-
98OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Norizah Taib dan Zanariah Mahyun
PENGENALAN
Sumber: Intell Teach to the Future Program
Gambar-gambar di atas menunjukkan murid-murid begitu gembira,
berminat, bermotivasi dan tekun dalam pembelajaran. Apakah
pendekatan yang harus anda pilih untuk memastikan murid-murid anda
juga begitu?
-
99OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. memahami konsep pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan
Pembelajaran Berasaskan Projek;
2. membanding bezakan pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual
dan Pembelajaran Berasaskan Projek; dan
3. mengaplikasi pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan
Pembelajaran Berasaskan Projek dalam pengajaran dan
pembelajaran.
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
-
100OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
5.1 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
5.1.1 Definisi
5.1.2 Konsep Pendekatan Konstruktivisme
Konstrukitvisme memberi penekanan kepada proses pelajar membina
pengetahuan melalui proses psikologi yang aktif. Ilmu pengetahuan
dibina ke dalam struktur kognitif kanak-kanak tersebut hasil
pengalaman mereka dengan alam. Struktur pengetahuan ini
kadang-kadang menjadi penghalang yang kuat kepada pembelajaran dan
perubahan konseptual murid-murid.
Dari perspektif konstruktivis, pembelajaran bermakna pengetahuan
dibina di dalam diri pelajar hasil daripada pengalaman
pancainderanya dengan alam. Murid-murid akan bertindak kepada
pengalaman-pengalaman pancaindera dengan cara membina di dalam
minda mereka skema atau struktur kognitif yang mana akan membentuk
makna dan kefahaman mereka. Individu-individu akan memberi makna
kepada situasi atau fenomena dan mengakibatkan pembentukan proses
yang mengambil tempat dalam minda individu tersebut.
Ahli pendidikan masa kini mempercayai dan berkeyakinan bahawa
murid-murid yang datang ke dalam suasana pembelajaran membawa
bersama mereka segala pengalaman terdahulu yang disusun ke dalam
skemata atau teori-teori kecil (Claxton, 1990). Pengalaman
terdahulu ini dimiliki oleh murid-murid hasil dari interaksi mereka
dengan alam sekeliling. Pengalaman-pengalaman ini terdiri daripada
campuran pemikiran, perasaan dan kemahiran yang mungkin menjadi
penghalang kepada pengalaman pembelajaran yang bakal mereka
lalui.Pengalaman pembelajaran bermula dengan pertembungan perkara
baru di mana murid-murid menterjemah dan memberi erti kepada apa
yang telah wujud dalam struktur kognitif mereka. Pengalaman
pembelajaran mereka di bilik darjah akan mempengaruhi skemata
struktur kognitif pelajar yang digunakan untuk menterjemahkan
pengalaman bagi membina makna kepada pengalaman tersebut (Osborne
& Wittrock, 1983). Dengan lain perkataan, murid-murid perlu
menstruktur semula idea mereka supaya sesuai dan selari dengan
fakta dan dapatan yang sebenarnya .
Konstruktivisme boleh diertikan sebagai kedudukan psikologi yang
berpegang kepada sebarang kebenaran yang kebanyakannya terjadi
serta merta dan konkrit. Ini bermakna bahawa ilmu pengetahuan
dibina oleh individu-individu melalui pengamatan kepada fenomena
alam. Watzlawick (1984), mentakrifkan konstruktivisme sebagai
kedudukan psikologikal yang percaya apa saja kebenaran adalah
paling serta merta dan makna yang konkrit; pembinaan mental yang
percaya mereka sudah menemui dan menyiasat. Dengan lain perkataan,
dapatan adalah rekaan di mana pereka tidak sedar tentang rekaannya
dan beranggapan sesuatu wujud bersendirian daripadanya, rekaan itu
kemudian menjadi asas pandangan sejagat dan tindakan.
-
101OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Penstrukturan semula idea adalah satu peringkat yang mesti
dilakukan oleh setiap pelajar untuk mengasingkan atau mengukuhkan
pengalaman lalu dengan pengalaman sekarang. Pengalaman lalu yang
berbeza dengan fakta dan teori sebenar perlu ditinggalkan manakala
pengalaman lalu yang betul seperti fakta dan teori sebenar wajar
dikukuhkan dengan pengalaman baru murid. Ini kerana salah satu
daripada matlamat utama pendidikan ialah untuk membantu pelajar
membina skemata baru yang bertenaga berhubung dengan dunia
nyata.
