Kuih semperit amat diminati dari dulu hingga sekarang. Kuih ‘tunjuk’ memang lain rasanya dari kuih yang dibuat sendiri. Jadi kami ingin kongsikan resepi membuat kuih tradisional Semperit dengan mudah dan sedap ini. Masa penyediaan adalah 30 mini dan masak untuk memasak pula adalah 15 hingga 20 minit. Resepi ini telah dikongsikan oleh Chef Kamarul, jadi sukatan yang diberi itu bersesuaian untuk mendapatkan tekstur kuih yang berlemak dan rangup. Memang sedap!
38
Embed
Kuih semperit amat diminati dari dulu hingga sekarang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Kuih semperit amat diminati dari dulu hingga sekarang. Kuih ‘tunjuk’ memang lain rasanya dari kuih yang dibuat sendiri. Jadi kami ingin kongsikan resepi membuat kuih tradisional Semperit
dengan mudah dan sedap ini. Masa penyediaan adalah 30 mini dan masak untuk memasak pula adalah 15 hingga 20 minit.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Chef Kamarul, jadi sukatan yang diberi itu bersesuaian untuk
mendapatkan tekstur kuih yang berlemak dan rangup. Memang sedap!
1 sudu serbuk ketumbar 1/2 sudu serbuk jintan manis 1/2 sudu serbuk jintan putih 2 hiris lengkuas 1 hiris halia 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 3 sudu cili mesin 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih) 1 1/2 liter santan 1 batang kulit kayu manis 1 sudu kerisik 4 keping asam keping 1/2 buku kecil gula melaka. 10 biji cili padi sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak. 2. Masukkan semua bahan-bahan serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa. 4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan
asam keping rebusan ikan nanti masam. 5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi 6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak..
Kalau mahu pekat masak lama.. Siap 2.
Gulai Ikan Tongkol adalah lauk kegemaran saya. Maklumlah orang Kelantan, sarapan pagi tak lengkap tanpa nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang dan nasi kapit (impit). Lauk bagi nasi berlauk dan nasi dagang biasa dibuat dari Ikan tongkol yang direbus semalaman, sebelum dimasukkan ke dalam kuah gulai. Ikan tongkol yang direbus, selain digulai sedap juga digoreng begitu
sahaja dan ditambah dengan bawang besar hiris dan cili hidup yang juga dihiris. Saya biasa memasak Gulai Ikan Tongkol stail Kelantan. Namun saya semenjak dua menjak ini, hihihi ada ke bahasa camtu, saya kemaruk dengan Gulai Ikan Tongkol nasi dagang Terengganu. Setelah mencari sekian lama, saya terjumpa resepi ini. Tapi maaf kerana telah lama resepi ini tersimpan, saya tidak pasti siapa penulis asal resepi ini. Harap maaf berbanyak ..semoga Allah memberi ganjaran kerana berkongsi resepi ... Gulai Ikan Tongkol
Bahan bahan:
4 ikan tongkol(direbus bersama segenggam asam keping, 1 kpg gula melaka dan garam secukup rasa. Air rebusan disimpan untuk diguna dalam kuah)
3/4 kilo Bawang merah (lebih pun tak apa)
1 labu bawang putih (yang besar)
1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar serbuk kunyit)
2 inci halia
segenggam lengkuas setelah dihiris
1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
1/2 senduk serbuk jintan manis
2 senduk cili giling
kerisik (dari 1/2 biji kelapa)
4 kpg besar gula melaka
santan (dari 4 biji kelapa kepekatan biasa)
2 inci kulit kayu manis
Semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, gula melaka, santan dan kulit kayu manis.
masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)
Alhamdulillah.. Siap semua resepi bagi buat Nasi Dagang Terengganu turun temurun. Resepi rahsia dari tokcik … Apa yang rahsianya adalah, masukkan daging semasa masak santan.. Banyak mana? ikut anda.. Saya buat 8 cawan beras, so masukkan 1/2kg daging.. Cuba la..
InsyaAllah sedap! .. Selamat mencuba..
:: Nasi Dagang, Rasa yang sama cuma lighting yang berbeza.. dan Orang yang sama yang buat di Hari
- See more at: http://norfanil.com/resepi-nasi-dagang-terengganu-turun-
temurun/#sthash.kKq30HnS.dpuf
Sedap memang sedap. Saya memang tak boleh tahan, 3 pinggan habis tadi. Minta ampun lah, esok saya akan diet. Ini lah kali pertama saya memasak sendiri Nasi Dagang Terengganu dengan Gulai Ikan Tongkol serta Acar Timun. Lama dulu saya pernah memasak nasi dagang Kelantan semasa majlis open house rumah kami di USJ. Itu pun dah berbelas tahun lamanya. Bukan apa, saya malas nak memasak sendiri nasi dagang kerana anak anak bukan suka sangat makanan macam macam ni. Mereka suka masakan moden dan western jer.
Rasa macam tak percaya hari ini saya berjaya memasak nasi dagang yang memang rasa macam nasi dagang yang dimakan di Terengganu atau di USJ yang memang dijual oleh emak Nadia yang berasal dari Terengganu. Projek memasak nasi dagang ni bermula dalam pukul 4 apabila dapat mesej inbox dari Rozilah yang dia telah hantar rempah gulai cap bunga rose. Oleh kerana beliau tersalah rumah, saya terpaksa menjejak rumah yang dikatakan oleh Rozi. Nasib baik jumpa dan dapat berkenalan dengan tuan rumahnya, Azlina yang baikhati. Dari situ, kami terus ke kedai runcit mencari ikan tongkol yang berbatik yang biasa diguna sebagai ikan untuk gulai nasi dagang Terengganu. Memang susah nak dapatkan ikan ni. Sesampai di rumah terus ke dapur untuk mula merebus ikan dan mula memasak gulai dan nasi dagang.
Pukul 5, siap untuk dimakan panas panas lagi. Jangan tak tahu, saya menambah sampai 3 kali dek sedap nya yang tak terkata, baunya yang sangat semerbak terutama bau halba ...
Jom lah kita layan resepi dan gambar gambarnya ...
Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam gelugor dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap.
Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula.
Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal. Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.