LAPORAN BINA INSAN GURU FASA II PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT & KECEMERLANGAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH ANJURAN : KUMPULAN PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) AMBILAN NOVEMBER 2011 TARIKH :10 JUN 2011 HARI :JUMAAT TEMPAT : RUMAH AMAL PERMATA KASIH 2, LORONG PAUH JAYA 2/3, TAMAN PAUH JAYA, 13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG. PENSYARAH : EN. ROSLI BIN AB. RAZAK PENYELARAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PN. JAFIZAH BINTI JAAFAR PENSYARAH TUTOR DISEDIAKAN OLEH : TAN YEIT FONG 0
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
LAPORANBINA INSAN GURU FASA II
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT & KECEMERLANGAN MATEMATIK
SEKOLAH RENDAH
ANJURAN :
KUMPULAN PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)AMBILAN NOVEMBER 2011
TARIKH :10 JUN 2011
HARI :JUMAAT
TEMPAT :
RUMAH AMAL PERMATA KASIH 2,LORONG PAUH JAYA 2/3,
TAMAN PAUH JAYA,13500 PERMATANG PAUH,
PULAU PINANG.
PENSYARAH :
EN. ROSLI BIN AB. RAZAKPENYELARAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
Bersyukur kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan
seperjuang yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru Fasa ll sehingga berjaya.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perlaksanaan program BIG ini.
Dengan kerjasama dan sokongan dari semua pihak maka program ini dapat
dilaksanakan dengan sempurnanya.
Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada Puan Jafizah bt Jaafar
selaku penasihat dan pensyarah tutor kami kerana beliau banyak meluangkan masa
dan tenaga dalam membimbing kami dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan.
Saya memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekasaran bahasa
atau kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang program ini.
Akhir kata, Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang
diperoleh pada program ini agar kita dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
sehingga dapat melahirkan anak Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang
kelak.
Sekian terima kasih.
3
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan program yang dirangka oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diwajibkan
kepada semua guru pelatih yang terpilih untuk mengikuti kursus perguruan dan
telah mula diolaksanakan sejak 2001.
Program ini merupakan salah satu komponen latihan yang penting dan perlu
didedahkan kepada guru pelatih dalam membentuk jati diri, semangat kerjasama,
nilai dan akhlak murni serta memberi pengetahuan selaras dengan pelaksanaan dan
perkembangan program.
4
Matlamat program ini diadakan adalah untuk :-
Memberikan motivasi khususnya kepada murid-murid yang akan
menduduki UPSR pada tahun 2011
Menberikan khidmat kepakaran khususnya bagi mata pelajaran
Matematik kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR pada
tahun 2011.
Menjalankan aktiviti khidmat masyarakat termasuklah
gotong-royong membersihkan kawasan kediaman.
Memperkasakan jati diri dan perbadi guru yang lebih mantap
dan jitu.
5
Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:
1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran
agama;
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan;
3. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial;
4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal
serta perpaduan masyarakat;
5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan
berkesan ; dan
6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insane berakhlak mulia melalui
amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.
7. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran menguruskan dan
mengendalikan sesuatu program dengan baik.
6.0 LAPORAN REFLEKSI
6
6.1 LAPORAN AKTIVITI
A. PRA PERLAKSANAAN
Satu mesyuarat telah diadakan pada 28 Mei 2011, 8.30 malam di Blok
Akademik, IPG Kampus Pulau Pinang untuk membincangkan tentang aktiviti-
aktiviti yang akan dilaksanakan bagi Program Bina Insan Guru ( BIG ) Fasa ll.
Aktiviti bagi Program BIG kali ini meliputi aktivti-aktiviti kemasyarakatan dan
kursus yang mengambil masa selama 10 jam.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua peserta kursus PGSR bersama-sama
dengan Puan Jafizah bt Jaafar selaku pensyarah mentor dan penasihat program
kali ini. Sepanjang mesyuarat ini, kami telah membuat perbincangan berkaitan
dengan:-
i. Pemilihan tempat masa Program BIG Fasa ll
ii. Penentuan tarikh perlaksanaan
iii. Penentuan organisasi program
iv. Briefing tentang tugasan setiap jawantankuasa kerja
v. Jadual perlaksanaan
Oleh kerana masalah kekangan masa, setiap jawatankuasa diminta menjalankan
tugas yang diamanahkan tanpa mesyuarat kali kedua. Saya selaku bendahari
bagi program ini diberi tanggungjawab untuk mengumpul wang untuk memberi
sumbangan kepada kanak-kanak di rumah amal terasebut. Setelah berbincang
dengan AJK bahagian cenderamata dan hadiah, kami membuat keputusan
untuk memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan dapur
seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak, sos, kicap dan sebagainya.
