Bidang
Bidang:Akademik
Tajuk:Orientasi Ke Alam Sekolah Menengah
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :
1. Mengetahui aliran pengajian yang wujud di sekolah
menengah.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan: Lampiran A 6A & Kertas A4.
Langkah-langkah:Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menulis nama sekolah- sekolah
berasrama penuh1. Murid menyebut nama sekolah yang di tulis.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan contoh nama-nama
sekolah menengah mengikut kategori;
i. Sekolah Berasrama Penuhii. Sekolah Menengah Kebangsaan
Agamaiii. Sekolah Sukaniv. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)v.
Sekolah Menengah Harian(Kawalan)
vi. Sekolah Menengah Harian
vi. Sekolah Seni.vii.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi3. Murid
menyenaraikan nama sekolah yang berdekatan dengan persekitaran
mereka.
4. Murid mengenalpasti syarat kelayakan yang perlu untuk
memasuki sekolah pilihannya.
Contoh :
Kelayakan ke SBP/SBPI 5A/ aktif kokurikulum/ Kepimpinan
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan fokus aliran bagi
setiap kategori sekolah menengah yang dinyatakan serta
kelebihannya.
Penilaian: Murid mencatat maklumat yang diberi oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling
Rumusan:Pendedahan tentang kepentingan mencapai kecemerlangan
bagi setiap mata pelajaran membolehkan pelajar memilih sekolah yang
dikehendaki.
Falsafah
:Kenali potensi diri untuk merebut pelbagai bidang yang sedia
ada mengikut citarasa.
Lampiran A 6AA. Sekolah Berasrama Penuh:
1. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
2. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
3. Kolej Tunku Kurshiah (KTK)
4. Maktab Tentera Di-Raja (MTD)
5. Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH)B. Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama:
1. Kolej Islam Sultan Azlan Shah,Klang, Selangor 2. SMKA Sheikh
Abd Malik ,Kuala Terengganu,Terengganu 3. SMKA Maahad Hamidah
,Kajang, Selangor 4. SMKA Kuala Lumpur,Kuala Lumpur 5. SMKA Sheikh
Hj Mohd Said, Seremban,Negeri SembilanC. Sekolah Sukan :
1. Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2. Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru, JohorD. Maktab
Rendah Sains Mara : 1. Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghaffar Baba,
Jasin, Melaka 2. Maktab Rendah Sains Mara, Jeli, KelantanE. Sekolah
Seni :
1. Sekolah Seni Johor Bahru.
2. Sekolah Seni Kuching, Sarawak.F. Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi:
1. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
2. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng
3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol 4. Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi Kuantan
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang
PasuBidang:Akademik
Tajuk:Kemahiran Belajar Berkumpulan
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Menguasai teknik
kemahiran belajar berkumpulan.
2. Meningkatkan keyakinan diri.
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan: Mengikut tajuk yang dipilih
Langkah-langkah:Set induksi :
Ice breaking - aktiviti pembentukan kumpulan.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan teknik-teknik
belajar secara berkumpulan.
i. Teknik satu (Round Robbin) semua murid membaca dan memahami
sesuatu topik dan membentangkannya, atau,
ii. Teknik pelbagai topik (Jigsaw) setiap murid membaca dan
memahami topik tertentu dan membuat pembentangan.
2.Murid dikehendaki:-
i. Masuk mengikut kumpulan yang ditetapkan.
ii. Melantik ketua dan penolong kumpulan.
iii. Menentukan nama, etika dan motto kumpulan.
(mempraktikkan teknik di atas)
3. Pembentangan hasil kumpulan
Penilaian: Murid dapat mempraktikkan teknik belajar secara
berkumpulan
Rumusan:Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan
bagi
meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.
Falsafah
: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Bidang:Akademik
Tajuk:Kemahiran Mendengar - Proses Mendengar.
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Memahami teknik
mendengar yang berkesan.2. Menjalankan aktiviti berkaitan dengan
proses mendengar.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan: Kad ayat dan kad perkataan
Langkah-langkah:Set Induksi : (Permainan Telefon Rosak)
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid-murid berdiri dan
menunjukkan kad ayat. Murid akan berbisik kepada rakan sebelah ayat
tersebut dan murid yang terakhir akan menulis ayat tersebut di
papan hitam..
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan membacakan satu petikan
perenggan. (pilihan guru mengikut kesesuaian tahap murid)2. Murid
akan diminta untuk menyebut semula petikan perenggan tersebut.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang
langkah-langkah dalam proses mendengar:
i. Dengar- tumpuan (hati, fikiran dan mata)ii. Faham
iii. Menyatakan semula
iv. Buat catatan
4. Guru mengulang semula langkah 1 dan 2 di atas.
Penilaian: Murid dapat menyebut semula petikan perenggan yang
dibaca oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Rumusan:Kemahiran mendengar akan meningkatkan proses
mengingat.
Falsafah: Tumpuan asas pembelajaran.
Bidang:Akademik
Tajuk:Kemahiran Mendengar - Main Peranan (lakonan P.Ramlee )
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat:-
1. Meningkatkan kemahiran mendengar, mengingat dan mengungkapkan
dialog.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan: Kertas A4 dan lampiran A 6B
Langkah-langkah:Set induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan skrip dialog mengikut
kumpulan.
1. Murid melakonkan atau menuturkan semula dialog yang
diedarkan.
2. Murid lain mencatat isi penting (kata kunci) daripada dialog
tersebut.
Penilaian: Murid dapat menguasai kemahiran mendengar melalui
kaedah main peranan.
Rumusan: Maklumat tidak dapat diperolehi dengan tepat jika
tidak
menguasai kemahiran mendengar.
Falsafah
: Kemahiran mendengar sangat penting dalam keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Lampiran A 6B
Contoh Dialog LakonanKEMAHIRAN MENDENGAR
(Petikan dialog Filem P.Ramlee - Seniman Bujang Lapok)
Polis : Mak Cik Ni isteri Pak Mat Tempe ya?Isteri Pak Mat Tempe
: Ya dari petang tadi minta hutangPolis : Ooo dari petang tadi dia
pergi minta hutang ya Makcik Pak Mat Tempe berada di General
HospitalIsteri Pak Mat Tempe : Dia memang begitu kadang-kadang
sampai 2 bulan 3 bulan orang tak bayar hutangSudin : Mak Cik,Mak
Cik Encik ni cakap Pak Mat Celepok pong pong berlanggar
motokarIsteri Pak Mat Tempe : Pak Mat kau memang begitu selalu naik
basikal tak pernah naik motokarSudin : Pak Mat Tempe belanggar
dengan motokar (Suara Kuat)Isteri Pak Mat Tempe : Ha berlanggar
motokar em emem emSudin : Encik soundnya rosak ,kesian.
