ABSTRAK
Menurut Ferguson (1976/1977a), sebelum kanak-kanak mengucapkan
kata pertama bahasanya yang sebenar yaitu untuk menyampaikan erti,
kita belum dapat mengatakan bahawa perkembangan sistem bunyi atau
sistem fonologi kanak-kanak telah bermula. Jadi pemerolehan sistem
bunyi yang sebenarnya bermula pada waktu kanak-kanak membunyikan
kata pertama untuk tujuan komunikasi, iaitu menyampaikan erti
ketika berumur lebih kurang 1 tahun (1;0). Erti kata pertama ini
dapat disimpulkan daripada konteks apabila kata pertama itu
diucapkan. Menurut Jakobson, pemerolehan atau perkembangan fonologi
kanak-kanak merupakan satu proses yang kreatif (cf. Chomsky 1957).
Pengeluaran bunyi oleh bayi-bayi pada peringkat mengagah (membabel)
dan menemukan bahawa bayi-bayi yang normal mengeluarkan*
beragam-ragam bunyi dalam vokalisasinya, misalnya bunyi-bunyi
vokal, bunyi-bunyi klik, bunyi-bunyi konsonan lelangit, sibilan,
likuid dan sebagainya. Tetapi, yang anehnya, pada waktu bayi mulai
memeroleh kata, maka kebanyakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan ini
hilang, bahkan sebahagian daripadanya (misalnya sibilan atau
gesekan dan likuid) baru muncul kembali beberapa tahun
kemudian.
BAB 1PENDAHULUAN
Psikolinguistik adalah gabungan dari dua kata psikologi dan
linguistik, yang merupakan dua disiplin ilmu yang berlainan dan
berdiri sendiri. Kedua disiplin ilmu ini sama-sama mengkaji bahasa
dengan cara yang berlainan dan dengan tujuan yang berlainan pula.
Namun, tak sedikit pula mengkaji perkara yang sama dengan tujuan
yang sama, tetapi dengan cara atau teori yang berlainan.
Psikolinguistik merupakan salah satu ilmu yang mencoba menguraikan
proses-proses psikologi yang terjadi apabila seseorang mengucapkan
ayat-ayat dan memahami ayat-ayat yang didengarnya pada waktu
berkomunikasi dan bagaimanakah kebolehan itu diperoleh manusia.
Psikolinguistik mencoba menerangkan hakikat struktur bahasa dan
bagaimana struktur bahasa tersebut diperoleh dan digunakan pada
waktu bertutur dan memahami ayat-ayat (ujaran-ujaran) bahasa. Pada
peringkat praktisnya psikolinguistik mencoba menerapkan pengetahuan
lingusitik dan psikologi kepada masalah-masalah seperti pengajaran
dan pembelajaran bahasa, pengajaran pembacaan permulaan dan
pembacaan lanjutan, kedwibahasaan (bilingualism) dan
kemultibahasaan (multilingualism), penyakit bertutur, seperti
afasia, gagap dan sebagainya, komunikasi, pemikiran manusia,
dialek-dialek, pidginisasi dan kreolisasi, serta masalah-masalah
sosial lain yang menyangkut bahasa, seperti bahasa dan pendidikan,
bahasa dan pembangunan nusa serta bangsa.
BAB 2PEMEROLEHAN FONOLOGI
Menurut Ferguson (1976/1977a), sebelum kanak-kanak mengucapkan
kata pertama bahasanya yang sebenar yaitu untuk menyampaikan erti,
kita belum dapat mengatakan bahawa perkembangan sistem bunyi atau
sistem fonologi kanak-kanak telah bermula. Jadi pemerolehan sistem
bunyi yang sebenarnya bermula pada waktu kanak-kanak membunyikan
kata pertama untuk tujuan komunikasi, iaitu menyampaikan erti
ketika berumur lebih kurang 1 tahun (1;0). Erti kata pertama ini
dapat disimpulkan daripada konteks apabila kata pertama itu
diucapkan. Sebelum kata pertama ini muncul, menurut Ferguson
selanjutnya, terdapat 5 peringkat perkembangan bahasa yang dilalui
oleh kanak-kanak seperti yang digambarkan dalam rajah 49 di
bawah:
Persepsi Pengeluaran(i) Pengenalan Ucapan Bahasa lawan Ucapan
Bukan Bahasa
(ii) Pengenalan Bentuk Fonetik (iii) Mendekut (Cooing)
Tertentu
(iv) Membabel (Babbling) (Mengagah) (v) Prakata (Prewords)(iv)
Kata-kata Pertama
Rajah 49.Enam Peringkat ke Arah Perkembangan Kata Pertama
(Disetuatitan dengan Ferguson 1976/1977)
Sekarang marilah kita perkenalkan beberapa teori pemerolehan
fonologi.
11.1. TEORI STRUKTURAL SEJAGATTeori Struktural Sejagat ini
sering disebut sebagai teori Jakobson kerana beliaulah yang
menemukannya (Jakobson 1968/ 1941). Teori ini mencuba menerangkan
pemerolehan fonologi berdasarkan jagat-jagat linguistik, iaitu
hukum-hukum struktural yang mengatur tiap-tiap perubahan bunyi.
Menurut Jakobson, pemerolehan atau perkembangan fonologi
kanak-kanak merupakan satu proses yang kreatif (cf. Chomsky 1957).
Ferguson dan Garnica (1975) telah menilai teori Jakobson ini
sebagai satu teori pemerolehan fonologi yang paling terkenal dan
paling berpengaruh, terutama setelah disempurnakan pada tahun 1956
(Jakobson dan Halle 1956) dan kemudian pada tahun 1971 (Jakobson
1971).Jakobson telah mengamati pengeluaran bunyi oleh bayi-bayi
pada peringkat mengagah (membabel) dan menemukan bahawa bayi-bayi
yang normal mengeluarkan* beragam-ragam bunyi dalam vokalisasinya,
misalnya bunyi-bunyi vokal, bunyi-bunyi klik, bunyi-bunyi konsonan
lelangit, sibilan, likuid dan sebagainya. Tetapi, yang anehnya,
pada waktu bayi mulai memeroleh kata, maka kebanyakan bunyi-bunyi
yang dikeluarkan ini hilang, bahkan sebahagian daripadanya
(misalnya sibilan atau gesekan dan likuid) baru muncul kembali
beberapa tahun kemudian. Daripada pengamatan ini Jakobson menarik
kesimpulan, bahawa terdapat dua masa berasingan dalam pemerolehan
fonologi:1) masa mengagah (membabel) prabahasa 2) masa pemerolehan
bahasa murniPada masa prabahasa bunyi-bunyi dalam vokalisasi bayi
tidak menunjukkan suatu urutan perkembangan tertentu dan sama
sekali tidak mempunyai hubungan dengan masa pemerolehan bahasa
berikutnya. Jadi, pada masa mengagah ini bayi hanya melatih
alat-alat vokalnya dengan cara mengeluarkan bunyi-bunyi tanpa
tujuan tertentu (bukan untuk berkomunikasi). Sebaliknya pada masa
pemerolehan bahasa yang sebenarnya, bayi mengikuti urutan
pemerolehan bunyi yang relatif sejagat dan tidak berubah.
*Kata memroduksi dan 'memproduksi' saya pakai silih berganti
dalam buku ini kerana kedua-duanya sangat benar.
