Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017) Untuk memetik artikel ini: Ahmad, A. M., Yusof, F., Mohd Jamil, M. R., & Ishak, M. K. (2017). Melaksanakan aktiviti etika dan nilai: Pendekatan ISM. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017). 117 MELAKSANAKAN AKTIVITI ETIKA DAN NILAI: PENDEKATAN ISM Abdul Muqsith Ahmad (Pengarang Penghubung) Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya [email protected]Zaharah Hussin Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Farazila Yusof Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya Mohd Ridhuan Mohd Jamil Politeknik Nilai Ma Kalthum Ishak Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Aspek penerapan etika dan nilai yang berkesan kini muncul sebagai satu bidang yang penting dalam penyelidikan khususnya di Malaysia. Keperluan ini telah meningkat di sebabkan oleh kerosakan akhlak dan juga masalah sosial yang semakin berleluasa bagi generasi muda. Justeru itu, kajian ini cuba membangunkan satu model etika dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia dan ianya penting sebagai satu usaha ke arah mengurangkan permasalahan sosial yang menimpa generasi muda melalui penerapan etika dan nilai berasaskan aktiviti ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Pelbagai elemen aktiviti berkaitan etika dan nilai telah dikenalpasti daripada kajian literatur dan dibentangkan kepada sekumpulan pakar bagi mendapatkan konsensus mereka. Konsensus di peroleh melalui satu set soal selidik dan dijalankan bagi menentukan kedudukan elemen aktiviti tersebut. Seterusnya, elemen aktiviti ini di pasangkan secara berulang sehingga terbangunnya satu model yang membentuk elemen aktiviti penerapan etika dan nilai berbantukan perisian concept star.Seramai 9 orang pakar yang berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang yang terdiri dari pengajar, pembuat dasar, penyelidik bidang etika dan nilai dan juga pakar kurikulum. Sebanyak 34 elemen aktiviti telah dikenalpasti berdasarkan literatur dan hasil kesepakatan pakar, hanya 30 elemen yang di masukkan sebagai komponen model. Berdasarkan model yang dibangunkan, elemen aktiviti yang mempunyai kuasa memandu paling tinggi adalah elemen pengajar merancang topik pembelajaran dari sumber yang ilmiah dan elemen yang mempunyai kuasa penggantungan paling tinggi adalah pelajar menjalankan refleksi kendiri selepas sesi pembelajaran. Secara keseluruhannya, model telah berjaya dibentuk dan ia boleh dijadikan garis panduan serta satu alternatif bagi menerapkan aspek etika dan nilai. Kata kunci: Etika; Nilai; Aktiviti; Interpretive Structural Modelling (ISM) PENGENALAN Kertas kerja ini merupakan fasa kedua kajian dimana fasa kritikal ini merupakan fasa pembangunan model etika dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia. Secara keseluruhannya, terdapat tiga fasa dalam kajian ini iaitu analisis keperluan, pembangunan model dan penilaian kebolehgunaan. Fasa pertama menggunakan kaedah tinjauan telah dijalankan di tiga institut latihan kemahiran yang mewakili sektor awam, badan berkanun dan swasta. Dapatan telah dianalisa menggunakan SPSS yang melibatkan 20 soalan berkenaan etika dan nilai. Dan dapatan kajian menunjukkan bahawa 72.91 % pelajar mengaku terlibat dengan masalah etika dan nilai sekali sepanjang pengajian mereka di Institut Latihan
14
Embed
MELAKSANAKAN AKTIVITI ETIKA DAN NILAI: PENDEKATAN ISM
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Untuk memetik artikel ini:
Ahmad, A. M., Yusof, F., Mohd Jamil, M. R., & Ishak, M. K. (2017). Melaksanakan aktiviti etika dan nilai: Pendekatan ISM. Simposium
Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).
Aspek penerapan etika dan nilai yang berkesan kini muncul sebagai satu bidang yang penting dalam
penyelidikan khususnya di Malaysia. Keperluan ini telah meningkat di sebabkan oleh kerosakan akhlak dan juga
masalah sosial yang semakin berleluasa bagi generasi muda. Justeru itu, kajian ini cuba membangunkan satu
model etika dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan
Kemahiran Malaysia dan ianya penting sebagai satu usaha ke arah mengurangkan permasalahan sosial yang
menimpa generasi muda melalui penerapan etika dan nilai berasaskan aktiviti ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.Pelbagai elemen aktiviti berkaitan etika dan nilai telah dikenalpasti daripada kajian
literatur dan dibentangkan kepada sekumpulan pakar bagi mendapatkan konsensus mereka. Konsensus di
peroleh melalui satu set soal selidik dan dijalankan bagi menentukan kedudukan elemen aktiviti tersebut.
