Conference Proceeding ICONIMAD 2019 International Conference on Islam in Malay World IX, Krabi, Thailand MANIFESTASI INTEGRASI ILMU NAQLI DALAM KURIKULUM PENGAJIAN TINGGI MENERUSI KAJIAN TAFSIR AL-QUR’AN SAINTIFIK DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Hajah Sarinah binti Haji Yahya Ph.D.(Quranic Studies/Tafsir), Assistant Professor, Faculty of Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam Email: [email protected]Abstrak Usaha pentafsiran al-Qur’an secara saintifik dilihat semakin berkembang seiring dengan lonjakan penggunaan teknologi dan penyebarannya melalui media. Beberapa penulisan Tafsir al-Qur’an Saintifik atau Tafsir ‘Ilmi juga didapati semakin banyak diterbitkan dan menarik perhatian masyarakat. Dari sini timbul keperluan penyemakan berterusan dan pengawalan ketat terhadap penerbitan tersebut agar tidak dicemari elemen-elemen yang tidak sepatutnya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti integrasi ilmu naqli dalam kurikulum pengajian tinggi menerusi kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan Tafsir ‘Ilmi. Fokus kajian tertumpu di Negara Brunei Darussalam khususnya di Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Kajian lebih kepada meneliti sejarah perkembangan Tafsir ‘Ilmi dan keberadaannya dalam institusi pengajian tinggi di Brunei. Antara hasil kajian mendapati keperluan menambah baik kurikulum pengajian bidang Usuluddin pengkhususan bidang Tafsir al-Qur’an. Secara tidak langsung, usaha ini akan turut dapat membangun ketamadunan Islam di alam Melayu dengan meninggikan kedudukan bidang pengajian al-Qur’an ke martabat yang selayaknya. Kata kunci: Tafsir al-Qur’an – Tafsir Saintifik – Tafsir ‘Ilmi – Integrasi Ilmu Naqli dan ‘Aqli – Institusi Pengajian Tinggi Negara Brunei Darussalam
20
Embed
MANIFESTASI INTEGRASI ILMU NAQLI DALAM KURIKULUM …
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Conference Proceeding ICONIMAD 2019
International Conference on Islam in Malay World IX, Krabi, Thailand
MANIFESTASI INTEGRASI ILMU NAQLI DALAM
KURIKULUM PENGAJIAN TINGGI MENERUSI KAJIAN
TAFSIR AL-QUR’AN SAINTIFIK DI NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM
Hajah Sarinah binti Haji Yahya
Ph.D.(Quranic Studies/Tafsir), Assistant Professor, Faculty of Usuluddin,
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam
MANIFESTASI INTEGRASI ILMU NAQLI DALAM KURIKULUM PENGAJIAN TINGGI
MENERUSI KAJIAN TAFSIR AL-QUR’AN SAINTIFIK DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
414 | Conference Proceeding ICONIMAD 2019
International Conference on Islam in Malay World IX, Krabi, Thailand
Beberapa pihak lain juga turut membantu penyusunan buku Tafsir Ilmi
Kemenag RI ini selain dengan LIPI. Antaranya Lembaga Penerbangan dan
Antariksa Nasional (LAPAN), Universitas Gajah Mada (UGM) Yogyakarta
dan Observatorium Bosscha Institut Teknologi Bandung (ITB). (Khafinatur
Rahma, 2018). Gabungan kerjasama yang terjalin ini menunjukkan bahawa
antara syarat utama pentafsiran al-Qur’an saintifik telah ditepati oleh pihak
Republik Indonesia; iaitu perlu dilaksanakan oleh ahli yang bekepakaran dalam
bidang Tafsir al-Qur’an dan juga ilmu sains yang berkaitan.
Di Malaysia pula, selain penyelidikan ilmiah di peringkat universiti seperti
yang lazimnya dilakukan oleh institusi pengajian tinggi, terdapat juga beberapa
penyelidikan dan penerbitan yang diusahakan oleh institusi lain. Antaranya
buku “Natural Science from the Worldview of Al-Quran” tulisan Profesor
Ulung Tan Sri Dr Kamal Hassan, Mantan Rektor Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM). Selain itu, Profesor Ulung Tan Sri Dr Kamal
Hasan juga telah menjalankan satu projek bersama Institut Terjemahan Negara
(ITBM) dan lebih 100 orang saintis daripada pelbagai disiplin ilmu seperti
fizik, biologi dan kimia dalam mengupas ayat-ayat Kawniyyat dalam al-Qur’an
sebagai satu bentuk pendekatan tadabbur alam sains atau pendekatan sains
tauhidik (Azizan Baharuddin, 2018).
