This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MODUL KHEMAH IBADAT SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI
1.1 Patuh kepada semua peraturan yang termaktub dan arahan yang dibuat dari masa ke semasa.
1.2 Semua peserta masih lagi tertakluk dengan peraturan sekolah sedia ada.1.3 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan kem.1.4 Peserta mesti mengikuti semua aktiviti yang ditetapkan.1.5 Menjaga kesopanan tutur kata dan tingkah laku.1.6 Menjaga kebersihan sepanjang masa.1.7 Merujuk kepada Komandan Kem / Urusetia / Fasilitator jika perlu.1.8 Sentiasa menjaga batas-batas pergaulan dan aurat di antara lelaki dan
perempuan
2 TATACARA KHEMAH IBADAT
2.1 Mesti mengikuti semua aktiviti dengan penuh perhatian.2.2 Memberikan kerjasama dan melakukan semua aktiviti dengan penuh
bersemangat.2.3 Hendaklah hadir 10 minit lebih awal sebelum aktiviti bermula.2.4 Mematuhi masa yang ditetapkan dalam jadual dan pindaan yang dibuat dari
masa ke semasa.
3 PAKAIAN
3.1 Sentiasa berpakaian kemas, sopan dan menutup aurat.3.2 Pakaian hendaklah sesuai dengan aktiviti
4 TANDA NAMA
4.1 Mesti dipakai sepanjang masa aktiviti dijalankan.
5 DISIPLIN
5.1 Peserta mesti bertanggungjawab mematuhi disiplin dan peraturan yang telah ditetapkan.
6 KESELAMATAN
6.1 Sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang aktiviti.
7.1 Memaklumkan kepada Komandan Kem / Urusetia / Fasilitator berkaitan dengan masalah kesihatan anda.
8 PENGINAPAN
8.1 Tertakluk kepada peraturan tempat penginapan.8.2 Hendaklah menjaga kebersihan, kekemasan dan keselamatan tempat
penginapan.8.3 Hendaklah menginap / tidur di dalam bilik yang telah ditetapkan dan dilarang
sama sekali menukar bilik tanpa pengetahuan urusetia / komandan kem.8.4 Dilarang melakukan perbuatan laku musnah dan sebarang kerosakan adalah
tanggungjawab peserta sendiri.
9 MAKAN DAN MINUM
9.1 Tertakluk kepada sebarang pindaan9.2 Waktu makan dan minum seperti dalam jadual yang diberikan.9.3 Tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya mengutamakan orang lain.9.4 Jangan berebut-rebut dan tunggulah giliran.9.5 Jangan sekali-kali melakukan pembaziran.
10 SOLAT DAN KULIAH AGAMA
10.1 Sepanjang kem berlangsung peserta diwajibkan solat berjemaah setiap waktu di surau.
10.2 Berbaju Melayu, berkain / berseluar dan bersongkok / berkopiah bagi lelaki.10.3 Bertelekung bagi perempuan.10.4 Dilarang memakai t-shirt semasa solat.
11 BARANGAN LARANGAN
Sepanjang kem berlangsung peserta tidak dibenarkan membawa barang-barang larangan seperti tersenarai di bawah;
11.1 Barang kemas11.2 Walkman / MP3 / PSP11.3 Senjata tajam11.4 Rokok11.5 Bahan-bahan lucah11.6 Majalah / buku bukan ilmiah11.7 Semua perkara / benda yang menyalahi peraturan sekolah
Sekiranya berlaku kehilangan, kerosakan atau kecurian ke atas barang-barang disebabkan kecuaian peserta itu sendiri maka pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab.
3.1 Dapat mengenali rakan baru3.2 Dapat menyatukan satu hati & pemikiran yang sama3.3 Dapat mewujudkan interaksi antara peserta.
4.0 Prosedur :
4.1 Fasilitator akan memanggil wakil peserta secara rawak untuk memberi arahan untuk membentuk kumpulan
4.2 Wakil peserta akan melaksanakan arahan untuk membentuk kumpulan 4.3 Fasilitator meminta peserta membentuk kumpulan mengikut jantina4.4 Setiap ahli kumpulan mesti berlainan rakan dan kelas.4.5 Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua.
