1 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014 SUKAN INDIVIDU (QGJ3053) DISEDIAKAN OLEH NAMA NOMBOR MATRIK SARASWATHI A/P SANJIRAYAN NOMBOR KUMPULAN NAMA PENSYARAH D20112054365 UPSI04(A141PJJ) DR.LEE AI CHOO PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK. TAJUK TUGASAN 1 Program Latihan Acara Padang: Lompat Tinggi
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
SUKAN INDIVIDU (QGJ3053)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NOMBOR MATRIK
SARASWATHI A/P SANJIRAYAN
NOMBOR KUMPULAN
NAMA PENSYARAH
D20112054365
UPSI04(A141PJJ)
DR.LEE AI CHOO
PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.
TAJUK TUGASAN 1
Program Latihan Acara Padang: Lompat Tinggi
2 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. Program Latihan Acara Padang Lompat Tinggi
i. Tajuk Program Latihan
ii. Tempoh Masa Program Latihan
iii. Matlamat Program Latihan
iv. Tempoh Masa Sesi Latihan
v. Jumlah murid yang dilatih
vi. Alatan yang diperlukan
vii. Jadual Program Latihan
viii. Objektif Setiap Ansur Maju Latihan
ix. Perincian Aktiviti Ansur Maju Kemahiran
x. Variasi Latih Tubi Kemahiran
xi. Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan
xii. Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program
Latihan
xiii. Aspek Keselamatan yang Harus Diutamakan
xiv. Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan Peringkat
Daerah
xv. Penutup
Bibliografi
3-28
29
2. Penganjuran Pertandingan Sukan Individu Pilihan 31-69
3 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
PENGENALAN
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah
yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar
kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi
sumber pendapatan.Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat
kegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran atau
dikenali sebagai “benchmarks” terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan sebagainya.
Definisi sukan individu.
Sukan individu pula didefinisikan sebagai satu aktiviti yang dilakukan secara individu atau daya
saing dalam bentuk permainan.
JENIS-JENIS SUKAN INDIVIDU
Terdapat pelbagai jenis sukan individu yang sangat terkenal di Negara kita. Antaranya acara
balapan dan padang merupakan sukan individu yang paling digemari atlet-atlet. Antara contoh-
contoh sukan individu yang boleh dinyatakan disini ialah:
Lompat Jauh
Lontar Peluru
Rejam Lembing
Lompat Tinggi
4 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
Lempar Cakera
KEPENTINGAN SUKAN INDIVIDU.
Kepentingan sukan individu dalam pembangunan domain psikomotor memberi tumpuan kepada
perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Aspek ini melibatkan beberapa prinsip
asas seperti kekuatan,ketentuan,daya tahan kardiovaskular dan otot,ketangkasan,kepantasan dan
kelajuan. Dalam pelajaran pendidikan jasmani mempunyai kemampuan untuk menghasilkan
aktiviti yang sesuai kepada pelajar, melalui proses pembelajaran yang berkesan untuk memenuhi
keperluan pelajar. Proses program-program yang terancang dalam aktiviti kokurikulum sekolah
boleh diambil kira oleh murid-murid dalam struktur utama seperti sekolah dan keperluan pelajar
seperti kecergasan,kemahiran,kekuatan otot,daya tahan otot dan pengamatan motor. Domain
psikomotor adalah kemampuan yang menyangkut kegiatan otot dan fisik.
Manakala kepentingan sukan individu dalam pembangunan domain kognitif pula melibatkan
pengumpulan keupayaan berfikir serta menginterpretasi. Pembangunan kognitif juga melibatkan
ransangan pemikiran yang terdiri daripada elemen kreativiti, penyelidikan, perkaitan,
kebolehan,pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar, misalnya
dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengetahuan tentang
disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti lebih menarik,berfaedah dan
bermakna. Kebaikan pendidikan luar boleh memberi kekuatan fizikal, tetapi seharusnya dapat
memberi kekuatan kognitif. Selain itu, pendidikan jasmani bukan sahaja memberi latihan fizikal
tetapi unsur kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, pemahaman, penilaian dan
kreativiti.