B. SEMASA PERLAKSANAAN
7
Kami berkumpul di Gelanggara IPG KPP dan bertolak ke Rumah Amal Permata
Kasih di Permatang Pauh pada pukul 7.45 pagi dengan bas institut. Puan Jafizah
bt Jaafar merupakan pensyarah iringan bagi program ini. Kami sampai di
destinasi pada pukul 8.45 pagi. Setiba di sana, kelihatan anak-anak rumah amal
tersebut telah bersedia menunggu ketibaan kami dengan penuh ceria dan
bergaya.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengacara majlis, Encik Muhammad
Shukri untuk memberi penerangan secara ringkas tentang aktiviti-aktiviti yang
akan dijalankan. Kemudian disusuli dengan ucapan dari Puan Jafizah bt Jaafar
sebagai penasihat serta pensyarah iringan .
Pada pukul 9.00 pagi, aktiviti-aktiviti dijalankan seperti yang dirancangkan. Slot
motivasi, slot kecemerlangan UPSR Matematik, slot kecemerlangan bahasa
Inggeris serta rekreasi matematik dijalankan serentak mengikut stesen. Para
penceramah bagi setiap slot akan dibantu oleh fasilitator-fasilitator.
Slot motivasi yang diketuai oleh Puan Sarveswari memberi semangat dan
dorongan kepada anak-anak agar mereka lebih bersedia untuk pembelajaran di
sekolah dan seterusnya untuk menghadapi cabaran hidup yang akan mereka
tempuhi kelak.
Bengkel Peningkatan Matematik UPSR dikendalikan oleh Puan Norhayati bt
Otkman, Puan Suhain bt Shaharuddini, Puan Azmah bt Awang Ahmad dan Puan
Wahida bt Ibrahim.Anak-anak didedahkan tentang format kertas Matematik
UPSR secara umum dan cara pengiraan untuk mendapatkan jawapan. Tajuk –
tajuk utama seperti nombor bulat dan pecahan diterangkan secara teliti kepada
mereka agar dapat menguasai kemahiran tersebut. Tip-tip penukaran unit yang
melibatkan hari,jam,tahun,bulan,minggu,kg.km diberi dengan harapan mereka
dapat menggunapakai tip-tip tersebut semasa menduduki peperiksaan UPSR.
Selain daripada itu, anak-anak rumah amal tersebiut juga diajar untuk
8
membentuk bentuk 3 matra seperti kubus, kuboid dan piramid daripada
bentangan yang sediakan oleh mereka.
Bengkel Peningkatan Bahasa Inggeris UPSR dikendalikan oleh Puan komathy
a/p Raja Mogan, Puan Chanderalekha a/p Kalaimutho dan Encik Mohd Izham
Abd Hamid. Objektif perlaksanaan bengkel ini adalah untuk membuka minda
pelajar untuk mengenali diri dan memahami teknik menjawab soalan soalan
berasaskan UPSR bagi matapelajaran Bahasa Inggeris / kertas 2 / bahagian B.
Para penceramah member penerangan secara terperinci dengan contoh soalan
peperiksaan supaya mereka memahami kehendak soalan-soalan tersebut. Ilmu-
ilmu yang disampaikan diharap dapat membantu mereka untuk menghadapi
peperiksaan UPSR dengan lebih yakin.
Program Rekreasi Matematik ini dikendalikan oleh tiga orang fasilitator iaitu Pn.
Rabiyah bt. Ibrahim, Pn. Rosmawati bt. Muhammad dan Pn. Rosilawati bt. Idris.
