Modul 1Sukan IndividuUNIT 1
FALSAFAH KESUKANAN DAN PERMAINAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1.Menghuraikan maksud falsafah kesukanan dan
permainan.2.Menghuraikan perkaitan sukan dan main.
Rajah 1: Situasi ketika permainan bola sepak
PENGENALAN
Sebagai seorang guru atau pelajar kita harus memahami bahawa
semua acara sukan memberi peluang yang sama kepada semua yang
terlibat tidak mengambil kira jantina, peringkat umur atau etnik.
Malah semua aktiviti sukan turut memberi peluang khususnya kepada
kanak-kanakatau golongan remaja mempelajari asas kemahiran atau
teknik lakuan sesuatu pergerakan yang betul. Situasi seperti di
Rajah 1 di atas menunjukkan situasi sebenar ketika mempelajari
kemahiran menggelecek bola sepak. Untuk mengelecek dengan baik
seseorang pemain itu perlulah menguasai kemahiran asas yang betul.
Kemahiran asas ini perlu dibentuk sejak dari kecil lagi seperti
kata pepatah melentur aur biarlah dari rebungnya. Pada pendapat
anda, bagaimanakah falsafah kesukanan dan permainan dapat memainkan
peranan dalam hal sedemikian khususnya penyertaan seseorang itu
diutamakan di samping tersemainya semangat kesukanan tanpa
disedari?
A
Modul 2Sukan Individudakah anda tahu bahawa dalam konteks sukan,
falsafah memainkan peranan dalam pembentukan asas kepada
aktivitinya. Falsafah sukan menonjolkan kebaikan yang diperoleh
melalui penyertaan. Falsafah sukan menonjolkan kebaikan yang
diperoleh melalui penyertaan sukan membawa kebaikan kepada manusia
sejagat.
ISI KANDUNGAN
APA MAKSUD FALSAFAH?
F
alsafah ialah perkataan yang berasal daripada Greek purba
philosophy. Philos bermaksud cinta danSophia bermaksud
kebijaksanaan. Justeru, philosophy atau falsafah bermaksud cinta
akan atau ingin akan kebijaksanaan.
Seperti juga sains, falsafah berusaha mencari taakulan dan
penggunaan istilah yang tepat.
Ia seperti juga keseniaan menghuraikan perasaan seseorang
tentang kehidupan. Secara ringkasannya bolehlah dikatakan bahawa
falsafah adalah pegangan seseorang terhadap apa yang difikirkan
baik untuk dirinya dan juga orang lain.
Apakah peranan Falsafah dalam sukan dan permainan?Dalam konteks
sukan, falsafah memainkan peranan dalam pembentukan asas kepada
aktivitinya. Falsafah sukan menonjolkan kebaikan yang diperoleh
melalui penyertaan. Falsafah sukan dan permainan menonjolkan
kebaikan yang diperoleh melalui penyertaan sukan dan permainan yang
membawa kebaikan kepada manusia sejagat. Sukan dan permainan
menjalinkan persahabatan di samping memupuk semangat toleransi,
kerjasama, persefahaman dan perpaduan.Falsafah merupakan gabungan
pengetahuan, sikap, kepercayaan dan nilai yang membentuk asas
tindakan seseorang dan memberi arah serta tujuan kepada aktiviti
seseorang.
Jenis kesukanan dan permainan yang tersedia ada merupakan
kegiatan atau aktiviti yang membantu manusia meningkatkan
kecergasan tubuh badan di samping menguasai kemahiran sukan atau
permainan yang diceburi khususnya kepada jurulatih sukan, guru,
pelajar, pengajar kecergasan, atlet dan masyarakat.
Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan
dengan falsafah kesukanan dan
permainan?______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
APA MAKSUD SUKAN DAN PERMAINAN?
Modul Sukan Individu
3
SukanSukan merupakan segala aktiviti yang diinstitusikan secara
kompetitif melibatkan penggunaan tenaga dan kemahiran fizikal yang
kompleks, iaitu penglibatan seseorang itu didorong oleh gabungan
kepuasan dalaman lalu dikaitkan dengan ganjaran luaran yang
diperoleh melalui sukan itu.
Rajah 2: Kanak-kanak ketika bermain
Main:1. Main - merupakan aktiviti fizikal yang melibatkan
seseorang atau kumpulan peserta yang mudah organisasinya. Main
berlaku atas desakan emosi secara spontan. Ia bertujuan untuk
keseronokan dan boleh ditamatkan bila-bila masa oleh pesert-peserta
(Rajah 2). Mereka mengambil bahagian secara sukarela. Selain itu,
main juga tidak tetap dari aspek peraturan, masa dan tempatnya.2.
SukanSukan merupakan sebarang aktiviti kompetitif yang
diinstitusikan dan melibatkan pergerkan dan kemahiran fizikal yang
melibatkan penyertaan seseorang itu didorongkan oleh kepuasan
dalaman atau ganjaran laran. Selain itu,sukan juga merupakan
sebarang bentuk aktiviti yang melibatkan pengalaman atau perniagaan
yang berfokuskan kecergasan, kesenggangan, rekreasi atau sukan
(Pitts, Fielding & Miller, 1994). Menurut Snyder dan Spreitzer
(1989) bahawa, sukan merupakan aktiviti fizikal manusia yang
kompetitif dan dikawal oleh peraturen yang diinstitusikan yang
mempunyai kurikulum dan peraturan yang dikawal oleh badan
organisasi induk sukan. Vander Zwaag (1998) pula berpandangan
bahawa sukan menggunakan alat dan kemudahan khas yang mempunyai
elemen masa dan ruang serta mementingkan rekod. Pendeknya, sukan
merupakan elemen-elemen keupayaan fizikal pertandingan, kemahiran,
strategi, dan peluang serta mempunyai hasil yang tidak menentu
(Loy,1968 dalam Parks dan Quarterman, 2003).
S
Modul 4Sukan Individu
Rajah 3: Acara sukan
ukan merupakan aktiviti kompetitifKomponen yang perlu bagi sukan
ialah pertandingan, perjuangan dan pertarungan untuk mencapai
matlamat tertentu. Pertandingan ini mestilah dikawal oleh
undang-undang dan eraturan yang telah ditetapkan dan dimaklumi oleh
semua pihak yang terlibat (Rajah 3) Jika kita sengaja mencabar
seseorang berlumba berenang menyeberangi sungai atau bertanding
menjaring gol bola keranjang, pastinya aktiviti begini tidak
dikatakan sebagai sukan.
Ciri-ciri Sukan Kompetitif
1. Bersifat fizikal2. Ada peraturan-peraturan / undang-undang
yang piawai.3. Berunsur persaingan / pertandingan ( ada
keputusan)4. Ada badan / persatuan yang mengawalnya.5. Memerlukan
latihan untuk menguasai kemahiran / strategi
A Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah bezanya maksud
bermain atau
bersukan?________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Modul 5Sukan IndividuMENGAPA INDIVIDU TERLIBAT DALAM SUKAN?
englibatan individuPerubahan sosio-politik masyarakat dan
peredaran masa membawa perubahan konsep dan
Ppersep sukan. Keterlibatan seseorang itu adalah berdasarkan
sebab-sebab berikut ini
1. Kesihatan : Kesejahteraan diri dan kualiti hidup2.
Kecergasan: Penglibatan dalam aktiviti fizikal dan sukan3. Rekreasi
: Pengisian masa lapang, sihat dan seronok.4. Keseronokan : mencari
kepuasan dan hiburan yang sihat.5. Budaya : pola tingkalaku yang
diterima masyarakat.6. Sosial : peluang berinteraksi melalui
aktiviti umum7. Teori Katarsis : mengeluarkan perasaan emosi8.
Kecemerlangan : persembahan prestasi yang terbaik.9. Kebendaan :
pengiktirafan pelbagai bentuk (wang, gelaran); dan10. Astetik :
menikmati kecantikan pergerakan / persembahan
UKAN DIINSTITUSIKAN
S
Jika sesuatu aktiviti itu mahu dikategorikan sebagai sukan,
peraturannya hendaklah
diselaraskan atau disetarakan, iaitu ada undang-undang di
peringkat kebangsaan, dan di peringkat antarabangsa. Setiap sukan
yang ditontonkan dan dipertandingkan, contohnya Sukan Olimpik dan
Sukan Komanwel, seharusnya mempunyai peraturan dan undang-undang
yang telah dipersetujui dan diguna pakai di peringkat kebangsaan
dan global.Jika sesuatu sukan itu hendak diinstitusikan, perlulah
ada kelab atau organisasi yang menaja pasukan. Perlu juga ada
penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan kesesuaian
gelanggang, bilangan pemainnya dan jenis peralatannya diikuti dan
dipatuhi. Sukan badminton misalnya, dimainkan dengan raket dan bulu
tangkis, yang saiz gelanggang telah ditetapkan dan diketahaui
umum.
Tahukah anda apakah kriteria keperluan seseorang individu
sebelum terlibat dalam sukan?
Modul 6Sukan IndividuSukan memerlukan tenaga fizikalPenggunaan
tenaga fizikal merupakan unsur utama dan asas bagi sukan.
Kesungguhan menggunakan tenaga fizikal dapat dilihat apabila
seorang atlet menggunakan panah dan busar dalam pertandingan
memanah. Sukan seperti sepak takraw, bola jaring, renang, golf,
bola tampar, ragbi dan lumba basikal memenuhi kriteria ini.
Permainan catur dan skrebal tidak memenuhi kriteria ini. Berikut
ini merupakan cadangan pemakanan bagi individu yang aktif mengikut
sukan pilihan mereka.
Rajah 4 : Panduan makanan pilihan harian untuk orang yangSukan
memerlukan kemahiran fizikal yang kompleksSukan yang menggunakan
peralatan seperti bola, raket atau pemukul, memerlukan koordinasi
mata-tangan atau mata-kaki yang sensitif (Rajah 5). Kebolehan
menukar arah, berhenti, bergerak, merejam/memukul bola, mengelak
dengan pantas dan bertindak secara mengejut adalah kemahiran
fizikal yang kompleks serta memerlukan latihan.
Rajah 5: Pelbagai jenis alat sukan yang memerlukan penguasaan
pelbagai kemahiran
Modul 7Sukan IndividuSukan melahirkan rasa kepuasan melalui
penyertaanSeseorang yang terlibat dengan aktiviti sukan perlu ada
kepuasan bermain (Rajah 6). Jika tidak ia bukanlah sukan. Ahli
sukan professional yang hanya mementingkan wang dan tidak mengambil
kisah tentang prestasi aktiviti yang disertainya tidak boleh
dianggap sebagai ahli sukan tetapi sebagai pekerja. Walau
bagaimanapun, ada ganjaran dalam sukan seperti pujian, piala
kemenangan dan wang ringgit.
Rajah 6: Kepuasan melalui aktiviti sukan dan permainan
APA ITU SUKAN UBAHSUAI?
Pengenalan kepada sukan ubahsuai telah dilaksanakan bermula pada
hujung 70-an dan awal 80-an lagi. Tranformasi pengubahsuaian sukan
ini hanyalah tertumpu kepada peralatan-peralatan sukan yang diguna
pakai serta bersesuaian dengan saiz kanak-kanak. Pengubahsuaian
terhadap sesuatu jenis sukan mendorong setiap golongan umur untuk
mencubanya.
Jika dibandingkan, sebilangan sukan yang dimainkan pada masa
kini kebanyakannya telah diubahsuai dari segi peralatan, peraturan
dan sebagainya. Antaranya sebahagian sukan yang telah diubah suai
ialah seperti bola tampar pantai, futsal, mini bola keranjang, bola
sepak 7 sebelah, ragbi 7 sebelah, ragbi sentuh dan sebagainya.
Jadi, Sukan Ubahsuai Masih sama dengan sukan asal Telah
dikhaskan supaya pemain dapat menyesuaikan diri dengan sukan
tersebut. (Contohnya ; peringkat umur, kebolehan fizikal, status
kesihatan, kemahiran serta pengalaman lampau). Selamat untuk
dimainkan dan masih mencabar. Mempelajari sesuatu yang baru
berkenaan dengan sesuatu sukan. Aspek yang diubah untuk mencapai
kesesuaian adalah seperti : - Peralatan - Kawasan Permainan - Masa
Permainan - Peraturan Permainan - Pemilihan Pemain
Modul 8Sukan IndividuTuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah
yang dimaksudkan dengan sukan
ubahsuai?____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
DASAR SUKAN NEGARAPeranan Falsafah Sukan
Untuk membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh
dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif
dalam hidup,berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua
lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti
sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada
konsep kenegaraan, iaitu Melayu Islam Beraja
Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai
potensi menolong seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak
keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup
dan keperluan asas manusia.