Menyedari akan kepentingan sukan individu untuk pelajar-pelajar sekolah maka sebuah program
latihan sukan individu telah dipilih dan diberi latihan intensif kepada murid-murid yang telah
dipilih. Sukan individu yang telah dipilih merupakan acara padang iaitu acara Lompat Tinggi.
5 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
Program Latihan ini di rancang selama dua bulan bagi acara lompat tinggi supaya pihak sekolah
dapat memilih murid yang berbakat untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Sukan peringkat
daerah.
LOMPAT TINGGI.
Lompat tinggi merupakan acara padang yang Popular dalam mana-mana kejohanan
sukan olahraga. Acara ini juga Memerlukan para peserta melompat melepasi palang. Dalam
pertandingan, palang akan dinaikkan setelah peserta berjaya melepasi ketinggian palang yang
diletakkan.Setiap peserta akan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan
melepasi sesuatu ketinggian palang.Sekiranya peserta gagal sebanyak tiga kali berturut-turut,
maka dia dikira gagal. Para peserta yang menyertai acara ini perlu melompat setinggi yang dapat
dilakukan, untuk menentukan kemenangan mereka dalam acara tersebut.
SEJARAH LOMPAT TINGGI
Lompat tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara lompat tinggi
telah diperkenalkan dalam sukan Olimpik. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad
ke-19 apabila suatu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan
professional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang
6 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat
setinggi 1.83 meter. Cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan lompatan
yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang
diikat pada dua batang kayu yang dicucuk pada tanah.
Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada
kedudukan static atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan
berdiri dan menegak. Beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari masa ke
semasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut berubah serta
keadaan-keadaan tertentu.
Contohnya pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat
dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang.
Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat
mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelum itu hanya pasir.
7 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
KERTAS KERJA
PERANCANGAN PROGRAM LATIHAN UNTUK ACARA LOMPAT TINGGI
1. TAJUK PROGRAM LATIHAN:
Program Kecemerlangan Lompat Tinggi Atlet SJK(T) Sithambaram Pillay Teluk Intan.
2. TEMPOH LATIHAN:
Program kecemerlangan lompat tinggi atlet SJK(T) Sithambaram Pillay ini merupakan program
yang dirancang selama dua bulan. Tempoh masa dua bulan ini agak sesuai untuk murid-murid
yang dipilih untuk mengenali fasa-fasa latihan , peraturan , latihan ansur maju dan kesalahan
yang harus dielakkan oleh setiap atlet lompat tinggi.
Latihan ini dibahagikan kepada 8 minggu. Sebuah jadual waktu perancangan yang telah
dirancang untuk latihan murid bagi memenuhi tempoh masa yang ditetapkan sebelum beraksi di
kejohanan Daerah.
3. JUMLAH MURID YANG DILATIH:
Sebuah pemilihan khas akan dijalankan di sekolah SJK(T) Sithambaram Pillay untuk
mengenalpasti bakat yang terdapat dalam murid bagi acara Lompat Tinggi. Pemilihan ini dibuka
untuk murid-murid tahap 2 yang terdiri daripada Tahun 4 , 5 dan 6. Setelah selesai sesi pemilihan
maka pihak sekolah telah memilih 6 orang murid untuk menjalani latihan insentif kecemerlangan
lompat tinggi atlet SJK(T) Sithambaram Pillai Teluk Intan.
4. PERALATAN YANG DIPERLUKAN
Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan
lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga
8 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-
peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Tiang Lompat Tinggi.
Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan
sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat
satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat
bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.
Palang Lompat Tinggi
Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang
sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak
kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat
sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.
9 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
Kawasan Mendarat
Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian
kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan
pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum
beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada
satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi
acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk
segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua
tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk
pendaratan peserta.
10 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian
kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan
pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum
beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada
satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi
acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk
segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua
tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk
pendaratan peserta.
Pita Pengukur
Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap
peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan.
Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses
pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.
