PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL MODUL PEMBELAJARAN TINGKATAN 2 KOKURIKULUM DAN SUKAN 2014
i
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
MODUL PEMBELAJARAN
TINGKATAN 2
KOKURIKULUM DAN SUKAN
2014
ii
MODUL PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
MODUL JATI DIRI
KOKURIKULUM DAN SUKAN
TINGKATAN 2
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
iii
iv
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya
v
KANDUNGAN
1. RUKUN NEGARA
vi
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
vii
3. PENDAHULUAN a. Objektif Modul b. Kandungan Modul
1 2
4. MODUL PEMBELAJARAN MODUL 1: KAWAD DINAMIK MODUL 2: KRAF PERKHEMAHAN MODUL 3: TALI TEMALI MODUL 4: BANTU MULA MODUL 5: KHIDMAT MASYARAKAT MODUL 6: SUKAN – OLAHRAGA DAN PING PONG
1 32 50 63 85 90
vi
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
1
KAWAD DINAMIK
PENDAHULUAN
Modul ini memberi pendedahan kepada murid dengan pengetahuan dan
kemahiran kawad dalam Pasukan Unit Beruniform dengan mempunyai disiplin diri
yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada
masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan.
Gambar pasukan sedang berkawad
MODUL 1
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
2
OBJEKTIF UMUM MODUL 1 Modul ini membolehkan murid:
1. Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan Negara.
2. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi perlbagai cabaran hidup.
3. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.
4. Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran agama serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
5. Menyediakan peluang kepada murid untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
3
KANDUNGAN MODUL 1 Modul ini mengandungi 6 standard pembelajaran. 1.1 MENYATAKAN ARAHAN KAWAD DINAMIK 1.2 MENUTURKAN ARAHAN KAWAD DINAMIK 1.3 MEMADANKAN ARAHAN KAWAD DENGAN PERGERAKAN YANG
HENDAK DILAKUKAN 1.4 MELAKUKAN KAWAD DINAMIK BERDASARKAN ARAHAN YANG
DIBERI 1.5 MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN-KESALAHAN DALAM
PERGERAKAN KAWAD 1.6 MENYATAKAN KEPENTINGAN DISIPLIN DIRI DALAM AKTIVITI KAWAD
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
4
PENGENALAN KEPADA KAWAD DINAMIK Kawad dinamik dalam Pasukan Unit Beruniform dapat melahirkan
generasi murid yang sihat dari segi fizikal, mental, mempunyai daya tahan,
berpotensi dan berketrampilan malah mampu menghindarkan diri dari gejala sosial
yang tidak sihat.
Gambar pasukan dalam keadaan ke kanan lurus Kawad dinamik adalah sebahagian daripada kemahiran berkawad dan
melibatkan pelbagai pergerakkan antaranya perlahan jalan dan cepat jalan, tukar langkah semasa berjalan, hormat ke hadapan hormat, hormat kekanan hormat, hormat selaku terima sijil. Dalam melakukan aktiviti kawad terdapat dua elemen yang berkait rapat
iaitu arahan kawad (bahasa hukuman) dan perbuatan kawad. Arahan kawad
(bahasa hukuman) yang jelas lagi tepat akan menghasilkan kawad yang baik.
Semua guru/jurulatih/ketua kawad/ketua platun hendaklah mahir dengan arahan
kawad (bahasa hukuman).
MAKLUMAT RUJUKAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
5
ARAHAN KAWAD (BAHASA HUKUMAN) KAWAD KAKI 1. CEPAT JALAN
Hukuman :
"Dari kanan/kiri, cepat jalan"
Perbuatan :
Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan, dengan memacakkan tumit ke bumi, lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari genggam, ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan , kedua-dua lengan lurus. Masa berjalan badan tegak, buka dada, serta pandang ke hadapan 200 meter.
Ingatan :
a) Lenggang tangan ke belakang semaksima yang boleh. b) Lenggang tangan ke hadapan separas dengan bahu. c) Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa membengkokkan lutut.
Kesalahan Biasa :
1. Jalan mengenjut; 2. Lutut kendur; 3. Lenggang tangan tidak lurus dan tidak separas bahu ke hadapan dan tidak
semaksima ke belakang. 4. Hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit; 5. Pinggang lemah; pandang ke bawah dan membengkok, dan mengheret tumit
semasa berjalan. 6. Semasa berjalan satu tangan tidak lenggang dan lenggang tangan tidaksama. 7. Mendongak secara keterlaluan.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
6
2. BERHENTI Hukuman :
"Skuad.. ..........Henti" Perbuatan:
Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri
tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. ‘Check’ atas kaki
kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada masa yang sama kedua -
dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia.
Kesalahan biasa :
1. Bergoyang selepas berhenti.
2. Badan tidak cukup tegap dan tetap selepas berhenti.
3. Mengangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan ke tumit kiri.
4. Lurus, jarak, bersetentang tidak betul selepas berhenti.
5. Turun tangan terlalu lambat.
6. Antara tumit tidak rapat dan antara hujung kaki tidak 30 darjah .
7. Angkat peha melebihi 45 darjah.
8. Perbuatan ‘check’ menjadi hentak kaki.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
7
3. PERLAHAN JALAN Hendaklah diajar dengan bernombor (ansur maju) untuk mengimbangkan kedudukan badan. Hukuman :
"Dari kanan/kiri , perlahan...........Jalan" Perbuatan :
Langkah pertama : Tolak kaki kanan ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus
dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk,
ibu jari rapat pada penjahit seluar. Berat badan di atas kaki kiri.
Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci
(satu langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah. Pada masa yang sama tolak
kaki kiri ke hadapan 15 inci seperti kedudukan kaki kanan tadi.
Langkah kedua : Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan
tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk.
Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci (satu
langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah dan proses seperti itu dibuat
berterusan.
Ingatan :
a) Semasa perlahan jalan tidak perlu lenggang. b) Tangan rapat ke rusuk dan lurus dan tiada pergerakan tangan.
Kesalahan Biasa :
1. Tumit mencecah ke bumi dahulu / tapak kaki tidak selari dengan bumi. 2. Siku renggang dari rusuk. 3. Tangan mengikut pergerakan peha, dan bergerak pada setiap kali melangkah. 4. Memandang ke bawah. 5. Tidak menjaga jarak antara anggota
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
8
Berhenti Semasa Perlahan Jalan Hukuman “ Henti “ diberi apabila kaki kanan mencecah ke bumi, hentak kaki kiri dan kaki kanan. 4. TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALANDAN CEPAT
JALAN A. SEMASA PERLAHAN JALAN Hukuman :
"Tukar langkah masa berjalan, tukar ,............langkah" Perbuatan :
Hukuman diberi masa kaki kanan jejak ke bumi.Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan.Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri. Hulur kaki kanan ke hadapan dan terus perlahan jalan.
Kesalahan Biasa :
(a) Dalam masa berjalan :
i. Melenggangkan tangan. ii. Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga .
(b) Dalam masa hentak kaki : i. Badan membongkok. ii. Terlalu pantas .
B. SEMASA CEPAT JALAN Hukuman :
"Tukar langkah masa berjalan, tukar ............langkah" Perbuatan :
Hukuman ” tukar” diberi semasa kaki kanan jejak tanah.Hukuman ”langkah” di beri atas kaki kiri. Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri. Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan. Langkah kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
9
Kesalahan Biasa :
1. Dalam masa berjalan : i. Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga . 2. Dalam masa hentak kaki : i. Badan membongkok. ii. Terlalu pantas
5. MEMBERI HORMAT Hormat ialah satu cara bagi menghormati antara anggota-anggota
pangkat rendah dengan pegawai-pegawai atasan dan sebaliknya dalam pasukan.
Dengan cara inilah terbentuknya disiplin dalam pasukan. Hormat yang dilakukan
dengan betul dan cergas. Pegawai yang tidak mengambil berat tentang hormat
akan merosakkan tatatertib. Maka menjadi kewajipan anggota semua peringkat
mengetahui segala peraturan itu, terutama sekali keterangan-keterangan yang
ringkas di bawah ini.
Gambar pasukan memberi hormat.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
10
A. HORMAT DALAM BERHENTI Hukuman:
"Hormat , ke hadapan .... hormat " Perbuatan:
Tangan kanan hendaklah diangkat ke hadapan dengan membengkokkan siku
rapat ke rusuk. Angkat tangan hingga hujung telunjuk kanan bersetentang
dengan hujung kening mata kanan. Tapak tangan kanan menghala ke bawah,
jari-jari lurus dan rapat. Pangkal lengan selari dengan bumi.
Dengan pantas turunkan tangan kanan ke rusuk kanan ikut jalan yang dekat
sekali, dengan menjatuhkan siku ke arah hadapan dan jari bergenggam,
balik ke kedudukan sedia.
Ingatan.
Pangkal lengan hendaklah selari dengan bumi dan mempunyai sudut 90
darjah dengan rusuk, hujung lengan, pergelangan tangan dan jari-jari
hendaklah lurus semuanya.
Kesalahan Biasa:
1. Badan membongkok.
2. Pergelangan tangan dan jari -jari tidak lurus dan tiada rapat.
3. Tangan terlampau tinggi atau terlampau jauh, ke atas tengah dahi.
4. Kepala senget.
5. Badan dan kepala bergerak semasa mengangkat tangan .
6. Menjatuhkan tapak tangan dahulu daripada siku .
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
11
B. MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN Memberi hormat dalam masa berjalan boleh dilakukan ke kiri, ke kanan atau ke hadapan dan boleh dilakukan juga dalam cepat atau perlahan jalan. HORMAT KE HADAPAN Hukuman:
"Hormat ke hadapan .......... hormat ." Perbuatan:
Diberi serupa dengan hukuman " berhenti ", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan kemudian hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan.
C. HORMAT KE KANAN/KIRI Hukuman:
"Hormat ke kanan/kiri ...............hormat" Perbuatan:
Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi. Check atas kaki kanan dan langkah kaki kiri ke hadapan, pada masa yang sama bawa tangan kanan ke kedudukan hormat dan palingkan muka ke kanan atau kiri dengan pantas. Langkah kaki kanan, kiri, kanan(Turun tangan dan palingkan muka ke hadapan). Langkah kaki kiri dan terus berjalan dalam cepat masa.
Nota:
Kiraan masa : Check – hormat – 2 – 3 – potong – lenggang.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
12
D. HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL Hukuman:
"Selaku terima sijil, Hormat ke hadapan .......... Hormat" Perbuatan:
Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti,
hormat ke hadapan, turun tangan satu langkah kaki kanan ke hadapan dan
hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia. Hulurkan
kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus. Tangan kanan atas tangan kiri,
tekup (tidak ditepuk) dan tarik ke dua-dua belah tangan ke sisi, kemudian
langkah kaki kanan ke belakang hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan,
hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat
jalan.
Gambar Hormat Selaku Terima Sijil.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
13
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 MENYATAKAN ARAHAN KAWAD DINAMIK
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.1.1 Menyatakan semula arahan kawad dinamik iaitu perlahan jalan dan cepat
jalan, tukar langkah semasa jalan, hormat ke hadapan hormat, hormat ke kanan hormat, hormat dan hormat selaku terima sijil berdasarkan piawai arahan kawad Kadet Remaja Sekolah.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Murid beratur (rujuk Rajah 1);
a. Murid beratur beramai-ramai dan membentuk barisan secara melintang. b. Murid beratur secara barisan bertiga-tiga dalam barisan melintang (mengikut
kesesuaian jumlah murid yang ada). c. Seorang murid dilantik menjadi ketua dan berada di hadapan barisan.
Prosedur Perlaksanaan
1. Ketua membaca dan menyatakan arahan kawad dinamik. 2. Murid menyatakan semula arahan kawad dinamik mengikut ketua. 3. Murid tempat pertama mengambil tempat ketua dan sebaliknya untuk menyatakan
semula arahan kawad dinamik. 4. Aktiviti di 3 diteruskan untuk murid kedua, ketiga dan hingga selesai semua murid. 5. Ketua mencuba menyatakan semula tanpa membaca arahan kawad dinamik pada nota
1 di dalam modul 1 secara rawak.
Ketua
Murid
Barisan bertiga-tiga
Rajah 1
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
14
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN 1.2 MENUTURKAN ARAHAN KAWAD DINAMIK
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.2.1 Menuturkan 3 arahan kawad dinamik dengan intonasi yang betul.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah
2. Murid beratur (rujuk Rajah 1):
a. Murid beratur beramai-ramai dan membentuk barisan secara melintang. b. Murid beratur secara barisan bertiga-tiga dalam barisan melintang
(mengikut kesesuaian jumlah murid yang ada). c. Seorang murid dilantik menjadi ketua dan berada di hadapan
barisan.
Prosedur Perlaksanaan
1. Ketua membaca dan menyatakan arahan kawad dinamik. 2. Murid menyatakan semula arahan kawad dinamik mengikut
ketua. 3. Murid tempat pertama mengambil tempat ketua dan sebaliknya
untuk menyatakan semula arahan kawad dinamik. 4. Aktiviti di 3 diteruskan untuk murid kedua, ketiga dan hingga
selesai semua murid. 5. Ketua mencuba menyatakan semula tanpa membaca arahan
kawad dinamik pada nota 1 di dalam modul 1 secara rawak.
Ketua
Murid
Barisan bertiga-tiga
Rajah 1
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
15
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
1.3 MEMADANKAN ARAHAN KAWAD DENGAN PERGERAKAN YANG HENDAK DILAKUKAN
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.3.1 Memadankan 3 arahan kawad yang betul disertai dengan pergerakan kawad
yang tepat.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Murid beratur (rujuk Rajah 1);
a. Murid beratur beramai-ramai dan membentuk barisan secara melintang. b. Murid beratur secara barisan bertiga-tiga dalam barisan melintang (mengikut
kesesuaian jumlah murid yang ada) c. Seorang murid dilantik menjadi ketua dan berada di hadapan barisan.
Prosedur Perlaksanaan
1. Ketua membaca dan menyatakan arahan kawad dinamik. 2. Murid menyatakan semula arahan kawad dinamik mengikut
ketua. 3. Murid tempat pertama mengambil tempat ketua dan
sebaliknya untuk menyatakan semula arahan kawad dinamik. 4. Aktiviti di 3 diteruskan untuk murid kedua, ketiga dan hingga
selesai semua murid. 5. Ketua mencuba menyatakan semula tanpa membaca arahan
kawad dinamik pada nota 1 di dalam modul 1 secara rawak.
Ketua
Murid
Barisan bertiga-tiga
Rajah 1
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
16
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
1.4 MELAKUKAN KAWAD DINAMIK BERDASARKAN ARAHAN YANG DIBERI
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.4.1 Melakukan 3 simulasi kawad dinamik.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Murid beratur (rujuk Rajah 1):
a. Murid beratur beramai-ramai dan membentuk barisan secara melintang. b. Murid beratur secara barisan bertiga-tiga dalam barisan melintang (mengikut
kesesuaian jumlah murid yang ada) c. Seorang murid dilantik menjadi ketua dan berada di hadapan barisan.
Prosedur Perlaksanaan
1. Ketua membaca dan menyatakan arahan kawad dinamik. 2. Murid menyatakan semula arahan kawad dinamik mengikut ketua. 3. Murid tempat pertama mengambil tempat ketua dan sebaliknya untuk menyatakan
semula arahan kawad dinamik. 4. Aktiviti di 3 diteruskan untuk murid kedua, ketiga dan hingga selesai semua murid. 5. Ketua mencuba menyatakan semula tanpa membaca arahan kawad dinamik pada
nota 1 di dalam modul 1 secara rawak.
Ketua
Murid
Barisan bertiga-tiga
Rajah 1
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
17
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
1.5 MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN-KESALAHAN DALAM PERGERAKAN KAWAD
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.5.1 Mengenalpasti dan membetulkan kesalahan arahan dan pergerakan kawad
dinamik.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu; a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Murid beratur (rujuk Rajah 1): a. Murid beratur beramai-ramai dan membentuk barisan secara melintang. b. Murid beratur secara barisan bertiga-tiga dalam barisan melintang (mengikut
kesesuaian jumlah murid yang ada) c. Seorang murid dilantik menjadi ketua dan berada di hadapan barisan.
Prosedur Perlaksanaan
1. Ketua membaca dan menyatakan arahan kawad dinamik. 2. Murid menyatakan semula arahan kawad dinamik mengikut ketua. 3. Murid tempat pertama mengambil tempat ketua dan sebaliknya untuk
menyatakan semula arahan kawad dinamik. 4. Aktiviti di 3 diteruskan untuk murid kedua, ketiga dan hingga selesai semua
murid. 5. Ketua mencuba menyatakan semula tanpa membaca arahan kawad dinamik
pada nota 1 di dalam modul 1 secara rawak.
Ketua
Murid
Barisan bertiga-tiga
Rajah 1
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
18
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
1.6 MENYATAKAN KEPENTINGAN DISIPLIN DIRI DALAM AKTIVITI KAWAD
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.6.1 Menyenaraikan 3 faedah berkawad. 1.6.2 Menyatakan 3 kepentingan disiplin diri dalam aktiviti kawad.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Murid beratur (rujuk Rajah 1): a. Murid beratur beramai-ramai dan membentuk barisan secara melintang. b. Murid beratur secara barisan bertiga-tiga dalam barisan melintang (mengikut
kesesuaian jumlah murid yang ada). c. Seorang murid dilantik menjadi ketua dan berada di hadapan barisan.
Prosedur Perlaksanaan
1. Ketua membaca dan menyatakan arahan kawad dinamik. 2. Murid menyatakan semula arahan kawad dinamik mengikut ketua. 3. Murid tempat pertama mengambil tempat ketua dan sebaliknya untuk menyatakan
semula arahan kawad dinamik. 4. Aktiviti di 3 diteruskan untuk murid kedua, ketiga dan hingga selesai semua murid. 5. Ketua mencuba menyatakan semula tanpa membaca arahan kawad dinamik pada
nota 1 di dalam modul 1 secara rawak.
Ketua
Murid
Barisan bertiga-tiga
Rajah 1
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
19
PROSEDUR PERLAKSANAAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
20
PROSEDUR PERLAKSANAAN SIMULASI KAWAD DINAMIK Setiap murid hendaklah diberi peluang untuk memberi arahan kepada murid lain secara bergilir - gilir. Seorang murid kehadapan dan hendaklah memberikan arahan kawad dinamik
daripada awal hingga akhir mengikut urutan berikut:
1. Cepat dan perlahan jalan
2. Berhenti semasa cepat/perlahan jalam
3. Tukar langkah semasa berjalan
4. Hormat kehadapan hormat
5. Hormat kekanan hormat
6. Hormat selaku terima sijil
Guru hendaklah memastikan setiap murid melakukan dengan betul dan tepat meliputi arahan kawad (bahasa hukuman) dan perbuatan murid-murid.
1. Persiapan diri dengan pakaian yang sesuai.
2. Murid berbaris dalam tiga barisan melintang dan seorang murid menjadi ketua
dihadapan.
3. Menyatakan arahan kawad dinamik dan melakukan kawad.
LANGKAH KERJA
1. Setiap murid hendaklah memakai seluar trek atau seluar sekolah.
2. Memakai baju T sekolah yang berkolar.
3. Memakai kasut sekolah dan bersetokin.
4. Murid hendaklah berbaris secara melintang dalam satu hingga tiga
barisan (mengikut kesuaian bilangan murid dan setiap baris
hendaklah dianggotai seramai 10 – 12 orang murid).
5. Menerangkan arahan kawad dinamik dan cara melakukan.
6. Murid melakukan arahan kawad tersebut.
7. Seorang murid memberi arahan kawad dinamik manakala murid lain
melakukan kawad dinamik.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
21
8. Meminta murid yang lain secara bergilir-gilir memberi arahan kawad
dinamik.
9. Menerangkan kesalahan yang semasa melakukan kawad dinamik.
10. Membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
22
Borang ini digunakan untuk menilai simulasi kawad dinamik secara individu.
Bil Pergerakan Kawad Bahasa Hukuman
1. Cepat jalan.
2. Hormat selaku terima sijil.
3. Perlahan jalan.
4. Hormat ke kanan hormat.
5. Berhenti.
1. Senaraikan persiapan diri sebelum melakukan aktiviti kawad statik
1.
2.
3.
2. Nyatakan bahasa hukuman dengan pergerakan kawad yang betul.
Bil Pergerakan Kawad Bahasa Hukuman
1. Cepat jalan
2. Hormat selaku terima sijil
3. Perlahan jalan
4. Hormat ke kanan hormat
5. Berhenti
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
23
Segala maklumat perkembangan ini boleh diperolehi melalui beberapa saluran. Media elektronik :
• Internet Youtube/kawad kaki badanberuniformkpm.blogspot.com
• Television Media cetak:
• Surat khabar • Majalah • Brosur • Journal • Manual yang berkaitan(Buku Panduan Pengurusan Kadet Remaja Sekolah
:Bab 6: Panduan Kawad) KANDUNGAN/FAKTA Maksud Perkataan
a. Kawad - suatu ilmu / kemahiran b. Bahasa hukuman - arahan kawad c. Statik - setempat d. Intonasi. - nada suara yang lantang , tegas dan jelas e. Skuad - barisan yang pendek f. Baris - barisan yang panjang g. Julur - menghulurkan kaki kehadapan sejauh 6 inci h. Platun - satu pasukan 36 anggota dalam tiga barisan i. Ketua platun - ketua pasukan j. Jurulatih - individu yang mendapat tauliah memberi latihan
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
24
PANDUAN KERJA
PENILAIAN Nama murid
No. kad pengenalan
Nama sekolah
Tingkatan
Tahun
No.modul/ unit
Tajuk projek
Kawad dinamik
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATANYA TIDAK
1. Mengenalpasti cara persiapan sebelum melakukan kawad
2. Mengenalpasti kekemasan pakaian 3. Mengenalpasti cara menyatakan arahan
KEPUTUSAN TRAMPIL TIDAK
TRAMPIL TARIKH Nama guru Tandatangan &
tarikh
Disahkan oleh
Tandatangan & tarikh
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
25
UNIT 2: MENUTURKAN ARAHAN KAWAD DINAMIK STANDARD PEMBELAJARAN: 1.1 Menuturkan Arahan Kawad Dinamik OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.1.1 Menuturkan semula arahan kawad statik dengan tepat. 1.1.2 Memadankan arahan kawad dengan pergerakan yang hendak dilakukan
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
26
PANDUAN KERJA BAHAN DAN PERALATAN Pakaian dan Peralatan;
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
27
PENILAIAN Nama murid
No. kad pengenalan
Nama sekolah
Tingkatan
Tahun
No.modul/ unit
Tajuk projek
Kawad Statik
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATANYA TIDAK
1. Mengenalpasti bahasa hukuman kawad static
KEPUTUSAN
TRAMPIL TIDAK TRAMPIL
TARIKH Nama guru Tandatangan &
tarikh
Disahkan oleh
Tandatangan & tarikh
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
28
UNIT 3: KAWAD DINAMIK STANDARD PEMBELAJARAN: 1.2 Melakukan pergerakan kawad dinamik OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.2.1 Melakukan kawad dinamik berdasarkan arahan yang diberi dengan betul
1.2.2 Mengesan dan membetulkan kesalahan-kesalahan dalam pergerakan
kawad.
1.2.3 Menyenaraikan faedah berkawad
1.2.4 Menyatakan kepentingan disiplin diri dalam aktiviti kawad
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
29
PENGUJIAN KAWAD DINAMIK Untuk mengetahui tahap keupayaan murid melakukan kawad dinamik
guru hendaklah membuat pengujian secara praktikal. Pengujian hendaklah meliputi
elemen memberikan arahan yang betul dan melakukan kawad dinamik dengan
tepat.
Guru meminta setiap murid melakukan ujian kawad dinamik dengan
memberikan arahan kawad dan murid tersebut melakukannya secara individu.
Pengujian dilakukan secara bergilir-gilir mengikut urutan berikut
1. Cepat jalan
2. Tukar langkah
3. Hormat ke hadapan hormat
4. Hormat ke kanan hormat
5. Hormat selaku terima sijil
6. Henti
Pengujian dilakukan berdasarkan ketepatan arahan kawad dan ketepatan pergerakkan kawad mengikut skala berikut.
