persekitaran sebagai rangsangan luaran
dan tingkah laku sebagai perlakuannya. Berdasarkan konsep pembelajaran, prinsip
teori pembelajaran sosial dapat dirumuskan sebagai menentu dan menggunakan
model yang sesuai dengan perbezaan individu dalam pembelajaran sosial. Hal ini
kerana, murid belajar dari proses peniruan atau model. Berdasarkan peniruan
tersebut, telah memupuk konsep kendiri positif supaya pelajar memperoleh
keyakinan terhadap tingkah laku ditirunya dengan memberi peneguhan positif.
Daripada penerangan tersebut dapat dikaitkan dengan ciri pembelajaran iaitu
pembelajaran akan berlaku pada diri sendiri usaha sendiri mengikut motif atau
motivasi yang tertentu. Motivasi yang dimaksudkan ialah penggerak luaran seperti
ibu bapa, guru atau model yang mereka lihat sebagai seorang yang boleh diikuti
atau ditiru.
| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 3
Seterusnya, merujuk kepada teori pembelajaran humanis yang dipelopori oleh
Rogers berpendapat fitrah manusia, pada dasarnya adalah mulia dan baik.
Individu akan bertumbuh secara semula jadi sekiranya persekitaran yang mereka
hidup adalah sesuai. Oleh itu, guru harus mengikut keperluan pelajar, membantu
mereka mepelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap bermakna.
Prinsip tersebut dapat dikuatkan lagi dengan setiap individu bertindak atas
persekitaran masing-masing dan bebas untuk membuat pilihan dan keputusan
dalam usaha membentuk dunia peribadi dan pembelajaran. Secara semulajadi
setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Maka, murid-murid hendaklah
mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka pelajari.
Keberkesanan pembelajaran akan dicapai apabila pelajar mengambil initiatif sendiri
dan melibatkan diri sepenuh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Teori pembelajaran Konstruktivisme mendukung makna ilmu pengetahuan
adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu
dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan di mana pelajar membina ilmu
pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara
membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya
menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai
kefahaman terhadap maklumat baru. Apabila seseorang murid mengalami sesuatu
fenomena baru, murid akan menilai fenomena itu berdasarkan idea yang sedia ada
serta pengalaman asasnya. Penilaian sedemikian berupaya mengubah persepsi
dan pemahaman atau berupaya mengabaikan maklumat baru itu sebagai sesuatu
yang tidak relevan. Dalam erti kata lain, murid akan bertanya soalan, meneroka dan
menilai apa-apa sahaja yang guru ketahui dalam proses pembinaan
pengetahuannya.
Secara tuntas, teori pembelajaran secara dasarnya merangkumi teori pembelajaran
behaviorisme, sosial, kognitif, konstruktivisme dan humanisme. Kita akan meninjau
implikasi-implikasi teori pembelajaran agar dapat dimanfaatkan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kelak.
| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 4
3.0 PERBANDINGAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DAN
HUMANISME
Setelah mengetahui secara lengkapnya tentang prinsip-prinsip asas dalam teori
pembelajaran konstruktivisme dan humanisme, kami telah membanding bezakan
prinsip-prinsip kedua-dua teori tersebut.
Aspek
Teori Pembelajaran
Konstruktivisme Humanisme
Tokoh Proses membina pengetahuan
berlaku mengikut peringkat yang
bermula dengan pengetahuan
sedia ada dalam struktur kognitif.
Jean Piaget, 1980.
Pemikiran bahasa
dan proses
penaakulan
berkembang
melalui interaksi sosial, Lev
Vygotsky, 1934.
R.M Gagne
Carl Rogers
| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 5
Asas teori Murid membina ilmu pengetahuan
melalui tindakan aktif dan
pemikirannya untuk memberi
makna terhadap pengalamannya.
Kemahiran dan maklumat yang
ingin dicapai ialah murid dapat
membina konsep dan juga
merubah konsep pengamatan
mereka kepada konsep definisi.
Melihat manusia sebagai
makhluk yang istimewa dan
mempunyai keupayaan yang
tidak serupa dengan haiwan.
Humanisme percaya bahawa
manusia bertindak atas dasar
keperluan, motivasi, minat dan
nilai. Humanisme juga percaya
bahawa individu harus dilihat
sebagai satu identiti.
Strategi dan
kaedah
pengajaran
1)Gunakan strategi berpusatan
Murid dan guru, kumpulan,
sumbangsaran,
pembelajaran koperatif,
perbincangan,penyelesaian
masalah dalam aktiviti pengajaran-
pembelajaran.
2)Guru menyediakan peluang-
peluang untuk murid dapat
membina pengetahuan dan
membentuk kemahiran, yang
mana mereka dapat
menghubungkaitkan pengalaman
lampau mereka untuk kegunaan
masa depan.
