Top Banner
AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107 1 1.O LAPORAN KEMAHIRAN
60

Laporan Lengkap Kaub

Aug 04, 2015

Download

Documents

Hidayat Nizar
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

1

1.O

LAPORAN KEMAHIRAN

Page 2: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

2

1.0 KEMAHIRAN BERTUKANG

Page 3: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

Tarikh : 6.9.2012

Hari : Khamis

1. Penerangan diberikan oleh En Zul mengenai kaedah pertukangan dan langkah

keselamatan ketika bertukang .

2. En zulkifli meminta kami untuk menyediakan satu set perancangan untuk

menghasilkan projek kayu yang dirancang.

3. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan untuk satu kelas dalam kerja

pertukangan ini.

4. Bermulanya dengan perbincangan idea untuk menghasilkan satu reka bentuk

projek.

5. Kemudian kami memilih satu reka bentuk terbaik antara idea kami yang bertajuk

tepat letak barang kecil serbaguna.

6. Kami membuat beberapa lakaran seperti yang diminta oleh pensyarah

penasihat, En zulkifli iaitu lakaran oblik, isometik, 3D dan ujuran ortografik yang

menunjukkan pandangnan projek dari sudut depan, atas dan tepi.

7. Kami juga menyenaraikan langkah perlaksanaan penghasilan projek.

8. Turut disediakan oleh kami bahan – bahan yang digunakan untuk menghasilkan

projek ini antaranya ialah papan lapis, mounting board, kayu, glue,syelek dan

kertas pasir.

9. Peralatan yang digunakan dalam menghasilkan projek ini seperti untuk kerja

memotong, mencantum, membuat tanggam, mereka dan mengglu ini turut

dipastikan ada, cukup dan dalam keadaan yang baik.

10.Setelah semua bahan dan peralatan diperiksa serta langkah keselamatan

diambil kira sepeti pakaian yang sesuai , kerja penghasilan projek pun bermula

3

LAPORAN SEBELUM PERTUKANGAN

Page 4: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

1. Semasa kerja penghasilan projek ini , beberapa langkah perlaksanaan dijalankan

dengan teliti dan berhati – hati supaya tidak berlaku sebarang kemalangan dan

reka bentuk bahan dihasilkan dengan baik dan mengikut tempoh yang

ditetapkan.

2. Setiap ahli kumpulan kami juga dipastikan mengikut langkah – langkah

keselamatan setika bertukang seperti memakai apron, berkasut dan tidak

bergurau senda ketika kerja memotong kayu dan papan.

3. Permulaan , kami mengukur dan menanda mengikut ukuran yang telah

ditetapkan untuk penghasilan bahan projek ini pada papan dan kayu yang ingin

dipotong

4. Bahan seperti pita ukuran, pembaris kelului, dan sesiku L disediakan juga

termasuk peralatan untung memotong seperti gergaji puting dan gergaji tangan.

5. Saya dan Azraii ditugaskan untuk memotong papan lapis, manakal hazwan pula

sebagai pereka lakaran dan bentuk reka bentuk bahan projek yang ingin

dilakukan.

6. Kami juga turut memastikan setiap potongan yang dilakukan kemas dan

mengikut ukuran yang telah ditetapkan.

7. Setiap kayu dan papan lapis yang telah dipotong diratakan dengan kertas pasir.

8. Setiap langkah pertukangan yang dilakukan diperhatiakan oleh pensyarah dan

didokumentasikan diakhir projek.

9. Pada peringkat kemasan pula,Solehin ditugaskanmengglu dan menyelek bahan

projek bersama dengan Syazwani dan Hidayah.

10.Mereka turut meratakan bahan projek dengan kertas pasir

11.Tujuan kemasan ini dibuat untuk bahan projek kelihatan cantik dan tahan lebih

lama.

4

LAPORAN SEMASA PERTUKANGAN

Page 5: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

1. Setelah projek siap dihasilkan, kami memastikan proses kemasan dilakukan

dengan baik supaya bahan projek kelihatan kemas dan cantik.

2. Setelah itu, kami memastikan peralatan yang digunakan diletakkan di tempat

yang diambil seperti gergaji dan pembaris kelului serta apron.

3. Kawasan dan tempat yang digunakan untuk kerja bertukang juga dipastikan

kembali baik dan bersih daripada serpihan kayu dan papan yang dipotong serta

debu.

4. Projek yang dihasilkan dipersembahkan dihadapan pensyarah untuk penilaian.

5. Laporan akhir dihasilkan setelah projek ini siap sepenuhnya dan dihantar kepada

pensyarah untuk tujuan pendokumentasian dan penilaian.

5

LAPORAN SELEPAS PERTUKANGAN

Page 6: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

BIL AKTIVITI KERJA

MINGGU 1

MINGGU 2

MINGGU 3

1. MENGENAL PASTI TEMA 2. MENGENAL PASTI IDEA 3. PEMILIHAN IDEA

4.PERBINCANGAN BERSAMA AHLI KUMPULAN

5. MEMBUAT LAKARAN SKETCH 6. MELUKIS LUKISAN 2D 7. MELUKIS LUKISAN 3D 8. MEMBUAT MODEL 9. PENGUJIAN MODEL 10. PEMBENTANGAN 11. PENDOKUMENTASIAN

JADUAL PENGHASILAN PROJEK

6

Page 7: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

ALATAN PERTUKANGAN YANG DIGUNAKAN

Alatan Fungsi

Gergaji

Digunakan utk memotong kayu

Tukul

Mengetuk & mencabut paku

Pemutar skru

Untuk memasang atau menanggalkan skru

Sesiku l

Menguji sesuatu permukaan bersudut Tepat dan kerataan permukaan kayu

Pita pengukur

Untuk mengukur jarak yang Pendek serta panjang.

7

Page 8: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

GAMBAR AKTIVITI AMALI PERTUKANGAN

Membuat lakaran projek

Sesi Menghasilkan projek reka cipta

8

Page 9: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

9

1.2 KEMAHIRAN BERKEBUN

Page 10: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

Tarikh : 27.9.2012

Hari : Khamis

1. Sebelum berkebun, saya bersama dengan ahli kelas lain mendengar taklimat

daripada pensyarah, Encik Zulkifli mengenai cara – kaedah berkebun dan

menanam pokok Tauge.

2. Sebelum menjalani perkebunan juga, saya diminta untuk memastikan dan

menyediakan peralatan berkebun dengan cukup dan berada dalam keadaan

yang baik.

3. Kami memilih tanah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti perkebunan dengan

menanam benih tauge ini.kerana tanah yang baik membplehkan benih tumbuh

subur.

4. Peralatan berkebun seperti cangkul, sudip, kapur,skop, telah disediakan oleh

beberapa orang

5. Bahan untuk digunakan dalam aktiviti perkebunan turut disediakan seperti

kapur , benih tauge, air dan tali serta tali.

10

LAPORAN SEBELUM PERKEBUNAN

Page 11: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

1. Pada peringkat permulaan, kami mencangkul tanah untuk membuat batas.

2. Encik Zulkifli telah memberikan gambaran batas yang perlu disediakan.

3. Beberapa ahli kumpulan ditugasan untuk menggembur tanah sehingga menjadi

batas.Ukuran batas itu telah dihasilkan mengikut ukuran yang dikehendaki oleh

encik zulkifli.

4. Rumput- rumput ditanah itu dicabut dan tanah itu dilektakkan kapur unutk

meneutralkan kembali kandungan kimia yang telah berasid.

5. Setelah siap semuanya, biji benih tauge itu ditanamkan kedalam batas itu

6. Penanaman benih itu ditanam mengikut garisan dan urutan agar nampak selari

dan kemas.

7. Setelah itu, air disiramkan ke batas itu batas itu ditutup

1. Kami diminta untuk memastikan benih yang ditanah ini tumbuh dalam keadaan

yang baik

2. Kami diminta memantau pertumbuhan benih ini

3. Kami diminta untuk menyediakan laporan akhir unutk kemahiran dan langkah

berkebun ini sebagai satu pendokumentasian dan penilaian oleh pensyarah

penasihat , Encik Zulkifli.

11

LAPORAN SEMASA PERKEBUNAN

LAPORAN SELEPAS PERKEBUNAN

Page 12: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK AMALI PERKEBUNAN

12

Menyiram pokok-pokok dan benih pokok

Menggembur ataupun untuk meratakan tanah dan membuat batas kebun

Menyendok, menyekop, menggali, mengaduk dan mencampur tanah, dan bahan-bahan untuk tanaman.

Untuk menggemburkan dan meratakan tanah serta mengumpulkan daun kering.

PENYIRAM AIR

CANGKUL

SUDIP

CULTIVATOR

Page 13: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

GAMBAR AMALI PERKEBUNAN

Membina batas kebun

Menyemai biji benih

Benih tauge yang telah tumbuh selang seminggu ditanam

13

Page 14: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

14

1.3 KEMAHIRAN MASAKAN

Page 15: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

Tarikh : 20.9.2012

Hari : Khamis

1. Sebelum menjalankan aktiviti memasak ini, kami telah diminta olen Encik Zulkifli

untuk membuat satu draf penyediaan dan senarai barang yang diperlukan untuk

memasak.

2. Resipi yang telah diputuskan oleh kelas saya memasak ialah nasi

ayam.Penyediaan bahan yang diperlukan juga telah siap dan diserahkan kepada

encik Zulkifli untuk proses penyediaan

3. Setiap ahli kelas telah ditetapkan dan dibahagikan dengan tugas masing –

masing ketika amali memasak itu nanti untuk kelancaran.

15

LAPORAN SEBELUM MASAKAN

Page 16: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

CARA MEMASAK

1. Sebelum menjalankan amali memasak ini, kami mendengar taklimat yang telah

disampaikan oelh Encik Zulkifli mengenai prosedur dan langkah memasak.

2. Barang untuk memasak telah diperiksa cukup untuk memasak

3. Barang untuk kegunaan memasak, memotong, menggoreng dan membersihkan

juga telah dipastikan cukup

4. Masing – masing ahli menjalankan tugasan mengikut tugas yang ditetapkan

5. Masa yang diperuntukan adalah sebanyak 3 jam.

6. Setiap ahli kumpulan menjalankan tugas dengan penuh kerjasama

7. Untuk prosedur memasak nasi ayam sebagai menu makanan tengahari . berikut

disediakan setiap bahan .

7.1 UNTUK SUP AYAM :-

Ayam dipotong 12, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk satukan

semua bahan2 untuk sup. Jerang hingga mendidih dan masukkan ayam.

Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Keluarkan ayam tadi dan

biar kan sejuk. Cedok keluar sup untuk memasak nasi dan 1/2 cawan lagi

untuk sos cili halia. Kemudian baki kuah sup, terus memasak hingga

empuk, masukkan bunga kobis dan cendawan butang, masak sekejap

lagi. Rasa dan jika perlu tambah air lagi dan garam secukup rasa. Hias

dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum

dihidangkan.

16

LAPORAN SEMASA MASAKAN

Page 17: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

UNTUK NASI AYAM :-

Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga

cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan daun

pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1

minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit

garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, Tabur dengan hirisan

daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

7.3 UNTUK AYAM PANGGANG SEGERA :-

Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap kecuali mentega dan

perap selama 10 minit. Sudukan sedikit mentega pada setiap bahagian ayam dan lumur

rata. goreng selama 8 - 10 minit untuk setiap bahagian. Hidangkan bersama ulam2 dan

sos cili halia.

7.4 UNTUK SOS CILI HALIA :-

Cili merah, bawang putih dan tomato dikisar halus, tuang dalam periuk, masukkan stok

ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit

garam jika perlu. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh

hidangkan bersama nasi ayam tadi.

17

Page 18: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

1. Sebagai persediaan awal untuk membuat Nasi Ayam , anda perlu menuruti

langkah pertama ini. Mula-mula panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan

kisar.

2. Tumis bahan kisar hingga garing dan setelah garing, masukkan sedikit air.

3. Masukkan ayam yang telah dipotong 4 dan kaki, leher & kepak ayam dipotong

kecil ke dalam periuk tumisan ini. Gaul rata.

18

Page 19: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

4. Kemudian, tambahkan air lagi hingga melepasi paras ayam ini ya. Reneh sup

ayam ini hingga ayam menjadi empuk.

5. Setelah ayam itu empuk, bolehlah dimasukkan garam dan serbuk perasa ya.

Kemudian ambil kuah sup ayam ini untuk menanak Nasi Ayam.

6. Kemudian masukkan sup bunjut ke dalam periuk sup itu dan Mina rasa tahap

kemasinannya. Biarkan kuah menggelegak sebentar dan setelah berpuas hati

dengan rasa keenakannya, bolehlah dipadamkan api dapur .

19

Page 20: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

7. Beginilah kuah sup yang telah ditabur dengan hirisan daun bawang, daun sup

dan bawang goreng.