Bil
Item diuji
Markah diperolehi Jumlah
1 Cepat jalan 0 1 2 3 4 5 2 Tukar langkah 0 1 2 3 4 5 3 Hormat ke hadapan hormat 0 1 2 3 4 5 4 Hormat ke kanan hormat 0 1 2 3 4 5 5 Hormat selaku terima sijil 0 1 2 3 4 5 6 Henti 0 1 2 3 4 5
Jumlah markah
Markah Penuh (30)
Keterangan cara pemarkahan 0 - murid tidak melakukan item tersebut 1 - melakukan tetapi lemah 2 - memuaskan 3 - sederhana 4 - baik 5 - cemerlang
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
30
PANDUAN KERJA BAHAN DAN PERALATAN Pakaian dan Peralatan;
Gambar individu berkawad
TUGASAN
1. Persiapan diri dengan pakaian yang sesuai
2. Murid berbaris dalam tiga barisan melintang dan seorang murid menjadi ketua
dihadapan
3. Murid diuji secara individu
LANGKAH KERJA
1. Setiap murid hendaklah memakai seluar trek atau seluar sekolah
2. Memakai baju T sekolah yang berkolar
3. Memakai kasut sekolah dan bersetokin
4. Murid hendaklah berbaris secara melintang dalam satu hingga tiga barisan
(mengikut kesuaian bilangan murid dan setiap baris hendaklah dianggotai
seramai 10 – 12 orang murid)
5. Guru merenangkan kaedah pengujian
6. Murid melakukan ujian kawad tersebut secara individu bergilir-gilir
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
31
LATIHAN 3
Setiap murid diuji mengikut format diatas
1. Murid secara bergilir-gilir dipanggil untuk diuji 2. Murid memberikan arahan kawad dinamik dan melakukan kawad dinamik tersebut 3. Guru menerangkan kelemahan kawad dinamik yang dilakukan 4. Guru membetulkan kelemahan dan kesilapan
PENILAIAN Nama murid
No. kad pengenalan
Nama sekolah
Tingkatan
Tahun
No.modul/ unit
Tajuk projek
Pengujian Kawad
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATANYA TIDAK
1. Pengujian ketepatan arahan dan perbuatan
KEPUTUSAN
TRAMPIL TIDAK TRAMPIL
TARIKH Nama guru Tandatangan &
tarikh
Disahkan oleh
Tandatangan & tarikh
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
32
KRAF PERKHEMAHAN
PENDAHULUAN
Kraf perkhemahan ialah binaan ringkas, bersaiz kecil, sederhana dan tidak
boleh dipanjat yang terdapat di tapak perkhemahan untuk menggantikan peralatan
dan perabot yang terdapat di rumah. Kraf dibina dengan menggunakan bahan –
bahan yang boleh di dapati sekitar kawasan perkhemahan. Pembinaan kraf
seharusnya tidak membebankan peserta perkhemahan. Jika bahan yang diperlukan
untuk membina kraf sukar didapati, peserta perkhemahan bolehlah membawa
sedikit bahan sebagai persediaan untuk membina gajet tersebut. Bagi keadaan yang
sukar pembinaan kraf hendaklah ditumpukan kepada kraf yang sangat penting
sahaja.
Terdapat pelbagai kraf yang boleh dibina samaada yang kecil , sederhana
dan lebih besar dan boleh dipanjat. Kraf yang kecil dan sederhana biasa dikenali
sebagai gajet dan kraf yang lebih besar dikenali sebagai pioneering.
MODUL 2
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
33
Tujuan serta faedah membina Kraf Perkhemahan
I. Kraf atau gajet sebagai alat ganti atau perabot di kawasan perkhemahan.
Fungsinya hampir sama dengan peralatan dan perabot yang terdapat di
rumah dan ini akan memberikan keselesaan kepada peserta
perkhemahan contohnya gajet dapur dibina untuk memudahkan memasak
di kawasan perkhemahan.
II. Menjamin kesihatan dan kesegaran tubuh badan peserta perkhemahan
sepanjang masa perkhemahan. Contohnya tempat membasuh serta
tempat membuang sampah yang sistematik dan makanan yang disimpan
mengikut peraturan kesihatan dan amalan kebersihan yang lain dipatuhi.
III. Membina gajet dapat memupuk perasaan bertanggungjawab,
bekerjasama, bantu – membantu, kerajinan dan sifat ‘kekitaan’ di
kalangan peserta perkhemahan di dalam kumpulan.
IV. Menjana pemikiran kreatif peserta perkhemahan sehingga peserta dapat
melahirkan idea – idea baru untuk membina gajet dengan pelbagai fungsi.
V. Peserta perkhemahan dapat menggunakan masa lapang dengan aktiviti
yang berfaedah.
VI. Kraf yang lebih besar atau Pioneering dibina sebagai satu kemudahan
tambahan yang diperlukan untuk memberi khidmat kepada orang ramai
contohnya ialah seperti membina jambatan, kerana jambatan ini bukan
untuk peserta perkhemahan sahaja tetapi juga untuk kegunaan orang lain.
VII. Pioneering meningkatkan kemahiran penggunaan peralatan serta
kemahiran ikatan dan simpulan.
Pioneering merupakan kreativiti penyelesaian masalah kepada sesuatu keadaan
yang amat memerlukan contohnya membina alat latihan aktiviti lasak dapat dibina
dengan kos yang lebih murah jika adanya kemahiran membina pioneering.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
34
OBJEKTIF MODUL Modul ini membolehkan murid:
1. Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam
sekitar.
2. Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar
kepada kehidupan manusia serta memahami rantaian hidup antara alam
sekitar dengan manusia sejagat.
3. Membina insan yang bertanggungjawab dengan memberi sumbangan ke
arah memelihara alam sekitar sebagai khazanah Tuhan kepada manusia.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
35
KANDUNGAN MODUL 2 Modul ini mengandungi 6 standard pembelajaran. 2.1 MENYENARAIKAN JENIS-JENIS KRAF KECIL 2.2 MENYATAKAN KEGUNAAN KRAF KECIL 2.3 MENYENARAIKAN JENIS-JENIS KRAF SEDERHANA 2.4 MENYENARAIKAN JENIS-JENIS KRAF BESAR 2.5 MENYATAKAN KEGUNAAN KRAF SEDERHANA DAN BESAR 2.6 MELAKUKAN AMALI MEMBUAT KRAF
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
36
PENGENALAN KEPADA PERKHEMAHAN (KRAF) JENIS-JENIS KRAF KECIL Kraf kecil atau gajet yang boleh dibuat semasa perkhemahan ialah:
1. Kraf tempat kasut 2. Kraf tempat makanan 3. Kraf tempat pinggan 4. Kraf ampaian
Contoh Kraf Tempat Makanan
MAKLUMAT RUJUKAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
37
Kraf Ampai pakaian
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
38
JENIS-JENIS KRAF SEDERHANA DAN BESAR Selain kraf yang kecil dibuat. Kraf yang bersaiz sederhana dan bersaiz besar. Antara kraf yang boleh dibuat antaranya:
1. Kraf papan kenyataan 2. Kraf meja makan 3. Kraf pintu gerbang 4. Kraf menara tinjau
Contoh Kraf meja makan
Contoh K
Mod
39
Kraf Pintu
dul Pembela
Gerbang
ajaran Ko KKurikulum && Sukan
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
40
2.1 MENYENARAIKAN JENIS-JENIS KRAF KECIL
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
2.1.1 Menyenaraikan 3 jenis kraf kecil
Persediaan
3. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
4. Guru menyediakan gambar contoh-contoh Kraf tempat kasut, Kraf tempat makanan,
Kraf tempat pinggan dan Kraf ampaian.
5. Soalan-soalan berkaitan jenis-jenis kraf kecil. ( Rujuk Lampiran Latihan 1 )
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjukkan gambar Kraf tempat kasut, Kraf tempat makanan, Kraf tempat pinggan dan Kraf ampaian.
2. Guru menerangkan jenis-jenis Kraf tempat kasut, Kraf tempat makanan, Kraf tempat pinggan dan Kraf ampaian.
3. Murid diberikan gambar-gambar kraf kecil dan diminta menamakan Kraf-kraf
tersebut. ( Rujuk Lampiran Latihan 1 )
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
41
2.2 MENYATAKAN KEGUNAAN KRAF KECIL
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
1.2.1 Menyatakan 3 kegunaan kraf kecil
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan melantik seorang ketua kumpulan.
3. Guru menyediakan gambar-gambar Kraf tempat kasut, Kraf tempat makanan, Kraf tempat pinggan dan Kraf ampaian dan penerangan kegunaan setiap Kraf tersebut.
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjuk dan menerangkan kegunaan Kraf tempat kasut, Kraf tempat makanan, Kraf tempat pinggan dan Kraf ampaian melalui gambar yang telah disediakan.
2. Murid diminta berbincang dalam kumpulan masing-masing tentang kegunaan Kraf
tempat kasut, Kraf tempat makanan, Kraf tempat pinggan dan Kraf ampaian. ( Rujuk Lampiran Latihan 2 )
3. Ketua kumpulan dikehendaki menyampaikan hasil perbincangan dalam kumpulan
masing-masing..
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
42
2.3 MENYENARAIKAN JENIS-JENIS KRAF SEDERHANA
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 2.3.1 Menyenaraikan 2 jenis kraf sederhana
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan gambar contoh-contoh beberapa jenis kraf sederhana iaitu Kraf papan kenyataan, Kraf meja makan, Kraf pintu gerbang, Kraf menara tinjau yang bersaiz sederhana.
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjuk dan menerangkan gambar - gambar beberapa jenis kraf sederhana.
2. Murid diberikan gambar-gambar beberapa jenis kraf sederhana dan diminta
menamakan Kraf-kraf tersebut. ( Rujuk Lampiran Latihan 2 )
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
43
2.4 MENYENARAIKAN JENIS-JENIS KRAF BESAR
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
2.4.1 Menyenaraikan 2 jenis kraf besar
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan gambar contoh-contoh beberapa jenis kraf sederhana iaitu Kraf papan kenyataan, Kraf meja makan, Kraf pintu gerbang, Kraf menara tinjau yang bersaiz besar.
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjuk gambar – gambar Kraf papan kenyataan, Kraf meja makan, Kraf pintu gerbang, Kraf menara tinjau yang bersaiz besar. 2. Guru menerangkan tentang jenis-jenis Kraf papan kenyataan, Kraf meja makan, Kraf pintu gerbang, Kraf menara tinjau yang bersaiz besar.
3. Murid diberikan gambar-gambar beberapa jenis Kraf besar dan diminta menamakan kraf-kraf tersebut.
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
44
2.5 MENYATAKAN KEGUNAAN KRAF SEDERHANA DAN BESAR
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
2.5.1 Menyatakan 2 kegunaan kraf sederhana dan besar
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:
a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)
b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan melantik seorang ketua
kumpulan.
3. Guru menyediakan gambar contoh-contoh beberapa jenis iaitu Kraf papan kenyataan, Kraf meja makan, Kraf pintu gerbang, Kraf menara tinjau yang bersaiz sederhana dan bersaiz besar.
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjuk dan menerangkan kegunaan Kraf papan kenyataan, Kraf
meja makan, Kraf pintu gerbang, Kraf menara tinjau yang bersaiz sederhana
dan bersaiz besar.
2. Murid diminta berbincang dalam kumpulan masing-masing tentang kegunaan
Kraf papan kenyataan, Kraf meja makan, Kraf pintu gerbang, Kraf menara
tinjau yang bersaiz sederhana dan bersaiz besar. (Rujuk Lampiran Latihan 3 ) 3. Ketua kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan dalam
kumpulan masing-masing.
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
45
2.6 MELAKUKAN AMALI MEMBUAT KRAF OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 2.6.1 Melakukan amali membuat Kraf kecil 2.6.2 Melakukan amali membuat Kraf sederhana 2.6.3 Melakukan amali membuat Kraf besar
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan gambar – gambar contoh Kraf kecil, Kraf sederhana dan Kraf besar. 3. Guru menyediakan peralatan untuk membina Kraf kecil, Kraf sederhana dan Kraf besar. ( Kayu, tali, parang ) 4. Murid ditunjukkan dengan cara membuat Kraf kecil, Kraf sederhana dan Kraf
besar mengikut kumpulan masing-masing.
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjuk dan menerangkan contoh-contoh Kraf kecil, Kraf
sederhana dan Kraf besar melalui gambar-gambar.
2. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan dan setiap kumpulan ditugaskan untuk
membuat satu jenis Kraf samada Kraf tempat kasut, Kraf tempat makanan,
Kraf tempat pinggan dan Kraf ampaian, Kraf papan kenyataan, Kraf meja
makan, Kraf pintu gerbang, Kraf menara tinjau.
3. Guru menunjukkan cara membuat Kraf kecil, Kraf sederhana dan Kraf
besar mengikut kumpulan masing-masing.
4. Murid diminta merancang dan membuat Kraf mengikut kumpulan masing-
masing bedasarkan tugasan yang telah diberikan.