Bidang:Akademik
Tajuk:Kemahiran Mencatat Nota Peta Minda Tulang Ikan
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Mengetahui kegunaan dan
kepentingan peta minda dalam proses pembelajaran dan ulangkaji.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Lampiran A 6C (Contoh Peta Minda), 2 jenis Bahan Bacaan
(mengikut tahap murid), Kertas Mahjung
Langkah-langkah:Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab berdasarkan peta
minda yang ditunjuk. Rujuk Lampiran A 6C.1. Guru Bimbingan dan
Kaunseling menggunakan bahan bacaan yang diedarkan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan isi-isi penting
dalam bahan bacaan tersebut. 3. Murid diminta mencatat isi-isi
penting dalam peta minda.
4. Edarkan kepada murid bahan bacaan dan minta murid berbincang
serta mencatat isi penting menggunakan peta minda di dalam kumpulan
masing-masing. 5. Setiap kumpulan membentangkan peta minda yang
dihasilkan.
Penilaian: Murid dapat menghasilkan peta minda yang baik.
Rumusan: Peta minda merupakan salah satu cara untuk
mengingat.
Falsafah: Sesuatu maklumat lebih mudah diingat dalam bentuk peta
minda.
Lampiran A 6C( Contoh Peta Minda )
Bidang:Kerjaya
Tajuk:Kepentingan kerjaya kepada kita .
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Menyatakan kepentingan
pekerjaan ibu bapa atau penjaga.
2. Menyatakan kepentingan kerjaya kepada manusia .
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan: Carta , Lampiran K 6A
Langkah-langkah:Set Induksi :Murid meneka perkataan di papan
putih
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan definisi kerjaya
dan perbezaan antara kerjaya, pekerjaan dan kerja.2. Guru Bimbingan
dan Kaunseling melekatkan carta kerjaya di dalam kelas.3. Murid
berbincang dalam kumpulan tentang kepentingan kerjaya.4. Ketua
kumpulan membentangkan hasil dapatan.
5. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.
6. Guru membuat rumusan.
Penilaian: Murid dapat menjawab soalan dalam lembaran kerja.
Rumusan:Kerjaya boleh merubah kehidupan seseorang individu.
Falsafah
:1. Seseorang individu itu perlu merancang kerjaya untuk jangka
masa panjang.2. Kerjaya itu amat penting dalam kehidupan manusia
demi mencapai kesempurnaan hidup.3. Setiap kerjaya mempunyai bidang
tugas yang berlainan.
Lampiran K 6A
Jawab soalan-soalan berikut.
1. Apakah kepentingan pekerjaan kepada orang ramai?
a. Guru :___________________________________________________b.
Doktor :__________________________________________________c. Petani
:__________________________________________________2. Pada pendapat
anda, apakah kepentingan pekerjaan (yang anda minati) kepada diri
anda?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
3. Bagaimanakah anda dapat mencapai cita-cita anda?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Bidang:Kerjaya
Tajuk: Jasa Guruku.
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Menyenaraikan peranan
dan tugas seorang guru dengan lebih meluas dan terperinci.2.
Menghargai jasa guru.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan: Tiada.
Langkah-langkah:Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling bercerita tentang kerjaya guru
kepada murid-murid.1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan
tugasan kepada murid.
2. Pembentangan hasil dapatan dan ulasan Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
Penilaian:Menyiapkan tugasan yang diberikan.
Rumusan:Pengetahuan dalam kerjaya dapat menanam minat murid
tentang kerjaya.
Falsafah:Profesion perguruan adalah satu pekerjaan yang
mulia
Bidang:Kerjaya
Tajuk: Kerjaya pilihan saya.
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Menentukan kerjaya
pilihan mereka.
2. Memberikan rasional terhadap pilihan mereka.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan: Peta minda dan lampiran K 6B
Langkah-langkah:Set Induksi:
Murid memejamkan mata sambil memikirkan kerjaya pilihan
sendiri.
1. Murid-murid menyatakan kerjaya pilihan masing-masing.
2. Perbincangan tentang kerjaya pilihan murid.
3. Murid menyiapkan peta minda dan membuat karangan.
4. Pembentangan hasil dapatan secara rawak.
Penilaian:Mengisi maklumat dalam borang pengurusan grafik dan
membuat karangan.
Rumusan:Setiap murid diberi kebebasan memilih kerjaya.
Falsafah: Kerjaya pilihan berkait rapat dengan minat
seseorang.
Lampiran K 6B
Bidang:Kerjaya
Tajuk: Aku Seorang Doktor.
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Menyatakan bidang tugas
seorang doktor.2. Membuat pamplet kerjaya seorang doktor.3.
Mengetahui bidang tugas seorang doktor dengan lebih khusus.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Kertas warna atau kad manila, magik pen, krayon, lampiran
K 6C
Langkah-langkah:Set Induksi :Murid diminta melakonkan aksi
seorang doktor.
1. Murid menyatakan tugas seorang doktor seperti yang telah
dilihat.2. Murid melakukan sesi soal jawab.
3. Guru menerangkan cara membuat pamplet kerjaya seorang doktor
secara berkumpulan.
4. Guru membuat rumusan dan pamplet yang terbaik dipamerkan
kepada murid-murid.
Penilaian:Murid membuat pamplet kerjaya seorang doktor.
Rumusan:Kerjaya seorang doktor begitu diminati oleh
kanak-kanak.
Falsafah
:Bidang kedoktoran merupakan bidang yang kritikal yang
memerlukan banyak tenaga pakar.
Lampiran K 6C
Contoh Pamplet:
Bidang:Kerjaya
Tajuk:Ke mana saya selepas ini?
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Murid dapat menyatakan
apakah sekolah pilihan mereka selepas Tahun 6
2. Murid dapat mencatat hasrat selepas Tahun 6 dalam bentuk
catatan.
Masa
:60 minit
Sasaran
:Tahun 6
Bahan:Contoh keputusan UPSR (Cemerlang dan Gagal) Carta,
lembaran kerja
Langkah-langkah:Set induksi
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan keputusan UPSR dan
menyoal murid, ke manakah anda selepas ini ?1. Guru Bimbingan dan
Kaunseling melekatkan carta dan menarik perhatian murid kepada
tajuk modul
2. Sesi perbincangan mengenai carta aliran 3. Murid menulis
hasrat mereka dalam bentuk catatan 4. Guru Bimbingan dan Kaunseling
merumus isi berdasarkan catatan atau tugasan murid.
Penilaian:Murid menulis catatan
Rumusan:Maklumat ke sekolah berasrama penuh meransang
murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh.
Falsafah
: Setiap insan memiliki hasrat yang tinggi dalam menentukan hala
tuju kehidupan mereka.
