-
P U S A T P E N D I D I K A N L U A R 2 0 1 3
Penghayatan Karya
Agung Melayu (KRB3063)
Penulis:
Dr. Seri Lanang Jaya bin Hj Rohani
Prof. Madya Dr. Abd. Rahman bin Napiah (Mana Sikana)
Dr. Hj. Mohd. Rashid bin Md. Idris
Dr. Hj. Naffi Mat
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 1
UNIT 1
PENGENALAN KARYA AGUNG MELAYU
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini anda dapat:
1) Menjelaskan takrifan karya agung Melayu,
2) Mengklasifikasikan unsur-unsur dalam karya Melayu terpilih
mengikut ciri-ciri
umum karya agung Melayu,
3) Mengenal pasti faktor-faktor yang memungkinkan kehadiran
karya agung dalam
dunia persuratan Melayu,
4) Memahami hubungan karya agung Melayu dengan kebijaksanaan
akal budi
orang-orang Melayu.
PENDAHULUAN
Unit ini memberi gambaran awal tentang takrifan karya agung
secara umum. Takrifan
umum itu kemudiannya dikaitkan dengan konsep karya agung dalam
konteks dunia
Melayu.Perbincangan seterusnya dihubungkan dengan ciri-ciri yang
mengangkat karya-
karya berkenaan sebagai Karya Agung Melayu. Pada bahagian
berikutnya dibicarakan
pula fungsi yang dimainkan oleh karya-karya Agung Melayu yang
seterusnya dikaitkan
dengan keunggulan atau kebijaksanaan akal budi bangsa Melayu
yang tercermin dalam
karya agung Melayu
KONSEP
Tamadun sesuatu bangsa adalah warisan daya cipta bangsa itu yang
dapat dikesani
dan dihayati melalui karya-karya terdahulu yang ternukil oleh
bijak pandai: karyawan,
seniman, pemikir, ahli falsafah dan ilmuan bangsa itu (Hassan
Ahmad 2005). Karya-
karya ini dianggap sebagai karya agung. Oleh itu, karya agung
dalam konteks dunia
Melayu boleh ditakrifkan sebagai karya yang nilainya tahan
zaman, yakni yang kekal
sepanjang zaman sebagai khazanah budaya dan ilmu Melayu. Nilai
yang dimaksudkan
adalah nilai seninya, nilai budayanya, nilai ilmu dan pemikiran
yang terkandung di
dalamnya, nilai pada teknik kepengarangannya yang luar biasa,
dan nilai bahasanya
yang tinggi dan indah semuanya lahir dalam kesepaduan bentuk,
bahasa dan gaya
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 2
penceritaan yang luar biasa. Maksud luar biasa ini dapat kita
lihat dan rasakan apabila
kita mengkaji cara atau kaedah berfikir dan bercerita yang
digunakan, sama ada secara
sedar, spontan, atau secara terancang, bagi menyampaikan sesuatu
ilmu, konsep,
pandangan hidup, mesej dan lain-lain (Hassan Ahmad2005).
Tegasnya karya agung ialah karya ulung yang meninggalkan kesan
budaya,
pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam
ingatan bersama
sesuatu bangsa. Yang dimaksudkan dengan karya ulung ialah karya
yang berjaya
meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah dan nilai budaya dan
sosial yang kekal dalam
kesedaran atau psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang
sejarahnya.Unsur
mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan semestinya hadir
dalam karya seperti
itu.
Takrif yang asas ini menjadi dasar untuk menghuraikan konsep dan
ciri-ciri
Karya Agung Melayu atau Dunia Melayu.Karya itu menjadi pembentuk
dan cermin
budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu.
Kesimpulannya dapatlah dirumuskan karya agung (dikenali sebagai
the great works
dan great books dalam bahasa Inggeris) ialah karya yang dianggap
oleh pelbagai
institusi dan badan berautoriti sebagai karya yang mencerminkan
kehebatan sesuatu
bangsa melalui amalan cara hidup, adat istiadat, falsafah, nilai
ilmu dan seumpamanya.
Dengan kata lain, karya agung merupakan karya-karya yang berjaya
meninggalkan
kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam
kesedaran dan ingatan
pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai
ketamadunan dan nilai
kemanusiaan di dalam karya tersebut.
Mortimer Adler (1961) menyenaraikan tiga (3) sifat utama sesuatu
karya agung:
Karya yang dapat dikaitkan dengan masalah dan isu masa kini,
Karya yang tidak jemu dibaca berulang kali.
Karya yang bersesuaian dengan pemikiran yang hebat dan boleh
mengisi minda
individu sehingga masa kini.
Karya agung melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu
untuk
membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. Tamadun
Greek, Cina, India, Mesir
dan bangsa-bangsa yang lain dikenali melalui karya seni,
pemikiran, falsafah, sastera
dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu
kala mereka yang
mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang
zaman, dipelajari,
dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan
berikutnya sehinggalah
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 3
hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini
(Hassan Ahmad
2005).
Karya Agung Melayu
Berdasarkan konsep karya agung yang dibincangkan terdahulu, maka
Karya Agung
Melayu ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta
seniman, penulis dan
pemikir bangsa Melayu dalam menggambarkan idealisme, nilai,
pandangan hidup, adat,
budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui
bentuk sastera dan
seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan
falsafah kekal sepanjang
zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu
sepanjang zaman
banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera
ini.
Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau
diungkapkan atau
dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam
bahasa Melayu, tanpa
mengambil kira kelompok mana bangsa/etnik dalam kawasan Dunia
Melayu ini, sama
ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu
Brunei, Aceh,
Bugis, Minangkabau, dan selainnya yang menghasilkan karya itu.
Dengan perkataan
lain, sempadan geografi dan etnik tidak timbul. Yang penting
karya berkenaan mampu
mencetuskan unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan,
falsafah atau
pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurundalam bentuk dan gaya
yang hebat
dan mengesankan..
Bentuk Karya Agung
Sesuatu karya untuk menjadi tonggak keintelektualan sesuatu
bangsa pastinya perlu
berbentuk tulisan kerana melalui tulisan sahaja sesuatu karya
dapat dikenal segala
maklumat yang berkandung di dalamnya, sekali gus menggambarkan
kehebatan
bangsa tersebut. Dalam konteks karya agung Melayu, asalnya karya
itu kebanyakannya
dalam bentuk lisan tetapi melalui usaha-usaha yang terkemudian,
bahan-bahan lisan
itu ditulis dan dibukukan bagi menjamin kelangsungannya. Melalui
tulisan, dapat dikenal
keindahan bahasa yang digubah dan jalinan fikir yang diungkap
sehingga ke hari ini.
CIRI-CIRI KARYA AGUNG MELAYU
Sesebuah karya kesusasteraan diangkat sebagai karya agung
berdasarkan ciri-ciri
yang ada pada karya berkenaan.Namun, perlu diingat bahawa tidak
ada ukuran yang
sejagat berkaitan ciri-ciri ini.Hal ini demikian kerana setiap
karya sastera lahir daripada
tradisi, budaya dan tamadun yang berbeza-beza.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 4
Penelitian ciri-ciri Karya Agung Melayu dibuat berdasarkan
aspek-aspek yang
berikut:
(i) Pemikiran dalam Karya Agung
(ii) Estetika dan Kepengarangan Karya Agung
(iii) Nilai Budaya dan Pandangan Hidup dalam Karya Agung
Melayu
(iv) Nilai Ilmu dalam Karya Agung Melayu
(v) Falsafah dalam Karya Agung Klasik dan Moden
i) Pemikiran (Isi dan Mesej)
Dalam Hikayat Hang Tuah (HHT) kita banyak disogokkan dengan
kehebatan Hang
Tuah sebagai pahlawan Melayu meneroka bukan sahaja dunianya
tetapi juga dunia
luar (Rom, India, China, Arab) termasuk juga alam ghaib. Isinya
yang padat dengan
pelbagai episod, peristiwa, kejadian: kehebatan paras rupa yang
tiada tolok
bandingannya, para hulubalang yang gagah perkasa, persengketaan,
kekejaman,
hasad dengki dan pelbagai mala petaka. Ceritera yang begitu luas
bertujuan
semata-mata untuk menonjolkan kebesaran dan kekuasaan raja atau
kerajaan
Melayu.
Kedatangan Islam,misalnya walaupun diselit dgn unsur
metos/Hindu
mempunyai pemikiran yang tersendiri untuk menggambarkan
kehebatan. Sebagai
contoh untuk menunjukkan keabsahan asal usul raja-raja Melayu
pengarang
mengatakan bahawa raja Melayu diturunkan oleh Allah Taala dari
keinderaan
(HHT: 8). Dalam Salatal al-Salatin (SAS) raja Melayu dikaitkan
dengan Iskandar
Zulkarnain seorang raja yang hebat dari bangsa Yunani yang
dikatakan beriman
dengan agama Nabi Ibrahim. Raja Iskandar mengalahkan Raja Kida
Hindi dari
benua India, lalu disuruhkan oleh Raja Iskandar Raja Kida Hindi
itu membawa
iman, maka Raja Kida Hindi pun membawa imanlah jadi Islam dalam
adama
Nabi Allah Ibrahim (SAS: 4).
Keperkasaan dan keagungan kerajaan Melayu-Islam dilukis secara
cukup
hebat oleh bijak pandai sastera hikayat Melayu melalui
keperkasaan dan
kebijaksanaan hulubalang yang setia, iaitu Laksamana Hang Tuah
yang begitu
gagah mengalahkan pahlawan Majapahit dan seluruh raja dan negeri
Nusantara
menjadi takluk atau tunduk kepada raja Melaka. Turut dipaparkan
juga kepintaran
Hang Tuah yang meghatasi kepintaran rakyat China sehingga Sultan
Melaka
dijadikanmenantu raja China, Dalam SAS ada diceritaka betapa
penyakit raja China
sembuh kerana meminum air basuh kaki Sultan Melaka (SAS:
112-113)
Namun, terdapat unsur unsur mitos yang seakan-akan tidak masuk
akal dalam
kedua-dua karya HHT dan SAS. Kekuasaan yang ditonjolkan oleh
raja secara
melampau dan juga kezaliman raja menunjukkan betapa tidak
adilnya raja pada
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 5
suatu ketika dahulu. Dalam kitab ini juga ditonjolkan secara
melampau ketaatan
kepada raja. Justeru, pepatah adat Melayu tidak menderhaka
begitu terserap
dalam masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu.
(ii) Estetika dan Seni kepengarangan
Keagungan karya-karya Melayu terpancar melalui kebijaksanaan dan
kehandalan
pengarangnya menyampaikan ceritera.Pada asasnya pengarang karya
tradisional
(kebanyakan tidak diketahui namanya) adalah sebagai pewaris yang
empunya
ceritera.Oleh itu sering digunakan istilah atau ungkapan,
seperti menurut yang
empunya ceritera, alkisah maka tersebutlah, dan seumpamanya.Hal
ini
menggambarkan karya tradisional Melayu adalah milik bersama
anggota
masyarakat. Dan pada masa yang sama karya itu bertujuan untuk
menegur raja
secara yang halus:
Teknik warisan bercerita adalah ciri yang menonjol dalam karya
Melayu
tradisional. Pengarang memanfaatkan pelbagai kaedah, misalnya
dengan
menggunakan unsur humor, unsur ingin mengetahui kisah
selanjutnya, unsur
romatis, realisme, idealisme, kias ibarat, teknik orang ketiga,
dan teknik dedaktik.
Penggunaan seni bahasa dalam karya agung menampakkan unsur
kreativiti dan
keindahan. Sulaman gurindam, pantun, seloka, syair, peribahasa
dan
seumpamanya menjadikan mesej yang disampaikan cukup
berkesan.Gaya bahasa
yang digunakan padat, ringkas dan bersahaja dan terdapat
penggunaan
kepelbagaian teknik, seperti metafora, hiperbola, superlatif dan
selainnya.
Contoh yang berikut memperlhatkan betapa hebatnya pemilihan kata
yang
digunakan sehingga member kesan yang mendalam kepada pembaca
tentang
gambaran alam yang begitu rinci.
