Ijazah Sarjana Muda-Semester 2 Sesi 2014/2015
KRM 3073 : PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
TAJUKTUGASAN 1 ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN
DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIKPROGRAM
MUHAMAD RIZAL BIN ARIFFIND20102041699Group UPSI02(A142PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF DR NOOR SHAH BIN SAAD
TARIKH SERAH: 4 APRIL 2015
TUGASAN 1: (Individu)Apakah yang dimaksudkan dengan isu
kontemporari dalam pendidikan. Dengan merujuk kepada pengalaman
atau bacaan anda sendiri, nyatakan satu contoh isu kontemporari
yang boleh memberi impak kepada pengajaran pembelajaran matematik
sekolah rendah. Seterusnya bincangkan empat sebab mengapa isi
tersebut boleh memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran
matematik di sekolah rendah. Seterusnya lagi, bincangkan empat
tindakan yang boleh diambil oleh guru membabitkan pengajaran
pembelajaran matematik bagi menangani isu tersebut.
PENGENALANMatematik ialah satu bidang pengetahuan yang bersifat
dinamik kerana sentiasa berubah dari segi kandungan, kegunaan dan
cara mempelajarinya. Oleh itu, matematik yang diajar di sekolah
perlu turut berubah. Desakan-desakan untuk perubahan mungkin muncul
dari perkembangan dalam ilmu matematik sendiri, kegunaan matematik
dalam masyarakat umum yang kian bertambah ataupun penemuan-penemuan
psikologi mengenai pembelajaran matematik. Pelajar yang mahir dalam
matematik biasanya dikaitkan dengan kebolehan mereka memahami
sesuatu konsep, teori, keupayaan menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu serta kebolehan menyelesaikan masalah dengan menggunakan
strategi-strategi yang tertentu. Matematik dianggap sukar kerana
pada dasarnya ia adalah berbentuk hiraki. Pemahaman tentang satu
konsep adalah perlu untuk mempelajari suatu konsep yang lain.
Kegagalan pelajar untuk memahami sesuatu konsep asas boleh
menjejaskan pembelajaran matematiknya. Bagi seorang pelajar,
mendapat maklumat dalam matematik adalah satu prosedur yang sukar
kerana ia melibatkan cara memikir dan membuat. Tiga aktiviti utama
yang terlibat dalam matematik adalah penerokaan/penyiasatan,
penyelesaian masalah dan pembuktian. Cuba jaya, hipotesisi dan
penyiasatan, pengukuran, dan klasifikasi adalah sebahagian dari
seni matematik yang patut diajar di sekolah. Matematik bukan hanya
setakat memahami sahaja tetapi perlu dari segi penggunaan
matematik. Makmal matematik selalunya mempunyai alatan seperti
penimbang, kayu atau pita pengukur, blok atau bongkah kayu, baling
bagi menyukat isipadu cecair, jangka lukis, jangka sudut dan
sebagainya.
Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi
zaman. Setelah negara mencapai kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961
menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini.
Pendidikan adalah untuk tujuan perpaduan di samping untuk membasmi
buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk
pembangunan negara. Kurikulum dan sistem peperiksaan yang yang sama
serta penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama
sistem persekolahan adalah antara perkara yang diberi penegasan
dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara. Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada senario
pendidikan negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
diperkenalkan pada 1982. KBSR memberi penegasan kepada pendidikan
asas 3M. KBSR selepas itu ditukar kepada Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah mulai 1993. Apabila Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
tersurat pada 1988, orientasi pendidikan adalah berasaskan kepada
FPN (mulai 1996 dikenali FPK). Setelah itu apabila cabaran berubah
akibat daripada perkembangan semasa dan arus globalisasi, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula diperkenalkan pada 2011. KSSR
dilaksanakan di sekolah rendah di negara ini dengan harapan dapat
mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu
berhadapan dengan cabaran masa hadapan dalam abad ke-21.
ISU YANG MENYEBABKAN PERUBAHAN KBSR KEPADA KSSR
Perubahan arus globalisasi juga telah menyebabkan beberapa
pindaan dan perubahan terhadap Akta Pelajaran dan juga kurikulum
pendidikan negara. Misalnya, KLSR telah ditukarkan kepada Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan kemudiannya
implikasi keperluan kesepaduan dalam mata pelajaran, sekali lagi
beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuat menyebabkan KBSR
diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR).
Terkini, KBSR secara berperingkat-peringkat akan ditukarkan
sepenuhnya kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula
sesi persekolahan pada Januari 2011 yang diperkenalkan kepada
murid-murid Tahun Satu. Penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) berhasrat untuk memperkukuhkan kognitif murid dengan
nilai-nilai afektif. Ianya bertujuan supaya masyarakat mempunyai
sumber manusia yang berkesan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI). Walau bagaimanapun, persekitaran masyarakat terus
berkembang dan ianya menyebabkan timbulnya keperluan baru.
Implikasi Laporan Kabinet 1979 ini penggubalan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan yang bertujuan untuk
menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat majmuk supaya dapat hidup dalam perpaduan yang
harmonis. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah
rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada
tahun pelaksanaan penuh di semua sekolah rendah seluruh negara.
Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan
Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, Kementerian
Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di
peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan
penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira
(3M).
KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa
Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi
membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang
komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan
diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan
mental serta kesediaan pelajar ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979
).
Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi
iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan
matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada
kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar,
pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia.
Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian
dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan
kesihatan. Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap.
Tahap I iaitu tahun 1 hingga tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun
4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran yang ditawarkan diperingkat
ini adalah merupakan pelajaran
teras iaitu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar
pada tahap I dan II. Penerapan nilai-nilai murni melalui sistem
pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni
merentasi kurikulum) juga diperkenalkan (Abdullah Sani, 2005:
174-175). Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet,
1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada
perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi
pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan
selaras dengan pembangunan kemanusiaan.
Walau bagaimanapun, setelah 10 tahun pelaksanaan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah, semakan semula dilaksanakan dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1993 yang mendukung
cita-cita murni dan unggul selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020, globalisasi dan
pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan.
Draf baharu Sukatan Pelajaran Tahun 1 disediakan pada November 1992
dan mula dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai percubaan
seterusnya dilaksanakan sepenuhnya pada Disember 1994. Penekanan
utama dalam KBSR (1993) yang baharu ini ialah konsep bersepadu yang
terdiri dariapada unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai
digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Kurikulum ini juga merangkumi
aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan
yang seimbang. Pembelajaran dibilik darjah diperkukuhkan melalui
aktiviti kokurikulum.
Semakan semula pada KBSR (1999) telah dibuat pada tahun 2002
implikasi daripada Dasar Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Dasar ini digubal
berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu
yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian
besar maklumat yang berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa
Inggeris. Matlamat akhir dasar ini adalah membolehkan murid
mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya
mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya
saing di peringkat antarabangsa di samping melahirkan generasi yang
kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris(Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 11/2002). Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka
bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa
dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR.
KSSR digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang
perkara yang murid patut ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau
indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan.
Penekanan adalah elemen yang berorientasikan kreativiti dan
inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi. Terdapat
empat prinsip dalam KSSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan
individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid
dan pendidikan seumur hidup. KSSR digubal berdasarkan standard
adalah mengambil kira beberapa faktor seperti memastikan semua
murid melepasi standard yang ditetapkan, penetapan ilmu, kemahiran
dan nilai yang perlu diukur dengan jelas, mengenal pasti strategi
penambahbaikan (assessment for learning), mengatasi masalah murid
keciciran dalam pembelajaran dan pelaksanaan pentaksiran berasaskan
sekolah. Berbanding dengan KBSR, seseorang guru akan dibekalkan
dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang
dilengkapi dengan Pemetaan Huraian Sukatan Pelajaran, sebagai
panduan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan
Rancangan Pengajaran Harian di peringkat sekolah. Murid murid pula
dibekalkan dengan buku teks.
Manakala KSSR pula, guru-guru akan menggunakan Dokumen Standard
yang terdiri daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran,
Modul Pengajaran turut disediakan sebagai panduan untuk guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta Modul Pembelajaran
adalah bahan pembelajaran untuk murid bagi menggantikan buku teks.
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai. Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.
KSSR diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah
rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa
tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk
mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat
kerajaan. Pelbagai penambahbaikan yang terkandung dalam KSSR hasil
daripada KBSR yang telah sedia ada. Penambahbaikan tersebut ialah
dengan menambahkan elemen kreativiti dan inovasi di dalam
kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem
penilaian perlu diterapkan dalam pendidikan negara bagi
menghasilkan modal insan yang berdayasaing. Fokus utama KSSR ialah
kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai
bagi Tahap 1 manakala Tahap II, penekanan kurikulum diberikan
kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai
kemahiran yang lebih kompleks,perkembangan fizikal, kognitif, sikap
dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan bidang
ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum.
Berdasarkan temubual dan soal selidik dengan rakan-rakan yang
lebih senior dalam dunia pendidikan, rata-rata mereka berpendapat
bahawa transformasi ini banyak membawa kepada pembaharuan dan
penambahbaikan terutamanya dalam pelajaran murid-murid. Walaupun
begitu, sedikit rungutan juga kedengaran daripada guru-guru. Ini
kerana beban guru semakin bertambah ekoran daripada transformasi
ini. Guru-guru juga perlu mempunyai pemikiran yang lebih kreatif
dan inovasi. Namun begitu, semua guru perlu menyahut cabaran yang
diberi demi kejayaan anak-anak bangsa.
Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang
seimbang dalam kurikulum pendidikan di negara ini. Ia bertujuan
agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak
ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan
itu,penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem
pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara
berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi
negara ke arah negara maju.
Dalam abad ke-21, perkembangan pesar dalam bidang sains dan
teknologi khususnya dalam bidang ICT banyak membawa kepada
perubahan. Kesannya ialah kepada globalisasi. Cabaran di peringkat
global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian
kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembang tersebut.
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum
yang holistik dan sentiasa relevan dengan perkembang semasa bagi
melahirkan modal insan seimbang yang mampu berdepan dengan cabaran
semasa dan cabaran masa hadapan (KPM, 2010). Ucapan dasar
Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam perhimpunan Agung UMNO
2006 juga meminta supaya sistem pendidikan Malaysia memberi
penekanan kepada pembangunan modal insan; penghasilan pelajar celik
minda; pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan
maklumat; dan program membangunkan akal manusia dalam melahirkan
insan ulul al-bab. Sehubungan dengan itu, mulai 2011 Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah ditransformasikan kepada
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Transformasi tersebut
merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah.