Bidang:Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk:Katakan Tidak Pada Buli
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Menjauhkan diri
daripada melakukan perbuatan buli.2. Mengelakkan diri daripada
dibuli oleh murid lain.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Surat Khabar yang dibawa oleh murid dan soalan tugasan
folio serta lampiran PS 6A.
Langkah-langkah:Set Induksi : Guru Bimbingan dan Kaunseling
menunjukkan poster Kata Tidak Pada Buli dan bersoal jawab tentang
maksud buli dan contohnya.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan maksud buli dengan
contoh yang sesuai.
2. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan mereka dikehendaki
mencari maklumat tentang kes atau kejadian buli melalui akhbar yang
dibawa. (Guru meminta murid membawa surat khabar dari rumah
masing-masing).
3. Murid dikehendaki menyiapkan Folio Anti Buli dalam tempoh
seminggu. (Soalan dan garis panduan folio akan diberikan oleh guru
dalam lampiran PS 6A).
4. Folio yang telah siap dalam tempoh yang ditetapkan akan
diadili dan diberikan penghargaan.
Penilaian:Murid menyiapkan folio secara berkumpulan dan akan
diberikan penghargaan.
Rumusan:Gejala buli boleh menyebabkan punca gejala sosial /
jenayah salah laku murid.
Falsafah
:
1. Murid akan berasa gembira dan tiada tekanan datang ke sekolah
jika tiada gejala buli.
2. Kita jangan buat perkara yang tidak digemari oleh orang
lain
sebagaimana kita tidak suka perkara itu dilakukan ke atas diri
kita.
Lampiran PS 6ASOALAN TUGASAN FOLIO ANTI BULI :
Secara berkumpulan (sekurang-kurangnya 4 orang sekumpulan), anda
dikehendaki mencari bahan melalui media sama ada keratan surat
khabar, majalah, internet dan sebagainya tentang kejadian buli
dalam kalangan murid yang semakin menjadi-jadi di seluruh dunia.
Hasilkan sebuah folio berdasarkan garis panduan berikut :
1. Nama kumpulan (Kulit depan folio Anti Buli)
2. Biodata ahli kumpulan3. Pengenalan4. Isi kandungan ;
( Tampalan bahan mengikut kreativiti masing-masing )
5. PenutupBidang:Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk:Kawal Diri
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Menyatakan apa yang
menyebabkan emosinya
terganggu.
2. Mengetahui bagaimana untuk mengawal emosi apabila berdepan
dengan situasi yang menganggu emosinya.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Lampiran PS 6B
Langkah-langkah:Set Induksi : Guru Bimbingan dan Kaunseling
menerangkan beberapa emosi yang biasa dialami murid. Contoh marah
dan sedih .
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kad lampiran yang
menggambarkan situasi emosi yang dialami.2. Murid diberikan
kumpulan dan membaca kad lampiran.3. Murid menyatakan emosi yang
dialami berdasarkan kad lembaran dan menyatakan tindakbalas
terhadap emosi tersebut.
4. Murid membentangkan tugasan mengikut kumpulan.5. Guru
Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan dalam setiap
pembentangan.
Penilaian:Murid menyatakan tindakbalas emosi yang dialami.
Rumusan:Manusia sentiasa berhadapan dengan pelbagai emosi yang
dialami
dan mereka mesti bijak bertindakbalas terhadap emosi
tersebut.
Falsafah
:
1. Kita mestilah bijak bertindakbalas terhadap emosi yang
dialami.
2. Segala emosi yang dihadapi akan mematangkan diri kita jika
kita berjaya menanganinya secara positif.
Lampiran PS 6B
Bidang:Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk:Harga Sebuah Kejayaan
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Menyedari untuk
cemerlang dalam hidup mereka seharusnya dapat menyediakan diri dari
segi emosi, rohani, jasmani dan intelek.
2. Memotivasikan diri ke arah kejayaan.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Lampiran PS 6C
Langkah-langkah:Set Induksi : Guru Bimbingan dan Kaunseling
menceritakan bagaimana beliau berjaya menjadi seorang guru.1. Guru
Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan.2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lembaran PS
6C kepada kumpulan masing-masing.3. Guru meminta murid memilih tiga
kejayaan dan diberikan harga bagi setiap pilihan dalam lembaran PS
6C yang diedarkan.4. Murid menceritakan pilihan dan harga kejayaan
masing-masing.5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan
secara keseluruhan.
Penilaian:Murid menyiapkan latihan yang diberikan
Rumusan:Kejayaan dalam kehidupan memerlukan usaha dan
pengorbanan.
Falsafah
:
1. Naluri kehidupan manusia memerlukan kejayaan.2. Setiap
kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa usaha yang
bersungguh-sungguh.3. Setiap individu saling menyumbang antara satu
sama lain.
Lampiran PS 6C
Anda diberi RM 100 [Ringggit Malaysia: Satu Ratus sahaja]. Anda
diberi peluang untuk memilih tiga kejayaan yang anda rasa penting
bagi diri anda. Anda perlu memberikan harga bagi setiap kejayaan
yang anda pilih dengan nilai wang yang diberi. Anda tidak
dibenarkan memberi nilai harga yang sama bagi setiap kejayaan.
BilKejayaanNilai
[RM]
1.Melaksanakan perintah Tuhan.
2.Menghormati guru pada setiap masa.
3.Melaksanakan tugas yang diberi oleh guru tepat pada
masanya.
4.Mendapat keputusan 5A dalam Peperiksaan UPSR.
5.Lulus semua mata pelajaran dalam Peperiksaan UPSR.
6.Melaksanakan tugas yang diberikan oleh ibu di rumah.
7.Menjadi anak yang taat kepada kedua ibu bapa.
8.Menjadi insan yang berguna sepanjang hayat.
9.Menjadi seorang murid yang berkepimpinan dan berakhlak
mulia.
10.Menjadi murid yang berjaya dan berwawasan dalam hidup.
Bidang:Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk:Cermin Diri
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Mengenali diri tentang
kelebihan dan kelemahan diri .
2. Memperbaiki diri agar cemerlang dalam hidup.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan: Kertas A4, cermin, lampiran PS 6D
Langkah-langkah:Set Induksi : Guru Bimbingan dan Kaunseling
menunjukkan cermin kepada murid-murid.1. Guru Bimbingan dan
Kaunseling bertanyakan kepada murid tentang kegunaan cermin?2. Guru
Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kertas A4.3. Murid menjawab /
menulis tentang diri masing-masing
berdasarkan kertas A4 yang diedarkan.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerapkan tentang aktiviti
dalam kertas A4 tujuannya.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan dengan mengaitkan
lembaran dengan cermin yang ditunjukkan.
Penilaian:Menyiapkan latihan yang diberikan dan menyatakan /
komen diri berdasarkan cermin.
Rumusan:Terdapat kelemahan dan kelebihan dalam diri seseorang
insan.