8. Cuci 7 pot beras dan toskan airnya.. Selepas beras dicuci, masukkan 7 pot kuah

sup tadi yang telah sejukkan awal tadi ya. Oleh kerana di dalam kuah sup tadi

kerana sudah meletakkan garam dan serbuk perasa, maka tidak payahlah lagi

menambah apa-apa bahan perasa lagi ya.

9. Masukkan sehelain daun pandan yang telah dibersihkan dan disiat-siatkan lalu

dipintalkan seperti gambar di atas. Kemudian teruslah masukkan periuk nasi itu

ke dalam rice cooker. Letak penudung periuk dan tekan 'COOK'.

20

Page 21: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

10.Beginilah rupa Nasi Ayam .

11. Ini pula adalah bancuhan yang akan digunakan untuk memerap ayam yang akan

digoreng sebentar nanti.. Masukkan 1 sudu besar madu, 1 sudu besar kicap

pekat, 1 sudu besar kicap masin/cair dan 1 sudu besar sos tiram.

12.Kacau hingga menjadi sebati.

13. Ini adalah ayam yang telah dipotong 4 yang telah diasingkan dari periuk kuah

sup tadi.

21

Page 22: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

14.Gaulkan sos kicap tadi ke keseluruhan ayam-ayam tadi hingga menyalut badan

ayam.

15.Kemudian peraplah sebentar ya. 10 atau 20 minit sebelum digoreng.

16.Panaskan kuali dan masukkan kuantiti minyak yang banyak ya.

17.Apabila minyak sudah panas, bolehlah di masukkan ayam yang telah diperap

tadi. Tujuan untuk menggoreng ayam ini hanyalah untuk menggaringkan

bahagian luar ayam ini saja ya.

22

Page 23: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

18.Beginilah hasilnya Ayam Goreng Madu .

19. Ini pula cara untuk membuat sos lada hidup. Bahan-bahannya ialah lada merah,

bawang putih, jus limau kasturi, garam, gula dan kuah sup. Kemudian sila kisar.

20.Selepas dikisar, sila rasa tahap kemasinan, kemanisan, kepedasan dan

kemasaman yang diinginkan.

21.Selepas itu, masukkan sos yang telah siap di kisar itu ke dalam periuk

23

Page 24: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

22.Nasi Ayam Madu yang siap disediakan.

1. Kami menyediakan tempat untuk tetamu ( Ketua jabatan , Timbalan dan pensyarah pendidikan Khas ) utuk menikmati hidangan masakan kami.

2. Pensyarah menikmati masakan yang telah dihidang

3. Setelah selesai , Kami mengemaskan semua peralatan memasak yang digunakan. Dan juga bahan – bahan lain

4. Kami membersihkan seluruh kawasan yang digunakan memasak.

5. laporan akhir untuk tujuan pendokumentasian dan pemarkahan disediakan dan diserahkan kepada pensyarah pembimbing.

24

LAPORAN SELEPAS MASAKAN

Page 25: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

PERALATAN YANG DIGUNAKAN KETIKA MEMASAK

25

Page 26: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

26

Page 27: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

GAMBAR AMALI MEMASAK

27

Page 28: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

28

Page 29: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

29

1.4 KEMAHIRAN MEMELIHARA IKAN HIASAN

Page 30: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

Tarikh : 1.8.2012

Hari : Khamis

1. Taklimat penjagaan binatang disampaikan oleh en zulkifli sebagai salah satu

tugasan dalam subjek KAUB ini.

2. Prosedur dan langkah untuk memelihara binatang ini diterangkan .

3. En Zulkifli telah memutuskan untuk amali memelihara binatang ini, kami diminta

untuk memelihara ikan hiasan.

4. Kami diminta menyediakan akuarium dan peralatan yang diperlukan untuk

diletakkan dalam akuarium seperti batu warna warni, mesin, tunggul kayu dan

peralatan elektrik akuarium.

5. Makanan ikan seperti dedak juga diminta disediakan oleh pensyarah.

6. Encik Zulkifli meminta setiap kumpulan membersihkan akuarium yag telah

disediakan pada hari khamis.

7. Kami juga diberikan jenis ikan yang dipelihara. Iaitu beberapa ikan hiasan.

30

LAPORAN SEBELUM MEMELIHARA IKAN HIASAN

Page 31: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

1. Pada hari untuk memelihara ikan hiasa di akuarium itu , pada peringkat

permulaan, pembahagian tugasan dijalankan untuk setiap ahli kelas untuk

memudahkan kerja penyediaan dan pembersihan akuarium.