5. Guru memberikan bimbingan dalam kumpulan masing-masing untuk
membina Kraf
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
46
1. Namakan Kraf-kraf Kecil Berikut :
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
47
Namakan Kraf-kraf Sederhana dan Besar berikut :
Senaraikan
Kraf tempa Kraf tempa
Kraf tempa Kraf ampai
kegunaan –
JENIS K
at kasut
at makanan
at pinggan
an
– kegunaan
KRAF
Mod
48
n Kraf kecil b
dul Pembela
berikut :
ajaran Ko K
KEGUNA
Kurikulum &
AAN
& Sukan
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
49
Senaraikan kegunaan – kegunaan Kraf sederhana dan Kraf besar berikut :
JENIS KRAF KEGUNAAN
Kraf papan kenyataan
Kraf meja makan
Kraf pintu gerbang
Kraf menara tinjau
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
50
TALI TEMALI
PENDAHULUAN
Tali temali adalah berkaitan ikatan dan simpulan yang sangat berguna dalam
kegiatan luar bilik darjah. Tali juga ialah serat halus yang dipintal panjang-panjang
atau serat halus yang dianyam panjang-panjang atau serat yang dipintal di bahagian
dalam dan dianyam di bahagian luar. Digunakan untuk tujuan tertentu.
Tali digunakan untuk membuat ikatan dan simpulan asas untuk tujuan
menyambung tali, memendekkan tali, mengikat dan menyambung kayu, mematikan
tali dan juga mengemas tali. Tali juga digunakan untuk tujuan aktiviti rekreasi dan
kerja menyelamat. Tali dibuat daripada serat asli seperti sabut, kapas, sisal, pokok
manila dan juga tali dibuat daripada serat tiruan seperti nilon, plastik, fibre sintetik
dan sebagainya.
MODUL 3
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
51
OBJEKTIF UMUM MODUL 3 Modul ini membolehkan murid:
1. Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental. 2. Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikannya secara
bijaksana.
3. Membina dan mengembangkan kemahiran untuk memperoleh pengetahuan dalam kehipuan seharian.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
52
KANDUNGAN MODUL 3 Modul ini mengandungi 4 standard pembelajaran. 3.1 MENYATAKAN JENIS-JENIS IKATAN 3.2 LATIHAN AMALI IKATAN 3.3 MELABEL JENIS-JENIS IKATAN 3.4 MENERANGKAN KEGUNAAN IKATAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
53
Simpulan dan ikatan asas i. Ikatan balak
ii. Ikatan Simpul belit
iii. Ikatan silang gunting
iv. Ikatan serong
v. Ikatan seraya
1. Simpul belit (Round Hitch)
Kegunaan :
i. Mengikat tali pada tiang
ii. Mengikat tali khemah pada pasaknya
MAKLUMAT RUJUKAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
54
2. Ikatan Balak (Timber /Killick Hitch)
Kegunaan :
i. Mengikat tali pada kayu atau batang yang besar supaya tidak licin
3. Ikatan Seraya (Square Lashing)
Kegunaan :
i. Membuat jambatan,menara dsbnya.
Tatacara
i. Mulakan dengan ikatan manuk/balak mula
ii. Bentuk ikatan seraya
iii. Lilitkan ketat-ketat (locking)
iv. Matikan dengan ikatan manuk/balak akhir
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
55
4. Ikatan Serong (Diagonal Lashing)
Kegunaan :
i. Membuat jambatan,menara dan sebagainya
Tatacara
i. Mulakan dengan simpulan pengikat balak/ikatan manuk pada tempat
kayu bersilang
ii. Bentuk ikatan serong
iii. Lilitkan ketak-ketat (locking)
iv. Matikan dengan ikatan manuk/ balak
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
56
5. Ikatan Silang Gunting(Sheer Lashing)
Kegunaan
i. Membuat jambatan,menara,dan gajet
ii. Menyambung kayu
Tatacara
i. Mulakan dengan ikatan manuk pada sebarang kayu
ii. Belitkan pada kedua-dua batang kayu supaya lebih ketat seperti rajah
di bawah.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
57
3.1 MENYATAKAN JENIS-JENIS IKATAN A. IKATAN BALAK B. IKATAN SIMPUL BELIT C. IKATAN SILANG GUNTING D. IKATAN SERONG E. IKATAN SERAYA
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
3.1.1 Menyatakan jenis-jenis ikatan iaitu ikatan Balak, ikatan Simpul Belit, ikatan Silang Gunting, ikatan Serong, dan ikatan Seraya
Persediaan
3. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: c. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) d. Seluar trek atau seluar sekolah.
4. Guru menyediakan gambarajah yang menunjukkan jenis-jenis ikatan iaitu
ikatan Balak, ikatan Simpul Belit, ikatan Silang Gunting, ikatan Serong dan ikatan Seraya.
5. Guru menyediakan contoh-contoh sebenar jenis-jenis ikatan iaitu ikatan Balak, ikatan Simpul Belit, ikatan Silang Gunting, ikatan Serong dan ikatan Seraya.
6. Soalan berkaitan nama jenis-jenis ikatan. ( Rujuk Lampiran Latihan 1 )
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjukkan gambarajah dan menerangkan jenis-jenis ikatan iaitu ikatan Balak, ikatan Simpul Belit, ikatan Silang Gunting, ikatan Serong dan ikatan Seraya.
2. Guru menunjukkan contoh–contoh sebenar jenis-jenis ikatan iaitu ikatan Balak, ikatan Simpul Belit, ikatan Silang Gunting, ikatan Serong dan ikatan Seraya.
3. Murid dikehendaki menjawab soalan yang diberikan berkaitan nama jenis-jenis ikatan ( Rujuk Lampiran Latihan 1 )
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
58
3.2 LATIHAN AMALI IKATAN
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 3.2.1 Membuat 3 ikatan dengan betul
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:
a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan bahan-bahan seperti tali temali dan batang kayu. 3. Soalan-soalan latihan secara lisan. ( Rujuk Lampiran Latihan 2 )
Prosedur Perlaksanaan
1. Setiap murid diberikan seutas tali dan satu batang kayu. 2. Guru menunjukkan cara-cara membuat jenis-jenis ikatan iaitu ikatan Balak, ikatan Simpul Belit, ikatan Silang Gunting, ikatan Serong dan ikatan Seraya secara ansur maju. 3. Murid membuat jenis-jenis ikatan iaitu ikatan Balak, ikatan Simpul Belit, ikatan Silang Gunting, ikatan Serong dan ikatan Seraya secara ansur maju bersama-sama dengan guru. 4. Murid dikehendaki membuat jenis-jenis ikatan iaitu ikatan Balak, ikatan Simpul Belit, ikatan Silang Gunting, ikatan Serong, dan ikatan Seraya berdasarkan soalan lisan yang diberikan guru. ( Rujuk Lampiran Latihan 2 )
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
59
3.3 MELABELKAN JENIS-JENIS IKATAN
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 3.3.1 Melabelkan jenis-jenis ikatan
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan model-model jenis-jenis ikatan iaitu ikatan Balak, ikatan Simpul Belit, ikatan Silang Gunting, ikatan Serong dan ikatan Seraya.
3. Guru menyediakan Kad Manila yang telah dipotong bersaiz sesuai untuk menulis label jenis-jenis ikatan.
4. Soalan – soalan berkaitan label jenis-jenis ikatan. ( Rujuk Lampiran Latihan 3 )
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjukkan model-model jenis-jenis ikatan iaitu ikatan Balak, ikatan Simpul Belit, ikatan Silang Gunting, ikatan Serong dan ikatan Seraya. 2. Guru memberikan 5 kertas manila yang bersaiz sesuai kepada setiap murid. 3. Murid dikehendaki menulis jenis ikatan dan nama murid pada setiap kad manila yang diberikan. 4. Murid dikehendaki meletakkan label yang telah mereka tulis kepada model-model yang telah disediakan. 5. Murid menjawab soalan-soalan berkaiatan label jenis-jenis ikatan yang diberikan ( Rujuk lampiran Latihan 3 )
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
60
3.4 MENERANGKAN KEGUNAAN IKATAN
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
3.4.1 Menerangkan 2 kegunaan ikatan.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan model-model atau gambarajah jenis-jenis ikatan iaitu ikatan Balak, ikatan Simpul Belit, ikatan Silang Gunting, ikatan Serong dan ikatan Seraya.
3. Murid berada dalam kumpulan kecil.
4. Soalan – soalan berkaitan kegunaan ikatan. ( Rujuk Lampiran Latihan 4 )
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjukkan model-model atau jenis-jenis ikatan iaitu ikatan Balak, ikatan Simpul Belit, ikatan Silang Gunting, ikatan Serong dan ikatan Seraya. 2. Guru menerangkan kegunaan ikatan Balak, ikatan Simpul Belit, ikatan Silang Gunting, ikatan Serong dan ikatan Seraya 3. Murid dikehendaki berbincang tentang kegunaan ikatan mengikut kumpulan masing-masing berdasarkan solan yang diberikan. . ( Rujuk Lampiran Latihan 4 ) 4. Wakil kumpulan menyampaikan hasil perbincangan dalam kumpulan
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
61
Namakan jenis-jenis ikatan berikut :
RAJAH JENIS IKATAN
Buat 2 daripada ikatan-ikatan berikut :
1. ikatan Balak 2. ikatan Simpul Belit 3. ikatan Silang Gunting 4. ikatan Serong 5. ikatan Seraya.
Tunjukkan dengan garisan bagi jenis-jenis ikatan berikut :
RAJAH JENIS IKATAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
62
Bincangkan dalam kumpulan anda kegunaan ikatan 2 daripada jenis-jenis ikatan berikut :
1. ikatan Balak 2. ikatan Simpul Belit 3. ikatan Silang Gunting 4. ikatan Serong 5. ikatan Seraya.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
63
BANTU MULA
PENDAHULUAN
Modul ini memberi pendedahan kepada murid dengan pengetahuan dan
kemahiran mengenai rawatan bantu mula untuk penggunaan dalam kehidupan
seharian. Murid perlu mematuhi dan mengikuti aturan urutan rawatan,
keselamatan diri serta kebersihan diri semasa melakukan aktiviti rawatan. Semua
pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap positif yang diperolehi murid melalui
modul ini adalah bertujuan untuk menyediakan mereka menjadi modal insan yang
berkebolehan dan berupaya memberikan rawatan bantu mula kepada diri sendiri,
keluarga dan komuniti.
Bantu mula adalah memberikan bantuan awal kepada mangsa yang
mendapat kemalangan atau sakit yang tiba-tiba sementara mendapat rawatan
dari pihak perubatan
MODUL 4
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
64
OBJEKTIF UMUM MODUL 4 Modul ini membolehkan murid :
1. Mengenal pasti jenis-jenis kecederaan dan kemalangan.
2. Mengenal pasti bahan dan peralatan yang diperlukan untuk rawatan bantu
mula di dalam peti pertolongan cemas.
3. Memilih dan menggunakanbahan dan peralatan untuk rawatan bantu mula
dengan teknik yang betul.
4. Memberi rawatan bantu mula mengikut prosedur yang betul.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
65
KANDUNGAN MODUL4 Modul ini mengandungi 9 standard pembelajaran. 4.1 MENYATAKAN DEFINISI PATAH 4.2 MENYATAKAN TANDA-TANDA PATAH 4.3 MENYATAKAN JENIS-JENIS PATAH 4.4 MELABELKAN JENIS-JENIS PATAH 4.5 KAEDAH RAWATAN PATAH 4.6 GIGITAN DAN SENGATAN 4.7 KAEDAH RAWATAN GIGITAN DAN SENGATAN 4.8 KECEDERAAN TERBAKAR 4.9 KERACUNAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
66
PRINSIP BANTU MULA Bantu mula merupakan satu proses rawatan awal yang perlu diberikan kepada mangsa kecederaan dan kemalangansementara mendapat bantuan perubatan. Bantuan awal agar mangsa tidak mengalami komplikasi atau jangkitan kuman yang serius jika dibiarkan.
Perkara asas untuk memberikan bantuan awal ialah ilmu pengetahuan
,kemahiran dan sebuah peti pertolongan cemas.
Peti Pertolongan Cemas
MAKLUMAT RUJUKAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
67
Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan
serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut
diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap
ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya
perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas.
Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah,kilang,hotel dan kawasan
rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan
awam seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya.
Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:
1. Dresing steril - beberapa saiz.
2. Plaster - beberapa saiz.
3. Bendej tiga segi ( kain anduh )
4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung )
5. Larutan Flavin ( Iodin)
6. Larutan atau krim antiseptik
7. Gunting kecil.
Pertolongan Cemas ( PC ) ialah bantuan atau rawatan pertama yang
diberikan kepada mangsa kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang
oleh penyakit dengan tiba-tiba.Pemberi dan penerima PC haruslah ingat bahawa PC
lebih merupakan rawatan sementara sahaja sebelum rawatan sewajarnya daripada
doktor atau ahli perubatan diperolehi.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
68
Antara tujuan bantuan awal ialah :
1. Menyelamatkan nyawa sebelum rawatan perubatan tiba.
2. Mencegah mangsa daripada menjadi semakin teruk.
3. Membantu mangsa supaya pulih, jika boleh.
4. Memastikan tiada lagi bahaya atau bahaya selanjutnya kepada mangsa
dan orang lain.