Sukan juga adalah satu penglihatan pembangunan sosial melalui
penyertaan beramai-ramai sama ada ahi keluarga, sahabat andai,
masyarakat setempat dan masyarakat asing- semuanya menggalakkan
pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan social
serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri.
Keperluan asas manusia merangkumi pelbagai faktor daripada
keperluan fisiologi kepada kepuasan mutlak diri. Kemanfaatan dan
sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan dunia antarabangsa
dapat dirumuskan seperti berikut:-
1. Di peringkat Individu:Pembentukan sahsiah (keperibadian) yang
murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari)
dan pendirian yang positif;Penggunaan masa lapang yang bermakna dan
bermanfaat; Kekurangan tekanan (stress) hidup moden;Semangat
bergaul dan bersahabat antara individu;Peningkatan kemahiran
melalui latihan dan persaingan; danPeluang memenuhi keperluan asas
manusia mencapai kepuasan mutlak individu.
Modul 9Sukan Individu
Rajah 7 : Dasar 1 Murid 1 Sukan
Contohnya, Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap
murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi
penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang
aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa
yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan
melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).Bidang sukan sangat
penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan
ungkapan Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam
konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi
melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat
memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan
ekonomi negara.
Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik
minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar
setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat
membentuk generasi yang membudayakan sukan seiringdengan keperluan
akademik.
2. Di peringkat masyarakat:
Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti
semangat berdikari dan berdisiplin; Membina masyarakat yang sihat
dan cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual. Ini akan
mendorongkan peningkatan produktiviti Negara;Menimbulkan suasana
untuk memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat dalam kalangan
rakyat dan penduduk pelbagai keturunan dan status sosial dan
menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat;Mencegah jenayah dan
aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah dan
sebagainya; sertaMenggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi
negara melalui industri sukan, rekreasi dan pelancongan.
Modul 10Sukan Individu3. Di peringkat Antarabangsa
Mengeratkan hubungan muhibah serta persefahaman antara sebuah
Negara dengan negara lain ke arah keamanan dan kesejahteraan dunia;
danMempertingkatkan mutu pencapaian individu dan kecemerlangan
melalui pertandingan antarabangsa yang akan menghasilkan kebanggaan
diri, keluarga, bangsa dan negara.
Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah dasar 1 murid 1
sukan itu?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
RUMUSAN
Falsafah kesukanan dan permainan menonjolkan kebaikan yang bakal
diperoleh melalui penyertaan seseorang individu atau pasukan secara
amnya, serta keterlibatan itu turut akan membawa kebaikan kepada
manusia sejagat secara khasnya. Sukan merupakan sebarang aktiviti
kompetitif yang diinstitusikan dan melibatkan pergerakan dan
kemahiran fizikal yang melibatkan penyertaan seseorang itu
didorongkan oleh kepuasan dalaman atau ganjaran luaran. Manakala,
bermain itu merupakan aktiviti fizikal yang melibatkan seseorang
dan kumpulan peserta yang mudah organisasinya atas desakan emosi
secara spontan. Unit ini juga sejajar dengan kehendak Dasar Sukan
Negara yang memberi penekanan kepada sukan untuk semua dan sukan
untuk kecemerlangan.
KATA KUNCIFalsafah Kesukanan dan Permainan SukanMainDasar Sukan
NegaraPeranan Falsafah Sukan1 Murid 1 Sukan
PENILAIAN KENDIRI1. Dengan menggunakan perkataan sendiri,
huraikan apa yang dimaksudkan dengan Falsafah Sukan Negara?2.
Senaraikan satu contoh sukan ubahsuai?.3. Apakah yang anda faham
tentang sukan ubahsuai?4. Apakah perbezaan antara sukan dan
bermain?5. Huraikan sekurang tiga kemanfaatan dan sumbangan sukan
terhadap individu, masyarakat dan negara.
Modul 11Sukan IndividuRUJUKAN
Buku Panduan Pelaksaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) 2011,
Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.Haji
Gapor Ahmad (2007). Kejurulatihan dan sains sukan, Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.Dasar 1
Murid 1 Sukan (1M1S) 2010, Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran
Malaysia.Neal Starkman (2007). Hai Jurulatih! Bidang sukan mampu
memberi impak positif kepada generasi muda. Terjemahan dan
suntingan oleh Idris A, Wisdom Mind Resources Sdn. Bhd.,
Selangor.
HASIL PEMBELAJARAN
Modul 12Sukan IndividuUNIT 2 PRINSIP SUKAN INDIVIDU
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:1. Menghuraikan
prinsip-prinsip sukan individu.2. Menerangkan maksud
prinsip-prinsip sukan individu.3. Menyenaraikan prinsip-prinsip
sukan/latihan mengikut sukan pilihannya.4. Menerangkan maksud dan
kepentingan etika dalam sukan individu.
PENGENALAN
Bersukan dan bersenam adalah baik untuk kesihatan fizikal,
mental dan rohani (Bompa, 1994). Bersukan dapat meningkatkan
kesihatan, tahap penghargaan kendiri, kemahiran dan kecekapan,
memberi persaingan dan dapat membina sikap yang positif. Aktiviti
fizikal mempunyai pertalian dengan kualiti kehidupan seseorang
termasuk meningkatkan fungsi fizikal, kesihatan yang baik,
pengurusan stres dan eustres, keseronokan dan memberi pelbagai
makna kepada individu (Berger dan Tobar, 2012).Melalui aktiviti
fizikal ini, seseorang individu dapat membentuk sahsiah, kesedaran
diri termasuk semangat pertarungan, menghindari diri daripada
pelbagai serangan penyakit, dapat mengurangkan tekanan yang
dihadapi dan mencapai tahap keseronokan yang lebih tinggi dalam
melakukan sesuatu aktiviti. Penglibatan seseorang dalam aktiviti
sukan dapat membentuk dan melahirkan seorang insan yang cergas dari
segi fizikal dan cerdas mentalnya. Fungsi kognitif individu dapat
dipertingkatkan dengan menurunkan tahap kebimbangan dan kemurungan
serta meningkatkan motivasi ke arah yang lebih positif melalui
aktiviti fizikal.Sukan adalah aktiviti fizikal yang dikawal dengan
peraturan dan undang-undang yang formal atau tidak formal
membabitkan pertandingan secara individu atau berpasukan untuk
mendapatkan keseronokan dan rekreasi (Snyder & Spreitzer,
1989). Sukan boleh disimpulkan sebagai satu proses yang melibatkan
aktiviti fizikal yang ditentukan oleh peraturan formal atau tidak
formal yang melibatkan pertandingan antara individu atau pasukan
dengan pihak lawan untuk tujuan keseronokan, rekreasi dan
pengiktirafan.
Penyertaan dalam sukan secara aktif dan beretika untuk mendapat
keseronokan daripada aktiviti sukan bagi mereka yang berbakat bagi
mencapai prestasi dan potensi setinggi mungkin dalam bidang sukan
yang diminati adalah selaras dengan matlamat Dasar Sukan Negara,
iaitu Sukan Berprestasi Tinggi dan Sukan untuk Semua serta menuju
ke arah pencapaian hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Bagi mencapai matlamat dasar sukan negara ini, setiap program
sukan atau senaman yang dirancang mestilah berdasarkan
prinsip-prinsip latihan yang sesuai dan individu yang terlibat
harus memiliki etika kesukanan yang unggul. Penekanan terhadap
prinsip-prinsip latihan dan etika kesukanan
Modul 13Sukan Individuwajib diberi pertimbangan yang sewajarnya
untuk mengelakkan kecederaan, kelesuan, kebosanan dan kemerosotan
tahap kecergasan sedia ada serta pencapaian kualiti diri dari segi
jasmani, mental dan rohani.Prinsip-prinsip dalam sukan individu
merupakan amalan yang mempengaruhi proses pelaksanaan dan
penglibatan seseorang dalam aktiviti fizikal yang terancang untuk
mengelakkan kecederaan, kelesuan, kebosanan dan kemerosotan tahap
kecergasan sedia ada. Prinsip-prinsip latihan merupakan garis
panduan yang perlu diambilkira dalam sesuatu perancangan dan
pelaksanaan latihan. Prinsip-prinsip latihan ini perlu diketahui,
difahami dan diaplikasikan dengan baik dalam satu program latihan
jangkamasa panjang atau pendek yang progresif bagi pencapaian
objektif latihan yang berkesan.
Etika dalam sukan adalah panduan tentang tingkah laku atau
tatasusila dan nilai-nilai positif yang perlu ada dan dipatuhi oleh
individu yang terlibat dalam sukan. Jika tatasusila itu dilanggar,
ia akan memberi gambaran bahawa individu tersebut tidak mempunyai
disiplin dan semangat kesukanan. Akibatnya kemungkinan individu
tersebut tidak akan dihormati. Disiplin, nilai-nilai murni,
keadilan, permainan bersih, sukan yang bebas daripada dadah dan
keselamatan semasa bermain merupakan antara aspek-aspek yang perlu
diberi perhatian. Unsur-unsur ini perlu menjadi amalan setiap orang
yang terlibat dalam sukan. Matlamat sukan sebagai ejen perpaduan
akan tercapai sekiranya etika kesukanan diamalkan.
1. Nyatakan dengan ringkas makna prinsip-prinsip
sukan/latihan.
2. Nyatakan dengan ringkas makna etika dalam sukan.
3. Nyatakan perbezaan antara prinsip-prinsip sukan dengan etika
sukan.
ISI KANDUNGANProgram latihan merupakan satu proses yang
sistematik. Ia bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan
keupayaan fizikal berdasarkan keperluan sukan yang dipilih.
Keberkesanan sesuatu program latihan bergantung kepada pemahaman
dan amalan prinsip-prinsip latihan yang sesuai.
Modul 14Sukan Individu
Prinsip-prinsip sukan individu
Prinsip-prinsip Sukan Individu
KesediaanUlangan
AdaptasiPengkhususan
Perbezaan IndividuKepelbagaian
IntensitiAnsur Maju
KekerapanMemanaskan & menyejukkan badan
JangkamasaKebolehbalikan
Rajah 1: Prinsip-prinsip sukan
Kesediaan (Readiness)Merupakan faktor utama yang mendorong
setiap individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Ia biasanya
dipengaruhi oleh aspek kematangan dan kecenderongan serta minat
individu dalam sukan tertentu. Ia melibatkan satu proses
menganalisis keupayaan, kelebihan dan kelemahan diri terlebih
dahulu sebelum memilih jenis sukan atau menyusun aktiviti sesuatu
program latihan. Prinsip kesediaan perlu diberi perhatian yang
sewajarnya untuk memastikan penglibatan dan perjalanan sesuatu
program latihan atau aktiviti sukan dapat dilaksanakan dengan
lancar tanpa tergendala. Dalam konteks sukan individu kesediaan
diri terhadap sukan yang ingin diceburi sangat penting. Dorongan
dari persekitaran atau masyarakat tidak memainkan peranan penting
kerana ia merupakan pilihan tersendiri dan kejayaannya bergantung
seratus peratus pada individu tersebut.
Adaptasi (Adaptation)
Prinsip adaptasi berkaitan dengan penerimaan kesan latihan untuk
meningkatkan kecergasan diri serta penguasaan kemahiran dalam
sesuatu sukan berdasarkan program latihan. Ia biasanya dipengaruhi
oleh masa, intensiti, kekerapan, ulangan dan kesesuaian sukan atau
program latihan dengan faktor-faktor fisiologi serta psikologi
individu. Adaptasi merupakan faktor utama dalam sesuatu program
latihan. Adaptasi bergantung kepada jenis sistem tenaga yang
mendominasikan permainan, kemahiran dan keupayaan motor yang
diperlukan untuk bermain sesuatu sukan dengan baik (Bompa dan
Gregory Haff, 2009). Berikut adalah beberapa cadangan untuk
meningkatkan adaptasi dalam sesuatu program latihan.
