ADA 3 JENIS LUKISAN PERSPEKTIF 1. LUKISAN PERSPEKTIF 1 TITIK 2. LUKISAN PERSPEKTIF 2 TITK 3. LUKISAN PERSPEKTIF 3 TITIK TUJUAN LUKISAN PERSPEKTIF Untuk melihat gambaran yang lebih jelas lukisan yang dihasilkan melalui pelbagai pandangan. KONSEP ASAS Semakin jauh sesuatu objek….maka semakin mengeci Perspektif adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi (3D). Berbeza dengan lukisan 2 dimensi, lukisan 3D mudah difahami. Di dalam lukisan persembahan senibina, lukisan perspektif merupakan suatu kaedah kita melihat objek dalam bentuk 3 dimensi. Ini bagi memudahkan para pelanggan yang terdiri daripada orang awam untuk mudah memahami dan memvisualisasikan rekabentuk sesuatu bangunan tersebut. Cara mudah untuk memahami apa itu lukisan perspektif ialah, jika anda berdiri di tengah-tengah jalan yang lurus yang panjang dan memandang terus ke hadapan, anda akan dapati bahu jalan dan objek-objek yang berada di tepi jalan kelihatan bercantum ke satu titik. Istilah-istilah dalam Lukisan Perspektif: 1. Horizon Line / Garis Horizon : Garisan mendatar yang merentasi lukisan dan terletak pada paras penglihatan manusia dan di mana terletaknya titik lenyap. Perletakan garis horizon dibawah garis tanah akan menghasilkan perspektif pandangan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Ruang ialah jarak dua objek yang menjadikan kawasan di antara objek itu satu keluasan dan kelebaran saiz. Konsep ruang memainkan peranan yang amat penting dalam seni grafik, reka
bentuk hiasan dalaman dan reka bentuk seni bina. Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang terbuka (ruang konkrit) dan ruang ilusi (ruang tampak).
Ruang Terbuka (Ruang Konkrit)Ruang sebenar yang wujud pada persekitaran seperti bangunan, alam ciptaan ALLAH S.W.T,
kenderaan dan lanskap persekitaran.Ruang Ilusi (Ruang Tampak)
Ruang yang dihasilkan oleh pengkarya seni dalam sesebuah karya dua dimensi berupa lukisan atau catan, model reka bentuk industri serta model reka bentuk hiasan dalam dan luar
bangunan.KONSEP RUANG DALAM KARYA SENI
Ruang DalamRuang yang dipersembahkan dalam karya yang memperlihatkan keluasan dari segi saiz dan jarak. Konsep ruang dalam ini mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap yang terbahagi
kepada tiga jenis perspektif. (Perspektif satu titik lenyap, Perspektif dua titik lenyap dan Perspektif tiga titik lenyap). Selalunya pelukis menghasilkan ruang dalam dalam karya
mereka akan memilih tema pemandangan dan lukisan alam. Ruang dalam ini akan mempamerkan pembahagian ruang hadapan,ruang tengah dan ruang belakang. Sejajar dengan
itu ton warna, jalinan dan komposisi setiap objek akan serentak menjadi penting untuk menunjukkan konsep ruang.
Ruang yang kelihatan dekat. Kebiasaannya ruang cetek tidak mempunyai keluasan atau kedudukan perspektif titik lenyap yang jelas. Pelukis menghasilkan ruang cetek dalam karya
akan memilih tema lukisan atau catan potret dan karya abstrak yang tidak menunjukkan konsep ruang.
Ruang RataRuang rata merupakan ruang yang paling minimum dan tidak menunjukkan kedudukan
dalaman. Konsep ruang rata ini boleh dilihat dari hasil logo, corak dan karya abstrak. Ciri-ciri ruang rata adalah bersifat mendatar dan tidak ada ruang perspektif.
HUBUNGAN RUANG DAN WARNAPerspektif warna dapat menimbulkan ilusi jarak dan ruang. Dalam catan pemandangan,
kawasan atau objek diwarnakan dengan warna yang lebih gelap dan dilukis dengan lebih jelas dan teliti. Kawasan atau objek yang jauh pula diwarnakan dengan warna terang, pudar dan
lembut untuk menonjolkan konsep ruang dalam catan. Nilai ton warna akan memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada keluar atau ke dalam mengikut cahaya yang diwujudkan
melaluinya.HUBUNGAN RUANG DAN BENTUK
Saiz bentuk yang berturutan dari besar ke kecil dan sebaliknya akan memberi impak ruang yang nyata. Maka konsep ruang terbuka akan lebih berjaya ditonjolkan.
PERSPEKTIFPerubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. Perubahan nilai ton
warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3
dimensi melalui 3 cara iaitu :-1. Perspektif 1 titik lenyap
Pemahaman tentang perspektif amat penting bagi menentukan kedudukan objek yang kita lukis.* Kedudukan pelukis akan menentukan objek yang dilukis
* Perspektif berbeza apabila dilihat dalam kedudukan yang berbezaLukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah ( bukan sapuan ). Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen, krayon, arang, pastel,
marker pen dan pensil warna
Apa itu lukisan oblik?
Lukisan oblik mempunyai satu permukaan yang rata dan satu permukaan yang bersudut. Oblik juga di kenali sebagai unjuran serong untuk membentuk objek berdasarkan sudut surut. Ia merupakan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi.
Memahami konsep lukisan persspektif satu dan dua poinb) Mengenal pasti konsep poin memandang, pancaran penglihatan, satah gambar, poin lenyap, garisan ufuk
PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR Definisi Menggambar •Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. •Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. •Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek •Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. •Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi •Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek Alat, Media dan Teknik Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Tujuan Menggambar • Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar • Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid • Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer. (a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman • Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari • Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar. • Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi (b) Aras Aplikasi dan Analisa • Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan • Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira • Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif (c) Aras Sintesis dan Penilaian • Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai • Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual • Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna • Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan • Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif LUKISAN (a) Definisi Lukisan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan
Menentukan Tema atau Subjek (i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan (ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa (iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut: (i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan) (ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap) (iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan (iv) Kesan cahaya pada imej (v) Pembentukan bayang-bayang (vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll) (vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan (viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini iala
i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio
Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan(iv) Kesan cahaya pada imej(v) Pembentukan bayang-bayang(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding