M ONOGRAF PELAKSANAAN KOMUNITI BERPENGAWAL JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI MELAKA ARAS 5 WISMA NEGERI 75450 AYER KEROH MELAKA
M ONOGRAF PELAKSANAAN KOMUNITI BERPENGAWAL
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI MELAKA
ARAS 5 WISMA NEGERI 75450 AYER KEROH
MELAKA
PENGENALAN
PELAKSANAAN KOMUNITI BERPENGAWAL MONOGRAF
Definisi Komuniti Berpagar
Satu kumpulan komuniti yang tinggal di dalam kawasan
berpagar dan berpengawal sama ada dalam kediaman
berbilang tingkat seperti pangsapuri, kondominium atau
town house atau di kawasan kediaman bertanah
(landed property) seperti Banglo, teres & Berkembar
atau kedua- duanya sekali sebagaimana di definisikan
di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
Definisi Komuniti Berpengawal
Kawasan komuniti yang disediakan dengan
perkhidmatan keselamatan sama ada dengan
penyediaan pondok pengawal atau halangan fizikal.
Sumber : Garis Panduan Pembangunan Skim Komuniti Berpagar Dan Berpengawal (Gated and Guarded Community) Negeri Selangor , April 2012
a) Konsep Komuniti Berpagar Mengikut Akta Hakmilik Strata
1985 (Akta 318)
Perumahan bertingkat seperti Pangsapuri atau rumah bandar
Komuniti berpagar konvensional termaktub dalam Akta
Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dan Kaedah-kaedah dan
Perintah.
b) Konsep Komuniti Berpengawal Dibina Oleh Pemaju
Dilaksanakan oleh pemaju untuk menaikkan lagi nilai hartanah
dan imej pembangunan perumahan
Untuk kediaman sesebuah jenis mewah di kawasan eksklusif.
c) Konsep Komuniti Berpengawal oleh Penduduk
Perumahan siap dan hampir kesemua pemilik rumah
mendiami rumah kediaman
Menubuhkan jawatankuasa sendiri dan melantik syarikat
pengawal.
Kategori Komuniti Berpagar dan Berpengawal
Surat permohonan dibuat oleh Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan sertakan salinan sijil perdaftaran.
TATACARA PERMOHONAN PELAKSANAAN Syarat-Syarat Penubuhan :
Memperolehi persetujuan 75% penduduk daripada bilangan unit rumah yang
berpenghuni (termasuk penyewa)
Memperolehi persetujuan 75% penduduk daripada bilangan unit rumah yang
berpenghuni (termasuk penyewa)
Premis Kediaman perlu ada perakuan Sijil Layak Menduduki (CFO) atau
Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
Mengemukakan dokumen berkenaan persetujuan penduduk dan lain-lain
dokumen yang diperlukan oleh pihak Majlis.
TATACARA PERMOHONAN PELAKSANAAN
Kawalan Am Perancangan:
Dibenarkan di kawasan Bandar (kawasan operasi Majlis) khususnya di kawasan
yang kurang selamat.(Mendapatkan sokongan PDRM)
Tiada unsur paksaan bagi menyertai skim ini.
Skim perumahan berpengawal ini sementara iaitu dua (2) hingga tiga (3)
tahun.
Dibenarkan bagi kawasan yang tiada kemudahan berkongsi seperti surau,
sekolah dan lain lain seperti dalam Pelan Susun atur) asal yang telah
diluluskan. Kawasan laluan pengangkutan bas tidak dibenarkan.
Penghalang dibenar beroperasi dari jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.
Pengawal Keselamatan
Perlantikan Pengawal Keselamatan mematuhi Akta Agensi Persendirian
1971(Akta 27) dan berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Cadangan pembubaran status komuniti berpengawal kepada status asal oleh
persatuan penduduk perlu dimaklumkan kepada PBT
Tidak dibenarkan mengambil kad pengenalan orang awam.
Pihak Berkuasa berhak memasuki kawasan pada bila-bila masa.
Penggunaan kad akses (automatik) dilarang sama sekali.
Tidak dibenarkan menghalang kenderaan keluar/masuk ke kawasan
berkenaan.
Penghuni yang tidak menyertai skim ini tidak boleh dihalang sama sekali
memasuki kediaman mereka pada bila-bila masa.
Dilarang sama sekali membina tembok (fencing) kecuali disebabkan faktor
keselamatan seperti terdapatnya parit besar, sungai dan lebuhraya dengan
kelulusan daripada PBT terlebih dahulu.
TATACARA PERMOHONAN PELAKSANAAN
TATACARA PERMOHONAN PELAKSANAAN
Pembinaan Pondok Pengawal:
Pondok pengawal sahaja dibenarkan dan saiz adalah 6
kaki x 8 kaki atau saiz lain yang difikirkan sesuai oleh
PBT.
Pembinaan pondok pengawal tidak menghalang lalu lintas
dan perletakannya di bahu jalan serta perlu mendapat
kebenaran bertulis daripada Pejabat Tanah Daerah (PTD)/
Majlis. Perlu menunjukkan lokasi pondok pengawal secara
jelas di dalam pelan.
Jika cadangan binaan pondok pengawal di kawasan bahu
jalan adalah berstruktur kekal (permanent structure),
pemohon (persatuan penduduk) perlu memohon
kelulusan TOL daripada Pejabat Tanah Daerah (PTD).
