LUKISAN
(a) Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu
permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan
menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit.
Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan
informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj,
montaj dan cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media
kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat.
Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan
jalinan.
(b) Alat, Media dan Bahan
- Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras- Pensil B (2B -
8B) - Adalah sejenis pensel lembut- Pensil warna- Terdiri daripada
berbagai jenis warna- Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah
mendapat kesan- Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih
halus- Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan
lembut- Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin- Pen marker-
Menghasilkan kesan garisan tebal- Marker pelukisan (rendering
marker)- Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan
Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon
lembut. Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi
baik untuk digunakan. - merupakan kertas bod putih yang keras dan
licin yang dicipta untuk pen. Kertas Ingres - kertas ini mempunyai
permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna
yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel Lain-lain
kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas
taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.
(d) Teknik
i. Coreng / contengii. Garisan konturiii. Titikiv. Pangkah
silangv. Garisan selari.
Menentukan Tema atau Subjek(i) Lukisan figura -imej yang
berkaitan dengan manusia atau haiwan(ii) Lukisan alam benda - objek
kaku atau tidak bernyawa(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar
studio atau di dalam studio
Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil
kira beberapa aspek seperti berikut:(i) Asas senireka (unsur-unsur
seni dan prinsip-prinsip rekaan)(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik
lenyap)(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut
pandangan(iv) Kesan cahaya pada imej(v) Pembentukan
bayang-bayang(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik
campuran dll)(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak
digunakan(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar
bandingCATAN
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu
permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan
rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau
rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrakContoh karya
Alatan dan bahan
Jenis Warna1. Warna Poster2. Warna Air3. Cat Akrilik4. Cat
Minyak5. Cat Tempera6. Cat Gouache
Bahan - Berus warna- Kanvas- Kertas- Kekuda- thinner ( untuk cat
minyak )
Proses catan
1. Buat lakaran kasar dengan pensel atau arang
2. Warnakan latarbelakang mengikut warna objek
3. Warnakan bahagian depan dengan warna yang lebih pekat.
Gunakan berus yang bersaiz sederhana.
4. Gunakan berus yang bersaiz kecil dan sederhana untuk proses
memperincikan jalinan pada objek- objek yang dilukis. Biarkan
gubahan kering sepenuhnya.
5. Basahkan berus dan warnakan objek yang dijadikan fokus dengan
lebih teliti. Warnakan secara bertindih dengan ton yang semakin
gelap. Perkemaskan kesan jalinan. Kekalkan keadan harmoni, kontra
dan penegasan pada objek yang dijadikan fokus.
Contoh-contoh catan terkenal tempatan
Bathing at Asnieres, Georges Seurat, 1883.The Sunflowers,
Vincent van Gogh, 1888.
KOLAJ
Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting,
menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.Bahan yang
digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang,
jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolajperlu
fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu
disesuaikan dengan tahap umur murid.
Alatan dan bahan Gam Pelbagai kertas Pisau dan gunting
prosesPenggunaan bahantara yang bersesuaian dengan temaatau
tajuk catan juga perlu diambil kira apabila menjalaniproses kolaj.
Berikut ialah contoh teknik yang palingmudah bagaimana seseorang
itu boleh menghasilkansebuah kolaj:
tema atau tajuk yang hendak dihasilkan supaya mesejnya sampai
Sediakan dan racik/koyak/gunting bahan-bahan seperti kertas atau
fabrik yang diperlukan untuk kolaj tersebut. Dapatkan kertas
pelbagai warna untuk menimbulkan kesan jalinan, harmoni, kontra
pada kolaj anda. Buat lakaran pada kertas lukisan untuk
menyenangkan kerja-kerja menampal Sapukan gam pada permukaan
kertas. Gam cebisan kertas atau fabrik mengikut gaya tersendiri
untuk mendapatkan satu hasil kerja kolaj yang baik Apabila sudah
kering sapukan pula gam di atas lapisan pertama untuk menampal
kertas bagi menimbulkan kesan objek.
MONTAJ
Montaj ialah menampal dan melekatkan gambar-gambar pada
suatupermukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran,kecintaan,
kecuaian, peperangan, alam sekitar
Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana
media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Satu corak
tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui
proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain. imej yang
terhasil daripada cantuman beberapa imej. Hasil seni mengandungi
sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto,
majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih,
diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. komposisi gambar dicipta
dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai
cebisan gambar dengan cara yang kreatif. Proses membuat gambar dari
beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu
sama lain. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi
satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej.