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) juga turut tidak ketinggalan dan
aktif terlibat dalam penyelidikan berkaitan al-Qur’an dan sains melalui Pusat
Penyelidikan Sains dan Alam Sekitar IKIM (KIAS). Kolaborasi penyelidikan
diusahakan bersama beberapa pusat, institusi dan universiti dalam bidang sains
dan agama secara holistik. Sebagai institusi public scholarship, IKIM juga
melibatkan diri bersama masyarakat melalui media dalam isu-isu terpilih sains
dan masyarakat melalui slot Islam & Sains. Pelbagai program seminar dan
muzakarah pakar dan penerbitan buku-buku berkaitan isu-isu sains, kesihatan,
alam sekitar dan Islam juga dijalankan (Azizan Baharuddin, 2018).
Sementara di Negara Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali
sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam sewajarnya menjadi tempat
penyelidikan Tafsir ‘Ilmi bercambah di Bumi Darussalam. Namun,
penyelidikan bidang Tafsir ‘Ilmi di UNISSA setakat ini belum banyak
dilaksanakan. Kalau pun ada, hanya dalam skala yang sangat kecil sebagai
projek mahasiswa, hasil kerja kursus latihan ilmiah tahun akhir dan disertasi
sarjana.
Sebagai contoh projek mahasiswa Fakulti Usuluddin pada tahun 2016 dalam
program Suhwatul Ummah (Awakening The Ummah) anjuran Bahagian Hal Ehwal
MANIFESTASI INTEGRASI ILMU NAQLI DALAM KURIKULUM PENGAJIAN TINGGI
MENERUSI KAJIAN TAFSIR AL-QUR’AN SAINTIFIK DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Conference Proceeding ICONIMAD 2019 | 415
International Conference on Islam in Malay World IX, Krabi, Thailand
Pelajar dengan kerjasama Unit Keugamaan dan Kerohanian Majlis Perwakilan
Pelajar. Antara objektif program ini adalah bagi menyahut titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai
sebuah Negara Zikir, selain menyahut visi dan misi UNISSA untuk menjadikan
para mahasiswa dan mahasiswi bergiat aktif dan kreatif dalam mengadakan
program-program berunsur keugamaan. Mereka juga dapat mempraktikkan
ilmu-ilmu yang telah disampaikan kepada mereka di dalam kelas untuk
dikongsikan bersama dengan orang ramai dengan cara yang betul agar dapat
dipraktikkan di dalam kehidupan seharian (Pelita Brunei, 2016). Dalam
program ini, para pelajar Fakulti Usuluddin telah mengadakan satu ruang
pameran bertemakan al-Qur’an dan sains yang dinamakan “Makmal Sains Usuluddin” bertujuan menghuraikan kaitan ayat-ayat al-Qur’an dan kejadian alam semesta (Ahmad Baha Mokhtar et. al., 2016). Hasil projek ini juga telah dibentangkan dalam Seminar Antara Universiti
Pengajian Lepas Ijazah (SAPLI 2016) yang diadakan di UNISSA.
Manakala hasil kerja kursus latihan ilmiah bagi para pelajar Fakulti Usuluddin
tahun akhir, kebanyakannya lebih menjurus kepada bidang Tafsir Mawdu‘ie
bagi beberapa topik antaranya seperti الفواكه في القرآن الكريم dan الحيوان في القرآن Metode dan kandungan hasil latihan ilmiah ini tidak begitu .الكريم
menampakkan sisi kajian Tafsir ‘Ilmi yang sebenar. Terdapat satu kajian
lapangan untuk kursus latihan ilmiah ini telah dijalankan bagi mengetahui
tahap pengetahuan mahasiswa UNISSA terhadap Tafsir ‘Ilmi. Hasil kajian
menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar peringkat sarjana muda di UNISSA
terhadap Tafsir ‘Ilmi adalah lemah dan majoriti mereka mencadangkan agar
pengajaran Tafsir ini dapat diadakan dalam bentuk seminar atau melalui
program keagamaan dan sebagainya (Zubairah Zailani, 2019).