Objektif utama pelaksanaan program ini ialah untuk membina jati diri peserta
agar lebih bersikap positif, kuat semangat, berani dan yakin pada diri sendiri,. Di
samping itu slot inimembawa konsep bahawa Matematik merupakan satu mata
pelajaran yang menyenorokkan ( Matematik Is Fun ). Aktiviti ini dijalankan di luar
kawasan rumah amal iaitu di padang permainan yang berdekatan. Aktivti
nyanyian dan permainan yang dijalankan ternyata berjaya membentuk keyakinan
diri ,bersifat positif dan berani berhadapan dengan orang lain.
Aktiviti gotong-royong untuk mengecat rumah amal turut dijalankan serentak.
Semua peserta kursus yang tidak terlibat dalam program motivasi dan
kecemerlangan UPSR melibatkan dirti dalam aktiviti gotong royong. Saya juga
turut membantu AJK Gotong royong dalam aktiviti mengecat ini. Sebelum
bermula mengecat kami berbincang untuk menentukan bahagian rumah yang
akan dicat semula, iaitu bahagian depan termasuk bahagian pintu masuk. Kerja-
kerja seperti mengikis berkas-berkas cat yang mengelupas dan membersihkan
dinding perlu dibuat sebelum mengecat. Walaupun terpaksa bekerja kuat di
9
bawah kepanasan namum dengan kerjasama dan semangat bekerja yang tinggi
dalam diri setiap individu, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan
sempurna. semua kerja mengecat dalam tempoh masa lebih kurang 3 jam .
Setelah selesai semua aktiviti, kami semua berkumpul untuk mengadakan
majlis penutupan dan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada anak-
anak rumah amal.Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid oleh anak-
anak rumah amal. Ketua bagi setiap slot memberi laporan ringkas dan membuat
rumusan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan .Majlis tamat dengan ucapan
penutup dari Puan Jafizah dan penasihat rumah amal .Jamuan ringkas
diadakan pada penghujung majlis. Majlis bersurai. Kami bertolak balik ke
institut pada pukul 12.30 tengah hari.
Pada pukul 3.00 petang , kami berkumpul semula di perkarangan surau Al Falah
di IPG KPP. Kami membahagikan tugas untuk aktiviti seterusnya iaitu
menjalankan aktiviti gotong royong di kawasan suaru Al Falah dan kawasan pra
sekolah IPG KPP. Program Bina Insan Guru Fasa ll ini tamat pada pukul 6.00
petang.
6.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ( SWOT )
Strength (Kekuatan)
Para peserta kursus PGSR merupakan guru yang berpengalaman dalam
mengajar dan berurusan dengan murid-murid sekolah. Kepakarana ini dapat
digunakan dengan baik dalam melaksanakan slot motivasi dan slot
kecemerlangan UPSR khususnya subjek Matematik. Mereka dapat memberi
pendedahan yang menyeluruh kepada anak-anak yang bakal menghadapi
peperiksaan UPSR tahun ini. Selain itu, kami juga mempunyai dua orang
guru kaunseling yang telah menjalankan sesi motivasi dengan jayanya.
Mereka dapat menyemarakkan semangat anak-anak berusaha dengan
bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
10
Weakness (Kelemahan)
Masalah kekangan masa merupakan kelemahan bagi program BIG kali ini.
Jadual waktu kuliah yang padat dan peperiksaan akhir semester
menyebabkan kami tidak sempat membuat perancangan yanglebih baik
lagi.Masalah ruang rumah yang agak sempit menimbulkan sedikit masalah
semasa menjalani lot motivasi dan slot kecemerlangan UPSR. Aktiviti-
aktiviti ini dijalankan serentak di ruang tamu rumah amal tersebut
menyebabkan murid tidak dapat member tumpuan sepenuhnya kerana
gangguan suara dari kumpulan yang lain.
AJK gotong royong mengecat hanya sempat mengecat semula bahagian
depan ruamh amal tersebut kerana kesuntukan masa.
Opportunity (Peluang)
Pengalaman melaksanakan program ini telah membuka peluang kepada
kami untuk menganjurkan program khidmat masyarakat dan kursus
berbentuk akademik yang lebih menarik dan mencabar pada masa akan
datang.