Sesuatu ilmu yang hendak disampaikan tidak mungkin dapat
disampaikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain dalam bentuk
yang sempurna. Setiap individu akan membina ilmu pengetahuannya
sendiri melalui pengalaman yang dilalui dan dialaminya. Kita tidak
boleh belajar untuk orang lain, begitulah juga guru tidak boleh
belajar bagi pihak muridnya. Pelajar sebenarnya telah mempunyai
satu set idea, dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif
terhadap persekitaran mereka.
Seseorang guru perlulah mengambil kira struktur kognitif yang
sedia ada pada pelajar iaitu pengalaman yang sedia ada untuk
membantu mereka membina konsep atau pengetahuan baru. Apabila
maklumat dan idea baru dapat disesuaikan dan diserap untuk
dijadikan sebahagian dari pegangan mereka, maka satu kerangka baru
tentang sesuatu ilmu itu akan dapat dibina. Proses inilah yang
dikatakan sebagai proses konstruktivisme.
Perspektif Konstruktivisme akan mengubah kaedah pengajaran guru
yang biasa kepada kaedah yang menumpu kepada kejayaan murid membina
dan menyusun skema pengkonsepan berdasarkan pengalaman yang aktif
dari kacamata murid itu sendiri.
5.1.3 Premis Pendekatan Konstruktivisme
Dua corak pemikiran utama dalam konstuktivisme ialah
konstruktivisme peribadi dan konstruktivisme sosial.
Konstruktivisme peribadi melibatkan seorang individu yang
membina konstruktivisme itu sendiri iaitu memproses struktur
kognitif dan ingatan (teoris utama dalam kategori ini ialah Von
Glaserfeld dan Piaget).
Konstruktivisme sosial pula melibatkan kumpulan yang membina
proses tersebut. (Teoris utama dalam kategori ini ialah Vygotsky
dan Bandura).
-
102OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Teori lain:
Jean Piaget Membangunkan skemata, akomodasi dan asimilasi, 4
tahap perkembangan intelektual dan pemuliharaan.
Max Wertheimer Psikologi Gestalt, menekankan pandangan dalaman,
hukum terdekat dan pengakhiran (proximity & closure).
Lev Vygotsky Pembangunan sosial.
Jerome Bruner Teori Konstruktivisme.
Albert Bandura Teori pembelajaran sosial, peniruan, pemodelan,
efikasi kendiri.Ernst Von Glaserfeld Konstruktivisme radikal.
J Lave Pembelajaran situasi. J Bransford Pembelajaran berteraju
(anchored learning).C Rogers Pembelajaran ekperiensial (berasas
pengalaman). John Dewey Pembelajaran berasaskan keputusan
ketidakseimbangan
(a result of disequilibrium).R Spiro Teori Kebolehlenturan
kognitif.
C Reigeluth Teori huraian (Elaboration).T Sticht Konteks
Fungsian.
5.1.4 Konstruktivisme Dalam KHSR
Hasrat yang hendak dicapai dalam KBSR dinyatakan secara jelas
dalam Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah yang berbunyi:
Murid-murid di peringkat sekolah rendah harus mendapat kemahiran
dan pengetahuan melalui pengalaman secara langsung. Pengalaman ini
meliputi aspek intelek, rohani dan jasmani. Pengalaman yang patut
dilalui oleh murid hendaklah sesuai dan relevan dengan matlamat
yang hendak dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang menarik. Perkara
penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah
penglibatan setiap murid yang aktif (KPM, 1981).
-
103OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Daripada penyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran
hendaklah berlaku melalui penglibatan murid-murid secara aktif
dengan melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik. Ini
menunjukan bahawa proses pendidikan peringkat rendah menekankan
kepada membina kemahiran dan menggunakannya.
Dalam mata pelajaran KHSR, murid-murid mesti menguasai dua
kemahiran iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
Kemahiran-kemahiran ini akan dapat dikuasai oleh murid-murid
melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran secara hands-on dan
minds-on. Pengalaman sedia ada murid digunakan untuk murid-murid
mempelajari dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru.
Murid-murid tidak lagi dianggap sebagai bekas kosong yang perlu
diisi tetapi adalah individu-individu yang mempunyai kefahaman dan
konsepnya sendiri mengenai alam dan fenomena-fenomenanya. Oleh itu,
suasana pembelajaran bilik darjah semestinya menyediakan ruang
untuk murid-murid menguji, menganalisis, menghipotesis dan
menstruktur semula idea mereka dengan fakta sebenar.
