-
5/26/2018 Modul Msl 3073
1/11
1
HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. Memahami apakah itu teori dan kepentingan teori dalam
pendidikan
seni.
2. Mengenalpasti hubungan teori dan yang berkaitan dengan
pendidikan seni visual.
3. Menghuraikan bagaimana Pendidikan Seni Visual dapat
mendokong
Falsafah Pendidikan Negara.
4. Membincangkan bagaimana pengalaman berdasarkan dimensi
sosial
dapat mendedahkan pelajar dengan pelbagai bentuk seni visual
pada peringkat pengalaman kendiri.
PENGENALAN
Seni moden di Malaysia telah berkembang lewat abad ke 19
walaupun
gambaran-gambaran awal hanya dibuat kebanyakannya oleh
pegawai
Inggeris. Walaupun perkembangan seni ini berlaku sehingga kini,
penerimaan
pendidikan seni visual di peringkat sekolah rendah dan menengah
masihterhad. Sistem pendidikan yang diguna pakai di Malaysia
rata-ratanya masih
terbina atas dasar-dasar saintifik dan empirikal yang
menggalakkan para
pelajar untuk menangani ilmu pengetahuan dari sudut yang
pragmatik,
analitik dan individualistik. Maka pendekatan seni lukis yang
bersandar pada
ciri-ciri ekspresi, individualisme, ekspresif serta naturalistik
dianggap tidak
begitu bernilai dalam sistem pendidikan tersebut.
Walaubagaimanapun, seni
sebagai satu subjek kini telah diiktiraf satu bidang yang
penting dalam sistem
pendidikan kebangsaan dan turut dapat mendokong Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan yang kita war-warkan.
MODUL MSL 3073: TEORI PENDIDIKAN
SENI
UNIT SATU
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
2/11
2
Dalam mengajar pendidikan Seni Visual di sekolah, aspek teori
perlu diaplikasi
di dalam kelas. Ini kerana seperti subjek-subjek lain,
pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Seni Visual haruslah memahami
perkara-perkara
yang menjadi asas kepada aspek pengajaran dan pembelajaran
tersebut.
Walaupun diperkasakan dengan ilmu dan skil yang untuk mengajar
subjek
tersebut, pengetahuan tentang kepentingan dan prospek bidang
seni visualharuslah diperhati, dikaji dan dibincangkan secara
langsung atau tidak
dalam konteks pembelajaran didalam kelas. Walaupun ramai
yang
menjadikan bidang seni ini sebagai hobi, bidang seni visual ini
sebenarnya
mempunyai prospek yang besar sebagai satu kerjaya, setanding
dengan
kerjaya-kerjaya lain.
1.1 Apakah maksud teori?
Secara umumnya,teori adalah sejenis renungan dan pemikiran
rasional
secara abstrak secara umum ataupun ia juga boleh menjadi hasil
pemikiran
tersebut itu. Memandangkan terdapat pelbagai bentuk teori
dalam
pelbagai bidang, maksud dan bentuk teori ini akan berbeza-beza
sedikit
mengikut bidang. Maka, bergantung kepada konteks dan keadaan,
teori
mungkin merangkumi contoh penjelasan umum hukum alam atau
nature,
hal-hal ketuhanan (falsafah) atau metafizika. Ini kerana,
perkataan teori itu
sendiri berakar umbi daripada zaman Greek Purba iaitu
theoria
()yang bermaksud looking at, viewing, beholding, tetapi
dalam
konteks moden kini, maksud teori telah sedikit berubah.
Dalam konteks moden, makna perkataan dan pengunaan perkataan
teorimenekankan aspek spekulatif dan mencari suatu sifat teori yang
umum atau
generalizing nature of theory. Dalam bidang sastera dan
falsafah, perkataan
teoretikal atau theoreticalmungkin digunakan utk menggambarkan
idea-idea dan fenomena empirikal yang tidak dapat diukur. Tetapi
dalam sains
moden, perkataan teori merujuk kepada teori saintifik yang
telah
kriterianya telah dipenuhi oleh sains moden mengikut
kaedah-kaedah ynag
digunapakai dalam sains moden.
1.1.1Kenapa belajar teori?
Jadi persoalannya disini, kenapa belajar teori? Kenapa kita
perlu ambil berat
terhadap teori? Apa yang teori lakukan dalam konteks pengajaran
dan
pembelajaran didalam kelas?