5.0 Falsafah :
5.1 Untuk mengetahui tentang orang lain,kita perlu bertanya5.2 Komunikasi yang berkesan penting untuk mendapatkan maklumat5.3 Melatih sikap kendiri di dalam pergaulan yang bijak5.4 Pemuafakatan yang tersusun alan membentuk penyatuan jama’ah
2.0 Alatan : Kertas Mahjung, Kertas A4 & Pen Marker
3.0 Objektif :
3.1 Dapat berinteraksi antara peserta3.2 Dapat mewujudkan kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan3.4 Dapat melatih kepantasan mengunakan masa3.5 Dapat menonjolkan imej & kreativiti kumpulan
4.0 Prosedur :
4.1 Fasilitator meminta peserta melantik ketua kumpulan4.2 Setiap kumpulan mewujudkan jawatankuasa kerja organisasi4.3 Setiap Kumpulan perlu menjenamakan identiti kumpulan. 4.4 Setiap kumpulan membina logo dan falsafah kumpulan4.5 Setiap ketua kumpulan akan memperkenalkan kumpulan masing-
masing.4.6 PEMILIHAN KHALIFAH ( PENGHULU KISAR ) ADALAH DARIPADA
BARISAN KETUA KUMPULAN (Ketua-ketua kumpulan akan berunding untuk mencadangkan 3 calon bagi dibuat pemilihan oleh para peserta KISAR)
5.0 Falsafah :
5.1 Setiap peserta diberi peluang untuk menyuarakan pandangan secara terbuka
5.2 Mewujdkan rasa tanggungjawab dalam berorganisasi5.3 Tidak boleh memandang rendah kepada orang lain.5.4 Jangan cepat rasa rendah diri5.5 Membentuk keyakinan yang tinggi dalam membuat keputusan yang
AKTIVITI : RUMUSAN DAN PENILAIAN SETIAP AHLI KUMPULAN
1.0 Masa :
2.0 Alatan :
3.0 Objektif
3.1 Peserta dapat menyatakan pengalaman, pemikiran dan perasaan sepanjang program
3.2 Peserta dapat menilai dan berfikir secara matang untuk membuat tindakan yang sesuai selepas tamat program
3.3 Peserta dapat tahu bagaimana untuk berfungsi sebagai pemangkin pelaksanaan Islam Hadhari yang berkesan
4.0 Prosedur
4.1 Fasilitator memastikan semua ahli LDK berada di dalam kumpulan4.2 Fasilitator memberi peluang kepada ahli-ahli kelompok untuk
menyatakan pengalaman, pengajaran dan tindakan yang bakal diambil
4.3 Fasilitator memberi pengukuhan positif dan meminta respon ahli yang lain terhadap harapan mereka
4.4 Fasilitator membuat rumusan keseluruhan LDK dan memberi penekanan dari segi pembangunan sikap, kemahiran dan pengetahuan sebagai persediaan diri untuk berdepan dengan cabaran arus perdana.
5.0 Falsafah
5.1 “Long life learning” hasil perkongsian pengalaman dengan rakan sebaya
5.2 Ilmu dan amal adalah pelengkap antara satu sama lain5.3 Islam Hadhari penjana kegemilangan ummah yang cemerlang,
2.0 ALATAN : Komputer riba, LCD, layar dan nota edaran
3.0 OBJEKTIF :
3.1 Peserta dapat memahami dengan lebih jelas kepentingan solat dalam kehidupan.
3.2 Peserta dapat mengetahui kesan meninggalkan serta mengabaikan solat.
4.0 PROSEDUR :
4.1 Peserta berkumpul di dewan.4.2 Penceramah menyampaikan ceramah berdasarkan tajuk yang
disediakan.4.3 Peserta diberi masa 15 minit untuk sesi soal jawab.4.4 Penceramah membuat kesimpulan berdasarkan tajuk yang telah
disampaikan.4.5 Majlis ditutup dengan Surah Al Asri dan Tasbih Kaffarah.
5.0 FALSAFAH :
5.1 Solat membentuk jatidiri muslim5.2 Solat itu tiang agama5.3 Solat yang sempurna dapat menghindarkan diri daripada perbuatan
yang mungkar.5.4 Solat hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan tawaddu’.5.5 Solat membentuk kejayaan dunia dan akhirat.