Modul 15Sukan Individu
a. Penambahan bebananAdaptasi pemain terhadap sesuatu program
latihan bergantung kepada struktur program latihan yang dirancang
oleh individu ataupun jurulatih. Pengadaptasian yang sempurna akan
berlaku sekiranya penambahan beban atau peningkatan intensiti
dilakukan secara ansur maju dan progresif. Sekiranya seorang pemain
tidak dapat mengadaptasikan diri terhadap kesan latihan yang
dijalankan, ia akan mencederakan pemain dan mengagalkan keseluruhan
program latihan.
b. Elakkan latihan berlebihanProgram latihan yang dirancang
perlu mengikut kebolehan serta kemampuan pemain. Elakkan
kemungkinan terlebih latihan yang akan membawa kecederaan dan
melambatkan proses pengadaptasian kepada pemain.c. Latihan
alternatif
Sentiasa bersedia dengan latihan alternatif yang boleh
menggantikan sesuatu aktiviti yang menyukarkan pengadaptasian. Ini
akan membantu jurulatih meneruskan program latihan yang dirancang
dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
d. Memantau dan mencatat pencapaian
Seorang jurulatih perlu memantau dan mencatat progres dan kesan
latihan yang dijalankan. Pencapaian pemain perlu dikaji dari masa
kesemasa supaya pengadaptasian berlaku dan program latihan yang
dirancang berjaya mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
e. Tingkatkan kecergasan sebelum kemahiranPengadaptasian yang
sempurna akan berlaku sekiranya kecergasan fizikal secara umum
ditingkatkan sebelum memulakan suatu program latihan yang khusus.
Penguasaan kemahiran juga akan berkekalan bagi tempoh masa yang
panjang walaupun kecergasan fizikal merosot.
Perbezaan Individu (Individualization)Setiap individu berbeza
dari segi minat, kebolehan, kemahiran dan kadar peningkatan
prestasi terhadap program latihan. Periodisasi latihan yang
dirancang perlu mengambilkira keupayaan dan tahap kecergasan diri
supaya matlamat program tercapai. Keupayaan individu akan
menentukan kadar cepat atau lambat penguasaan sesuatu kemahiran.
Dalam sukan individu penguasaan kemahiran dan peningkatan
kecergasan bergantung kepada tahap kematangan dan struktur fizikal
yang bersesuaian dengan sukan yang diceburi.
Modul 16Sukan Individu
Program latihan yang ditentukan haruslah berdasarkan faktor
umur, jantina, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran sedia ada,
tahap penguasaan, tahap kesihatan, kecederaan serta tahap motivasi.
Bagi mengatasi pengaruh faktor-faktor ini, beberapa tindakan yang
sesuai perlu diambil oleh jurulatih atau pemain itu sendiri. Di
antaranya adalah seperti berikut:
a. Penetapan matlamat yang jelasMatlamat sesuatu program latihan
haruslah jelas dan berdasarkan kebolehan pemain. Dalam sukan
individu pemain dan jurulatih perlu berbincang sebelum merancang
sesuatu program latihan supaya latihan yang akan dijalani
memberikan kesan positif berlandaskan matlamat yang ditetapkan
bersama.b. Uji kebolehan sediaada
Pengujian terhadap kemampuan atau tahap kebolehan sedia ada
komponen kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran harus
dilaksanakan sebelum merancang sesuatu program latihan kerana ia
berbeza bagi setiap individu dan perlukan pengubahsuaian mengikut
kebolehan individu dalam program latihan.
c. Mengenalpasti kelemahan diriAdakalanya program latihan yang
dijalankan tidak memberikan kesan yang positif kerana pemain tidak
sedar akan kelemahan diri ataupun jurulatih terlepas pandang
perkara ini. Atlet atau pemain sukan individu harus mengenalpasti
kelemahan diri sebelum memulakan sesuatu program latihan. Ini akan
membantu membuat perubahan serta memberi peluang untuk mengatasi
kelemahan tersebut. Bagi seorang jurulatih pula, ia akan memberikan
ruang kepada beliau untuk meningkatkan aktiviti tertentu dalam
program latihan supaya atlet dapat mengatasi kelemahan dirinya
dengan mudah. Sebagai contoh; sekiranya atlet kurang bermotivasi,
jurulatih boleh menambahkan latihan psikologi serta memberikan
ganjaran dari masa kesemasa. Bagi atlet yang agak lambat dalam
pergerakan, jurulatih boleh meningkatkan bilangan latihan kelajuan
supaya tahap kelajuan individu dapat ditingkatkan sebelum program
latihan keseluruhan tamat.
d. Perbezaan jantinaPerbezaan jantina perlu diberikan perhatian
yang serius oleh jurulatih yang merancang program latihan bagi
pemain sukan individu. Jurulatih harus peka terhadap perbezaan
struktur badan serta budaya lelaki dan perempuan. Pemain perempuan
biasanya memiliki punggung yang lebar, pusat graviti yang rendah
dan kandungan lemak yang tinggi di bahagian punggung berbanding
dengan lelaki. Pengubahsuaian dalam program latihan perlu dilakukan
berdasarkan unsur-unsur ini sekiranya melatih pemain lelaki dan
perempuan bagi satu permainan yang sama contohnya seperti permainan
badminton.
Modul 17Sukan Individue. Pengukuhan positif
Seorang jurulatih perlu mengamalkan sikap terbuka dalam proses
melatih seorang pemain. Penekanan terhadap kelemahan pemain harus
diberikan dari masa kesemasa secara professional. Jurulatih perlu
memberikan pujian serta mengutarakan kelebihan seseorang pemain
sebelum membincangkan kelemahannya. Perbincangan ini mesti disusuli
dengan cara mengatasi kelemahan tersebut. Ini akan memberikan
keyakinan kepada pemain untuk meneruskan program latihan.
Intensiti (Intensity)Intensiti merupakan tahap atau darjah
kesukaran aktiviti yang ditambah berdasarkan aras latihan dan
bilangan sesuatu perlakuan. Ia biasanya berkadar songsang di mana
fasa permulaan bertahap rendah tetapi bilangannya banyak. Manakala
semakin tinggi aras latihan semakin kurang bilangannya. Rujuk Rajah
2.
BilanganIntensiti
Aras latihanRajah 2: Perkaitan antara Intensiti dengan
Bilangan
Intensiti yang rendah tidak akan memberikan kesan positif.
Sebaliknya intensiti yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan
kecederaan dan gangguan dalam program latihan. Intensiti perlu
ditingkatkan secara ansur maju mengikut kemampuan diri. Badan
manusia terbentuk daripada jutaan sel aktif yang sentiasa
bertindakbalas dengan perubahan terhadap fizikal serta
persekitaran. Salah satu komponen intensiti adalah meningkatkan
bebanan semasa latihan. Apabila aras kesukaran atau bebanan
ditingkatkan, badan atlet harus bersedia untuk mengadaptasikan diri
terhadap perubahan ini. Peningkatan terhadap tahap keupayaan akan
berlaku apabila badan mengalami keletihan dan pemulihan yang
prograsif untuk mengadaptasikan kesan latihan yang dialami.
Keletihan yang disusuli dengan kadar pemulihan yang prograsif akan
membawa peningkatan terhadap keupayaan fizikal individu berdasarkan
program latihan yang dijalani.Aras kesukaran atau bebanan harus
ditingkatkan secara ansur maju mengikut kebolehan individu. Aras
kesukaran yang rendah dari keupayaan sedia ada tidak akan
memberikan kesan atau peningkatan. Di samping itu, aras kesukaran
yang terlalu tinggi juga tidak akan memberikan
Modul 18Sukan Individu
sebarang peningkatan malah ia akan melambatkan kadar pemulihan
serta mengganggu tahap kecergasan sedia ada atlet. Atlet
berkemungkinan akan mengalami kecederaan sekiranya penambahan
bebanan atau aras kesukaran tidak dilakukan mengikut kebolehan
individu. Rujuk Rajah 3.
Adaptasi / kesan latihanStimulusPemulihanAdaptasi /
PeningkatanLatihan
Pemulihan segeraTahap kecergasan baru
Tahapsediaada
keletihanPemulihan
Kunci
_________ Latihan mudah________ Latihan yang sesuai_________
Latihan yang sukar
Rajah 3: Kesan latihan mengikut aras kesukaran
Sumber : Tudor Bompa, G. Gregory Haff (2009), Periodization:
Theory and Methodology of Training, 5th ed. Champaign, IL:, Human
Kinetics.Intensiti biasanya dikaitkan dengan kadar nadi rehat,
kadar nadi maksimum, kadar nadi latihan dan kadar nadi sasaran.
Intensiti latihan bergantung kepada jenis latihan dan darjah
kesukaran yang ditetapkan antara 60% hingga 90% mengikut keupayaan
diri. Pengiraan kadar nadi dapat membantu setiap individu
mengenalpasti dan menetapkan aras kesukaran dengan tepat.Berikut
adalah contoh pengiraan kadar nadi :
Kadar Nadi Rehat (KNR)Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi
pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR yang tepat,
ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur,
sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama seminit (Rajah
4).
Modul 19Sukan IndividuContoh:- 12 denyutan selama 10 saat x 6 =
72 dsm.
Rajah 4: Cara pengiraan kadar nadi
Kadar Nadi Maksimum (KNM)
Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada 220 di
mana 220 telah ditetapkan oleh ahli-alhi fisiologi senam sebagai
satu angkatap formula.Contoh:-Umur subjek ialah 33 tahun. KNM = 220
- 33 = 187 dsmKadar Nadi Latihan (KNL)
Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi
latihan (KNL)Contoh :-KNM = 220 - 33 (umur) = 187 dsm KNL = KNM -
KNR= 187 - 72= 115 dsm
Kadar Nadi Sasaran (KNS) untuk intensiti 60%Untuk mendapatkan
pengiraan KNL yang ideal bagi 60% ialah dengan menggunakan formula
ini.
Contoh :-(KNM - KNR) x 0.6 + KNR = (187 - 72) x 0.6 + 72 = (115)
x 0.6 + 72 = 69 +72= 141 dsm
A
Modul 20Sukan Individu
Pengiraan online boleh dilakukan dalam laman web :
http//www.exercise.bizcalcs.com
Tahap intensiti latihan yang sesuai bergantung kepada kepada
tahap kecergasan permulaan, tahap pencapaian yang diingini dan
jenis aktiviti yang dipilih.
a. Tahap kecergasan permulaanJika anda mempunyai tahap
kecergasan permulaan yang rendah anda tidak boleh bersenam dengan
intensiti yang tinggi. Ini boleh menyebabkan kesulitan pernafasan
dan mungkin juga menyebabkan kematian. Sebaliknya, jika anda
mempunyai tahap kecergasan yang tinggi, anda perlu bersenam dengan
intensiti yang tinggi supaya kesan latihan dapat meningkatkan tahap
kecergasan sedia ada.
b. Tahap pencapaian yang diinginiBagi mencapai tahap kecergasan
yang tinggi, anda perlu bersenam dengan intensiti yang lebih tinggi
mengikut prinsip tambah beban. Namun begitu, peningkatan intensiti
perlulah secara beransur-ansur.c. Jenis aktiviti yang dipilih
Aktiviti yang dipilih boleh membantu mencapai intensiti yang
diingini. Aktiviti seperti skuasy merupakan aktiviti kecergasan
fizikal intensiti tinggi manakala aktiviti boling padang adalah
contoh aktiviti kecergasan fizikal intensiti rendah.
Kekerapan (Frequency)Kekerapan merujuk kepada bilangan hari
berlatih dalam seminggu. Lazimnya tiga hingga lima hari akan
memberikan kesan positif terhadap sesuatu program latihan atau
kemahiran (Baumgarthner, 2003). Sesi latihan hendaklah dijarakkan
dan tidak dilakukan berturut-turut. Bilangan kekerapan sebenarnya
berbeza mengikut jenis sukan, objektif latihan, jenis latihan dan
intensiti latihan yang dipilih.
Jangkamasa (Duration)Jangkamasa bergantung kepada intensiti.