Menurut Jakobson, di antara kedua peringkat (masa) di atas
ter-dapat satu masa senyap yang menunjukkan ketidaksinambungan di
antara kedua masa ini, sekalipun masa ini agak singkat dan tidak
ketara. Banyak pakar psikolinguistik perkembangan menerima teori
Jakobson mengenai masa senyap ini. Walau bagaimanapun, mereka
berpendapat bahawa masa senyap itu tidak begitu jelas kerana pada
dasarnya kedua masa itu, iaitu masa berakhirnya masa mengagah dan
masa bermulanya pemerolehan bunyi bahasa yang sebenarnya, saling
menindih atau bertindan; pengagahan (pembabelan) beransur-ansur
berhenti dan pengeluaran bunyi bahasa muncul
beransur-ansur.Beberapa bukti yang menguatkan teori Jakobson ini
ialah: (a) Bunyi likuid [1] dan [r], yang sering muncul pada masa
mengagah hilang pada masa mengeluarkan bunyi bahasa yang sebenar
dan baru muncul semula ketika berumur tiga tahun enam bulan (3;6)
atau empat tahun (4,0), bahkan ketika berumur lima tahun (5;0).(b)
Bayi-bayi yang pekak mengagah dengan cara yang normal sama seperti
bayi-bayi lain yang tidak pekak. Walau bagaimanapun selepas masa
mengagah tamat bayi-bayi ini pun berhenti mengeruarkan bunyi. (c)
Menurut penelitian Port dan Preston (1972), VOT (voice onset time)
iaitu masa yang berlaku di antara pelepasan hentian dengan
bergetarnya pita suara konsonan hentian, seperti [t] dan [d], tidak
sama semasa mengagah dengan VOT konsonan tersebut semasa
mengeluarkan bunyi bahasa yang sebenar (murni). VOT masa mengagah
jauh lebih lebar daripada VOT masa mengeluarkan bunyi bahasa
sebenar (murni) dan VOT ketika berumur satu tahun (1;0) ini sama
dengan VOT konsonan orang dewasa, iaitu 0. (VOT = "voice onset
time" = masa yang berlaku di antara pelepasan hentian dengan
bergetarnya pita suara). Misalnya, [ba] dan [pa]; pada waktu
membunyikan [ba], pelepasan bibir dengan bergetarnya pita suara
terjadi pada masa yang sama, jadi VOT untuk [b] = 0; sedangkan pada
waktu membunyikan [pa], pelepasan bibir dengan bergetarnya pita
suara terjadi pada waktu yang berlainan yang jaraknya 0.06, jadi
VOT untuk [p] = 0.06). Perbezaan VOT ini membuktikan bahawa
terdapat masa peralihan di antara mengagah dengan pengeluaran bunyi
bahasa yang sebenar. Apabila masa pemerolehan bahasa yang sebenar
bermula, maka akan terdapat urutan-urutan peringkat perkembangan
yang teratur dan tidak berubah sekalipun kadar kemajuan melalui
peringkat-peringkat ini bersifat individu dan beragam-ragam.
Perkembangan peringkat-peringkat ini diatur oleh hukum-hukum
struktural berdasarkan hierarki sejagat yang bersifat semula jadi
(nurani) yang dinamakan oleh Jakobson sebagai "the laws of
irreversible solidarity" (1968:60). Urutan peringkat-peringkat ini
didasarkan pada "the principle of maximum contrast" (1968:68) dan
perkembangannya bergerak daripada bentuk yang sederhana (tidak
rumit) kepada bentuk yang berlapis (rumit). Kerumitan sesuatu bunyi
ditentukan menurut jumlah Oposisi (fitur) yang dimiliki oleh bunyi
itu di dalam satu sistem. Jadi sebenarnya, menurut Jakobson, yang
diperoleh oleh bayi bukanlah bunyi secara persendirian tetapi
oposisi-oposisi (kontras-kontras) fonemik (fitur-fitur yang
berkontras). Jadi dalam pemerolehan fonologi bahasa ibundanya bayi
membentuk satu sistem fonologi berdasarkan oposisi-oposisi fonemik
ini dan tidak berdasarkan bunyi-bunyi tertentu.Apa yang disebut
"the laws of irreversible solidarity" yang menentukan
peringkat-peringkat perkembangan fonologi kanak-kanak berhubungan
erat dengan ciri-ciri sejagat sistem bunyi bahasa-bahasa dunia.
Jakobson telah mengamati bahawa sekalipun senarai bunyi-bunyi
bahasa-bahasa dunia yang terperinci berbeza-beza, sebenarnya
hubungan-hubungan tertentu pada bunyi-bunyi ini adalah tetap
sifatnya. Misalnya, apabila sesuatu bahasa mengandungi bunyi
hentian lelangit lunak (velar), seperti [g], maka bahasa itu pasti
mengandungi juga bunyi hentian gigi (dental/alveolar) seperti[t],
dan juga hentian bibir (labial) seperti [b]. Apabila sesuatu bahasa
mengandungi bunyi. hentian gigi (dental/alveolar), seperti [t] dan
[d], maka bahasa itu pasti mengandungi bunyi hentian bibir (labial)
seperti [b] atau [p], tetapi belum pasti sama ada bahasa itu
mengandungi bunyi velar, seperti [g] atau [k]. Demikian juga halnya
dengan konsonan gesekan (frikatif) dan afrikat dalam hubungannya
dengan konsonan hentian. Apabila sesuatu bahasa mengandungi
konsonan gesekan atau frikatif seperti [v] atau [s], maka bahasa
itu pasti memiliki konsonan hentian, seperti [t] atau [b]; dan
apabila bahasa itu memiliki afrikat seperti [t ; ] atau [ ; ], maka
bahasa itu pasti mempunyai bunyi-bunyi hentian dan frikatif. Tetapi
sebaliknya apabila sesuatu bahasa mengandungi konsonan gesekan atau
frikatif belum tentu bahasa itu memiliki bunyi afrikat dan apabila
sesuatu bahasa memiliki bunyi hentian, belum tentu bahasa itu
memiliki konsonan gesekan atau frikatif, apalagi afrikat. Inilah
"the laws of irreversible solidarity" yang sangat terkenal dan
berpengaruh dan berdasarkan hukum inilah Jakobson meramalkan
urutan, pemerolehan kontras-kontras fonem (oposisi-oposisi
fonem).Menurut hukum di atas, Jakobson meramalkan bahawa bayi akan
memperoleh kontras (oposisi) di antara hentian bibir (bilabial)
dengan hentian gigi (dental) lebih dahulu daripada kontras-kontras
di antara bilabial dengan velar atau di antara dental dengan velar.
Seterusnya beliau meramalkan bahawa konsonan hentian akan lebih
dahulu diperoleh daripada frikatif dan afrikat dan yang paling
akhir diperoleh ialah bunyi-bunyi likuid, seperti [] dan [r], dan
bunyi-bunyi luncuran (glide), seperti [y] dan [w]. Pada dasarnya
urutan pemerolehan yang diramalkan oleh teori Jacobson ini selaras
dengan data-data yang telah dikumpulkan (Clark dan Clark 1977;
Ervin-Tripp 1966; Foss dan Hakes 1978). Pada umumnya kanak-kanak
lebih dahulu membunyikan [b], [p], dan [d], [t] sebelum membunyikan
[f] atau [s]. Oleh kerana itu sering terjadi [f] ditukar menjadi
[p], misalnya kanak-kanak Inggeris mengatakan [pis] untuk "fish",
dan [s] ditukar menjadi [t], misalnya "suit" dibunyikan
[tut].Selanjutnya Jakobson (Jakobson dan Halle 1956) meramalkan
bahawa perkembangan bunyi konsonan dimulai dengan peringkat bibir,
sedangkan pemerolehan bunyi vokal dimulai dengan satu vokal lebar,
biasanya [a]. Jadi pada waktu yang sama konsonan bibir, biasanya
[p] dan [a] membentuk satu model suku kata yang sejagat: KV
(konsonan + vokal) yang mencerminkan apa yang disebut `konsonan
optimal + vokal optimal'. Berdasarkan polariti inilah nanti muncul
unit-unit yang bermakna dalam ucapan kanak-kanak yang biasanya
terjadi dalam bentuk pengulangan (reduplikasi), misalnya [pa pa
pa].Menurut Jakobson, urutan pemerolehan kontras fonemik ini adalah
bersifat sejagat tidak kira bahasa apa pun yang sedang diperoleh
oleh kanak-kanak. Jadi selepas konsonan bibir dan vokal lebar di
atas, maka akan muncul oposisi (kontras) konsonan yang pertama,
iaitu bunyi oral dan sengau, seperti papa-mama; kemudian oposisi
diikuti oleh oposisi bibir dan gigi (gusi), papa-tata atau
mama-nana (sila lihat rajah 50). Dengan demikian urutan pemerolehan
konsonan, menurut Jakobson, adalah sebagai berikut: bibir-gigi
(gusi) lelangit tekak*. Hal ini bermakna, bahawa apabila seorang
kanak-kanak telah dapat membunyikan konsonan gesekan atau frikatif
pada satu masa pengamatan tertentu, dia telah juga dapat
membunyikan (telah memperoleh) bunyi-bunyi hentian. Kemunculan
konsonan belakang dalam ucapan kanak-kanak menandakan bahawa dia
telah pun menguasai konsonan depan. Inilah yang disebut oleh
Jakobson sebagai hukum-hukum implikasi. Walau bagaimanapun harus
diingat bahawa yang diperoleh kanak-kanak bukanlah bunyi-bunyi itu
secara persendirian, tetapi kontrasnya (oposisinya) dengan
bunyi-bunyi lain dalam sistemnya menurut hukum-hukum di atas. a
a
p m p t
Rajah 50. Urutan Pemerolehan Kontras Bibir Sengau dan Kontras
Bibir Gusi (Glgi). (Menurut Jakobson)
Kontras vokal yang pertama muncul ialah kontras vokal lebar /a/
dengan vokal sempit /i/, diikuti oleh kontras di antara vokal
sempit dengan /i/ dengan vokal sempit belakang /u/; selepas itu di
antara /a/ dengan /u/; seterusnya di antara /e/ dengan /u/ dan di
antara /o/ dengan /e/.Menurut Jakobson selanjutnya, keseringan
sesuatu bunyi diucapkan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak tidak
menentukan kemunculan bunyi itu dalam ucapan kanak-kanak. Yang
menentukan urutan kemunculan bunyi-bunyi ialah keseringan
bunyi-bunyi itu muncul dalam bahasa-bahasa dunia. Apabila sesuatu
bunyi sering muncul dalam bahasa-bahasa dunia maka bunyi itu akan
lebih dulu muncul dalam ucapan kanak-kanak sekalipun bunyi itu
jarang muncul dalam data masukan yang didengar oleh kanak-kanak.