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan
perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan
bersepadu sebagaimana yang ternyata dalam FPK. Perkembangan potensi
ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi
melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk
mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat
holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta
menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. KBSR terus
mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1. KBSR terus
mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1.
MATLAMAT KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan
insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif
melalui tunjang-tunjang komunikasi; sains dan teknologi;
perkembangan fizikal dan estetika; keterampilan diri; kemanusian;
dan kerohanian, sikap dan nilai. KSSR adalah berasaskan FPK dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di samping mengambil kira cabaran
dalam abad ke-21, Model baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran
terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO,
iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar
untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.
Diharapkan agar murid-murid yang mengikuti KSSR akam mempunyai
asas-asas untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara yang
bertanggungjawab; global player; dan pekerja berilmu. Selain itu,
tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah untuk melatih
murid-murid supaya mempunayi sikap ingin tahu, suka berfikir dan
rajin untuk terus belajar. Murid-murid perlu berusaha mencari
pengetahuan sendiri daripada pelbagai sumber
seperti daripada guru, rakan, sumber-sumber di sekeliling mereka
seperti buku, internet dan sebagainya.
MATEMATIK KSSR
Secara umumnya, penentuan sesuatu mata pelajaran bergantung
kepada reka bentuk kurikulum yang ditetapkan. Reka Bentuk sesuatu
kurikulum pula bergantung kepada banyak faktor yang menjadi asasnya
seperti falsafah pendidikan, politik sesebuah negara, sejarah,
keadaan sosial serta budaya, aliran semasa dan banyak lagi.
Umpamanya dalam era globalisasi, kurikulum yang dibentuk bersifat
ke arah menyediakan global education expertise selain insan ulul
al-bab. Dalam konteks Malaysia secara khususnya mata pelajaran yang
diajar di sekolah rendah adalah ke arah mencapai matlamat KBSR atau
KSSR seterusnya mencapai hasrat yang terkandung dalam FPK.
Selain itu, kandungan sera penyampaian sesuatu mata pelajaran
adalah bersasakan senario yang dapat dilihat daripada aliran
pembangunan dan kemajuan ekonomi, sosial, politik dan teknologi
masa kini dan akan datang. Mengikut UNESCO, penetuan sesuatu mata
pelajaran berasaskan empat tonggak utama iaitu:-
Belajar untuk mengetahui (learning to know)
Belajar untuk bertindak (learning to do)
Belajar untuk membentuk peribadi (lening to be)
Belajar untuk hidup bersama (learning to live together)
Sesuatu mata pelajaran yang ditetapkan juga perlu dapat memberi
peluang bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu
(dimensi intrinsik) dan keperluan sosial (dimensi instrumental)
yang selaras dengan konsep al-ulum insaniah dan al-ulum
kauniyah.
Pembelajaran Matematik dalam KSSR adalah untuk membina kefahaman
murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan dan
memahami idea matematik yang mudah, serta mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran tersebut secara berkesan (BPK, 2010).
Melalui Matematik diharap murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam kehidupan harian mereka, bermula daripada
permasalahan yang mudah kepada permasalahan yang lebih kompleks. Di
Tahap 1 pembelajaran Matematik adalah berfokus kepada penguasaan
kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi asas; serta penguasaan
numerasi. Manakala di Tahap 2 pembelajaran Matematik adalah
berfokus kepada penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan
aplikasi yang lebih kompleks. Lima modul yang diguna pakai untuk
pembelajaran Matematik dalam KSSR ialah modul Nombor
dan Operasi; Modul Pengukuran; Modul Bentuk dan Ruang; Modul
Pengendalian Data; dan Modul Statistik.
KSSR DIREALISASIKAN DALAM PENGAJARAAN MATEMATIK SEKOLAH
RENDAH
Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan
profisiensi intelektual individu dalam membuat penakulan logik,
visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid
mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan
menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi
matematik.
Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid
melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja
apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian
meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak murid mempelajari
matematik diluar bilik darjah dan diperingkat pengajian yang lebih
tinggi.
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi matapelajaran
Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep
nombor, kemahiran asas pengiraan, memahami idea matematik yang
mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta
kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam
kehidupan seharian.
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik memberi keutamaan
kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid
mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang
dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran murid
secara matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip berikut
iaitu penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan,
membuat perwakilan dan penggunaan teknologi dalam matematik.
Standard Kurikulum dibina berasaskan kepada enam tunjang iaitu
Komunikasi; Kerohanian; Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Ketrampilan
Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains, Matematik dan
Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang
menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran
kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk
membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan
berketerampilan.
Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu menjadi lebih
holistik supaya unsur inovasi dan kreativiti terdapat pada setiap
kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengajaran dan
pembelajaran matematik perlu menghasilkan pembelajaran yang
mendalam (deep learning). Subjek Matematik adalah merupakan satu
mata pelajaran yang sangat
penting untuk dipelajari. Melalui Matematik kita mampu untuk
mempelajari yang betul dalam pengiraan. Ini kerana Matematik
sentiasa berada di sekeliling kita dan banyak perkara dalam
kehidupan ini menggunakan matematik. Matematik merupakan antara
subjek yang sangat penting dan unik, kerana ilmu yang kita dapat
pelajari di kelas dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar.