Mengemukakan permohonan Permit Sementara
Bangunan Pondok Pengawal (Jabatan Bangunan) selepas
kelulusan diperolehi dari PTD berkaitan.
Pondok pengawal hanya boleh dibina setelah
mendapat permit atau kelulusan pembinaan
sementara daripada Majlis.
TATACARA PERMOHONAN PELAKSANAAN
Rekabentuk Pondok Pengawal:
Rekabentuk Pondok Pengawal:
TATACARA PERMOHONAN PELAKSANAAN
TATACARA PERMOHONAN PELAKSANAAN Carta Alir Pelaksanaan Komuniti Berpengawal – Persatuan Penduduk:
2. Mesyuarat Penduduk
1. Hebahan + Borang Persetujuan
3. Tubuhkan Pro-team
4. Daftar Pertubuhan
Lulus
9. Pelaksanaan
7. Permohonan Komuniti Berpengawal di PBT dan Mohon TOL
6. Keputusan
8. Mohon Permit
10. Perbaharui Permohonan Kawalan Keselamatan, TOL & Permit
RA (Penduduk)
RA (Penduduk) /ROS
RA (Penduduk)/ Majlis (PBT)
RA (Penduduk) / Majlis (PBT) / Pejabat Tanah Daerah
RA (Penduduk) / Majlis (PBT) / Pejabat Tanah Daerah
Ambil Maklum
TATACARA PERMOHONAN PELAKSANAAN Carta Alir Pelaksanaan Komuniti Berpengawal – Pemaju :
2. Salinan DMC, Pelan Pondok Pengawal, Pagar dan ‘Boom Gate’
1. Pemaju (Infill Parcel)
3. Lulus Dengan Syarat (6 bulan)
4. Daftar Pertubuhan/RA
Lulus
9. Pelaksanaan
Tidak
7. Permohonan Komuniti Berpengawal di PBT dan Mohon TOL
6. Keputusan
8. Mohon Permit
10. Perbaharui Permohonan Kawalan Keselamatan, TOL & Permit
Pemaju
Pemaju / ROS / RA (Penduduk)
Ambil Maklum RA (Penduduk)/ Majlis (PBT)
RA (Penduduk) / Majlis (PBT) / Pejabat Tanah Daerah
RA (Penduduk) / Majlis (PBT) / Pejabat Tanah Daerah
CONTOH PONDOK PENGAWAL YANG DIBENARKAN
CONTOH PONDOK PENGAWAL YANG TIDAK DIBENARKAN
IMPAK KEPADA PEMBANGUNAN
Trend Semasa kebanyakan kawasan perumahan yang telah siap dibina dan telah diduduki akan mengadakan sistem komuniti berpengawal ini.
Melencong daripada kelulusan asal pelan susun atur bagi pembangunan skim perumahan hak milik individu.
Berlakunya kesesakan jalan awam sedia ada kerana laluan sedia ada ditutup walaupun ia merupakan jalan awam.
Dengan adanya skim ini pemaju mengambil kesempatan menaikkan harga rumah dengan alasan skim komuniti berpengawal.
Kawasan perumahan biasa yang ditutup dengan penghadang akan memberikan impak yang negetif kepada persekitaran contohnya kawasan perumahan tersebut tidak selamat untuk dihuni.
Permohonan dikemukakan oleh Persatuan Penduduk yang tidak berdaftar.
Beroperasi tanpa kelulusan /
makluman
Gagal / sukar untuk mendapatkan persetujuan 100% - 75% penduduk.
Perletakan pondok pengawal yang tidak sesuai dan merbahaya di
persimpangan keluar masuk, kadangkala menimbul kesesakan lalulintas.
Tidak memohon lesen menduduki sementara
(TOL).
Mengubah laluan keluar masuk yang telah diluluskan oleh
PBT
Tidak mematuhi masa beroperasi (menutup jalan) dari jam 12 tengah
malam hingga 6 pagi.
Tidak mengemukakan permohonan permit sementara bangunan (Pondok
pengawal, palang keselamatan dan pagar)
ISU DAN MASALAH PELAKSANAAN
Persatuan mengenakan bayaran perkhidmatan keselamatan (RM40 hingga
RM200 sebulan). Tiada akaun /audit yang sah.
Pengawal keselamatan meminta kad pengenalan / lesen memandu
daripada orang awam dan memberi pas masuk kepada orang awam.
ISU DAN MASALAH PELAKSANAAN
Hanya Garis panduan yang disediakan oleh JPBD Semenanjung Malaysia pada
masa kini serta beberapa peruntukan perundangan yang berkaitan dijadikan
panduan dalam melaksanakan konsep ini.
Pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang berkaitan perlu dilaksanakan bagi
mengawal serta menampung keperluan terhadap perlaksanaannya pada masa kini.
Kebanyakkan persatuan penduduk masih tidak mematuhi garis panduan yang
ditetapkan seperti yang telah dinyatakan.
PBT sekadar mengambil maklum mengenai permohonan melaksanakan konsep ini
kerana ketiadaan peruntukan undang-undang yang khusus demi menjaga
kesejahteraan masyarakat yang bimbang dengan kejadian jenayah di kawasan
mereka.
KESIMPULAN