*Yang dimaksudkan dengan 4teknk' di sini ialah 'lelangit lunak'
(velar).
11.2. TEORI GENERATIF STRUKTURAL SEJAGAT (TEORI PENEMUAN KONSEP)
SEJAGAT).
Moskowitz (1970, 1971, 1973 a, b) telah meluaskan teori
struk-tural sejagat yang diperkenalkan oleh Jakobson di atas dengan
cara menerapkan unsur-unsur Fonologi Generatif yang diperkenalkan
oleh Chomsky dan Halle (1968). Unsur-unsur yang paling menon, jol
ialah penemuan konsep dan pembentukan hipotesis berupa rumus-rumus
yang dibentuk oleh kanak-kanak berdasarkan data linguistik utama
(DLU. = primary linguistic data), iaitu kata-kata, dan ayat-ayat
yang didengarnya sehari-hari. Walau bagaimanapun teori pemerolehan
fonologi yang diperkenalkan oleh Moskowitz ini telah didasarkan
pada pengujian kebenaran teori Jakobson dan teori Chomsky.Salah
satu kesimpulan yang diambil oleh Moskowitz selepas meneliti teori
Jakobson dengan melakukan eksperimen ialah penolakannya di. atas
pandangan bahawa pemerolehan peringkat fonetik berlaku dengan care
yang soma bagi semua kanak-kanak (Moskowitz 1970). Tetapi di
sebalik penolakan ini beliau meng-akui juga bahawa pasti terdapat
satu set sekatan-sekatan yang perlu dikenakan kepada urutan
pemerolehan representasi fonologi yang kurang jelas kelihatan
kerana interfensi fonetik. Salah saw kesimpulan yang diambil oleh
Moskowitz (1970) yang kurang selaras dengan teori Chomsky ialah
konsep-konsep yang hams ditentukan oleh kanak-kanak untuk
mengasimilasikan DLU lebih berkaitan (relevan) dengan proses
pemerolehan bahasa daripada dengan struktur murni yang
dihipotesiskan. Tetapi kesimpulan lain menunjukkan keselarasan yang
tinggi dengan teori Chomsky kerana Moskowitz menentang
teori,pernerolehan bahasa dengan peniruan dan menekankan faktor
kreativiti dalam proses pemerolehan bahasa pada umumnya dan
fonologi khususnya. Menurut Moskowitz (1973a); dalam proses
pemerolehan bahasa kanak-kanak menemukan konsep-konsep dan
menerapkan konsep-konsep ini untuk menciptakan bahasa. Proses
seumpama ini terjadi berulang-ulang dan setiap kali bahasa yang
diciptakan semakin mendekati bahasa orang dewasa.Dalam pemerolehan
fonologi, menurut Moskowitz, tidak dapat kita pastikan sama ada
kanak-kanak telah menguasai rumus-rumus fonologi generatif. Oleh
kerana itu ada alasan untuk mempercayai, bahawa kanak-kanak telah
menciptakan rumus-rumus fonologinya sendiri sejak peringkat awal
pemerolehan fonologinya yang berlainan daripada rumus-rumus
fonologi orang dewasa. Walau bagaimanapun Moskowitz telah memakai
kerangka fonologi generatif untuk menganalisis data-data bunyi
bahasa kanak-kanak yang dikumpulkannya.Teori yang diperkenalkan
oleh Moskowitz menganggap, bahawa (a) sejumlah besar peringkat yang
saling berkaitan yang menggambarkan berbagai-bagai taraf
sofistikated dalam proses pemerolehan fonologi tidaklah dapat
dipisahkan satu dari yang lain dengan cara yang mudah dan kemas:
(b) sejak lahirnya bayi telah terus memulai pemerolehan bahasanya,
sehingga apa yang selama ini dianggap sebagai peringkat
pralinguistik tidaklah wujud. Berdasarkarr kedua-dua anggapan di
atas, Moskowitz mene-rangkan, bahawa sejak awal proses pemerolehan
fonologinya bayi telah menyedari perbezaan di antara bunyi bahasa
manusia dengan bunyi-bunyi lain yang bukan suara manusia. Hal ini
termasuk kebolehan nurani yang dimiliki oleh bayi sejak dilahirkan.
Seterusnya pada masa mengagah (membabel) bayi mengembangkan
kebolehan linguistiknya dengan cara menyelaraskan pengucapan-nya
dengan persepsi bunyi-bunyi yang didengarnya. Kejayaan ini
membuatnya semakin mampu mengenal dirinya sebagai anggota
masyarakat manusia sekitarnya. Langkah pertama yang diambil oleh
bayi dalam menganalisis fonologi bahasanya ialah membentuk
hipotesis bahawa arus ucapan orang dewasa yang didengarnya terdiri
daripada rangkaian bunyi yang dapat dipisahkan. Hal ini dicerminkan
oleh pengagahannya yang semakin panjang dan berstruktur serta
semakin banyak jumlahnya. Pengeluaran ucapan yang semakin panjang
dan banyak ini ada hubungannya dengan proses kematangan bayi
(terutama mengenai otaknya) yang sedang berlaku.Kejayaan utama yang
dicapai oteh bayi pada ;-nasa mengagah in menurut Moskowitz. ialah
penernuan unit-unit ayat yang merupakan unit linguistik yang
pertama. Hal ini ditandai oleh munculnya kontur intonasi dan
hentian-hentian dalam ucapannya dan inilah permulaan analisis bahan
segmental. Penemuan unit ayat ini mencerminkan juga satu langkah
utama yang pertama ke arah sosialisasi, iaitu pembelajaran semantik
kerana ayat sebagai rangkaian bunyi panjang yang terbatas (terhad)
ini mengandungi erti tertentu.Pada peringkat penemuan unit ayat ini
muncullah satu proses pemerolehan fonologi yang berperingkat
menurut kekuatan pembelajaran tertentu sebagai yang digambarkan
dalam rajah 51 di bawah. Data linguistic sebagai keluasan
4Data yang diingat terus
3Data yang semakin lama diingat
2
Data yang lebih lama diingat1Data yang dilupakan
Data linguistic sebagai masukan
51. Proses-proses Pemerolehan Fonologi (Menurut Moskowitz)
Pada mulanya semua data linguistik (bunyi-bunyi ucapan) masuk ke
dalam kotak hitam 1, dan semua data yang tidak dapat segera
dipindahkan ke dalam kotak hitam 2 akan terbuang dari kotak 1
dengan cara melupakannya. Data yang berjaya dipindahkan ke dalam
kotak hitam 2 akan diingat lebih lama dan kemudian data tersebut
harus dipindahkan ke dalam kotak hitam 3 supaya data tersebut akan
tinggal lebih lama lagi. Kalau kerana sesuatu hal data tersebut
tidak dapat tinggal lebih lama di dalam kotak 3 misalnya kerana
data seumpama itu sebagai masukan tidak muncul atau jarang muncul,
maka data tersebut akan kembali ke dalam kotak 1 dan mengalami
proses yang sama seperti data baru lainnya. Data yang telah lama
tinggal di dalam kotak 3 akan terus dihantat ke kotak 4 dengan
syarat bahawa data seperti itu terus muncul berulang-ulang. Data
yang telah sampai di kotak 4 akan terus dapat dikeluarkan sebagai
keluaran. Menurut Moskowitz, proses seumpama ini tidak memerlukan
maklum balas yang negatif. Implikasi proses pemerolehan fonologi
sebagai yang digambarkan di .atas, ialah bunyi-bunyi ucapan yang
secara umum sering muncul dalam data masukan (DLU) akan diucapkan
atau diperoleh lebih dahulu oleh kanak-kanak. Dan apabila
kemuncul-an sesuatu bunyi dalam DLU sangat terbatas, maka
kanak-kanak akan menumpukan perhatian padanya selepas menguasai
aspek-aspek fonologi yang lebih umum. Dengan demikian teori ini
ber-canggah dengan teori Jakobson dalam hal urutan pemerolehan
bunyi. Selanjutnya Moskowitz menerangkan bahawa selepas penemuan
unit ayat yang ditandai oleh kontur intonasi, maka kanak-kanak akan
menemukan unit utama kedua iaitu unit suku kata yang segera
mempunyai nilai semantik dan menjadi kata suku kata (suku kata yang
mempunyai erti penuh sebagai satu kata). Pada peringkat suku kata
ini pembezaan fonetik dilakukan oleh kanak-kanak menurut fitur suku
kata, bukan berdasarkan fonem atau fon, kerana kedua unit terakhir
ini belum pun dikenali oleh kanak-kanak.Moskowitz menganggap
peranan unit suku kata dalam pemerolehan fonologi amat penting dan
bentuk unit suku kata yang pertamancul ialah KV (konsonan-vokal)
kemudian diikuti oleh bentuk KVK, VK dan V. Selepas ini muncullah
bentuk KVKV (pengulangan penuh) dalam bentuk kata yang segera
diikuti oleh pengulangan tidak penuh, misalnya K; VK; V atau KV;
KV;Unit selanjutnya yang diteruskan oleh kanak-kanak selepas unit
suku kata ialah unit segmen (konsonan atau vokal). Urutan
pemerolehan segmen-segmen ini sangat berlainan daripada seorang
kanak-kanak kepada seorang kanak-kanak yang lain. pemerolehan unit
segmen ini segera pula diikuti oleh pemerolehan unit yang lebih
kecil iaitu unit fitur distingtif (berupa oposisi atau kontras) dan
urutan pemerolehannya teratur dan sesuai dengan urutan
pemerolehannya menurut teori Roman Jakobson di atas. Selanjutnya,
Moskowitz (1971, 1973 a b, 1980) memperkenalkan dalam teorinya apa
yang beliau sebutkan "phonological idioms" (Idiom-idiom fonologi).