Selain daripada itu, ilmu matematik dapat membantu kita untuk
berfikir secara logik, efisen dan bersistematik dalam kehidupan
harian. Terdapat beberapa aspek atau tonggak yang perlu diterapkan
dalam bidang matematik untuk menyempurnakan lagi supaya ilmu yang
akan dipelajari dapat difahami secara lebih holistik.
Tonggak pertamaTonggak kedua
Penyelesaian masalahKomunikasi dalam
dalam matematikmatematik
5 TONGGAK MATEMATIK
Tonggak kelima
Aplikasi teknologiTonggak ketiga
Penaakulan matematik
Tonggak keempat
Perkaitan matematik
Tonggak pertama - Penyelesaian masalah dalam matematik
Untuk mempertingkatkan pemikiran murid yang analitis dan
kreatif, penyelesaian masalah merupakan satu aspek penting yang
perlu diserapkan dalm pengajaran dan pembelajaran matematik.
Penyelesaian masalah yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan
tahap murid. Di samping itu, murid juga digalakkan untuk
berkomunikasi dan berani membuat keputusan.
Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Justeru, pengajaran dan pembelajaran perlu
melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan
merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran
penyelesaian masalah perlu diberi penenkanan sewajarnya supaya
murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan.
Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seperti berikut:
Memahami dan mentafsir masalah.
Merancang strategi penyelesaian.
Melaksanakan strategi.
Menyemak smula penyelesaian.
Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaiannya
harus diperluaskan lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini.
Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina kemahiran
penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan
aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan
matematik apabila berdepan dengan situasi yang baru dan dapat
memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian
yang lebih mencabar.
Penyelesaian masalah adalah satu wacana yang telah lama
diamalkan dalam kurikulum pendidikan matematik asas bagi
menggalakkan pemikiran yang inovatif dan kreatif. George Polya
(sekitar 1945) adalah antara pelopor penyelesaian masalah
matematik. Beliau mencadangkan supaya penyelesaian masalah bukan
sahaja sebagai suatu pendekatan penyelesaian bagi sesuatu masalah
tetapi juga sebagai suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Masalah merupakan satu kenyataan, keadaan atau situasi dalam
kehidupan seharian yang memerlukan kepada penyelesaian. Manakala
penyelesaian masalah merupakan proses yang digunakan untuk mencari
jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan dengan menggunakan
strategi yang tertentu. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah
perlu diberi penekanan sewajarnya dan menjadi fokus utama bagi
kurikulum matematik supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai
masalah berasaskan
kepada persekitaran dan pengalaman sebenar secara berkesan.
Selain itu, murid dapat mengaplikasi dan mengadaptasi berbagai
strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah baharu.
Seterusnya, murid dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan
pelbagai situasi harian yang mencabar. Proses pengajaran dan
pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara
komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Kemahiran ini
melibatkan langkah-langkah memahami dan mentafsirkan masalah,
merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan menyemak
semula penyelesaian. Antara strategi penyelesaian yang berkesan
adalah seperti mencuba kes lebih mudah, cuba jaya, melukis gambar
rajah, mengenal pasti pola, membuat jadual bersistem, membuat
lakonan, dan membuat analogi.
Sebagai contoh dalam topik ukuran panjang iaitu ukuran dan
penganggaran, guru boleh mengaplikasikan tonggak ini dengan
memberikan murid-murid objek-objek untuk diukur seperti buku tulis,
kotak pensil dan pen. Objek-objek ini akan diukur dengan
menggunakan alat pengukur bukan piawai seperti batang mancis.
Sebelum murid menyelesaikan masalah, murid terlebih dahulu perlu
mentafsir masalah iaitu dengan membuat anggaran berapakah batang
mancis yang diperlukan bagi menyamai panjang buku tulis tersebut.
Murid akan merancang strategi untuk mengukur buku tulis dengan
hanya membuat anggaran seperti menyatakan bahawa tujuh batang
mancis menyamai dengan panjang buku tulis tersebut dan seterusnya
melaksanakan strategi yang dirancang. Akhir sekali, murid perlu
menyemak semula jawapan dengan mengukur panjang buku tulis tersebut
dengan batang mancis. Setelah ukuran dilakukan, murid akan mendapat
jawapan yang tepat. Selain itu, murid-murid juga boleh
menyelesaikan masalah ukuran dengan menggunakan ukuran seperti
jengkal, hasta dan depa.
Tonggak kedua Komunikasi dalam Matematik
Tonggak yang seterusnya ialah Komunikasi dalam Matematik.
Komunikasi tentang idea matematik dapat membantu murid menjelaskan
dan memperkukuhkan pemahaman matematik. Perkongsian pemahaman
matematik secara penulisan dan lisan dengan rakan sekelas, guru dan
ibu bapa, murid akan dapat meningkatkan keyakinan diri dan
memudahkan guru memantau perkembangan kemahiran matematik
mereka.
Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan
pembelajaran matematik yang bermakna. Melalui komunikasi, idea
matematik dapat diluahkan dan difahami dengan lebih baik.
Komunikasi secara matematik, sama ada secara lisan, penulisan atau
menggunakan simbol dan perwakilan visual (dengan menggunakan carta,
graf, gambar rajah dan lain-lain), dapat membantu murid memahami
dan mengaplikasikan matematik dengan lebih efektif.