Senaman berintensiti rendah memerlukan tempoh yang panjang dan
intensiti tinggi memerlukan tempoh yang pendek. Latihan dalam
tempoh masa yang panjang akan memberikan kesan yang positif khasnya
aktiviti berbentuk aerobik. Misalnya, jangkamasa yang sesuai untuk
aktiviti peningkatan daya tahan kardiovaskular adalah 15 hingga 60
minit. Biasanya Jangkamasa merujuk kepada masa yang diambil bagi
menjalankan sesuatu latihan seperti satu jam satu sesi atau lima
jam seminggu. Intensiti senaman pada tahap sederhana dengan tempoh
masa yang sederhana panjang pada peringkat permulaan sesuatu
latihan adalah lebih baik daripada intensiti tinggi dengan
jangkamasa yang panjang (Baumgarthner, 2003).
Modul 21Sukan Individu
Ulangan (Repetition)Ulangan merupakan bilangan kali sesuatu
aktiviti itu dilakukan dalam jangkamasa tertentu. Ulangan
seharusnya berbentuk ansur maju, di mana ia perlu ditingkatkan
beransur-ansur supaya mencapai tahap pencapaian atau penguasaan
sesuatu kemahiran secara sempurna. Sebagai contoh, lapan ulangan
dikira sebagai satu set bagi latihan minggu pertama dan 10 ulangan
dikira satu set pada latihan minggu kedua.
Pengkhususan (Specificity)Pengkhususan merupakan kunci
peningkatan kecergasan atau kemahiran dalam sesuatu program
latihan. Pengkhususan adalah latihan fizikal yang dijalankan
mengikut kehendak individu berdasarkan sukan yang dipilih agar
selari dengan objektif yang hendak dicapai. Contohnya, aktiviti
aerobik untuk daya tahan kardiovaskular bagi pelari jarak jauh dan
latihan bebanan untuk kekuatan otot bagi sukan angkat berat,
mestilah khusus kepada beberapa perkara seperti sistem tenaga,
kumpulan otot atau pola pergerakan berdasarkan beberapa aspek
seperti berikut:a. Komponen kecergasan fizikal atau penguasaan
kemahiran yang dilatih.b. Sistem tenaga yang digunakan sama ada
tenaga aerobik atau anaerobik kerana sistem tenaga adalah berbeza
antara satu sukan dengan sukan yang lain.c. Kumpulan otot yang
digunakan untuk aktiviti yang dipilih.d. Pergerakan sendi khusus
berkaitan dengan aktiviti yang dipilih.
Kepelbagaian (Variety)Kepelbagaian merupakan perubahan yang
dilakukan terhadap intensiti, jangkamasa, kekerapan, ulangan dan
jenis aktiviti berdasarkan matlamat program latihan serta prestasi
semasa pemain yang sedang mengikuti latihan. Perancangan program
latihan atau aktiviti haruslah dipelbagaikan untuk mengekalkan
minat atau mengelakkan kebosanan dalam sesuatu aktiviti. Corak
perlakuan yang tiada variasi akan melemahkan semangat untuk
meneruskan sesi latihan. Aktiviti latihan boleh dipelbagaikan
tetapi mesti selaras dengan matlamat dan objektif latihan yang
perlu dicapai. Sekiranya program dirancang untuk lima kali
seminggu, setiap kali aktiviti yang berbeza perlu disusun mengikut
keperluan dan kebolehan individu. Contohnya, program latihan
peningkatan daya tahan kardiovaskular boleh dijalankan dengan
aktiviti berjogging, berbasikal, berenang, senamrobik, berjalan dan
sebagainya. Berikut adalah beberapa cadangan mengaplikasikan
kepelbagaian dalam program latihan sukan individu.a. Rancang
program latihan tahunan dalam bentuk beberapa fasa dengan matlamat
yang khusus supaya tujuan program latihan dapat dicapai secara
berperingkat.b. Sediakan satu program latihan dengan pelbagai
aktiviti yang menjurus ke arah pencapaian kemahiran yang optimum
semasa pertandingan.
Modul 22Sukan Individuc. Bagi latihan peningkatan kecergasan
fizikal, gabungkan unsur-unsur teknikal dantektikal semasa
meningkatkan intensiti supaya kadar pemulihan dapat dicapai dengan
sempurna tanpa kecederaan.d. Bagi latihan bebanan, lakukan
perubahan dari segi jenis aktiviti, bilangan, ulangan, kekerapan
serta masa rehat yang sesuai dengan kitaran latihan yang
ditentukan.e. Bagi latihan aerobik pula, lakukan perubahan dari
segi jarak, kelajuan, jangkamasa, kekerapan serta masa pemulihan
yang sesuai dengan kitaran latihan yang dirancang.f. Sekiranya
terdapat tanda-tanda terlebih latihan (overtraining), tukarkan
aktiviti dengan mengurangkan intensiti dan berikan masa pemulihan
yang lama mengikut keperluan.
Ansur Maju (Progression)Penambahan aras kesukaran sesuatu
aktiviti perlulah dilaksanakan secara beransur-ansur untuk melihat
kemajuan serta mengelakkan kecederaan. Tambah beban atau
meningkatkan masa, jarak, ulangan atau set latihan perlu dirancang
dan ditambah secara beransur-ansur. Dalam sukan individu
peningkatan perlu dilakukan dari kemahiran yang senang ke kemahiran
yang lebih sukar atau dari yang mudah kepada kompleks. Bagi
meningkatkan sesuatu kemahiran dalam sukan, seseorang hendaklah
menguasai kemahiran asas sebelum menguasai kemahiran yang lebih
sukar atau dinamik.
Memanaskan dan menyejukkan badan (warm up and cool down)Setiap
sesi latihan wajib dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan serta
regangan yang bersesuaian. Tujuannya adalah sebagai persediaan
untuk melakukan aktiviti yang lebih berat serta mengelakkan
kecederaan. Keutamaan mesti diberikan terhadap latihan memanaskan
badan sebelum memulakan aktiviti dan latihan menyejukkan badan
selepas aktiviti untuk memulihkan sistem fisiologi badan. Aktiviti
regangan perlu dilakukan mengikut keperluan dan jenis aktiviti.
Sekiranya aktiviti berlari, lebihkan regangan bahagian kaki.
Tindakan ini akan mengelakkan kecederaan yang akan mengganggu
pelaksanaan program latihan.
Bagi maklumat tambahan sila
rujuk:Ahttp://www.netfit.co.uk/stretching.htmhttp://www.ehow.com/how_3014_warm-run.html
Kebolehbalikan (Reversibility)Kebolehbalikan berkaitan dengan
tahap pencapaian kecergasan yang merosot akibat gangguan dalam
program latihan. Sekiranya program latihan tergendala atau
ditinggalkan, tahap kecergasan akan mula merosot selepas 72 jam dan
dinyatakan bahawa 30% pencapaian kecergasan akan hilang secara
beransur-ansur selepas 12 minggu (Safrit, 1995 ; Johnson dan
Nelson, 1986). Tahap optimum komponen kecergasan seperti kekuatan
otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kelenturan,
kuasa, dan sebagainya akan berkurangan mengikut peredaran masa.
Pemulihan dan peningkatan kecergasan komponen-komponen ini
memerlukan masa yang panjang untuk
Modul 23Sukan Individudikembalikan semula berbanding dengan
strategi dan kemahiran sesuatu permainan. Berikut adalah beberapa
cadangan untuk mengatasi masalah kebolehbalikan dalam sukan
individu.a. Pemulihan kecergasan
Selepas berehat bagi jangkamasa yang panjang atau pulih dari
kecederaan, seorang pemain harus memberikan sedikit tumpuan yang
khusus kepada aktiviti kecergasan fizikal dengan kekerapan yang
tinggi tetapi intensiti yang rendah. Proses ini akan membantu
mengembalikan kecergasan umum sebagai persediaan menjalani program
latihan seterusnya.
b. Rehat aktifSelepas tamat sesuatu pertandingan pemain sukan
individu perlulah melibatkan diri dalam aktiviti sukan, riadah atau
rekreasi yang boleh mengisi masa lapang. Rehat tanpa sebarang
aktiviti yang berpanjangan akan membawa risiko kemerosotan
kecergasan fizikal.c. Amalkan ansur maju
Sekembalinya dari rehat yang lama, setiap pemain sukan individu
harus memulakan latihan dengan intensiti yang rendah dan perlu
ditambah secara ansur maju supaya dapat mengelakkan kecederaan.
Adakalanya pemain beranggapan bahawa mereka boleh memulakan latihan
dengan tahap pencapaian terbaik sebelum ini.
Etika dalam SukanEtika dalam sukan memainkan peranan yang
penting terhadap pencapaian prestasi serta matlamat. Individu yang
berjaya dalam bidang sukan atau permainan yang diceburi biasanya
merupakan orang yang beretika dan memiliki personaliti yang unggul.
Personaliti merupakan corak perlakuan yang ditunjukkan inudividu
itu sendiri. Personaliti merangkumi sikap, tingkahlaku, cara
pemikiran, perasaan, cara bertindak dan cara berinteraksi dengan
orang lain. Personaliti akan mempengaruhi tanggapan orang lain
terhadap diri dan sentiasa menjadi perhatian orang lain. Pemain
yang beretika dan memiliki personaliti yang baik biasanya dapat
menyahut cabaran serta mampu menyelesaikan masalah dengan mudah.
Berikut adalah beberapa ciri yang perlu dimiliki oleh setiap atlit
sukan individu.a. Mempunyai disiplin diri yang tinggi
Disiplin diri merupakan kepatuhan terhadap dunia persekitaran
dan peratuaran atau latihan yang bertujuan membentuk diri agar
dapat menunjukkan tingkahlaku yang baik. Setiap sukan yang wujud
mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa sukan
tersebut dimainkan. Dengan wujudnya peraturan sebegini, individu
yang terlibat secara langsung ke dalam sukan ini akan mempraktikkan
sikap berdisiplin ini ke dalam diri mereka semasa bermain. Maka,
pengamalan serta penerapan disiplin sebegini akan mempengaruhi
sikap individu terbabit.
Modul 24Sukan Individub. Sentiasa mengamalkan permainan
bersih
Permainan yang bersih bermaksud penganjuran atau penglibatan
dalam sesuatu sukan secara adil, jujur dan amanah serta bebas dari
masalah rasuah, penyalahgunaan bahan dan keganasan. Faktor- faktor
ini akan menjejaskan prestasi, personaliti serta masa depan
seseorang pemain.
c. Berusaha meningkatkan rekod yang baik sepanjang penglibatan
dalam sukanSetiap atlet sukan individu mahupun berpasukan harus
berusaha meningkatkan prestasi kemahirannya dari masa kesemasa.
Pemain yang unggul akan memiliki rekod pencapaian dan tingkahlaku
berdasarkan nilai-nilai murni yang baik sepanjang masa kerana ia
merupakan kayu pengukur yang dapat dijadikan kebanggaan dalam dunia
sukan.d. Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi
Seseorang yang ingin menjadi pemain sukan individu yang unggul
harus memiliki semangat kesukanan yang tinggi. Pemain sukan
individu sering menghadapi cabaran ini. Kegagalan menguasai sesuatu
kemahiran atau kekalahan yang berterusan akan melunturkan semangat
untuk terus berjuang. Situasi ini sering dapat dilihat dalam
kalangan pemain yang terus menyerah kalah atau menarik diri dari
sesuatu pertandingan apabila pihak lawan mendahului dengan kiraan
mata yang tinggi. Ini merupakan satu tindakan yang tidak beretika.