Falsafah
:
1. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan diri.
2. Manusia perlu memperbaiki kelemahan diri untuk cemerlang.3.
Kehidupan memerlukan persiapan diri bagi menghadapi pelbagai
cabaran.
4. Dalam kehidupan dunia ini kita tidak bersendirian malah
memerlukan antara satu sama lain.
Lampiran PS 6DBilPernyataanYaTidak
1.Saya berasa saya cantik/lawa
2.Saya datang dari keluarga yang kaya
3.Saya berasa saya seorang yang pandai
4.Saya yakin boleh berjaya dalam pelajaran
5.Saya yakin boleh mencapai cita-cita
6.
Saya mampu capai kejayaan tanpa bantuan orang lain
7.
Orang lain tidak penting dalam hidup saya
8.Kejayaan saya hasil usaha sendiri
9.
Kepandaian saya adalah satu anugerah
10.Saya tidak perlu kepada orang lain dalam kehidupan saya
Bidang:Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk:Bijak Bicara
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Mengenali diri tentang
kelebihan dan kelemahan diri di hadapan kelas.
2. Menyedari tentang betapa pentingnya komunikasi yang berkesan
dalam kehidupan seharian mereka.
3. Menyedari bahawa mereka perlu berani dan yakin pada diri
untuk berkomunikasi dengan baik di hadapan rakan masing-masing.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Lampiran PS 6E
Langkah-langkah:Set Induksi : Guru Bimbingan dan Kaunseling
berbicara tentang satu topik. Contohnya, Aku Seorang Guru.1. Murid
berkomunikasi secara lisan di hadapan kelas berdasarkan topik yang
disediakan oleh guru atau pilihan sendiri. Pertandingan secara
berkumpulan.2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengadakan sesi soal
jawab tentang topik-topik yang dibicarakan oleh murid tentang nilai
yang terdapat dalam cerita yang disampaikan.3. Guru Bimbingan dan
Kaunseling membuat rumusan / kesimpulan secara keseluruhan.
Penilaian:Murid bercerita berdasarkan situasi / topik yang
diberi .
Rumusan:Murid hendaklah bijak berkomunikasi sesama rakan, guru,
ibu bapa dan masyarakat.
Falsafah
:
1. Setiap individu perlu bijak berkomunikasi untuk mencapai
kecemerlangan diri.
2. Komunikasi yang berkesan akan dapat melahirkan individu yang
cemerlang.
Lampiran PS 6EMurid bercerita di hadapan kelas berdasarkan satu
tajuk di bawah.
Murid pilih hanya satu tajuk sahaja.
Bidang:Keibubapaan
Tajuk:Peranan bapa
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Menyedari tanggungjawab
bapa terhadap anak-anak.
2. Menjelaskan tanggungjawab anak kepada bapa.
3. Membuat rumusan tentang peranan bapa.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Kertas A4
Langkah-langkah :Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta seorang murid melakonkan
watak seorang bapa yang bertanggungjawab dan seorang murid
melakonkan watak seorang bapa yang tidak bertanggungjawab.1. Guru
Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid tentang peranan
dan tanggungjawab bapa.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memberikan contoh
bapa yang bertanggungjawab.3. Guru Bimbingan dan Kaunseling
menerangkan kepada murid kepentingan cara berkomunikasi yang
berkesan dengan bapa.4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
membuat rumusan berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan.
Penilaian:Murid membuat rumusan tentang peranan dan cara
berkomunikasi yang berkesan dengan bapa.
Rumusan:Setiap bapa perlu dihormati , dikasihi dan ditaati.
Falsafah:1. Bapa merupakan anugerah Ilahi yang perlu
dihargai.
2. Bersyukur kerana masih mempunyai bapa.
3. Hormat menghormati, bertanggungjawab sesama keluarga adalah
amalan yang mulia.4. Anak yang baik mendoakan kesejahteraan bapa
sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Bidang: Keibubapaan
Tajuk: Graf Hayat Keluargaku
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Melakarkan graf hayat
peristiwa pahit manis ahli keluarga masing-masing.
2. Mengenalpasti perasaan setiap ahli keluarga.
Masa: 60 minit
Sasaran: Tahun 6
Bahan: Lampiran IB 6A dan pensel
Langkah-langkah: Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan perihal dirinya
sepanjang beberapa tahun lalu.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menceritakan
tentang peristiwa yang dialami dalam keluarga sepanjang lima tahun
yang lalu.2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran
graf hayat.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membina graf
hayat yang menggambarkan tahap suka duka ahli
keluarga dalam tempoh lima tahun lalu.4. Murid membentangkan
hasil graf hayat.5. Guru Bimbingan dan Kaunseling mencungkil
peristiwa yang berlaku dan konflik jiwa yang dialami oleh murid
melalui sesi soal jawab.
Penilaian:Murid melengkapkan graf hayat setiap ahli keluarga
dengan jelas.
Rumusan:Membantu murid memahami bahawa setiap individu mengalami
pelbagai peristiwa suka duka dalam hidup.
Falsafah:
1. Menghargai kepelbagaian pengalaman yang penuh bermakna.2.
Perasaan suka duka membantu kita mengurus diri agar menjadi lebih
baik.
Lampiran IB 6AGRAF HAYAT AHLI KELUARGA
50
S
40
U
K30
A
20
10
TAHUN 2005 2006 2007
2008
2009
10
D
20
U
K30
A
40
50
Bidang:Keibubapaan
Tajuk:Ibuku sayang
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Memahami peranan Ibu
terhadap mereka.
2. Menyatakan peranan ibu terhadap mereka.
3. Membuat rumusan tentang peranan ibu dalam kejayaan
mereka.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Tiada
Langkah-langkah :Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling bercerita tentang kisah Si
Tanggang. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
berkaitan dengan kisah cerita tersebut.1. Kaunseling meminta murid
memberikan contoh pengorbanan ibu terhadap anak.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan kepada murid
tentang kepentingan ibu dan peranannya terhadap anak-anaknya.3.
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membuat rumusan.
Penilaian:Murid dapat membuat rumusan tentang peranan ibu
terhadap mereka.
Rumusan:Maha pentingnya mendapat keberkatan dari ibu bagi
memperolehi kesejahteraan hidup.
Falsafah: 1. Setiap ibu menyayangi anak-anak mereka.
2. Ibu merasa gembira apabila dapat melahirkan anak, walaupun
terpaksa mengadai nyawa.
3. Ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi seorang anak belum
tentu dapat menjaga seorang ibu.
Bidang:Keibubapaan
Tajuk:Salasilah Keluarga dan Peranan
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Memahami salasilah
keluarga dan peranan.