Sementara disertasi sarjana pula, ada beberapa tajuk kajian berkaitan Tafsir
‘Ilmi, antaranya seperti tajuk عدة المرأة وتحديد نوع الجنين بين الإسلام والعلم الحديث
(‘Iddah Wanita dan Penentuan Jantina Janin Menurut Pandangan Islam dan
Sains Moden). Kajian ini membincangkan dua topik utama iaitu menyingkap
rahsia perbezaan tempoh ‘iddah wanita mengikut situasi dan penentuan jantina
janin dari aspek agama Islam dan perspektif sains. Antara yang menarik
dibincangkan ialah isu pengklonan yang berkaitan dengan topik penentuan sifat
janin. Hasil kajian ini merumuskan bahawa perbezaan ‘iddah wanita
mengandungi rahsia dan hikmah tersirat dari segi kesihatan, perubatan, sosial,
psikologi dan kekeluargaan. Kajian juga mencapai hasil rumusan bahawa
MANIFESTASI INTEGRASI ILMU NAQLI DALAM KURIKULUM PENGAJIAN TINGGI
MENERUSI KAJIAN TAFSIR AL-QUR’AN SAINTIFIK DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
416 | Conference Proceeding ICONIMAD 2019
International Conference on Islam in Malay World IX, Krabi, Thailand
majoriti ulama Islam mengharamkan pengklonan gen normal manusia yang
berkaitan dengan isu penentuan jantina dan sifat janin. Kajian ini memaparkan
penemuan-penemuan sains moden yang mengukuhkan kemukjizatan al-Qur’an
secara saintifik (Nur Liyana Aqilah, 2015). Penulis berpendapat bahawa kajian
sarjana ini tidak begitu menjurus kepada metode Tafsir ‘Ilmi. Ia lebih kepada
kajian perbandingan antara al-Qur’an dan ilmu sains serta menzahirkan sisi al-
I‘jaz al-‘Ilmi dalam isu yang diketengahkan.
Contoh tajuk disertasi sarjana lain seperti التغذية في القرآن الكريم دراسة موضوعية (Nutrisi dalam al-Qur’an al-Karim: Kajian Tematik) membincangkan tentang
kepentingan nutrisi dan diet seimbang berdasarkan al-Qur’an untuk mencapai
kesihatan yang baik dan mendapat perlindungan daripada penyakit. Pengkaji
topik ini menghuraikan beberapa jenis makanan yang disebutkan dalam al-
Qur’an seperti tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, daging dan minuman serta
faedah bagi tiap-tiap kategori sumber nutrisi ini (Eftehan, 2017). Penulis
mendapati kajian ini hanya kajian berbentuk tafsir tematik dengan memasukkan
faedah dari segi kesihatan secara ringkas dan kurang mendalam.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei
Darussalam melalui Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama;
Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik
Singapura (MABIMS)3 telah mengorak langkah awal apabila mencadangkan
3 MABIMS atau nama penuhnya Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama;
Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura merupakan
suatu bentuk kesepakatan serantau yang bergerak atas dasar keagamaan bagi menjaga maslahat
dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal yang bersifat politik negara-negara
anggota. Menteri-Menteri Agama yang memikirkan perlunya ada kerjasama yang rapat antara
negara-negara anggota MABIMS dalam bidang keagamaan ialah Yang Berhormat Pehin
Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji
Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Yang Terhormat Haji
Munawir Sjadzali M.A Menteri Hal Ehwal Agama, Republik Indonesia dan Yang Berhormat
Dato’ Dr. Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Noor, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,
Malaysia. MABIMS mula ditubuhkan pada Hari Isnin, 5 Muharram 1410 bersamaan 7 Ogos
1989 dengan mengadakan pertemuan yang pertama di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei
Darussalam. Sejak penubuhannya hingga kini, kesepakatan ini dianggotai oleh empat buah
negara yang terdiri daripada Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan
Republik Singapura.Visi MABIMS ialah mengukuhkan lagi kesatuan dan menjadikan umat
Islam di Negara Anggota MABIMS umat yang progresif yang cintakan kedamaian dan
keharmonian yang membawa rahmat kepada seluruh alam serta menjadi rujukan bagi
pembangunan umat Islam di dunia. Sementara misi MABIMS pula ialah meningkatkan tahap
kerjasama dalam membangun umat Islam di Negara Anggota MABIMS (dalaman) dari aspek-
aspek daya tahan keagamaan dan mutu kehidupan beragama serta kesejahteraan sosio-ekonomi
dan meningkatkan peranan MABIMS dalam program-program pembangunan dan kemanusiaan
MANIFESTASI INTEGRASI ILMU NAQLI DALAM KURIKULUM PENGAJIAN TINGGI
MENERUSI KAJIAN TAFSIR AL-QUR’AN SAINTIFIK DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Conference Proceeding ICONIMAD 2019 | 417
International Conference on Islam in Malay World IX, Krabi, Thailand
penerbitan buku Tafsir ‘Ilmi. Ia dihasratkan menjadi wadah yang memuatkan
penulisan ilmiah yang berhubung kait dengan al-Qur’an sekali gus menjadi
rujukan bahan ilmiah dan terbitan kerjasama negara-negara anggota MABIMS.