Alamat Hari Nak siang
Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 6
Berkokok mendung merak mengigal
Fajar sidik menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Taptibau melambung tinggi
Berkuku balam di hujung bendul
Terdengut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang
(Hikayat Malim Deman: 4)
(iii) Nilai budaya dan pandangan hidup
Melalui karya Melayu tradisional terserlah gambaran jelas
tentang budaya dan
pandangan hidup orang Melayu.Penggunaan puisi dan peribahasa
dalam karya
Melayu berkaitan dengan kepekaan pengarangnya terhadap keindahan
alam. Di
samping itu dalam karya Melayu agung orang Melayu digambarkan
sebagai
masyarakat yang kuat berpegang pada adat dan mengamalkan cara
hidup hormat-
menghormati, sopan santun
Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah, misalnya memberi
gambaran yang
cukup banyak tetang adat raja dan kerajaan: adat meminang, adat
mengirim surat,
adat menjamu hidangan diraja, adat berpakaian orang besar, adat
memberi
persalinan, adat menymbah raja dan selainya.
(iv) Nilai ilmu
Dalam karya tradisional Melayu terdapat gambaraj yang menyeluruh
tentang
budaya ilmu orang Melayu. Istilah: pandai besi, pandai keris.
Ilmu yang berasaskan
pengalaman dan pemerhatian sangat dipentingkan daripada ilmu
yang bersifat
abstrak. Nilai ini digambarkan melalui istilah pandai, seperti
pandai besi, pandai
keris, pandai emas dan sebagainya. Pun begitu masyarakat
tradisional menghormati
orang yang menguasai ilmu batin (mistik), ilmu ramalan dan ilmu
bahasa.Sebagai
contoh Hang Tuah digambarkan sebagai seorang intelek yang
memiliki ilmu firasat,
ilmu mistik, menguasai dua belas bahasa asing.
Budaya berguru kepada orang yang alim dan pandai ilmu juga
sangat
dipentingkan dalam masyarakat Melayu tradisional.Pantun: saya
budak baru
belajar, kalau silap tolong tunjukkan adalah contoh manifestasi
nilai limu. Dengan
kedatangan Islam, nilai ini semakin bertambah. Tokoh-tokoh
sepertiHamzah
Fansuri, Naruddin al-Raniri terkenal dengan penulisan karya yang
mengandungi
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 7
nilai llmu agama, melalui kitab-kitab seperti Ilya Ulum al-din,
Siyar al-Salikin dan
seumpamanya.
Perbincangan aspek-aspek ciri karya Melayu agung di atas secara
lebih rinci
boleh diikuti dalam Unit 4 hingga Unit 9.
KEHEBATAN KARYA AGUNG
Karya agung Melayu adalah cetusan akal fikiran Melayu yang luar
biasa. Kita boleh
melihat keluarbiasaan akal Melayu ini pada dua tahap keupayaan
mentalnya, iaitu
i) keupayaannya berfikir secara kreatif melalui kaedah atau
proses mental yang
dapat kita sebut kaedah metafora, yakni kaedah berfikir
melalui
perumpamaan, perbandingan, kiasan dan tamsil ibarat, untuk
menyampaikan
sesuatu konsep yang abstrak dengan menggunakan sesuatu benda
daripada
alam nyata sebagai analoginya, dan
ii) kebolehan mentalnya untuk menyusun fikirannya dalam
bentuk
pengungkapan yang sangat berstruktur.
Peribahasa dan pepatah banyak sekali menggunakan kaedah berfikir
secara
kiasan, perumpamaan, dan perbandingan.Dalam hikayat atau cerita
Melayu kaedah ini
juga banyak digunakan. Sebagai contoh, dalam Sulalat
al-Salatin(SAS), pengarangnya
menjelaskan konsep hubungan antara raja dengan rakyat melalui
bahasa metafora.
Raja dikatakan seumpama pohon, manakala rakyat seumpama akar.
Kata
pengarangnya, pohon tiada akan berdiri jika tiada akaryang
bermaksud: pohon
bererti payung atau penaung manakala akar bererti tunjang pohon.
Secara harfiah
(literal) maksud pengarang raja berperanan sebagai payung atau
penaung kepada
rakyat, dan rakyat adalah tunjang atau pendukung raja atau
kerajaan, bukan sebagai
hamba raja. Ini adalah pandangan sarwajagat atau world-view
Melayu-Islam tentang
kuasa dan peranan pemerintah sebagai khalifah yang menguruskan
hal ehwal negara
dan rakyat sebagai pemegang amanah dari Tuhan.
Menurut Aristotle, orang yang mampu berfikir secara metaforik
atau metafora,
mereka adalah manusia genius dan saya rasa kebanyakan karya
Melayu dihasilkan
oleh manusia Melayu geliga akalnya.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 8
Cara pemikir Melayu menyusun fikirannya secara berstruktur
terpancar pada
struktur puisi tradisional Melayu, iaitu pantun. Dalam pantun
Melayu, kita dapat melihat
bagaimana pemantun mencurahkan fikiran dan perasaannya dalam
struktur dan
penggunaan bahasa yang berangkap dan beritma. Daya kreativiti
akal Melayu dalam
karya itu jelas luar biasa kerana karya itu dicetuskan secara
lisan dan secara spontan,
dan diungkapkan oleh pemantun yang buta huruf, yang tidak pernah
belajar bahasa
Melayu secara formal. Bolehkah Shakespeare menandingi kebolehan
akal Melayu ini?
Faktor Penghasilan Karya Agung Melayu
Ada tiga faktor utama yang menggalakkan penghasilan Karya Agung
Melayu. Faktor-
faktor itu adalah:
1) Kekuatan bahasa Melayu
2) Pengaruh Islam
3) Peranan istana
1) Kekuatan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca sekian lama di pesisir
Selat Melaka
khususnya dalam dunia perdagangan. Lebih penting daripada itu
bahasa
Melayu pada masa yang sama berupaya menjadi perakam dan
pengungkap
budaya tinggi. Bukti-bukti pada batu-batu bersurat (prasasti) di
Sumatera pada
abad ke-7, ke-8, dan ke-9 Masihi sudah cukup membuktikan
kemampuan
bahasa Melayu mengungkap budaya tinggi yang dipengaruhi dari
kedatangan
tamadun Hindu. Walaupun tamadun Hindu mempengaruhi alam Melayu
pada
ketika itu, bahasa Sanskrit tidak mampu menggantikan bahasa
Melayu sebagai
bahasa rasmi kerajaan atau sebagai bahasa ilmu dan budaya
tinggi. Malah
bahasa Melayu turut menjadi bahasa istana semasa kerajaan
Srivijaya
menguasai Palembang pada abad ke 12 dan ke-13 Masihi. Kerajaan
Srivijaya
pada ketika itu menjadi pusat pengajian agama dan falsafah
Buddha. Kehebatan
ini diakui sendiri oleh I-Tsing yang singgah di Palembang dari
China untuk ke
India dengan mengatakan bahasa yang digunakan di situ adalah
bahasa
Kwanlun, iaitu bahasa Melayu.
2) Pengaruh Islam
Keadaan mula berubah apabila Islam muncul ke dalam alam Melayu.
Dengan
penubuhan kerajaan Melayu-Islam di Perlak (Pasai) pada abad
ke-12 dan ke-13
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 9
Masehi, pengaruh kerajaan Srivijaya mula hilang pengaruh. Islam
berkembang
secara populis (tidak terbatas dalam kalangan ulama sahaja
seperti pada zaman
Srivijaya). Bahasa Melayu yang digunakan adalah bahasa rakyat
yang
kemudian diperkukuh dengan abjad Arab. Pengaruh tulisan Arab
memulakan
zaman baru, iaitu zaman perkembangan ilmu dan pemikiran Melayu
yang
berpaksikan kepada ajaran tauhid dan pandangan sarwajagat
Islam.
3) Pengaruh Istana
Istana kerajaan Melayu-Islam memainkan peranan penting
menggalakkan aktiviti
penulisan sebagai wadah pembentuk warisan bangsa. Tun Seri
Lanang
(pengarang Sejarah Melayu/Sulalat al-Salatin) telah menjelaskan
hal ini dalam
mukadimahnya seperti yang berikut:
diperbuatkan hikayat perteturun segala raja-raja Melayu dengan
istiadatnya,
supaya didengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita
dan
diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedahlah
mereka itu
daripadanya.... Maka fakir karanglah hikayat ini dan fakir
himpunkan dariapad
segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala supaya akan
menyukakan duli
hadhtat baginda (Sulalat al-Salatin, 1997: 3 4).
Melayu sebagai Bangsa yang Bebas dan Berdaulat
Apabila pengarang Melayu hendak menyatakan sifat bangsa Melayu
atau negara
Melayu sebagai bangsa yang mencintai kebebasan dan tidak rela
menyembah kuasa
asing, dia tidak menjelaskannya secara langsung atau secara
teoretikal tetapi
menyampaikan mesej itu melalui episod cerita. Misalnya,
pengarang Sulalat al-
Salatin(SAS) menceritakan kisah rombongan raja Melaka yang
membawa surat untuk
menyampaikan sembah raja Melaka kepada raja China yang sudah
menjadi bapa
mertua raja Melaka (Sultan Mansur Syah) terpaksa singgah di
Brunei kerana pelayaran
mereka dipukul ribut. Raja Brunei, setelah membaca surat
rombongan Melaka itu,
bertanya perutusan Melaka itu secara menyindir: Berkirim
sembahkah Raja Melaka
kepada Raja China? Maka rombongan Melaka itu berpatah balik ke
Melaka, tidak jadi
meneruskan perjalanan ke negeri China.
Kemudian pengarang mencipta satu lagi episod: Raja China
mengidap penyakit
yang tidak dapat diubati oleh segala tabib Cina. Apabila
penyakit itu sembuh dengan air
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 10
mandi dan air basuh kaki raja Melaka (menantu raja China), raja
China memberitahu
para pegawainya: Adapun segala anak cucuku, jangan lagi
berkehendakkan sembah
kepada Raja Melaka, datang kepada anak cucunya, tetapi muafakat,
berkasih-kasihan
juga (SAS: 113). Itulah cara akal Melayu memberitahu kuasa besar
pada zaman itu
bahawa bangsa dan negeri Melayu adalah bangsa dan negeri yang
berdaulat dan
bebas politik, tidak mahu menyembah kuasa asing. Fakta sejarah
tidak penting. Yang
penting adalah pandangan Melayu tentang dirinya dan bangsanya.
Ini dilakukan melalui
cerita, melalui kiasan dan sebagainya sebagai salah satu cara
untuk menjelaskan dan
menyebarkan pandangan itu. Ini contoh akal kreatif Melayu.
Bagaimana Karya Agung Melayu Menyampaikan Konsep Keadilan
Melayu
Apabila orang Melayu memeluk agama Islam, mereka berkata, Adat
bersendikan Kitab
maka itulah pedoman hidup Melayu bermasyarakat yang dibentuk
oleh Islam dan
amalan Melayu yang sesuai sebelum Islam. Apabila orang Melayu
berkata Biar mati
anak jangan mati adat itulah prinsip peraturan undang-undang
(rule of law) atau
pandangan Melayu tentang kedaulatan hukum. Apabila orang Melayu
berkata Raja Adil
Raja disembah, Raja Zalim Raja disanggah, ini adalah akal budi
Melayu tentang
keadilan pemerintah yang dibentuk oleh prinsip keadilan Islam
dan prinsip keadilan
Melayu seperti yang diungkapkan melalui kata-kata bernas Biar
mati anak jangan mati
adat. HHT menyampaikan prinsip dan mesej ini kepada anak cucu
bangsa Melayu
dengan mencipta episod Hang Jebat menderhaka terhadap rajanya
kerana raja sudah
bertindak zalim atau tidak adil. Raja menyedari kesalahannya.
Tetapi Hang Jebat tidak
membawa apa-apa perubahan atau reformasi; dia juga melakukan
keganasan dalam
istana yang ditawannya. Maka timbul anarki, timbul huru-hara
dalam negeri. Akal
Melayu menyelesaikan masalah ini dengan membawa Hang Tuah ke
gelanggang
penentuan. Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah, bererti anarki
dihapuskan demi
kestabilan negara. Inilah mesej yang dapat kita baca daripada
karya agung Melayu
yang luar biasa ini. Inilah tamadun Melayu yang kekal sepanjang
zaman hingga
sekarang.