KECEDERAAN TERBAKAR
Terbakar boleh disebabkan oleh api, cecair panas, wap, bahan-bahan kimia
dan sumber-sumber panas yang lain.
i. Pengelasan terbakar
Terbakar boleh dikelaskan mengikut kedalaman kerosakan kepada tisu
iaitu:
Darjah pertama
Melibatkan hanya lapisan permukaan kulit. Kulit Nampak kemerahan,
dan rasa sakit yang amat sangat.
Darjah kedua
Lapisan kulit yang pertama dan kedua telah terbakar. Kulit berwarna
kemerahan gelap dan terdapat lepuhan (blister). Mangsa berasa amat
sakit.
Darjah ketiga
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit terbakar hitam dan putih kering.
Pesakit rasa sakit atau mungkin tidak terasa sakit langsung jika saraf
rosak.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
69
Rawatan
i. Jika mangsa kebakaranmengalami kecederaan yang teruk pada
anggota badannya, baringkan mangsa tersebut dengan
mempastikan bahagian anggota yang terbakar itu tidak kena pada
tempat ia berbaring.
ii. Elakan ia daripada memberi makan dan minum jika mangsa
tersebut mengalami kecederaan parah.
iii. Jika mangsa mengalami kecederaan ringan, bahagian yang
terbakar itu hendaklah disejukkan di bawah aliran air selama 15
hingga 20 minit.
iv. Pakaian yang terlalu ketat hendaklah ditanggalkan pada bahagian
kecederaan tersebut termasuklah segala barang perhiasan yang
dipakai.
v. Hantar segera mangsa tersebut ke hospital untuk rawatan lanjut.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
70
KERACUNAN
Definisi Racun adalah bahan yang sangat merbahaya yang disalahgunakan.
Jika seseorang itu terminum atau termakan benda-benda yang beracun, ia
mungkin boleh menyebabkan maut. Racun memasuki tubuh melalui
suntikan, mulut dan melalui pernafasan.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
71
Kaedah rawatan i. Berikan pesakit minum air dengan banyak dan sebaiknya
berilah ia minum air susu, air barli atau telur mentah yang
dibancuh dengan air.
ii. Jika boleh, minta pesakit lakukan sesuatu supaya muntah.
iii Jika terdapat tanda-tanda pernafasannya berhenti, berilah
rawatan pernafasan.
iv Hantar pesakit ke hospital dengan segera untuk rawatan
sepenuhnya.
GIGITAN DAN SENGATAN SERANGGA
i. Gigitan ular
Kecederaan yang diakibatkan oleh patukan ular yang berbisa boleh
menyebabkan maut. Tanda-tanda seseorang yang dipatuk ular:
Bengkak, kesan lebam dan berdarah pada bahagian yang
dipatuk
Terdapat kesan gigitan pada bahagian yang terlibat
Badan rasa kesejukan dan menggigil
Adakalanya mangsa pengsan
Kaedah Rawatan
a. Balut atau ikat dengan seberapa segera anggota yang dipatuk
ular itu. Ikatan janganlah terlalu kuat. [Catatan: Bisa ular tidak
dapat meresap dengan banyak kebahagan anggota yang lain
jika bahagian tersebut diikat dengan sempurna]
b. Jika pernafasan lemah cuba berikan bantuan pernafasan
dengan seberapa segera.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
72
c. Jangan cuba basuh bahagian yang terkena patukan ular. Ini
adalah untuk memudahkan doctor mengesan jenis ular yang
terbabit.
d. Segera bawa mangsa ke hospital untuk mendapat rawatan
lanjut. Jika ular yang mematuk dapat dipukul, bawanya
bersama-sama mangsa.
Peringatan: a. Jangan sekali-kali cuba memotong atau menghiris bahagian
yang dipatuk ular.
b. Jangan sekali-kali cuba menghisap bisa daripada anggota
badan yang terlibat, lebih-lebih lagi jika gigi atau mulut anda
yang memberi pertolongan luka atau berdarah.
ii. Sengatan tebuan, kala, lipan dan lebah
Sengatan binatang seperti tebuan, lebah, kala dan lipan akan
menyebabkan rasa sakit dan perit diikuti dengan bengkak dan rasa
pedih. Bagi mangsa yang alah pada bisa sengatan, ia akan cepat
merebak dan keadaan mangsa akan menjadi bertambah serius atau
mengalami renjatan anaphylactic.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
73
Kaedah Rawatan
a. Bagi gigitan di kulit, buang semua sengat kalau masih terlekat
pada kulit dengan menggunakan penyepit. Tuam kulit tersebut
dengan tekanan yang sejuk untuk mengurangkan bengkak
b. Bagi gigitan dalam mulut, berikan mangsa seketul air batu
untuk dihisap dan hantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
74
4.1 MENYATAKAN DEFINISI PATAH
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
4.1.1 Menyatakan definisi patah
Persediaan
7. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: c. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) d. Seluar trek atau seluar sekolah.
8. Guru menyediakan gambarajah yang menunjukkan maklumat tentang patah. 9. Soalan berkaitan dengan definisi patah ( Rujuk Lampiran Latihan 1 )
Prosedur Perlaksanaan
4. Guru menunjukkan gambarajah dan menerangkan definisi patah.
5. Guru menunjukkan contoh–contoh patah.
6. Murid dikehendaki menjawab soalan yang diberikan berkaitan patah ( Rujuk
Lampiran Latihan 1 )
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
75
4.2 MENYATAKAN TANDA-TANDA PATAH
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
4.2.1 Menyatakan 2 tanda patah.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan gambarajah yang menunjukkan maklumat tentang tanda patah.
3. Soalan berkaitan dengan tanda patah ( Rujuk Lampiran Latihan 2 )
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjukkan gambarajah dan menerangkan tanda-tanda patah.
2. Guru menunjukkan contoh tanda-tanda patah.
3. Murid dikehendaki menjawab soalan yang diberikan berkaitan tanda-tanda patah ( Rujuk Lampiran Latihan 2 )
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
76
4.3 MENYATAKAN JENIS-JENIS PATAH
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 4.3.1 Menyatakan 2 jenis patah.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan gambarajah yang menunjukkan maklumat tentang jenis-jenis patah.
3. Soalan berkaitan dengan jenis-jenis patah ( Rujuk Lampiran Latihan 3 )
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjukkan gambarajah dan menerangkan jenis-jenis patah.
2. Guru menunjukkan contoh jenis-jenis patah.
3. Murid dikehendaki menjawab soalan yang diberikan berkaitan jenis-jenis patah. ( Rujuk Lampiran Latihan 3 )
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
77
4.4 MELABELKAN JENIS-JENIS PATAH
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
4.4.1 Melabelkan jenis-jenis patah.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan gambarajah atau model jenis-jenis patah. 3. Guru menyediakan Kad Manila yang telah dipotong bersaiz sesuai untuk menulis label jenis-jenis patah.
4. Soalan – soalan berkaitan label jenis-jenis patah.. ( Rujuk Lampiran Latihan 4 )
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjukkan gambarajah atau model jenis-jenis patah. 2. Guru memberikan 5 kertas manila yang bersaiz sesuai kepada setiap murid. 3. Murid dikehendaki menulis jenis-jenis patah dan nama murid pada setiap kad manila yang diberikan. 4. Murid dikehendaki meletakkan label yang telah mereka tulis kepada gambarajah atau model-model yang telah disediakan. 5. Murid menjawab soalan-soalan berkaiatan label jenis-jenis patah yang diberikan ( Rujuk lampiran Latihan 4 )
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
78
4.5 KAEDAH RAWATAN PATAH
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
4.5.1 Menyusun prosedur kaedah rawatan awal yang betul.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan rajah tentang prosedur kaedah rawatan awal yang betul bagi patah. 3. Guru menyediakan Kad Manila yang telah dipotong bersaiz sesuai untuk menulis prosedur kaedah rawatan awal yang betul bagi patah. 4. Murid dibahagikan mengikut kumpulan yang kecil (dicadangkan 5 orang murid satu kumpulan )
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjuk dan menerangkan rajah tentang prosedur kaedah rawatan awal yang betul bagi patah. 2. Guru memberikan beberapa kertas manila yang bersaiz sesuai kepada setiap murid. 3. Murid dikehendaki menulis tentang prosedur kaedah rawatan awal dan nama murid pada setiap kad manila yang diberikan. 4. Murid dikehendaki menyusun prosedur kaedah rawatan awal yang betul bagi patah pada kad manila yang telah mereka tulis.
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
79
4.6 GIGITAN DAN SENGATAN
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
4.6.1 Menyenaraikan 2 jenis serangga berbisa. 4.6.2 Menyenaraikan 2 binatang yang berbisa. 4.6.3 Menyenaraikan tanda-tanda akibat gigitan dan sengatan.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan gambarajah atau model jenis-jenis serangga dan binatang yang berbisa. 3. Soalan – soalan berkaitan jenis-jenis serangga dan binatang yang berbisa. ( Rujuk Lampiran Latihan 5 )
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjukkan gambarajah atau model jenis-jenis serangga dan binatang yang berbisa. 2. Guru menerangkan jenis-jenis serangga dan binatang yang berbisa. 3. Murid menjawab soalan-soalan berkaitan tentang jenis-jenis serangga dan binatang yang berbisa. ( Rujuk lampiran Latihan 5 )
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
80
4.7 KAEDAH RAWATAN GIGITAN DAN SENGATAN
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
4.7.1 Mengenalpasti kaedah rawatan awal akibat jenis gigitan. 4.7.2 Mengenalpasti kaedah rawatan awal akibat jenis sengatan. 4.7.3 Menyenaraikan prosedur rawatan awal.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan rajah kaedah rawatan awal akibat jenis gigitan. 3. Guru menyediakan rajah kaedah rawatan awal akibat jenis sengatan. 4. Guru menyediakan rajah senarai prosedur rawatan awal. 5. Soalan – soalan berkaitan kaedah rawatan awal akibat jenis gigitan, kaedah rawatan awal akibat jenis sengatan dan prosedur rawatan awal. ( Rujuk Lampiran Latihan 6 )
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjukkan rajah dan menerangkan kaedah rawatan awal akibat jenis gigitan. 2. Guru menunjukkan rajah dan menerangkan rawatan awal akibat jenis sengatan. 3. Guru menunjukkan rajah dan menerangkan prosedur rawatan awal. 4. Murid menjawab soalan-soalan berkaitan kaedah rawatan awal akibat jenis gigitan, kaedah rawatan awal akibat jenis sengatan dan prosedur rawatan awal. ( Rujuk Lampiran Latihan 6 )
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
81
4.8 KECEDERAAN TERBAKAR
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 4.8.1 Mengenalpasti kecederaan terbakar. 4.8.2 Membuat pengelasan kecederaan terbakar. 4.8.3 Menyenaraikan kaedah rawatan awal.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan gambarajah kecederaan terbakar. 3. Guru menyediakan rajah pengelasan kecederaan terbakar. 4. Guru menyediakan rajah senarai kaedah rawatan awal. 5. Soalan – soalan berkaitan kecederaan terbakar, pengelasan kecederaan terbakar dan kaedah rawatan awal. ( Rujuk Lampiran Latihan 7 )
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjukkan rajah dan menerangkan kaedah rawatan awal akibat jenis gigitan. 2. Guru menunjukkan rajah dan menerangkan rawatan awal akibat jenis sengatan. 3. Guru menunjukkan rajah dan menerangkan prosedur rawatan awal. 4. Murid menjawab soalan-soalan berkaitan kaedah rawatan awal akibat jenis gigitan, kaedah rawatan awal akibat jenis sengatan dan prosedur rawatan awal. ( Rujuk Lampiran Latihan 7 )
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
82
4.9 KERACUNAN
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
4.9.1 Mengenalpasti tanda-tanda keracunan. 4.9.2 Menyenaraikan kaedah rawatan awal.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru menyediakan rajah tanda-tanda keracunan 3. Guru menyediakan rajah senarai kaedah rawatan awal. 5. Soalan – soalan berkaitan tanda-tanda keracunan dan kaedah rawatan awal. ( Rujuk Lampiran Latihan 8 )
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru menunjukkan rajah dan menerangkan tentang tanda-tanda keracunan. 2. Guru menunjukkan rajah dan menerangkan kaedah rawatan awal. 3. Murid menjawab soalan-soalan berkaitan tanda-tanda keracunan dan kaedah rawatan awal. ( Rujuk Lampiran Latihan 8 )
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
83
Mengikut Kumpulan anda bincangkan : a. Apakah yang anda faham tentang patah.
b. Nyatakan definisi patah.