Komunikasi ini boleh diwujudkan dalam pelbagai persekitaran yang
mana murid boleh menghubungkait media yang berbeza iaitu antara
bahan-bahan fizikal, gambar-gambar dan rajah, bagi menjelaskan idea
matematik. Komunikasi merupakan salah satu cara untuk menjelaskan
konsep Matematik. Apabila komunikasi yang berkesan dicapai,
murid-murid dapat memperkukuhkan kefahaman dan pengetahuan
matematik mereka dengan lebih mendalam. Murid-murid juga akan
menjadi lebih mahir dalam aktiviti penyelesaian masalah.
Seterusnya, murid boleh menerangkan konsep dan kemahiran serta
kaedah penyelesaiannya kepada rakan atau guru mereka.
Berkomunikasi sesama sendiri atau dengan rakan sebaya, ibu bapa,
orang dewasa dan guru dapat membantu murid menggambarkan,
menjelaskan dan memperkukuhkan idea dan pemahaman matematik mereka.
Bagi memastikan berlakunya proses penjanaan, perkongsian dan
peningkatan pemahaman, murid perlu diberi peluang untuk membahaskan
idea matematik mereka secara analitis dan sistematik. Komunikasi
yang melibatkan pelbagai perspektif dan sudut pendapat membentu
murid meningkatkan pemahaman matematik dengan lebih baik.
Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam matematik
adalah keupayaan untuk memberikan penerangan dengan efektif dan
memahami dan mengaplikasikan notasi matematik dengan betul. Murid
perlu menggunakan laras bahasa dan simbol dengan matematik dengan
betul bagi memastikan sesuatu idea matematik dapat dijelaskan
dengan tepat. Komunikasi secara matematik juga melibatkan
penggunaan pelbagai media seperti carta, graf, manipulatif,
kalkulator, komputer dan lain-lain. Murid seharusnya dapat diberi
peluang oleh guru untuk menggunakan media yang berbeza bagi
menjelaskan idea matematik dan menyelesaikan masalah matemtik.
Dalam kelas Matematik, komunikasi dapat dipupuk melalui proses
mendengar. Murid-murid mampu bertindak balas terhadap apa yang
didengar menerusi penerangan guru. Seterusnya murid akan berfikir
menggunakan pengetahuan Matematik mereka untuk membuat keputusan.
Selain itu, komunikasi dalam Matematik dapat dipupuk melalui proses
membaca. Hal ini berlaku apabila murid-murid berjaya mengumpul
maklumat, menyusun dan membuat hubungkait antara idea dan konsep
melalui bahan bacaan mereka. Selain itu, komunikasi dalam Matematik
juga mampu dipupuk melalui aktiviti penulisan. Komunikasi ini
berlaku apabila murid-murid membuat latihan pada lembaran kerja,
buku aktiviti mahupun di papan tulis. Komunikasi dalam Matematik
juga boleh dipupuk melalui aktiviti komunikasi verbal. Ini adalah
melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan soal jawab semasa
sesi penerangan guru.
Pada pendapat saya, tonggak kedua ini paling mudah diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam topik ukuran
panjang dan penganggaran. Guru boleh melakukan aktiviti soal jawab,
kuiz, teka teki dan bercerita. Dengan adanya komunikasi dalam
menyampaikan sesuatu maklumat, maklumat tersebut akan lebih
difahami. Guru boleh mengaplikasikan tonggak ini di peringkat set
induksi dan peringkat perkembangan. Guru perlu menarik minat murid
dengan bercerita atau bersoaljawab mengenai perbandingan ukuran
objek-objek yang terdapat di dalam kelas. Sebagai contoh, guru
menyoal murid-murid ukuran objek yang manakah paling panjang
samaada meja tulis atau batang penyapu. Murid-murid akan memberikan
jawapan anggaran mereka. Selepas itu guru akan mengeluarkan ukuran
bukan piawai seperti batu bata, buku tulis dan batang lidi. Guru
menerangkan bahawa panjang sesuatu objek boleh juga diketahui
dengan menganggarnya menggunakan ukuran bukan piawai. Sebagai
contoh, anggaran panjang sebuah meja tulis adalah bersamaan dengan
empat biji batu bata atau bersamaan dengan lima buah buku tulis.
Guru juga perlu menerangkan bahawa alat untuk mengukur sesuatu
objek perlulah mempunyai saiz atau ukuran yang sama panjang. Dengan
adanya komunikasi dalam matematik, maka matapelajaran ini lebih
menarik dan mudah difahami.
Penilaian terhadap keupayaan murid untuk berkomunikasi secara
matematik dengan berkesan perlu menunjukan bukti bahawa murid dapat
menjana, menjelaskan dan berkongsi idea matematik melalui pelbagai
bentuk komunikasi dalam pelbagai persekitaran. Murid yang sentiasa
diberi peluang dan galakan untuk bercakap, membaca, menulis dan
mendengar semasa pengajaran dan pembelajaran matematik, akan dapat
berkomunikasi untuk mempelajari matematik dan belajar untuk
berkomunikasi secara matematik.
Tonggak ketiga Penaakulan Matematik
Penakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan
lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matemati lebih
bermakna. Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan
perkembangan intelek dan komunikasi murid. Penaakulan berupaya
mengembangkan bukan sahaja kapisiti pemikiran logikal malah turut
meningkatkan kapisiti pemikiran kritis pemikiran logikal malah
turut meningkatkan kapisiti pemikiran kritis yang merupakan asas
kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna. Bagi
mencaapai objektif ini, murid harus dilatih dan dibimbing untuk
membuat konjektur, membuktikan konjektur, memberi peneranagn
logikal, menganalisa, membuat pertimbangan, menilai dan memberi
justifikasi terhadap semua aktiviti matematik. Selain itu, guru
perlu menyediakan ruang dan peluang untuk perbincangan matematik
yang bukan sahaja engaging tetapi membolehkan setiap murid terlibat
dengaan baik.