Citra Melayu Yang Unggul
Apa dia yang dikatakan citra atau imej Melayu yang unggul?
Jawapannya ada dalam
Hikayat Hang Tuah (HHT). Dalam hikayat ini, akal Melayu mahu
mengenal atau
memperkenalkan dirinya dan diri bangsanya sebagai bangsa yang
beradab, bermoral
tinggi, tidak melakukan rasuah, tidak mengkhianati bangsa dan
negaranya tetapi
bangsa dan taat kepada negerinya, bangsa yang mencintai ilmu,
berani kerana benar,
mencintai kebebasan dan sebagainya. Inilah imej Melayu yang cuba
dibentuk oleh
pengarang HHT melalui wataknya, Hang Tuah, sebagai model
unggulnya. Dalam HHT
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 11
dia digambarkan berasal dari keturunan keluarga miskin, tetapi
kerana sifat tahu
bahasanya (yakni, tahu adat), sudah khatam Quran, dan berani,
dia menarik perhatian
bendahara Melaka, lalu Hang Tuah dipanggil berkhidmat dengan
raja Melaka. Sifat
yang ditonjolkan pada watak ini ialah sifat megah atau bangganya
terhadap bangsa dan
negeri atau kerajaannya, sifat keberaniannya, kejujurannya,
kebijaksanaannya, beradat,
bermoral tinggi, misalnya, dia tidak mementingkan harta dan
kekayaan, dan tidak
mengamalkan rasuah, tidak minum arak.
Selain ini, Hang Tuah digambarkan sebagai manusia yang mencintai
ilmu; dia
mengetahui 12 atau lebih bahasa sama ada ini benar atau tidak,
soal empirikal ini
tidak timbul, yang penting adalah mesejnya, iaitu untuk menjadi
bangsa Melayu yang
dapat menjalankan tugas sebagai diplomat yang dihormati oleh
raja-raja asing, dia
hendaklah mahir bertutur dalam bahasa kerajaan asing itu. Ke
mana sahaja Hang Tuah
pergi ke Majapahit, ke negeri China, ke benua India, ke Rum
(Turki), ke Mesir, Mekah
dan Madinah sebagai wakil raja atau kerajaan atau bangsa dan
negaranya, dia
mempertahankan nama bangsanya apabila dicabar, mengharumkan nama
bangsa dan
negaranya dengan kebolehannya bertutur kata dalam bahasa negeri
yang dilawatinya
dan melalui kepintaran akalnya dan keberaniannya.
Dengan kata lain, watak Hang Tuah mewakili citra Melayu the
Malay image
yang unggul, yang terbaik, tidak yang terjahat dan buruk. Mesej
pengarang HHT
adalah: orang Melayu seperti Hang Tuah itulah yang dapat
mempertahankan maruah
bangsa dan negaranya, tidak orang yang mementingkan dirinya,
mengamalkan rasuah,
orang yang tidak bangga terhadap bangsanya, tidak mencintai
ilmu, tidak bijaksana
dalam pemikiran dan tindakan dan kelakuannya.
Binaan Tamadun Melayu
Tamadun Melayu dibina oleh orang Melayu yang pandai berfikir
dalam bahasanya,
orang Melayu yang mencintai ilmu, orang Melayu yang imejnya
adalah seperti yang
digambarkan atau ditakrifkan oleh pengarang HHT, seperti yang
tersebut di atas. Orang
Melayu dahulu pandai menggunakan bahasanya dengan baik, betul
dan indah,
walaupun mereka tidak mempelajari bahasa ini secara formal. Oleh
sebab mereka
berfikir dalam bahasa Melayulah akal mereka dapat ditajamkan,
dijernihkan dan dapat
menjadi alat pembinaan tamadun yang tinggi melalui karya agung
Melayu itu.
Akal Melayu itu tidak dikacau oleh bahasa kedua, bahasa asing.
Dengan
demikian si pemantun, pencetus pepatah dan peribahasa Melayu,
misalnya, bebas
untuk mengetahui atau menguasai bahasanya secara intuitif, atau
menurut teori Noam
Chomsky, secara innate, yakni mengetahuinya dari dua sumber asli
yang sudah ada
dalam dirinya atau dalam otaknya sebagai anugerah Tuhan, iaitu
mental grammar dan
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 12
kamus mental. Dia tidak bergantung pada buku nahu dan pada kamus
buku (tulisan)
untuk mendapatkan kata-kata yang betul dan tepat.
RUMUSAN
Dalam Unit ini anda telah didedahkan dengan pandangan umum
tentang karya agung
Melayu. Dalam Unit-unit yang berikutnya anda akan didedahkan
pula dengan aspek-
aspek lain yang menhadi pengisian karya-karya agung Melayu.
Aspek-aspek yang
dianalisis nanti diharap dapat dimanfaatkan dalam pengajaran
bahasa Melayu di
peringkat sekolah.
RUJUKAN
Adler, J. Mortimer (1969).Great ideas from the great books.
London: Pocket.
Aitchison, Jean (2003). Words in the mind: An introduction to
the mental lexicon. Oxford,
London: Blackwell.
Braginsky, V. I. (1998). Yang indah, berfaedah dan kamal.
Sejarah sastra Melayu abad
7-19. Jakarta: INIS.
Hassan Ahmad. (1992). Tingginya Daya Kreativiti Bangsa Melayu.
Dlm. Dewan
Masyarakat, Julai 1992.
Hassan Ahmad. (Ketua Ed.) (2005). Pengenalan konsep dan gagasan
karya agung,
Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.
Iskandar, T. (1995). Kesusasteraan klasik Melayu sepanjang abad.
Brunei: Jabatan
Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam.
Kassim Ahmad (1995). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Kassim Ahmad (Ed.) (1997). Hikayat Hang Tuah : Satu Pengenalan
Tambahan. Kuala
Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Haji Salleh (Ed.) (1997). Sulalat al-Salatin (Edisi
Karya Agung). Kuala
Lumpur: Yayasan Karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hawa Salleh. (1997). Kesusasteraan Melayu abad kesembilan
belas. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 13
KATA KUNCI
1. karya agung
2. dunia Melayu
3. pemikiran
4. nilai budaya
5. pandangan hidup
6. nilai ilmu
7. seni kepengarangan
8. falsafah
9. akal budi Melayu
10. tamadun Melayu
1. Apakah yang dimaksudkan dengan karya agung?
2. Bagaimanakah pemikiran karya Melayu agung boleh diserapkan
dalam
kehidupan kita seharian?
3. Senaraikan aspek-aspek yang menjadi ciri utama karya Melayu
agung..
4. Terangkan kaitan Hang Tuah dalam membina citra Melayu
agung.
5. Dalam karya Sulalat al-Salatin ada digambarkan kehebatan
bangsa Melayu
melalui watak rajanya. Nyatakan pemikiran yang ingin disampaikan
melalui
peristiwa yang anda telah baca dalam karya berkenaan.
.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 14
UNIT 2
KORPUS KARYA AGUNG MELAYU
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir Unit ini, anda dapat :
1. Mengklasifikasi karya-karya agung Melayu mengikut
jenisnya.
2. Mengenal pasti bentuk penghasilan karya-karya agung
Melayu.
3. Memahami ciri-ciri khusus karya agung Melayu mengikut
jenis.
4. Membezakan ciri-ciri karya agung klasik dan moden.
PENDAHULUAN
Unit ini akan membincangkan tentang korpus karya agung Melayu
bagi zaman klasik
dan zaman moden. Karya klasik akan dibicarakan secara kronologi
mengikur zaman
pertumbuhan dan perkembangannya,iaitu zaman sastera rakyat,
zaman Hindu dan
zaman Islam. Sementara bagi korpus zaman moden dibicarakan
genre-genre yang
muncul pada zaman itu, iaitu sajak, cerpen, novel dan drama.
KONSEP SASTERA RAKYAT
Sastera rakyat adalah nama yang diberikan untuk karya sastera
yang dilahirkan pada
zaman orang-orang Melayu yang hidup dalam budaya yang masih
tertutup. Ia dalah
karya sastera masyarakat Melayu lama, yang disampaikan dari
mulut ke mulut melalui
tradisi lisan, diturunkan dari satu generasi ke satu generasi
yang lain. Dalam proses itu
telah berlaku tokok-tambah untuk menyedapkan cerita dan
disesuaikan dengan
keadaan pendengar.
Karya sastera ini tiada nama pengarangnya , tiada masa dan
tarikh dicipta dan ia
dimiliki bersama oleh masyarakat .Karya yang dihasilkan juga
berkait rapat dengan cara
hidup dan kepercayaan masyarakat Melayu klasik seperti
kepercayaan animisme yang
terjelma dalam jampi, serapah dan mantera. Selain itu ia
melahirkan juga peribahasa,
teka teki, pantun dan nyanyian rakyat, cerita legenda, cerita
asal-usul, mitos, cerita-
cerita binatang dan lain-lainnya. Sastera rakyat lahir untuk
tujuan hiburan, unsur-
unsur pelarian daripada masalah dan cabaran hidup buat sementara
waktu. Ia juga
memiliki unsur pengajaran, didikan kepada anggota masyarakat,
mengandung sindiran
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 15
secara halus kepada golongan tertentu dan menggambarkan cara
hidup, corak
pemikiran dan ketamadunan masyarakat Melayu lama.
Pada umumnya Sastera Melayu Klasik boleh dibahagikan kepada dua
iaitu
sastera tulisan dan sastera lisan.Sastera tulisan adalah
kepunyaan golongan istana
raja, manakala sastera lisan adalah milik rakyat jelata yang
berkembang melalui
pertaturan dan diwarisi dalam masyarakat melalui tradisi
lisan.Sastera rakyat lahir
dalam masyarakat yang tidak mengenal huruf.Masyarakatnya
mengamalkan corak
hidup yang sederhana dan konservatif.
JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT
Cerita Asal Usul
Cerita Asal usul dianggap di antara genre yang tertua lahir
dalam masyarakat
Melayu.Cerita rakyat ini menerangkan tentang asal kejadian dunia
dan alam semesta,
manusia, binatang, dan alam di sekeliling mereka.Cerita asal
usul memberi penjelasan
terhadap sesuatu perkara sehingga dapat diterima oleh pendengar
dengan
mengemukakan faktor-faktor yang sesuai dengan alam pemikiran
orang Melayu yang
hidup dalam masyarakat sederhana.Contohnya, jika sesuatu tempat
mempunyai
sebuah bukit yang terdapat batu menyerupai wajah manusia, maka
lahirlah cerita
kononnya batu itu berasal daripada manusia yang telah disumpah
oleh Sang
Gedembai. Perlu ditegaskan bahawa cerita asal usul, sangat rapat
budaya masyarakat
Melayu waktu itu, mereka menganut animisme dan menganggap apa
yang mitos dan
legenda itu adalah benar belaka. Dunia ini berasal daripada
sesuatu di luar alam fikiran
modenis, tetapi itulah corak sastera klasik yang tertua.
Cerita Binatang
Cerita binatang dipercayai sebagai salah satu bentuk cerita yang
tertua; sama usianya
dengan cerita asal usul. Cerita binatang merupakan hasil sastera
lisan yang diwarisi
daripada masyarakat manusia sejak zaman purba, iaitu semasa
manusia masih lagi
hidup di dalam gua.Pada masa itu manusia belum lagi menguasai
alam di sekeliling
mereka.Oleh itu mereka sering berhadapan dengan binatang di
dalam kehidupan
mereka, maka dianggapnya bahawa binatang itu sebagai kejadian
yang serupa dengan
mereka.Cerita binatang menggunakan binatang sebagai
watak-wataknya. Binatang-
binatang tersebut sama ada dipelihara oleh manusia seperti
kucing, anjing atau
binatang liar yang mendiami hutan-hutan rimba seperti harimau,
buaya, kancil dan
sebagainya. Binatang-binatang itu digambarkan mempunyai akal
fikiran dan dapat
bertutur malah berhujah seperti manusia.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 16
Cerita-cerita binatang diciptakan untuk memberi nasihat,
pengajaran dan
pendidikan kepada pendengar.Misalnya, binatang kuat dan sombong
dapat dikalahkan
oleh binatang yang kecil lagi lemah, seperti cerita Helang
Dengan Siput dan Arnab
Dengan Kura-kura. Terdapat juga cerita binatang yang mengisahkan
kebijaksanaan
atau kecerdikan sesuatu binatang seperti kecerdikan Sang Kancil
atau seperti yang
terkumpul dalam Hikayat Sang Kancil.