Atlet atau pemain harus memiliki semangat kesukanan dan semangat
berjuang yang tinggi untuk menamatkan sesuatu pertandingan dengan
cemerlang walaupun kalah kerana menang dan kalah merupakan adat
dalam pertandingan sukan.
e. Memiliki komitmen yang tinggi terhadap sukan yang
diceburiKomitmen merupakan satu ikatan atau perjanjian yang tidak
tertulis tetapi dibentuk oleh individu terhadap penglibatannya
dalam sukan yang diminati. Komitmen melibatkan pelbagai faktor yang
akan membawa kejayaan kepada seseorang pemain. Di antaranya adalah,
peruntukan masa yang sesuai dan mencukupi. Penetapan matlamat serta
tindakannya ke arah pencapaian matlamat tersebut. Semangat untuk
terus meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam sukan yang
diceburi. Akhirnya sanggup berkorban beberapa perkara-perkara
seperti aktiviti sosial, tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan
aktiviti masa lapang yang menjadi penghalang kepada pencapaian
matlamat kesukanan yang diingini.f. Dapat mengawal emosi dengan
baik semasa bermain atau bertanding
Emosi merupakan suatu tindak balas dari seseorang manusia
terhadap suatu bentuk stimulus ataupun gabungan reaksi yang wujud
sebelum, semasa dan selepas sesuatu permainan. Reaksi ini dapat
dilihat dalam bentuk kekecewaan ataupun kegembiraan. Ia berbentuk
sementara tetapi perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Emosi
dalam bentuk suka, senang, selesa, sedih, marah, cemas, takut,
bimbang dan sebagainya akan mempengaruhi prestasi permainan serta
pencapaian setiap individu. Atlet harus memiliki kecergasaan emosi
yang unggul supaya dapat menangani cabaran dunia sukan serta
kehidupan harian secara membina, proaktif, dan optimistik.
Modul 25Sukan IndividuRUMUSAN
Prinsip-prinsip dalam sukan individu merupakan faktor asas yang
perlu diaplikasikan oleh semua orang yang ingin menguasai setiap
kemahiran dalam sukan dan permainan. Kejayaan memiliki kemahiran
yang tinggi dan kecergasan fizikal yang optimum akan berkekalan dan
menjadi abadi selama-lamanya jika program latihan dirancang
mengikut prinsip-prinsip latihan yang bersesuaian dengan kehendak
individu serta komponen kecergasan yang berkaitan. Etika dalam
sukan juga akan mempengaruhi pencapaian prestasi dan kemahiran
individu kerana pengamalan prinsip-prinsip latihan dalam program
latihan yang dirancang memerlukan individu yang beretika dan
bersemangat kesukanan.
KATA KUNCIAdaptasiAnsur Maju EtikaIntensitiJangkamasaKadar nadi
latihanKadar nadi Maksimum Kadar nadi rehatKepelbagaian
Kebolehbalikan KekerapanKesediaan LatihanMemanaskan dan menyejukkan
badan PengkhususanPerbezaan Individu Prinsip-prinsip sukan
Ulangan
Modul 26Sukan Individu
PENILAIAN KENDIRI1. Nyatakan dengan ringkas kepentingan setiap
prinsip-prinsip sukan individu2. Nyatakan kepentingan etika dalam
sukan.3. Sejauhmanakah anda mengetahui dan mengamalkan
prinsip-prinsip latihan dalam bidang sukan yang anda ceburi?4
Huraikan prinsip-prinsip sukan/latihan yang releven bagi
sukan/permainan Berikut:i. Badminton ii. Tennis iii. Skuasy iv.
Ping Pongv. Bolingvi. Olahraga vii. Renang
1. Rancang satu program latihan selama tiga bulan bagi sukan
individu yang anda minati dengan menyatakan prinsip-prinsip sukan
individu yang releven untuk mencapai matlamat program yang
dirancang.
RUJUKAN
Baumgartner, T. A, Jackson, A. S., Mahar, M.T. & Rowe, A. D.
(2003). Measurement for evaluation. in physical education and
exercise science. (7th ed.). USA: McGraw-Hill.Berger, B. G. &
Tobar, D. A. (2012). Physical activity and quality of life: Key
considerations. In Handbook of sport psychology.( 3rd ed). Online
library. pp. 598-620.Bompa, T.O. (1994). Theory and methodology of
training: the key to athletic performance (3rd ed). Iowa:
Kendall/Hunt Publishing Co.Bompa,T.O. & Gregory Haff. G (2009).
Periodization:Theory and methodology of training (5th
ed).Champaign, IL: Human Kinetics.Corbin, C. B., Lindsey, R., Welk,
G. J., Corbin, W. R. (2001), Concepts of physical fitness and
wellness. (4th ed). Dubuque, Iowa: Mc Graw Hill Publishers.Gafor
Ahmad (2007). Kejurulatihan dan sains sukan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.Johnson B. L & Nelson,
J. K. (1986), Practical measurement for evaluation in physical
education. (4th ed). United States: Macmillan Publishing
company.Safrit, M. J. (1995). Complete guide to youth fitness
testing. New York : Human Kinetics. Syender, E,.E & Spreitzer,
E. A. (2002), Social aspects of sports. (3rd ed).Prentice Hall.
N.J.
Modul 27Sukan IndividuUNIT 3
PENGURUSAN KESELAMATANDALAM SUKAN INDIVIDU DI SEKOLAH
HASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat:1.
Menghuraikan isu keselamatan dalam sukan individu di sekolah.2.
Menghuraikan pengurusan risiko dalam sukan individu.3.
Mengaplikasikan pengetahuan mengenai pengurusan keselamatan dalam
sukan individu di sekolah.4. Mengaplikasikan cara pengurusan
keselamatan dan risiko terhadap senario sukan di sekolah.
Rajah 1: Keselamatan sukan perlu dijaminPENGENALAN
Berjuta-juta orang di seluruh dunia melibatkan diri dalam sukan.
Sukan tidak kira secara berpasukan atau individu merupakan aktiviti
kegemaran masyarakat pelbagai lapisan. Ramai orang mengambil
bahagian dalam aktiviti sukan supaya dapat mengamalkan gaya hidup
sihat, seterusnya kesihatan terjamin. Memandangkan itu, kerajaan
telah melaksanakan polisi 1 Murid 1 Sukan di semua peringkat
sekolah.
Modul 28Sukan IndividuSukan bukanlah tiada risiko sama ada
individu tersebut mengambil bahagian sebagai atlet elit atau hanya
bersukan untuk rekreasi dan kesenggangan. Jika seseorang individu
tidak mengambil berat terhadap keselamatan dalam sukan, maka
peluang untuk cedera semasa bersukan adalah tinggi. Kecederaan
sukan akan mengakibatkan ketidakselesaan atau hilang upaya, untuk
kecederaan yang lebih serius, individu yang cedera tidak dapat
berfungsi secara normal dan mungkin perlu belanja kos perubatan
yang tinggi.Kebiasaannya seseorang mungkin tidak dapat mengelakkan
diri daripada kecederaan sukan, tetapi mengikut kajian, 50%
daripada kecederaan sukan sebenarnya boleh dihindari sekiranya ada
usaha pencegahan kecederaan sukan. Justeru itu, kesedaran tentang
keselamatan sukan dan pengurusan risiko amat penting bagi kedua-dua
pihak jurulatih dan atlet.Dalam situasi sekolah, adalah
tanggungjawab semua guru terutamanya guru sukan untuk memberi
kesedaran kepada semua pelajar untuk cuba mencegah kecederaan
semasa bersukan. Maka, adalah mustahak bagi seseorang guru untuk
memahami isu-isu keselamatan dan mengetahui cara mengurus risiko
dalam sukan. Untuk menjamin guru-guru di sekolah mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan keselamatan dan risiko,
mereka perlu dididik dan dilatih dalam pengurusan keselamatan dan
risiko. Dengan adanya usaha dari aspek ini, semoga kes kecederaan
sukan di sekolah dapat dikurangkan ke tahap minimum.Sehubungan itu,
Unit 3 modul ini turut membincangkan isu keselamatan dalam sukan
individu di sekolah. Di samping itu, pengurusan risiko dalam sukan
individu turut dibincangkan. Tumpuan diberikan terhadap senario
sukan di sekolah. Semoga pelajar dapat mengetahui isu-isu
keselamatan yang wujud di sekolah, pada masa yang sama, pelajar
dapat belajar cara pengurusan keselamatan dan risiko seterusnya
cuba mengaplikasi dan menguasai kemahiran mengurus keselamatan dan
risiko terhadap senario sukan di sekolah supaya pelajar dapat
mengamalkan sikap dan tingkahlaku utamakan keselamatan semasa
bersukan.
ISU KESELAMATAN DALAM SUKAN INDIVIDU
Dengan adanya polisi 1 Murid 1 Sukan, bersukan merupakan salah
satu komponen yang wajib dalam kurikulum sekolah. Secara tidak
langsung, semua pelajar diwajibkan untuk melibatkan diri dalam
sukan di sekolah. Sebagaimana yang kita ketahui, penglibatan sukan
yang aktif akan mendedahkan pelajar kepada risiko yang lebih tinggi
untuk cedera semasa bersukan. Justeru itu, penglibatan pelajar
dalam sukan mestilah dilaksanakan di bawah persekitaran dan situasi
yang dapat menjamin keselamatan secara maksimum. Penjagaan yang
khusus perlu diamalkan demi untuk keselamatan pelajar yang aktif
dalam sukan. Jika tidak, kadar kecederaan sukan di sekolah akan
meningkat kerana penglibatan sukan pelajar semakin menambah dengan
pelaksanaan polisi 1 Murid 1 Sukan. Jurulatih dan guru sukan di
sekolah perlu ada kesedaran mengenai isu keselamatan dalam sukan
seterusnya mengambil berat dan mengaplikasikan langkah-langkah
menjaga keselamatan pelajar semasa bersukan.
Modul 29Sukan IndividuMengambil bahagian sukan secara selamat
dapat menggalakkan penyertaan sukan secara berterusan. Masalah
obesiti kian meningkat di sekolah. Penglibatan dalam sukan secara
berterusan dapat menghindari masalah obesiti dalam sekolah. Di
samping itu, bersukan juga boleh mencegah penyakit kronik dan
masalah mental. Pelajar yang suka bersukan mempunyai personaliti
yang lebih mesra, yakin dan suka bersosial secara sihat.
Huraikan mengapa keselamatan semasa bersukan adalah amat penting
dan perlu dititikberatkan di
sekolah._______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
PENGURUSAN RISIKO BERTUMPUKAN SENARIO DI SEKOLAH
Pendidikan kejurulatihan amat penting bagi jurulatih dan guru
sukan. Apabila jurulatih dan guru sukan dididik dengan kesedaran
kepentingan menjaga keselamatan semasa bersukan di sekolah,
langkah-langkah untuk menjaminkan keselamatan pelajar semasa
bersukan seharusnya diambil. Tindakan-tindakan yang disenaraikan
boleh dijadikan sebagai garis panduan dan digunapakai oleh
jurulatih, guru sukan dan pegawai sukan dalam menjamin keselamatan
dalam sukan.
Tindakan Menjamin Keselamatan1.Penyeliaan Ketat2.Pakaian
Sesuai3.Peralatan Selamat Diguna4.Tempat Bertanding
Selamat5.Persekitaran Selamat
1.Penyeliaan KetatBerikut adalah garis panduan penyeliaan ketat
oleh jurulatih dan guru sukan di sekolah bagi menjamin keselamatan
pelajar:a. Mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa
bagi membolehkan pelajarmewakili sekolah dalam sukan individu.
Failkan surat kebenaran daripada ibubapa dan simpan dengan baik.
Pelajar yang tidak hantar surat kebenaran atau tidak dibenarkan
oleh ibubapa adalah sama sekali tidak boleh mewakili sekolah
walaupun pelajar tersebut merupakan atlet terbaik.
Modul 30Sukan Individub. Kebajikan pelajar seperti penjagaan
kesihatan daripada pasukan perubatan bertauliahsemasa bertanding
mesti disediakan. Penyeliaan guru sukan mestilah dipantau secara
ketat dan perlu sentiasa dikekalkan.c. Semua pasukan sukan yang
mewakili pertandingan peringkat sekolah mesti dikawal olehguru
sukan, jurulatih dan pegawai sukan yang berpengalaman dan mempunyai
kelayakan profesional.d. Dalam kes kecederaan yang dialami oleh
pelajar yang mungkin mendatangkan implikasiyang serius, tindakan
yang sesuai seharusnya diambil oleh guru sukan, jurulatih dan atau
pengawai yang bertugas. Pelajar semestinya dirujuk ke hospital,
pusat kesihatan atau klinik untuk pemeriksaan dan penjagaan yang
sewajarnya. Pelajar yang cedera perlu diselia dengan ketat dan
ibubapa perlu diberitahu dengan kadar segera.
e. Dalam semua kes kecederaan, guru sukan perlu merekodkan
perincian kecederaan didalam buku rekod kemalangan sekolah seberapa
cepat yang mungkin. Simpan fail tersebut dengan baik dan rekod
perlu dianggap sulit.