Idiom-idiom fonologi ini menurut perkembangannya terdiri daripada
(a) idiom progresif dan (b) idiom regresif. (a) Apabila bentuk
bunyi sesuatu kata pada pering-kat awal telah menyamai bentuk yang
sebenarnya menurut fonologi orang dewasa, kemudian. pada
.perkembangan selanjutnya bentuk itu menjadi semakin dekat dan
seterusnya menjadi tepat, maka fenomena seumpama ini disebut
sebagai idiom progresif. (b) Tetapi apabila pada peringkat
perkembangan selanjutnya bentuk yang telah menyamai bentuk orang
dewasa itu berubah ke bentuk yang lebih primirif, maka fenomena ini
disebut idiom regresif. Misalnya, pernah pada suatu peringkat
Hildegard (Leopold 1939) telah mengucapkan kata "pretty" dengan
tepat sebagai (priti) padahal sebenarnya pada peringkat itu dia
belum menguasai gugus konsonan. Tetapi kemudian setelah beberapa
lama dengan ucapan yang tepat ini Hildegard membuang 'r' daripada
gugus konsonan 'pr' dan membunyikannya sebagai (piti) sesuai dengan
sistem fonologinya pada peringkat itu. Kemudian setelah Hilde-gard
mencapai peringkat gugus konsonan barulah bentuk (priti) kembali
semula.
11.3. TEORI PROSES FONOLOGI ALAMIAHTeori proses fonologi alamiah
ini telah diperkenalkan oleh David Stampe (1969.1972,1973) yang
didasarkanya pada suatu teori fonologi alamiah (a theory of natural
phonology) yang juga telah diperkenalkannya sejak tahun 1965.teori
fonologi alamiah ini dilandasi oleh satu andaiaan bahwa sistem
fonologi sesuatu bahasa pada umumnya merupakan baki dari pada satu
sistem proses-proses fonologi nurani yang diubah sesuaikan dengan
cara-cara tertentu oleh pengalaman pengalaman lingistik.dalam
peringkat sebelum berbahasa sistem nurani ini terdiri dari pada
proses-proses fonologi yang tidak terdapat jumlahnya.tidak teratur
dan mencerminkan satu penuh sekatan-sekatan kemampuan pengucapan
manusia.menurut stampe peroses-proses fonologi anak-anak bersifat
nurani yang harus mengalami penindasan,pengaturan dan penyekatan
(pembatasan )sesuai dengan penuranian (internalization)
representasi fonemik orang dewasa.Stampe seterusnya menambahkan
bahwa satu proses fonologi menggabungkan satu calon oposisi
fonologi kedalam anggota oposisi itu yang paling sedikit mengalami
penyekatan penyekatan (pembatasan pembatasan) kemampuan mengucapkan
manusia,jadi sebenarnya proses-proses fonologi ini mempunyai
ciri-ciri yang terdiri dari pada kesatuan kesatuan yang saling
bertentangan dan mencerminkan kenyataan-kenyataan fonetik yang
saling bertentangan.misalnya terdapat satu proses yang menjadikan
semua bunyi halangan menjadi tidak bersuara dalam semua konteks
karena halangan orangnya mengalangi arus udara yang perlu untuk
diwujudkan suara untuk bunyi-bunyi ini.walau bagaimanapun
bunyi-bunyi akan menjadi bersuara oleh proses lain dengan car
asimilasi tertentu.apabila kedua-dua proses ini saling
bertindih,misalnya diantara vokal ,maka satu pertentangan akan
muncul ,satu bunyi halangan tidak mungkin secara serentak tidak
bersuara dn bersuara pada lingkungan yang sama .oleh karna itu
lahirlah cara untuk memecahkan masalah pertentangan sempaman
ini(1.)Penindasan ( 2).Pembatasan (3.)Pengaturan 1) Pemecahan yang
paling radikal ialah penindasan (suppresion), itu dengan cara
menindas salah satu dari kedua proses yang bertentangan itu.jadi
misalnya apabila anak-anak telah menguasai bunyi-bunyi hentian
bersuara dalam semua konteks,hal ini bermakna dia telah berhasil
menindas proses penghilangan suara yang ditimbulkan oleh halangan
oral bunyi itu.2) Pemecahan kedua ialah pembatasan .itu dengan cara
menindah hanya sebagian dari pada satu proses yang terlibat .hal
ini boleh dilakukan dengan cara membatasi jumlah segmen yang
dilibatkan oleh proses itu atau dengan cara membatasi jumlah segmen
yang dilibatkan oleh proses itu atau dengan cara membatasi konteks
apabila proses itu berlaku.Jadi,misalnya penghilangan suara boleh
dibatasi sehingga hanya melibatkan bunyi-bunyi hentian tegang
saja,sedangkan bunyi hentian longgar tidak terlibat.proses ini juga
boleh dibatasi sehingga terjadi hanya dalam konteks tidak bersuara
saja ,atau pada posisi awal atau posisi akhir saja.3) Pemecahan
ketiga ialah pengaturan itu dengan cara penerapan beratur atau
berurutan.Maksudnya,kedua proses penghilangan suara dan proses
penyuaraan dilakukan secara berurutan karena tidak mungkin kedua
proses ini berlaku serentak.perurutan ini boleh dimulai dengan
mendahulukan proses penghilangan suara dan selepas itu diikuti oleh
proses penyuaraan atau sebaliknya.Proses-proses yang sangat ekstrim
yang dapat diamati pada masa pemerolehan fonologi oleh anak-anak
terutama pada masa berakhirnya peringkat mengangah (menceloteh)
ialah:a. Proses penyingkiran suku kata yang tidak mendapat tekanan
suara.b. Proses penyederhanaan gugus konsonen atau vokal dan
koartikulasi.c. Proses perubahan bunyi halangan ke bunyi hentian
longgar.d. Proses perubahan bunyi ucapan kebunyi koronale. Proses
pemunculan vocal a daripada vokal vokal lainf. Proses palatalisasi
bunyi bunyi koronalg. Proses-proses lain.Menurut Stampe,
ucapan-ucapan pada anak-anak pada peringkat akhir mengangah ini
masih dalam peringkat tak semantik sekalipun telah diucapkan dengan
cukup baik dan terdiri pada rangkaian suku kata yang sama dan
mendapat tekanan suara. Biasanya suku-suku kata yang mendapat
tekanan ini terdiri dari pada hentian longgar atau bunyi tengah
ditambah dengan vokal rendah,seperti dadada,nanana,mamama.Stampe
menegaskan bahwa struktur ucapan anak-anak pada peringkat ini
ditentukan oleh sistem fonologi nurani dan kemungkinan sekali
dilandasi oleh representasi fonologi yang masih sederhana
(mentah)dan belum dapat dikenal dari pada sudut perbedaan bunyi dan
semantik.dengan demikian kata-kata yang pertama diucapkan oleh
anak-anaksepatutnyalah menyerupai ucapan-ucapan akhir mengangah ini
dalam strukturnya .bahkan merupakan lanjutan dari pada
ucapan-ucapan akhir mengangah dari pada penambahan nilai-nilai
semantik. Tugas anak-anak dalam pemerolehan fonologi ,menurut teori
proses fonologi alamiah ini ,ialah mengulang atau mengkaji semua
aspek sistem yang memisahkan pengucapannya dari pada pengucapan
standard (pengucapan orang dewasa) melalui penindasan ,pembatasan
dan pengaturan. Stampe telah menyimpulkan teori pemerolehan
fonologi ini sebagai brikut:The nature system retains all thouse
aspects of the innate system which the mestry of pronuncition has
left intact (....some processes which survive determine what
phonect representations are pronounce able in the
language(1969:445).Dalam proses pemerolehan fonologioleh anak-anak