Cerita Mitos
Mitos merupakan sejenis cerita prosa, yang dianggap oleh
masyarakat bahawa.cerita
itu sebagai benar dan pernah terjadi pada masa yang lalu.Mitos
diterima dengan penuh
keyakinan dan menjadi suatu dogma yang harus diterima
kebenarannya tanpa
dipersoalkan.Mitos juga merupakan cerita yang suci yang lahir
daripada kepercayaan
agama dan mempunyai pertalian erat dengan ritual.Mitos
mengisahkan tentang dewi,
asal mula kejadian alam, manusia dan kematian. Menurut Mohd.
Taib Osman, mitos
sebagai satu genre tidak lagi wujud dalam sastera rakyat Melayu.
Apabila orang Melayu
menganut agama Islam mereka tidak lagi mempercayai dewa dewi
yang masih terdapat
di kalangan sesetengah masyarakat di Nusantara.Konsep dewa dewi
digantikan
dengan konsep Allah sebagai Pencipta.Kini cerita mitos yang
masih wujud di kalangan
orang Melayu ialah mitos kejadian sesuatu benda.Mitos kini
dianggap sebagai dongeng
untuk tujuan hiburan sahaja.Contoh unsur-unsur mitos dalam
Sejarah Melayu seperti
putera raja yang lahir dari buluh betung atau buih dan
sebagainya yang
menggambarkan kesaktian dan kebesaran dewa.
Cerita Legenda
Legenda juga adalah sejenis cerita prosa, yang dianggap oleh
penuturnya sebagai
cerita yang benar yang berlaku dalam waktu tidak begitu
lama.Dalam tradisi lisan
Melayu terdapat cerita-cerita bercorak legenda yang mengisahkan
tentang tokoh-tokoh
dalam sejarah orang Melayu, tetapi catatan tentang tokoh-tokoh
itu disampaikan dalam
bentuk cerita.Watak digambarkan sebagai mempunyai kesaktian dan
kegagahan yang
luar biasa.Oleh itu legenda dianggap sebagai suatu peristiwa
sejarah. Contoh cerita-
cerita legenda seperti Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, dan
Hikayat Hang Tuah, Tuan
Puteri Sakdong di Kelantan dan lain-lain. Dalam masyarakat
Melayu, legenda Hang
Tuah dianggap sebagai pahlawan Melayu yang handal.Kata-katanya
Tak Melayu
hilang di dunia disebut sebagai ungkapan yang sentiasa tersemat
di dalam hati
sanubari.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 17
Cerita Dongeng
Cerita dongeng ialah cerita yang menggambarkan kisah hidup
seseorang tokoh atau
peristiwa, yang berlaku di dunia kenyataan, tetapi kejadiannya
tidak semestinya berlaku
sebenarnya.Ia lebih kepada sebuah cerita rekaan, yang di
dalamnya ada unsur mitos,
legenda, kesaktian, keajaiban dan sebagainya. Yang dipentingkan
oleh sebuah cerita
dongeng ialah daya tarikan ceritanya yang menarik dan menawan di
samping
memberikan teladan dan misalan yang berguna kepada pendengar
atau
khalayaknya.Ada juga pengkaji mengkategorikannya sebagai cerita
teladan, kerana
yang dipentingkan ialah aspek moral dan pengajaran sucinya,
terutamanya kepada
golonganb kanak-kanak dan remaja.
Di antara cerita dongeng yang terkenal ialah Bawang Putih Bawang
Merah, Batu
Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Jula Juli Bintang Tujuh dan
lain-lainnya. Cerita-
cerita itu mengemukakan watak-watak yang luar biasa, seperti
Tanggang yang bercita-
cita ingin menjadi kaya, tetapi setelah ia belayar kahwin anak
raja, ia lupa kepada
ibunya sewaktu mereka bertemu. Anak ini mendapat tulahan lalu
menjadi batu.Tidak
syak lagi cerita yang sedemikian, memiliki sejumlah pengajaran
dan teladan untuk
anak-anak supaya sentiasa mengingati pengorban orang tuanya
terutamanya
ibunya.Kita melihat dalam susunan atau struktur ceritanya,
banyak unsur kebetulan dan
kewajaran; tetapi yang penmting bukan nilai olahan atau
pencernaan cerita, yang
dipentingkan ialah unsur pengajarannya.Justeru itu cerita
dongeng menggunakan
poetic justice iaitu yang baik dibalas baik dan yang jahat
dibalas jahat.
Cerita Jenaka
Cerita jenaka juga dikenali sebagai merry tales, tall tales dan
lain-lain.Cerita jenaka di
seluruh dunia mempunyai persamaan dari segi motif atau isi
ceritanya, maksud dan
bentuk ceritanya.Semua cerita jenaka mempunyai maksud hiburan,
petunjuk dan
sindiran seperti yang terdapat pada cerita-cerita binatang.Watak
memainkan peranan
penting dalam menentukan kejayaan sesuatu cerita terutama untuk
memperlihatkan
unsur-unsur kelucuan. Faktor-faktor yang menimbulkan kelucuan
ialah
a. Sifat watak yang terlalu bodoh atau terlalu pintar,
b. Adanya unsur-unsur kebetulan dalam cerita,
c. Kelucuan ditimbulkan daripada jalan cerita itu sendiri,
d. Adanya permainan kata-kata yang melucukan.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 18
Watak utama dalam cerita jenaka Melayu seperti Pak Pandir, Lebai
Malang, Pak
Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Musang Berjanggut dan
sebagainya. Cerita
berdasarkan kepada peristiwa seharian dan berlatarbelakangkan
masyarakat Melayu
tradisional melalui pengalaman dan pandangan
masyarakat.Contohnya cerita Lebai
Malang.Dia mendapat tiga jemputan kenduri. Oleh kerana tidak
dapat menentukan
untuk pergi satu jemputan yang tertentu dia cuba menghadiri
ketiga-tiganya. Malangnya
apabila dia tiba pada tiap-tiap kenduri, orang sudah
bersurai.Apabila dia memburu
anjing bajunya dicuri orang, lalu pulang ke rumah tanpa pakaian
sehingga dipukul oleh
isterinya.
SASTERA ZAMAN HINDU
Adalah menjadi sejarah umum bahawa alam Nusantara berada di
bawah dominasi
pengaruh Hindu.Pengaruh ini berjalan selama sembilan kurun.Bukan
saja
kesusasteraan telah diperhindukan, malah seluruh kebudayaan
Melayu, di mana nilai-
nilai hidup terutamanya sastera berkiblatkan kepada tanah besar
benua India.Kita
menyaksikan Mahabharata dan Ramayana, menjadi bahan-bahan
sastera Melayu yang
cukup dominan, malah sastera rakyat Melayu dikatakan terepigon
dan hasil adaptasi
atau imitasi dari India.
Selain daripada itu, khazanah hikayat India seperti Hikayat
Maharaja Puspa
Wiraja, Hikayat Langlang Buawana dan Hikayat Mara Karma menjadi
cerita-cerita yang
dimainkan oleh wayang kulit dan selampit serta lain-lain drama
tradisional, yang
memperjelas betapa cukup popularnya sastera pengaruh Hindu itu.
Pengaruh Hindu ini,
sebenarnya tidak dapat dinafikan kekuatannya, sehingga di zaman
selepasnya pun,
malah dalam kehidupan kita kini, masih terbayang beberapa unsur
kehinduan. Namun
suatu hal, yang perlu jelaskan di sini, sastera Hindu itu
sebenarnya tidak bersifat
sastera masyarakat atau rakyat.Sastera zaman Hindu adalah
sastera istana atau
sastera kraton.
Beberapa orang pengkaji sastera kemudiannya, seperti Syed
Muhammad
Naquib, menyatakan sastera Hindu tidak meresap ke dalam jiwa
rakyat. Malah ia lebih
menekankan kepada unsur-unsur kesenian yang beralaskan kepada
pendengaran,
bukan yang menggerakkan atau yang keluar hasil dari akaliah.
Justeru itu, kesannya
sebenarnya tidak kuat, kekuatan-kekuatan kesan persejarahan
hanya dipertegas-
tegaskan oleh kaum orientalis saja dengan tujuan untuk
menyatakan bahawa pengaruh
Hindu itu sangat kuat dalam sastera dan kebudayaan Melayu sambil
hendak
memperkecilkan perkembangan Islam.
Betapa pun, antara kedua pendapat yang pro dan kontra itu, dapat
saja
dirumuskan bahawa, kesusasteraan Melayu pernah dijajah oleh
Hindu. Dalam
beberapa hal, ramai bersetuju dengan pendapat pengkaji Syed
Muhammad Naquib,
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 19
kerana masa kini kia sebenarnya tidak dapat melihat dengan
jelasnya pengaruh-
pengaruh Hindu itu. Dan memang menjadi suatu hakikat sejarah,
Hindu tidak
meningkatkan sastera Melayu menjadi sastera yang baik.Tidak
dapat membawa
kepada suatu aliran akaliah dan hanya aliran untuk
berseni-senian saja tanpa mahu
menyuburkan pemikiran dengan falsafah-falsafah hidup yang
bermakna.
Daripada genre prosa, orang-orang Hindu membawa Ramayana dan
Mahabharata, sementara daripada sudut puisi kita bertemu dengan
gurindam dan
seloka.Antara prosa dan puisi itu, genre prosalah yang banyak
meninggalkan kesan ke
dalam sastera Melayu. Dalam konteks sastera Melayu klasik,
terdapat dua versi cerita
Ramayana, pertama Hikayat Ramayana yang tebal dengan pengaruh
unsur agama
Hindu dan sebuah lagi ialah Hikayat Ramayana yang dihasilkan
dalam bentuk sastera
Melayu atau disebut sebagai versi Melayu.
Hikayat Ramayana adalah salah satu peninggalan yang memberi
kesan dalam
hasil kesusasteraan.Cerita ini telah mempengaruhi kelahiran
cerita Melayu
lainnya.Menurut kenyataan Mohd Taib Osman (1974) seorang sarjana
tempatan
sastera klasik yang sohor epik Ramayana adalah berdasarkan
watak-watak atau dewa-
dewa penting dalam agama Hindu.Pelbagai versi cerita ini
terdapat dalam kepercayaan
agama dan kesusasteraan negara-negara di Asia Tenggara seperti
Burma, Thailand
dan Indonesia.Kepada orang Melayu watak-watak dalam cerita Rama
ini merupakan
khayalan dan bukan kebenaran.Daripada epik Ramayana maka
lahirlah hasil
kesusasteraan Melayu tradisional berjudul Hikayat Seri
Rama.Unsur-unsur Hindu yang
bersifat keagamaan dalam hikayat itu berubah menjadi bersifat
kebudayaan dan
sumber sastera sahaja.Pengaruh Hindu terkesan dalam pelbagai
bentuk dan jenis
sastera Melayu.Pertama, unsur Hindu wujud dalam jampi, serapah
dan
mantera.Sebelum kedatangan agama Hindu, orang Melayu berpegang
kepada
animisme, iaitu mempercayai semangat, roh jahat, penunggu dan
sebagainya.Mereka
menggunakan susunan kata-kata untuk memanggil semangat,
menghalau roh jahat
atau memuji roh yang baik. Dengan penampilan kata-kata seperti
Dewata Mulia Raya,
Betara Guru, Maha Visnu, Sang Rajuna dan sebagainya, maka para
pengkaji sastera
menganggap bahawa unsur Hindu telah menyerapi dan tersadur dalam
jampi, serapah
dan mantera.