2. Menjelaskan tentang salasilah keluarga dan peranan.
3. Membuat rumusan berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan.
Masa:60 minit
Sasaran :Tahun 6
Bahan: Kertas A4
Langkah-langkah : Set Induksi ;
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar-gambar
berkaitan dengan sebuah keluarga.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
tentang keahlian dalam sebuah keluarga.
2. Murid menceritakan perihal dirinya dalam keluarga.
3. Murid menghasilkan salasilah keluarga masing-masing.
4. Murid menyatakan peranan dan tanggungjawab setiap ahli
keluarga.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membuat kumpulan
dan membentangkan tugasan masing-masing dalam kelompok kecil.
6. Murid membuat rumusan berdasarkan tajuk yang
dibentangkan.
Penilaian:Murid berupaya menceritakan salasilah keluarga asas
dan membuat rumusan berdasarkan tugasan yang diberikan.
Rumusan:Membantu murid mengetahui dengan lebih jelas tentang
kepentingan salasilah keluarga asas.
Falsafah
:1. Setiap ahli keluarga perlu menghormati hak masingmasing dan
saling bekerjasama.
2. Melahirkan budaya Yang tua dihormati yang muda disayangi.
3. Mengamalkan sikal berkasih sayang, berkerjasama, hormat
menghormati dan bertanggungjawab.
Bidang:Keibubapaan
Tajuk:Kepimpinan Dalam Keluarga
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Memahami maksud
kepimpinan dengan baik.
2. Menyatakan ciri-ciri kepimpinan.
Masa: 60 minit
Sasaran: Tahun 6
Bahan: Gambar Pemimpin dan Kertas A4
Langkah-langkah :Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar-gambar pemimpin
negara kepada semua murid.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyatakan
senarai pemimpin negara, negeri dan keluarga.
2. Murid diminta untuk membentuk 4 kumpulan.
3. Murid diminta membincangkan perkara di bawah secara
kumpulan.
i. Ciri-ciri Kepimpinan
ii. Peranan Pemimpin Dalam Sebuah Keluarga
4. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan cir-ciri pemimpin
yang sebenar.
Penilaian: Murid memberi penerangan yang lengkap berkaitan
ciri-ciri pemimpin yang diketahui melalui pembentangan.
Rumusan: Murid berkeupayaan menilai kepentingan pemimpin dalam
sesebuah organsasi.
Falsafah:1. Setiap daripada kita mempunyai ciri-ciri kepimpinan
dalam diri.
2. Kepimpinan yang baik menjamin kesejahteraan bersama.
Bidang:Keibubapaan
Tajuk:Masih Ada Yang Sayang
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Menyedari kepentingan
kehadiran ahli keluarga dalam kehidupan mereka.
2. Menggunakan kemahiran berfikir dalam membuat pilihan.
3. Membuat rumusan berdasarkan petikan yang diberi.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Lampiran IB 6B
Langkah-langkah:Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab mengenai orang yang
mereka sayangi.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan cara aktiviti yang
akan dijalankan.
2. Murid diminta menyenaraikan 5 orang yang paling disayangi
dalam ahli keluarga.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membacakan situasi yang
disediakan (imaginasi).
4. Murid membayangkan / imaginasikan situasi yang
diperdengarkan.
5. Murid menyatakan perasaan mereka berdasarkan situasi.
6. Murid membuat rumusan secara keseluruhan betapa perlunya kita
menyayangi orang di sekeliling mereka.
Penilaian:Menyatakan perasaan masing-masing dan membuat rumusan
berdasarkan petikan yang diberi.
Rumusan:Tindakan yang tepat menentukan kesejahteraan hidup.
Falsafah:
1. Manusia memerlukan kasih sayang dalam kehidupan.2. Kita perlu
menghargai kasih sayang ibu bapa semasa mereka masih ada.
3. Kasih sayang perlu dinyatakan melalui tindakan.
Lampiran IB 6BMasih ada yang sayang
Petikan situasi.
...Kamu tinggal serumah bersama lima orang yang kamu sayang.
Pada suatu hari, rumah yang kamu diami telah terbakar. Semasa
kebakaran, kelima-lima orang yang kamu sayang berada di dalam bilik
masing-masing yang berkunci dari luar. Semua anak kunci berada
ditangan kamu.
Kamu berusaha untuk membuka kunci setiap bilik untuk
menyelamatkan orang-orang yang kamu sayang. Semasa kamu cuba
membuka kunci bilik yang pertama,tiba-tiba anak kunci itu terjatuh
ke dalam api. Ini bermakna kamu akan membiarkan salah seorang orang
yang kamu sayang meninggal dalam kebakaran itu. Sila potong satu
nama dari senarai orang yang kamu sayang yang akan kamu biarkan
mati terbakar.
Kamu pergi ke bilik yang kedua untuk menyelamatkan mereka. Dalam
usaha kamu membuka kunci pintu yang kedua, tiba-tiba kunci itu
patah. Ini bermakna kamu terpaksa korbankan seorang lagi dari orang
yang kamu sayang mati terbakar. Sila potong satu lagi nama dari
senarai orang yang kamu sayang.
Kamu pergi pula ke bilik yang ketiga. Kamu berjaya membuka kunci
tersebut, tapi sayangnya pintu bilik itu berkunci dari dalam. Kamu
gagal lagi menyelamatkan orang yang kamu sayang. Sila potong satu
nama lagi dari senarai orang yang kamu sayang.
Kamu berlari ke bilik yang keempat, kamu berjaya membuka pintu
itu tetapi kamu dapati bilik itu kosong, penghuni bilik itu mungkin
berada di bilik yang terakhir. Kamu berjaya membuka pintu bilik
yang terakhir, memang benar kedua-dua orang yang kamu sayang berada
di dalam bilik itu tetapi kedua-dua mereka pengsan. Dengan tenaga
yang kamu ada, kamu hanya mampu menyelamatkan seorang sahaja di
antara mereka. Sila buat pilihan, siapakah orang yang terakhir yang
akan kamu korbankan mati dalam kebakaran itu.
Bidang:Pembangunan Diri Murid
Tajuk:Asas Komunikasi- Aku Pemimpin
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :
1. Murid memahami asas kemahiran kominikasi dengan baik.2. Murid
menyedari potensi dan kebolehan dalam berkomunikasi dengan lebih
baik.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Kertas A4
Langkah-langkah:Set Induksi :
Perbincangan spontan tentang kumpulan pemimpin pelajar seperti
Pengawas, Pustakawan, PRS dan lain-lain.1. Guru Bimbingan dan
Kaunseling menerangkan mengenai kemahiran asas komunikasi dan
tugasan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan kumpulan mengikut
pelbagai kebolehan.
3. Setiap kumpulan diberikan peranan sebagai Pengawas
Sekolah,Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber,Pembimbing Rakan Sebaya
dan murid biasa.
4. Setiap kumpulan diarah membincangkan satu isu semasa.
Pengawas Sekolah Kes Buli.