telah dikemukakan bahwa hasil anak-anak merupakan hasil aplikasi
sistem fonologi nurani yang dimiliki oleh anak-anak secara semula
jadi semacam representasi fonologi yang didapatinya selepas
mendengar ucapan orang-orang dewasa.Dibawah ini di berikan beberapa
contoh mengenai ketiga-tiga cara yang dipakai oleh anak-anak untuk
mengulangi atau mengkaji semua aspek sistem yang memisahkannya dari
pada fonologi yang sedang diperolehnya.1. Pengaturan proses-proses
seorang anak-anak bernama Hildegard (Leopold 1937/1947) ketika
berumur satu tahun lapan bulan (1:8)mengucapkan :/dur (r)/ untuk
juice/du/untuk june d3 d/do:i/ untuk joey
Dari pada ketiga-tiga ucapan diatas kita akan segera mengambil
kesimpulan ,bahwa Hildegard tidak mampu mengucapkan /d3/sehingga
menukarnya menjadi /d/ .tetapi apabila diteliti lebih lanjut dia
sebenarnya mampu membunyikan /d3/sebagai yang terbukti dari pada
ucapannya./d3 gue/untuk church t d3 /d3u d3 u/ untuk choo-choo
Stampe mengambil kesimpulan ,bahwa Hildegard telah melakukan
pengaturan proses-proses berikut:a. d3 db. t d3c.hentian + suara/
vokal 2. Pembatasan proses-proses .pada mulanya Hildggard (Leopold
1939/1947)menyembunyikan semua bunyi halangan tidak bersuara
sebagai bersuara apabila berada didepan segmen bersuara
(vokal):/baba/untuk papa.Beberapa waktu kemudian dia membatasi
penyuaraan ini kepada halangan yang berada diantara vokal
(sahaja)./paba/ untuk papa.3. Penindasan proses-proses. Seorang
anak-anak lelaki berumur dua tahun (2.0) yang diamati Stampe
(1969,1972) membunyikana kata kitty berturut-turut sebagai
berikut.Dari pada /ki/ ke /kii/ke/kii/ke /kiri/ke /kiti/ hal ini
dilakukan oleh anak-anak dengan penindasan proses ketegangan vokal
,kemudian penindasan penjatuhkan suku kata selepas vokal,selepas
itu penindasan proses pengguguran getar dan akhirnya penindasan
peroses penggetaran.
11.4 TEORI PROSODIK AKUSTIK Teori pemerolehan fonologi prosodik
Akustik tekah diperkenalkan oleh Waterson (1970,1971,1976)selepas
mengkritik pendekatan segmental yang dianggapnya tidak memberi
gambaran yang sebenarnya,mengenai pemerolehan fonologi. Pendekatan
fonemik segmental menganggap bahwa anak-anak mendengar dan
memperoleh fonologi bedasarkan fonem sehingga banyak bahan fonetik
yang berkaitan telah dikesampingkan.oleh karna kelemahan pendekatan
ini Waterson (1971) ia telah memakai pendekatan tidak segmental
(suprasegmental) itu pendekatan prosodik dan menganggapnya lebih
berjaya.walau bagaimanapun Waterson (1976) merasa perlu
memperkuatkan pendekatan ini dengan analisis akustik,karena
analisis prosodik hanya ditunjau dari pada sudut artikulasi
saja.Menurut Waterson (1970) pemerolehan bahasa merupakan satu
proses sosialisasi,sehingga pengkajian data mengenaianya lebih
tepat dilakukan dirumah dalam konteks sosialisasi yang sebenarnya
dari pada pengkajian data-data eksperimen,terutama untuk mengetahui
proses-proses yang berlaku pada waktu pemerolehan fonologi.
Masalah-masalah yang perlu diselesaikan adalah seperti berikut
(Waterson 1970:1):a. Apakah yang menentukan pemilihan bunyi-bunyi
yang dipakai oleh anak-anak untuk mewakili bentuk-bentuk bunyi
orang dewasa yang beragam-ragam itu?b. Bagaimana sebenarnya keadaan
pada waktu anak-anak mencapai pola khusus yang dipakainya untuk
menggantikan pola orang dewasa?c. Bagaimana anak-anak beranjak dari
pada bunyi yang dikenal ke bunyi yang tidak dikenal.Masalah-masalah
ini hanya dapat diselsaikan dengan cara mengamati anak-anak
mula-mula memperhatikan lingkungannya itu dan mengamati
persamaan-persamaan dan perbedaan-perbedaan yang penting baginya
dalam lingkungan itu.Dalam hubungan ini anak-anak sangat peka
terhadap sifat-sifat suara manusia tertentu yang didengarnya
berulang-ulang dalam konteks yang sama. Yaitu elemen-elemen tek
segmental seperti pola-pola tekanan suara,irama,irama atau
ritma-ritma dan fitur-fitur lain yang berhubungan dengan keadaan
keadaan yang berulang-ulang itu.pada suatu masa anak-anak mula
menyadari bahwa ucapan-ucapan yang didengarnya dan hubungannya
dengan benda-benda dan kejadian-kejadian atau pristiwa-pristiwa
dalam lingkunganya.pada peringkat pemulaan ini anak-anak hanya
menerima dan mengamati bunyi-bunyi yang mempunyai arti baginya dan
dari pada bunyi-bunyi yang berarti ini anak-anak membentuk pola
bunyi (fonologi)tertentu tanpa morfologi dan sintaksis.Dengan tegas
Waterson (1976) mengatakan bahwa proses pemerolehan bahasa oleh
anak-anak pada mulanya berkisar pada pemerolehan semantik dan
fonologi kemudian barulah pada sintaksis.beliau menekankan sebagai
berikut:As a large part of the phonological system seems in general
acquired before the syntax and its accquistion is closely related
to the learning of meaning ,it seems proper to start with a study
of the acquisition of phonology and semantics if one wishes to
arrive at an understand ing of how a child starts learning to speak
(1976-296).Selepas menganalisis data-data ucapan anaknya sendiri
dan anak-anak lain, Waterson mengambil kesimpulan bahwa
prinsip-prinsip dasar pemeroleh fonologi anak-anak adalah sama
sekalipun mereka memakai strategi-strategi yang berlainan.anak-anak
pada umumnya mulai berbahasa dengan mengucapkan suku kata tunggal
dan apa bila anak-anak mencoba mengucapkan suku kata
tunggal(monosuku) tadi.Waterson mengambil kesimpulan bahwa
anak-anak hanya mampu mengamati dan mengelurkan ucapan-ucapan
pendek yang terdiri pada satu suku kata dan biasanya bahagian suku
kata yang dikeluarkannya ialah bagian awal suku kata itu. Apabila
anak-anak berjumpa dengan kata-kata yang terdiri dari pada dua suku
kata (dwisuku)maka anak-anak lebih berjaya mengucapkan suku kata
yang mendapat tekanan suara dibandingkan dengan suku kata yang
tidak ditekan.Waterson (1970) telah juga melakukan menyelidikan
mangapa anak-anak cenderung mengulang-ulang suku kata apabila
bertemu dengan dwi suku .beliau menemukan bahwa masa yang dipakai
oleh orang dewasa untuk mengucapkan monosuku dan dwisuku adalah
sama,yaitu 0.7 saat, dengan penemuan ini jelaslah bahwa perubahan
artikulasi dan akustik untuk persepti dan pengeluaran jauh lebih
sedikit pada monosuku dibandingkan dengan dwisuku karena masa
pengucapan keduanya adalah sama.dengan demikian cara yang paling
mudah bagi anak-anak bila bertemu dengan dwisuku ialah mengulang
suku yang mendapat tekanan dan melahirkan pengeluaran.Waterson
(1971)ia juga telah menemukan bahwa terdapat hubungan akustik
diantara bentuk-bentuk ucapan anak-anak dengan fitur fitur bentuk
ucapan orang dewasa.selepas menganalisis contoh-contoh
ucapan-ucapan anak-anak, Waterson mendapati bahwa anak-anak hanya