Strategi kaedah pengajaran dan
Pemb pembelajaran hendaklah
berorientasikan
- strategi pemusatan murid
- kaedah individu
- inkuiri
- kerja praktik
- aktiviti pengayaan dan
pemulihan
| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 6
Prinsip-prinsip 1)Menekankan pembelajaran
berpusatkan pelajar.
2) Pembelajaran berlaku melalui
proses aplikasi pengetahuan.
3) Pembelajaran berlaku antara
interaksi antara orang lain.
4) Pembinaan pengetahuan dapat
diajar dan dibimbing melalui
proses scaffolding.
5)Pelajar membina pengetahuan
yang bermakna kepada mereka.
6)Pembelajaran baru bergantung
kepada pengalaman dan
pengetahuan sedia ada pelajar.
7 7)Pembelajaran bermula dengan
premis atau pengetahuan sedia
ada sehingga pembelajaran
baru tercapai.
8)Interaksi sosial membantu dan
menyokong pembelajaran.
9)Pembelajaran bermakna berlaku
dalam konteks tugasan
berasaskan alam nyata.
10)Guru dan rakan berperanan
sebagai fasalitator.
1111) persekitaran pembelajaran
yang kompleks dan tugasan
autentik membantu aplikasi dah
pembinaan pengetahuan baru.
12) Interaksi dan pengaruh sosial
membawa kepada pemikiran aras
1)Pelajar mempelajari apa yang
mereka kehendaki dan ketahui.
2)Keinginan untuk belajar dan
mengetahui cara belajar lebih
penting daripada pemerolehan
fakta.
• 3)Perasaan pelajar sama penting
dengan fakta.
4)Pembelajaran cara merasa
sama penting dengan
cara berfikir.
5)Penilaian yang dibuat oleh
pelajar lebih bermakna pada
dirinya.
6)Pembelajaran berlaku jika
pelajar berasa selamat.
7)Pelajar mempelajari apa yang
mereka kehendaki
dan yang mereka ingin ketahui
| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 7
tinggi.
13) Persembahan isi pelajaran
yang pelbagai dengan contoh-
contoh khusus membantu
pemahaman.
14)Pelajar bertanggunjawab
terhadap pembelajaran sendiri.
Kekuatan 1)Mengembangkan proses
metakognitif dan pemikiran
reflektif dengan kaedah dan teknik
penyoalan,khasnya kaedah
Sokratik.
2)Mengaitkan ilmu yang sedia ada
dengan pembelajaran baru dan
memupuk motivasi instrinsik,
pelajar agar mengambil inisiatif diri
dalam pembelajaran
1)Tingkatkan arah kendiri dan
kebebasan
pelajar.
2)Bantu pelajar
bertanggungjawab tentukan
perkara yang ingin dipelajari.
3)Tingkatkan daya cipta pelajar.
4)Hasil sosial dan emosi lebih
diutamakan daripada akademik.
• 5)Menitikberatkan
perkembangan secara bebas
dan bantu kanak-kanak daripada
tekanan
keluarga dan masyarakat.
6)Meningkatkan naluri ingin tahu
pelajar.
7)Mengembangkan minat bidang
seni
Implikasi
terhadap
pembelajaran
dan pengajaran
1) merancang dan melaksanakan
strategi pengajaran seperti soalan-
soalan terbuka
dan dialog yang meluas agar
1) fokus diberikan kepada
pelajar, bukannya subjek.
2)Guru hendaklah melayani
pelajar sebagai insan terlebih
| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 8
berpadanan dengan
respon pembelajar serta
menggalakkan mereka
untuk menganalisis,mentafsir, dan
meramal
maklumat yang diterima.
2)Penilaian adalah sebahagian
proses pembelajaran. Oleh itu,
pembelajar memainkan
peranan yang lebih besar dalam
menentukan kemajuan masing-
masing.
terlebih dahulu sebelium
melayani mereka sebagai
pelajar.
3)Guru hendaklah menerima
setiap pelajar tanpa syarat,
mengikut potensi dan keupayaan
masing-masing.
4)Murid-murid diberikan peluang
untuk memilih tugasan atau
aktiviti pelajaran.
5)Guru bertindak sebagai
fasilitator dan menjadikan dirinya
teladan dan role model kepada
pelajar untuk memupuk sikap,
kepercayaan dan tabiat yang
baik.
Berdasarkan jadual di atas, terdapat banyak perbezaan antara teori
konstruktivisme dan humanisme yang telah dikenalpasti. Secara konsepnya, teori
konstruktivisme memberi maksud pelajar membina pengetahuan sendiri dan
mengaitkan pengetahuan yang baru itu dengan pengetahuan atau pengalaman
yang sedia ada. Manakala, teori humanisme pula memperlihatkan pelajar sebagai
insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang.