Pembelajaran dalam KHSR dicapai melalui pengalaman praktikal dan
mencari penerangan mengenainya. Murid-murid belajar secara
pembinaan sendiri ilmu pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang disediakan oleh guru mereka. Mereka akan
menggunakan pengalaman sedia ada mereka untuk membina pengalaman
dan pengetahuan baru.
Perspektif konstruktivisme menjadi suatu paradigma yang dominan
dalam bidang psikologi kognitif. Menurut Wittrock (1985), dalam
dekad ini terjadi anjakan kepada pengkaji pembelajaran manusia
daripada mengkaji aspek-aspek luaran kepada aspek-aspek dalaman.
Mereka lebih berminat untuk mengkaji aspek-aspek dalaman diri
murid-murid seperti pengetahuan sedia ada, muatan ingatan, motivasi
dan kognitif mereka.
5.1.4.1 Ciri-ciri Bilik Darjah
Keberkesanan pembelajaran dalam bilik darjah banyak bergantung
kepada amalan pengajaran guru. Oleh itu, supaya pembelajaran
berjaya dan mencapai objektifnya, amalan pembelajaran guru-guru
dalam bilik darjah perlu berorientasikan kepada pembelajaran
melalui pengalaman sedia ada murid berasaskan kepada aktiviti yang
menyeronokan. Guru-guru yang mengamalkan pembelajaran
konstruktivisme dalam pengajaran mereka mempunyai ciri-ciri
tertentu.
Menurut Ken Appleton dan Hilary Asoko (1996), guru-guru yang
mengamalkan pembelajaran secara konstruktivisme mempunyai bilik
darjah yang mengandungi kriteria-kriteria seperti berikut:
1. Guru tersebut mempunyai kesedaran bahawa murid-murid yang
datang ke situasi pembelajaran membawa bersama idea terdahulu yang
mereka miliki dan mereka mencuba untuk mengeluarkan idea
tersebut.
2. Semasa mengajar guru-guru mempunyai matlamat konseptual yang
jelas untuk murid-murid dan mempunyai kefahaman bagaimana mereka
mesti bergerak ke arah mencapainya.
-
104OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
3. Guru juga menggunakan strategi-strategi pengajaran yang
mencabar pengetahuan sedia ada murid-murid atau memperkembangkan
idea awal mereka dan menyediakan cara supaya idea baru senang
diterima oleh mereka.
4. Menyediakan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan
dengan sebaik-baiknya idea baru yang mereka perolehi.
5. Guru juga menyediakan suasana bilik darjah yang menggalakkan
murid-murid mengeluarkan pendapat dan membincangkan idea
mereka.
5.1.4.2 Aplikasi Konstuktivisme dalam KHSR
Teori Konstruktivisme amat sesuai diaplikasikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Model pengajaran
konstruktivisme 5 fasa yang telah dicadangkan dalam Childrens
Learning in Science Project (Needham, 1987) juga sesuai
digunakan.
Model Konsruktivisme 5 fasa Needham :
Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah
1 Orientasi Menimbulkan minat dan menyediakan suasana.
Amali dan penyelesaian masalah sebenar, tunjukcara oleh guru,
tayangan video dan keratan akhbar.
2 Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar tentang idea
terdahulu.
Amali,perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan
laporan.
3 Penstrukturan Semula
i) Penjelasan dan Pertukaran
ii) Pendedahan kepada situasi konflik
Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk
saintifik.
Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai,
diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.
Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporanPerbincangan,
pembacaan, input guru.Amali, kerja projek, eksperimen, tunjuk cara
guru
-
105OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
iii) Pembinaan idea baru
iv) Penilaian
Mengenal pasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis
idea-idea sedia ada sendiri.
Menguji kesahan idea-idea sedia ada.
Pengubahsuaian,pengembangan atau penukaran idea Menguji kesahan
untuk idea-idea baru yang dibina.
4 Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam
situasi baru dan biasa.
Penulisan sendiri kerja projek.
5 Renungan kembali Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid
dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah
berubah.
Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan
lain-lain.
Cuba anda bayangkan, sebagai seorang guru KHSR, anda sedang
mengajar topik Penyambungan Bahan. Bagaimana anda memperkenalkan
topik ini dan menyampaikan kandungannya? Mengikut pendekatan
konstruktivisme, sesuatu pembelajaran perlu dikaitkan dengan
pengalaman sedia ada murid.
Anda mungkin boleh memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan memberi murid-murid contoh bahan (kayu, fabrik, kertas).
Berdasarkan bahan yang diberi anda boleh meminta mereka berbincang
dalam kumpulan bagaimanakah bahan-bahan tadi boleh
disambungkan.