Penaakulan boleh dilakukan secara induktif melalui aktiviti
metematik yang melibatkan pengenalpastian pola dan membuat
kesimpulan berdasarkan pola tersebut.
Elemen penaakulan dalam pengajaran dan pembelajaran mengelakkan
murid dari menganggap matematik sebagai hanya satu set prosedur
atau algoritma yang eprlu diikuti bagi mendapatkan penyelesaian,
tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Penaakulan bukan
sahaja mengubah paradigma murid dari sekadar belajar kepada
berfikir, malah memberi pengupayaan intelektual apabila murid
dibimbing dan dilatih untuk membuat konjektur, membuktikan
konjektur, memberikan penerangan logikal, menganalisa, menilai dan
memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik. Latihan
sedemikin membentuk murid yang yakin dengan diri sendiri dan tabah
selaras dengan hasrat untuk membentuk pemikir matematik yang
berkeupayaan.
Penaakulan matematik adalah antara amalan kognitif dalam P&P
matematik. Penaakulan merupakan suatu proses membuat penekaan dalam
menentukan sesuatu penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini merupakan
asas dalam membuat dan memahami Matematik. Penaakulan penting
kepada murid-murid supaya mereka dapat mengembangkan bukan sahaja
kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti
pemikiran kritis yang merupakan asas kepada pemahaman matematik
secara mendalam dan bermakna. Maka, pelaksanaan penaakulan
matematik di sekolah rendah perlu diadakan secara berperingkat.
Pendekatan induktif seperti yang dicadangkan oleh Stacey amat
sesuai dalam pelaksanaan penaakulan matematik. Kefahaman murid
terhadap konsep matematik yang sedang ditaakulkan boleh didengar
dan cuba difahami oleh gurunya.
Penaakulan matematik boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik mengikut kesesuaian dan kreativiti guru itu
sendiri. Murid-murid di sekolah rendah terutamanya masih lagi belum
boleh menguasai kemahiran menaakul. Maka, guru amat memainkan
peranan penting bagi memastikan murid-murid dapat berfikiran secara
kritis dan kreatif. Guru-guru boleh menggalakkan murid untuk
menaakul dengan memberikan soalan-soalan atau gambarajah yang
berkaitan. Dari bahan-bahan tersebut guru dan murid akan
bersoaljawab dan murid-murid akan memberikan pelbagai jawapan dan
juga menyumbangkan idea. Sebagai contoh dalam pembelajaran topik
ukuran, guru boleh mengajukan soalan seperti apakah alat pengukur
bukan piawai yang boleh digunapakai dalam membuat anggaran ukuran
panjang bagi sesuatu objek. Berdasarkan soalan yang diberi, murid
akan memberikan pelbagai jawapan yang mereka rasakan bersesuaian.
Guru pula perlu menerima kesemua jawapan yang diberi terlebih
dahulu sebelum mempertikaikannya. Bahan bantu belajar seperti carta
atau bahan maujud dapat membantu murid dalam menaakul. Guru boleh
menanyakan soalan yang bercapah seperti apakah yang akan berlaku,
mengapakan ianya boleh berlaku dan bagaimana perkara tersebut boleh
diselesaikan. Sebagaimana para guru ketahui, matapelajaran
matematik
amat luas untuk dipelajari. Maka, kemahiran menaakul amat
penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tonggak keempat Perkaitan Matematik
Dalam melaksanakan kurikulum matematik, peluang untuk membuat
kaitan perlu diwujudkan supaya murid dapat mengaitkan pengetahuan
konseptual dan prosedural serta dapat mengaitkan topik-topik dalam
matematik khususnya dan matematik dengan bidang lain secara amnya.
Ini akan meningkatkan kefahaman murid dalam matemaatik dan
menjadikan matemaatik lebih jelas, bermakna dan menarik bagi
mereka.
Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang
diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan
penyelesaian masalah. Tanpa membuat kaitan antara bidang-bidang
ini, murid akan belajar dan mengingati secara berasingan.
Sebaliknya, dengan mengenali bagaimana konsep atau kemahiran dalm
bidang yang erbeza berhubung kait antara satu sama lain, matematik
akan dilihat dan dipelajari sebagai satu displin ilmu yang
menyeluruh serta lebih mudah difahami.
Apabila idea matematik ini dikaitkan pula dengan pengalaman
seharian di dalam dan di luar sekolah, murid akan lebih menyedari
kegunaan, kepentingan, kekuatan dan keindahan matematik. Selain
itu, murid berpeluang menggunakan matematik secara kontekstual
dalam bidang ilmu yang lain dan dalam kehidupan seharian mereka.
Model Matematik digunka untuk menerangkan situasi kehidupan sebenar
secara matematik. Murid akan mendapati kaedah ini boleh digunakan
untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah atau untuk meramalkan
kemungkinan sesuatu situasi berdasarkan model matematik
tersebut.