Threat (Halangan)
Halangan program ini adalah kesuntukan masa. Input-input yang diberi
hanya meliputi kemahiran asas sahaja. Teknik-teknik menjawab soalan
Matematik tidak sempat dijalankan. Bilangan peserta program yang tidak
ramai dan kurang berpengalaman dalam aktiviti mengecat hanya sempat
mengecat bahagian hadapan rumah amal tersebut.
11
7.0 REFLEKSI KENDIRI
Saya berasa bersyukur kepada Tahan kerana berpeluang mengikuti Program
Bina Insan Guru fasa ll ini. Program Bina Insan Guru ini dijalankan untuk
memupuk kesedaran para guru tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan,
sikap bekerjasama antara satu dengan lain di samping memberi sumbangan
sama ada dalam bentuk tenaga mahupun wang kepada pihak yang memerlukan
dan memupuk nilai komuniti dalam diri individu. Ini merupakan kali pertama saya
mengikutiprogram sebegini dan saya berharap program ini boleh memberi satu
pengalaman yang sukar dilupakan dalam kehidupan saya.
Program BIG kali ini kami telah pergi ke Rumah Amal Permata Kasih yang
terletak di Permatang Pauh Tujuan kami ke sana adalah untuk memberikan
khidmat kepakaran khususnya bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa
Inggeris kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR pada tahun ini serta
menjalani aktivti gotong royong mengecat rumah amal tersebut.
Dari awal perancangan hingga ke hari perlaksanaan program , kelihatan semua
ahli dalam setiap jawatankuasa kerja telah menunjukkan semangat bekerjasama
dan member komitmen yang sungguh tinggi membuat persiapan. Walaupun
kami menghadapi masalah kekangan masa namun segala tugasan serta
tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya
selaku bendahari program bergabung tenaga dengan AJK hadiah dan
cenderamata untuk memutuskan jenis sumbangan yang patut disumbangkan.
Kami hanya berpeluang membeli barangan sumbangan selepas peperiksaan
semester tiga. Kami mencuba sedaya upaya untuk memaksimumkan pembelian
dengan jumlah budget di tangan agar dapat memenuhi cadangan barangan
keperluan dari pihak penaung rumah amal tersebut.
Setiba di rumah amal, kelihatan anak-anak rumah amal tersebut sedang
menunggu ketibaan kami di halaman rumah mereka dengan penuh sabar dan
penuh ceria. Mereka megenakan pakaian yang cantik dan senyuman yang
12
manis. Saya berasa terharu kerana menurut penaung rumah amal tersebut
kebanyakan daripada anak-anak itu telah balik ke pangkuan keluarga masing-
masing semasa cuti sekolah. Oleh kerana kunjungan kami, mereka sanggup
balik ke rumah amal ini untuk member sokongan bagi program ini. Pada ketika
itu,saya tersa untuk membantu mereka sedaya upaya dengan menyumbangkan
tenaga saya dengan sebaik mungkin bagi menjayakan program ini.
Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain,kelihatan mereka menjalankan tugas
yang telah diagihkan dengan penuh semangat. Ini menunjukkan bahawa saya
dan rakan-rakan begitu prihatin dalam menjalankan tanggungjawab yang dpikul.
Daripada aspek ini, saya sebenarnya belajar betapa besarnya tanggungjawab
seorang pemimpin dan rasa tanggungjawab seorang ahli biasa dalam
melaksanakan amanah yang diberi oleh ketua. Sifat-sifat ini sebenarnya amat
penting bagi seorang guru kerana banyak tugasan yang diberikan oleh pihak
pentadbirdi sekolah yang perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan
tanggungjawab.
Dengan kerjasama setiap pasukan kerja,dalam tempoh masa lebih kurang 4
jam, kami berjaya menghabiskan semua aktiviti yang telah dirancangkan. Dari
pengalaman ini, saya mendapati bahawa betapa pentingnya semangat
bekerjasama antara satu pasukan kerja. Semangat ini amat diperlukan ketika
para guru bertugas di sekolah. Kerjasama antara guru dengan pihak pentadbir ,
rakan sekerja, ibu bapa para pelajar dan masyarakat setempat amat diperlukan.