Antara beberapa sebab yang dapat difikirkan adalah:
1. Teori dapat membantu kita mengklasifikasikan dan memahami
perkara
yang melibatkan pemahaman tentang sesuatu entiti, pelbagai
proses dan
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
3/11
3
hubungan dan sebab-musabab perhubungan yang melibatkan
entiti
tersebut.
2. Teori dapat membantu kita memahami bagaimana dan kenapa
sesuatu
keadaan yang berlaku secara berulang-ulang itu berlaku seperti
bagaimana
proses pembelajaran boleh berlaku.
3. Teori dapat membantu kita meramalkan hubungan yang belum lagi
dikaji.
4. Teori akan menjadi panduan asas yang berguna dalam situasi
pekerjaan
seharian contohnya dalam menghadapi situasi dalam kelas.
5. Teori adalah asas untuk sesuatu tindakan seperti pepatah
Inggeris "There is
nothing so practical as a good theory."
Contohnya, jika kita tidak jelas dengan teori yang ada dan yang
kitagunakan dalam konteks pembelajaran, kita mungkin tidak jelas
atau faham
bagaimana untuk menambah baik pengajaran kita supaya menjadi
lebih
baik, menarik dan mudah difahami. Seperti kata Bracey (2003, p.
183), jika
pendidik tidak jelas dengan epistemologi yang berkaitan dengan
seni, tidak
mungkin ilmu yang ingin disampaikan kepada murid-murid itu
adalah ilmu
yang berkaitan dengan seni.(Bracey, 2003, p. 186)
Maka, teori dapat memberikan inspirasi kepada intelek dan nilai
estetika
yang kita pegang. Pemikiran yang diinspirasikan daripada
pengetahuantentang beberapa teori dan mengaplikasikannya dalam
kelas dapat
menukarkan suasana dan kurikulum pembelajaran menjadi lebih
menarik.
Pengetahuan tentang teori yang bersesuaian dapat merangsang
bentuk-
bentuk pemikiran yang lebih kontemporari tentang seni, kesenian
dan
budaya dan ini juga dapat dibincangkan didalam kelas.
Melalui
perbincangan secara langsung atau tidak ini, perhatian kepada
aspek-
aspek kurikulum yang mungkin diberi kurang penekanan dapat
ditingkatkan.
Akhirnya, teori dapat juga mewujudkan cabaran kepada kita untuk
meninjau
dan mengkaji semula perkara-perkara yang berkaitan dengan
keindahandan kompleksiti dunia visual dan material.
AKTIVITI:Jika peranan teori itu penting, huraikan TIGA sebab
utama
mengapa kurangnya minat para pendidik dalam mengaplikasi
teori-teori
pembelajaran yang dirasakan sesuai di dalam kelas seni
visual.
1.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
4/11
4
3.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
1.2 Perbezaan-perbezaan pengunaan teori dan hubungkait
teoridalam konteks yang berbeza-beza.
GAMBARAJAH 1:
Perhubungan teori yang saling berkaitan dan bertindan diantara
satu sama lain.
Teori-teori yang berkaitan dengan bidang pendidikan seni ada
pelbagai.
Tiada satu teori khusus yang dapat mengaitkan semua bidang ini
secara
terperinci. Disebabkan sifat teori itu juga yang sentiasa
diperbaiki, maka
TEORI SENICth: Plato, Kant, Hume,
Hegel, Collingwood, Danto,Dickie dll.
TEORI PEMBELAJARANCth: Behaviorisme,Constructivisme,
Constructivisme dll.TEORI PENDIDIKAN SENI
Cth: Hurwitz and Day,Lowenfeld, GeorgesHenri
Luquet dll.SENI
TEORI KREATIV
ITICth: Fisher, Chapman,
Taylor etc.
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
5/11
5
didalam sesuatu bidang itu mungkin terdapat beberapa teori yang
boleh
dirujuk. Ataupun, satu teori itu juga dapat diaplikasikan
didalam beberapa
bidang.
Contohnya, didalam Teori Pembelajaran, terdapat tiga pandangan
utama
iaitu Behaviorisme, Kognitivisme dan Konstructivisme.