Kemungkinan-kemungkinan jawapan murid-murid ialah: Jenis bahan:
Fabrik Cara penyambungan: 1. Jahitan 2. Gam 3. Staple 4. Pin 5. Zip
6. Valcro
Berdasarkan jawapan murid, anda perlu membetulkan bagi
fakta-fakta yang salah dan meneguhkan bagi fakta-fakta yang benar.
Anda perlu menerangkan tujuan fabrik disambung ialah untuk
menghasilkan sehelai pakaian.
-
106OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Fakta-fakta yang Betul
Jenis bahan: Fabrik Cara penyambungan: 1. Jahitan 2. Zip 3.
Valcro
Fakta-fakta yang Salah
Jenis bahan: Fabrik Cara penyambungan: 1. Gam 2. Pin 3.
Staple
Situasi di atas membolehkan pelajar mengaitkan pembelajaran
dengan pengalaman sedia ada dan membina sendiri ilmu pengetahuan
baru melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh guru.
5.1.4.3 Adakah Anda Telah Mempraktikkan Pendekatan
Konstruktivisme?
Anda telah mempraktikkan pendekatan kontruktivisme
sekiranya:
x Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu
konsep. x Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama
lain. x Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
x Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah. x
Pelajaran berpusatkan murid. x Aktiviti berasaskan hands-on dan
minds-on.x Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikir. x Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang
berbeza untuk mengukuhkan
kefahaman idea tersebut.
x Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. x
Murid menghubungkaitkan idea asal dan idea yang baru dibina. x Guru
menyediakan alat/bahan yang sesuai. x Murid digalakkan mengemukakan
hipotesis. x Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsang murid
memberi jawapan. x Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus
kepada murid. x Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan
guru.
-
107OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
x Guru prihatin terhadap kebolahan, keperluan dan minat
murid-murid. x Murid-murid bekerja dalam kumpulan.
Aktiviti 5.1
Apakah topik yang sesuai diajar dengan pendekatan
kontruktivisme? Jelaskan bagaimana anda boleh menyediakan situasi
pembelajaran dengan menggunakan pendekatan tersebut?
5.2 PENDEKATAN KONTEKSTUAL
5.2.1 Definisi
Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa
Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud
mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud
keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa
pengertian:
1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung,
mengikut konteks.
2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).
Oleh itu, pendekatan kontekstual iaitu pendekatan yang dibentuk
berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa
pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau
relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan
seharian mereka.
5.2.2 Konsep Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual
ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah
ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan
aktiviti hands-on danminds-on.
Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan
berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan
baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan
cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang
bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran
kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran
pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau
kehidupan seharian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai
pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau
psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang
dihasratkan.
-
108OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Mengapakah pendekatan kontekstual perlu dalam pengajaran dan
pembelajaran? Pendekatan kontekstual penting kerana:
x Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman
penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan
kendiri.
x Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam
konteks hubungan yang tidak asing kepada murid.
x Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui
komunikasi interpersonal,belajar dalam kumpulan, berkongsi
maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif.
x Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain
adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.
Pendekatan ini bersesuaian dengan ciri-ciri kejayaan dalam
pembelajaran yang disarankan oleh William Glaser, iaitu 80%
pelajaran yang mereka pelajari akan kekal dalam ingatan daripada
apa yang kita alami sendiri.
Kebanyakan murid di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara
apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat
dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat
dan perasaan motivasi untuk murid tidak tersentuh melalui kaedah
pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang
abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk
memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam
menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani
kehidupan dan bekerja.
Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini
dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan
kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses
pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau atau melepasi
kaedah-kaedah jenis latih tubi, rangsangan serta tindak balas.
Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya
berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan
baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna
kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman
bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).
Pendekatan ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam
konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran
semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan
yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Ia terbentuk daripada
pemahaman, persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah,
dalam makmal, dalam makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau
di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau
membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa
banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal
dan psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang
diinginkan.
Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang
bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks
alam yang nyata. Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu
konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan
bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan
memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan
dengan
-
109OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga,
warga masyarakat dan pekerja.
Pembelajaran kontekstual berlaku apabila terdapat hubungan yang
rapat antara ilmu yang dipelajari dengan pengalaman sebenar.
Sesuatu yang membolehkan seseorang mengaplikasikan teori-teori
akademiknya dalam situasi yang sebenarnya. Melalui pembelajaran
kontekstual jugalah seseorang itu terutamanya pelajar digalakkan
untuk menghubungkaitkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam
kehidupan seharian sebagai seorang ahli keluarga, warganegara dan
pekerja.