Setiap murid-murid harus mahir dalam kemahiran menghubungkait
topik-topik dalam matematik. Guru perlu mewujudkan masalah
berorientasikan kelas agar murid-murid peka dengan aplikasi
matematik dlm kehidupan sebenar. Penekanan terhadap perkaitan
matematik akan membantu murid-murid mengenalpasti bagaimana idea
dari bidang berbeza dapat dikaitkan bersama. Kurikulum Matematik
umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti
penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian
masalah. Tanpa membuat perkaitan antara bidang-bidang ini, murid
akan belajar dan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran
secara berasingan. Apabila murid-murid mampu mengaitkan konsep
Matematik dengan rutin kehidupan, mereka telah berjaya memahami
tentang kepentingan Matematik. Apabila idea matematik ini dikaitkan
dengan pengalaman seharian di dalam dan di luar sekolah, murid
lebih menyedari kegunaan matematik.
Pada pendapat saya, tonggak keempat ini boleh diaplikasikan
seawal peringkat set induksi lagi. Seperti yang para guru ketahui,
set induksi merupakan langkah untuk menarik minat murid supaya
terus berminat dan memberi perhatian kepada isi pelajaran
seterusnya. Maka, pada peringkat ini, guru perlu lebih kreatif dan
saya merasakan perkaitan matematik amat sesuai digunakan. Sebagai
contoh, guru menyoal kepada murid-murid bahagian anggota badan yang
manakah boleh dijadikan sebagai alat untuk mengukur panjang sesuatu
objek. Guru menerangkan bahawa kita boleh menggunakan jari sebagai
unit jengkal, tangan sebagai unit depa, kaki dan juga hasta. Selain
itu, guru juga boleh mengaitkan kehidupan seharian murid dengan isi
pelajaran. Contohnya, guru meminta murid untuk mengukur atau
menganggar panjang peralatan yang terdapat di rumah mereka seperti
meja makan, kain langsir, sudu dan sarung bantal menggunakan bahan
pengukur seperti lidi, klip kertas dan pen. Murid-murid boleh
membuat buku skrap hasil daripada ukuran panjang objek-objek
tersebut. Buku skrap tersebut akan dinilai dan boleh dipamerkan di
dalam kelas.
Tonggak kelima Aplikasi teknologi
Tonggak terakhir iaitu kelima ialah aplikasi teknologi.
Kemahiran menggunakan teknologi merujuk kepada keupayaan mengguna
dan mengendalikan alat matemaatik seperti abakus, kalkulator,
komputer, perisian pendidikan, laman web di internet dan pakej
pembelajaran untuk:
Membentuk dan memahami konsep matematik dengan lebih
mendalam.
Membuat, menguji dan membuktikan konjektur.
Meneroka idea matematik.
Menyelesaikan masalah.
Ledakan kemajuan pelbagai teknologi di dalam kehidupan masa kini
dan akan datang menjadikan elemen ini penting dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pendedahan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik boleh dijaya diaplikasi kepada:
Belajar mengenai TMK
Murid diajar tentang pengetahuan dan kemahiran TMK dalam
mengendalikan perkakasan dan perisian.
Belajar melalui TMK
Penggunaan TMK untuk mengases maklumat dan ilmu pengetahuan
menggunakan media seperti CD-Rom, DVD-Rom, Internet dan lain-lain
lagi.
Belajar dengan TMK
Guru dan murid menggunakan TMK sebagai alat mengajar dan
belajar.
Pengajaran dan pembelajaran dengan TMK
boleh dijadikan sebagai akses untuk menjadi pembelajaran
tersebut lebih menarik dan menyeronok. Murid boleh didedahkan
dengan pelbagai maklumat komunikasi yang terkini dan penggunaan
secara afektif akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti.
Dunia kita sekarang menuju ke arah kemodenan. Guru-guru harus
mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Tugas guru
berubah dari penyampai ilmu pengetahuan kepada menjadi fasilitator
pembelajaran. Oleh sebab itu guru perlu menggunakan teknologi
maklumat dengan seoptimum mungkin untuk membantu murid memahami
konsep-konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta
membolehkan murid meneroka idea-idea matematik. Melalui penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) seperti penggunaan
kalkulator, computer, perisian pendidikan serta lama-laman web
dalam internet ianya akan menghasilkan murid yang dapat berfikiran
abstrak, keatif dan berasa yakin untuk bekerja sendirian ataupun
berkumpulan. Ledakan maklumat,globalisasi dan konsep dunia tanpa
sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan
semasa dan masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan
jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi
kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunakan
secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi
maklumat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.
Penggunaan teknologi memberi banyak kelebihan kepada murid
antaranya memberi perhatian serta memotivasikan mereka, meransang
sifat ingin tahu pelajar, dan membantu memperkembangkan kaedah
penyelesaian masalah mereka. Oleh itu guru seharusnya memanfaatkan
sumber yang telah tersedia dalam bidang ini untuk membantu murid
menguasai konsep dan menigkatkan kemahiran matematik mereka secara
berterusan dan lebih berkesan. Pengajaran dan pembelajaran kadang
kala menjadi lebih menarik dengan adanya penggunaan teknologi untuk
menyampaikan isi pelajaran. Perisian pendidikan seperti power point
banyak memudahkan guru dalam P&P. Guru boleh menggunakan slaid
yang disertakan dengan gambar-gambar menarik atau memperdengarkan
kepada murid lagu-lagu yang berkaitan dengan tajuk. Berdasarkan
pengalaman saya, aplikasi teknologi dapat menarik perhatian
terutamanya kepada murid-murid luar bandar. Ini kerana, mereka
kurang mendapat pendedahan mengenai teknologi yang ada pada masa
kini. Maka, apabila guru mengaplikasikannya di dalam bilik darjah,
tumpuan murid akan mencapai tahap yang optimum. Selain daripada
itu, pihak sekolah juga telah menerima pelbagai jenis cakera padat
( CD ) pembelajaran daripada kementerian pendidikan. Saya dapati CD
tersebut sangat membantu kerana ilustrasinya amat menarik dan
sesuai dengan tahap murid-murid. Jadi, guru seharusnya sentiasa
peka kepada persekitaran pembelajaran agar guru-guru tidak
ketinggalan dalam arus kemodenan.