Projek penyelidikan ini mewujudkan satu jawatankuasa pandu dalam
perlaksanaan penerbitan Tafsir ‘Ilmi Negara-Negara Anggota MABIMS, dan
juga dua peringkat keanggotaan iaitu pentadbir dan pakar dalam usaha
menghasilkan penulisan bersama. Rasional penyelidikan dan penerbitan buku
Tafsir ‘Ilmi ini ialah untuk: (Kertas Cadangan Jawatankuasa Pandu Penerbitan
Tafsir Ilmi Negara MABIMS, 2019).
1. Mempertingkatkan kefahaman al-Qur’an melalui Tafsir ‘Ilmi kepada
umat Islam dan masyarakat awam di negara-negara anggota MABIMS
2. Menambah sumber rujukan dan korpus ilmiah Tafsir ‘Ilmi dengan
kerjasama negara-negara anggota MABIMS
3. Menjadi platform dan wadah bagi proses dan penyaluran serta
perkongsian ilmu penulisan atau kajian ahli-ahli akademik dan
pensyarah dari institusi pengajian tinggi negara-negara anggota
MABIMS.
UNISSA turut tidak ketinggalan dalam projek penyelidikan ini dengan
pelantikan penulis sebagai ahli Jawatankuasa Penerbitan Tafsir Ilmi MABIMS
(KHEU/BAM/MABIMS/15/2014 23 Mac 2019) dan juga dilantik sebagai Ahli
Delegasi bagi Negara Brunei Darussalam dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pandu Penerbitan Tafsir Ilmi MABIMS yang telah diadakan pada 10 Julai 2019
di Negara Brunei Darussalam (KHEU/BAM/MABIMS/11/2014 PT.11 03 Julai
2019).4 Penyelidikan awal ini akan mengambil masa selama lebih kurang satu
tahun dengan tajuk pertama berkenaan dengan penciptaan manusia. Kemudian
akan diikuti dengan tajuk-tajuk yang lain. Harapan projek penyelidikan ini
menjadi usaha murni Negara-Negara Anggota MABIMS dalam misinya yang
berterusan bekerjasama ke arah mempertingkatkan kefahaman al-Qur’an
kepada umat Islam dan masyarakat awam.
di luar rantau MABIMS (luaran) demi memperkukuh imej Islam yang positif di mata dunia.
http://www.mabims.gov.bn/SitePages/Pengenalan.aspx. 4 Sebelum ini Jawatankuasa Ad-hoc Penyelaras Penerbitan Tafsir Ilmi Negara Anggota
MABIMS bagi Negara Brunei Darussalam telah ditubuhkan dengan penulis sebagai ahli di
dalamnya (KHEU/BAM/MABIMS/11/2014 PT.7 05 Mac 2018). Kemudian penulis bersama
dua orang pensyarah UNISSA takhassus bidang Tafsir di Fakulti Usuluddin telah dilantik
menjadi ahli Jawatankuasa Penyelidikan Penerbitan Tafsir Ilmi Negara Anggota MABIMS
bagi Negara Brunei Darussalam sebagai pengkaji dan penulis