Konsep pembelajaran konstekstual adalah seperti berikut:
x Berpusatkan pelajar, guru sebgai fasilitator x Penerapan
konsep Competency Based Education.x Tayangan video yang berkaitan
dengan topik dan situasi tempat kerja. x Perbincangan sebelum dan
selepas setiap unit melalui interaksi pelajar dengan
pelajar, pelajar dengan guru. x Melalui pendekatan cooperative
learning.x Melaksanakan aktiviti kerja amali di makmal secara
hands-on dan berkaitan alam
pekerjaan/situasi tempat kerja.
Antara strategi dalam pengajaran dan pembelajaran kontekstual
ialah:
x Menitikberatkan penyelesaian masalah x Mengenal pasti
keperluan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam
pelbagai keadaan seperti di tempat kediaman, komuniti dan tempat
bekerja x Mengajar pelajar memantau pembelajarannya sendiri supaya
mereka menjadi
individu yang boleh mengawal pembelajaran kendiri x Meneraju
pengajaran bagi pelajar yang mempunyai konteks kehidupan yang
berlainanx Menggalakkan pelajar belajar di antara satu sama lain
atau antara kumpulan x Menjalankan penilaian yang authentic
5.2.3 Kepentingan Pembelajaran KontekstualPembelajaran
kontekstual mempunyai kepentingan kepada murid, guru dan industri
seperti berikut:
(a) Muridx Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau
kehidupan x Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan
pengalaman harian x Boleh memindahkan kemahiran x Boleh meneroka
dan mendapatkan bukti x Boleh menguasai perkara abstrak melalui
pengalaman konkrit x Dapat belajar secara kerjasama
-
110OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
(b) Guru Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman
yang berjaya. Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran
dengan dunia pekerjaan. Dapat menjadi penghubung antara pihak
akademik dan vokasional atau
industri.
(c) Industri Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih
atau dilatih semula secara
berkesan pengikut keperluan Menggerakkan industri ke dalam
pendidikan sebagai rakan kongsi
5.2.4 Bentuk Pembelajaran KontekstualDalam proses pembelajaran
secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada
bentuk pembelajaran yang berikut:(a) E (Experiencing) (Mengalami)
Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta (b) R
(Relating) (Menghubung kait) Belajar dalam konteks
menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman
hidup
(c) A (Applying) (Mengaplikasi) Belajar dalam konteks bagaimana
pengetahuan atau informasi boleh digunakan
dalam situasi lain.
(d) C (Cooperating) (Bekerjasama) Belajar dalam konteks
bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi
(e) T (Transfering) (Memindahkan) Belajar dalam konteks
pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina
daripada apa yang telah diketahui
5.2.5 Premis Pembelajaran Kontekstual Bukan semua orang boleh
belajar secara abstrak. Kebanyakannya orang belajar dengan lebih
baik secara informal iaitu melalui pengalaman kontekstual (Caine,
dan Caine, 1991, Gardner, 1983, Kolb,1984). Oleh itu, untuk
memenuhi cara belajar yang pelbagai maka perlulah digunakan
pelbagai strategi pembelajaran, pelbagai cara menyusun kandungan
kurikulum dan pelbagai konteks bagi peluang-peluang
pembelajaran.
-
111OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Pembelajaran kontekstual memerlukan koordinasi akademik dan
kemahiran teknik yang piawai.
Pada masa kini para pendidik, pembuat dasar dan majikan telah
menggunakan dan menitikberatkan perhubungan antara akademik dengan
pendidikan vokasional. Contohnya, kebanyakan institusi pengajian
menghantar pelajar-pelajarnya untuk menjalani latihan industri atau
praktikum di industri tertentu. Tenaga pengajar juga dihantar
menjalani internship/externship di tempat-tempat yang dipilih.
Latihan industri atau praktikum ini memberi pengalaman kepada
keadaan yang sebenar dan menyediakan pelajar ke alam pekerjaan
kelak.
Sebelum melaksanakan kaedah pembelajaran kontekstual, pelbagai
perkara harus diambil kira seperti meneliti apakah keadaan (nature)
sesebuah tempat latihan itu dalam memenuhi keperluan pelajar yang
menjalani latihan, tanggungjawab yang akan dipikul dan pengalaman
yang bakal diperolehi, cara membuat penilaian, masa yang diperlukan
dan sebagainya.