Saya juga menghadapi cabaran ketika melakukan aktiviti mengecat pada hari
tersebut. Ini adalah kerana saya tidak menpunyai pengalaman dalam mengecat.
Pada permulaannya saya tidak mempunyai pengetahuan bahawa cat kapur di
permukaan di dinding perlu dikikis sebelum aktiviti mengecat dibuat. Oleh sebab
itu cat baru yang disapu telah mengelupas. Atas bimbingan dan tunjuk ajar oleh
rakan yang berpengalaman, saya mampu menolong menjalankan tugas ini
dengan baik. Saya merasa gembira kerana mampu melakukan tugasan ini
dengan baik. Walau bagaimanapun,dalam hati saya masih terasa kemahiran
13
pada diri saya masih tidak mencukupi kerana baju kesayangan penuh dengan
bintik-bintik putih ( kesan cat ). Pengalaman ini boleh saya pratikkan kelak untuk
mengecat bilik darjah atau rumah sendiri.
Saya sempat bersembang dengan beberapa orang kanak-kanak tentang
keluarga mereka dan pencapaian mereka dalam pelajaran. Seacara tidak
langsung melalui perbualan kami, saya rasa guru-guru di sekolah perlu lebih
prihatin kepada anak murid mereka dan memahami mereka sama ada dari segi
latar belakang atau segi emosi. Ini adalah kerana pencapaian dalam pelajaran
berkaitan rapat dengan latar belakang keluarga .Guru perlu lebih sabar dan
bersifat penyayang ketika berurusan dengan mereka agar perasaan mereka
tidak tersinggung dan terasa selamat. Keadaan ini akan membawa mereka
berjumpa dengan kita jika mereka menghadapi masalah.
Kesimpulannya,banyak pengalaman dan cabaran telah saya hadapi sepanjang
program ini dijalankan. Program ini sebenarnya memberi saya peluang untuk
membina sifat-sifat pendidik dan pemimpin yang penting dalam diri untuk
menjadi seorang guru berdedikasi pada masa akan datang
Disediakan oleh,
Tan Yeit Fong
PGSR Matematik Kohort 2 Ambilan Nov. 2009
14
8.0 LAPORAN BERGAMBAR
Sebelum program BIG Fasa ll
Semua peserta kursus tunggu bas institut dengan penuh kesabaran di Gelanggara,
IPG Kampus Pulau Pinang.
15
Yeh, kami dapat “ seat VIP “ ! Siap sedia bertolak ke Permatang Pauh
Program BIG Di Rumah Amal Permata Kasih
Selamat tiba di destinasi Anak-anak sedang menunggu…
16
Membawa barangan sumbangan dan alatan keperluan
Bersalaman dengan anak-anak Rumah Amal Permata Kasih
Pintu masuk utama… Pengacara majlis member penerangan
17
Ucapan dari Puan Jafizah Bacaan doa oleh Utz. Azlan Shah…
Bengkel Peningkatan Matematik Slot Motivasi
Bengkel Peningkatan bahasa Inggeris Program Rekreasi Matematik
18
Sibuk mengisi maklumat Macam ni baru betul, ok ?
Bersedia untuk mengecat Eh, susah juga nak buka tin ini!