mengucapkan kembali bagian ucapan yang mempunyai ketegasan purata
paling tinggi yang pengucapannya memakan masa lebih kurang 0-2 saat
dan bagian ucapan yang dikeluarkan kembali ini bersamaan dengan
satu bagian tertentu dari pada satu monosuku,yaitu pada umumnya
elemen vokal dan konsonan yang mendapat artikulasi kuat ,Waterson
menemukan juga bahwa pada waktu pengucapan juga bahwa pada waktu
pengucapan konsonan hentian suku kata oleh orang dewasa selalu
terdapat satu lemah atau lompang (trough) yang diikuti oleh satu
bukti atau puncak (peak) dan kedua lompang dan puncak ini diucapkan
kembali oleh anak-anak .oleh karna itu Waterson mengambil
kesimpulan bahwa yang penting bagi anak-anak adalah ketegasan yang
relatif,yaitu puncak dan lompang dalam hubungannya dengan
keseluruhan ucapan.Salah satu masalah terpenting dalam pengkajian
pemerolehan fonologi menurut Waterson ,ialah masalah yang
menyangkut pertanyaan sejauh manakah anak-anak disekat oleh
pembatasan-pembatasan dalam persepsi dan pengeluaran bunyi?oleh
karna masalah ini menyangkut pengeluaran dan persepsi,maka
pengkajian pemerolehan fonologi haruslah pula dari pada sudut
artikulasi dan dari sudut akustik.yang paling sukar dilakukan ialah
dari pada sudut akustik,karena sukar untuk menentukan apa
sebenarnya yang diamati oleh anak-anak terlebih lagi karna dia
tidak dapat ditanya mengenai hal ini.walau bagaimanpun , menurut
Waterson ,kita mungkin mengambil kesimpulan dari pada ucapan-ucapan
anak-anak,karena ucapan-ucapan ini hasil persepsiny.Misalnya ,sukar
untuk menentukan sama ada P (anak Waterson) dapat mengamati
perbedaan tempat artikulasi dalam plate/pleit/,P,VP,(P=plosive ;V
=vowel ,p =labial onset: t= epical ending) yang didengarnya ,tetapi
mengucapkan /beip/, P, VP,(p= labial onet dan labial ending).Adakah
P mengucapkan /beip/ karena lebih mudah mengucapkannya atau karna
tidak menyadari perbedaannya?Waterson memecahkan persoalan ini
dengan merujuk pada pengucapan orang dewasa ,orang dewasa lebih
banyak membuat kesalahan dalam tempat pengucapan dari pada cara
pengucapan pada tiap-tiap sudut pengucapan,karena mereka tidak
mampu menghadapi segala-galanya pada waktu yang sama pada setiap
peringkat.
11.5 TEORI PERSEPSI PENUH SISTEM LOGOGEN Teori persepsi penuh
sistem logogen ini telah diperkenalkan oleh smith (1971,1973,
Morton dan Smith 1972,1974) selepas mengamati fonologi anaknya
sendiri bernama Amahl. Smith telah mengumpulkan bukti dari pada
ucapan-ucapan anaknya bahwa dia telah menuranikan bentuk-bentuk
kata orang dewasa sebelum dia dapat bertutur .Dengan kata lain
Amahl telah memiliki representasi laksikon dalaman yang serupa
dengan bentuk-bentuk ucapan orang dewasa sebelum dia mengucapkan
satu kata.walau bagaimanapun pengucapan Amahl belumlah sebaik
persepsi da kemampuan gerak gerak saja tetapi lebih banyak
disebabkan oleh satu set sekatan-sekatan sejagat,yaitu kecendrungan
semua anak-anak untuk menerapkan keharmonian vokal dan
konsonan,penyederhanaan gugus konsonan dan penyederhanaan
(simplifikasi) elemen elemen lain yang sistematis.Dalam melahirkan
teori pemerolehan fonologinya Smith telah menggabungkan kesimpulan
pengamatan penuh sebagai yang diterangkan diatas dengan satu model
psikologi yang eksplisit,yaitu model lologen yang diperkenalkan
oleh Morton (1969,1970).Morton dan Smith (1972,1974) dan Smith
(1973) telah menerapkan model lologen ini kepada data pemerolehan
bahasa Amahl . Model Lologen ini dapatlah digambarkan seperti raja
52 dibawah ini:
Sistem Analisis Akustik Fitur-fitur Akustik
Sistem kognisi (semantik) Sistem Logogen
Lingkaran Latihan Buffer untuk Gerak balas f3 =Kod fonologi S =
Kod Semantik
Model Lologen
Konsep utama dalam model diatas ialah lologen yaitu satu
transducer (satu alat penerima kemudian mengantar dalam bentuk
lain) diantar kod-kod yang berlainan jenis yang mempunyai fungsi
menyiapkan kata-kata yang siap sedia dalam bentuk gerak balas dan
dapat menerima masukan dalam bentuk artikulasi dan
akustik.Tiap-tiap kata mempunyai representasi di dalam lologen yang
terpisah dan kemungkinan sekali ,menurut smith,dikodekan dalam
representasi fonem dan dihubungkan kepada sistem kognisi pada satu
pihak dan kepada buffergerak balas,dipihak lain.menurut smith
,logogen-logogen anak-anak disimpan di dalam otak bedasarkan sistem
fonem orang dewasa dan buffer gerak balas terdiri dari pada
bahagian rumus rumus realisasi (yang menukar representasi dalam
kepada pengucapan ),rumus-rumus fonetik dan spesifikasi untuk
fitur-fitur intonasi dan suprasegmen lainnya yang tidak termasuk di
dalam lologen.Smith telah menganalisis ucapan-ucapan anaknya Amahl
dengan menerapkan dua kaedah yang saling bertentangan.kedua-dua
kaedah ini diterapkannya menurut model fonologi generatif yang
dirumuskan oleh Chomsky dan Halle (1968).Kaedah yang pertama
didasarkan pada andaiaan,bahwa ucapan anak-anak dapat dianalisis
sebagai satu pemetaan dari pada sistem orang dewasa, sedangkan
kaedah kedua sebagai satu sistem yang berdiri sendiri dan mempunyai
milik-milik sendiri yang bebas .selepas melakukan kedua analisis di
atas Smith mengambil kesimpulan sebagai berikut:In the light of
these analyses and the phenomena they characterize I wish.... to
argue that the former analysis (ucapan anak-anak sebagai pemetaan
dari pada sistem orang dewasa) is the correct one,and that there is
no useful sense in which the child can be said to have his own
system (1973:132).Selepas menganalisis ucapan ucapan Amahl sebagai
pemetaan dari pada sistem orang dewasa ,Smith telah menemukan lebih
kurang 26 rumus realisasi dan dengan rumus-rumus ini beliau dapat
meramalkan bentuk kata apa pun yang diucapkan oleh Amahl.Beberapa
rumus ini adalah seperti berikut (rumus 1,2,6,13):(1) Satu konsonan
sengau digugurkan di depan konsonan tidak bersuara./+ sengau / / /
- suara/stamp / dep ]bump / b^ p ] (2) Satu konsonan suara
digugurkan selepas satu konsonan sengau. [ + kons ] / [+ sengau ][
+ suara] window [ winu = ] mend [men] (6) /I / digugurkan di akhir
kata dan di depan konsonan. / + lateral ] { [ + kons]} ball [bc =
]ball [be ](13) /h/ digugurkan di semua tempat .-suku kata
-konsonan -sonoran hair [e] hammer [ema]Rumus rumus realisasi
seperti yang dicontohkan di atasmenyatakan keteraturan yang berlaku
diaantara sistem fonem permukaan orang dewasa dengan keluaran fonem
anak-anak. Menurut Smith ,rumusan-rumusan realisasi ini selalu
mendapat mencapai taraf observationaladequacy ,yaitu analisis
rumus-rumus ini mampu menerangkan hakikat unit-unit atau
elemen-elemen yang terdapat didalam korpus ucapan-ucapan anak-anak.