Pembelajaran kontekstual memerlukan komunikasi yang berterusan
di kalangan pihak-pihak yang terlibat iaitu guru, majikan,
pembimbing, pelajar dan juga ibu bapa. Ibu bapa boleh dijemput ke
dalam kelas untuk mempelajari bagaimanakah bentuk dan cara
pembelajaran kontekstual ini dilakukan, apakah matlamatnya dan
hasil kemajuan pelajar. Mereka perlu digalakkan menyumbang kepada
perancangan dan pembangunan sistem ini. Maklum balas daripada
pelajar adalah amat penting sebagai komponen utama dalam penilaian
dan pemurnian sistem.
5.2.6 Aplikasi Pendekatan Kontekstual
Beberapa contoh boleh diambil dalam mengaplikasikan pembelajaran
secara kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran
hidup seperti Hari Keushawanan di mana pelajar-pelajar boleh
dilibatkan dalam semua aktiviti seperti merancang aktiviti yang
akan dijalankan, penghasilan produk, promosi, membuat belanjawan
dan simpankira dan sebagainya. Sebagai tambahan seseorang pelajar
bukan sahaja terlibat dengan satu mata pelajaran sahaja malah
mengaplikasikan mata pelajaran matematik, seni, sains, bahasa dan
lain-lain. Melalui cara sebegini pelajar-pelajar akan dapat
mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah ke dunia pekerjaan
kelak.
Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah merupakan
suatu dokumen yang menggabungjalinkan pengajaran dan pembelajaran
pelbagai komponen mata pelajaran. Ini juga merupakan suatu contoh
di mana setiap komponen akan melibatkan aktiviti-aktiviti
kontekstual yang berupa aktiviti pembelajaran amali seperti
menjahit, membina litar elektrik, menanam pokok, merancang
belanjawan dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan menjadi
pemangkin dan dapat diaplikasikan di rumah.
Terdapat pelbagai contoh yang menjelaskan bagaimana pembelajaran
kontekstual ini dijalankan. Namun apa yang penting ialah para
pelajar dapat disediakan untuk menghadapi situasi yang sebenar
apabila mereka meninggalkan institusi pengajian mereka.
-
112OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan
dalam sesuatu pelajaran?
5.3 PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)
5.3.1 Definisi
PBP adalah satu kaedah pembelajaran yang dijalankan dalam satu
tempoh masa tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan maklumat,
analisis data dan persediaan laporan yang betul. Dalam konteks
kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Penilaian
dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasilnya
siap. Mengintergrasikan pengetahuan dengan aktiviti, interaksi
murid dengan guru yang merupakan bimbingan dan perundingan
merupakan ciri penting dalam mengendalikan projek.
5.3.2 Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek Kaedah ini merupakan
satu kaedah di mana aktiviti dijalankan oleh individu atau
sekumpulan pelajar untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan
sesuatu masalah. Projek biasanya mengambil masa yang panjang dan
ianya boleh dilaksanakan di dalam atau di luar waktu belajar yang
biasa. Kaedah ini melibatkan pelajar memainkan peranan aktif dalam
merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan topik yang
dikaji.
Kaedah ini mula disarankan oleh Professor William Kilpatrick
(1871-1965). Hasil pembelajaran murid adalah lebih berkesan jika
mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti
pembelajaran yang dirancang dengan cara yang menarik. Kaedah ini
juga menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti
seperti kerja amali, permainan, kajian dan lawatan. Ianya dibuat
berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara
reflektif dan ketrampilan terhadap sesuatu perkara mengikut bidang
masing-masing.
Apabila pelajar-pelajar telah menguasai beberapa kemahiran
tertentu aktiviti berasaskan projek akan dapat dijalankan dengan
lebih baik. Misalnya, pelajar-pelajar telah didedahkan tentang
bagaimana bahan buangan boleh dikitar semula, maka mereka boleh
diberi suatu projek penghasilan produk dengan menggunakan
bahan-bahan buangan. Selain itu sesuatu projek boleh diberikan
kepada pelajar yang menggemari topik-topik tertentu dalam pelajaran
mereka.
-
113OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
5.3.2.1 Prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek
Berikut adalah prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek.
Anda boleh menggunakannya sebagai panduan merancang kaedah
pembelajaran ini.
1. Aktiviti pembelajaran sepatutnya berfokus kepada penggunaan
kemahiran pemprosesan maklumat (information-processing skills)
daripada pemerhatian sehinggalah mensintesis. Aktiviti yang
dirancang juga perlu mengaplikasikan peraturan-peraturan asas dalam
konteks konseptual.