Kedua, pengaruh Hindu telah menyebabkan beberapa epik Hindu
disadur atau
diterjemahkan sebagai hasil kesusasteraan Melayu.Hikayat Seri
Rama dalam sastera
Melayu dipercayai tiruan daripada kitab Ramayana.Ramayana ialah
epik Hindu yang
terkenal di kalangan penganut Hindu. Epik Ramayana disusun oleh
seorang resi atau
petapa, bernama Valmiki selama 400 tahun pada tahun 200 sebelum
masihi. Ia terdiri
daripada 24000 seloka yang terbahagi kepada tujuh kanda atau
kitab.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 20
Hikayat Seri Rama
Ada setengah pengkaji menyatakan bahawa Hikayat Seri Rama adalah
sebuah epik,
tetapi ada juga yang menyebutnya sebagai roman rakyat.M.E
Maxwell seorang
pegawai kolonialis adalah orang pertama yang telah mengumpulkan
hikayat ini.Sastera
Melayu terutamanya yang bercorak cerita atau roman, masih lagi
diturunkan secara
lisan. Hanya di penghujung abad ke 19 dan awal abad ke-20 usaha
mengumpulkannya
atau menurunkannya ke tulisan mula dikerjakan. 1886 Hikayat Seri
Rama yang
diceritakan oleh Mir Hassan diterbitkan dalam tulisan Jawi dalam
jurnal Royal Asiatic
Society, Straits Branch
Apa yang dikerjakan oleh Maxwel itu dianggap sebagai suatu usaha
murni untuk
menyelamatkan supaya cerita-cerita itu tidak hilang dek zaman.
Cerita daripada Mir
Hassan itu dikatakan versi epik Ramayana.Selain Hikayat Seri
Rama terkenal hasil
saduran daripada sastera epik Ramayana, kita menemui juga
Hikayat Maharaja
Rawana. Bagaimana pun proses pengubah suaian telah berlaku
sewaktu cerita lisan itu
disampaikan. Unsur-unsur asal yang masih dipakai seperti
penculikan Sita, isteri Rama
dan Ravana dan Hanuman memngambil Sita daripada Ravana dari
Langkapuri.
Peminjaman berlaku dengan modifikasi dan transformasi ialah
bahagian watak seperti
Rama, Sita Laksamana dan Ravana, adanya watak keran Hanuman,
mendapat
bantuan Laksamana dan menggunakan Kijang meas sebagai umpan
untuk menculik
Sita yang dilakukan oleh Ravana.
Terdapat juga pandangan yang menyatakan masuknya pengaruh panji
dalam
sastera Melayu itu.Hikayat Seri Rama Melayu adalah bersumberkan
cerita Ramayana
daripada bahasa Jawa.Rama Kling, Serat Kanda, Rama Sasak dan
Rama Nitis.Sumber
cerita-cerita Ramayana dalam Bahasa Jawa; seperti Terdapat
berbagai-bagai versi
Hikayat Seri Rama dalam bahasa Melayu iaitu dalam bentuk tradisi
tulisan dan tradisi
lisan.Menurut Mohd Taib Osman (1974) Hikayat Seri Rama yang
berbentuk lisan dan
tulisan ada variasi versinya. Pertama, Versi Hikayat Seri Rama
yang dapat dikesan
bersumberkan daerah Patani. Ia digunakan dan berkembang dalam
persembahan
wayang kulit. Kedua, versi yang datangnya daripada negeri Perak,
yang telah
dikumpulkan oleh Maxwell melalui penceritaan atau narrator Mir
Hassan.Versi ini sudah
kaya dengan unsure Islam dan budaya tempatan. Ketiga, Versi
Hikayat Maharaja
Rawana yang hipogramkan kepada Hikayat Seri Rama.
Kenyataan itu menunjukkan ada tiga versi hikayat tersebut yang
berkembang
secara lisan dalam tradisi masyarakat Melayu. Bagaimana pun
terdapat dua versi
dalam bentuk manuskrip, iaitu pertama, versi Shellabear Versi
Shellabear dicetak
pada 1915 Masihi, yang berdasarkan naskhah asal kepunyaan
Archbishop Laud, yang
telah wujud dalam perpustakaan Boldein Library, Oxford England
sejak tahun 1633.
Kedua, versi Rooda Van Ensinga yang sebenarnya merupakan kajian
terhadap epik itu
pada sebuah manuskrip Melayu dicetak di Amsterdam pada tahun
1843 Masihi.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 21
Pengkaji menyebutkan bahawa teks ini sangat mirip dan bersifat
parallel dengan
Ramayana Hindu, malah menurut kajian filologi ia adalah
manuskrip yang
tertua.dengan kenyataan di atas dapat kita ketahui bahawa
Hikayat Serti Rama yang
telah sampai ke tangan kita bukanlah lagi asli sebagai teks yang
lahir dari rahim zaman
sastera Hindu itu. Sebaliknya ia sudah mengalami perubahan dan
penokok-tambahan
sewaktu penurunannya dari lisan ke lisan hinggalah ditulis dan
dibukukan
SASTERA ZAMAN ISLAM
Pemikiran tentang kemasukan Islam ke Alam Melayu, tetap
merupakan bidang yang
sangat menarik untuk diperkatakan. Tulisan ini bertujuan untuk
memberi latar
penyebaran Islam dan kesannya pada perkembangan sastera Islam
dan kesannya
kepada kazanah sastera klasik.Orang Arab-Parsi dan Gujarat telah
memainkan
peranan penting dalam menyebarkan agama Islam ke Kepulauan
Melayu khasnya ke
Melaka. Seterusnya mereka berganding bahu, menyebarkannya ke
seluruh daerah
yang dapat mereka sampai. Untuk melihat peranan yang dimainkan
oleh Melaka
dengan lebih jelas, ada baiknya terlebih dahulu ditinjau
kedudukan Melaka sebagai
kuasa induk dalam penyebaran pengaruh Islam ke rantau ini. Ia
bermula dengan
pembukaannya oleh Parameswara pada awal tahun 1400 hingga
zaman
keruntuhannnya ke tangan Portugis pada TM 1511. Melaka pernah
mengalami zaman
kegemilangan dan keagungan sebagai kuasa terbesar di rantau ini,
terutama di bawah
perintahan Sultan Mansor Shah (1456 1477).
Hikayat
Hikayat adalah genre terpenting dalam sastera Islam dan banyak
melahirkan karya
agung..Perkataan hikayat pula berasal dari bahasa Arab, yang
bererti cerita, tetapi ia
banyak merujuk kepada cerita yang didasari daripada sejarah.
Ertinya hikayat ialah
cerita berbentuk sejarah.Dalam konteks sastera Melayu hikayat
ialah satu penceritaan
yang panjang, mengenai sesuatu kejadian, tokoh dan sebagainya.
Kadang-kadang ia
mempunyai pengertian yang sama dengan roman. Roman dan hikayat
selalunya dalam
penggunaan yang sama.Roman atau hikayat yang dipengaruhi Arab
Parsi kita temui
dalam berbagai-bagai bentuk:
Pertama, hikayat kepahlawanan atau heroisme seperti Hikayat
Muhammad
AliHanafiah, Hikayat Raja Khandak dan lain-lainnya.
Kedua: hikayat yang berhubungan dengan personaliti nabi: Hikayat
Nur
Muhammad, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bulan Berbelah dan
seterusnya.
Ketiga: hikayat yang berbentuk cereka seperti Hikayat Raja
Jumjunah,
Hikayat Saif Dzul dan lain-lainnya.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 22
Kajian ahli orientalis menunjukkan bahawa genre ini mempunyai
kedudukan
yang terpenting daripada genre yang lain, kerana ia tersebar
begitu meluas dan sangat
disukai ramai. Hikayat berkembang justeru orang-orang Melayu
sudah memiliki tradisi
tulisan yang baik. Dalam tradisi Barat terdapat istilah roman
berbentuk sastera prosa
yang mengisahkan riwayat, perjalanan, kehidupan dan pengembaraan
seseorang tokoh
atau wira.Ini termasuklah kisah raja-raja yang membuka sesebuah
negeri atau
menakluki sesebuah negara yang lain.Cerita begini sebelum Islam
sudah wujud, tetapi
dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Arab-Parsi itu,
kisahnya lebih
memancarkan keislaman dan agak berpijak di bumi nyata.Kehadiran
Islam
menyebabkan audien sastera dari keraton berpindah kepada
masyarakat biasa.
Pertumbuhan hikayat Melayu sebenarnya adalah terpengaruh dari
Parsi.Boleh
dikatakan amat sedikit pengaruh dari prosa Arab.Jelas kesemuanya
sebagai genre
sastera tidak berkembang setelah pertembungan
Arab-Parsi.Sementara kisah yang ada
pada masyarakat Arab, hanya terlalu bersifat tempatan dan tidak
begitu dapat diterima
oleh masyarakat antarabangsa Islam..Tentu saja hikayat-hikayat
yang muncul di dalam
sastera Parsi itu juga lahir dari semangat Islam.
Menyentuh tentang hikayat dalam sastera Parsi, ia dibahagikan
menurut
klasifikasi yang lain, tetapi bila masuk ke dalam sastera Melayu
ia digolongkan ke
dalam hikayat sahaja. Pendeknya apa saja kisah yang berbentuk
penceritaan ia segera
dinamakan sebagi hikayat.Hikayat tidak saja diperkembangkan oleh
cerita-cerita yang
dibawa dari Arab-Parsi yang tujuannya untuk mendakwahkan Islam
dan sebagai
menggantikan sastera Hinduisme, ia juga mempergiatkan
bentuk-bentuk hikayat yang
ceritanya tumbuh di kalangan masyarakat tempatan. Ini dapat
dibuktikan dengan
lahirnya Hikayat Merong Mahawangsa dan lain-lainnya lagi.
Hikayat tempatan ini
menggunakan mekanisme dan struktur hikayat-hikayat dari Parsi
dan memepunyai
motivasi yang sama.
Dalam arus perkembangannya sastera hikayat, telah dibahagikan
kepada tiga
kelompok iaitu hikayat berunsur Hindu, hikayat berunsur
Hindu-Islam dan hikayat
berunsur Islam.Pembahagian kelompok ini dipengaruhi oleh zaman
kelahiran cerita-
ceritya tersebut yang telah diresapi oleh bingkai atau struktur
hikayat.Hikayat
Ramayana dan Hikayat Mahabharata mewakili zaman Hindu, Hikayat
Gul Bakawali dan
Hikayat Inderaputera mewakili zaman Hindu-Islam dan Hikayat Amir
Hamzah dan
Hikayat Burung Bayan mwakili zaman Islam. Walau bagaimana pun
seperti yang
ditegaskan hikayat adalah tradisi Islam Arab-Parsi, sudah tentu
di zaman sastera Islam
hikayat banyak dihasilkan malah beribu-ribu naskhah dan cerita
dihasilkan.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 23
Cerita Berbingkai
Cerita berbingkai hikayat berbingkai ialah sejenis penceritaan
yang sambung
bersambung dan berantai.Strukturnya sedikit berbeza dari hikayat
yang umum. Dapat
juga dinyatakan ia bersifat sebagai cerita dalam cerita iaitu
ceritanya terjadi daripada
satu cerita pokok dan di dalamnya terdapat berbagai-bagai cerita
yang lain, dikenali
sebagai cerita sisipan, cerita berakhir dengan kembali kepada
pokok.Cerita itu
bersambung-sambung serta berkait dengan cerita pokok.Cerita
pokok berkait dengan
cerita sisipan melalui tukang cerita. Tukang cerita berperanan
sebagai penghubung
antara cerita pokok dengan cerita sisipan. Cerita sisipan
disampaikan oleh tukang cerita
kepada tokoh tertentu dari cerita pokok, untuk menghasilkan
hujah atau untuk
membuktikan kebenaran.Bentuk ini digunakan untuk hikayat yang
panjang-panjang dan
bersambung-sambung; kerap kali mengandugi sebuah cerita pokok
dan beberapa
cerita sisipan yang merupakan bantuan, yang terbit terdiri
sendiri.Dengan itu
terdapatlah cerita dalam cerita.Antara cerita yang sdia dikenal
masyarakat ialah:
Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan
Dimnah, Hikayat
Ghulam dan Hikayat Seribu Satu Malam. Dalam kategori prosa Parsi
kita temui fable
iaitu hikayat margastua dan pada kebanyakannya hikayat
berbingkai ini adalah
menceritakan kisah binatang.