Konstruktivisme menekankan aspek pembinaan pengetahuan baru manakala
humanisme diperlihatkan aspek mengembangkan keupayaan pelajar dalam
mencungkil dan mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka.
Konstruktivisme menggunakan strategi berpusatkan murid dan guru,
dimana murid-murid dan guru melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajran
dan pembelajaran. Selain daripada itu, aktiviti berasaskan kumpulan, tekbik
sumbang saran, pembelajaran koperatif, perbincangan, penyelesaian masalah
dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran juga membantu pembinaan pengetahuan
| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 9
baru murid-murid. Manakala, humanisme menekankan strategi berpusatkan murid
sahaja, yang bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa-
apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Aktiviti yang dilakukan pula
hendaklah lebih berasaskan individu di mana pelajar digalakkan untuk memupuk
pembelajaran kearah kendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Kaedah
inkuiri iaitu penemuan idea baru melalui penerokaan sendiri. Aktiviti pengayaan dan
pemulihan juga hendaklah dilakukan supaya potensi pelajar dapat dipertingkat dari
masa ke semasa.
Secara prinsipnya pula, teori konstruktivisme menekankan bahawa
pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan dan juga melalui
interaksi antara orang lain. Ini kerana interaksi dan pengaruh sosial membantu dan
menyokong pembelajaran dan membawa kepada pemikiran aras tinggi.
Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding dan
pelajar membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka. Pembelajaran
yang baru pula bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan sedia ada
pelajar. Ini bermaksud pembinaan pengetahuan baru bergantung kepada sejauh
mana pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar dan bagaimana mereka
mengaitkannya dengan pengetahuan baru. Pembelajaran bermula dengan premis
atau pengetahuan sedia ada sehingga pembelajaran
baru tercapai dan ianya menjadi lebih bermakna jika terdapatnya konteks tugasan
berasaskan alam nyata. Dalam teori ini, guru dan rakan-rakan sebaya berperanan
sebagai fasilitator iaitu membimbing pelajar membina pengetahuan baru.
Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan tugasan autentik juga dapat
membantu aplikasi dah pembinaan pengetahuan baru di samping persembahan isi
pelajaran yang pelbagai dengan contoh-contoh khusus yang dapat membantu
pemahaman pelajar. Akhir sekali, pelajar bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri.
Berbeza dengan teori konstruktivisme yang menekankan aspek
pembinaan pengetahuan baru, humanisme memberi peluang kepada pelajar untuk
mempelajari apa yang mereka kehendaki dan ketahui. Ini adalah kerana keinginan
untuk belajar dan mengetahui cara belajar lebih penting daripada pemerolehan
| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 10
fakta. Perasaan pelajar pula dikira sama penting dengan fakta-fakta yang dicari.
Humanisme juga mengatakan bahawa pembelajaran cara merasa adalah sama
penting dengan cara berfikir. Penilaian yang dibuat oleh pelajar iaitu penilaian
kendiri lebih bermakna pada dirinya namun, pelajar perlu dapat mencapai tahap
pencapaian yang ditetapkan. Pembelajaran berlaku dengan baik jika pelajar berasa
selamat dan berada dalam persekitaran yang tidak mengancam secara fizikal,
emosional, psikologi serta nyaman.
Tuntasnya, teori humanisme jauh berbeza dengan konstruktivisme kerana
teori ini sangat mengambil kira pembelajaran berlaku sekiranya potensi pelajar
dapat dicungkil dan seperti informasi di atas, konstruktivisme menekankan
pembinaan pengetahuan baru berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia
ada pelajar.
| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 11
4.0 APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DAN HUMANISME
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Umumnya, Teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah teori pembelajaran
yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan atau pengalaman sedia ada
masing-masing. Teori ini mempunyai asas kognitif dengan penekanan diberikan
kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan.
Sebagai contoh, untuk memainkan peranan dalam mencungkil bakat murid yang
mempunyai pelbagai kecerdasan. Oleh itu, saya memberi pendedahan kepada
murid-murid dengan mengadakan pertandingan melukis dan mewarna sebagai
contoh.
Saya akan mengaplikasikan konsep ini seperti mana yang terdapat dalam
teori pembelajaran konstruktivisme. Murid-murid berasa sangat gembira apabila
bakat dan pengetahuan sedia ada mereka dapat ditonjolkan dan dikembangkan.
Hadiah juga akan diberikan kepada pemenang dan memberikan murid lima bintang
sekiranya berjaya melukis dengan cantik sebagai peneguhan tingkah laku yang
positif. Pengetahuan sedia ada ini saya kembangkan dengan memberi peluang
kepada yang berjaya mengajar murid yang belum dapat menguasainya pula. Saya
membenarkan murid mengajar rakannya kerana teori ini mengatakan kanak-kanak
lebih mudah faham apabila rakannya yang membimbingnya. Saya gunakan strategi