Apa yang penting ? kerjasama… Em.. kerja kami bertaraf profesional…
19
Kemas juga hasil kerja saya Pegang kuat-kuat kerusi tu, nanti jatuh…
Pemberian cenderamata kepada Pn Subiha dan anak-anak Rumah Amal Permata Kasih
20
Sumbangan ikhlas daripada kami…… Anak-anak menjamu selera
Gambar kenangan-kenangan Gotong royong di Surau Al Falah
Rehat sejenak selepas penat bekerja Pasti surau persekitaran surau bersih
LAMPIRAN9.1
SENARAI NAMA PESERTA KURSUS PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU FASA II
21
9.2
ORGANISASI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU FASA II
KUMPULAN PGSR MATEMATIK ( AMBILAN NOVEMBER 2009 )
PENAUNG
TN HAJI KHALID BIN HAJI AHMAD
22
PENYELARAS
ENCIK ROSLI BIN AB RAZAK
PENASIHAT / PENSYARAH TUTOR
PUAN JAFIZAH BINTI JAAFAR
PENGERUSI
MIOR AZHAR BIN ABD HALIT
NAIB PENGERUSI
NORIHAN BINTI AWANG CHA
SETIAUSAHA
SARIMA BINTI ISHAK
BENDAHARI
TAN YEIT FONG
AHLI JAWATANKUASA
PENGANGKUTAN
NOR ATIZAH BINTI JAP
KESELAMATAN
AZLAN SHAH BIN LUCKMAN
KU ABD FITRI BIN KU ABDUL HALIM23
DOKUMENTASI
ZAITY AKHTAR BINTI DIN
SITI HAMIDAH BINTI SHAHARUDDIN
MOHD SHAHNON BIN YUSOFF
ROSLAN BIN YAAKUB
MAKANAN
ZARINA BINTI ABDUL WAHAB
PERALATAN
ZARINA BINTI ZAKARIA
CENDERAMATA / HADIAH
CHANDRALEKHA A/P KALAIMUTHO
WAN ZARAINEE BINTI WAN JUSOH
TUGASAN KHAS
MOHD IZHAM BIN ABD HAMID
PENGACARA MAJLIS / WAKIL
MOHD SHUKRI BIN SAMSU
PENCERAMAH SLOT MOTIVASI
SARVESWARI A/P SINNASAMY
SALINA BINTI SAMINGON
24
PENCERAMAH SLOT MATEMATIK
NORHAYATI BINTI OTHMAN
AZMAH BINTI AWANG AHMAD
SUHAINI BINTI SAMSUDIN
FASILITATOR
KOMATHY A/P RAJA MOGAN
RABIYAH BINTI IBRAHIM
ROSILAWATI BINTI IDRIS
ROSMAWATI BINTI MUHAMMAD
GOTONG-ROYONG DI KAWASAN KEDIAMAN
SALWA BINTI ISMAIL
NORIHAN BINTI AWANG CHA
9.3
JADUAL PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 2 : 10 JUN 2011
MASA AKTIVITI TINDAKAN
7.45 pagi Bertolak dari IPGKPP ke Rumah Amal Permata Kasih,Permatang Pauh.
8.45 pagi Sampai di Rumah Amal Permata Kasih ,
25
Permatang Pauh.
8.40 pagi Majlis bermula :- Ucapan pengerusi- Bacaan doa- Ucapan Pn. Jafizah
En. SyukriEn. Azlan Shah
9.00 pagi Program bermula :1) Program Motivasi (Mengenal diri)
untuk murid tahun 3 dan 4. 2) Program Kecemerlangan UPSR
Matematik untuk murid tahun 6.3) Program Kecemerlangan Bahasa
Inggeris untuk murid tahun 5.4) Program Rekreasi Matematik untuk
murid berumur 6, 7 dan 8 tahun.5) Gotong royong mengecat luar rumah.
Pn. Sarveswari
Pn. Norhayati
Pn. Komathy
Pn. RabiahSemua
12.00 tengahari
Majlis penutup :1) Laporan setiap program2) Persembahan nasyid dari anak-anak
Rumah Amal Permata Kasih.3) Ucapan pensyarah tutor.4) Ucapan penaung rumah amal5) Penyampaian sumbangan dan
cenderamata.6) Jamuan makan tengahari7) Sesi bergambar8) Taklimat akhir aktiviti di rumah amal
MASA AKTIVITI TINDAKAN
12.30 tengahari
Bertolak pulang ke IPGKPP- Solat jumaat- Makan tengahari
3.00 petang Berkumpul di perkarangan Surau Al Falah IPGKPP
26
3.10 petang Gotong royong membersihkan kawasan surau IPGKPP dan pra sekolah IPGKPP
6.00 petang Program berakhir dan bersurai.