Hikayat Bayan Budiman menceritakan burung bayan yang pandai
bercerita
sehingga puan punyanya, tidak sempat untuk bermukah dalam
peninggalan suaminya.
Begitu juga Hikayat wa Dimnah itu lebih hampir kepada
dongeng-dongeng Esop. Cuma
yang berkecuali ialah Kisah Seribu Satu Malam dan Hikayat
Ghulam, wataknya ialah
manusia biasa.Di antara cerita yang sdia dikenal masyarakat
ialah: Hikayat Bayan
Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan Dimnah, Hikayat
Ghulam dan Hikayat
Seribu Satu Malam. Dalam kategori prosa Parsi kita temui fable
iaitu hikayat
margastua dan pada kebanyakannya hikayat berbingkai ini adalah
menceritakan kisah
binatang. Hikayat Bayan Budiman menceritakan burung bayan yang
pandai
bercerita sehingga puan punyanya, tidak sempat untuk bermukah
dalam peninggalan
suaminya. Begitu juga Hikayat wa Dimnah itu lebih hampir kepada
dongeng-dongeng
Esop. Cuma yang berkecuali ialah Kisah Seribu Satu Malam dan
Hikayat Ghulam,
wataknya ialah manusia biasa.
Hikayat berbingkai ini adalah mengisahkan khalifah zaman Islam
dan
pertumbuhannya ada hubungannya dengan kejadian yang berlaku
dalam masyarakat
Islam itu sendiri. Dan cerita-cerita ini pula ada yang berlaku
cerita di atas
cerita.Wataknya terdiri daripada watak manusia dari kalangan
istana dan rakyat biasa.
Juga watak binatang yang dipersonifikasikan, dan ia mempunyai
watak penting sebagai
pembawa cerita sebagai watak penyelamat melalui cara bercerita.
Contoh dalam
Hikayat Bayan Budiman.Bayan Budiman berperanan sebagai pencerita
bagi
menyelamatkan isteri tuannya dari melakukan kejahatan dan
kecurangan ketika
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 24
suaminya tidak ada di rumah. Hikayat ini terkenal kerana
mempunyai nilai-nilai moral
yang tinggi seperti ketabahan, kesetiaan, kejujuran dan
keadilan. Juga mengandungi
unsur pengajaran dan pendidikan misalnya sifat dan kelakuan yang
baik ditunjukkan
melalui watak-watak dalam cerita sisipan boleh dijadikan sebagai
contoh teladan.Begitu
juga dengan tindakan melengah-lengahkan masa berbuat sesuatu
keburukan akhirnya
dapat menghasilkan kebaikan.
Dalam Hikayat Bayan Budiman menceritakansaudagar Khoja Maimun
yang
belayar untuk berniaga dengan meninggalkam Bibi Zainab isterinya
bersama dua ekor
burung, burung bayandan burung tiong yang pandai berkata-kata.
Sepeninggalan
suaminya si isteri telah telah jatuh hati kepada seorang anak
raja dan berjanji
berkasihan-kasihan dalam pertemuan yang ditentukan. Sayangnya si
isteri memberi
tahu burung tiong, burung itu tidak merestusinya tetapi
kemudiannya ia dimarah oleh si
isteri yang sudah gila kasih itu. Kerana marahnya burung tiong
itu dibunuhnya. Yang
menariknya yang menjadi bingkai cerita ialah apabila Bibi Zainab
beritahu burung
bayan. Di sinilah datangnya cerita itu apabila si bayan cuba
mencari helah untuk
melalaikan tuannya dengan mengemukakan pelbagai cerita. sebanyak
25 buah cerita
pada setiap malam berakhir pada waktu pagi dan menyebabkan Bibi
Zainab
membatalkan niatnya. Di antara ceritanya ialah Cerita Taifah,
Cerita raja dengan
seorang Syeikh dan seekor ular serta seekor katak., Cerita Zahid
dengan Serimala dan
pandai emas dan pandai tenun dan lain-lainnya.
Hakikat bahawa bentuk ini dimiliki oleh sastera Melayu tentu
saja tidak dapat
menafikan pengaruh Parsi. Malah para pengembang kesusasteraan
bukan saja meniru
bentuknya, bahkan menterjemahkannya secara bulat-bulat, sehingga
cerita Seribu Satu
Malam yang ada dalam sastera Melayu sebenarnya adalah terjemahan
dan ambilan
secara mutlak. Kisah-kisah Hikayat Bayan Budiman dan Hikayat
Bakhtiar merupakan
sastera didaktik yang sangat popular. Kepopularannya tidak hanya
pada cerita
pokoknya, malah cerita-cerita sisipannya juga berkembang secara
bersendirian. Cerita-
cerita Bangau Oh Bangau dan kisah-kisah siri Sang Kancil adalah
merupakan
sisipan kepada Hikayat Berbingkai.
SASTERA MODEN
Kedatangan Barat membawa genre sastera bentuk baru, yang belum
pernah wujud
dalam sastera Melayu sebelumnya. Bentuk-bentuk itu ialah novel,
cerpen, sajak dan
drama. Bagaimana pun dasar penceritaan dan puisi zaman sastera
klasik telah
memberi asas kepada kelahiran bentuk moden itu. Islam sendiri
menerima bentuk baru
asalkan isinya tidak bertentangan dengan niolai-nilai Islam.
Secara umum, Islam
memang mengarahkan umatnya berjihad di dalam segala aspek hidup
termasuk seni.
Ada teori seni budaya yang mengatakan bahawa seni itu lahir dari
agama maka di sini
peranan sastera sangat rapat hubungannya dengan kegiatan agama.
Seni adalah
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 25
termasuk ajaran Al-ddin. Tetapi seni itu mestilah seni kerana
Allah, seni untuk tujuan
membangunkan kehidupan manusia. Sastera yang ingin merosakkan
masyarakat
adalah hukumnya haram. Justru itu, tidak menjadi salah kalau
penulis-penulis
menggunakan bentuk Barat, asalkan saja, isinya tetap Islam.
Sajak
Sajak adalah bentuk puisi baru dalam zaman moden. Dalam konteks
ini kita kembali
kepada pandangan Zaaba yang pernah menyatakan bahawa puisi ialah
karangan yang
berangkap, yang cantik susunannya, indah bahasanya yang dapat
melafazkan
pemikiran dan menggambarkan kemanisan gaya. Dengan demikian
orang yang
mendengarnya jadi tertarik dan senang hati. Kata-kata yang
sering dirujuk ialah bahawa
puisi itu kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik. Justeru
itu puisi mengajar
sebanyak mungkin dengan kata-kata yang sedikit mungkin.
H.B.Yassin ialah pengucapan dengan perasaan yang di dalamnya
mengandung
fikiran dan tanggapan....ia lahir daripada jiwa dan
perasaan....membawa gagasan serta
pemikiran yang dapat menjadi renungan masyarakat. Muihammad Haji
Salleh pula
berkata: puisi ialah bentuk sastera yang kental dengan muzik
bahasa serta
kebijaksanaan penyair dan tradisinya....ia indah dan
merdu...indahnya bahasanya dan
dapat memancarkan kebijaksanaan...tidak kosong atau bombastik.
Sementara
Shahnon Ahmad menyatakan puisi adalah sulit dan rahsia, disulit
dan dirahsiakan oleh
penulis melalui pelbagai wadah yang membentuk karyanya, kerana
makna kheidupan
itu sendiri pun adalah sulit dan rahsia...hanya orang-orang yang
suka berfikir, yang
benar-benar dapat merasai keindahakan, kenikmatan dan kebenaran
sastera yang sulit
dan rahsia itu (Mana Sikana, 2013.)
Pun puisi sebagai genre sastera sering dibezakan dengan genre
yang lain
kerana sifatnya yang estetis, memanfaatkan penggunaan dan sarana
bahasa; malah
dikatakan penggunaan paling minima dan luar biasa pula. Disebut
juga puisi bersifat
emotif, puitik, refrensial, figuratif dan padat segala-galanya.
Tegasnya puisi merupakan
penglahiran luapan perasaan hasil ketajaman renungan dan
pemikiran sebagai produk
imaginasi bercampur dengan pengalaman hidup. Ada juga orang
menyatakan puisi
kerana ia adalah hasil pemilihan kata-kata atau diksi, maka ia
disusun secara
berangkap-rangkap dan berirama pula.
Cerpen
Cerpen adalah kependekan dari dua perkataan: cerita pendek.
Tetapi tidak semua
cerita yang pendek dapat dimasukkan ke dalam kategori cerpen
seperti yang difahami
dalam definisi kesusasteraan moden. Malah panjang pendeknya
sesuatu karya itu
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 26
sendiri tidak dapat dijadikan ukuran yang mutlak untuk
mengklasifikasikannya sebagai
cerpen. Cerita Orang Tua Dengan Laut karya Hemingway yang
tebalnya seperti novel
itu pun dimasukkan ke dalam genre cerpen.Dan cerpen Taboo karya
E.A. Imbert yang
cuma panjangnya 32 perkataan pun dikatakan cerpen juga. Panjang
pendeknya
perkataan, tidak menjadi ukurannya. Sebagai sebuah genre sastera
prosa, tentulah ia
berbeza dengan novel atau drama. Meskipun ia menggunakan
komponen yang sama,
iaitu tema, plot, perwatakan, stail, latar dan sudut pandangan,
namun teknik pengola
han. Cerpen dan pengadunannya adalah berbeza. Novel misalnya,
terdiri dari
rangkaian skima peristiwa demi peristiwa yang dijalingabungkan
dengan ruang-lingkup
yang luas dan panjang urutan masanya. Sementara drama pula,
merupakan
perkembangan cerita dari satu episod ke episod yang lainnya
dengan mementingkan
pelonjakan konflik yang menjadi nyawanya. Jadi bagaimana dengan
cerpen? Oleh
kerana kebiasaan panjangnya cerpen itu dalam lingkungan antara
2000 ke 3000
perkataan, jadi ia tidaklah dapat membincangkan sesuatu yang
banyak persoalan dan
memakan masa yang lama.
Pertamanya, cerpen mengemukakan satu kejadian atau peristiwa.
Keduanya,
sebuah cerpen bertujuan untuk menimbulkan satu kesan. Ketiganya,
cerpen biasanya
memusatkan perkembangan watak yang tertumpu kepada beberapa
orang tertentu.
Malah ia lebih menumpukan kepada identifikasi dan perkembangan
watak
protagonisnya saja. Tentulah dalam situasi hendak menimbulkan
satu peristiwa, dan
dapat melahirkan satu kesan serta memberikan satu motif, tidak
memerlukan watak
yang ramai. Memadai dengan memfokuskan seorang manusia atau
sebuah watak
penting dan peristiwa berlaku di sekitarnya. Memang biasa kita
temui. dalam sesebuah
cerpen itu banyak watak-wataknya; tetapi yang menjadi fokus
penceritaannya ialah
kepada seorang watak saja. Watak-watak yang lain cuma bertindak
sebagai
memperkuatkan watak utama itu. Namun dari segi identifikasi
perwatakan, setiap
cerpen perlu disediakan supaya tidak terdapat watak-watak yang
stereotaip.
Dengan kenyataan sebuah cerpen harus mempunyai satu watak
penting atau
utama, tidaklah menolak kepentingan atau menidakbolehkan
munculnya watak-watak
yang ramai.Ini boleh saja dilakukan, jika seorang cerpenis itu
sedar, di antara watak
yang ramai itu ada seorang yang menjadi watak fokusnya. Dan
watak-watak yang lain
merupakan watak sampingan saja. Apalagi watak antagonis sangat
perlu diadakan,
kerana pertentangan antara keduanyalah yang melahirkan konflik.
Konflik dalam cerpen
meskipun tidak sepenting dalam drama, tetapi ia tetap merupakan
unsur-unsur dramatik
yang memperkembangkan plotnya.