6.0 PANDUAN ISI CERAMAH
6.1 Pengenalan tentang solat dan kepentingannya.6.2 Dalil naqli dan aqli yang menunjukkan tentang kewajipan solat.6.2 Kesan baik terhadap kehidupan dan peribadi orang yang
mengamalkan solat dengan ikhlas, sempurna dan tawaddu’.6.3 Kesan buruk bagi kehidupan dan peribadi orang yang mengabaikan
solat dan melalaikannya.6.4 Kepentingan menunaikan solat sebagai benteng dalam mengharungi
cabaran dan dugaan dalam kehidupan.6.5 Selitkan video sisipan mengenai kehidupan orang yang bersolat dan
orang yang meninggalkan solat dan sebagainya.6.6 Meyakini bahawa Allah s.w.t. sentiasa melihat kita6.7 Meyakini bahawa setiap perbuatan kita pasti akan diberi balasan
2.0 ALATAN : Komputer riba, LCD, layar dan nota edaran
3.0 OBJEKTIF :
3.1 Peserta dapat memahami dengan lebih jelas kepentingan toharah dalam kehidupan.
3.2 Peserta dapat mengetahui bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman.
3.3 Peserta dapat mempraktikkan mandi wajib dengan sempurna.
4.0 PROSEDUR :
4.1 Peserta berkumpul di dewan.4.2 Penceramah menyampaikan ceramah berdasarkan tajuk yang
disediakan.4.3 Peserta diberi masa 15 minit untuk sesi soal jawab.4.4 Penceramah membuat kesimpulan berdasarkan tajuk yang telah
disampaikan.4.5 Majlis ditutup dengan Surah Al Asri dan Tasbih Kaffarah.
5.0 FALSAFAH :
5.1 Kebersihan itu sebahagian daripada iman.5.2 Kebersihan hakiki dapat melahirkan hati yang suci.
6.0 PANDUAN ISI CERAMAH
6.1 Takrif toharah6.2 Takrif mandi hadas besar6.3 Hukum Toharoh dan mandi hadas besar.6.4 Dalil naqli dan aqli tentang tuntutan toharoh dalam Islam.6.5 Cara-cara mandi hadas besar6.6 Kepentingan mandi hadas besar dalam kehidupan seharian.6.7 Kesan positif mengamalkan serta mementingkan toharoh dalam
kehidupan.6.8 Kesan negatif bagi orang yang tidak mementingkan toharoh dalam
kehidupan.6.9 Selitkan video sisipan mengenai kehidupan orang yang
3.1 Peserta dapat memahami dengan lebih jelas kepentingan mengenal Nabi Muhamad S.A.W.
3.2 Peserta dapat mengetahui bahawa manusia akan rosak akidah di dalam hidupnya jika mereka meninggalkan ikutan yang paling agung iaitu Rasulullah.
4.0 PROSEDUR :
4.1 Peserta berkumpul di surau / dewan dalam kumpulan yang ditetapkan.
4.2 Fasilitator menerangkan tentang kepentingan mengenal Rasullullah. 4.3 Peserta diberi masa 10 minit untuk sesi soal jawab.4.4 Fasilitator membuat kesimpulan berdasarkan tajuk yang telah
disampaikan.4.5 Majlis ditutup dengan Surah Al Asri dan Tasbih Kaffarah.
5.0 FALSAFAH :
5.1 Kenal Rasulullah maka lahirlah cinta kepada Rasulullah.5.2 Manusia yang kenal Rasullullah adalah orang yang sentiasa kasih
kepada baginda dan sentiasa berselawat serta mengamalkan segala sarananya.