Teori Behaviorismemengkaji pembelajaran yang didapati melalui
perubahan
perlakuan yang dapat diperhatikan. Maka, Behaviorisme adalah
satu
falsafah pembelajaran yang hanya memberi tumpuan objektif
kepada
tingkah laku tanpa mengambil kira aktiviti mental. Ahli teori
Behavourisme ini
mentakrifkan pembelajaran sebagai tidak lebih daripada perolehan
tingkah
laku yang baru. Antara ahli teori yang mengasaskan teori
berdasarkan
kepada pendekatan Behavourisme ini adalah seperti John B.
Watson, Ivan
Pavlov, B.F. Skinner, E. L. Thorndike dan lain-lain.
Teori Kognitivisme pula mengkaji pemikiran disebalik sesuatu
perlakuan
tersebut. Ia adalah satu teori pembelajaran yang menekankan
pemprosesan
mental yang aktif dalam menerima maklumat. Ia menolak
pandangan
pembelajaran yang pasif yang diutarakan oleh behaviorisme
dan
mencadangkan bahawa proses pembelajaran melibatkan lebih
daripada
proses input dan output. Mereka percaya bahawa proses
pembelajarn
berlaku apabila minda terlibat dalam mengsintesis dan
menganalisis
maklumat dan merumuskan idea-idea tanpa mana-mana input. Maka
prose
pembelajaran berlaku apabila individu manambah maklumat baru
kepada
skema, atau struktur maklumat yang telah disimpan di dalam otak.
Dalam
Teori Kognitivisme, minda disamakan dengan komputer dimana data,
atau
maklumat sampaikan dan diproses membawa kepada hasil, atau
pengetahuan baru. Ahli teori dan penyumbang kepada teori ini
termasuk
David Merrill yang mengagaskan Component Display Theory (CDT),
Charles
Reigeluth, Robert Gagne, L. J. Briggs, dan lain-lain.
Teori Konstruktivismemenggagaskan bahawa pengetahuan dibina
atauconstructed melalui perhubungan dan salingkaitan di antara
pengetahuan
yang sedia ada dan pengalaman baru individu seseorang.
Maklumat-
maklumat baru yang diterima dikaitkan dengan pengetahuan yang
telah
sedia ada didalam diri seseorang pelajar. Oleh yang demikian,
pelajar
belajar dengan membina maklumat tersebut dengan membina
representasi
dan realiti di dalam minda. Ahli teori dan penyumbang kepada
teori ini
adalah Lev Vygotsky, Jean Piaget, John Dewey, Giambattista Vico,
Richard
Rorty dan Jerome Bruner.
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
6/11
6
Dalam Pendidikan Seni Visual pula, Teori Pembelajaran masih
diambil kira
dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran didalam
kelas.
Kneeth M. Lancing (1971) pada dasarnya membincangkan bahawa
pendidikan seni perlu adalah suatu subjek yang memberikan
penekanan
sama terhadap tiga domain utama pembelajaran iaitu kognitif,
afektif danpsikomotor. Domain Kognitif memainkan peranan dalam
bidang seni iaitu
sebarang bentuk pengetahuan yang berkaitan dengan gubahan,
prosedur,
sejarah dan apresiasi, estetika serta bentuk-bentuk seni dalam
kehidupan.
Domain Afektif pula adalah aspek yang berkaitan dengan nilai,
sikap, minat,
keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan
dan
mempunyai sahsiah yang baik. Domain Psikomotor pula iaitu
menumpukan
kepada peningkatan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas
yang
boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
seperti dalam
peningkatan koordinasi antara mata , tangan, otot dan
mental.
Walaupun dalam subjek Seni Visual, Teori Pembelajaran dan
Kreativiti banyak
digunakan tetapi pengetahuan beberapa teori tentang seni itu
sendiri dapat
membantu pemahaman apakah seni itu sendiri. Didalam memahami
seni
beberapa teori telah dikemukakan seperti Formalisme. Dimana
semua
pemahaman seni yang berkaitan dengan konteks dan maksud
mestilah
berkaitan dengan prinsip-prinsip dan elemen-elemen-elemen seni
yang
formal seperti komposisi, bahan, bentuk, rupa, garisan, warna
dan lain-lain.
Kajian seni yang menekankan ikonografi dan ikonologi iaitu
mengenalpastidan mengkaji motif-motif dan imej-imej yang digunakan
dalam karya-karya
seni, teori Semiotik atau teori tanda (sign). Lewat 1970an,
teori-teori seni yang
digunakan untuk mengkaji produk-produk seni bergerak ke arah
pendekatan
silang disiplin seperti semiotik, teori budaya, teori kritikal
dan lain-lain.