Keempatnya, cerpen memerlukan konflik atau dengan kata-kata lain
ia harus
memiliki unsur-unsur dramatik. Unsur-unsur dramatik seperti
konflik itu sendiri, dilema,
ironi, suspen, kejutan, sorot kembali, sorot depan dan
lain-lainnya lagi. Apa yaang perlu
ditegaskan, dalam cerpen tidak hanya perlu ada bahan atau
peristiwa yang hendak
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 27
disampaikan, tetapi bagaimana cara ia dikemukakan juga perlu;
malah jauh lebih perlu
dari bahan itu sendiri. Jadi bagaimana cara ia disampaikan,
diistilahkan sebagai teknik.
Justeru itu teknik penyampaian cerpen adalah mustahak, supaya ia
menjadi sebuah
hasil sastera yang artistik, menyeronokkan dan dapat memberikan
pengalaman-
pengalaman baru kepada khalayaknya.
Unsur-unsur dramatik supaya ia memiliki unsur-unsur yang boleh
melahirkan
rasa seni yang tinggi dan khalayak merasakannya sebagai karya
kreatif yang dapat
memberikan keseronokan membaca dan mencabar intelektualisme.
Sebuah cerpen
yang dikemukakan, biar betapa besar dan penting temanya, tetapi
tanpa pengolahan
yang berisi dengan unsur-unsur dramatik, sudah pasti ia akan
menjadi tawar dan tidak
menarik perhatian. Berapa banyak orang membaca karya, dari segi
cerita dan
persoalannya sudah diketahui, tetapi mereka terus membacanya,
rahsianya ialah karya
itu mengandungi unsur-unsur dramatik.
Kelimanya, sebuah cerpen seharusnya mempunyai plot yang tunggal
dan ia
dikembangkan dengan penuh rapi dan teliti, ibarat menatang
minyak yang penuh. Plot
cerpen tentu sekali berbeza dengan plot novel yang luas,
komplikated dan panjang
jarak waktunya; ia berlaku dalam ruang yang pendek, dan ini
menuntut suatu jalinan
plot yang kemas dan padat. Maksudnya dalam ruang-lingkup
penceritaannya, plotnya
masih lengkap untuk mendedahkan satu peristiwa dengan lengkap,
tentulah tidak dapat
dianggap sebagai berjaya. Dan karya itu tidak boleh diterima
sebagai cerpen.
Komponen cerpen ialah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan
sudut
pandangan. Ada pengkaji cerpen menyatakan, empat aspek cerpen
yang penting ialah
tema, plot, watak dan stail. Bagi mereka latar dan sudut
pandangan tidak begitu besar
peranannya dalam pembinaan sesebuah cerpen. Namun di sana ada
pula yang
menambah komponen cerpen itu, seperti aspek nada dan pemikiran.
Biar apapun kita
dapat merumuskan, kesemuanya adalah perlu diperhatikan dan
mempunyai fungsi
masing-masing untuk menghasilkan sesebuah karya cerpen.
Novel
Novel didefinisikan sebagai karya prosa yang panjang, yang
berbeza dengan cerpen.
Ia juga dianggap sebagai fiksyen atau cereka. Novel mempunyai
aspek atau komponen
seperti tema, plot, watak, bahasa, sudut pandangan dan latar,
sama seperti cerpen.
Dalam tradisi novel-novel Melayu dapat dibuktikan ia adalah
sinambungan daripada
hikayat, sama juga sajak mempunyai zuriat dengan pantun, syair
dan sebagainya. Apa
pun istilah novel kita ambil daripada Barat.
Baratlah yang telah memperkenalkan genre ini ke dalam sastera
Melayu moden.
Barat sendiri sejarah novelnya adalah berasal daripada
cerita-cerita lama, yang berupa
sastera rakyat. Hanya mula memperlihatkan dirinya di abad ke -17
di Sepanyol dan
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 28
diikuti seabad kemudiannya di England. Barat menghubungkan novel
dengan dunia
nyata, iaitu segala pembahanan, sumber dan peristiwa adalah yang
benar-benar terjadi
atau kemungkinan terjadi dalam kehidupan sehari-hari atau yang
tersimpan dalam
khazanah sejarah.
Seperti yang dinyataka aspek novel ialah tema, plot, perwatakan,
bahasa sudut
pandangan dan latar. Ada pengkaji novel yang menekankan hanya
tiga aspek novel
yang penting, iaitu plot, watak dan stail. Untuk menguasai dan
mengetahui genre novel
ini, eloklah kita kuasa melalui aspek-aspek yang membina
struktur novel tersebut.
Berbagai definisi tema telah diutarakan, tetapi yang paling
diterima umum ialah tema itu
dimaksudkan sebagai persoalan pokok kepada sesuatu peristiwa
dari kejadian yang
berlaku dalam hidup manusia yang dibincangkan oleh seseorang
pengarang itu. Apa
yang menjadi pusat pemikiran dan perbincangan pengarang itulah
sebenarnya yang
dinamakan tema.
Plot ialah penyusunan cerita yang terdiri dari peristiwa demi
peristiwa yang
dihubungkan dengan sebab-bersebab. Pengertian umum plot ialah
jalan cerita.
Tegasnya plot ialah menjelaskan bagaimanakah caranya sesebuah
novel itu
diceritakan. Mengemukakan apa yang terjadi dan mengapa kejadian
itu berlaku.Untuk
mudah mengikuti sesebuah plot novel, kita harus melihat
bagaimana caranya
seseorang pengarang itu memulakan dan mengakhiri ceritanya.
Adalima tahap
perkembangan plot novel: pertama, permulaannya juga disebut
pengenalannya. Kedua,
peringkat penimbulan cerita dengan mengutarakan krisis. Ketiga,
peringkat konflik atau
pertentangan; ia disebut juga sebagai kemuncak atau klimaks
cerita di mana
munculnya ketegangan dan komplikasi serta kegawatan. Keempat,
peringkat
penurunan cerita atau antiklimaks. Dan kelima, peringkat
penyelesaian.
Perwatakan ialah orang-orang tua atau pelaku-pelaku yang
menggerakkan plot.
Ia disebut juga tokoh. Wataklah yang beraksi, bercakap,
bertindak, berfikir, berkonflik
dan menggerakkan perjalanan sesebuah novel. Ia terdiri daripada
watak utama atau
protagonis atau watak bulat yang mengalami perubahan dan
perkembangan. Watak
yang menentang watak protagonis disebut antagonis, ada masanya
antagonis tidak
manusia, boleh jadi anasir alam atau pemikiran.
Aspek bahasa juga disebut stail ialah bagaimana caranya
pengarang
menggunakan bahasa untuk novelnya. Bahasa ialah alat yang
melahirkan novel
tersebut. Sebagai alat pengucapan, bahasa harus ditekankan dari
aspek kejayaan
seseorang pengarang itu menggunakan bahasanya. Apakah bahasa
yang digunakan
sesuai dengan cerita watak dan suasana plot yang sedang
berkembang. Bahasa yang
baik bukan saja akan menghidupkan sesebuah novel tetapi menjadi
perkakas yang
penting untuk pengarang menyalurkan pemikirannya.
Sudut pandangan pula ialah istilah yang digunakan bagi
menerangkan cara
apakah sesebuah karya itu disampai dan dipersembah oleh
pengarangnya. Siapakah
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 29
sebenarnya yang bercerita dalam novel itu. Adakah watak utama
atau sebarang watak
dalam novel itu ialah pengarangnya sendiri? Atau pengarangnya
langsung tidak
melibatkan diri dan membiarkan watak-wataknya bercerita?
Latar dalam novel dimaksudkan ialah latar belakang bagi tempat
dan masa.
Tegasnya, penelitian dari aspek latar ini untuk memperlihatkan
sesuatu peristiwa yang
terjadi dalam novel itu tidak berlaku dalam suatu keadaan yang
kekosongan: kosong
dari segi tempat dan masa.
Demikianlah aspek-aspek yang ada dalam sesebuah novel. Kesemua
aspek itu
yang disebut sebagai komponen atau bahagian tidak boleh terpisah
antara satu sama
lainnya. Dan dalam penciptaan harus pula saling bantu-membantu
supaya novel itu
menjadi kuat di mana para pengkaji sastera pernah menyatakan:
mencipta novel sama
halnya dengan membina rumah.
Drama
Drama bererti seni gerak atau seni lakonan. Dalam drama terdapat
dua buah
komponen penskripan dan pementasan. Dalam drama tidak ada
nbaratif atau
penceritaan, gerakan plotnya menggunakan dialog.
Pembinaan drama hampir sama dengan fiksyen, iaitu harus
bertunjangkan
kepada pemikiran, plot, watak dan bahasa. Ada masanya orang
menambah dengan
satu lagi bahagian, iaitu latar. Sementara ada pengkaji drama
yang menyatakan hanya
tiga aspek drama sahaja yang penting iaitu plot, watak dan
dialog. Sedangkan
pemikiran atau persoalan (tema) adalah unsur yang semestinya
sudah tersedia. Tanpa
cerita, tema atau pemikiran, sesebuah drama tidak akan
tercipta.
Semua aspek dramatic itu memerlukan suatu olahan, pencernaan,
adunan dan
susunan. Aspek-aspek tersebut bertugas untuk menyatupadukan
persoalan dan
pemikiran yang digerakkan oleh para wataknya dengan plot yang
menarik dan bahasa
yang sesuai. Penulis yang dapat memadukan semua aspek itu
sajalah yang akan
berhasil mencipta skrip yang baik. Kesatuan semua bahagian itu
sebenarnya yang
menjadi rangka, bentuk atau struktur bagi sesebuah drama.
Struktur yang dibangunkan
dengan cukup teliti, penjalinan plotnya yang kemas,
watak-wataknya yang hidup dan
dialognya yang segar dan meyakinkan akan dapat melahirkan sebuah
karya drama
yang bermutu.
Pertamanya kita melihat secara dasar apa yang dikatakan
pemikiran itu.
Pemikiran dalam drama ialah pokok persoalan yang hendak
dibincangkan oleh
seseorang pengarang. Apa yang menjadi pusat peristiwa dan cerita
atau sesuatu
falsafah dan mesej, maka itulah yang dinamakan pemikiran.
Pemikiran seperti yang
telah ditegaskan ialah tema dalam novel dan cerpen.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 30
Pemikiran dalam drama biasanya dipengaruhi oleh sikap dan
aspirasi
pengarang. Dalam perkembangan drama Malaysia misalnya ada tiga
zaman: zaman
pertama dikenal sebagai sandiwara iaitu hasil karyanya bercorak
sejarah; zaman
kedua sebagai drama masyarakat atau drama realisme dan zaman
ketiga sebagai
drama absurd atau abstrak. Setiap zaman itu menghasilkan drama
yang berbeza dari
sudut struktur dan pemikiran yang digarap oleh pengarangnya.
Sandiwara atau disebut
juga drama purbawara atau sejarah, pemikirannya banyak merujuk
kepada peristiwa
atau kejadian yang telah berlaku dalam sejarah Melaka, Johor,
Perak dan sebagainya.
Sementara drama realisme, pemikirannya banyak menyentuh
persoalan masyarakat
semasa seperti pelajaran, pendidikan, moral dan seumpamanya.
Faktor masa sememangnya memberi kesan yang besar terhadap
perubahan dari
sudut pemikiran drama. Karya yang ditulis sebelum perang
misalnya, mempunyai
persoalan dan pembicaraan dari segi nasionalisme dan perebutan
kemerdekaan, tetapi
apabila negara bebas dari belenggu penjajahan, persoalan
pengisian kemerdekaan
pula dibincangkan dengan cukup meluas.Begitulah selanjutnya,
setiap sebuah drama
itu ada mempunyai pokok persoalan. Para penulis skrip akan
bertolak dari aspek
pemikiran yang terlintas dan dikumpul d dalam benaknya kemudian
diadunkannya
dengan aspek yang lainnya iaitu plot, perwatakan dan latar.