Taraf ini selalu dapat dicapai karena rumus-rumus baru boleh saja
diciptakan secara ad hoc untuk setiap bentuk yang dapat keluarkan
oleh anak-anak .Bahkan Smith menekankan bahwa rumus-rumus realisasi
ini sebenarnya boleh mencapai taraf yang lebih tinggi ,yaitu taraf
descriptive adequacy yaitu, kita boleh mengamalkan bentuk-bentuk
ucapan anak-anak yang belum pernah diucapkannya bedasarkan
rumus-rumus realisasi yang telah ditemukan.Data-data yang
dikumpulkan oleh Smith telah meyakinkan beliau, bahwa dalam
pemerolehan fonologi anak-anak menerapkan strategi persepsi
penuh,yaitu masukan kepada rumus rumus realisasi ini (yaitu
bentuk-bentuk fonem permukaan orang dewasa),sebenarnya representasi
langsung kecakapan anak-anak sendiri.dengan kata lain,kemampuan
anak-anak adalah refleksi tepat dari pada bentuk ucapan orang
dewasa yang didengarnya dan ucapannya yang menyimpang (menyeleweng)
akibat dari pada oprasi satu set rumus-rumus realisasi yang
betul-betul berlaku secara psikologis dan bukan karena ketidak
mampuan deria motor anak-anak untuk mengucapkan bunyi yang salah
itu seperti yang disarankan oleh Kornfeld (1971).Untuk menguatkan
teori persepsi penuh diatas, Smith telah mengemukakan tiga bukti
empirikal yang cukup meyakinkan.Bukti-bukti ini juga telah
mengutkan pendapat bahwa penuturan (salah satu unsur perlakuan)
anak-anak tidaklah merupakan pencerminan yang jelas dari pada
kemampuannya .ketiga-tiga bukti ini ialah:1. Puzzle2. Matatesis dan
pengecualian absolut3. Recidivisim
(1) PUZZLES Fenomena puzzles ini telah berlaku dalam
ucapan-ucapan Amahl sebagai berikut:puddledi ucapkannya sebagai [p^
g e l]puzzle diucapkannya sebagai [p^del]Dari pada pengucapan
puddle sebagai [p^gel] seolah-olah dapat diambil kesimpulan ,bahwa
Amahl belum mampu mengucapkan kata puddle dengan betul sebagai [p^
del] .tetapi yang aneh nya dia mengucapkan puzzle sebagai [p^ del].
Ini membuktikan sebenarnya dia mampu mengeluarkan ucapan itu. Hal
yang sama berlaku untuk kata:noddle sebagai [na gel]Tetapi nozzle
sebagai [nagel]
(2) METATESIS DAN PENGECUALIAN ABSOLUT Amahl banyak mengucapkan
bentuk-bentuk metatesis ,yaitu fenomena apabila dua segmen bertukar
tempat ,seperti dalam contoh contoh dibawah ini:icicle sebagai
[aikital]testicle sebagai [te ka tal]difficult sebagai [
gidatul]Apabila Smith meniru ucapan Amahl dan meminta dia
mengulanginya,Say again [aikital], maka Amahl mengucapkan [aik
ikal],yaitu bunyi yang pernah diucapkan sebelumnya yang lebih dekat
dengan bunyi yang sebenarnya.Tetapi anehnya dia menanyakan apa
artinya [aikikal] itu. Apabila Smith meminta Amahl mengucapkan
Icicle ,maka membunyikannya [aikital] dan mengetahui artinya.Hal
ini membuktikan ,menurut Smith bahwa penyimpangan bunyi ini tidak
lah disebabkan oleh ketidak mampuan motor.Yang dimaksudkan dengan
pengecualian absolut ialah ucapan kata-kata tertentu yang tidak
mengikuti rumus-rumus umum pada peringkat itu.Misalnya mengikut
rumus diatas ,kata distant sepatutnya dibunyikan [ditat] dengan
cara menggugurkan konsonan sengau,Tetapi Amahl membunyikan sebagai
[ditan].Contoh-contoh diatas membuktikan bahwa Amahal sebenarnya
mempunyai kemampuan motor untuk membunyikan bunyi-bunyi tertentu
tetapi dia belum mampu memakai kebolehan motor ini secara layak dan
pantas menurut apa yang sepatutunya.
(3)RECIDIVISMYang dimaksudkan dengan recidivisim ialah
kehilangan satu konteks sistematik atau bentuk yang betul selepas
bentuk ini telah pernah dikuasai oleh anak-anak (jadi sama ada
dengan idiom regresif menurut teori Moskowitz) Misalnya, pada suatu
pringkat Amahal membunyikan /s/ dan /I/ sebagai [d] ,jadi side dan
light kedua-duanya dibunyikan sebagai [dait] .kemudian pada
peringkat berikutnya Amahl menguasai bunyi [I] ,sehingga muncullah
satu konteks di antara /s/ dan /i/ dalam slide [dait] dan light
[lait]. Tetapi yang anehnya ,pada peringkatnya selanjutnya kontras
di antara /s/ dan /i/ yang sudah wujud itu hilang dan kedua-duanya
kembali dipertralisasikan bukan menjadi [o] tetapi menjadi [i]
sehingga kedua-dua kata itu menjadi [lait].
11.6 TEORI KONTRAS DAN PROSES Teori Kontras dan Proses ini telah
diperkenalkan oleh Ingram (1974,1976,1978,1979),yaitu satu teori
yang menggabungkan bagian bagian penting dari pada teori Jakobson
dengan bagian bagian penting dari pada teori Stampe kemudian
menyelaraskan hasil gabungan ini dengan teori perkembangan Piaget.
Menurut Ingram anak-anak memperoleh sistem fonologi orang dewasa
dengan cara menciptakan strukturnya sendiri dan kemudian mengubah
struktur ini apabila pengetahuannya mengenai sistem orang dewasa
semakin baik.Perkembangan fonologi berlaku melalui asimilsi dan
akomodasi yang terus menerus (menurut teori Piaget),mengubah
struktur untuk menyelaraskannya dengan realiti .peristiwa ini dapat
digambarkan seperti berikut:Kata orang dewasa Sistem anak-anak kata
anak-anak .Misalkanya pada peringkat anak-anak telah menetapkan
pola dasar KV (Konsonan Vokal) sebagai struktur kata-kata
barunya.maka semua kata baru orang dewasa akan diasimilasikan
kepada pola ini. Selepas anak-anak mempelajari lebih banyak
mengenai kata-kata orang dewasa ,maka struktur sistem yang telah
diciptakannya akan diubah sesuaikan untuk menampung kata-kata orang
dewasa dengan menciptakan satu pola baru KVK.Ingram menekannkan
,bahwa kita mengakui adanya ketiga-tiga peringkat perkembangan
fonologi anak-anak seperti yang digambarkan dalam raja di atas.kita
harus mampu menerangkan bagaimana peringkat kedua (sistem
anak-anak)terjadi untuk.Untuk ini kita harus mempertimbangkan
bagaimana anak-anak mengamati dan mengeluarkan ucapan-ucapan. Oleh
karna persepsi anak-anak belum lengkap ,maka pemerolehan sistem
anak-anak haruslah digambarkan sebagai berikut:Kata orang Dewasa
Persepsi Organisasi Pengeluaran kata anak-anak .Bedasarkan rajah
diatas teranglah ,bahwa satu uraian yang tepat mengenai
perkembangan fonologi anak-anak haruslah mampu menerangkan
ketiga-tiga peringkat di atas: persepsi,organisasi,pengeluaran
.Oleh karna fonologi membincangkan konteks-konteks dan berusaha
memberikan satu pengucapan kepada tiap-tiap morfem,maka anak-anak
haruslah berusaha memperoleh konteks-konteks dalam
pengucapan-pengucapan ini .Uraian konteks yang di buat oleh
anak-anak untuk memperoleh konteks konteks fonologi orang dewasa
inilah yang harus diberikan oleh peringkat organisasi ucapan
anak-anak.selain dari pada itu peringkat organisasi ini harus pula
menerangkan semua proses yang berlaku yang dipakai oleh anak-anak
untuk konteks kontras itu (lihat hal 53).Persepsi Senarai
bunyi-bunyi dan suku kata orang dewasa Proses-proses Organisasi
Senarai bunyi-bunyi dan suku kata yang berkontras Proses-proses
Pengeluaran Senarai bunyi-bunyi dan suku kata yang dikelurkan
Hal 53. :Peringkat Pemerolehan Fonologi (Mengikut Ingram
1976).Peringkat pemerolehan fonologi yang disarankan oleh Ingram
diatas sangat selaras dengan peringkat perkembangan kognitif yang
disarankan oleh Piaget (1962).perincian peringkat pemerolehan
fonologi di atas sebagai berikut:1. Peringkat persepsi (belum
produktif) yang dapat dibagi menjadi a. Peringkat vokalisasi
perucapan (0;4 -1;0)b. Peringkat fonologi primitif (1;0-1;6).a.