11 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
Landas Lari dan Kawasan Lonjak
Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan
mengikut peraturan 1 (a) , (b) dan (c) yang jarak minimumnya ialah 20m. jika keadaan
mengizinkan , jarak minimum ini sepatutnya 25m.
Keseluruhan kecerunan maksimum pada 15m terakhir landas lari dan kawasan lonjak berbentuk
separuh bulatan yang pusatnya terletak di tengah-tengah di antara tiang-tiang tegak dan berjejari
minimum seperti yang dinyatakan dalam peraturan 182.3 itu tidak melebihi 1: 250. Kawasan
mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet ke arah kecerunan menurun.
Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah peraturan 182.4 dan Manual
Trek dan Padang IAAF.
5.JADUAL PROGRAM DATA.
FASA –FASA LATIHAN TEMPOH MASA
1, Penujuan 10 minggu
2. Lonjakkan 10 minggu
12 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
3.Layangan 10 minggu
4.Pendaratan 10 minggu
5.Latihan lompatan keseluruhan 20 minggu
FASA –FASA LOMPATAN DALAM LATIHAN.
a) Penujuan
Dalam 10 hari yang pertama , murid akan diberikan pengkhususan dalam fasa penujuan. Dalam
fasa ini, pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari
sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat
dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk
melompat pada langkah yang terakhir.
b) Lonjakan
Dalam 10 hari yang seterusnya , murid akan diberikan pengkhususan dalam fasa lonjakan.
Dalam fasa ini murid akan membuat lonjakan. Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan
melonjak, pelompat hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan
bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakann ini, kaki
bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan
menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.
c) Layangan
Setelah membuat lonjakan, fasa layangan akan melatih ,badan dan kaki bebas pelompat berada
dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki
bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat
direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat
13 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa
diluruskan. Fasa ini akan dilatih selama 10 hari yang seterusnya.
d) Pendaratan
Ketika di fasa pendaratan pula murid akan dilatih untuk memusingkan badannya dan mendarat di
atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.ini merupakan fasa terahkir dalam latihan
lompat tinggi. Latihan dalam fasa ini akan dijalankan selama 10 hari yang seterusnya.
e) Lompatan keseluruhan
Dalam fasa ini, murid akan dilatih sepenuhnya untuk mengunakan kesemua skil yang telah
dipraktikkan selama 40 hari secara sepenuhnya. Dalam fasa ini murid yang berkebolehan boleh
dikenalpasti dan bakat dapat diasah lagi untuk menempuh kejohanan yang akan datang. Dan ini
merupakan fasa yang terpenting dalam sesi latihan yang akan dijalankan. Maka latihan dalam
fasa ini akan dijalankan selama 20 hari yang akan datang.
6. TEKNIK YANG DIKENALPASTI.
Terdapat beberapa gaya lompat tinggi yang selalu akan digunakan untuk lompatan lompat tinggi.
Antaranya ialah gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.
Gaya gunting
14 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
Dalam gaya ini pelompat akan menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang
berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk
berlunjur
Gaya Timur
Dalam gaya ini , pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa
melonjak, kaki bebas diayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang
secara mengiring.
Gaya guling barat
Dalam gaya ini ,penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat
melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan
bengkok semasa pelompat „ berguling‟ selari dengan palang untuk membuat pelepasan.
15 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
Gaya pelana
Gaya ini hampir sama dengan gaya Guling Barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut.
Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-
olah meniarap di atas palang.
Gaya Fosbury Flop
Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu
teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian
belakang atau bahu dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian
tengkuk. Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar
tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Gaya ini merupakan gaya yang sesuai untuk
digunakkan dalam latihan bagi program Kecemerlangan Lompat Tinggi Atlet SJK(T)
16 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
Sithambaram Pillai Teluk Intan. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi
digunakan semasa pelajaran atau latihan. Berikut ini merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam
gaya Fosbury Flop.
1) Penujuan
Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir
itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi
palang dengan bahagian belakangnya dahulu.
2) Lonjakan
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung,
kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang hamper selari dengan
palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan diayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi
dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan
untuk membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.