Plot ialah satu skim aksi yang berkembang dari rentetan
peristiwa yang disusun
sembung-bersambung di atas dasar sebab-musabab. Plot dalam drama
berbeza
dengan plot dalam novel dan cerpen dari sudut gerakan aksinya
dan teknik-teknik
dramatik yang di tahap pengenalan kemudian muncul peristiwa,
peristiwa jadi
meruncing. Lalu ia melonjak ke kemuncak dengan mengalami klimaks
cerita dan
akhirnya menemui penyelesaian, tetapi cara meruncing dan
memuncakkan beritanya
berlainan. Ini disebabkan plot drama dikembangkan atas dasar
konflik. Dan konflik
drama itu berbeza dengan konflik novel atau cerpen. Justeru kita
temui, seorang yang
biasa atau mahir menulis novel, tidak menjanjikan atau
diharapkan dapat berjaya dalam
penulisan drama. Cara dan teknik plot drama itu dikembangkan
adalah berbeza.
Watak ialah pelakon-pelakon atau pelaku-pelaku yang menggerakkan
plot.
Watak disebut juga dengan nama tokoh atau peranan. Mereka inilah
yang beraksi,
berdialog, bertindak, berfikir dan berkonflik. Kedudukan watak
dalam drama sangatlah
penting kerana drama sebenarnya ialah gerakan watak. Audien
menonton watak-watak
itu bergerak dan bercakap. Kejayaannya membawa cerita dan
suasana akan dapat
meletakkan drama itu. Drama yang berjaya ialah apabila
watak-wataknya berjaya
dikemukakan. Ada berbagai-bagai cara mengkategorikan perwatakan,
biasanya
sebagai protagonis dan antagonis. Protagonis ialah watak utama
atau watak penting
drama itu. Biasa juga disebut sebagai watak wira. Antagonis pula
ialah watak yang
menentang protagonis itu. Ia boleh jadi seorang manusia,
misalnya watak jahat yang
cuba menentang wira. Watak utama perempuannya pula disebut
wirawati. Selain dari
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 31
itu disebut saja sebagai watak penting dan watak tambahan. Dalam
sebuah drama
biasa ada watak utama iaitu, watak protagonisnya, kemudian watak
antagonis, watak
wirawati, lalu ditemui watak-watak penting dan watak-watak
tambahan.
Yang dimaksudkan dengan bahasa ialah penggunaan perkataan,
penyusunan
ayat dan aspek makna yang hendak disampaikan melalui drama itu.
Drama
dikembangkan dengan menggunakan dialog, jadi bererti bahasa
dalam drama ialah
dialognya. Peranan dan fungsi dialog sungguhlah besar, kerana
plot yang hendak
ditonjolkan menggunakan dialog. Malah watak-wataknya yang
berhubungan antara satu
sama lain pula menggunakan dialog. Inilah perbezaan yang besar
dengan genre
sastera yang lainnya. Ada juga unsur-unsur lain yang dapat
diterima sebagai bahasa
drama iaitu seperti gerakan atau improvisasi. Ada masanya ia
tidak menggunakan
dialog hanya aksi-aksi saja. Oleh kerana ia berfungsi sebagai
menyampaikan cerita,
maka improvisasi itu juga dapat diterima sebagai sebahagian
daripada dialog. Namun
bahasa yang mutlak ialah dialognya.
Latar diertikan sebagai gambaran yang tersedia di belakang ruang
tas atau
props yang disediakan. Daripada latar itu diharapkan ia dapat
menerangkan di mana
dan bila kejadian dan peristiwa dalam drama itu terjadi.
Tujuannya bukan sahaja untuk
menimbulkan realiti suasananya, tetapi menolong audien untuk
mengetahui tempat dan
masa, dan ini boleh membantu mereka untuk memahami situasi
peristiwa yang hendak
diceritakan.
Drama mempunyai perbezaan dengan genre sastera yang lainnya
seperti novel
dan cerpen dari sudut aspek-aspek yang membina hasil ciptaannya.
Drama tidak
selesai hanya setelah dituliskan skripnya sahaja tetapi ia
memerlukan pementasan.
Tegasnya, drama menuntut dua tahap, pertama tahap penulisan
skrip dan kedua tahap
pementasannya. Kelainan inilah yang membezakan aspek-aspek
penciptaannya.
PERBEZAAN DRAMA DENGAN HASIL SENI LAIN
Pertama, drama dikatakan mencapai keseronokan dan vitaliti
seninya dalam masa
yang terbatas. Betapa tidak, drama dihidangkan melalui
pementasan. Ia adalah hasil
dari penyatuan skrip, lakonan, arahan, latar dan sebagainya.
Drama sama juga dengan
muzik, memerlukan latihan dan keharmonian. Sebuah drama yang
baik bererti dari
sebuah skrip yang baik, lakonan yang baik, arahan yang baik dan
semua unsur
dramatik yang baik.
Kedua, drama penciptaan yang dihasilkan dari peniruan dari apa
yang terjadi
dalam masyarakat. Skrip-skrip drama diolah berdasarkan peristiwa
yang dikhayal, difikir
dan dialami oleh pengarangnya. Sejak dari zaman Greek, orang
menyatakan drama
ialah penipuan dari alam kehidupan, gerakan tiruan dari alam dan
ia bersifat mimetik.
Jadi drama adalah sebuah kehidupan dan hampir pula dengan dunia
audiennya.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 32
Paraaudien perlu diyakini bahawa apa yang disaksikan adalah
sebahagian dari
kehidupan mereka. Dan mereka pun berasa drama itu sebahagian
dari diri mereka.
Apabila adanya reaksi seperti ini, baru ia dapat dijelmakan
sebagai sebuah hasil drama
yang benar-benar drama.
Ketiga, drama adalah suatu hasil interpretasi atau penterjemahan
atau
pemahaman dari sebuah skrip. Jadi skrip menjadi induknya.
Seorang pengarah
ditugaskan untuk membaca, memahami dan menginterpretasikan skrip
drama tersebut.
Yang demikian rupa sesuatu yang bersifat misteri, ia tidak dapat
memperjelaskan
dirinya sendiri dan dihasilkan dengan harapan ada orang yang
dapat memahami
kehendak-kehendaknya. Pendek kata, sebuah skrip itu masih belum
lengkap lagi jika
tidak dipentaskan. Namun berdasarkan dengan skripnya saja
aspek-aspek
kesusasteraan dapat dinikmati.
Keempat, drama dihasilkan melalui dialog. Dengan menggunakan
dialog, plot,
perwatakan dan persoalan cerita itu berkembang. Prinsip ini
menuntut seseorang yang
ingin memahami drama menguasai cara-cara penggunaan dialog.
Dialog yang
bagaimana dapat membangunkan nada sedih? Adakah dialog itu
sesuai dengan
seorang pegawai kerajaan? Drama sejarah biasanya menggunakan
teknik dialog
bagaimana? Kesemuanya itu memerlukan jawapan dan kemahiran.
Itulah empat prinsip
yang membezakan drama dengan hasil seni yang lain.
Landasan-landasan prinsip itu
merupakan aspek-aspek drama yang harus diketahui bagi seseorang
yang ingin
menjadi penulis drama, pengkritik, pengapresiasi dan peminat
drama. Dari perbezaan-
perbezaan itu dapat kita mengenal sedikit sebanyak apakah yang
dinamakan dengan
drama itu.
RUMUSAN
Dalam Unit ini kita telah membincang dan membahaskan tentang
korpus karya agung
sastera Melayu bagi zaman klasik dan zaman moden. Dalam zaman
sastera klasik kita
telah menemui genre pentingnya seperti cerita asl usul, mitos,
hikayat, cerita
berbingkai dan sebagainya. Genre sajak, cerpen, novel dan drama
dibincangkan untuk
zaman sastera moden. Pengetahuan itu akan membantu kita untuk
mengenal dan
menguasai teks-teks agung sastera Melayu.
Rujukan
Harun Mat Piah, 1997. Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan
Genre dan Fungsi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mana Sikana, 2004. Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan,
Singapura: Pustaka
Nasional.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 33
Mana Sikana, 2004. Membina Keunggulan Tradisi Sastera.
Singapura: Pustaka
Nasional.
Mana Sikana, 2005. Sastera Melayu Pascamodenisme, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mana Sikana, 2013. Dari Barat ke Timur. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Taib Osman, 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur:
Federal
Publications
Wellek, Rene, 1972. A History of Modern Critic. New Haven: Yale
University of Chicago
Press.
KATA KUNCI
1. Sastera rakyat
2. Mitos
3. Legenda
4. Dongeng
5. Hikayat
6. Sajak
7. Cerpen
8. Drama
9. Novel
10. Sastera moden
1. Berikan maksud sastera rakyat.
2. Bincangkan perbezaan yang ketara antara cerita legenda dan
cerita dongeng.
3. Apakah ciri utama karya Melayu zaman Hindu?
4. Jelaskan pengaruh Islam terhadap karya yang asalnya daripada
pengaruh
Hindu.
5. Huraikan satu ciri yang membezakan karya novel dan cerpen
Melayu.
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 34
UNIT 3
KETOKOHAN PENGARANG KARYA AGUNG
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda dapat :
1. Membandingkan kekuatan dan keistimewaan tokoh-tokoh karya
agung Melayu,
2. Mengklasifikasi tokoh karya agung mengikut genre hasil kerja
masing-masing,
3. Menganalisis secara tekstual dan kontekstual hasil karya
tokoh-tokoh karya agung
PENDAHULUAN
Ketokohan merujuk kepada kekuatan dan keistimewaan seseorang
tokoh. Pengarang
yang akan dibincangkan ialah Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji,
Hamzah Fansuri, Keris
Mas, Usman Awang dan Mana Sikana. Tun Seri Lanang terkenal
sebagai penulis
historiografi, Raja Ali Haji karyawan intelektual, Hamzah
Fansuri dalam bidang puisi
masnawi, Keris Mas adalah tokoh modenisasi cerpen, Usman Awang
penulis sajak dan
Mana Sikana menghasilkan drama realisme, surealisme dan pelopor
drama
metahistoriografik.
TOKOH KARYA KLASIK
Tun Seri Lanang
Tun Seri Lanang adalah penulis dan pengarang Sejarah Melayu
.Meski banyak
pandangan yang berbeza daripada segi kedudukannya sebagai
pengumpul, penyusun,
penyunting dan pengarang, tetapi Tun Seri Lanang tetap
dipersetuji sebagai orang yang
bertanggung-jawab dalam merealisasikan kehendak sultan Abdullah
Maayah Syah ibni
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Syah, dalam suatu majlis di hadapan
pembesar negeri
menyatakan kewujudan sebuah Hikayat Melayu di Goa, Sulawesi.
Baginda
memerintahkan didapatkan kitab tersebut, diperbaiki dan dibaca
untuk panduan
generasi akan datang.
Nama sebenarnya ialah Tun Muhammad, bergelar Paduka Raja seorang
yang
berjawatan Bendahara.Tun Seri Lanang dilahirkan di Bukit
Seluyut, Johor pada tahun
-
Penghayatan Karya Agung Melayu 35
1565. Kedudukannya ialah sebagai Bendahara Paduka Raja, Johor
antara tahun 1580
dan 1615. Ada tanda-tanda yang menunjukkan beliau mempunyai
darah keturunan Tun
Perak, bendahara Melaka yang sangat bijak dan membawa Melaka ke
persada
dunia.Tun Seri Lanang, sebenarnya bukanlah terkenal sebagai
pengarang. Beliau lebih
terkenal sebagai pemimpin. Namun mempunyai minat dalam dunia
kepengarangan
Titah raja dilakukannya dengan sempurna. Beliau mendapatkan teks
tersebut daripada
Goa dan kemudiannya menyusun, menambah dan memperbaiki mana-mana
yang
perlu. Istilah zaman pascamoden kerja beliau dinamakan sebagai
intertekstualiti. Kerja
mengarang itu dimulai pada bulan Februari 1614 sewaktu di Johor
dan kemudian
disambung di Aceh. Maknanya Sejarah Melayu ditulis 103 tahun
setelah Melaka
ditakluk Portugis. Tambahan pula semasa menulis Sejarah
MelayuTun Seri Lanang
berada dalam tawanan Aceh. Setelah sempurna dikerjakan, Tun Seri
Lanang sedar
bahawa isinya adalah mengenai salasilah raj