2. Pakaian Sesuai
a. Pelajar diminta untuk memakai pakaian yang sesuai mengikut
sukan yang diceburi.Pastikan pakai pakaian yang dibuat dengan kain
yang boleh serap peluh dan tidak memerangkap haba kecuali pakaian
renang. Bahan buatan pakaian renang adalah tidak sama dengan baju-T
pemain badminton, di mana bahan buatan pakaian badminton mestilah
daripada bahan yang boleh serap peluh dan tidak memerangkap haba.
Manakala kain pakaian renang mestilah yang tidak serap cecair
supaya ia menjadi lebih ringan dan tidak menjadi rintangan semasa
berenang. Jikalau berenang dengan baju-T buatan kain cotton, kain
jenis ini mempunyai daya serap cecair yang kuat dan akan menjadi
berat apabila basah. Jelas sekali, pakaian jenis ini amat tidak
sesuai kerana ia akan menjadi satu rintangan semasa berenang.
Rajah 1: Pakaian renang untuk kanak-kanak lelaki dan
perempuan
Modul 31Sukan Individub. Pakai kasut yang sesuai untuk sukan
yang berbeza. Jangan sekali-kali pakai kasut yangsama untuk semua
jenis sukan yang diceburi kerana ia akan mencederakan kaki.
Contohnya, adalah tidak wajar memakai kasut berjoging untuk bermain
tenis.
Rajah 2: Pakai kasut berjoging yang sesuai untuk aktiviti
berlari
c. Tapak kasut adalah direka khas untuk menyesuaikan keperluan
teknik bermain bagi setiapsukan. Kasut yang sesuai untuk tenis,
ping pong, dan skuasy adalah kasut yang bertapak getah dengan corak
bunga yang lebih halus berbanding dengan kasut yang digunakan untuk
berjoging. Beli kasut yang mempunyai pelapik untuk menyerap impak
dan daya hentakan semasa bersukan kerana impak dan daya hentakan
yang berlebihan dan berterusan akan mencederakan atlet terutamanya
di bahagian anggota bawah badan contohnya kecederaan di pergelangan
kaki atau lutut.
Rajah 3 : Contoh tapak kasut getah sukan gelanggang
Modul 32Sukan Individud. Kasut pemain mesti diperiksa secara
teliti sebelum setiap pertandingan. Pemain tidakdibenarkan untuk
mengambil bahagian sekiranya memakai terlalu banyak aksesori yang
mempunyai sudut tajam kerana ini mungkin akan mengakibatkan
kecederaan.
Rajah 4 : Kasut spike yang tajam untuk acara larian adalah
dibenarkan
e. Pemain sukan adalah digalakkan untuk memakai alat pelindung
yang sesuai berdasarkanjenis sukan yang diwakili. Pelajar
seharusnya digalakkan untuk memakai alat pelindung yang diluluskan
mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, memakai alat pelindung lutut,
pergelangan kaki, siku, atau pergelangan tangan untuk sukan tenis,
ping pong, badminton, skuasy, olahraga dan lain-lain lagi mengikut
keperluan.
Rajah 5: Sarung pelindung untuk pergelangan tangan, dan dua
jenis pelindung sokongan untuk siku
Modul 33Sukan Individu
Rajah 6: Sarung pelindung untuk lutut (kiri) dan pelindung
sokongan untuk pergelangan kaki (kanan)
f. Untuk atlet perenang, mesti pakai goggles semasa berenang
supaya penglihatan jelas danmata dapat dilindungi daripada air yang
memedihkan.
Rajah 7: Goggles perlu dipakai semasa berenangg. Pastikan semua
alat pelindung dipakai dengan cara yang betul dan di bahagian
anggotabadan dan tepat. Jurulatih, guru sukan dan pegawai sukan
boleh membantu dalam pemakaian alat pelindung serta memantau atlet
supaya sentiasa memakainya dan tidak menanggalkan alat pelindung
tanpa kebenaran.
3.
Peralatan Selamat Diguna
Modul Sukan Individu
34
a. Jurulatih atau guru sukan mesti pastikan peralatan sukan yang
digunakan adalah selamat.Periksa setiap peralatan dengan teliti dan
pastikan peralatan tersebut adalah dalam keadaan yang elok dan
selamat digunapakai. Jangan sekali-kali benarkan pelajar
menggunakan peralatan yang telah rosak dan uzur kerana besar
kemungkinan peralatan tersebut akan mencederakan atlet yang
menggunakannya semasa berlatih atau bertanding.b. Jurulatih dan
guru sukan mesti mempunyai pengetahuan mengenai saiz dan
beratperalatan yang sesuai mengikut peringkat umur untuk setiap
sukan yang dilatihnya. Contohnya, saiz dan berat peluru untuk acara
lontar peluru adalah berbeza untuk setiap kumpulan umur. Begitu
juga dengan saiz dan panjang lembing untuk acara merejam
lembing.
Rajah 8: Acara merejam lembing perlu diselia ketat kerana
berisiko tinggi mengalami kecederaan
4.Tempat Bertanding Selamata. Jurulatih, guru sukan, dan pegawai
sukan seharusnya memastikan permukaan tempatatau kawasan bertanding
sesuai untuk bermain. Contohnya, periksa permukaan gelanggang
tenis, skusy atau badminton samada dalam keadaan baik dan selamat
digunakan. Jika gelanggang menjadi tidak rata kerana sudah uzur,
jangan benarkan apa-apa pertandingan dijalankan di gelanggang
tersebut. Ini adalah disebabkan gelanggang yang tidak rata dan
rosak akan mengundang kecederaan. Untuk sukan olahraga, pastikan
padang tidak basah, tidak berlubang-lubang, rata, dan tidak
berbatu-batu supaya atlet tidak cedera akibat tergelincir,
terseliuh, terjatuh dan lain-lain punca kecederaan yang
Modul 35Sukan Individu
mencabar keselamatan. Pastikan semua sampah terutamanya kaca,
botol kosong dan tinminuman yang mungkin mencederakan atlet dibuang
di dalam tong sampah.b. Bagi sukan renang, pastikan kolam renang
adalah dalam keadaan yang selamatdigunakan. Periksa suhu air di
dalam kolam untuk memastikan ianya mengikut ketetapan. Kandungan
klorin mestilah seperti yang dibenarkan supaya tidak mendatangkan
kesan sampingan terutamanya pada kulit atlet.
c.Pastikan tandas, bilik mandi, bilik salin, bilik rawatan
adalah kemas dan bersih digunakan.d. Bendera sudut dan lain-lain
petanda seharusnya diperbuat daripada bahan yang tidakmencederakan.
Jika kemalangan berlaku, sekurang-kurangnya ianya tidak menerukkan
keadaan kecederaan.
e. Pegawai sukan mesti memastikan penonton atau sesiapa yang
bukan pemain seharusnyaditempatkan jauh daripada garisan tepi atau
berada di luar tempat bermain semasa permainan atau pertandingan
sedang berlangsung. Penonton boleh juga mengakibatkan kecederaan
sekiranya berlaku pergaduhan atau ketidakpuasan.
f. Jurulatih, guru sukan dan pegawai sukan adalah dinasihatkan
bagi menyediakan satusenarai semakan untuk memastikan keselamatan
tempat bertanding diambilkira. Tindakan segera harus diambil kalau
tempat bertanding didapati kurang selamat. Keputusan samada
memperbaiki atau menukar tempat bertanding perlu dibuat dengan
segera bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku di
tempat bertanding.
5.Persekitaran Selamata. Semasa bermain atau bertanding,
jurulatih, guru sukan atau pegawai sukan mesti pastikanpersekitaran
bertanding adalah selamat.
b. Perlu perhatikan keadaan cuaca semasa latihan atau
pertandingan. Latihan ataupertandingan mesti diberhentikan semerta
sekiranya hujan walaupun tidak lebat.c. Perhatikan kilat. Biasanya
apabila guruh akan diikuti dengan kilat. Kilat adalah di
luarkawalan dan terlalu bahaya. Jurulatih, guru sukan dan pegawai
sukan perlu mengambil perhatian yang sepenuhnya kerana jika ditimpa
kilat, seseorang itu mungkin akan mati. Pegawai sukan sewajibnya
menghentikan segala latihan atau pertandingan jika ada kilat.
Keputusan memberhentikan pertandingan adalah muktamad. Keselamatan
pemain adalah lebih penting daripada menang atau kalah. Jika ada
kilat, jurulatih, guru sukan, dan pegawai sukan perlu terus bawa
pelajar ke dalam bangunan atau ke tempat yang berbumbung. Untuk
bermain atau bertanding semula di luar, jurulatih, guru sukan dan
pegawai sukan dinasihatkan untuk menunggu sekurang-kurangnya 30
minit selepas kilat berhenti.
Modul 36Sukan Individu
Rajah 9: Ditimpa kilat boleh mendatangkan mautd. Berlatih atau
bertanding dalam keadaan cuaca yang terlalu panas akan
mengakibatkanstrok haba. Hentikan latihan atau pertandingan segera
tanpa raguan. Ini adalah kerana apabila cuaca terlalu panas, pemain
mungkin akan mengalami dehidrasi. Pemain perlu digalakkan untuk
mengambil minuman sebelum, semasa dan pada masa pertandingan atau
latihan. Air sejuk adalah minuman yang paling sesuai berbanding
dengan air suam atau panas.
Rajah 10: Pastikan minum air/minuman yang mencukupi sebelum,
semasa dan pada masa bersukan untuk mengelakkan dehidrasi
e. Hati-hati juga dengan cuaca yang sejuk. Untuk pemain yang
kurus, dia mungkin tidakdapat bertahan untuk bermain dalam cuaca
yang sejuk kerana ini akan mengakibatkan kehilangan haba badan
dengan cepat.
Huraikan tindakan yang perlu diambil oleh jurulatih, guru sukan,
dan pegawai sukan dalam pengurusan risiko dalam
sukan.______________________________________________________________
______________________________________________________________
____________________________________________________________
Modul 37Sukan IndividuPERTIMBANGAN KESELAMATAN DALAM SUKAN
PERINGKAT SEKOLAH
Untuk menjamin keselamatan dalam sukan individu, beberapa
pertimbangan keselamatan perlu diambil berat secara serius oleh
semua pihak yang melibatkan diri dalam sukan.
1. Setiap sekolah sepatutnya mempunyai program latihan dan
program kejurulatihan yangterancang serta kaiteria pemilihan yang
sistematik untuk memilih wakil pemain pasukan sukan. Latihan yang
dirancang dan diikuti oleh atlet sukan seharusnya sesuai dengan
keadaan fizikal pemain. Program latihan yang dirancang dengan rapi
membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas sukan pilihan dengan
teknik yang betul. Penguasaan kemahiran asas yang baik dapat
menjamin keselamatan kerana pelajar dapat melakukan kemahiran
tersebut dengan aksi yang betul dan sempurna. Aksi yang salah akan
mendatangkan risiko yang tinggi untuk cedera.
2. Jurulatih, guru sukan perlu berhati-hati dengan intensiti,
kekerapan, dan tempoh latihansemasa melatih pemain. Bebanan latihan
yang berlebihan akan mengakibatkan pemain burn out, terlebih
latihan, dan tidak memberi peluang untuk sembuh (recovery)
sepenuhnya bukan sahaja daripada penat lesu ataupun juga daripada
kecederaan lampau.3. Jurulatih, guru, dan pegawai sukan seharusnya
sedar tentang kekuatan fizikal danpersediaan fizikal yang
diperlukan oleh sesuatu aktiviti sukan. Pelajar sepatutnya dipilih
berdasarkan kebolehan dan kesesuaiannya terhadap sukan yang
dipilih.
4. Pelajar hanya dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti sukan yang rencaksekiranya pelajar tersebut mempunyai
kecergasan yang tinggi. Kecederaan boleh berlaku jika pemain tidak
cukup kecergasan. Pelajar perlu mengetahui dan memahami limitasi
kecergasan diri sebelum bersukan. Terlalu mencabar kepada limitasi
diri akan mengundang kepada kecederaan.5. Jurulatih, guru, dan
pegawai sukan mesti mengenal pasti pelajar yang sedang
mengalamikecederaan dan belum sembuh sepenuhnya. Jikalau pelajar
telah dikenal pasti sedang mengalami kecederaan, dia wajib dihalang
untuk mengambil bahagian dalam sukan. Ini adalah untuk mengelakkan
kecederaan bertambah teruk.