AKTIVITI:
Pilih salah seorang ahli teori diatas dan bincangkan perancangan
di dalam
kelas yang dapat digunakan mengikut teori yang dikemukakan oleh
ahli
teori tersebut.
1.3 FALSAFAHPENDIDIKAN KEBANGSAAN
FALSAFAHPENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arahlebih
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
7/11
7
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga,
masyarakat dan negara.
Gambarajah 2:
Perbezaan KBSR dan KSSR
Sumber:http://kssr.bpk.my/pengenalan/perbezaan
Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan yang penting
dalam
mendukung hasrat mulia negara yang tertera dalam Dasar
Pendidikan
Kebangsaan diatas. Di dalam pelajaran pendidikan seni,
terdapat
beberapa pertukaran yang telah dibuat bagi mendokong hasrat yang
ditulis
dalam Falsafah Pendidkan Negara tersebut. Pertukaran dari nama
subjek
Seni Lukis dan Pertukangan kepada Pendidikan Seni telah dibuat
pada
awal tahun 1980an apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah Rendah
(KBSR)
diperkenalkan. Pada tahun 2002, subjek tersebut telah ditukar
nama kepada
Pendidikan Seni Visual. Akhir-akhir ini sukatan pembelajaran
seni ini diubah
http://kssr.bpk.my/pengenalan/perbezaanhttp://kssr.bpk.my/pengenalan/perbezaanhttp://kssr.bpk.my/pengenalan/perbezaanhttp://kssr.bpk.my/pengenalan/perbezaan
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
8/11
8
sekali lagi selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah
(KSSR), selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.
Kurikulum baru yang dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa
ini
dibuat bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh
sistem
persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan
untukbersaing di peringkat global. Anjakan daripada KBSR kepada
KSSR sperti
dalam rajah diatas bermaksud sepatutnya berlaku perubahan
dan
peningkatan yang lebih menyeluruh. Pembelajaran mengikut sistem
KSSR
direka supaya dapat merangkumi dimensi intelek, emosi dan
fizikal setiap
murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta
perkembangan
pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
Maka, subjek Dunia Seni Visualtelah menggantikan nama Pendidikan
SeniVisual yang terdahulu. Nama Pendidikan Seni Visual lebih
menampakkan
pendekatan subjek tersebut yang lebih khusus kepada seni tampak
atauvisual, manakala, subjek Dunia Seni Visual dirangka untuk
memberi peluangyang lebih luas kepada murid untuk memupuk minat,
memperkembangkan
keperibadian, memberikan kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta membuat hubung kaitannya dengan
mata
pelajaran lain. Maka subjek Dunia Seni Visual diharap dapat
memainkanperanan memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi
visual, imaginasi,
dan daya pemikiran berdasarkan pemupukan sifat kreatif,
ekspresif, dan aktif
yang terdapat pada murid. Kegiatan-kegitan yang merangkumi
proses
pemikiran, penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni
visual
yang diperkenalkan dalam kelas diharap dapat membantu murid
menyatakan idea dan ekspresi diri serta membina keyakinan diri,
membuat
penilaian, dan mengenali cita rasanya tersendiri. Maka, subjek
Dunia SeniVisual direka agar merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan
aspekpenerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara
menyeluruh, dan
aspek kritikan.
1.4 Pelaksanaan Pendidikan Seni Visual dan Dimensi Sosial
The single most important factorinfluencing learning iswhat the
learner already knows. Ascertain this and teachhim
accordingly.David Ausubel
Kita tidak akan memahami cara pengajaran yang sesuai jika
tidak
mengetahui perkara-perkara asas tentang aspek teori yang
berkaitan
pembelajaran, pendidikan seni visual dan seni itu sendiri.
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
9/11
9
Tetapi, pengetahuan tentang teori tidak berguna jika tidak
diimplementasi
dalam konteks kelas dengan perlaksanaan yang sesuai.
Pendedahan
kepada pelbagai jenis teori dan memahami latarbelakang sosial
pelajar itu
dapat membantu kita memahami pelbagai keupayaan pembelajaran
dan
tahap-tahap pembelajaran mereka. Ini akan membantu kita
mengubahsuaistrategi pedagogi mengikut kesesuaian dan penerimaan
pelajar.