Peringkat Vokalisasi perucapan yaitu peringkat sebelum kata-kata
pertama muncul yang dimulai dengan mendekut (ketika berumur empat
bulan (0;4) kemudian diikuti dengan mengagh atau membadel .menurut
Ingram menganggh bukanlah sesuatu kegitan yang sewenang-wenang
,tetapi merupakan sesuatu kegiatan yang agak teratur dan mempunyai
kemajuan .menggagh ,bagi Ingram ,bukanlah hanya satu latihan
,tetapi mempunyai hubungan yang erat dengan seluruh proses
pemerolehan fonologi untuk mencerminkan kata-kata orang dewasa
.jadi mengagh merupakan satu perkembangan yaitu perkembangan
pemerolehan fonologi selanjutnya didasarkan (sama dengan pandangan
Piaget 1962).b. Peringkat fonologi perimitif muncul pada peringkat
satu kata (holofrasa) dalam pemerolehan sintaksis .peringkat ini
bagi Ingram,masih tergolong didalam peringkat belum produktif karna
anak-anak belum memperoleh rumus-rumus fonologi yang sebenarnya
.selepas mengkaji data-data dan ucapan anaknya sendiri bernama
Jennika (Ingram 1974)dan dari pada ucapan anak-anak lain : Joan
(Velten 1943), Daniel (Menn 1971),dan Hildegard (Leopold
1947),Ingram mengambil kesimpulan bahwa teori Jakobson tidak
seluruhnya benar .Misalnya menurut Teori Jakobson bentuk suku kata
yang pertama muncul ialah KV atau reduplikasinya
(pengulangannya)KVKV ,tetapi menurut data-data di atas bentuk VK
juga termasuk diantara yang pertama muncul. Data-data juga
menunjukan bahwa reduplikasi atau pengulangan sangat berlainan
diantara keempat empat anak-anak di atas. Jennika sering memakainya
,sedangkan Jean dan Daniel sangat jarang memakainya .Ingram
mengambil kesimpulan bahwa anak-anak sangat berlainan dalam hal
pemakaian reduplikasi atau pengulangan.2. Peringkat pengeluaran
yang merupakan peringkat proses yang aktif terutama dalam
pemerolehan rumus-rumus yang bermula ketika berumur setahun enam
bulan (1;6) pada awal peringkat ini ada dua peristiwa penting
terjadi:a. Terjadinya pertumbuhan perbendaharaan kata yang
tiba-tiba cepat.b. Munculnya ucapan-ucapan dua kata.Pada peringkat
inilah berlakunya perkembangan fonologi yang sangat pesat.dalam
ucapan anak-anak mulailah muncul satu sistem konters fonem yang
menunjukan bahwa persepsi anak-anak juga telah berkembang ke arah
pengamatan kontras-konteas ini.anak-anak telah mulai mengembagkan
kemampuannya untuk menentukan bunyi-bunyi ucapan supaya boleh
dipakai untuk mengatakan perbedaan arti.peringkat ini berlangsung
sehingga anak-anak berumur tiga tahun enam bulan (3;6)-empat tahun
(4;0) .Selain dari pada bentuk suku kata yang tidak mengikuti teori
Jakobson ,Ingram juga menemukan bahwa diantara konsonan yang
pertama muncul terdapat juga konsonan gigi dan konsonan gesekan
disamping konsonan bibir .ini bertentangan dengan teori Jakobson
yang hanya meramalkan konsonan bibir saja.Walau bagaimanapun Ingram
mengikuti bahwa konsonan bibir jauh lebih utama .Demikian juga
bunyi-bunyi vokal ;selain dari pada vokal (a) yang utama,muncul
juga vokal [u] dan [i] sebagai vokal pertama.Oleh karna itu Ingram
mengambil keputusan bahwa kata-kata yang didengar oleh anak-anak
sebagai masukan menuntukan bunyi-bunyi yang pertama diperoleh oleh
anak-anak .Fergouson dan Ferwell (1975) juga berpendapat bahwa
masukan linguistik menentukan atau mempengaruhi pemerolehan
fonologi anak-anak .hal ini bertentangan dengan teori Jakobson yang
mengatakan bahwa masukan linguistik (kata-kata yang didengar oleh
anak-anak )tidak mempengaruhi pemerolehan fonologinya karena urutan
pemerolehan konteras (oposisi) adalah nurani.Dalam pemerolehan
fonologi menurut Ingram ,persepsi selalu mendahului
pengeluaran.tetapi hal ini tidak bermakna bahwa persepsi telah
lengkap atau sempurna ,misalnya ketika berumur dua tahun
(2;0),bahkan berumur tiga tahun sebelas bulan (3;11) pun belum
sempurna.yang jelas ketika berumur diantara satu tahun enam bulan
(1;6) dan empat tahun(4;0)kemampuan fonetik anak-anak berkembang
dengan sangat pesat.Pemerolehan satu bunyi tidak berlaku secara
tiba-tiba dan secara persendirian ,tetapi berlaku secara
perlahan-lahan dan beransur-ansur .ucapan anak-anak selalu berubah
diantara ucapan benar dan tidak benar secara progresif sampai
ucapan orang dewasa terapai. Pemerolehan fonologi oleh anak-anak
tidak berlaku secara terpisah-pisah tetapi berlaku menerusi
beberapa proses penyederhanaan umum yang melibatkan semua kelas
bunyi .Proses-proses ini ialah (Ingram 1979);1. Proses subtitusi
yaitu: penukaran satu segmen oleh segmen lain proses-proses ini
terdiri dari :a. Penghentian :bunyi-bunyi gesekan ditukar dengan
hentian .sea [ti]sing [tin]b. Pendepanan :bunyi-bunyi langit lunak
(velar) dan le-langit keras (palatal)di tukar dengan bunyi gusi
(alveolar).shoe [zu]shop [zap]c. Pelongsoran : bunyi-bunyi likuid
([I],[r]) ditukar dengan longsoran (glide) [w] atau [j].lap
[pep]leg [jek]ready [wedi]d. Vokalisasi : satu suku kata konsonan
ditukar dengan satu vokal (satu proses yang terutama terjadi dalam
bahasa inggris).apple [apo]bottle [babu]e. Neutralisasi vokal :
bunyi-bunyi vokal berubah menjadi vokal tengah.back [bet]hug
[had]2. Proses asimilasi ,yaitu kecenderungan untuk
mengasimilasikan satu segmen kepada segmen lain dalam satu kata
.proses-proses ini terdiri dari pada :a. Penyuaraan : bunyi-bunyi
konsonan cenderung disuarakan apabila muncul didepan satu vokal
,dan tidak disuarakan apa bila muncul diakhir suku kata.paper
[be;ba]tiny [daini]
bird [bit]b. Keharmonisan konsonan :bunyi-bunyi konsonan
cenderung berasimilasi satu sama lain dalam konteks K1 VK 2 (X)
.Pola pola yang sering muncul ialah:(i) Asimilasi velar atau
lelengit lunak (velar assimilation)konsonan-konsonan apikal
cenderung berasimilasi dengan konsonan tekak yang berdekatan.duck
[gak]tongue [gakn](ii) Asimilasi bibir :konsonan-konsonan apikal
cenderung berasimilasi dengan konsonan bibir berdekatan.tub
[bab]Tape [bajep](iii) Denasalisasi ( denasalization) :satu
konsonan segau akan di denasalisasikan (dihilangkan sangaunya)
apabila muncul di lingkungan satu konsonan tidak sangau (contoh
dalam bahasa perancis):mounton (biri-biri) [poty]malade (sakit)
[bala;d] c. Asimilasi vokal progresif ( progressive vowel
assimilation):satu vokal yang tidak mendapat tekanan suara
diasimilasikan kepada vokal yang mendapat tekanan suara yang muncul
di depan atau dibelakangnya. bacoa [bu;du]hammer [ha;ma]3. Proses
struktur suku kata,yaitu kecendrungan anak-anak menyederhanakan
struktur suku kata .pada umumnya menyederhanakan suku kata ini
berlaku ke arah suku kata KV .Proses-proses ini terdiri dari
pada:a. Reduksi (pengurangan) gugus (cluster reduction): satu gugus
konsonan direduksikan (dikurangkan) menjadi satu konsonan
saja.clown [kaun]play [pe]b. Penggugusan konsonan akhir : satu suku
kata KVK dipendekkan menjadi KV dengan menggugurkan konsonan akhir
:bike [bai]
out [ au] c. Pengguguran suku kata yang tidak mendapat tekanan
suara : satu suku kata yang tidak mendapat tekanan suara digugurkan
apabila suku kata itu mendahului satu suku kata yang mendapat
tekanan suara.banana [naena]potato [aedo]d. Reduplikasi
(pengulangan) : dalam kata panjang suku kata KV diulang.cookie
[gage]T.V [didi].