6. Pelajar tidak seharusnya kembali bermain selepas kecederaan
melainkan kecederaantersebut telah disahkan sembuh sepenuhnya oleh
pakar perubatan bertauliah. Sekiranya terdapat apa-apa kemusykilan
mengenai situasi kecederaan, adalah baik pelajar tersebut dihalang
terus bermain sehingga disahkan selamat bermain oleh pakar
perubatan.
7. Keadaan kesihatan pemain haruslah dikuasai dengan penyeliaan
yang ketat. Setiappemain mesti dijalani pemeriksaan fizikal secara
spesifik sebelum bertanding. Dapatkan laporan kesihatan. Hanya
individu yang mempunyai kesihatan yang baik dibenarkan mengambil
bahagian dalam pertandingan sukan.
Modul 38Sukan Individu8. Pastikan pemain tidak letih lesu
(fatigue), stres, dan tertekan dengan hasrat mesti menangsemasa
bertanding. Status emosi pemain yang tidak stabil akan mengganggu
prestasi pemain seterusnya menjejaskan standard dan kualiti
prestasi pemain. Secara tidak langsung, pemain terdedah kepada
risiko kecederaan, seterusnya menjejas keselamatan.
9. Semua pemain mesti mahir tentang undang-undang dan peraturan
sukan. Jurulatih, gurusukan, dan pegawai sukan seharusnya
memastikan pelajar akur dan bermain mengikut undang-undang dan
peraturan sukan tertentu.
10. Jurulatih, guru, dan pegawai sukan seharusnya mengambil
langkah berhati-hati untukmelindungi pelajar daripada kesan keadaan
cuaca yang teruk termasuk menyediakan kawasan teduh untuk penonton,
perlindungan matahari oleh pemain, serta bekalan minuman yang
mencukupi.
11. Sebelum bersukan, semua pelajar mesti melakukan aktiviti
regangan yang mencukupimengikut keperluan sukan pilihan. Adalah
baik sekiranya jurulatih, guru sukan dapat memantau aktiviti
regangan supaya pelajar melakukannya dengan teknik yang betul serta
sikap yang bersungguh-sungguh.
Rajah 11: Aktiviti regangan adalah wajar sebelum bersukan
Modul 39Sukan Individu12. Jurulatih, guru, dan pegawai sukan
seharusnya memastikan pelajar melakukan aktivitimemanaskan badan
dan menyejukkan badan yang memadai mengikut keperluan sukan
masing-masing. Aktiviti memanaskan badan dapat menyediakan pemain
dari segi fizikal dan mental. Manakala aktiviti menyejukkan badan
dapat membantu pelajar supaya dapat pulih lebih cepat daripada
penat lesu selepas bersukan.
Rajah 12: Memanaskan dan menyejukkan badan adalah wajar untuk
atlet demi menjamin keselamatan sukan
13. Jika boleh, pastikan pihak sekolah menyediakan seorang
individu yang mempunyaikelayakan pertolongan cemas yang terkini
bersama dengan pemain di tempat bertanding. Langkah ini adalah
untuk menjamin keselamatan pelajar, pada masa yang sama boleh
mengelakkan kecederaan menjadi lebih teruk.14. Jurulatih, guru
sukan, dan pegawai sukan mesti sentiasa membawa peti
pertolongancemas (first aid box) yang sempurna setiap kali berlatih
atau bertanding. Pastikan kandungan peti pertolongan cemas adalah
sentiasa dilengkapi dengan bahan-bahan yang wajib ada. Jangan
simpan bahan yang telah luput tarikh penggunaan kerana ia amat
merbahaya jikalau disalahgunakan.
Modul 40Sukan Individu
Rajah 13: Kandungan peti pertolongan cemas
Modul 41Sukan Individu
15. Asas penjagaan kebersihan pemain seharusnya diselia rapi
dengan merujukkan manualperubatan dan kesihatan semasa menggunakan
bahan-bahan dalam peti pertolongan cemas.
16. Kalau boleh, sentiasa sediakan ais semasa berlatih atau
bertanding. Ais sangat bergunauntuk meredakan kecederaan. Fungsi
ais adalah untuk menghilangkan kesakitan, hilang bengkak,
perlahankan pendarahan berlaku, memperlahankan pengaliran darah
seterusnya meredakan kecederaan. Ais juga boleh digunakan setiap
kali tamat latihan untuk menghilangkan keletihan otot serta
mempercepatkan kadar penyembuhan daripada letih lesu (fatigue).
Bincangkan kepentingan persediaan peti pertolongan cemas semasa
bersukan.________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
Huraikan tindakan yang perlu diambil oleh jurulatih, guru sukan,
dan pegawai sukan dalam pengurusan risiko
sukan._______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
Bincangkan empat tanggungjawab jurulatih, guru sukan, dan
pegawai sukan dalam menjamin keselamatan sukan di sekolah.
12
34
Modul 42Sukan Individu
RUMUSAN
Sukan digemari ramai bukan setakat daripada orang dewasa tetapi
kanak-kanak juga. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa bersukan
mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecederaan terutamanya
pada kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Walau bagaimanapun,
kajian telah menunjukkan 50% kecederaan sukan dapat dicegah
sekiranya langkah menjamin keselamatan diambilberat oleh semua
pihak yang melibatkan diri dalam sukan. Jurulatih, guru sukan, dan
pegawai sukan, tidak ketinggalan juga pemain/atlet itu sendiri
mesti mempunyai kesedaran mengenai kepentingan menjaga keselamatan
semasa bersukan. Semua individu yang terlibat dalam sukan
sepatutnya dididik dengan pengetahuan pengurusan risiko dalam sukan
individu demi untuk mencegah kecederaan sukan. Jikalau semua pihak
sama-sama menitikberatkan langkah menjamin keselamatan semasa
bersukan, insiden kecederaan sukan pasti dapat dikurangkan.KATA
KUNCIAlat pelindung DehidrasiJurulatihKecederaan sukan
KecergasanKeselamatan KilatLetih lesuMemanaskan badan Menyejukkan
badan Pengurusan risiko Penyeliaan ketat Peralatan sukanPeti
pertolongan cemas
PENILAIAN KENDIRI1. Kajian menunjukkan bahawa kecederaan sukan
boleh dicegahkan. Bincangkan langkah-langkah pencegahan kecederaan
semasa bersukan.2. Jelaskan tanggungjawab pemain dalam menjamin
keselamatan semasa bersukan.3. Jelaskan mengapa keadaan
persekitaran adalah penting dalam menjamin keselamatan sukan.4.
Perihalkan kepentingan pemeriksaan peralatan sukan sebelum
bersukan.5. Apakah peranan alat pelindung dalam sukan?
Modul 43Sukan Individu
RUJUKANFlegel, M.J. (1997). Sport first aid. Champaign, IL:
Human Kinetics Publishers.Prentice William E. (2008). Essentials of
athletic injury management. Boston: McGraw Hill. Prentice William
E. (2011). Principles of athletic training. New York: McGraw
Hill.Laman sesawang:
http://www.sportssafety.org
http://www.det.nt.gov.au/www.nssousa.org/www.stopsportsinjuries.org/support.../child-safety-organizations.aspx
www.stopsportsinjuries.org/www.youthsportssafetyalliance.org/www.nlm.nih.gov/medlineplus/sportssafety.htmlwww.med.umich.edu/yourchild/topics/sportsaf.htmwww.sma.org.au/wp-content/.../05/childrensafetyguidelines-fulldoc.pdf
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
Modul 44Sukan IndividuUNIT 4
SUKAN GELANGGANG BADMINTON
1.Menguasai pengetahuan, kemahiran asas dan peraturan permainan
badminton.2.Mengurus dan mengelolaan pertandingan permainan
badminton.
Rajah 1 : Battledore and shuttlecock
PENGENALAN
Sejak abad kesebelas lagi, sejenis permainan yang menyerupai
badminton yang dicipta oleh sekumpulan askar British tetapi disebut
sebagai Battledore and shuttlecock Rajah 1, telah dimainkan.
Menurut Syed Hashim Alkhred, badminton, dipercayai berasal dari
india yang pada mulanya dikenali sebagai permainan poone (poona).
J.I Baldwin dipercayai memberi
Modul 45Sukan Individupandangan bahawa permainan itu akan
bertambah menarik jika bulu tangkis itu dipukul jauh dan tidak ke
arah pemain lawan. Justeru, terciptanya permainan badminton ini.
Yang menariknya, pada masa itu tidak ada kilang yang mengeluarkan
bulu tangkis, maka pemain terpaksa membuat bulu tangkis sendiri
dengan menggunakan apa jua bahan yang ada. Persoalannya, sejak
bilakah undang-undagn badminton diwujudkan bagi menentukan
ukuran-ukurang atau saiz gelanggang, bilangan pemain serta pungutan
mata?
ehinggalah 1893, apabila pelopor Persatuan Badminton England
ditubuhkan, maka wujudlah undang-undang yang menentukan ukuran atau
saiz gelanggang, bilangan pemain serta pungutan
Smata. Sejak itu, permainan badminton mula berkembang sebagai
sukan yang sebenar untuk
semua orang. Sukan ini boleh dimainkan oleh kaum wanita dan
lelaki, baik yang muda mahupun dewasa dan juga merupakan acara
pertandingan sukan yang semakin popular dalam kalangan golongan
kurang upaya. Badminton adalah antara beberapa jenis sukan yang
membolehkan wanita bertanding secara saksama apabila bergandingan
dengan lelaki dalam acara beregu; malahan, acara beregu, campuran
dianggap sebagai salah satu acara badminton yang menghiburkan.
ISI KANDUNGAN
ASAL USUL NAMA? SEJARAH PERKEMBANGAN BADMINTON DI TANAHAIR
KITA?
uke of Beauford telah menyaksikan sejenis permainan menggunakan
raket dan bulu tangkis di sebuah tempat bernama Badminton pada
tahun 1870. Beliau amat tertarik dengan permainan itu dan bersetuju
menamakan sebagai permainan badminton sempena namaDtempat permainan
itu ditemui.Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809.
Badminton yang dikenali sebagai Poona pada ketika itu telah
dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari
Syarikat East India di Suffolk House, kediaman bagi Captain Francis
Light. Kesan sejarah ini masih boleh dilihat di Methodist Boys
School di Ayer Hitam. Gambar permainan ini dimainkan oleh orang
perempuan dan juga pegawai British boleh dilihat di Muzium Pulau
Pinang.Permainan badminton telah dimainkan di E & O Hotel di
Pulau Pinang pada 1885 oleh isteri-isteri pegawai Syarikat East
India. Penduduk tempatan Pulau Pinang kemudian memainkan permainan
ini dalam versi mereka menggunakan bulu ayam. Bulu ayam juga boleh
disaksikan di Muzium Negara hari ini. Antara tahun 1920-1923,
George Thomas telah melawat Pulau Pinang. Beliau telah bermain
dengan penduduk tempatan Pulau Pinang dan mendapati mereka bermain
dengan baik. Beliau kemudian mencadangkan untuk menubuhkan satu
organisasi. Oleh itu adalah tidak menghairankan pada tahun 1925,
Persatuan Badminton Pulau Pinang telah ditubuhkan. Sekaligus
menubuhkan organisasi sukan pertama di negara ini.Seorang lagi
jaguh badminton yang tersohor iaitu J.F. Devlin yang merupakan ayah
kepada J Devlin yang terkenal kerana menjadi harapan utama pasukan
Piala Uber Amerika Syarikat. Beliau telah melawat Pulau
Modul 46Sukan Individu
Pinang dan Malaya antara 1929-1931. Setelah mendapati badminton
mempunyai begitu ramai pengikut di Malaya, beliau mencadangkan
penubuhan Organisasi Kebangsaan dan menganjurkan pertandingan
badminton peringkat kebangsaan. Ini telah mencetuskan penyertaan
Malaya di kejohanan antarabangsa. Semasa itu jugalah Persatuan
Badminton Perak telah ditubuhkan.
Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah
ditubuhkan. Presiden pertamanya ialah J.L Woods dari Perak. Seorang
tauke, Foong Seng kemudian telah diajak untuk menderma bagi
pertandingan piala antara negeri berpasukan untuk lelaki. Pada
1937, pertandingan Foong Seong Cup telah dimainkan Idi Perak dan
Pulau Pinang telah muncul sebagai juara pertama kejohanan itu.