Mengikut Kumpulan anda bincangkan :
a. Nyatakan tanda-tanda patah.
Mengikut Kumpulan anda bincangkan :
a. Nyatakan jenis-jenis patah. b. Padankan jenis-jenis patah dalam rajah berikut:
Rajah Jenis patah
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
84
Labelkan Jenis-jenis patah berikut :
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
85
KHIDMAT MASYARAKAT
PENDAHULUAN
Modul ini dapat melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti, tolong-
menolong dan berlumba-lumba membuat / melakukan amal kebajikan dalam
kehidupan seharian tanpa mengira agama, kaum dan etnik.
MODUL 5
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
86
OBJEKTIF UMUM MODUL 5 Modul ini membolehkan murid:
1. Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
2. Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan antara lapisan masyarakat.
3. Melahirkan insan yang perihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan seharian.
KANDUNGAN MODUL5 Modul ini mengandungi 1 standard pembelajaran.
5.1 MELAKUKAN GOTONG-ROYONG DAN MEMPERBAIKI PELBAGAI PERALATAN SEKOLAH
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
87
KHIDMAT MASYARAKAT Aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan hubungan rapat dengan masyarakat, mengukuhkan ikatan persaudaraan dan melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama, kaum dan etnik. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti membersihkan kawasaan, tanah perkuburan, mengecat, membersih longkang, membantu menjayakan majlis perkahwinan dan sebagainya.
MAKLUMAT RUJUKAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
88
5.1 MELAKUKAN GOTONG-ROYONG DAN MEMPERBAIKI PELBAGAI
PERALATAN SEKOLAH
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
5.1.1 Memperbaiki kerusi dan meja sekolah 5.1.2 Melakukan kerja pembersihan satu kawasan persekitaran di
sekolah.
Persediaan
1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu: a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah) b. Seluar trek atau seluar sekolah.
2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan ( cadangan satu kumpulan 5 orang murid )
3. Guru menyediakan Jadual Tugas mengikut kumpulan ( Rujuk Lampiran Jadual Tugas ).
4. Guru menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan seperti penukul, paku, cangkul, penyapu, penyapu longkang dan cat.
Prosedur Perlaksanaan
1. Guru memberikan penerangan tentang tujuan gotong royong. 2. Murid diminta menyatakan nilai-nilai murni dari program gotong royong. 3. Guru memberikan lokasi tempat bertugas pada setiap kumpulan mengikut Jadual Tugas yang telah ditetapkan. ( Rujuk Lampiran Jadual Tugas ). 4. Guru mengingatkan ketua kumpulan mestilah mengagihkan tugas dan memastikan semua anggotanya menjalankan tugas masing-masing. 5. Murid dikehendaki berkumpul semula mengikut kumpulan setelah selesai menjalankan gotong royong.
AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
89
JADUAL TUGASAN PROGRAM GOTONG ROYONG
BIL KUMPULAN TUGASAN
1 KUMPULAN 1 • Mengumpulkan semua kerusi meja yang hendak dibaiki dari setiap kelas, makmal dan kantin.
2 KUMPULAN 2 • Membaiki kerusi meja yang rosak
3 KUMPULAN 3 • Membersikan sekitar Blok A sekolah • Mengutip sampah, cuci, longkang dan
potong rumput.
4 KUMPULAN 4 • Membersikan sekitar Blok B sekolah Mengutip sampah, cuci, longkang dan potong rumput.
5 KUMPULAN 5 • Membersikan sekitar Blok C sekolah Mengutip sampah, cuci, longkang dan potong rumput.
6 KUMPULAN 6 • Membersikan sekitar Blok makmal sekolah.
• Mengutip sampah, cuci, longkang dan potong rumput.
7 KUMPULAN 7 • Membersikan sekitar Blok Kantin sekolah.
• Mengutip sampah, cuci, longkang dan potong rumput.
8 KUMPULAN 8 • Membersikan sekitar Tandas sekolah. • Mengecat tandas sekolah.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
90
SUKAN (Olahraga / Ping Pong)
PENDAHULUAN
Modul ini memberi pendedahan kepada murid dengan pengetahuan dan
kemahiran asas sukan olahraga (lompat tinggi dan lompat jauh) dan ping pong.
Murid juga perlu mengetahui dan mengamalkan peraturan sukan olahraga (lompat
tinggi dan lompat jauh) dan ping pong semasa menjalankan aktiviti. Semua
pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap positif yang diperolehi murid melalui
modul ini adalah bertujuan untuk menyediakan mereka menjadi modal insan yang
berketerampilan dan berupaya meningkatkan kualiti hidup diri, sosial dan
komuniti.
OBJEKTIF MODUL
Modul ini membolehkan murid:
1. Memahami tentang sukan olahraga (lompat tinggi dan lompat jauh) dan ping
pong.
2. Menguasai kemahiran asas dalam sukan olahraga (lompat tinggi dan lompat
jauh) dan ping pong.
3. Mengamalkan langkah keselamatan semasa aktiviti.
4. Memupuk semangat estetika dalam diri murid.
5. Melahirkan masyarakat yang cergas.
MODUL 6
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
91
KANDUNGAN MODUL
Modul ini mengandungi 4 unit pembelajaran:
UNIT 1 : PENGENALAN AKTIVITI FIZIKAL Dalam Unit 1, murid diajar bagaimana melakukan aktiviti kecergasan berasaskan
komponen daya tahan kardiovaskular dengan teknik yang betul bagi meningkatkan
daya tahan kardiovaskular murid.
UNIT 2 : SUKAN OLAHRAGA Dalam Unit 2, murid mempelajari pelbagai aspek yang berkaitan dengan olahraga
(lompat tinggi dan lompat jauh) seperti sejarah, undang-undang dan peraturan
pertandingan. Murid akan mempelajari tentang kemahiran asas yang perlu ada bagi
seorang atlet.
UNIT 3 : SUKAN PING PONG Dalam Unit 3, murid mempelajari sejarah dan perkembangan dalam sukan ping
pong. Murid perlu mengetahui undang–undang bagi menjadikan sukan ping pong
dapat membina insan yang murni. Murid juga akan mempelajari tentang kemahiran
asas yang perlu ada bagi seorang pemain ping pong.
UNIT 4 : PENGELOLAAN KEJOHANAN Dalam Unit 4, murid berpeluang untuk mengelolakan satu kejohanan dalam sukan
ping pong.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
92
UNIT 1: PENGENALAN AKTIVITI FIZIKAL STANDARD PEMBELAJARAN:
1.1 Mengetahui aktiviti kecergasan berasaskan daya tahan kardiovaskular bagi
meningkatkan keupayaan daya tahan kardiovaskular pelajar.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:
1.1 Menyatakan tujuan kecergasan daya tahan kardiovaskular.
1.2 Menyatakan aktiviti-aktiviti daya tahan kardiovaskular.
1.3 Menyatakan kepentingan daya tahan kardiovaskular.
1.4 Menamakan otot-otot yang terlibat di dalam aktiviti daya tahan kardiovaskular.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
93
MAKLUMAT RUJUKAN
UNIT 1: PENGENALAN AKTIVITI FIZIKAL 1.1 Latihan Fartlek
Latihan fartlek barmaksud ‘speed play’ adalah sejenis latihan daya tahan
yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun ianya mirip
kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada
pembinaan kepantasan atlit. Dalam aktiviti latihan ini terdapat yang berkaitan
dengan pecutan, di mana atlit dikehendaki melakukan larian pecut bertempo
atau kadar tertentu di mana biasanya ditentukan berdasarkan peratusan
daripada keupayaan maksima.
Objektif latihan
i. meningkatkan daya tahan kardiovaskular.
ii. membina dan meningkatkan kepantasan.
Rasional
Latihan ini sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi keupayaan aerobik
para atlit di samping membina kadar kederasan yang diperlukan sebagai
salah satu ‘pre-requisite’ dalam pembinaan kuasa ekplosif.
Prinsip latihan
Latihan fartlek merupakan satu corak latihan bebas di mana jarak dan masa
tidak dipentingkan. Atlit adalah bebas untuk menentukan jarak dan kadar
kederasan sendiri. Bagaimanapun kadar intensiti latihan mestilah ditingkatkan
secara progresif dari satu masa ke semasa. Masa rehat untuk aktiviti larian
kepantasan dipenuhi oleh rehat aktif seperti berjalan, jogging dan berlari
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
94
langkah panjang (striding). Aktiviti-aktiviti rehat aktif ini akan bermula kembali
dengan memulakan larian kepantasan.
1.2 Contoh latihan fartlek
a. Berjalan pantas selama lima minit.
b. Berlari anak selama 10 minit.
c. Pecut dengan 70% kelajuan maksima selama 30 saat.
d. Berjalan perlahan selama 3 minit.
e. Berlari dengan langkah panjang (striding) selama 2 minit.
f. Berlari anak selama 8 minit.
g. Pecutan dengan 80% kelajuan maksima selama 20 saat.
h. Berlari dengan 60% kelajuan maksima selama 2 minit.
Media elektronik :
• Internet
http://pkq.upsi.edu.my
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
95
http://www.nsc.gov.my
Media cetak:
• Surat khabar
• Majalah
• Brosur
• Journal
• Manual yang berkaitan
- Contoh : Modul Latihan Satu Murid Satu Sukan
Modul latihan SPTS
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
96
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
1. Gambar aktiviti latihan fartlek.
2. Gambar otot-otot besar.
3. Kertas A4 (putih dan bewarna), pensil warna, alat menulis, marker, gunting, gam,
kertas keras.
TUGASAN 1. Menyusun latihan fartlek mengikut keutamaan.
2. Membina borang pemantauan aktiviti.
3. Menamakan 10 otot besar yang terlibat semasa aktiviti fartlek.
LANGKAH KERJA 1. Murid mencari gambar aktiviti fartlek di internet atau manual yang diberi. 2. Murid mencari gambar otot-otot besar yang terlibat semasa aktiviti fartlek di
internet atau manual yang diberi. 3. Murid membuat buku skrap.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
97
UNIT 1 : PENGENALAN AKTIVITI FIZIKAL
PENILAIAN
Nama Murid
No. Kad Pengenalan
Nama Sekolah
Tingkatan Tahun
No. Modul / Unit
Tajuk Projek Kecergasan Fizikal
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL
CATATANYA TIDAK
1. Menyatakan definisi aktiviti fartlek
2. Menyenaraikan aktiviti fartlek
3. Menamakan otot-otot besar yang
terlibat.
KEPUTUSAN
TRAMPIL
TIDAK
TRAMPIL
TARIKH
Nama Guru Tandatangan & tarikh
Disahkan oleh Tandatangan & tarikh
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
98
LATIHAN
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan
Quadrisep Bisep Petrolis major Trapezius
Trisep Hamstring Gluteus maximus Gastrocnemius
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
99
2. Isikan jadual fartlek di bawah dengan aktiviti yang sesuai
MULA
1 2
3
4
5 6
7
8
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
100
LATIHAN
AKTIVITI
MASA
1
Berjalan 2 minit
2
3
4
5
6
7
8
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
101
UNIT 2 : SUKAN OLAHRAGA ( LOMPAT TINGGI DAN LOMPAT JAUH).
STANDARD PEMBELAJARAN:
2.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan sukan olahraga (lompat tinggi dan
lompat jauh) di Malaysia.
2.2 Mengetahui kemahiran asas tentang sukan olahraga (lompat tinggi dan
lompat jauh).
.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :
2.1 Menyatakan undang-undang dalam sukan olahraga (lompat tinggi dan lompat
jauh).
2.2 Menyatakan gaya lompatan dalam olahraga (lompat tinggi dan lompat jauh).
2.3 Menjelaskan peralatan-peralatan dalam sukan olahraga (lompat tinggi dan
lompat jauh) .
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
102
MAKLUMAT RUJUKAN
UNIT 2 : SUKAN OLAHRAGA (LOMPATAN TINGGI DAN LOMPAT JAUH)
2.1 Sejarah dan perkembangan.
2.1.1 Lompat tinggi
2.1.1.1 Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece.
2.1.1.2 Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya gunting.
2.1.1.3 Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang.
Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang
dalam lakuan “duduk berlunjur”.
2.1.1.4 Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-
American M.F. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya gunting.