Seterusnya, elemen aktiviti ini di pasangkan secara berulang sehingga terbangunnya satu model yang
membentuk elemen aktiviti penerapan etika dan nilai berbantukan perisian concept star.Seramai 9 orang pakar
yang berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang yang terdiri dari pengajar, pembuat dasar, penyelidik
bidang etika dan nilai dan juga pakar kurikulum. Sebanyak 34 elemen aktiviti telah dikenalpasti berdasarkan
literatur dan hasil kesepakatan pakar, hanya 30 elemen yang di masukkan sebagai komponen model.
Berdasarkan model yang dibangunkan, elemen aktiviti yang mempunyai kuasa memandu paling tinggi adalah
elemen pengajar merancang topik pembelajaran dari sumber yang ilmiah dan elemen yang mempunyai kuasa
penggantungan paling tinggi adalah pelajar menjalankan refleksi kendiri selepas sesi pembelajaran.Secara
keseluruhannya, model telah berjaya dibentuk dan ia boleh dijadikan garis panduan serta satu alternatif bagi
menerapkan aspek etika dan nilai.
Kata kunci: Etika; Nilai; Aktiviti; Interpretive Structural Modelling (ISM)
PENGENALAN
Kertas kerja ini merupakan fasa kedua kajian dimana fasa kritikal ini merupakan fasa pembangunan model etika
dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia.
Secara keseluruhannya, terdapat tiga fasa dalam kajian ini iaitu analisis keperluan, pembangunan model dan
penilaian kebolehgunaan. Fasa pertama menggunakan kaedah tinjauan telah dijalankan di tiga institut latihan
kemahiran yang mewakili sektor awam, badan berkanun dan swasta. Dapatan telah dianalisa menggunakan
SPSS yang melibatkan 20 soalan berkenaan etika dan nilai. Dan dapatan kajian menunjukkan bahawa 72.91 %
pelajar mengaku terlibat dengan masalah etika dan nilai sekali sepanjang pengajian mereka di Institut Latihan
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
118
Kemahiran. Ini memberi kewajaran agar satu model dibangunkan bagi meningkatkan etika dan nilai dalam diri
pelajar seterusnya nilai tambah kepada pelajar ketika menempuhi alam pekerjaan. Fasa kedua pula melibatkan
penggunaan pendekatan Interpretive Structural Modelling (ISM) yang memerlukan sekumpulan pakar bidang
dalam membuat keputusan secara konsensus. Fasa penilaian kebolehgunaan yang merupakan fasa terakhir
kajian ini telah menggunakan teknik fuzzy Delphi dalam menilai persepsi dan kepuasan para pelaksana terhadap
model yang telah dibangunkan. Oleh yang demikian, artikel ini membincangkan mengenai pembangunan model
etika dan nilai dengan mengaplikasikan teknik Interpretive Structural Modelling (ISM).
LATAR BELAKANG KAJIAN
Dewasa ini, pelbagai kajian yang memfokuskan penerapan aspek pembangunan etika dan nilai telah mula
menjadi salah satu cabang bidang penyelidikan. Penyataan yang di nyatakan oleh Weisul dan Merrit, (2002)
bahawa ‘pelajar hari ini mungkin menjadi penjenayah di masa hadapan’ harus difikirkan secara serius oleh
semua pihak berkepentingan. Jika difikirkan secara mendalam, tiada pihak yang mahukan perkara sedemikian
berlaku. Tujuan sesuatu kursus dibangunkan adalah bagi melahirkan modal insan yang baik. Penyataan
demikian dinyatakan memberikan satu petanda bahawa perlunya satu mekanisme yang berkesan di bangunkan
agar ianya dapat menghindari permasalahan sosial dari terus membarah sehingga merencatkan keharmonian
masyarakat. Mekanisme ini harus disegerakan memandangkan pelajar hari ini merupakan pemimpin masa
hadapan. (Aishah, Junaida & Mahadir, 2012). Bagi tujuan itu, mekanisme yang paling berkesan untuk dijadikan
alternatif dalam mengurangkan permasalahan ini adalah melalui pengajaran dan pembelajaran.
Jika disorot kembali literatur, permasalahan mengenai etika dan nilai bukanlah sesuatu yang baru. Bagi aspek
etika, laporan kajian di peringkat global menyatakan 70% pelajar di institusi pendidikan tinggi di Romania
mengamalkan tingkah laku yang tidak beretika (Iorga, Ciuhodaru, Romedea, 2013). Selain itu, bukti-bukti yang
diterima menunjukkan permasalahan ini sentiasa meningkat dari semasa ke semasa (Simkin and Mcleod, 2010).