Persatuan Badminton Malaya kemudian menyertai Federasi Badminton
Antarabangsa pada 1937.
SEJARAH PENCAPAIAN SUKAN BADMINTON DI TANAHAIR
Era 50-an -Wong Peng Soon menjadi pemain Malaysia pertama
memenangi acara perseorangan di All England-Eddy Choong dan David
Choong memenangi acara beregu All England-Ooi Teik Hock dan Ong Poh
Lim memenangi acara beregu.-Malaya memenangi Piala Thomas buat
pertama kali dengan menewaskan Denmark 8-1.
-Mean Joo Seang, Presiden Persatuan Badminton Malaya telah
menyumbangkan sebuah Challenge Trophy untuk Ladies Heah Cup. Ia
adalah pertandingan antara negeri yang melibatkan hanya pemain
wanita seperti Piala Uber, telah muncul sebagai juara pertama.-
Eddy Choong menjuarai perseorangan All England.-Malaysia tewas 3-6
di dalam kejohanan Piala Thomas kepada Indonesia di Singapura.-Tan
Kew San dan Lim Say Hap menjuarai beregu All England.Era 60-an -Tan
Yee Khan dan Ng Boon Bee menjuarai beregu All England.-Malaysia
memenangi Piala Thomas menewaskan Indonesia 6-3.-Tan Aik Huang
menjuarai perseorangan All England.Era 70-an -Pertandingan
Badminton Individu Remaja yang pertama diadakan.-Ng Boon Bee dan
Punch Gunalan menjuarai beregu All England.- Kejohanan remaja
berpasukan antara negeri yang pertama telah dianjurkan.
Era 80-an - Razif dan Jalani Sidek menjuarai beregu All
England.Era 90-an - Malaysia tewas kepada China di peringkat akhir
Piala Thomas.-Malaysia menewaskan Indonesia di pertandingan akhir
Piala Thomas 3-2.- Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock telah memenangi
pingat perak di Sukan Olimpik Atlanta.
UNDANG-UNDANG PERMAINAN BADMINTON
Modul Sukan Individu
47
Permainan badminton dimainkan di gelanggang oleh dua pemain
(bagi acara perseorangan) atau empat pemain (bagi acara beregu).
Pemain badminton menggunakan raket untuk memukul bulu tangkis
melepasi jaring yang direntang danmatlamat utama ialah menjatuhkan
bulu tangkis itu ke dalam gelanggang atau terkandas di jaring.
Pemain atau pasangannya yang berjaya mematikan bulu tangkislawan
akan diberi mata. Pemain atau pasangan pertama yang memperoleh mata
yang diperlukan akan digelar pemenang. Satu perlawanan ialah
pilihan permainan yang terbaik daripada tiga permainan. Badminton
sering dimainkan di dalam bangunan kerana bulu tangkisnya terlalu
ringan dan mudah ditiup angin.
GELANGGANG BADMINTONUkuran gelanggang badminton dipaparkan dalam
rajah 1 sepertimana terdapat di muka surat berikutnya. Permukaan
lantai gelanggang seelok-eloknya diperbuat daripada kayu walaupun
bahan binaan lain boleh digunakan selagi tidak licin atau
menyebabkan pemain tergelincir.
Tinggi jaring adalah 1.55m di tiang dan 1.524m di tengah-tengah
gelanggang.Dalam perseorangan, kawasan garisan pendek dikira luar
semasa servis.Dalam bergu, kawasan antara dua garisan belakang
adalah dikira luar semasa servis.Dalam perseorangan, kawasan
gelanggang adalah 6.10m x 13.40m (20 x 44) sementara Perseorangan
khususnya ialah 5.18m x 13.40m (17 x 44) (Rajah 2)
Modul 48Sukan Individu
Rajah 2: Gelanggang Badminton
PERALATAN:
Modul Sukan Individu
49
Bulu tangkisTerdapat dua jenis bulu tangkis yang asas, iaitu1.
Bulu tangkis asli; dan2. Bulu tangkis sintetik.
Soalan: 1. Apakah jenis bulu digunakan untuk membuat bulu
tangkis asli?2. Berapakah hilai bulu yang dicucukkan ke dalam gabus
untuk membuat bulu tangkis?
B
ulu tangkis asli menggunakan 16 helai bulu angsa yang dicucukkan
ke dalam gabus. Baha-gian bergabus ini dilindungi oleh selapisan
kulit yang nipis. Oleh sebab bulu ini mudah rosak, bulu
tangkis jenis asli harus diguna dengan teliti dan janganlah
dipukul ke lantai. Apabila bulunya rosak, pergerakan bulu tangkis
akan terjejas. Penggunaan bulu tangkis sintetik telah diluluskan
untuk dimainkan di kebanyakan tempat dan boleh didapati dalam
kelajuan yang berbeza. Lilitan bahan sintetik menggantikan bulu
angsa yang asli dan bahagian gabus digantikan pula dengan bahan
sintetik. Jika dibandingkan dengan bulu tangkis asli, bulu tangkis
sintetik bertahan lebih lama, lebih murah dan selalu digunakan oleh
golongan pemain baru dan kebanyakan pemain kelab yang mula
menikmati permainan ini.
Berat raket badminton zaman sekarang adalah kurang daripada 100
gram, membolehkan raket dihayun dengan kelajuan yang dapat mencapai
500 km sejam. Kebanyakan raket hari ini diperbuat daripada pelbagai
jenis logam. Sebab itulah, adalah penting untuk seseorang pemain
menguji seberapa banyak raket yang boleh sebelum memilikinya.
Memulakan PermainanToss perlu dibuat sebelum memulakan
permainanPihak pemenang boleh memilih membuat/menerima servis, atau
memilih petak gelanggang. Pihak yang kalah akan memilih pilihan
yang tinggal.
Tahukah andaSebaik sahaja servis dibuat, apakah batasan dan
larangan yang dikenakan berkaitan kedudukan pemain setiap pasangan
beregu?
P
Modul 50Sukan IndividuENGIRAAN MATAMata hanya diberi kepada
pemain atau pasangan yang menang satu-satu rali. Servis hanya
dibuat oleh pemain/pasangan yang menang satu-satu rali.Apabila skor
menjadi 20 sama, pihak yang mendapat 2 mata perbezaan dahulu dikira
sebagai pemenang; kecuali apabila mata 29 sama, maka pihak yang
mendapat 30 dahulu dikira sebagai pemenang.
Nota: Pemain-pemain sosial boleh mempunyai sistem pemberian mata
mereka sendiri seperti yang dipersetujui antara mereka
ServisPembuat/penerima servis berdiri bertentangan (diagonal) di
petak servis masing-masing. Semasa memukul bulutangkis (point of
contact), ia harus berada di paras bawah pinggang pembuat servis.
Shaft raket harus dihala ke bawah Impak pertama adalah di bahagian
belakang (cock) bulutangkis.Kedua-dua belah kaki pembuat/penerima
servis harus menyentuh gelanggang sehingga servis selesai dan tidak
berganjak. Pergerakan raket haruslah berterusan
Menerima servisPasangan yang menerima servis tidak boleh
bertukar petak sekiranya menang atau kalah dalam satu-satu rali;
hanya pasangan yang membuat servis dan menang dalam rali itu akan
bertukar. Selepas membuat servis, pemain-pemain bebas bergerak ke
mana-mana posisi dalam gelanggang.
Tahukah anda
Posisi penerima servis jelas ditentukan iaitu dalam lingkungan
separa petak yang seorang bertentangan dengan petak penservis.
Berapa lamakah dia perlu berdiri di situ?
PERLAWANAN BADMINTON
Modul Sukan Individu
51
Perlawanan/game atau match
Satu perlawanan mengandungi maksimum 3 perlawanan. Jika
seseorang/pasangan pemain telah memenangi 2 perlawanan
berturut-turut, perlawanan ketiga tidak perlu dimainkan. Perlawanan
ketiga hanya perlu sekira setiap pemain/pasangan masing-masing
memenangi satu game. Masa rehat tidak melebihi 120 saat diberi
antara perlawanan pertama dan kedua, dan antara game kedua dan
ketiga jika ada. Apabila mata 11 dalam mana-mana perlawanan, masa
rehat tidak melebihi 60 saat akan diberi. Jurulatih boleh memberi
tunjuk ajar pada bila-bila masa kecuali sewaktu rali; tetapi hanya
boleh bertemu pemain sewaktu rehat.
Perlawanan perseorangan
Pemain akan membuat servis petak kanannya apabila mata genap
(0,2,4 ) dan dari petak kiri apabila mata ganjil (1,3 .) Pembuat
servis harus membuat servis ke gelanggang bertentangan (diagonal).
Pemain yang menang dalam perlawanan pertama akan memulakan servis
dalam perlawanan berikutnya.
Perlawanan beregu
Pasangan yang membuat servis, jika menang rali itu, akan terus
membuat servis dan bertukar petak mengikut skor. Jika pasangan yang
membuat servis kalah dalam rali itu, servis akan berpindah kepada
pasangan lawan. Pembuat dan penerima servis hendaklah berada di
petak masing-masing. Semasa membuat servis, rakannya dan rakan
penerima servis boleh berada di mana-mana tempat dalam gelanggang
tetapi tidak menghalang pandangan pembuat dan penerima servis.
Pasangan yang memenangi perlawanan itu akan memulakan perlawanan
yang berikutnya.
Tahukah anda
Sebaik sahaja servis dibuat, apakah batasan dan larangan yang
dikenakan berkaitan kedudukan pemain setiap pasangan beregu?
Pertukaran gelanggang
Modul Sukan Individu
52
Apabila tamat game pertama (Rajah 2);apabila tamat game kedua
jika ada game ketiga; apabila skor 11 dalam game ketiga; jikalau
umpire terlupa, pertukaran serta-merta dilakukan apabila menyedari
tentang kesilapan tetapi tiada perubahan mata skor.
Rajah 3 : Pertukaran Gelanggang
Pemain dilarang seperti:
Dengan sengaja melambat-lambatkan permainan.Dengan sengaja
mengubahsuai iatau merosakkan bulutangkis dengan hasrat mengubah
kelajuan atau terbangan. Berkelakuan dengan offensive manner
K
EMAHIRAN ASASGenggaman atau pegangan asas atau grip
Dalam badminton, cara memegang raket adalah penting. Terdapat
berlainan cara tuk memegang raket iaitu setiap kelainan memberikan
tujuan yang tidak sama. Ia untuk
mengawal permukaan dan kepala raket. Genggaman yang tidak baik
akan menyebabkan kualiti dan kekuatan pukulan berkurangan. Pemain
harus tahu untuk menukar cara genggaman bergantung kepada jenis
pukulan yang ingin dilakukan.Sekiranya bulu tangkis berada di
sebelah kanan raket, jadi genggaman sebelah kanan digunakan.
Manakala jika di bahagian kiri raket, genggaman sebelah kiri
digunakan. Ia bergantung kepada arah bulu tangkis. Terdapat
pelbagai cara untuk mengajar pemain cara genggaman raket (grips)
(Rajah 4)
Pegangan asas sebelah kanan (Forehand):
Modul Sukan Individu
53
Pegang raket dalam keadaan selesa Tapak tangan diletakkan rata
di atas permukaan tali raket. Tangan yang memegang raket
diluncurkan menuju ke bawah raket, bermula dari syaf(shaft) menuju
ke pemegang raket (handle). Tangan digoyang perlahan dengan
pemegang. Jika dilihat, bentuk V akan terbentuk di antara ibu jari
dan jari yang lain. Jari telunjuk dijauhkan sedikit dari jari yang
lain dengan keadaan tinggi berbanding ibujari di bahagian atas
pemegang raket. Raket digenggam/ dipegang dalam keadaan longgar dan
tidak terlalu ketat. Jari-jari hanya akan diketatkan apabila ingin
membuat pukulan. Genggaman kuatndiperlukan apabila lebih kekuatan
atau tekanan digunakan. (Lihat Rajah 4 di sebelah)
Rajah 4 : Cara genggaman asas
Pegangan Asas Pukulan Kilas (Backhand)Pukulan asas kilas
digunakan apabila bulutang