2.1.1.5 Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan
mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat.
Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau
gaya gunting.
2.1.1.6 Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya
yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan
satu gaya lompat tinggi yang cukup popular iaitu gaya fosburry.
2.1.2 Lompat jauh
2.1.2.1 Lompat jauh adalah merupakan salah satu daripada acara
sukan Olimpik yang tertua.
2.1.2.2 Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada
Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada
kedua-dua tangan yang dipanggil halters.
2.1.2.3 Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
103
paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang.
2.1.2.4 Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak
dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.
2.2 Peralatan lompat tinggi dan lompat jauh
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
104
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
105
2.3 Kemahiran Asas Sukan Olahraga ( Lompat Tinggi Dan Lompat Jauh).
2.3.1 Lompat tinggi
GAYA FOSBURRY
PENERANGAN FASA • Fasa Larian Landas atlit berlari dengan ritma dan bersedia untuk
lonjakan.
• Fasa Lonjakan, atlit menghasilkan halaju menegak dan memulakan
putaran yang perlu untuk melepasi palang.
• Fasa Layangan atlit melepasi palang.
• Fasa Pendaratan, atlit mendarat dengan selamat untuk melengkapkan
turutan keseluruhan teknik lompat tinggi.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
106
2.3.1.1 Fasa Lari Landas.
PERINCIAN TEKNIKAL • Larian Landas berbentuk lurus dan lengkung. Dicadangkan 10
langkah.
• Larian Lurus langkah 1, 2, dan 3.
• Larian Transisi lengkung langkah 4, 5 dan 6. Badan dicondongkan ke
arah dalam bahu dibahagian dalam lebih rendah dari bahu di sebelah
luar.
• Larian Lengkung langkah 7 hingga 10.
• Kelajuan larian ditingkatkan mengikut ritma berterusan sepanjang
larian landas.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
107
2.3.1.2 Fasa Lonjakan
PERINCIAN TEKNIKAL
• Kaki lonjakan yang dibuat perlu pantas dan cepat dengan
menggunakan kaki luar.
• Apabila menghampiri tanda pemijak lonjakan perlu dilakukan hampir
selari dengan palang. (Rujuk tanda 1).
• Lutut kaki bebas dinaikan ke atas sehingga paha selari dengan
landasan lompat tinggi (Rujuk tanda 2).
• Badan menegak di akhir lonjakan.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
108
2.3.1.3 Fasa Layangan
PERINCIAN TEKNIKAL
• Kedudukan badan dikekalkan semasa badan mencapai ketinggian
(gambar bertanda 1).
• Tangan yang mendahului diluruskan ke atas melepasi palang.
• Muka mendongak ke atas sambil melentikkan badan. Lentikkan akan
membantu bahagian punggung melepasi palang.
• Lutut dijarakkan untuk mendapatkan lentikan badan.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
109
2.3.1.4 Fasa Pendaratan
PERINCIAN TEKNIKAL
• Dagu dirapatkan ke dada.
• Mendarat di atas bahu dan bahagian belakang badan.
• Lutut dijarakkan semasa mendarat
2.3.2 Lompat Jauh
PENERANGAN FASA
Lompat jauh terbahagi kepada fasa-fasa berikut:
• Larian landas, lonjakan, layangan, pendaratan.
• Fasa Lari Landas memerlukan larian dengan kelajuan optimum dan
terkawal.
• Fasa lonjakan atlit menggandakan halaju menegak dan meminimakan
halaju mendatar.
• Fasa Layangan atlit membuat persediaan pendaratan.
• Terdapat teknik yang berbeza: Gaya Layar, Gaya Gantung dan Gaya
Tendang.
• Fasa Pendaratan atlit memaksimakan jarak pendaratan.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
110
2.3.2.1 Larian Landas
PERINCIAN TEKNIKAL
• Jarak Lari Landas berubah di antara 10 langkah (untuk atlit asas) dan
lebih daripada 20 langkah (untuk atlit prestasi tinggi).
• Teknik larian menyerupai teknik lari pecut.
• Kepantasan meningkat berterusan sehingga ke papan lonjak.
2.3.2.2 Fasa Lonjakan
PERINCIAN TEKNIKAL
• Lonjakan dilakukan dengan masa paling minima (aktif) dan kaki
lonjakan dibengkokkan seberapa minima.
• Peha kaki bebas dibawa ke depan secara aktif selari dengan trek(2).
• Pergelangan kaki, lutut dan pinggul diekstensikan sepenuhnya.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
111
2.3.2.3 Fasa Layangan
PERINCIAN TEKNIKAL
• Kaki bebas berada dalam kedudukan posisi lonjakan.
• Postur kekal berada dalam kedudukan menegak.
• Kaki lonjakan sentiasa mengikuti kaki bebas.
• Kaki lonjakan dibengkokkan dan dibawa ke hadapan dan atas
ketika hampir pada pengakhiran fasa layangan.
• Kedua-dua belah kaki ekstensi ke hadapan untuk pendaratan.
2.4.3.4 Fasa pendaratan
PERINCIAN TEKNIKAL
• Kaki hampir lurus sepenuhnya.
• Badan bengkok ke hadapan.
• Tangan dibawa ke hadapan.
• Pinggul ditolak ke depan ke arah pusat pendaratan.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
112
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
1. Gambar pergerakan lompat tinggi dan lompat jauh.
2. Gambar gaya – gaya lompatan bagi lompat tinggi dan lompat jauh.
3. Kertas A4 (putih dan bewarna), pensil warna, alat menulis, marker, gunting, gam,
kertas keras;
TUGASAN 4. Membuat buku skrap.
5. Melakukan amali lompat tinggi dan lompat jauh dengan teknik yang betul.
LANGKAH KERJA 4. Murid mencari bahan atau gambar di internet atau manual yang diberi. 5. Murid menyusun fasa lompatan mengikut urutan yang betul. 6. Murid mengenal pasti gaya-gaya lompatan dalam lompat tinggi dan lompat jauh. 7. Membuat buku skrap. 8. Melakukan amali lompat tinggi dan lompat jauh.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
113
UNIT 2 : SUKAN OLAHRAGA
PENILAIAN
Nama murid
No. kad pengenalan
Nama sekolah
Tingkatan Tahun
No.modul/ unit
Tajuk projek Acara lompatan
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL
CATATANYA TIDAK
1. Memahami gaya-gaya lompatan.
2. Membina buku skrap dengan baik.
3. Melakukan amali lompatan dengan
teknik yang betul.
KEPUTUSAN
TRAMPIL TIDAK
TRAMPIL
TARIKH
Nama guru
Tandatangan & tarikh
Disahkan oleh
Tandatangan & tarikh
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
114
LATIHAN
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
________________________
__________________________
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
115
2. Labelkan kawasan di bawah.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
116
UNIT 3 : SUKAN PING PONG STANDARD PEMBELAJARAN:
3.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan serta undang–undang permainan
ping pong.
3.2 Murid juga perlu mengetahui peralatan asas dalam permainan ping pong.
3.3 Mengetahui teknik yang betul dalam melakukan kemahiran asas
permainan ping pong.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :
3.1 Menyatakan undang-undang permainan ping pong.
3.2 Menyatakan ukuran meja dan jaring ping pong dengan tepat.
3.3 Menerangkan undang-undang dan peraturan dalam permainan ping pong.
3.4 Menyenaraikan peralatan yang perlu dalam permainan ping pong.
3.5 Menyatakan kemahiran asas dalam permainan ping pong.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
117
MAKLUMAT RUJUKAN
UNIT 3 : SUKAN PING PONG
3.1 Sejarah dan perkembangan permainan
3.1.1 Pada penghujung abad ke-19, sukan tenis merupakan sukan yang popular
dalam kalangan kelas elit. Pada masa itu, mahasiswa-mahasiswa Britain
mendapat ilham daripada sukan tenis. Mereka meletakkan buku-buku di
tengah meja sebagai jaring dan menggunakan raket kosong yang disaluti
velum dan bola yang diperbuat daripada getah dan kayu lembut sebagai
peralatan.
3.1.2 Istilah ‘ping pong’ diambil bersempena dengan bunyi ‘ping’ yang dihasilkan
apabila bertembung dengan raket, dan ‘pong’ apabila bola melantun di
atas meja.
3.1.3 Peralatan ping pong telah mengalami banyak perubahan pada tahun
1940-an. Pada mulanya, permukaan raket dilapik getah berbintik nipis
(pimpled rubber). Kemudian negara Jepun telah memperkenalkan
‘sandwich rubber’ yang mempunyai lapisan span di bawah lapisan getah
bintik yang bintiknya menghadap lapisan span (inverted sponged).
3.1.4 Di negara kita, persatuan ping pong ditubuhkan pada tahun 1952 dan
persatuan ini didaftarkan secara rasminya pada tahun 1958 sebagai
Persatuan Ping Pong Malaya. Pada tahun 1964, Persatuan Ping Pong
Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan. Perkembangan ping pong di negara
kita bertambah pesat. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan
di dalam negara malah pada peringkat antarabangsa.
3.1.5 Pada tahun 1960-an, corak permainan ping pong berbentuk defensif.
Pada zaman itu, pemain-pemain menggunakan corak loop drive. Dari segi
peralatan, pada tahun 1960an, pemain China Xhang Xi Lin menggunakan
raket ‘yin-yan’, iaitu sebelah raket menggunakan getah yang biasa
manakala yang sebelah lagi menggunakan jenis getah long-pimple. Pada
tahun 1971, pemain dari Perancis Jean Paul Weber telah menggunakan
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
118
getah jenis antispin semasa beliau menyertai kejohanan ping pong dunia
yang berlangsung di Nagoya, Jepun.
3.1.6 Pada tahun 1985, suatu peraturan baru mengenai penggunaan getah
raket telah diperkenalkan. Getah raket di kedua-dua belah perlu
menggunakan warna yang berbeza, iaitu jika sebelah raket berwarna
hitam, permukaan sebelah yang lain wajib berwarna merah. Pengenalan
penggunaan dua warna yang berlainan pada raket getah bertujuan untuk
mengurangkan kekeliruan apabila pemain menggunakan ‘yin-yan’.
3.1.7 Untuk menjadikan sukan ping pong lebih menarik, pada tahun 2000,
Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) telah menambah diameter
bola ping pong daripada 38 mm kepada 40 mm. Suatu perubahan pada
sistem mata setiap permainan dari 21 mata kepada 11 mata, dan setiap
pertandingan ditentukan dalam ‘Best of 5 Games’ atau ‘Best of 7 Games’
pada tahun 2001.
3.2 Undang-Undang Ping Pong
3.2.1 Satu Permainan (A Game)
• Satu permainan ping pong dipertandingkan dengan menggunakan
sistem 11 mata.
• Setelah 2 mata, pemain atau pasangan pemain yang menerima servis
akan bertukar menjadi pemain atau pasangan pemain yang melakukan
servis dan seterusnya sehingga tamat permainan.
• Setiap permainan akan dimenangi oleh pemain atau pasangan pemain
yang mula-mula mendapat 11 mata; atau
• Jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain mendapat 10 mata
(disebut “deuce”) di mana permainan akan dimenangi oleh pemenang
yang mula-mula mendapat 2 mata yang mendahului pihak lawannya,
contoh: 12-10, 15-13, 20-18. (di mana susunan melakukan servis dan
menerima servis hendaklah sama tetapi setiap pemain hendaklah
melakukan servis untuk 1 mata bergilir-gilir).
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
119
• Pertukaran tempat dilakukan selepas tamat satu permainan. Pemain
yang mula menerima servis dalam permainan pertama akan
memulakan servis dalam permainan kedua.
3.2.2 Permulaan Satu Permainan (Start a game)
• Sebelum mula bertanding dalam sesuatu permainan, pengadil
dikehendaki melakukan undian (toss coin) untuk menentukan pemain
yang mana satu akan memulakan servis.
• Terdapat tiga pilihan bagi pemenang undian:
a) hak memilih untuk memulakan servis; atau
b) membenarkan pihak lawannya memulakankan servis; atau
c) melakukan pemilihan tempat.
• Jika pemenang undian melakukan pemilihan tempat, pihak lawannya
ada pilihan sama ada hendak memulakan servis atau memilih pihak
lawannya memulakan servis dahulu.
• Jika pemenang undian memilih untuk memulakan servis, pihak
lawannya hanya boleh melakukan pemilihan tempat untuk memulakan
permainan.
3.2.3 Servis Asas Sukan Ping Pong
• Pemain yang melakukan servis wajib berdiri di belakang hujung
meja ping pong.