Hasil dapatan kajian luar negara juga menunjukkan keselarian dengan laporan-laporan dalam negara. Hal ini di
buktikan melalui kajian Khalidah, Rohani dan Mashitah (2010) di Intitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
dimana dapatan kajian yang diperoleh mendapati bahawa kelakuan pelajar terhadap aspek tidak beretika adalah
tinggi. Dapatan ini mengukuhkan lagi melalui kajian yang dijalankan Abdul Muqsith et. al., (2016) dimana
kajiannya terhadap pelajar seni mushaf di Kolej Restu mendapati bahawa secara keseluruhannya menunjukkan
penglibatan pelajar terhadap kelakuan yang tidak beretika adalah sangat tinggi dengan mencatatkan 62.94%.
Ditegaskan juga bahawa pelajar seni mushaf ini cenderung untuk melakukan kelakuan yang tidak beretika
sekurang-kurangnya sekali sepanjang pengajiannya. Dapatan ini berbeza dengan dapatan yang diperoleh
Shazaitul Azreen dan Maisarah (2016) dimana kajiannya terhadap para pelajar di Universiti Awam Malaysia
mendapati bahawa kesedaran pelajar terhadap aspek beretika bervariasi iaitu campuran antara tinggi dan rendah.
Namun begitu, kajian ini menunjukkan bahawa pelajar kejuruteraan mempunyai tahap kesedaran yang rendah
berbanding pelajar aliran sains dan sosial sains. Di peringkat domestik pula, kajian berkaitan akhlak begitu
banyak dijalankan oleh para sarjana. Kupasan mengenai konsep, definisi remaja dan belia, konsep akhlak,
konsep akidah dan hubunganya dengan tingkah laku manusia. Penegasan dibuat oleh Rohana dan Norhusni
(2014) menyatakan tingkah laku yang positif adalah berhubung kait serta didorong oleh amalan dan penerapan
nilai-nilai akhlak dan akidah. Kepentingan dalam memantapkan nilai yang ada dalam diri melalui kerohanian
perlu dalam membentuk tingkah laku yang positif dan baik. Hasil kajian yang dijalankan Khairani (2013) pula
menunjukkan bahawa kaedah pembangunan akhlak menurut al-Ghazali boleh digunapakai dan di amalkan oleh
golongan pengajar dalam program tarbiah sekolah agama di negeri Kedah. Pembelajaran ini sangat signifikan
dan releven dalam dalam konteks membentuk akhlak pelajar. Manakala, pendapat Khalim dan Wan Zulkifli
(2009) pula menyatakan bahawa bagi mengatasi permasalahan tingkah laku pelajar, pendekatan Islam adalah
sesuai digunakan. Hal ini dibuktikan hasil dari satu program pemulihan yang telah dianjurkannya. Selain itu
juga Ajmain et. al., (2013) memperihalkan keperluan kurikulum akhlak dalam melahirkan pelajar muslim
berakhlak dalam melahirkan modal insan yang baik dalam konteks Malaysia. Tambahnya lagi, pendidikan
modal insan yang bersifat holistik sangat diperlukan ketika ini dalam melahirkan para ilmuwan yang bukan
sahaj berilmu malah berakhlak mulia melalui penerapan nilai dalam melaksanakan tanggungjawab di muka
bumi ini.
Oleh yang demikian, pengkaji merasakan terdapatnya satu kewajaran bagi membangunkan satu model
pelaksanaan etika dan nilai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mampu meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan
berketrampilan seterusnya mempunyai akhlak serta nilai yang baik. Saranan keperluan membangunkan model
ini selari dengan cadangan yang dicadangkan oleh Muhammad Khairi, (2016); Abdul Muqsith et al., (2016).
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
119
OBJEKTIF
Hasil kajian literatur yang dijalankan, terdapat keperluan untuk membangunkan sebuah model yang
memfokuskan penerapan etika dan nilai yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi program
kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk :
i. Mengenalpasti elemen-elemen etika dan nilai bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
ii. Membangunkan model berstruktur menggunakan ISM
STRUKTUR KAJIAN
Bahagian seterusnya membincangkan mengenai pengenalpastian pembolehubah atau elemen etika dan nilai
dalam pengajaran dan pembelajaran, metodologi ISM dalam mengenalpasti elemen model dan analisis bagi
mengenalpasti kuasa memandu dan kuasa pergantungan setiap elemen yang terkandung dalam model yang
dibangunkan. Akhir sekali, kesimpulan kajian dibentangkan.