6.0 PANDUAN ISI KULIAH
6.1 Dalil naqli dan dalil aqli6.2 Mentaati Rasulullah seperti mentaati Allah s.w.t6.3 Kelebihan beriman dengan Rasullullah. 6.4 Keburukan tidak beriman dengan Rasullullah 6.5 Cara-cara mengaplikasikan sifat-sifat di dalam kehidupan.6.6 Contoh-contoh – kisah Nabi dan Rasul / Sahabat / Wali Allah
2.0 ALATAN : Alat tulis, Kertas A4, Handout Zikir, Modul untuk Fasilitator.
3.0 OBJEKTIF :
3.1 Peserta dapat melaungkan pelbagai zikir dengan penuh keinsafan. 3.2 Peserta dapat menjadikan zikir sebagai amalan harian mereka. 3.3 Peserta dapat melengkapkan soalan-soalan yang berkaitan dengan
kewujudan dan kebesaran Allah Taala. 3.4 Peserta dapat memahami bahawa Allah Maha mengetahui dan
melihat segala perlakuan manusia di mana jua mereka berada.3.3 Melahirkan ketaqwaan dalam diri peserta sebagai jaminan kehidupan
yang sempurna dunia dan akhirat.
4.0 PROSEDUR :
4.1 Peserta perempuan yang uzur diminta berkumpul mengikut arahan fasilitator ketika qiamullail.
4.2 Fasilitator memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.4.3 Peserta diarahkan membentuk halaqah dan diedarkan handout zikir
kepada setiap peserta.4.4 Fasilitator perempuan mengetuai laungan zikir tersebut selama 10
minit.4.5 Fasilitator menjelaskan kelebihan dan kepentingan amalan berzikir
dalam kehidupan. 4.6 Peserta diedarkan kertas A4 dan alat tulis dan diarahkan membentuk
kumpulan kecil.4.7 Fasilitator memberi soalan secara lisan dan meminta peserta
berbincang berkaitan dengan soalan yang diajukan.4.8 Fasilitator memberi peluang kepada peserta untuk memberi jawapan
terhadap soalan-soalan tersebut.4.9 Fasilitator dan peserta berbincang tentang jawapan yang diberikan.4.10 Peserta diminta membuat rumusan berkenaan aktiviti yang telah
dilaksanakan.4.11 Fasilitator menjelaskan tentang keagungan Allah Taala mengatasi
5.1 Akidah Pembentuk Jatidiri Muslim Cemerlang.5.2 Ketaqwaan adalah kunci keimanan.5.3 Zikir penawar hati.
6.0 PANDUAN LAMAN NURANI
6.1 Taklimat ringkas berkaitan aktiviti.6.2 Berzikir di dalam halaqah dan diketuai oleh fasilitator.6.3 Penjelasan tentang kepentingan berzikir.6.4 Peserta menjawab soalan yang diajukan.6.5 Peserta diberi peluang memberi pandangan dan pendapat berkaitan
tajuk yang dibincangkan.6.6 Fasilitator membuat rumusan terhadap tajuk yang dibincangkan.6.7 Aktviti berterusan sehingga slot seterusnya.
3.1 Peserta perempuan dapat mengetahui cara memakai pakaian solat dengan betul dan sempurna.
3.2 Peserta perempuan dapat menunaikan solat dengan sempurna.3.3 Peserta perempuan dapat membezakan perlakuan bersolat di antara
solat lelaki dan perempuan. 3.4 Peserta perempuan dapat mengenalpasti batas-batas aurat ketika
bersolat.
4.0 PROSEDUR :
4.1 Peserta perempuan berkumpul di surau untuk menunaikan solat Zohor.
4.2 Fasilitator dan peserta berkumpul semula untuk sesi Fiqhul Mar’ah di surau.
4.3 Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.4.4 Fasilitator perempuan sebagai pemudah cara bagi setiap kumpulan.4.5 Fasilitator menjemput seorang peserta sebagai model bagi
menunjukkan cara pemakaian pakaian solat. 4.6 Peserta lain diminta memberi pendapat serta komen terhadap cara
pemakaian model tersebut.4.7 Fasilitator memberi penjelasan serta menunjukkan tatacara
pemakaian yang lengkap dan sempurna.4.8 Fasilitator menerangkan tentang batas aurat yang perlu dijaga ketika
sedang bersolat.4.9 Fasilitator memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan
perlakuan solat kepada peserta yang lain.4.10 Fasilitator menunjukkan cara perlakuan solat perempuan yang betul.
5.1 Solat itu tiang agama5.2 Solat yang sempurna dapat menghindarkan diri daripada amalan yang
mungkar.5.3 Solat hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan tawaddu’.