2. Pembelajaran Inkuiri meletakkan murid-murid dalam proses
pembelajaran yang aktif. Elemen seperti guru, sumber pembelajaran,
teknologi dan sebagainya boleh membantu murid-murid dalam proses
pembelajaran.
3. Model yang disediakan oleh guru menjadi contoh dalam proses
pembelajaran. Guru juga adalah sebagai pemudah cara dalam proses
murid-murid mencari maklumat dan melaksanakan tugas-tugas
projek.
4. Apa yang ditaksirkan itu adakah benar-benar bernilai? Oleh
itu, penekanan perlu diberikan kepada kemahiran memproses maklumat,
tingkah laku semula jadi pemikiran dan pemahaman tentang sesuatu
konsep, berbanding dengan hanya melihat kandungan dalam sesuatu
bidang.
5.3.3 Premis Pembelajaran Berasaskan Projek Terdapat tiga
komponen penting dalam PBP seperti yang ditunjukkan di bawah
PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK
PROSES HASIL SAHSIAH
x Pelaksanaan Strategiimplementasi
x Unsur Inovasi x Unsur Kreatif x Mengikut
tempoh masa ditetapkan
x Penggunaan produk
x Kualiti Produk x Laporan x Persembahan
Dapatan
x Sikap x Kerjasama x Penglibatan
kolaboratifpelajar
-
114OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Untuk memastikan supaya hasil pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan, terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan
seperti:
x Menyediakan perancangan yang baik untuk memastikan kelancaran
projek yang hendak dijalankan
x Tujuan dan aktiviti projek ditentukan berdasarkan
kecenderungan pelajar x Memastikan keperluan dan alatan disediakan
x Menentukan aktiviti manakah yang perlu bimbingan guru dan yang
manakah perlu
dijalankan sendiri oleh pelajar x Menentukan cara bagaimanakah
sesuatu hasil projek dipersembahkan, dipamerkan,
disimpan dan sebagainya.
Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan
berikut:
x Menggalakkan murid bekerjasama dan mengambil tanggungjawab. x
Memberi kebebasan kepada murid menunjukkan kreativiti dan inovasi x
Memberi peluang kepada murid menggunakan bahan sumber yang terdapat
di luar
bilik darjah. x Memotivasikan murid x Memberi peluang kepada
murid memainkan peranan sebagai pemimpin x Membenarkan murid
menentukan peranan masing-masing. x Membenarkan murid yang sama
minat dan kebolehan bekerja pada kadar yang
setaraf dengan kemampuannya. x Memberi satu suasana pembelajaran
untuk murid yang kurang yakin dan mahu
menunjukkan kebolehan mereka sepenuhnya.
Garis panduan yang tepat dan terpenrinci harus diberi oleh guru
untuk menggalakkan pemikiran pelajar pada aras yang lebih tinggi
(higher order thingking skill). Ini termasuk semua kriteria yang
akan dinilai dalam hasil kerja mereka.
5.3.4 Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Projek Terdapat pelbagai
projek yang sesuai diberikan kepada pelajar di peringkat sekolah
rendah. Sesuatu projek itu digalakkan dijalankan secara
berkumpulan. Antaranya ialah menjalankan kajian, menghasilkan kerja
tangan dan lawatan.
Suatu kajian yang dapat dijalankan oleh pelajar misalnya ialah
berkaitan dengan pertumbuhan beberapa anak benih seperti jagung,
kacang hijau dan sawi. Pelajar boleh mengukur berapakah ketinggian
anak benih berbanding masa pertumbuhannya.
-
115OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Selain dari itu, bagi penghasilan objek pula projek yang sesuai
diberikan adalah seperrti meminta pelajar menghasilkan satu bingkai
gambar dengan menggunakan bahan buangan.
Bagi projek lawatan pula, pelajar mungkin dibawa melawat muzium
atau kampung budaya selepas mereka mempelajari sejarah atau budaya
kehidupan sesebuah masyarakat. Sebelum lawatan dibuat guru perlulah
menentukan tempat lawatan yang berkaitan, aktiviti yang perlu
dibuat semasa lawatan seperti membuat pemerhatian dan catatan dan
juga perkara yang perlu dilakukan selepas lawatan seperti mengumpul
objek-objek yang diperolehi selepas lawatan, membuat buku skrap dan
sebagainya.