2. Akuarium dibersihkan oleh beberapa orang ahli kumpulan dengan mengeluarkan

semua bahan didalam aquarium itu untuk kerja pembersihan keseluruhan

akuarium.

3. Air lama didalam akuarium itu dibuang dan digantikan dengan yang baru, batu –

batu warna dibersihkan, enjin dan peralatan elektrik yang digunakan pada

akuarium itu juga diperiksa kembali untuk memastikan dalam keadaan yang baik

dan boleh digunakan.

4. Setelah semuanya berada dalam keadaan baik, air bersih dimasukkan kedalam

akuarium mengikut sukatan .

5. Bahan perhiasa lain dimasukkan seperti batu berwarna, rumput dan tumbuhan

akuatik tiruan, tunggul kayu,pasir halus, mesin elektronik untuk pernafasan ikan.

6. Kami memasukkan beberapa ekor ikan hiasan ( ikan gapi) kedalam akuarium

satu persatu.

7. Kami juga memastikan dan dipasang dengan elok lampu akuarium . bahan

makan seperti dedak ikan.

8. Pemberian makanan ikan ini dilakukan selalu dan keadaan akuarium ini perlu

diperhatikan selalu agar memastikan dalam keadaan baik.

9.

31

LAPORAN SEMASA MEMELIHARA IKAN HIASAN

Page 32: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

1. Setelah ikan peliharaan dimasukkan kedalam akuarium , kami memastikan

semua peralatan diakuarium itu dalam keadaan baik.

2. Kawasan pembersihan yang digunakan untuk kerja pembersihan akuarium juga

dipastikan dalam keadaan baik kembali.

3. Memasang kembali motor di akuarium itu.

4. Kami memantau keadaan akuarium sekali dalam dua hari untuk memastikan

keadaan ikan peliharaan dan akuarium dalam keadaan yang baik dan ikan diberi

makan yang cukup.

5. Laporan akhir mengenai proses pemeliharaan ini dihasilkan untuk

pendokumentasian dan penilaian oleh pensyarah.

32

LAPORAN SELEPAS MEMELIHARA IKAN HIASAN

Page 33: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

ALATAN DAN BAHAN UNTUK MEMELIHARA IKAN HIASAN

AKUARIUM IKAN MAKANAN IKAN

PERHIASAN AKUARIUM BATU HIASAN

MOTOR PAM AIR IKAN HIASAN

33

Page 34: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

GAMBAR AMALI MEMELIHARA IKAN

34

Page 35: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

35

2.0

ANALISIS TUGASAN

Page 36: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

36

2.1

KEMAHIRAN

BERTUKANG

Page 37: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

KEMAHIRAN : KEMAHIRAN MEMOTONG KAYU

PROJEK : BINGKAI GAMBAR

ALATAN YANG DIGUNAKAN :

1. Pensel

2. Pembaris Keluli

3. Sesiku L

4. Gergaji Puting

5. Tukul Warrington

6. Penahan Tepi

7. Ragum Meja

8. Apit-G

9. Gunting Kertas

10. Ragu Meja

BAHAN YANG DIGUNAKAN :

1. Kayu

2. Papan lapis

3. Gam Kayu

4. Syelek

5. MDF

LUKISAN KERJA : 3 Dimensi

37

Page 38: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

38

Page 39: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

39

Page 40: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

40

2.2

KEMAHIRAN

BERKEBUN

Page 41: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

KEMAHIRAN : PENYEMAIAN BENIH

BAHAN YANG DIGUNAKAN : Tanah , Sudip Tangan , Medium Semaian, Bekas

Semaian, Pasir halus , Bekas Penyiram, Kayu kecil

1.0 Langkah menyemai biji benih (kasar)

1. Dengan menggunakan sudip tangan, isikan medium semaian ke dalam bekas semaian sehingga 2.5 cm dari bibir bekas semaian.