9.4
SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL PERMATA KASIH
PENAUNG :1. ENCIK WAN MUHD SHAHRUN BIN WAN MUHD NASIR2. PUAN SUBIHA BINTI SAFAR
BIL. NAMA MURID UMUR CATATAN1 MURSYIDAH BT AHMAD 82 FATHAYAH BT ROSLAN 73 DURRATUN NAFISAH BT FAIZ 8
27
4 NURUL AJIBAH BT NAJMUDIN 85 WARDATUL ASMAYATIMI BT MOHD
ANUAR8
6 MUHAMAD ATUF SYAHMI B ANUAR 77 MOHD RAFIQ B. NAJMUDIN 68 MUHAMAD ZAHID B. ROSLI 69 MUJAHID B. ROSLI 910 FAKHRUL ROZI BIN ROSLI 711 SAFWATUL AISYAH BT. FAUZI 712 SAFWATUL KHODIJAH BT. FAUZI 713 MOHD GHOLIB B. MOHD SYUKRI 1014 MOHD AMRULLAH B. NAJMUDDIN 1015 AHMAD ZIYAN B. MOHD ANUAR 1016 NOR AQILAH BT MOHD ROSLAN 917 NOR ADAWIAH BT NOR AZMAN 918 MUHD MIQDAD B.ROSLI 1119 MUHD RAFIQ B. FAIDZ 1120 UMMU ATIYYAH BT MOHD SOKERI 1121 MUHD ATHIR B. ROSLAN 1222 MOHD USAMAH B. AHMAD 1223 ABDUSSYAKIR BIN FADHIL 1224 UMMU HABIBAH BT NAJMUDDIN 1225 NOR AZWANI BT AZMAN 1226 SITI AISYAH YATIMI BT MOHD ANUAR 1227 SALIMAH BT. FAUZI 928 MOHD JAFNI B. JALIL 1029 MOHD JUNDULLAH B FAUZI 1030 OTHMAN B AHMAD 1031 ULFAH BT ROSLI 1132 ALFATIH B ISMAIL 1233 SHAMIMI BT JALIL 12
SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL PERMATA KASIH
AKTIVITI : PROGRAM MENGENALI DIRI (MOTIVASI TAHUN 3 DAN 4)
1. MUJAHID B. ROSLI2. MOHD GHOLIB B. MOHD SYUKRI3. MOHD AMRULLAH B. NAJMUDDIN4. AHMAD ZIYAN B. MOHD ANUAR5. NOR AQILAH BT MOHD ROSLAN6. NOR ADAWIAH BT NOR AZMAN
SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL PERMATA KASIH
AKTIVITI : PROGRAM KECEMERLANGAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH ( MOTIVASI TAHUN 6 )
29
KUMPULAN 2
NAMA FASILITATOR :
PN.NORHAYATI BT OTHMANPN.AZMAH BT AWANG AHMADPN.SUHAINI BT SAMSUDINPN.WAHIDA BT IBRAHIM
AHLI-AHLI KUMPULAN:
1. MUHD ATHIR B. ROSLAN2. MOHD USAMAH B. AHMAD3. MUHD ATHIR B.ROSLAN4. UMMU HABIBAH BT NAJMUDDIN5. NOR AZWANI BT AZMAN6. SITI AISYAH YATIMI BT MOHD ANUAR
SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL PERMATA KASIH
AKTIVITI : PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
KUMPULAN 330
NAMA FASILITATOR :
PN.KOMATY A/P RAJA MOGANPN.CHANDRALEKHA A/P KALAIMUTHOEN.MOHD IZHAM B. ABD HAMID
AHLI-AHLI KUMPULAN:
1. MUHD MIQDAD B.ROSLI2. MUHD RAFIQ B. FAIDZ3. UMMU ATIYYAH BT MOHD SOKERI
SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL PERMATA KASIH
AKTIVITI : PROGRAM REKREASI MATEMATIK
KUMPULAN 4
NAMA FASILITATOR :
31
PN.RABIAH BT IBRAHIM PN.ROSMAWATI BT MUHAMADPN. ROSILAWATI BT IDRIS
AHLI-AHLI KUMPULAN:
1. MURSYIDAH BT AHMAD2. FATHAYAH BT ROSLAN3. DURRATUN NAFISAH BT FAIZ4. NURUL AJIBAH BT NAJMUDIN5. WARDATUL ASMAYATIMI BT MOHD ANUAR6. MUHAMAD AYUF SYAHMI B ANUAR7. MARFID B. NAJMUDIN8. MUHAMAD ZAHID B. ROSLI