6.0 PANDUAN FIQHUL MAR’AH
6.1 Taklimat ringkas kepentingan solat.6.2 Pembentukan kumpulan-kumpulan kecil.6.3 Seorang model dipilih daripada kalangan peserta. 6.4 Peserta diberi peluang memberi pandangan dan pendapat berkaitan
tajuk yang dibincangkan.6.5 Fasilitator menunjukkan serta menerangkan cara yang betul.6.6 Aktviti berterusan sehingga slot seterusnya.
3.1 Peserta dapat menonjolkan bakat dan potensi masing-masing.3.2 Peserta dapat meyakinkan diri dan berani tampil di khalayak ramai.3.3 Peserta dapat mengeratkan lagi kerjasama dan semangat bersaing
secara positif.3.4 Peserta dapat menyampai dan menerima mesej yang positif melalui
persembahan.
4.0 PROSEDUR
4.1 Peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.4.2 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan persembahan
mengikut undian yang telah ditetapkan.
4.3 Masa bagi setiap persembahan adalah 5 – 7 minit.4.4 Fasilitator akan dilantik untuk mengadili persembahan bagi memilih
tiga kumpulan terbaik berdasarkan kriteria yang berikut:
a) penglibatan / kerjasama ahli kumpulanb) mesej yang disampaikanc) kreativiti
4.5 Ketua kumpulan diminta menyatakan mesej yang cuba disampaikan oleh kumpulan masing-masing.
4.6 Panel hakim mengumumkan keputusan pertandingan.
5.0 FALSAFAH
5.1 Setiap individu mempunyai bakat dan kebolehan.5.2 Penampilan bakat dan potensi memerlukan keberanian dan keyakinan
diri.5.3 Peserta menyedari bahawa kesenian Islam adalah salah satu cabang
ilmu yang perlu dipelajari dan dikembangkan.5.4 Peserta mengetahui bahawa ketamadunan Islam kaya dengan
kesenian dan kebudayaan yang unggul.5.5 Manusia memerlukan saluran yang betul dan sihat untuk
2.0 ALATAN : Buku PAFA ” Pasport Tugasan ” Wisel/Air Horn Papan Tanda Stesyen Bahan-bahan Wuduk/Tayammum/Thoharoh
3.0 Objektif : 3.1 Peserta dapat menguasai kemahiran PAFA .
3.2 Peserta dapat menonjolkan potensi diri masing-masing. 3.3 Peserta dapat bekerjasama dalam me- laksanakan tugas berkumpulan. 3.4 Peserta dapat menyedari cabaran yang perlu di hadapi dan mampu menanganinya.
4.0 Prosedur : 4.1 Semua peserta berkumpul dalam barisan masing-masing mengikut kumpulan
4.2 Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua 4.3 Guru memberi taklimat tentang perjalanan program. 4.4 Peserta di berikan “pasport tugasan” mengikut kumpulan. 4.5 Aktiviti dibahagikan kepada 7 stesyen dan diawasi oleh seorang ”Pegawai Pengesahan”. 4.6 Setiap stesyen mempunyai tugasan berbeza berkaitan PAFA seperti berikut :
Stesyen 1 : 1) Senaraikan 6 jenis alatan Beristinjak2 Tunjukkan cara Beristinjak mengikut arahan ”Pegawai Pengesahan”
Setiap kumpulan perlu melaksanakan tugasan dengan sempurna dan mendapatkan pengesahan dari ”Pegawai Pengesahan ” dan bergerak ke stesyen berikutnya.
Stesyen 2 : 1 Sebutkan lafaz niat Tayammum2 Tunjukkan cara Bertayammum mengikut arahan ”Pegawai Pengesahan”
Setiap kumpulan perlu melaksanakan tugasan dengan sempurana dan mendapatkan pengesahan dari ”Pegawai Pengesahan” dan bergerak ke stesyen berikutnya.
Stesyen 7 : Sila baca bacaan doa dan surah pilihan mengikut arahan ”Pegawai
Pengesahan” Doa-doa harian/selepas solat dan sebagainya.Surah-surah lazim dan pendek.
Setiap kumpulan perlu melaksanakan tugasan dengan sempurana dan mendapatkan pengesahan dari ”Pegawai Pengesahan” dan bergerak ke stesyen berikutnya.