PENGENALPASTIAN ELEMEN ETIKA DAN NILAI
Pada peringkat ini, pengkaji menggunakan Nominal Group Technique (NGT) ubahsuai bagi mengenalpasti isu
dan masalah. NGT klasik yang diperkenalkan oleh Delbecq, Van de Vend dan Gustafson (1975) merupakan satu
proses menyamaratakan pendapat individu dengan konsesus dicapai oleh setiap pakar dengan cara pengundian.
Pendapat Dang (2015) menegaskan bahawa NGT merupakan kaedah terbaik untuk menjana idea yang
menghubungkan kepada satu isu, masalah atau fenomena. Bagi kajian ini, para pakar yang dipilih telah
dipertemukan dalam sebuah perbengkelan bagi memudahkan kajian dijalankan. Perbengkelan ini akan
dikendalikan oleh seorang moderator bagi memudahkan proses komunikasi dijalankan. Bagi persampelan NGT,
ia boleh dijalankan ke atas satu kohort atau kumpulan yang besar (Lomax & McLeman, 1984; Dobbie et al.,
2004) namun ia boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil agar komunikasi yang efektif dapat
dijalankan. Pandangan Habibah et al. (2016) menyatakan bahawa bilangan ahli yang sesuai bagi Nominal Group
Technique (NGT) adalah 7 hingga 14 orang. Proses NGT yang telah dijalankan bermula dengan pengkaji pada
awalnya menyenaraikan senarai elemen aktiviti yang sesuai dijalankan bagi penerapan elemen etika dan nilai
untuk pelajar kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia. Senarai elemen aktiviti ini tercetus
hasil gabungan tiga model utama (rujuk Jadual 1) serta perbincangan daripada pakar. Senarai awal ini perlu
dirujuk terlebih dahulu kepada pakar sebagai pengesahan dan juga akan digunakan sebagai panduan bagi
memulakan sesi perbengkelan. Hal ini membolehkan masa perbincangan dipendekkan. Namun begitu, pakar
boleh memberi respon samada bersetuju atau tidak bersetuju dengan senarai awal elemen aktiviti yang
dibentangkan. Hanya aktiviti-aktiviti yang mencapai kesepakatan bersama sahaja yang dimasukkan ke dalam
model yang dibangunkan. Pakar-pakar juga di benarkan menyatakan idea-idea tambahan yang difikirkan perlu
bagi model. Senarai akhir elemen untuk model Eni berasaskan aktiviti kemudiannya akan dimasukkan ke dalam
perisian concept star untuk tujuan melihat kepada keutamaan. Bagi konteks kajian ini, terdapat beberapa
langkah asas dalam menjalankan NGT ubahsuai seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ridhuan (2016) dan
Mohd Paris (2016):
i. Penerangan tentang kajian yang akan dijalankan
ii. Proses pencetusan idea oleh peserta kajian
iii. Perkongsian idea di antara peserta kajian
iv. Perbincangan item, tema dan elemen bagi isu yang dikaji
v. Proses pengundian peserta kajian
Jadual 1. Sandaran Tiga Model Utama
Model Inkuiri
(Albert Learning, 2004)
Virtue Theory Model
(Aristotle 384-322 B.C.; Weiss,
2006; Jennings, 2006; Khalidah,
Rohani & Mashitah, 2010)
Model Nilai (Miskawaih 1398;
Al-Ghazali, 1980; Zaharah
Hussin, 2008)
Perancangan Integriti Hubungan dengan Allah
Pengumpulan Maklumat Kejujuran Hubungan dengan Manusia
Pemprosesan Maklumat Hormat Hubungan dengan Alam
Pembentukan Maklumat Kawalan Diri Hubungan dengan Diri
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
120
Perkongsian Maklumat Keberanian
Penilaian
Bersandarkan model-model dalam Jadual 1, pengkaji telah menamakan setiap dimensi bagi tujuan
pemahaman dalam pembentukan elemen aktiviti model ENI berasaskan aktiviti-inkuiri bagi program kemahiran
kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia. Kesemua model ini juga di persetujui oleh kesemua pakar
untuk dijadikan asas kepada pembentukan elemen aktiviti ke atas model ENI yang akan dibangunkan.Jadual 2
menunjukkandapatan data nominal teknik group:
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Melaksanakan Aktiviti Etika dan Nilai: Pendekatan ISM
121
Jadual 2. Dapatan Data Nominal Teknik Group: Kedudukan keutamaan elemen Model Eni berasaskan aktiviti inkuiri bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan
Kemahiran Malaysia
Elemen Aktiviti Inkuiri P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 Jumlah
Skor
Peratus
(%)
Status
Penilaian
Rank
1 Pengajar bertanggungjawab membimbing pelajar dalam