• Bola diletakkan di atas tapak tangan yang terbuka di atas permukaan
permainan meja dan melambungkan bola itu menegak ke atas dan
pastikan lambungan itu adalah di atas permukaan meja dan di
belakang hujung meja.
• Semasa bola itu menurun, pemain perlu memukul bola itu dengan
raket dan pastikan bola melantun di atas bahagian meja sendiri
sebelum melepasi ke bahagian atas meja lawan.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
120
• Jika bola servis itu menyentuh jaring dan masih dilantun di atas meja
lawan, let akan dipanggil dan servis perlu diulangkan semula.
• Jika bola servis itu menyentuh jaring dan bola itu tidak dilantun di atas
meja lawan, maka pemain yang melakukan servis akan hilang satu
mata
3.2.4 Time Out
• Setiap pemain atau pasangan boleh meminta SATU kali time out yang
diperuntukan 1 minit semasa permainan dijalankan.
• Pemain yang ingin meminta time out cuma menunjukkan satu tanda ‘T’
dengan tangannya.
• Permainan akan disambung semula apabila pemain yang meminta
time out sudah bersedia atau pun masa 1 minit sudah tamat.
3.2.5 Bola
• Bola 40 mm, berwarna putih atau oren boleh digunakan dalam
permainan.
3.2.6 Meja Ping Pong
• Mestilah berbentuk segiempat tepat dengan ukuran panjang 274 cm,
lebar 152.5 cm dan tinggi permukaan permainannya 76 cm dari aras
lantai.
3.2.4. Jaring
• Ketinggian jaring ialah 15.25 cm dari permukaan meja dan tiang jarring
15.25 cm tinggi. Sebelah luar tiang hendaklah 15.25 cm dari garisan
sisi meja.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
121
3.2.5. Raket
• Boleh sebarang saiz, bentuk atau berat.
• Raket mesti dilapik getah pada permukaan yang digunakan untuk
memukul bola.
• Permukaan raket yang tidak dilapik getah tidak boleh digunakan untuk
memukul bola.
• Permukaan raket yang tidak digunakan mestilah berwarna hitam atau
merah, bergantung kepada warna getah di permukaan sebelahnya.
• Kedua-dua permukaan raket mestilah berlainan warna; merah pada
satu permukaan dan hitam pada permukaan keduanya.
3.2.6 Getah
• Pemukaan getah hendaklah rata dan tidak boleh berlubang ataupun
kembung.
• Getah yang digunakan mesti mempunyai logo ITTF (Persekutuan
Ping Pong Antarabangsa).
3.2.7 Pakaian
• Pemain tidak boleh berpakaian yang sama warnanya dengan warna
bola.
• Baju pemain digalakkan masuk ke dalam seluar.
• Pemain beregu mesti berpakaian seragam.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
122
3.3 Peralatan
3.4 Kemahiran Asas
3.4.1 Kawalan raket
3.4.1.1 Pegangan jabat tangan (shakehand grip)
• Pegang raket dengan tangan, pastikan pemegang digenggam dalam
tapak tangan.
• Genggam raket seolah-olah anda sedang berjabat tangan.
Raket Bola
Meja Jaring
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
123
• Unjurkan ibu jari dan jari telunjuk selari dengan hujung getah pada
raket.
• Tiga jari yang lain akan pegang pemegang raket dengan longgar
supaya dapat mengekalkan kestabilan raket.
3.4.1.2 Pegangan pen (penhold grip)
• Ibu jari dan jari telunjuk menyangkutkan penghujung pemegang raket.
• Tiga jari yang lain menyokong kestabilan raket pada bahagian
belakang mengikut keselesaan para pemain.
• Kaedah pegangan ini seperti cara memegang pen. Oleh itu, cara ini
juga digelarkan sebagai ‘pegangan pen’.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
124
3.4.1.3 Cara berdiri.
• Jarak kaki hendaklah berdiri mengangkang seluas bahu.
• Kaki kiri bertapak ke depan sedikit dari kaki kanan.
• Lutut bengkok sedikit dalam keadaan posisi yang bersedia.
• Halakan badan ke hadapan dengan membengkokkan bahagian
belakang supaya dagu berada dalam garisan tegak dengan lutut.
• Kedua-dua tangan yang berada di hadapan dengan siku yang
membengkok sebanyak 85 - 90 darjah.
3.4.2 Servis
• Letakkan bola di atas tapak tangan.
• Tangan yang memegang raket perlu berada di atas paras meja dan
melepasi garisan hujung meja.
• Lambungkan bola sekurang-kurangnya 16 cm dan ke atas.
• Memukul bola dengan raket dari belakang bola ke hadapan.
• Bola mesti menyentuh bahagian meja di bahagian pemain yang
melakukan servis dan ke arah bahagian meja pihak lawan.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
125
1.4.3 Pukulan (forehand)
• Bersedia dengan kaki dan bahu dalam posisi yang sama.
• Bengkokkan lutut dan badan menghala ke hadapan.
• Raket berada di hadapan badan.
• Kaki kanan bergerak sedikit ke belakang.
• Hayunkan raket dari belakang dan menyentuh bola pada posisi yang
tertinggi.
• Ikut lajak pukulan ke hadapan.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
126
1.4.4 Pukulan (backhand)
• Bersedia dengan kaki dan bahu dalam posisi yang sama.
• Bengkok lutut dan hala badan ke hadapan.
• Raket menghala ke belakang pada paras pinggang.
• Bila memukul bola, raket menghala ke hadapan.
1.4.5 Smash
• Jarakkan diri ke arah belakang meja.
• Tangan menghala ke belakang.
• Berat badan beralih dari belakang ke kaki hadapan, pusingkan
bahagian pinggang.
• Melakukan pukulan di puncak lantunan dengan kuat.
• Posisi bersedia.
• Tangan menghala ke belakang.
• Buat pukulan smash ke hadapan.
• Ikut lajak
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
127
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
128
PANDUAN KERJA
1. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PERMAINAN BAHAN DAN PERALATAN
1. Gambar peralatan permainan ping pong.
2. Gambar ukuran meja dan jaring ping pong.
3. Kertas A4 (putih dan bewarna), pensil warna, alat menulis, marker, gunting, gam,
kertas keras.
TUGASAN
1. Menama dan melabelkan peralatan ping pong.
2. Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai berdasarkan maklumat
yang diberi.
LANGKAH KERJA 1. Murid mencari gambar ukuran meja dan jaring permainan ping pong di internet
atau manual yang diberi. 2. Murid menyatakan secara lisan garisan dan kawasan permainan ping pong. 3. Murid melengkapkan lembaran kerja melabel peralatan ping pong permainan
ping pong berdasarkan maklumat.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
129
PANDUAN KERJA
2. KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN PING PONG BAHAN DAN PERALATAN
1. Gambar teknik kemahiran asas permainan ping pong.
2. Kertas A4(putih dan bewarna), pensil warna, alat menulis, marker, gunting, gam,
kertas keras.
TUGASAN
1. Menyenaraikan jenis pegangang raket dalam permaian ping pong.
2. Menyatakan teknik smash dalam permainan ping pong.
3. Menyatakan kiraan mata dalam permainan ping pong.
LANGKAH KERJA 1. Murid mencari gambar teknik-teknik kemahiran asas dalam permainan ping
pong. 2. Murid menyusun gambar-gambar kemahiran mengikut aras mudah ke susah. 3. Murid membuat buku skrap.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
130
UNIT 3 : SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PERMAINAN PING PONG
PENILAIAN
Nama murid
No. kad pengenalan
Nama sekolah
Tingkatan Tahun
No.modul/ unit
Tajuk projek Mengurus diri
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATANYA TIDAK
1. Mengenal pasti peralatan permainan ping pong.
2. Mengetahui undang – undang dan peraturan ping pong.
3. Melakukan kemahiran asas dalam permainan ping pong dengan teknik yang betul.
KEPUTUSAN
TRAMPIL TIDAK TRAMPIL
TARIKH
Nama guru
Tandatangan & tarikh
Disahkan oleh
Tandatangan & tarikh
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
131
LATIHAN 1. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PERMAINAN Tanda ( √ ) pada jawapan yang betul dan tanda ( x ) pada jawapan yang salah di
kotak yang disediakan.
1 Nama ping pong diambil sempena satu jenis tarian di Negara China.
2 Ukur lilit bola ping pong telah ditukar daripada 38 mm ke 40 mm.
3 Kiraan mata permainan ping pong sekarang mengikut kiraan 21 mata.
4 Pemain yang gagal mengembalikan pukulan ke sebelah akan memberi mata kepada lawannya.
5 Setiap pemain atau pasangan boleh meminta satu kali ‘time out’ setiap pusingan.
6 Meja ping pong mestilah dicat hanya dengan warna hijau sahaja.
7 Ketinggian jaring tidak dititik beratkan dalam permainan ping pong.
8 Pemain tidak boleh memakai pakaian yang sama warnanya dengan warna bola.
9 Pemukaan getah pada raket ping pong mestilah rata, tidak boleh mengelembung atau berlubang.
10 Pegangan jabat tangan hanya boleh pada raket yang ada satu permukaan getah sahaja.
11 Bola tidak perlu dilambung apabila membuat servis.
12 Pemain boleh membalas pukulan hanya selepas bola melantun dari meja sahaja.
13 Bola masih boleh dimainkan sekiranya masih tidak menyentuh lantai gelanggang.
14 Permainan ping pong boleh dimainkan sehingga 3 orang dalam satu masa.
15 Masa rehat adalah selama 1 minit bagi setiap pusingan.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
132
LATIHAN
2. KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN PING PONG Menamakan jenis kemahiran yang betul berpandukan gambar yang diberi. a.
________________________________ b.
___________________________________
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
133
____________________________________
d.
___________________________________
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
134
UNIT 4 : PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN STANDARD PEMBELAJARAN: 4.1 Mengetahui bagaimana mengelolakan sesuatu kejohanan permainan ping
pong.
.
OBJEKTIF KHUSUS:
Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat:
4.1 Menyatakan jenis-jenis sistem pertandingan.
4.2 Menyatakan jenis-jenis borang dan jadual pertandingan.
4.3 Menjelaskan peranan sebagai ahli jawatankuasa pertandingan.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
135
MAKLUMAT RUJUKAN
UNIT 4 : PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Pengelolaan Kejohanan / Sistem Pertandingan.
4.1.1 Sistem kalah mati dua kali dan sistem cabar mencabar.
Sistem
Kelebihan
Kelemahan
Kalah Mati Dua Kali
• Peserta boleh bertanding
sebanyak dua kali.
• Peserta yang kalah sekali
masih berpeluang menjadi
johan.
• Tidak memerlukan
penentuan peserta
menunggu.
• Memerlukan masa yang
lama.
• Perlu tempat perlawanan
yang banyak.
• Jadual pertandingan yang
mengelirukan.
Cabar Mencabar
• Dua peserta lain yang
sama berkebolehan
mempunyai peluang yang
sama rata.
• Peserta bertanding secara
berterusan tanpa
penyingkiran.
• Penting untuk memilih wakil
pasukan
• Permainan bergantung
kepada minat pihak
pencabar.
• Pemenang terdahulu boleh
mencabar peserta setangga
diatasnya.
• Menjadi bosan selepas satu
tempoh
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
136
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN 1. Contoh-contoh borang pertandingan;
2. Kertas A4 (putih dan berwarna), pensil warna, alat menulis, marker, gunting,
gam, kertas keras;
TUGASAN: 3. Membentuk jawatankuasa pertandingan.
4. Membentuk jadual pertandingan.
LANGKAH KERJA: 4. Murid membentuk kumpulan jawatankuasa. 5. Murid menyusun jadual pertandingan. 6. Murid membentangkan untuk perbincangan.
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
137
UNIT 4 : PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN
PENILAIAN
Nama Murid
No. Kad Pengenalan
Nama Sekolah
Tingkatan Tahun
No.Modul / Unit
Tajuk Projek
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL
CATATANYA TIDAK
1. Memahami sistem-sistem
pertandingan.
2. Membina jadual pertandingan
dengan tepat.
3. Mempunyai personaliti sebagai
seorang pemimpin.
KEPUTUSAN
TRAMPIL TIDAK
TRAMPIL
TARIKH
Nama guru Tandatangan & tarikh
Disahkan oleh Tandatangan & tarikh
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
138
LATIHAN
1. Nyatakan 3 perbezaan kebaikan dan keburukan antara pertandingan sistem
cabar mencabar dan sIstem kalah mati dua kali.
JENIS SISTEM KEBAIKAN KEBURUKAN
Sistem Cabar Mencabar
Sistem Kalah Mati Dua Kali
Modul Pembelajaran Ko Kurikulum & Sukan
139