CATATAN : Aktiviti luaran : Stesyen 1,2 dan 3 Aktiviti dalaman: Stesyen 4,5,6 dan 7 Aktiviti perlu dilaksanakan secara berganti-ganti. Peserta lelaki akan melaksanakan aktiviti luaran manakala peserta perempuan melaksanakan aktiviti dalaman bagi mengelakkan kesesakan di stesyen-stesyen.
4.7 Setiap kumpulan perlu melaksanakan tugasan di setiap stesyen dan mendapatkan pengesahan dari pegawai pengesahan.
4.8 Pemenang adalah berdasarkan kepada :- kumpulan pertama tiba di stesyen 7- cukup ahli kumpulan- melaksanakan tugasan disetiap stesyen dengan sempurna- ”passport tugasan” disahkan oleh setiap ”pegawai pengesahan” disetiap stesyen
5.0 Falsafah : 5.1 Peserta perlu peka dalam melaksanakan tugasan
5.2 Pemimpin perlu mempunyai sikap yakin diri dan berkeupayaan memimpin kumpulan 5.3 Peserta harus bertanggungjawab dalam
melaksanakan amanah yang diberi 5.4 Bekerjasama adalah kunci kejayaan dalam aktiviti berkumpulan
3.1 Peserta dapat menilai kembali sejauh mana keberkesanan aktiviti yang telah dilalui
3.2 Peserta dapat menyatakan perasaan mereka setelah melalui setiap aktiviti yang dijalankan
3.3 Peserta dapat memberi komen dan cadangan yang membina bagi meningkatkan keberkesanan nadwah ini pada masa akan datang
3.4 Peserta dapat meluahkan apa sahaja supaya tidak berlaku ketidakpuasan kepada peserta
4.0 Prosedur :
4.1 Semua peserta berada di dalam barisan mengikut kumpulan LDK masing-masing
4.2 Fasilitator meminta beberapa orang ahli kumpulan untuk tampil kehadapan untuk membuat rumusan, komen dan cadangan
4.3 Fasilitator meminta Penghulu dan Penghuluwati tampil untuk membuat rumusan
4.4 Setelah selesai, Fasilitator mengedarkan Borang Penilaian kepada semua peserta untuk dilengkapkan
4.5 Fasilitator kemudiannya membuka sesi rumusan kepada Fasilitator yang lain dan Komandan Kem untuk membuat rumusan
5.0 Falsafah
5.1 Tidak semua yang dirancang akan berjalan seperti yang dikehendaki5.2 Belajarlah sesuatu dari kesilapan5.3 Apa sahaja ilmu dan kemahiran yang didapati daripada kursus ini
dapat diamalkan5.4 Harapan menjadi pemimpin pelajar yang berwibawa dan
2 Pakaian Riadah i. Track Bottom (hitam@blue black)ii. T-shirt (lengan panjang untuk
perempuan)iii. Kasut sukan
3 Pakaian Rasmi i. Uniform sekolah masing-masing @ uniform pengawas.
ii. Baju batik (untuk jamuan bersama pemimpin)
4 Pakaian Tambahan i. Baju kurung (perempuan)ii. Tudung (perempuan)iii. Baju/seluar kasual (lelaki)iv. Kasut hitam @ putihv. Stoking hitam @ putihvi. Pakaian basahan
5 Peralatan Perapian Diri i. Sabun mandi & syampuii. Berus & ubat gigiiii. Pewangi badaniv. Bedakv. Minyak rambut & sikat
6 Ubatan Peribadi i. Mengikut keperluan masing-masing seperti minyak angin dan lain-lain.
7 Peralatan Ibadah i. Al-Quranii. Tasbihiii. Risalah Amal (jika ada)iv. Sejadahv. Dan lain-lain
8 Peralatan Larangan i. Barang kemas.ii. Walkman / MP3 / MP4iii. Senjata tajamiv. Rokokv. Bahan lucahvi. Buku @ majalah bukan ilmiahvii. Semua perkara yang menyalahi
peraturan sekolah.viii. Handset (Disimpan oleh guru pengiring
sepanjang aktiviti berlangsung)ix. Seluar jeans dan t-shirt yang bergambar