3) Layangan
Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang sambil melentikkan badan. Tangan diletakkan
di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lantikan badan
ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan
pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak ke atas.
Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaan
untuk pendaratan.
17 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
4) Pendaratan
Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah
kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang
badannya.
7. LATIHAN ANSUR MAJU.
Latihan ansur maju dalam acara lompat tinggi dengan gaya Fosbury Flop terbahagi Kepada 5
bahagian. Latihan ansur maju ini bertujuan untuk mengasah lagi setiap kemahiran yang
berperingkat untuk menguasai acara lompat tinggi.
Latihan 1.
Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkok atau bend
beberapa langkah ke kiri iaitu jika melonjak dengan kaki kiri . Sekiranya pelompat melonjak
dengan kaki kanan , dia haruslah melengkok ke kanan. Latihan ini bertujuan untuk melatih para
pelajar supaya dapat berlari lurus dan melengkok.
18 QGJ3053- SUKAN INDIVIDU
Latihan 2
Seperti dalam Latihan 1 , apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian melengkung, dia
mestinya melonjak dengan serta-merta ke atas. Kemudian kedua-dua belah tangannya
dihayunkan ke atas atau siku dibengkokkan dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki
bebas menyilang badan. Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat
permulaan.
Latihan 3.
Seperti dalam latihan 2, pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan. Sebelah tangan
dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung
Memohon Kebenaran Mengadakan Pertandingan Lompat Tinggi Peringkat Negeri 2014
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dipohon kebenaran puan untuk kami mengadakan
perkhemahan tersebut pada ketetapan berikut :
2.1 Tarikh : 21 November 2014
2.2 Hari : Jumaat
2.3 Masa : Sepenuh masa.
33
58 QGJ3053- SUKAN INDIVIDUNegeri Perak 2014
QGJ3053-SUKAN INDIVIDU 2.4 Tempat : Stadium Majlis Bandaran,Teluk Intan, Perak.
3. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan untuk makluman dan tindakan tuan.
Sekian, terima kasih. ―BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‖
Saya yang menurut perintah,
.................................
(MARIAMAH A/P MURUGAN )
Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sithambaram Pillay
s.k. 1, Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail Permainan Kokurikulum.
59 QGJ3053- SUKAN INDIVIDUNegeri Perak 2014
LAMPIRAN F
SURAT PEMBERITAHUAN KEPADA IBU BAPA SJKT SITHAMBARAM PILLAY,
36000 TELUK INTAN ,PERAK
Kod Sekolah:ABD 5103 Tel.Sekolah: 05-6214325 ______________________________________________________________________________
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami: SJKTPB/05/PPS/2013(11)
Tarikh : 8 Oktober 2014
Kepada Semua
Ibu Bapa/Penjaga Pelajar Tahap 2
SJK(T) Sithambaram Pillay,
Tuan / Puan,
Pemberitahuan Tentang Pertandingan Lompat Tinggi Peringkat Negeri 2014
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Pertandingan Badminton sepertimana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-
2.1 Tajuk : Pertandingan Lompat Tinggi peringkat negeri 2014
2.2 Tarikh : 21 November 2014
2.3 Masa : 8.30 pagi hingga 1.30 ptg.
35
60 QGJ3053- SUKAN INDIVIDUNegeri Perak 2014
2.4 Tempat : Stadium Majlis Bandaran,Teluk Intan, Perak.
2.4 Sasaran : Pelajar Tahap 2, semua sekolah Tamil Negeri Perak.
Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.
―BERKHIDMAT UNTUK NEGARA‖
Saya yang menurut perintah,
.............................................
(MARIAMAH A/P MURUGAN)
GURU BESAR
SJK(T) SITHAMBARAM PILLAY
sk : Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
Sekolah Fail Sekolah
61 QGJ3053- SUKAN INDIVIDUNegeri Perak 2014
LAMPIRAN H
SURAT KEBENARAN IBU BAPA
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sithambaram Pillay,
36000 Teluk Intan.
Tuan / Puan,
Kebenaran Untuk Menyertai Pertandingan Lompat Tinggi