Cetakan Stensil
Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi
pemula-pemula atau pelajar-pelajar yang baru diperkenalkan dengan
cetakan ini kerana bahan yang digunakan adalah lebih mudah. Anda
sebagai guru yang baru mengenali cetakan juga boleh
mempraktikkannya di sekolah. Pelajar-pelajar agak suka menghasilkan
kerja cetakan ini terutama sekali jika cetak pada kemeja T
mereka
Peralatan dan bahan yang dikehendaki
sekuji (digunakan untuk mencetak)
Peralatan bahan yang diperlukan ialah:-1. Skrin2. Dye fabrik
atau pewarna3. Sekuji4. Kain organdi (untuk diregangkan pada
skrin)5. Kain atau kertasuntuk cetakan6. Kertas (untuk melukis
imej)7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)8. Pita pelekat9.Stepler
gun
Proses
Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan
menggunakan stapler gun. Pastikan kain tersebut benar-benar
tegang
Lukis imej yang dikehendaki pada kertas seperti imej flora,
tulisan atau logo tertentu.
Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian
negatifnya.
Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian
belakang skrin dengan kemas dan lekatkan pita pelekat agar imej
tidak tertanggal semasa mencetak
Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di
bahagian bawah skrin, jika menggunakan kemeja T, pastikan bahagian
dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan kertas tebal atau kadbod
agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.
Tuangdye fabrik di atas hujung skrin sebanyak yang
dikehendaki
Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak
bergerak-gerak semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej
yang dicetak akan rosak, sekuji juga hendaklah dicondongkan sedikit
bagi mendapat kesan yang sempurna. Jangan cetak berulang-ulang kali
kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu
banyak.
Karya cetakanyang telah siap
GOSOKAN
Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak
dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok
di atas permukaan yang hendak dipindahkan.Aktiviti gosokan dapat
memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan
berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.
Teknik gosokan
Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja Gosokan beberapa lapisan
di atas tempat yang samasecara berulang kali Gosokan beberapa kali
dari arah dan sudut yang berlainan Gosokan secara pusingan Gosokan
menggunakan berbagaibagai warna Gosokan monokrom - menggunakan
warna putih dan hitam sahaja. Gosokan potongan kertas
Alat dan Media
Media kering, pensil, pensil warna, kapur, arang. Kertas. Bahan
yang digunakan ( mempunyai permukaan bertekstur )
RESIS
Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang
menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin yang
digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal
atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam
aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di
atas permukaan kertas Resis dari kertas lilin ialah satu
perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas
dengan menggunakan teknik tekanan garisan. Resis dengan menggunakan
kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak
batik.
Contoh karya resis
Alatan dan bahan
Lilin Kertas lilin Warna air Alatan cat air
proses resis
Letakkan kertas lilin di atas kertas lukisan.
Lukis secara kuat dengan memberikan tekanan pada permukaan
kertas lilin tersebut menggunakan pensel atau hujung kayu. Tekanan
kuat pada kertas lilin ketika melukis akan memindahkan lilin di
atas kertas lukisan tersebut.
Alihkan kertas lilin tersebut dan warnakan permukaan lakaran
yang terdapat di atas kertas lukisan dengan menggunakan warna-warna
lembut. Kesan garisan lilin yang terdapat pada permukaan kertas
lukisan tersebut akan timbul dalam keadaan warna putih dan
lutsinar.
Melukis dengan menggunakan lilin paraffin atau lilin biasa akan
menghasilkan kesan yang sama juga.
MOZEK
Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun
bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.
Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara
bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.
Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau
buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang
hendak diajar.
Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni
menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan- bangunan di luar
sekolah.
Contoh mozek
Alat dan Media
Berbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas
menaip, kertas nota, kertas surat khabar, kertas binaan
(construction paper). Berbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam
putih, gam kayu, gam simen. Bahan semula jadi seperti bunga-bunga
kering, berbagai daun kering, rumput Pelbagai jenis biji-bijian
atau objek semula jadi Pensel, pen, tali, Kertas berbagai warna,
kertas majalah berwarna, gambar-gambar berwarna