Ketua Kelas Murid bising di dalam kelas.
Pengawas Pusat Sumber Murid yang tidak pulangkan buku.
PRS - Murid kurang menghormati guru.Murid Biasa Pengawas pilih
kasih.
5. Setelah selesai, wakil kumpulan membentangkan hasil
perbincangan dengan menggunakan kemahiran asas komunikasi.
6. Perbincangan mengenai aplikasi asas komunikasi dan
kritikan.7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan .
Penilaian:Membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan
asas komunikasi.
Rumusan:Setiap individu memiliki asas komunikasi dan boleh
ditingkatkan melalui proses latihan.
Falsafah
:
1. Setiap individu boleh berkomunikasi dan telah memiliki asas
komunikasi.
2. Kemahiran berkomunikasi boleh ditingkatkan melalui proses
latihan.
3. Komunikasi yang berkesan member impak dalam kehidupan
seharian.
Bidang:Pembangunan Diri Murid Tahun 6
Tajuk:Semangat Cintakan Sekolah Sekolahku Sayang
Objektif: Pada akhir sesi murid dapat :
1. Mengetahui elemen semangat cintakan sekolah 2. Memahami dan
mengaplikasi elemen semangat cintakan
sekolah.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Kad Tugasan (Lampiran PD 6A)
Langkah-langkah:Set Induksi :
Murid membincangkan lokasi-lokasi menarik di persekitaran
sekolah.1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan mengenai sesi
lawatan dan kad tugasan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan pelajar kepada
kumpulan.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan lokasi lawatan.
(Lawatan dalam kawasan sekolah seperti kantin,surau,taman bunga dan
lain-lain)4. Tugasan semasa lawatan ialah membuat laporan. (Rujuk
kad tugasan)5. Masa lawatan diberikan ialah 10 minit dan kembali
semula ke kelas dan membentangkan laporan.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan.
Penilaian:Pembentangan laporan dan elemen semangat cintakan
sekolah
Rumusan:Sekolah kita tanggungjawab kita.
Falsafah
:
1. Semangat penyayang merupakan sifat semulajadi/naluri
manusia.
2. Semangat boleh ditingkatkan melalui tanggungjawab dan
pemupukan berterusan.
3. Pemupukan memerlukan usaha secara kolektif dan bersepadu.
Lampiran PD 6A
KAD TUGASAN
LAPORAN PEMANTAUAN KEBERSIHAN
NAMA KUMPULAN :
______________________________________________________________LOKASI
PEMANTAUAN :
______________________________________________________________MASALAH
KEBERSIHAN :
1. 2. 3. .4. 5. CADANGAN TINDAKAN:
1. .2. ..3. ..4. 5. .TANDATANGAN KETUA KUMPULAN : .NAMA KETUA
KUMPULAN : TARIKH : Bidang:Pembangunan Diri Murid
Tajuk:Potensi Diri Aku Boleh!
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Menyenaraikan kebolehan
dan kelemahan diri.
2. Mengetahui cara-cara untuk meningkatkan kebolehan diri serta
membaiki kelemahan diri.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Lampiran PD 6B
Langkah-langkah:Set Induksi :
Membincangkan beberapa ciri yang dimiliki oleh idola pelajar
secara umum
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan penerangan secara
umum mengenai kebolehan dan kelemahan individu.2. Guru Bimbingan
dan Kaunseling mengedarkan lampiran PD 6B3. Murid mengenal pasti
dan mengisi kebolehan dan kekurangan diri dalam lampiran PD 6B4.
Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih secara rawak murid untuk
membentangkan hasil kerja masing-masing.
5. Soal jawab dan sumbang saran tentang bagaimana untuk
meningkatkan kebolehan diri dan membaiki kelemahan diri.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan .
Penilaian:Kebolehan murid menilai diri (kebolehan dan
kekurangan)
Rumusan:Jadikan kebolehan sebagai highway untuk mencapai
kejayaan dan kelemahan diri sebagai cabaran dan perangsang.
Falsafah
:
1. Setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan
masing-masing.
2. Anggaplah kebolehan sebagai batu loncatan mencapai kejayaan
dan kelemahan sebagai peluang untuk membaiki diri.
3. Setiap orang tidak seharusnya merasa rendah diri terhadap
kelemahan yang ada.
Lampiran PD 6B
KEBOLEHAN
1. ____________________ 2. _____________________
3. _________________ 4. ____________________
Kebolehan
5. _______________ 6. ____________
1. _____________ 2. _________________
Kekurangan
3. ______________ 4. __________________
5. _______________ 6. __________________
KEKURANGAN
Bidang:Pembangunan Diri Murid
Tajuk:Pengurusan Diri - Aku cantik dan kemas
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :
1. Memperincikan skop bidang pengurusan diri setiap
individu.
2. Menguruskan diri dengan kemas dan bersih.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Lampiran PD 6C
Langkah-langkah:Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang mengenai amalan harian
mengenai kebersihan diri.1. Guru Bimbingan dan Kaunseling
menerangkan tentang perlunya murid-murid menguruskan diri dengan
kemas.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab mengenainya.3.
Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengarahkan murid melakukan
perbincangan kumpulan.
5. Murid membentangkan hasil perbincangan masing-masing.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan tentang pengurusan diri.
Penilaian:Menyiapkan latihan yang diberikan.
Rumusan:Banyak perkara yang perlu diberi perhatian dalam
menguruskan diri dengan lebih baik. Setiap murid perlu mengurus
diri dengan lebih teliti.
Falsafah
:
1. Pengurusan diri yang teliti akan dapat mendidik individu
mendisiplinkan diri seterusnya membina jatidiri yang unggul.
2. Setiap bidang yang diurus dengan baik akan menyumbang kepada
kecemerlangan diri dan organisasi.
3. Murid yang dapat mengurus diri dengan baik akan meningkatkan
nilai harga diri.
Lampiran PD 6CSenaraikan cara anda menguruskan diri di dalam
petak yang disediakan.
Tubuh badan
Bidang:Pembangunan Diri Murid
Tajuk: Aku Dengar, Aku Faham
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menyedari kepentingan komunikasi dua hala.
2. Memahami betapa pentingnya berinteraksi antara satu sama
lain.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Lampiran PD 6D, Kertas lukisan atau Kertas A4
Langkah-langkah:Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanyakan pelajar sama ada minat
melukis. 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengarahkan murid
menyediakan kertas lukisan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih seorang murid memberi
arahan untuk diikuti oleh murid lain tanpa sebarang pertanyaan.
Arahan diulangi 2 kali sahaja berpandu lampiran.
3. Selesai langkah kedua murid diminta melukis kali kedua dengan
arahan yang sama tetapi kali ini dibenarkan bertanya.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan lukisan yang
sebenar(Rujuk Lampiran PD 6D) untuk dibandingkan dengan lukisan
yang dihasilkan oleh murid-murid. 5. Guru Bimbingan dan Kaunseling
menggalakkan murid berbincang aktiviti yang telah dilakukan dengan
memberi fokus kepada kesukaran komunikasi sehala.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengaitkan kepentingan peranan
berinteraksi.
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan.
Penilaian:Menyiapkan arahan yang diberikan.
Rumusan:Setiap murid perlu berkomunikasi untuk mendapatkan
maklumat.
Falsafah
:
1. Setiap murid perlu berinteraksi bagi mewujudkan komunikasi
yang sihat dalam usaha membangunkan peribadi yang harmoni.
2. Murid yang dapat berkomunikasi dengan baik akan meningkatkan
kemesraan perhubungan sesama rakan.
Lampiran PD 6D
Bidang:Pendidikan Pencegahan ( Inhalan )
Tajuk:Buku Skrap - Jenis dan Kesan Penggunaan Bahan Kimia
Objektif
:Pada akhir sesi murid dapat :
1. Murid dapat bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu kerja.
2. Murid mendapat maklumat yang lebih mendalam tentang jenis dan
penggunaan bahan kimia.
3. Murid dapat membina keyakinan diri dan berani menonjolkan
diri di hadapan rakan-rakan dan guru.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Kertas A4
Langkah - langkah:Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan contoh buku skrap
kepada murid-murid.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang tatacara
penghasilan buku skrap.
2. Murid dibahagikan kepada kumpulan berempat dan mereka diberi
masa selama seminggu untuk menyiapkan tugasan tersebut.3. Murid
mengumpul maklumat berkaitan yang dibawa dari rumah penggunaan
bahan kimia terlarang dari buku, majalah, internet dan keratan
akhbar.
4. Murid berbincang dalam kumpulan tentang susun atur buku skrap
yang hendak dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing.
5. Murid membentangkan hasil kerja kumpulan .
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan selepas
pembentangan secara menyeluruh dari segi isi, kreativiti dan
kerjasama.
Penilaian:Murid memberi kerjasama dan bertolak ansur dalam
mencari maklumat yang diperlukan.
Rumusan:Penghasilan buku skrap secara kumpulan dapat mendidik
murid-murid dengan budaya bekerjasama, bertolak ansur dan cintakan
ilmu.
Falsafah:Penyalahgunaan dadah membawa bencana.
Bidang :Pendidikan Pencegahan
Tajuk:Antara Realiti dan Fantasi
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :
1. Memberi kesedaran kepada murid bahawa penyalahgunaan alkohol
memberi kesan yang buruk pada kesihatan dan kehidupan sosial.
2. Mengetahui bahawa alkohol adalah antara penyumbang ke arah
masalah sosial dan jenayah.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Lampiran PP 6A
Langkah-langkah:Set induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang apa itu
alkohol dan hukumnya dalam Islam.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bercerita tentang kesan
alkohol.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan kepada murid
tentang pengambilan alkohol.
3. Mengedarkan lampiran PP 6A.
4. Murid dipilih secara rawak untuk ke depan membaca
lampiran.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan.
Penilaian:Berdasarkan pemahaman melalui lampiran yang
diedarkan.
Rumusan:Alkohol adalah antara penyumbang utama masalah sosial
dikalangan remaja.
Falsafah:1. Murid peka terhadap bahaya kesan pengambilan
alkohol.
2. Pengambilan alkohol adalah haram disisi agama Islam.
3. Keseronokan yang singkat dari pengambilan alkohol membawa
keburukan sepanjang hidup.
Lampiran PP 6AALKOHOL : ANTARA REALITI & FANTASI
FantasiRealiti
Penggunaan alkohol membuat seseorang individu berasa seperti
dewasa. Remaja yang tidak mengambil alkohol adalah lebih matang dan
dapat berfikir secara rasional. Mereka juga kurang bermasalah.
Alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima
sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut. Rakan yang tidak
mengambil alkohol boleh lebih dipercayai dan merupakan kawan yang
sentiasa mengambil berat. Perhubungan antara kawan juga lebih sihat
tanpa penggunaan alkohol.
Alkohol membuatkan seseorang itu nampak "cool" dan berjaya.
Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana ini jelas tidak "cool" dan
juga merbahaya.
Alkohol menghilangkan rasa bosan dan memberi keseronokan.
Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila seseorang itu mengambil
bahagian dalam aktiviti sihat dan tidak mabuk. Kegembiraan di bawah
pengaruh alkohol tidak bertahan lama dan mudah dilupakan.
Adalah lebih baik mengambil alkohol semasa remaja supaya anda
boleh berhenti mengambilnya semasa dewasa ketika anda mempunyai
lebih tanggungjawab. Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang
penting. Malahan, Alkohol boleh mengakibatkan ketagihan hingga ke
peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat pada usia yang muda
menjadikan seseorang itu lebih baik dan sihat apabila dewasa
kelak.
Alkohol dapat membantu melepaskan anda dari permasalahan dalam
hidup. Menghilangkan masalah melalui penggunaan alkohol merupakan
penyelesaian jangka pendek sahaja. Menggunakan alkohol sebagai cara
untuk menangani masalah adalah tidak benar. Penggunaannya akan
menimbulkan lebih banyak masalah dalam jangka pendek dan
panjang.
Bidang :Pendidikan Pencegahan
Tajuk:Hidup Sihat Tanpa Rokok
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :
1. Kesedaran akan bahaya amalan merokok.
2. Mengetahui dan memahami kandungan rokok yang membawa kesan
yang buruk pada kesihatan.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Lampiran PP 6B, PP 6C dan PP 6D
Langkah-langkah:Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar-gambar akibat
merokok dan poster gambarajah kandungan dalam rokok.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan kepada murid
tentang isi kandungan dalam sebatang rokok.
4. 2. Mengedarkan lampiran PP 6B dan PP 6C.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan borang soal selidik
kepada murid. 4. 4. Murid mengisi jawapan masing-masing dengan
ikhlas.
5. 5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan.
Penilaian:Berdasarkan jawapan murid dalam borang soal selidik.
(Lampiran PP 6D)
Rumusan:Terdapat banyak kandungan yang merbahaya dalam sebatang
rokok yang boleh membawa maut.
Falsafah
: Hidup sihat tanpa rokok.