5.3.5 Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek
Rangka Kerja
x Soalan x Perancangan x Jadual Pelaksanaan x Mengawas x
Mentaksir x Menilai
Sumber: George Lucas Education Foundation
5.3.5.1 Soalan
x Mulakan dengan soalan essential.x Pilih topik yang berkaitan
dengan kehidupan seharian dan mulakan dengan
penyiasatan.
x Pastikan relevan dengan murid-murid
-
116OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
5.3.5.2 Perancangan
x Rancang kandungan spesifik yang perlu dikaitkan apabila
murid-murid menjawab soalan.
x Libatkan murid-murid dalam proses merancang dan menjalankan
projek. x Guru dan murid-murid adakan sumbangsaran untuk aktiviti
yang akan dijalankan
dalam projek yang dirancang.
5.3.5.3 Jadual Pelaksanaan
x Guru bersama pelajar mereka bentuk jadual pelaksanaan untuk
setiap komponen projek.
x Setkan benchmarks.x Pastikan jadual anda mudah difahami dan
sesuai dengan umur murid-murid.
5.3.5.4 Mengawas
x Guru sebagai pemudahcara x Guru membimbing proses projek. x
Gunakan rubriks dalam proses membimbing
5.3.5.5 Mentaksir
x Pastikan pentaksiran adalah asli dan disediakan oleh guru x
Gunakan pelbagai jenis pentaksiran. x Ambil masa untuk mentaksir
secara indivudu dan kumpulan
5.3.5.6 Penilaian
x Murid-murid berkongsi pengalaman x Bincang bagaimanakah projek
itu dijalankan sehingga berjaya. x Bincang apakah perubahan yang
perlu dilakukan x Berkongsi idea untuk pelaksanaan projek baru
kelak.
-
117OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Aktiviti 5.2
Pilih satu topik yang anda fikir sesuai untuk mengaplikasikan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Jawab soalan-soalan
berikut: 1. Apakah soalan essential (mustahak) yang anda akan
ajukan kepada
murid-murid untuk meransang mereka memilih projek? 2. Apakah
cadangan projek yang anda fikirkan boleh dilaksanakan oleh
murid-murid?
3. Tempoh masa pelaksanaan projek?
RUMUSAN
Teori pendekatan konstruktivisme, kontekstual dan pembelajaran
berasaskan projek merupakan teori pembelajaran yang banyak
digunakan masa kini. Terdapat pelbagai teori pembelajaran lain yang
digunakan. Namun, yang pastinya teori-teori ini dihasilkan dengan
tujuan untuk memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif yang
ditentukan.
Fahaman konsruktivisme melihat cara bagaimana seseorang individu
belajar dan membina pengetahuan ke dalam kerangka mindanya dengan
menggunakan pengalaman dan pengetahuan terdahulu mereka. Amalan
pengajaran konvensional dan tradisional perlu bertukar kepada
pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktiviti hands-on dan minds-on
bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan bermakna.
Guru-guru harus berupaya untuk mengubah kerangka konseptual
murid-murid supaya berfikir selari dengan fakta saintifik, dan di
samping itu guru-guru juga perlu berubah paradigma dan konseptual
dalam menentukan strategi pembelajaran mereka. Pembelajaran
berasaskan projek pula lebih menggalakkan pelajar memproses
maklumat untuk mencari penyelesaian sesuatu persoalan.
-
118OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR
GLOSARI
Akomodasi Penyesuaian: pendekatan yang kerap dibincangkan.
Asimilasi Pemaduan bermacam-macam unsur menjadi satu.
Authentic Tulen.
Discovery Learning Pembelajaran melalui penemuan-penemuan baru
yang diperolehi.
Internship Menjalani latihan di lokasi sebenar bagi suatu jangka
masa tertentu.
UJIAN 1
Arahan: Sila jawab soalan berikut dalam masa 15 minit
1. Berikan definisi Konstruktivisme
2. Jelaskan dengan ringkas 2 corak pemikiran utama dalam
konstruktivisme
3. Berikan 3 strategi pembelajaran kontekstual
4. Jelaskan 2 perkara yang perlu diambil kira sebelum
melaksanakan program pembelajaran kontekstual
5. Jelaskan 2 faktor yang perlu diberi perhatian supaya hasil
pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek berkesan.
UJIAN 2
Arahan: Sila jawab soalan berikut dalam masa 30 minit
1. Jelaskan dengan ringkas tentang pembelajaran berasaskan
projek.
2. Terangkan perbezaan antara teori konstruktivisme dan
kontekstual
3. Bincangkan bagaimanakah pembelajaran berasaskan projek dapat
diaplikasikan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup dan berikan
contoh yang bersesuaian.