Juga, kita tidak akan memahami kepentingan pendidikan seni jika
kita tidak
menyedari pelbagai bentuk seni visual yang berada disekeliling
kita.
FIKIR-FIKIRKAN:
Jenis pengajaran yang bagaimana yang kita jalankan? Dalam
situasi
yang formal? Kurang formal?
Suasana dan konteks pembelajaran?
Bilangan pelajar? Bahan pengajaran? Adakah murid mempunyai
pengalaman dan
pengetahuan yang sedia ada?
Apakah pengalaman anda dalm menghadapi suasana pengajaran
yang susah?
GAMBARAJAH 2:
Faktor-faktor sosial yang mempengaruhi pelajar.
Masyarakat dan Budaya Keluarga dan taraf hidup
Umur, jantina, bangsadan agama
MURID
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
10/11
10
Latar belakang masyarakat dan budaya, keluarga dan taraf hidup,
umur,
jantina, agama dan bangsa akan membawa pengalaman apresiasi
seni
yang berbeza untuk setiap murid. Walaupun pengalaman seni yang
dibawa
oleh murid ke dalam konteks kelas itu berbeza-beza, guru
perlu
memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual
murid
sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
Walaupunterdapat beberapa objektif khusus yang ingin dicapai dalam
subjek tersebut
diperingkat sekolah, para guru boleh memanjangkan aktiviti
kreativiti dan
apresiasi berdasarkan beberapa faktor seperti latar belakang
masyarakat
dan budaya, keluarga dan taraf hidup, umur, jantina, bangsa dan
agama.
Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat
kesediaan
dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental
yang
merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi
visual.
Memandangkan terdapat kepelbagaian latarbelakang didalam
kelas,
mungkin tumpuan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diperolehi
olehsetiap pelajar akan berbeza. Maka aktiviti-aktiviti yang
dijalankan didalam
kelas haruslah kreatif mengambil kira faktor-faktor yang diatas.
Ini kerana seni
dan sosial secara langsung atau tidak mempunyai hubungan. Ini
kerana,
untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana
seni
dan seni visual secara lebih umum mempengaruhi sosial, politik,
dan ekonomi
sesuatu masyarakat. Maka, jika apresiasi seni visual dapat
dijalankan
berdasarkan pengalaman ini dapat mendedahkan murid untuk
mengenali
dan mengetahui aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya
dalam
pelbagai kegiatan kehidupan seharian.
AKTIVITI: Bincangkan bagaimana pengetahuan tentang latar
belakang
pelajar seperti umur, jantina dan bangsa dapat membantu guru
memilih
aktiviti yang sesuai dalam subjek Dunia Seni Visual?
KATA KUNCI:
seni
seni visual
teori pembelajaran
teori pendidikan seni
teori seni
Falsafah Pendidikan kebangsaan
seni dan masyarakat
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
11/11
11
RUJUKAN:
Askew, J. Educational Theories, lihat
http://crescentok.com/staff/jaskew/isr/education/theories.htm
Bracey, T. (2003). Art education in New Zealand: Questions of
theory and
criticality. In E. M. Grierson & J. E. Mansfield. (Eds.),
The Arts in education.
Critical perspectives from Aotearoa New Zealand. (pp. 181-198).
Palmerston
North: Dunmore Press.
Carroll, N. (ed.), Theories of Art Today, Wisconsin: University
of Wisconsin Press
(2000).
DAlleva, A.Methods & Theories of Art History, UK: Laurence
King (2005).
Kementerian Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Visi
dam Misi, lihat
http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/fpk.pdf
Langsing, Kennet M. (1971).Art, Artists and Art Education. New
York: Mc
Grraw-Hill Book Company.
Outline of Educational Learning Theories and Theorists,
lihat
http://www.teachersgarden.com/professionalresources/learningtheorists.html
http://crescentok.com/staff/jaskew/isr/education/theories.htmhttp://crescentok.com/staff/jaskew/isr/education/theories.htmhttp://www.teachersgarden.com/professionalresources/learningtheorists.htmlhttp://www.teachersgarden.com/professionalresources/learningtheorists.htmlhttp://www.teachersgarden.com/professionalresources/learningtheorists.htmlhttp://crescentok.com/staff/jaskew/isr/education/theories.htm