Lampiran PP 6BLampiran PP 6CDiantara bahan-bahan yang terkandung
di dalam rokok:BAHANTERDAPAT PADAKESANNYA
Acetonekepingan cat
Tartar jalan rayapenyebab kanser
Naphthylamine-penyebab kanser
Methanolbahan pembakar roket
Nikotineracun serangga dan hamamembuat ketagihan
Pyrene-penyebab kanser
Naphthalenemothballs
Cadmiundigunakan dalam bateri keretapenyebab kanser
Carbon monoxsidagas beracun dalam ekzos keretapenyebab
kanser
Bezopryrene-penyebab kanser
Vinyl chloridedigunakan untuk membuat PVCpenyebab kanser
Hydrogen Cyanideracun dalam saluran gaspenyebab ketagihan
Toluidine-penyebab kanser
Ammonia~pencuci lantaipencuci lantai
Urethane-penyebab kanser
Toluenelarutan industri
Nickel-penyebab kanser
Phenolubat pembasmi dan pembunuh kuman
Butanebahan bakar pemetik apipenyebab kanser
Arsenicracun semut putihpenyebab ketagihan
DDTracun seranggapenyebab ketagihan
Polonium-210-penyebab kanser
Lampiran PP 6DBORANG SOAL SELIDIKJantina : Lelaki /
Perempuan
Kelas/Tahun :1. Senaraikan 3 jenis bahan kimia yang terkandung
di dalam sebatang rokok dan
bahaya kepada kesihatan?Jenis bahan kimia
Kesan kepada kesihatan
2. Nyatakan 3 penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok?3.
Adakah anda merokok atau pernah mencuba untuk merokok ?
a. Yab. Tidak
4. Pernahkah anda cuba untuk berhenti merokok? (Jika anda
menjawab Ya pada soalan 3)a. Ya
b. Tidak
5. Nyatakan 3 kesan sosial akibat merokok?6. Adakah anda sebelum
ini telah mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam rokok?
a. Ya
b. Tidak8. Jika Ya, (bagi yang merokok) mengapa anda terus ingin
merokok ?
a. Ketagihan
b. Pengaruh rakan sebaya
c. Lain-lain (Sila nyatakan)
9. Setelah anda mengikuti penerangan tentang bahaya dan
kandungan rokok ini apakah persepsi anda terhadap rokok dan
perokok?
10. Kini setelah anda telah mengetahui tentang bahaya rokok,
adakah anda bersedia untuk membantu diri anda sendiri dan orang
yang merokok terutama dalam keluarga anda sendiri untuk berhenti
merokok?
a. Ya
b. Tidak
Terima kasih.
Bidang:Pendidikan Pencegahan
Tajuk:Remaja dan Wawasan 2020.
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menjadi pembimbing yang berkesan untuk membantu membasmi
gejala penyalahgunaan dadah.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan:Lampiran PP 6E
Langkah-langkah:Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih secara rawak seorang murid
untuk bercerita tentang kehidupan sehariannya. Guru Bimbingan dan
Kaunseling mengaitkan kehidupan seharian yang normal dengan
kehidupan seorang penagih dadah.1. Murid menyenaraikan ciri-ciri
kehidupan seorang penagih.
2. Murid menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku yang dapat
meningkatkan produktiviti diri dan rakan.
3. Perbincangan dan soal jawab.
Penilaian:1. Soal jawab dengan pelajar.
2. Murid menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja yang
diberi.
Rumusan: Perkongsian maklumat yang berterusan di samping
mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan mampu mengelakkan
murid terjerumus di dalam penyalahgunaan dadah.
Falsafah: Maklumat yang tepat serta keupayaan komunikasi yang
berkesan dapat membantu mencegah penyalahgunaan dadah.
Lampiran PP 6ENAMA
: ..........................................................
TAHUN:
..........................................................
JAWAB SOALAN BERIKUT : -
1. Senaraikan ciri-ciri kehidupan seorang penagih.a.
................................................................................................................
b.
................................................................................................................
c.
................................................................................................................
2.Apakah kesan penggunaan dadah kepada setiap individu.
a.
......................................................................................................................
b.
......................................................................................................................
3. Senaraikan kesan penggunaan pil.
a.
.......................................................................................................................
b.
.......................................................................................................................
4.Apakah kesan penggunaan syabu terhadap individu.a.
......................................................................................................................
b.
......................................................................................................................
5. Adakah perbuatan menghidu gam membahayakan? Jika ya, tuliskan
kesan perbuatan berkenaan.
a.
......................................................................................................................
b.
......................................................................................................................
Bidang :Pendidikan Pencegahan
Tajuk:Pendidikan Pencegahan HIV / AIDS
Objektif:Pada akhir sesi murid dapat :1. Murid menyenaraikan
punca-punca jangkitan penyakit HIV / AIDS
2. Murid menyatakan cara-cara mencegah jangkitan pada
diri dan ahli keluarga.
Masa:60 minit
Sasaran:Tahun 6
Bahan: Petikan akhbar berkaitan kesihatan, risalah HIV / AIDS,
lampiran PP 6F
Langkah-langkah:Set Induksi membaca petikan kesihatan di
akhbar.1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
berdasarkan teks petikan yang ditunjukkan.
2. Murid dapat menganalisa gambar (Lampiran PP 6F)3. Murid
menulis karangan pendek tentang pencegahan HIV/AIDS.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan mengenai punca
dan akibat penyakit HIV / AIDS.
Penilaian: Murid dapat menulis karangan bertajuk Cara-cara
mencegah jangkitan HIV/AIDS pada diri dan ahli keluarga
Rumusan
:Perkongsian maklumat yang berterusan di samping mempunyai
kemahiran komunikasi yang berkesan mampu mengelakkan murid
terjerumus di dalam penyalahgunaan dadah.
Falsafah: Penyakit HIV/AIDS boleh dielak dari dijangkiti
sekiranya manusia mengamalkan cara hidup yang sihat.
Lampiran PP 6F
KERJAYA SEORANG DOKTOR
Tugas seorang doktor
Memeriksa pesakit
Menentukan jenis penyakit
Mengenal pasti penyakit dan menentukan jenis ubat
Kelayakan
Cemerlang UPSR (5A)
Cemerlang PMR (8A)
Lulus Matrikulasi 3.5 ke atas
Ijazah perubatan dan universiti tempatan atau luar negeri
Anda menerima berita kematian bapa yang sangat disayangi. Bapa
anda meninggal dunia akibat diserang penyakit jantung secara
tiba-tiba.
Bagaimanakah anda bertindak balas apabila berhadapan dengan
situasi itu?
Apakah situasi lain yang boleh menyebabkan anda berperasaan
sedemikian?
Semasa anda tiada di rumah, adik anda yang berumur tiga tahun
telah menconteng dan mengoyakkan buku latihan matematik anda yang
terletak di atas meja.
Bagaimanakah anda bertindak balas apabila berhadapan dengan
situasi itu?
Apakah situasi lain yang boleh menyebabkan anda berperasaan
sedemikian?
KENALI
DIRI
Kesihatan & pemakanan
Masa belajar di sekolah & di rumah
Pakaian
44