PENUTUP
Pembelajaran matematik dirancang bermatlamatkan pembentukan
murid yang berfikrah matematik. Fikrah menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2005) membawa pengertian yang sama dengan daya fikir dan
pemikiran. Dalam konteks pendidikan matematik, fikrah matematik
merujuk kepada kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan
melalui sistem pendidikan matematik kebangsaan. Murid yang
berfikrah matematik ini merupakan murid yang berkeupayaan melakukan
matematik dan memahami matematik, serta mengaplikasikan secara
bertanggungjawab, berpengetahuan dan berkemahiran matematik dalam
kehidupan seharian berlandaskan sikap dan nilai matematik.
Guru seharunya memberi peluang kepada murid membentuk dan
meneroka idea matematik secara mendalam melalui peluang dan
pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kesedaran harus dipupuk dan
dikembangkan dalam kalangan murid bahawa idea matematik saling
berkait, dan matematik merupakan ilmu yang menyeluruh; bukan
cebisan pengetahuan yang terasing. Dengan kesedaran dan kefahaman
sedemikian, pengertian tentang idea matematik menjadi lebih
bermakna, dan seterusnya dapat meningkatkan keupayaan murid untuk
mengaplikasikan matematik.
Guru perlu memberi peluang dan pengalaman pembelajaran pelbagai
dengan menyediakan aktiviti yang melibatkan murid secara aktif
dalam pembelajaran matematik, membentuk murid membentuk kefahaman
mendalam tentang konsep matematik, dan membentuk pengertian yang
lebih bermakna tentang idea matematik yang pelbagai. Berlandaskan
kefahaman dan pengertian yang dibentuk, murid berupaya membuat
perkaitan dan mengaplikasikan idea matematik, seterusnya menjadikan
murid lebih yakin untuk meneroka dan mengaplikasikan matematik.
Penggunaan bahan bantu mengajar, peralatan teknologi dan
perlaksanaan tugasan, amali, kerja projek seharusnya dirangkum
dalam pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk murid.
Pembelajaran Matematik yang berfikrah dijelmakan dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berpandu kepada prinsip
pembelajaran masteri dan pembelajaran berlaku secara akses dan
terarah kendiri serta mengikut kadar sendiri.
Strategi pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan murid
bagi membolehkan mereka berinteraksi dn menguasai kemahiran belajar
melalui pengalaman sendiri. Pendekatan inkuri penemuan berpusatkan
murid dengan berbantukan teknologi yang bersesuaian, tuntas dan
berkesan digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman
pembelajaran matematik menyeronokkan, bermakna, berguna dan
mencabar.
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah
menggalakkan penggunaan menpelbagaikan kaedah mengajar. Guru boleh
memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan
bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan
menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif,
berkomunikasi, dan berinteraksi.
Pemupukan sikap dan nilai murni perlu dipertimbangkan apabila
merancang pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran. Penerapan
nilai murni boleh dilakukan bersesuaian dengan konteks isi
pelajaran yang terancang.
Unsur sejarah, patriotism, alam sekitar dan sains diterapkan
mengikut kesesuaian tajuk untuk membolehkan murid menghayati
matematik dan memberangsang lagi minat murid terhadap tajuk itu.
Unsur sejarah ini boleh merupakan peristiwa tertentu tentang ahli
matematik atau sejarah ringkas tentang sesuatu konsep atau
simbol.
Untuk mempertingkatkan pemikiran murid yang analitis dan
kreatif, penyelesaaian masalah yang dikemukan hendaklah bersesuaian
dengan tahap murid. Di samping itu, murid juga digalakkan untuk
berkomunikasi dan berani membuat keputusan.
Standard Pembelajaran yang tidak menunjukkan langkah pengajaran
pembelajaran memberi peluang kepada guru menggunakan kreativiti
dalam menyediakan persekitaran kondusif untuk murid membentuk
konsep dan mengembangkan kemahiran, sikap dan nilai dalam
matematik. Hal ini bertepatan dengan empat tonggak pendidikaan
UNESCO iaitu belajar untk mengetahui, belajar untuk bertindak,
belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.
Menerusi pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah
adalah diharapkan hasrat KSSR untuk melahirkan insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara
yang bertanggungjawab; global player; dan pekerja berilmu akan
tercapai.
RUJUKAN
http://www.moe.gov.my/bpk/
Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard
sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Perkembangan Kurikulum (2011). Dokumen Standard
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR): Modul Teras Asas
Matematik sekolah Kebangsaan tahun Dua. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan
pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong
Malim: Quantum Books.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur:
KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Perlaksanaan dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah rendah (1992). Asas
KBSR 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.