2. Campurkan dan gaul biji benih dengan pasir halus mengikut nisbah 1 bahagianbiji benih dengan 5 bahagian pasir halus.

3. Tabur campuran biji benih dan pasir halus di atas permukaan medium semaian dengan rata.

4. Tabur sedikit medium untuk menutup campuran biji benih

5. Siram semaian. Pastikan semaian diletakkan di tempat yang teduh. Labelkan jenis pokok dan tarikh semaian.

2.0 Langkah menyemai biji benih (halus)

1. Buat barisan lurus di permukaan medium dengan jarak 10 cm antara satu sama lain.

2. Tandakan titik penanaman dan buat lubang dengan menggunakan sebatang kayu kecil.

3. Masukkan satu biji benih ke dalam setiap lubang.

4. Tutup lubang biji benih dengan campuran medium.

5. Siram semaian. Pastikan semaian berada di tempat yang teduh. Labelkan jenis pokok dan tarikh semaian.

41

Page 42: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

LANGKAH MEMBUAT SEMAIAN BIJI BENIH

42

Page 43: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

43

2.3

KEMAHIRAN

MEMASAK

Page 44: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

KEMAHIRAN : MENYEDIAKAN SANDWICH TELUR

Peralatan Dapur Yang Digunakan :

1. Pisau

2. Pisau roti

3. Garfu

4. Sudu

5. Pinggan hidang

6. Periuk

7. Mangkuk

8. Papan pemotong

9. Pinggan

10.Sarung Tangan & Apron

Bahan-Bahan Yang Digunakan :

1. Roti Sandwich

2. Telur – 2 biji (direbus)

3. Mayonis

4. Lada sulah (secukup rasa)

5. Garam (secukup rasa)

6. Tomato – 2 biji (dihiris)

7. Mentega

8. Daun salad

44

Page 45: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

Langkah-langkah Penyediaan Sandwich :

1. Masukkan air ke dalam periuk. Rebus telur sehingga masak.

2. Sementara menunggu telur masak, basuh buah tomato dan daun salad sebersih-

bersihnya. Hiris buah tomato.

3. Angkat telur dan rendamkan ke dalam air sejuk sebentar. Kupas kulit telur.

4. Letakkan telur ke dalam mangkuk dan hancurkan dengan menggunakan garfu.

5. Tambahkan mayonis, garam dan lada sulah secukupnya ke dalam mangkuk

yang berisi telur hancur tadi. Gaul rata.

6. Buangkan sedikit bahagian tepi roti sandwich dengan menggunakan pisau.

7. Sapu mentega pada setiap roti. Kemudian sapukan campuran telur hancur pada

satu bahagian roti.

8. Letakkan daun salad dan tomato hiris di atas roti yang telah disapu dengan telur

hancur tadi. Letak satu bahagian roti lagi di atasnya. Buat sehingga semua roti

habis.

9. Potong roti yang telah siap.

10.Hidangkan di atas pinggan hidang dan hiaskan dengan daun salad dan tomato.

45

Page 46: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

Gambar Langkah – Langkah Penyediaan Sandwich

46

Page 47: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

47

2.4

KEMAHIRAN

MEMELIHARA

IKAN HIASAN

Page 48: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

KEMAHIRAN : MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM

Langkah 1

Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan

ketebalan lebih kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki

dengan air paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk membuang klorin air.

Lapkan air yang tertumpah diatas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi

licin.

Langkah 2

Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp.Ikan

akar tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam

pasir.

Langkah 3

Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium

untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik.

Langkah 4

Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli

dari kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.

48

Page 49: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

Langkah 5

Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu

boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium.

Tunggul kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum

dimasukan ke dalam akuarium.

Langkah 6

Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi

tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa

tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu susunan yang menarik.

Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan.

Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.   

49

Page 50: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

50

Page 51: Laporan Lengkap Kaub

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD PKB 3107

SENARAI RUJUKAN

Jamila K. A. Mohamed, ( edisi ketiga, 2008 ), Pendidikan Khas Untuk Kanak-

Kanak Istimewa, Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..

Julia Jantan, dan Siti Suhaila Samian, HBSE 3303 Perkembangan Dan Ciri- Ciri

Kanak- Kanak Berkeperluan Khas, Open Universiti Malaysia.

K. A. Razhiyah, ( edisi kedua, 2008 ), Menjadi Guru Pendidikan Khas, Kuala

Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Shahnon Lim.Zainal A (2004), Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras dan KMT) :

Sasbadi, Petaling Jaya.

http://akuberkebun.wordpress.com/category/komuniti-kebun/kursus-bengkel/

http://www.slideshare.net/where_mark/teknologi-pemeliharaan-haiwan-dan-ikan-

hiasan

http://daridapurmina.blogspot.com/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2001&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

http://www.industrialtechnology.co.uk/index.php?pageId=47&aid=37

http://cikguagrofarm.blogspot.com/2010/08/alatan-berkebun.html

51